Saturday, November 1, 2025

Meiji Plain Crackers with Sesame

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha pernah kongikan biskut Meiji Plain dan Oat.. Kali ini ha kongikan yang ada bijan pula.. Memang ketaralah rasa bijan dia.. Puas hati bila beli bikut macam ini.. 1 pek comel tu sekali makan ja.. Tak banyak sangat dan tak sikit sangat.. Nak bubuh dalam beg tangan pun mudah.. Rasa bijan dia memang bergabung dengai baiklah.. Sha suka sebab mewah dengan bijan bukan setakat rasa ja.. Memang ada bijannya pada biskut.. Cuma tu lah, susah nak jumpa yang bijan ini..

Meiji Plain Crackers with Sesame (104g) - RM7.54

Ada 4 pek comel dalam sekotak tu..

Ada 7 keing biskut dalam 1 pek.. Nampakkan yang warna hitam-hitam dekat bikut tu.. Tu lah bijan dia..

UK/US | The Woman in Cabin 10 (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisahnya.. Seorang wartawan bernama Laura/Lo yang dalam trauma dijemput oleh Richard dan Anne untuk menyertai pelayaran ke Norway bagi mengumpul dana sempena pesakit kanser.. Anne berjumpa dengan Lo dan menunjukkan ucapan yang akan dibuat oleh dirinya.. Pada malamnya, Lo melihat seorang perempuan terjatuh ke dalam laut dan ada kesan tapak tangan berdarah pada dinding kabin dia.. Malangnya tiada siapa pernah jumpa dengan perempuan yang duduk dalam kabin 10 kecuali Lo.. Penyiasatan Lo berjaya membongkar ketamakan Richard dan menyebabkan 2 kematian..

Cuma tu lah.. Lo terlalu emosi.. Kalau dia tenang-tenang ja, mungkin filem ini lebih menarik.. Ini tak.. Kalut semacam dan gelabah.. Geram ja tengok..

The Woman in Cabin 10
Taglines: They don't want you to believe what she saw.
2025 ‧ Thriller/Mystery/Drama ‧ 1h 35m
On a lavish yacht for an assignment, a journalist sees a passenger go overboard. But when no one believes her, she risks her live to uncover the truth.

Tealive: Tea & Coffee Durian

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dua perisa unik dari Tealive.. Teh dan juga kopi dengan tambahan rasa dari durian.. Sha memang tak yakin nak beli tapi beli juga sebab nak cuba.. huhuhu.. Alang-alangkan.. Cuba ja semua.. Satu yang Sha perasan air Tealive ini dia ada rasa yang tersendiri mungkin sebab dia guna Tealive gula perang..

Tealive: Milk Tea Durian (25g) - RM
Bau dia macam bau keropok durian.. Serius.. Rasa pula, durian tu lebih mendominasi dan hujung-hujung tu adalah rasa teh.. Okaylah untuk yang minat teh dan juga durian.. 

Tealive: Coffee Durian (25g) - RM
Minuman yang ini, dari segi bau tak adalah terlalu menonjol baik kopi mahupun durian.. Ada bau durian tapi macam manja-manja ja.. Rasa kopi pun tak kuat mana.. Kira gabungan kopi dan durian tu, okaylah untuk diminum.. Bolehlah kalau nak cuba..

Friday, October 31, 2025

Imani Mengadu Sakit

Assalamualaikum..
Hye semua..

Oleh kerana semalam Imani mengadu sakit bahagian lelangit dia bila pakai Splint tu.. Sha pun ke Klinik Pakar Pergigian Pediatrik pagi tadi dan bertanya doktor.. Doktor minta bawa Imani petangnya.. Bila bawa Imani ke klinik, doktor jalankan ujian arus elektrik, sejuk dan sentuhan pada gigi Imani.. Alhamdulillah, gigi Imani berada dalam keadaan baik.. Bahagian yang sakit tu rupanya ada garisan pembedahan tu yang jadi tak selesa bila Imani pakai splint.. Splint tu doktor buka terus sebab dah pecah bahagian belakangnya.. Lepas tu doktor bagi gel untuk sapu dekat bahagian yang sakit tu.. Jumpa balik ikut tarikh yang dah ada dekat kad temujanji..

Jumpa doktor jam 3.15 petang..

