Showing posts with label Review Animasi. Show all posts
Showing posts with label Review Animasi. Show all posts

Monday, June 30, 2025

Jepun | BEM: Become Human (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tak tahu pula ada versi anime.. Tapi yang Sha tengok ini versi filem.. Ada versi live action juga boleh baca review kat Humanoid Monster, Bem (2012) dan Yokai Ningen Bem (2011).. 

Versi kartun ini, Sonia cuba mencari tahu keberadaan Bem, Bela dan Belo tapi lain pula yang berlaku.. Sonia nyaris dibunuh, mujur ada Belo.. Belo tunjukkan dimana Bem namun Bem dah Jadi Belm.. Berkeluarga dan ada 2 anak.. Memang pelik namun kemunculan Sonia akhirnya mengejutkan semula diri Bem yang sebenar.. Rupanya Bem dijadikan bahan ujikaji oleh syarikat yang cuba mencipta semula manusia raksasa untuk dijual.. Di akhirnya cita-cita Bem untuk menjadi manusia tercapai..

BEM: Become Human
aka Bem Movie: Become Human
2020 ‧ Horror/Action/Supernatural ‧ 1h 30m
Two years have passed since Bem, Bela and Belo disappeared. Sonia Summers is still searching for them and has found a lead. However, the lead takes her to a man who looks and sounds like Bem but claims to have no memories of her.

Take place 2 years after the last episode of the TV series anime.

Friday, June 13, 2025

US | Predator: Killer of Killers (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Versi animasi ini lebih ganas dan tak sesuai ditonton budak-budak.. 3 manusia telah ditangkap oleh predator..

Filem bermula dengan perjalanan Ursa bersama anaknya Anders untuk membalas dendam.. Tanpa mereka sedari, mereka diekori predators.. Bila Ursa berjaya sampai dekat musuh dia, predators mula menyerang.. Walaupun Ursa berjaya kalahkan predator, namun anak dia mati.. Ursa ditangkap.. Kisah kedua mengenai Kenji dan Kiyoshi.. Asalnya mereka bersahabat tapi bila dipaksa berlawan, Kenji dicederakan dan melarikan diri.. Bila besar, Kenji cari Kiyoshi untuk bertarung semula tanpa menyedari yang predator melihat pertarungan mereka.. Bila Kenji berjaya kalah kan Kiyoshi barulah predator mula menyerang.. Mujurlah ada Kiyoshi, predator berjaya dikalahkan tapi Kiyoshi mati dan Kenji ditangkap predator.. Kisah manusia ketiga bernama Torres pula, dia dihantar untuk meninjau serangan kapal asing.. Masa ini barulah dia tahu pasal predator.. Walaupun berjaya kalahkan, Torres ditangkap..

Mereka bertiga ini dijadikan sebagai mainan predator selepas diculik.. Dipaksa berlawan dan pemenang akan berlawan dengan ketua predator tapi mereka bertiga berkerjasama menentang predator.. Kenji dan Torres berjaya melarikan diri dan diburu.. Ursa pula mengorbankan diri dan dibekukan.. Masa dekat hujung filem kita ditunjukkan watak dari filem Prey.. 

Predator: Killer of Killers
2025 ‧ Animation/Action/Adventure/Sci-Fi/Thriller ‧ 1h 30m
Taglines: Hunt the enemy, before they hunt you!
A Viking raider, a ninja in feudal Japan, and a World War II pilot encounter a fierce intergalactic hunter.

Friday, May 9, 2025

Jepun | Chainsaw Man (TV Series 2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Animasi ini tak sesuai ditonton budak-budak tau.. Jalan cerita dan bahasa yang digunakan lebih untuk tontonan dewasa..

Kisahnya si Denji ini ditinggalkan ayah dia dengan hutang yang bertimbun.. Denji terserempak dengan syaitan anjing yang mempunyai gergaji di muka dan diberi nama Pochita.. Denji ambil tugas bunuh syaitan untuk bayar hutang dengan mafia tapi kemudiannya dikhianati mafia dan dibunuh.. Pochita telah memberikan jantung dia pada Denji supaya Denji dapat meneruskan hidup dan menggapai impian dia.. Makima seorang polis dari unit khas telah mengambil Denji sebagai ahli kumpulan dia.. Denji ini jenis lurus dan tak punya motivasi yang besar pun dalam meneruskan kelansungan hidup.. Perlahan-lahan Denji mula merubah manusia yang berada disekeliling dia..

