Sunday, March 23, 2025

Kita Hanya Merancang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sejak awal Ramadan lagi Sha merancang ingin ziarah arwah abah di Ayer Tawar, malangnya hingga semalam perancangan tingal perancangan.. Sha pilih hari Sabtu sebab esoknya Ahad, jadi tak adalah mengganggu masa.. Tapi masuk semalam dah berapa kali perancangan tinggal perancagan.. Nampak gayanya memang lepas Syawal lah baru boleh ziarah.. Itupun kita tetaplah hanya merancang.. Terlalu banyak yang perlu dikorbankan.. Walaupun dah tiada, ruang dan peluang untuk bertemu tetap terhad.. Hanya doa sahaja menjadi pengganti..

Banyak yang nak diluah tapi ialah kadang ada yang perlu tetap disimpan biar hanya hati sahaja yang mengerti.. 


Ya Allah… Ampunkan dosaku dan dosa kedua Ibu Bapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka  mengasihaniku ketika aku masih kecil, berilah mereka balasan Syurga.. Ya Allah gantikan penat lelah buat Ayah yang telah banyak berkorban dan membesarkan kami  dan kurniakanlah ganjaran syurga FirdausMu untuk  ayah kami.. Aamiin Yaa Rabbal’Aalamiin..
Ya Allah letakkanlah Arwah Ayah kami di kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Amiin Ya Mujib Ya Rabb Ya Zal Jalali Wal Ikram..

4 comments:

  1. Aamiiinn. Cie pun sama dah kehilangan ayah. Boleh ziarah kubur dan doakan jela. Mak & ayah Cie dah tenang di sana. Kita pun bakal menyusul.

    ReplyDelete
  2. Semoga ayah kakak ditempatkan selalu dalam golongan orang beriman, dilapangkan kuburnya sentiasa ya ☺️

    ReplyDelete
  3. amin amin aminnn
    alfatihah (dibaca) utk arwah

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..