Perhimpunan Bulanan Oktober 2025

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini Sha sertai Perhimpunan Bulanan yang dianjurkan oleh 5 unit.. Memang mantaplah.. Ada info dan juga sedikit kegembiraan.. Penganjur ada sediakan kejutan dengan menampal kertas berwana hijau pada kerusi bertuah.. Memang menariklah pada Sha.. Kertas hijau tu boleh digunakan untuk tebus hadiah yang disediakan penganjur.. Antara hadiah yang disediakan ialah air kotak, sabun pencuci tangan, sejadah mini dan beg ECO.. 

Sebelum bermula kita senam dulu.. Staf dari unit Cara Kerja dan Fisioterapi ajar chairobik.. 

Hadir dengan cemerlang.. kikiki..

Dapat cenderahati dompet syiling comel dan bendera Palestine..

Alhamdulillah.. Rezeki mee goreng dan air mineral..

ebook | Solo Leveling, Vol. 5 by Dubu, Chugong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku 5 ini Jinwoo dapat askar bayang bernama Kim Chul yang dipanggil Iron.. Memang makin mantaplah Jinwoo.. Buku 5 ini Jinwoo mula masuk ke Demon Castle's dan melakukan quest mengumpul demon soul.. Pada masa yang sama Sung Il-Hwan muncul di US..Masa dekat Demon Castle's ini Jinwoo dapat resepi untuk buat potion Holy Water of Life yang berkemungkinan besar mampu menyembuhkan mak dia.. 2 bahan Jinwoo dah ada.. Bahan ketiga dia boleh dapat kalau dia teruskan naik sampai tingkat terakhir dalam Demon Caste's tu.. Selepas berjaya selesaikan sampai tingkat 75, Jinwoo balik semula ke dunia biasa untuk dinilai semula ranking dia sebagai hunter.. 

Jinwoo berjaya joint group mining semata-mata nak masuk dalam dungeon gred A..

Sha baca dan selesai pada 29.10.2025..

Published September 20, 2022 by Ize Press

Thursday, October 30, 2025

Selesai UASA Tingkatan 3 & Darjah 6

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Berakhirlah sudah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) untuk Amani dan juga Imani.. Rasanya macam serentak ja sekolah-sekolah kawasan Sha ini buat UASA.. Okaylahkan sebab tak lama lagi nak SPM pula.. Terkejar-kejar guru nak selesaikan apa yang patut..

  
Amani mula periksa dulu dari Khamis (23.10.2025) hinggalah hari ini.. Habis cuti Deepavali terus periksa.. Memang tak senanglah bercuti.. kikiki.. Sepanjang UASA ini Amani memang wajib pakai seragam sekolah.. Tak boleh pakai baju sukan.. 

Imani pula mula periksa dari hari Isnin (26.10.2025).. Pemakaian Imani Sepanjang UASA ini ikut jadual waktu katanya.. Jadinya Imani pakai seragam sekolah hari Isnin, Rabu dan Khamis ja.. Selasa dia pakai baju sukan.. Okaylah, tak adalah pening Sha menguruskan baju dia sebab duduk dekat transitkan..

Selasa (27.10.2025) tu pula sekolah agama Imani buat majlis khatam Al-Quran.. Sekolah minta bawa 5 biji telur rebus ja.. Tanpa bunga telur.. Kira okaylah.. Sha kirimkan telur dekat rumah transit ja.. 

ebook | Solo Leveling, Vol. 4 by Dubu, Chugong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku 4 ini menanda perubahan Jinwoo yang agak besar.. Dalam quest dia dekat Red Knight Castle Dungeon ini, Jinwoo kena buat The Job Change Quest selepas berjaya kalahkan Igris the Blood Red Commander.. Quest yang diberikan sistem kali ini memerlukan Jinwoo bertahan selama yang boleh.. Masalahnya musuh yang datang semua sama level dengan Igris the Blood Red Commander.. Mujurlah daily quest yang sepatutnya Jinwoo buat untuk hari tu dia terlupa nak buat.. Pada saat-saat nyawa Jinwoo dihujung tanduk, Jinwoo dipindahkan ke Penalty Zone.. Dekat Penalty Zone ini Jinwoo berjaya level up dan memulihkan diri dia dengan mengalahkan sebanyak-banyaknya raksaksa centipedes.. Pada masa yang sama Jinwoo korbankan gold yang berjaya dia kumpul dengan membeli senjata yang lebih dasyat untuk mengalahkan askar besi dalam Red Knight Castle Dungeon..