Misi utama mereka ialah mencari iblis pistol namun cerita habis sebelum iblis pistol dijumpai.. Rasanya akan keluar musim 2 nanti..

Chainsaw Man
2022 ‧ Horror/Animation/Action/Comedy/Fantasy ‧ TV Series ‧ 24m
Denji, a young man who shares his life with Pochita, a chainsaw demon, is forced to survive by killing demons and selling their parts to pay off the debt he inherited after his father's death. His existence has been a succession of hardships until a fatal betrayal leads to his death. In an unexpected turn, Pochita makes a pact with him, allowing him to resurrect as "Chainsaw Man", a hybrid entity with the heart of a demon.

Saturday, April 5, 2025

Jepun/South Korea | Solo Leveling S2 - Arise from the Shadow (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya.. Keluar juga musim 2 ini.. kikiki.. Membaca dan menonton beri kepuasan yang berbeza tambahan pula bila Sha dan selesai baca buku Solo Leveling ini.. 

Episod 2 memang mantaplah.. Babak yang Sha bayangkan melalui pembacaan di realisasikan dalam bentuk visual.. Pergh!! Memang puas hati.. Hahaha.. 

Musim 2 ini kita dihidangkan dengan kepantasan Jinwoo menaik tahap kehebatan beliau dalam mengawal askar bayang dan juga sebagai Shadow Monarch .. Bermula dengan Chul yang dibunuh kerana cuba membunuh Jinwoo dan dibangkitkan semula sebagai askar bayang bersama dengan beruang salji.. Masa episod 6, Jinwoo dapat orc sebagai askar bayang dia.. Masa episod 8, Jinwoo dapat naga sebagai askar bayang dia lepas lawan dekat tempat rahsia untuk dapatkan bahan bagi memulihkan mak dia.. Jinwoo akhirnya berjaya juga selamatkan mak dia.. Dalam masa yang sama, bapa Jinwoo akhirnya berjaya lepaskan diri dari terperangkap dalam dungeon.. Akhir episod, Jinwoo dapat Beru, semut hitam sebagai askar bayang dia dan Beru ini unik sikit sebab dia boleh bercakap..

Solo Leveling
2024 ‧ Animation/Action/Adventure/Fantasy ‧ 2 seasons
Sung Jin-woo, known as the weakest hunter, struggles to survive. After a near-death experience, however, he comes back with a mysterious program that significantly levels up his abilities.

Solo Leveling: Monarch’s Endgame (2025)

Tahun ini akan keluar filem dia pula.. Final Showdown..

Saturday, March 22, 2025

China | Cang Yuan Tu: Dongning Fu Fanwai Pian (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini merupakan episod istimewa selepas The Demon Hunter (S1).. 4 episod ini memang misteri dan penuh teka teki.. Semuanya berubah sebab sepatutnya Meng Chuan dah mati tapi tu lah.. Bila Meng Chuan ubah masa depan dia, semuanya beubah.. Kira macam dunia jadi lebih rumit disebabkan tindakan Meng Chuan.. Camtu lah lebih kurang.. 4 episod ini juga berakhir dengan Meng Chuan mendapat kebolehan yang tak dijangka.. Bila semua mengatakan dia dapat 5 warna tenaga sedangkan yang diperolehinya ialah 7 warna tenaga.. Lagi dasyatlah sebenarnya..

Cang Yuan Tu: Dongning Fu Fanwai Pian
The Demon Hunter: Dongning Mansion Special
Episodes: 4
Genres: Action, Adventure, Fantasy

Saturday, March 8, 2025

China | The Demon Hunter (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Macam tengok Son Goku lah pula bila dia dah capai certain tahap.. kikiki..

Sha layan ja anime walaupun dah berusia.. Ada masanya cerita macam ini bagi ja pengajaran pada kita kalau pandai fikir.. Kalau nak tengok sekadar hiburan pun boleh.. Ceritanya bukan kena tengok bagi habis sekali jalan.. Tengok sambung-sambung bila lapang.. Guna youtube ja.. 

