Sunday, March 17, 2024

ebook | Takdir 3: Janji-Nya Yang Tidak Termungkir oleh Hilal Asyraf

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Akhirnya berjaya juga habiskan bacaan untuk buku ini.. Satu perjalanan yang panjang bukan sahaja untuk Angkasa tetapi untuk Sha juga.. Buku ketiga ini memang menjemput pelbagai emosi buat Sha.. Bukan mudah nak menumbangkan Sang Ashura namun mereka juga tidak boleh mengalah.. Usaha perlu dibuat dan diteruskan dengan berstrategi.. Mujurlah mereka memiliki Mughirah Syu’bah yang bijak mengatur strategi untuk menentang Sang Ashura.. Paling penting kesepakatan antara mereka dengan kerajaan lain, turut membantu.. Angkasa Sakti pula, walaupun awalnya berpatah hati bila menerima kejutan mengenai dirinya namun kemudian bangkit semula dengan lebih semangat untuk meneruskan misi beliau.. Kesudahan yang cantik walaupun melalui liku-liku yang pedih..

Sha baca dan selesai pada 09.03.2024..

Published March 31, 2020 by HILAL ASYRAF RESOURCES

5 comments:

  1. Alhamdulillah habis juga roller coaster perasaan ye haha

    ReplyDelete
  2. pernah baca satu je buku hilal asyraf ni.. Tak kena selera

    ReplyDelete
  3. sebenarnya buku ni lebih kpd apa? motivasi? novel fiksyen?

    ReplyDelete
  4. sedapnya nama-nama yang hilal asyraf guna dalam novel ni

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..