Paling kelakar bila selesai kalahkan semua ahli sihir yang memanggil askar besi tu, Jinwoo punya job title berubah tapi bukan seperti apa yang Jinwoo bayangkan.. Jinwoo diberikan job title sebagai Necromancer iaitu pembangkit askar bayang.. Bila sistem analisis apa yang tinggal pada Jinwoo, job title Jinwoo terus berubah dari Necromancer kepada Shadow Lord.. Tiba-tiba jadi The One Who Overcome Adversity.. Masa ini jugalah permulaan Jinwoo dan tentera bayang dia.. Paling susah nak dibangkitkan dah tentulah Igris tapi Jinwoo berjaya.. 

Sha baca dan selesai pada 28.10.2025..

Published May 10, 2022 by Yen Press

ZUS® Ngupi™ Kopi O & Kopi Cham

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menyambung review kopi-kopi yang Sha beli sebelum ini.. Kali ini kita kongsikan review dari jenama Zus pula.. 

ZUS® Ngupi™ Kopi O (12g) - RM1.89
Pekat betul kopinya tapi tak manis.. Memang terasa puas bila minum kopi yang pekat seperti ini.. Baunya pun wangi..

ZUS® Ngupi™ Kopi Cham (31g) - RM2.68
Bau teh dia agak kuat berbanding kopi.. Rasa pula lebih pada teh berbanding kopi.. Tapi bestlah sebab tak manis.. Memang syoklah layan pagi-pagi.. Cumanya tu lah, rasa kopi dia macam tenggelam..

Wednesday, October 29, 2025

ebook | Solo Leveling, Vol. 3 by Dubu (Artist), Chugong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini bermula dengan perlawanan diantara Jinwoo dan makhluk yang menjaga pintu ke istana Demon.. Jenuh jugalah Jinwoo nak berlawan tapi disebabkan keazaman Jinwoo, berjaya juga dia kalahkan makhluk berkepala 3 tu.. Tapi Jinwoo tak masuk pun dalam istana demon tu sebab dia tahu dia belum berkemampuan untuk menakluki istana tu.. 

Kemudian Jinwoo dan 5 lagi yang terselamat semasa berada dalam dungeon sebelum ini dijemput untuk menyertai raid ke dungeon bersama dengan 3 banduan dan seorang guild master.. Masalahnya raid kali ini adalah ilusi dimana guild master tu seorang pembunuh upahan.. Mujurlah ada Jinwoo, kalau tak memang semuanya mati kecuali pembunuh upahan tu.. Pada masa yang sama aktiviti Jinwoo dan Jinho yang cuba menyelesaikan semua gate C telah menjadi perhatian Guild White Tiger.. Pada hujung buku 3 ini Jinwoo akhirnya bertemu dengan Igris the Blood Red Commander yang menjaga takhta kosong dalam Red Knight Castle Dungeon..

Sha baca dan selesai pada 27.10.2025

Published November 16, 2021 by Yen Press

Nestle Milo Krunch

Assalamualaikum..
Hye semua..

Anak dara Sha minta.. Nak makan dengan yogurt katanya.. Makan dia saja pun sedap.. Macam makan milo tapi versi kasar sikit.. Kalau bancuh air, bubuh dia pun sedap juga..

Nestle Milo Krunch - RM10.00

Macam serbuk milo cuma lebih kasar..

Temujanji MOPD Akhir 2025

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah semalam Sha jumpa doktor untuk temujanji MOPD akhir bagi tahun 2025.. Bacaan gula Sha masih cantik dan terkawal.. Doktok periksa juga bacaan protein dalam air kencing.. Ini Sha buat masa temujanji yang sebelum ini.. Bacaan protein ini penting untuk di semak bagi pesakit kencing manis sebab dari sinilah doktor kesan buah pinggang okay ke tak.. Bacaan gula Sha untuk HBA1c - 5.7,  bacaan gula untuk puasa - 5.9.. Lepas tu doktor rujuk untuk pemeriksaan mata.. Pemeriksaan mata ini wajiblah untuk pesakit kencing manis.. Sha okay ja.. Jumpa doktornya sekejap ja.. Tunggu resit ubat dan surat rujukan ja lambat sikit.. Jumpa lagi doktor tahun 2026 pula.. 

Sha turun jam 9, doktok panggil jam 9.15 pagi.. Jam 10.30 pagi MA bagi kad, surat ambil darah, resit ubat dan juga surat temujanji mata..

