Thursday, September 18, 2025

MQC Coffee Smooth & Creamy 3in1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kalau biasa kita jumpa jenama-jenama besar dalam kategori kopi 3 in 1, kali ni Sha terjumpa satu jenama baru ketika membeli barang di Jualan Rahmah.. Kopi 3 in 1 ini keluaran syarikat MQC Group Sdn. Bhd.. Sha beli sebab tertarik dengan ayat Original Malaysia pada pembungkusan kopi tu..

Sekali pandang, bungkusan nampak sederhana tapi kemas, cukup menarik untuk buat orang cuba. Rasa kopinya pula, boleh tahan! Tidak terlalu pahit, tidak terlalu manis, kira seimbang untuk orang yang suka kopi segera tapi tak nak rasa yang terlalu “berat”.. Krimer dan gula tidak mendominasi rasa jadi aroma kopi masih terasa jelas di lidah..

Satu lagi sebab buat Sha tertarik nak cuba ialah harganya yang mesra poket berbanding jenama besar.. Mungkin itu antara sebab ianya dipasarkan di program jualan komuniti, supaya lebih ramai boleh rasa kopi dengan harga mampu milik..

Kesimpulannya, walaupun ini mungkin jenama baru, tapi berbaloilah pada Sha untuk dicuba.. Mana tahu satu hari nanti boleh jadi antara pilihan utama di pasar raya..

MQC Coffee Smooth & Creamy 3in1 (12 sachet X 30g) - RM7.80

Pekat kopinya..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..