Wednesday, September 17, 2025

Sanwa Soda Cracker: Tri-colour Quinoa & Sesame

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ada ja Sha nampak biskut ini dekat pasar tapi tak terbeli.. Bila nak beli gula-gula untuk letak di perpustakaan dan bagi anak-anak, Sha tambah sekali 2 jenis biskut ini.. Sedaplah biskut dia sebab rangup macam keropok.. Bijan tu memang ada rasa bijan dan juga ketulan bijan dekat biskut.. Memang layanlah bila kunyah.. Tri-colour Quinoa tu pun sedap.. Memang syok kunyan.. Rangup ja.. Biskut ini pun separuh Sha letak di perpustakaan untuk pengunjung makan..

Sanwa Soda Cracker: Tri-colour Quinoa (480g) - RM16.50
Sanwa Soda Cracker: Sesame (480g) - RM16.50

Setiap jenis ada, 21 pek comel.. Memang mudahlah nak dimakan..

Setiap pek comel ini, ada 4 keping biskut.. Ini tinggal 3 sebab Sha dah makan 1 baru teringat nak ambil gambar...

Ini pula Tri-colour Quinoa tu.. Sama ada 4 keping dalam setiap pek..

India | 100 (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita ini tentang seorang lelaki yang sangat bersemangat untuk menjadi polis.. Tujuan dia adalah untuk menentang penjahat namun bila dah dapat tawaran, perkara yang tak disangka pula berlaku.. Dia ditugaskan sebagai tukang jawab telefon, jawatan yang dia gelakkan sebelum ini.. Mula tu memang nampaklah tak bersemangatnya dia sampailah dia melakukan kesilapan dalam menjawab telefon.. Kesilapan tu menyebabkan seorang budak diculik.. Demi menebus kesilapan dia mula melakukan sesuatu yang dia pandai iaitu mencari dan menjejak.. Akhirnya budak yang diculik selamat..

Satu kes penculikan dan pemerdagangan manusia untuk dijadikan pelacur berjaya menimbulkan minat yang mendalam pada dia dengan jawatan tu.. Namun bukanlah mudah nak selesaikan kes tersebut sebab rakan baik dia turut terlibat.. 

100
2019 ‧ Action/Thriller ‧ 2h 58m
Sathya, a young policeman, curses his luck when he gets posted in a control room. However, his life takes an unusual turn after the 100th call he overhears.

Tuesday, September 16, 2025

Mentos Soda Fruits & Fruity Delight

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli gula-gula ini dekat shopee ja.. Separuh letak dekat rumah, separuh lagi nak letak dekat perpustakaan.. Sha beli yang dibungkus semula.. Tak pernah jumpa rasa ini, tu yang beli.. Saja nak cuba.. Isinya tak sama banyak, tapi bolehlah.. Sha tak perasan pula perkataan repack tu.. Ingatkan dia datang dalam pek asal.. Bolehlah.. Dah beli dah pun..

Fruity Delight tu agak unik gabungan rasa dia tapi mengejutkan sebab rasa dia sedap walaupun gabungan tu nampak macam mustahil.. Terutama sekali yang rasa mangga dan taro tu, sedap..

Mentos Soda Fruits (180pcs) - RM16.50
Mentos Fruity Delight (191pcs) - RM16.50

Strawberry - 59
Grape - 50
Melon - 36
Lemon - 35

Peach Orange - 83pcs
Mango Taro - 108

ebook | Miss Badut oleh Maria Kajiwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Nora selalu diejek oleh Tiara hanya kerana ayah dan abang Nora berkerja sebagai badut.. Namun pada suatu hari, abang Nora ditimpa kemalangan dan Nora perlu menggantikan tempat abang dia sebagai badut.. Awalnya tiada apa yang terjadi.. Namun begitu pada jemputan kedua, rahsia Nora terbongkar dan Tiara memalukan Nora.. Bukan mudah untuk Nora namun ini adalah kehidupannya.. Nora membela diri sendiri dan menerima takdir hidupnya..

Manusia ini bila dah senang memang selalu memandang rendah pada mereka yang susah dna bertungkus lumus mencari rezeki.. 

Sha baca dan selesai pada 12.09.2025..