Sha ambil tarikh dulu untuk temujanji mata baru pergi farmasi.. Ubat Sha tak ambil sebab masih ada lagi ubat untuk kegunaan sebulan, tapi kena maklumkan farmasi untuk diorang rekod dan abgi tarikh baru untuk ambil ubat..

Tuesday, October 28, 2025

Lot100 DHA Gummy: White Grape

Assalamualaikum..
Hye semua..

Gummy ini lebih lembut berbanding yang perisa Mix Berries.. Rasa anggur tu memang menyerlah pada setiap kunyahan.. Memang sedaplah mengunyah.. Tahu-tahu ja dah licin.. Sha beli di Kedai ECO.. Kedai yang bila masuk, memang akan buat tangan capai lebih dari sepatutnya.. kikiki..

Lot100 DHA Gummy: White Grape (40g) - RM2.40

India | Mirage (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem bermula dengan kematian Kiran.. Abhirami yang masih bersedih kemudiannya didatangi pegawai polis dan penjahat yang inginkan cakera keras milik Kiran.. Masa ini juga Aswin, seorang wartawan penyiasat menemui Abhirami dan memberitahu siapa Kiran sebenarnya.. Abhirami berkerjasama dengan Aswin dalam mencari tahu keberadaan cakera keras tersebut.. Semasa penyiasatan, rahsia demi rahsia mula terbongkar.. Paling mengejutkan ialah Kiran sebenarnya tak mati.. Memang lain macam dia punya plot twist.. Paling tak sangka kisah di sebalik kisah.. huhuhu..

Mirage
2025 ‧ Thriller/Drama/Crime ‧ 2h 30m
After stumbling upon a mysterious box and document in a locker, a young man and woman unwittingly trigger a series of thrilling events that put them in danger.

Ovaltine Xtra & Malt Milk

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masih lagi berkongsi aneka minuman yang Sha beli sebelum ini.. Kali ini minuman Ovaltine pula..

Ovaltine Xtra (30g) - RM1.92
Pekat rasa coklatnya.. Minum panas-panas dalam keadaan sejuk, memang ngamlah..

Ovaltine Malt Milk (34g) - RM1.83
Okaylah.. Rasa macam lebih pada susu sikit.. Sedap ja tapi kalau nak beli lagi mungkin kena fikir dulu.. kikiki..

Monday, October 27, 2025

ebook | Solo Leveling, Vol. 2 by Dubu, Chugong (Original Creator)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku dua ini, Jinwoo mula masuk ke dalam dungeon untuk mencari duit.. Beza dungeon dengan apa yang sistem bagi adalah duit yang boleh diperolehi.. Level up pula sama ja.. Kalau Jinwoo berlawan dan menang dia akan level up.. Buku dua ini juga mula perkenalan antara Jinwoo dan Jinho.. Masa Jinwoo terima tawaran untuk masuk dungeon D rank ini, Jinwoo bukan sahaja dapat kawan.. Jinwoo juga dapat musuh bila Jinwoo bunuh Hwang Dong Suk.. Masa dalam dungeon ini selain dari kejayaan membunuh Giant Arachnid Buryura, tiba-tiba Jinwoo dapat special quest dari sistem iaitu bunuh pasukan Hwang Dong Suk sebab mereka cuba bunuh Jinwoo dan Jinho.. huhuhu.. Selain tu dalam buku dua ini juga Jinwoo berjaya buat daily quest dengan jumlah dua kali ganda dari sepatunya dan sebab tu Jinwoo dapat hidden quest.. Memang level up sungguh si Jinwoo ini.. Jinwoo dapat kunci untuk ke Demon Castle's

Sha baca dan selesai pada 23.10.2025

Published July 20, 2021 by Yen Press

Twinfish Nutofee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awal tu Sha ingatkan nut tofee ini liatlah.. Tapi rupanya, rangup guys.. Tak adalah susah nak kunyah dia.. Memang seperti yang tertulis pada pek, crispy betul.. Sedap pula mengunyahnya.. Memang tak perasanlah, sekali hadap ja.. Rangup, rapuh dan meriah rasa kacangnya.. Tak adalah manis sangat.. Sha beli di Mr. DIY.. Sekarangkan, Mr. DIY dah makin meriah dengan makanan, sebab boleh tebus MyKasih tu..

Twinfish Nutofee (180g) - RM6.50

24pcs..

Coklat warna dia dan saiznya comel ja..

ebook | Solo Leveling, Vol. 1 by Dubu, Chugong (Original Creator)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha dah baca versi novel dan dah tonton versi animasi.. Kali ini Sha layan versi komik pula.. Walaupun jalan cerita dia lebih kurang ja cumanya yang versi komik ini ada gambar berwarna dan perkataan..

