Assalamualaikum..
Hye semua..
Petang semalam berlaku kebakaran kecil tak jauh dari pintu rumah Sha.. Kebakaran yang berpunca dari main baling-baling mercun.. Jatuh atas bangku plastik dan terbakar.. Mujur ada pekerja kebersihan lalu dan nampak.. Dia ketuk pintu rumah Sha dan maklumkan kami.. Berlari encik suami menolak api dari menyambar motor dna tong minyak yang berhampiran.. Kalau lambat memang habis terbakar motor-motor tu..
Bukanlah tak boleh nak main mercun tapi kena ada pemantauan orang tua.. Tak boleh biarkan budak-budak sahaja yang main.. Inilah hasilnya bila tak dipantau.. Mereka main ikut seronok sahaja tak tahu bahaya..
Nampak kecil ja apinya kan tapi dah lebur satu bangku plastik disambarnya.. Kalau lambat alihkan, dengan motor-motor tu semua terbakar..
Sisa kebakaran.. Memang hancur habislah kerusi plastik tu.. Kalau lambat dan tak disedari, tak tahulah apa yang akan jadi..
Allahu :(
ReplyDeleteBetul, kena ada org dewasa monitor supaya tak berlaku perkara seperti ni..