Published April 1, 2024 by Batcha Enterprise

Belanja MySara Sha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awalnya Sha macam nak beli makanan dalam tin tapi bila fikir-fikir balik, baiklah Sha beli keperluan Sha dan dua anak dara ini.. Keperluan bulanan yang memang perlu.. Bila ada 3 perempuan dalam rumah, keperluan yang ini memang kena lebihlah.. Ada MySara ini, bolehlah Sha beli lebih keperluan yang ini.. Tambahan lain tu biskut dan nestum untuk sarapan sebelum ke sekolah..

Perbelanjaan kali pertama di 99 Speedmart RM63.55.. Beli sebab harga murah sikit dari tempat lain.. Tapi tu lah, tak banyak pula stoknya bila murah.. huhuhu..

Sha singgah TF Value Mart pula lepas tu.. Sementara tak ramai orang waktu pagi ini, eloklah terus ja beli barang.. Nanti dah ramai orang, Sha juga yang stress nak menunggu.. Sha suka lagi belanja dekat TF ini sebab kalau tak cukup baki tu boleh bayar tunai ja.. Biskut tu ada 2 pek.. Semuanya RM37.96, Sha guna MySara RM36.45, baki RM1.51 tu Sha bayar guna tunai..

Monday, September 15, 2025

Isnin Yang Sibuk

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi pun sibuk juga Sha.. Kali ini berseorangan sebab encik suami bertugas luar kawasan.. Lepas hantar Imani ke sekolah agama untuk kelas tambahan, Sha terus ke 99 Speedmart Behrang Resident untuk tebus MySara.. Tak ada pula barangnya.. Makanya jomlah ke 99 Speedmart Bandar Behrang 2020 pula.. Alhamdulillah dapat walaupun tak semua.. Lepas isi minyak kereta, sabarlah Sha menunggu depan TF Value Mart untuk menebus baki MySara tu.. Pagi-pagi ini tak ramai orang.. Alhamdulillah, selesai dengan jayanya.. Kemudian Sha ke 7E Cafe mencari makanan kegemaran sebelum ke Tealive membeli air.. Tengok jam dah hampir jam 11 pagi, makanya jomlah kita ambil Imani..

Sempat menyinggah beli Tealive.. Promosi 2 untuk RM10.. Sha beli Coffee Peng dengan Sparkling Plum Juice.. Okaylah dua-dua air ini.. Sesuai dengan harga dia tu.. Hadiah untuk Imani yang rajin pergi kelas tambahan dan kelas mengaji malam..

Suka dia dapat air Tealive.. 

Ini baru balik dari bawa Imani mengaji.. Padatkan aktiviti Sha hari ini.. Tak sempat nak rehat.. kikiki..

Tebus MySara

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam encik suami tebus MySara dia beli sabun basuh baju dengan minyak rambut.. Sabar menunggu kami nak membayarnya.. Awal tu dah datang belikan ikan untuk MIL, bila tengok tak ramai encik suami ajak masuk balik.. Eh!! Sekali masa kami nak bayar dah bersusun orang beratur.. Sha memang tak lalulah nak tunggu lagi.. Tu yang encik suami ja membeli.. Beli sabun basuh baju ja.. Lepas ini adalah lebih duit belanja untuk beli barang lain pula..

1 botol sabun Breeze, 4 pek isian semula dan 2 botol minyak rambut encik suami.. Ada baki RM3.50..

Ahad Yang Padat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi semalam kononnya keluar awal nak beli ayam, sekali kedainya tutup.. Makanya balik sajalah kita.. Pukul 8.30 pagi keluar balik, nak hantar Imani kelas tambahan PSRA.. Lepas hantar Imani tu, Sha merayap pula dengan encik suami.. Bawa kuda merah ke kedai cuci kereta, kita bagi cuci bersih siap wax.. Bayar RM20.. Masuk pekan Slim nampak pasar pagi.. Jomlah singgah, boleh beli telur sepapan dan sayur sikit untuk buat tomyam hari ini.. Kemudian kami terus ke sekolah Imani, ambil dia balik.. Kelas tambahan dia 2 jam ja.. 

Pukul 11.45 pagi keluar balik, ambil MIL nak bawa pergi kenduri dekat Kg. Gajah pula.. Kami gerak balik jam 3.00 petang.. Kereta banyak tapi tak adalah sampai jam.. Lancar ja..