Buku pertama ini pengenalan kepada bagaimana Jinwoo yang asalnya pemburu gred E mendapat sistem yang mampu membantu dia menaik taraf diri dia dengan melakukan beberapa misi secara bersendirian.. Sistem ini Jinwoo dapat lepas dia berada dalam dungeon yang hampir meragut nyawa dia.. Tersedar di hospital, Jinwoo abaikan arahan sistem untuk melakukan misi harian dan dicampak ke padang pasir selama 4 jam sebagai denda.. Dekat padang pasir ini Jinwoo kena selamatkan diri dari makhluk yang nak bunuh dia.. Lepas tu Jinwoo pun dengan rela hati laksanakan semua misi dari sistem dan dia mula dapat pelbagai barang secara rawan dan salah satunya ialah sebatang kunci berwarna hijau dengan arahan penggunaan.. Bila dia guna kunci tu ikut arahan, Jinwoo perlu bertarung dengan serigala, monyet dan juga ular sebelum keadaan menjadi normal.. Sebaik misi selesai Jinwoo keluar dekat kawasan dimana raksasa keluar dari dungeon dan pedang Jinwoo berjaya membunuh raksasa tersebut..

Sha baca dan selesai pada 23.10.2025..

Published March 2, 2021 by Yen Press

Sunday, October 26, 2025

Mentos Fruit Mint Burst! Peach & Grape

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menariklah rasa dia.. Gula-gula dia pun comel dan jenis yang keras sikit.. Rasa buah pic dan anggur tu memang ngamlah.. Adalah berangin tapi tak adalah kuat mana.. Manja-manja ja mint dia tu.. Cumanya bekas dia comel, nipis dan mudah nak simpan dalam poket atau beg tangan..

Mentos Fruit Mint Peach (17.5g) - RM3.90
Mentos Fruit Mint Grape (17.5g) - RM3.90

Dua warna.. Peach yang pink putih dan grape yang hijau putih..

Iklan dekat aplikasi 7E..

India | Mirai (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Macam tengok filem Hollywood.. Hahaha.. Syok owh.. Cuma tu lah.. Bersambung.. kikiki..

Kisahnya ada 9 kitab kuno yang bila digabungkan mampu menjadikan pemiliknya berkuasa.. Jadinya seorang lelaki dari kegelapan bernama Mahabir Lama berusaha mengumpul kesemua kitab demi menjadikan dunia kepada kegelapan.. Setiap pemilik kitab merasakan mereka sangat berkuasa dengan pahlawan namun pemilik kitab kesembilan memilih untuk menyembunyikan kitab yang dijaganya..

Ambica adalah penjaga kitab kesembilan.. Demi melindungi kitab kesembilan, Ambica korbankan anak dia iaitu Vedha untuk jadi pelindung.. Bila 24 tahun berlalu, Vibha diminta mencari Vedha dan memberitahu Vedha akan tugasnya untuk mencari Mirai demi melindungi kitab kesembilan dan juga manusia..

FIlem ini syok tengok sebab banyak babak berlawan.. Heronya pun bukan biasa-biasa.. Penjahat lagilah..

Mirai
Aka: Mirāi: Super Yodha
2025 ‧ Action/Adventure/Fantasy/Thriller ‧ 2h 49m
A warrior is tasked with the protection of nine sacred scriptures that can turn any mortal into a deity.

Glico Almond Koka: Original & Chocolate

Assalamualaikum..
Hye semua..

Minuman susu badam berperisa coklat dan original.. Rasa dia tak adalah manis.. Memang menariklah yang dah dicampur dengan coklat tu.. Kalau yang original tu, campur dalam kopi pun sedap.. Bertambah lemak rasa air kopi tu..

Glico Almond Koka: Original (180ml) - RM3.20
Glico Almond Koka: Chocolate (180ml) - RM3.20

Saturday, October 25, 2025

Thailand | Attack 13 (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Gilalah.. Masa hidup kerjanya membuli orang.. Mengamuk tak tentu pasal.. Oleh kerana perasaan marah yang melampau sampai sanggup nak membunuh.. Bila tak dapat apa yang dikehendaki, Bussaba bunuh diri.. Masalahnya lepas Bussaba bunuh diri, ada orang lakukan ritual dekat tempat dia bunuh diri.. Maka bermulalah mimpi ngeri pelajar sekolah yang sama dengan Bussaba..