Menu kenduri.. Sha ambil nasi minyak, sambal sotong, ikan masin, salad, sambal belacan, tembikai dan air sirap..

Buah tangan dari keluarga pengantin..

Malamnya lepas Maghrib keluar balik, hantar Imani mengaji pula.. 8.45 malam barulah boleh rehat.. Cuti pun tak macam cuti.. Padat dengan aktiviti ja..

Sunday, September 14, 2025

Homesoy Honey Melon

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha suka minum air Homesoy ini sebab tak manis sangat.. Manis dia biasa-biasa ja.. Kali ini Sha cuba yang ada campuran timbikai susu.. Sedap.. Memang tak sangkalah soya dan tembikai susu ngam.. Tambahan pula bila minum sejuk-sejuk, lega ja tekak.. Mengenyangkan juga.. Soya kan..

Homesoy Honey Melon (1l) - RM3.29

India | The 100 (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita ini bermula dengan kes bunuh diri.. Kemudian bertukar kepada kes pembunuhan dan rompakan.. Tiba-tiba jadi rompakan dan rogol pula.. Mula-mula tu memang nampak macam tiada kaitan tapi makin lama makin terlerai satu-satu perkara.. Tapikan saat perompak dah berjaya ditangkap timbul pula satu hal lain.. Ada perompak lain yang meniru perompak yang ditangkap.. Pergh!! Lain macam dia punya twist.. Memang di luar jangkauanlah cerita sebenar dia.. Betul-betul tentang kegilaan manusia..

Paling tak menahan bila tengok cerita pasal polis dan penjenayah ini bila pemberita atau netizen mula memainkan isu untuk melindungi penjenayah.. Geram ja.. Polis dan mangsa pula yang bersalah.. 

The 100
2025 ‧ Actiona/Crime/Thriller ‧ 2h 15m
A brave IPS officer deals with a unique mission of finding the culprits behind the robberies taking place at the outskirts of a city.

Munchy's Wheat Crackers

Assalamualaikum..
Hye semua..

Biskut ini mengenyangkan.. Kalau nak makan yang ringan tapi mengenyangkan, boleh cuba biskut ini.. Biskut gandum yang mudah nak dibawa kemana.. Pek comel dengan isi yang ngam-ngam ja untuk sekali makan.. Makan macam tu saja pun sedap, cicah dalam air kopi panas lagi mantap..

Munchy's Wheat Crackers

Ada 4 keping dalam pek comel ini..

Saturday, September 13, 2025

Promosi Kopi di 7E Cafe

Assalamualaikum..
Hye semua..

Promosi asal dia beli satu kopi panas dan percuma 1 latte ais.. Tapi bila Sha bayar adik tu kata sekarang promosi dah tukar.. Akak boleh beli apa-apa ja kopi dan pilih ja kopi mana-mana untuk yang percuma.. Pergh!! Memang bestlah kalau macam tu.. Kopi percuma tu nak tebus terus pun boleh, nak tebus kemudian pun boleh.. Tapi ada tempoh tau, karang lupa terus tak boleh tebus.. Sha terus tebus ja.. Sha beli satu panas dan satu sejuk..

Sha beli Hot Americano with Gula Aren Tulen (RM2.90) dan tebus Iced Latte with Gula Aren Tulen (RM5.90)..

Satu sejuk dan satu panas.. Satu ini Sha minum dan satu lagi tu Sha bagi dekat ustazah Imani.. Pagi tadi Imani ada tuisyen, jadinya kita bekalkan minuman dan makanan untuk ustazah juga..

Kägi Double Choc

Assalamualaikum..
Hye semua..

Review pertama tentang coklat yang Sha beli sebelum ini, kita cerita pasal coklat ini dulu.. Coklat ini memang best sebab walaupun wafer dia coklat juga tapi tak manis.. Memang betul-betul berganda coklatnya.. Satu lagi yang Sha suka coklat ini sebab dia pek berasingan.. Mudahlah nak makan dna simpan..

Kägi Double Choc (125g) - RM15

Ada 18 ketul coklat dalam pek tu

Coklat yang menyaluti wafer berperisa coklat..

Wayar Elektrik Jatuh

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam petang masa ambil Imani balik sekolah agama, boleh pula jatuh wayar elektrik depan kereta Sha.. Elok ja masuk parking, wayar jatuh.. Syukur Alhamdulillah, dilindungi Allah dari kemudaratan.. Terkejut sikitlah Sha.. Ingatkan apa bendalah.. Terus tak boleh nak balik.. huhuhu.. Kalau lalu memang kena cermin kereta Sha.. Sudahnya Sha tunggu orang sebelah balik, baru lah Sha adjust kereta untuk keluar.. Jenuh juga..

Melintang elok dia depan Sha..

Jatuhnya dari tiang tu..

Ini kalau lalu juga, memang kena cermin kereta..

Friday, September 12, 2025

Gardenia Puazz! Kari Ayam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha rasa, Sha dah pernah kongsikan pasal roti Gardenia ini.. Tapi bila cari balik entry, tak adalah pula.. Jadinya jomlah kita buat entry baru.. Roti yang gebu dengan inti kari ayam.. Mengancam inti dia.. Huhuhu.. Terasalah kehangatan kari tu.. kikiki.. Ada ketulan ayam dan juga kentang bila digigit.. Berbaloilah untuk Sha.. Memang mengenyangkan roti ini.. Korang dah makan ke?

Gardenia Puazz! Kari Ayam (90g) - RM2.60

Ada 2 ketul ban dalam 1 pek..

Meriah inti dia.. nyum.. nyum..

Kuda Merah & Dashcam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Setelah hampir sebulan kereta dengan Sha, semalam baru berkesempatan untuk pasang dashcam.. Itupun Sha ingatkan encik suami untuk buat temujanji dengan Sales Advisor (SA) tu.. Kalau tak memang lambat lagilah jawabnya.. Dashcam ini SA tu belanja.. Oleh kerana encik suami yang pergi pasang, jadinya Sha tak pastilah macam mana dashcam ini berfungsi.. Encik suami balik petang tu, dia bagi Sha kotak dashcam dan suruh Sha study.. huhuhu.. Malam tu masa hantar Imani mengaji, Sha rasa dashcam tu sangat mengganggu.. hahaha.. Mata asyik nak menengok ke situ ja.. Nantilah kita belajar macam mana nak guna dia ya.. 

70mai Dash Cam A200 Set
Ini kotak dashcam yang encik suami bawa balik..

Kedudukan dashcam ini bawah cermin pandang belakang.. Comel ja saiz dia..

Ini pula dekat cermin belakang.. Kiranya dia merakam di bahagian depan dan juga belakang..

Punca elektrik dia dari sini.. Jadinya kalau Sha nak caj telefon, kena cabutlah punca kuasa dashcam ini.. Gitulah cerita dia.. huhuhu..

7-Eleven Roti Kentang

Assalamualaikum..
Hye semua..

7-Eleven pun dah keluar roti dia sendiri.. Okaylah sebab boleh pilih pelbagai jenis.. Buat tukar-tukar rasa.. Sha cuba beli yang roti kentang ini.. Menariklah pada Sha untuk sorang makan.. Mudah.. Dalam 1 pek ada 3 bun.. Memang mudahlah.. Roti dia pun lembut ja.. Sha suka rekabentuk plastik dia.. Ringkas dan menarik..

7-Eleven Roti Kentang (70g) - RM1.90

Ada 3 ban dalam dia..

Thursday, September 11, 2025

Beli Stoking

Assalamualaikum..
Hye semua..

Beli stoking lagi.. Kali ini beli 5 pasang sorang.. Hilang juga, tak taulah.. huhuhu.. Ini kali kelima Sha beli jenis yang sama dari kedai yang sama sejak 2023.. Kalau ikutkan, stoking ini pattern dia sebelah kosong, sebelah lagi ada corak.. Jadinya Sha ambil yang bercorak dan anak-anak ambil yang kosong untuk pergi sekolah, yang bercorak pakai jalan.. Harapnya tak hilanglah.. Penat maknya bila stoking tinggal sebelah ja, sebelah lagi tak tau kemana..

Selain warna hitam, Sha beli juga warna putih, kelabu dan coffee.. Sebelum ini selalu tak ada stok, bila ada ini belilah sekali.. Bila beli banyak, banyaklah diskaunnya.. Alasan ja tu.. kikiki..

20 pasang warna hitam..

Warna kelabu, putih dan coffee..

Sepasang stoking ini datang dengan kosong dan bercorak seperti gambar diatas..