Tapikan.. Bila tahu kebenaran di sebalik kematian Bussaba, Sha rasa macam tak boleh nak hadam.. Ada ke patut gitu kejadiannya.. Mangsa buli ini sebenarnya perlu diberikan sokong psikologi demi kesihatan mental mereka.. Bukan dibiarkan.. Kalau tak, memang gilalah jadinya.. huhuhu..

Title: Attack 13
Also Known As: Spirit Number 13 , Winyan Lek Thi 13
Director: Kui Taweewat Wantha
Genres: Horror, Youth, Supernatural
Type: Movie
Format: Feature Film
Country: Thailand
Release Date: Jun 19, 2025
Duration: 1 hr. 45 min.
Bullying is bad enough, but what happens when it doesn’t stop even after death? Victims of relentless bullying become restless spirits who continue the cycle. Will they find a way to escape the torment, or will the haunting grow stronger, leading to deadly consequences?

7E Cafe | Salted Lychee Cone

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli sebab warna pink dia nampak cantik.. Belilah satu untuk rasa.. Sha makan sikit ja, selebihnya Amani yang habiskan.. kikiki.. Amani suka dengan rasa dia.. Pada Sha pula, rasa dia kaylah.. Ada rasa laici dan sedikit masin.. Tak adalah ketara sangat rasa masin tu sampai mengganggu rasa laici.. Okaylah..

Salted Lychee Cone (85g) - RM2.90

Gambar iklan yang mnggoda..

India | Jinn: The Pet (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem dia dah best untuk Sha sebab genre fantasikan.. Jadinya tak yah fikir logik dia.. Cumanya tu lah, nak tergelak tengok jinn dia.. hahahaha.. Memang kelakarlah.. Kalau cantik sikit lagi, mesti boleh pergi jauh.. Awal filem ini diorang buat dekat Malaysia tau.. Mantap..

Sakhti dengan Priya ini kira kelahiran semula raja dan permaisuri pemilik Jinn.. Kali ini kira macam Jinn berpeluanglah nak melindungi Sakhti dan juga Priya.. 

Sakhti bawa balik Jinn selepas pertama kali jumpa kotak yang mengandungi Jinn.. Awalnya semua baik-baik ja sampailah Sakhti kahwin dengan Priya dan satu hari mereka jumpa Priya cedera parah dan kotak Jinn dipenuhi darah.. Jinn muncul melindungi Priya dihospital dan mula menyampaikan kisah kenapa Jinn sedaya upaya melindungi Priya dan juga Sakhti.. Sakhti mula menyiasat setelah kali kedua Priya diserang.. Rupanya Priya merupakan pewaris harta kekayaan yang ingin direbut penjahat..

Jinn – The Pet
2025  Fantasy/Horror/Comedy/Thriller  2h 14m
 A man's dangerous obsession with jinn prompts him to capture one of the supernatural beings. However, his decision to bring it home backfires, upending his life.

Friday, October 24, 2025

Farm Fresh Yogurt: Mix Berries

Assalamualaikum..
Hye semua..

Suka betul Sha dengan yogurt jenama Farm Fresh ini.. Saiz dia tu memang untuk sekali makan.. Harga pun, bolehlah.. Buah beri campuran tu pun agak banyak.. Kira puaslah bila gigit tu terasa beri.. Bukanlah makan yogurt semata..

Farm Fresh Yogurt: Mix Berries (120g) - RM2.99

Ada diberikan sudu sekali.. Lekat dekat bahagian penutup dia.. Bahagian atas yogurt dia, mix berries bahagian bawah..

Kena gaul barulah jadi macam ini..

ebook | I Left The House Today! by Cassandra Calin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini merupakan koleksi komik lucu tentang kehidupan seharian wanita, daripada rambut yang tak jadi, keletihan sosial, hingga kegagalan menjadi dewasa.. Setiap helaian terasa jujur dan dekat di hati, seolah-olah membaca tentang diri sendiri.. Lukisan penulis yang lembut dan ekspresif menambah seri pada humor dan sindiran yang bersahaja.. Buku ini bukan sekadar komik santai, tetapi juga pelukan kecil buat mereka yang kadang-kadang rasa hidup ini penat, tapi masih boleh ketawa..

Sha baca dan selesai pada 23.10.2025..

Published June 2, 2020 by Andrews McMeel Publishing
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com