Ke Teluk Intan Ambil Si Putih

Assalamualaikum..
Hye semua..

Encik suami ja yang ride.. kikiki.. Motor ini beliau hantar ke Teluk Intan pada 23 Ogos haritu.. Nak jalan jauh kan nanti, kenalah rawat dulu.. kikiki.. Semalam beliau minta Sha ikut ke Teluk Intan untuk ambil balik.. Encik suami tunggu Sha balik kerja jam 5, lepas tu terus gerak pergi.. Yeah!! Motor dah siap.. Barulah encik suami boleh teruskan misi berjalan dengan tenang.. Kedai dekat Teluk Intan ini memang pakar dalam pembaikkan motor.. Harga pun mampu bayar.. Tu yang encik suami sanggup hantar walaupun jauh.. Berbaloilah kata orang..

Kami sampai rumah jam 8.30 malam.. Encik suami kebasahan sebab Teluk Intan hujan, lepas tu Sungkai sampai Behrang hujan..

Kami singgah beli makanan dekat pasar malam di tepi Masjid At-Taqwa Teluk Intan Perak Sebelum ke kedai ambil mortor.. Bawah ini antara menu menarik di pasar malam yang kami beli..

Aneka piza.. 8 keping ini RM20 boleh campur-campur.. Okaylah.. Mengenyangkan.. Roti dia lembut..

Air coklat special RM9.. Mewah rasa coklat dia..

Kuih koci pulut hitam.. Sebekas ini RM3.. Sedap, cukup rasa dan tak manis..

Snowy Spanish Latte - RM8.90
Hentian terakhir sebelum gerak balik, Sha singgah Petronas beli tealive.. Lama tak menyinggah, rupanya dah banyak jenis kopi dia tawarkan.. Dulu pilihan terhad.. Menarik air yang Sha beli ini.. Rasa kopi dia tak kuat dan lembut ja.. Tak berapa manis.. Bolehlah dengan harga yang ditawarkan tu..

Coklat Datang Lagi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila kawan pejabat jadi pembekal coklat.. Makanya makin rancaklah Sha membeli.. Selalunya Sha akan beli coklat yang susah nak dapat ataupun mahal harganya.. Beli tu pun sebab teingin nak rasa.. Beliau akan up dekat story Whatsapp coklat yang ada promosi.. Kadang tu beliau pm Sha secara personal untuk maklumkan coklat yang tengah promosi.. Kalau ada duit lebih, memang Sha akan buat pesananlah.. Ini pesanan yang Sha buat pada Isnin malam.. 

Jangan risau, coklat-coklat ini bukanlah dimakan serentak.. Biasanya akan ambil masa berminggu-minggu jugalah untuk dihabiskan.. Cumanya Sha kongsikan dulu dalam entry ini hasil tangkapan Sha.. Reviewnya kemudian ya.. Sha pun tak pernah tanya beliau beli dekat mana, yang pasti harga yang beliau jual dekat Sha tak semahal kalau Sha beli sendiri dekat kedai atau pasaraya.. Memang betul harga promosilah..

Stok coklat Sha..
Pods Snicker
Pods Twix
Belgian Milk Chocolate with Salted Caramel
Godiva 90% Dark Chocolate
Godiva 70% Dark Chocolate

Wednesday, September 10, 2025

Gardenia Puazz! Sambal Royale

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tau pasal roti ini pun dari blog Bola Katok masa blogwalking semalam.. Terus pesan dengan rakan sekerja yang ambil suratkhabar untuk belikan.. Semangat tau.. kikiki.. Mengancam betul pembungkusan dia.. Sha suka roti dari Gardenia ini.. Walaupun sambal tu agak pedaslah juga untuk Sha tapi masih lagi boleh dimakan.. Pada Sha, okaylah sebab terasa ikan bilisnya bila digigit.. Kadang tu geram juga bila beli roti inti sambal ikan bilis tapi tak ada ikan bilis.. Satu lagi roti gardenia ini lembut, jadinya memang akan selalulah jadi pilihan kalau tak nak makan nasi..

Korang dah cuba ke?

Gardenia Puazz! Sambal Royale (90g) - RM2.60

Ada 2 ketul ban dalam dia..

Meriah sambal dia dan ada ikan bilis.. Kira berbaloilah untuk Sha..