Kisah seorang anak lelaki bernama Meng Chuan yang melihat ibunya mati dibunuh syaitan.. Meng Chuan nekad nak jadi kuat demi menghapuskan semua syaitan.. Meng Chuan ini dari kecik memang gigih berusaha, dia tak peduli sangat apa orang cakap pasal dia.. Dia terus tunjuk ja kekuatan dia.. Lepas tu jenis tak mengalah dan sentiasa berusaha untuk tambah kebolehan dan kekuatan dia.. Tapi tu lah, bila dia terpaksa korbankan beberapa perkara demi mengalahkan penjahat.. Nak mula balik tu bukan mudah tapi hero jenis tak mengalah, dengan kita yang tengok rasa semangat..

Sha suka tengok babak berlawan dan juga babak bila dia berjaya tingkatkan kuasa dia.. Cantik gila animasi dia..

The Demon Hunter
Original title: Cang Yuan Tu
TV Series  2023  Animation/Action/Fantasy  23m
Meng Chuan witnessed his mother killed before his eyes, so he trained very hard hoping to one day avenge her death. But his peaceful days were broken as his wedding engagement being called off, an invasion by foreign forces, the sanctuary fallen into enemy hands... In order to protect the people of Ning City, he picked up his sword and vowed to be the strongest. This is a heavy responsibility and a long journey.

Thursday, March 6, 2025

China | Slay the Gods (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha bukan nak tengok tapi tertengok.. Bila dah tengok, menyesal sebab bersambung.. Hahaha.. Selalu animasi macam tu lah.. Akan ada musim-musim dia.. Bukan mudah nak padatkan ceritanya dalam satu musim ja.. Tambahan pula diadaptasi dari novel.. Lagilah.. Cerita ini buat Sha syok nak tonton sebab babak berlawan dia tu.. Mantap dan padu.. Satu lagi ceritanya ada dekat youtube, bila-bila ja boleh sambung tengok.. Korang cari ja tajuk Slay The Gods, dia dah gabung siap-siap 15 episod dalam satu video.. 

Lin Qiye tanpa sengaja dapat kuasa magic dari Michael itupun lepas dia dewasa.. Masa ini dia kena lawan makhluk jahat, kuasa dia bangkit.. Bila dah dapat kuasa, ramai pula pihak yang nak dia masuk kumpulan diorang.. Zhao Kongcheng ini sebahagian dari kumpulan Night Watcher tapi tak ada kuasa mistik.. Bila dia jumpa Lin Qiye dia terima keputusan Lin Qiye tak nak sertai kumpulan dia.. Tapi malangnya masa dalam perjalanan balik Zhao ini mati berlawan dengan makhluk jahat.. Lin Qiye tak sempat sampai untuk bantu.. Lin Qiye setuju sertai kumpulan Zhao untuk balas budi.. Masa ini kuasa Lin Qiye bertambah bila dia berjaya buka pintu dekat God Asylum dan tolong makhluk mistik dalam tu.. Memang lain macamlah jalan cerita dia..

Paling penting ini cerita ja, kalau anak-anak baik jangan bagi tengok walaupun kartun ja sebab cerita dia tak berapa sesuai.. Gitu..

Slay the Gods
Original title: Zhan Shen: Fanchen Shenyu
2024  Animation/Action/Adventure/Drama/Fantasy  30m  TV Series
It follows the journey of Lin Qiye, a blind high school student who unexpectedly becomes a night watchman, tasked with protecting the nation from "mystical" invasions as the mist descends and gods reawaken. Leading his team, he tirelessly eliminates mythical creatures that emerge in modern society and eventually sets out on the path of god-slaying, evolving from guarding his small family to defending the nation.

Based on the Chinese webnovel "Wo Zai Jingshenbing Yuan Xue Zhan Shen (I Learn to Kill Gods in an Asylum)" by Yinyu Sanjiu

Sunday, March 2, 2025

Jepun | My Instant Death Ability is Overpowered (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha terjumpa sebenarnya animasi ini.. Cari cerita lain tapi terjumpa yang ini di Youtube.. Cuba layan 1 episod, eh.. Menariklah pula.. Makanya jomlah tengok sampai habis walaupun tahu animasi ini akan ada musim kedua.. kikiki..

Bayangkan bila heronya ada bakat membunuh secara semulajadi.. Hanya dengan berfikir atau bercakap, lawannya mati.. Tak payah nak beria angkat tangan berlawan.. Kita ini beriyalah tunggu babak berlawan, sekali hero cakap mati, semua mati.. hahaha.. Memang tak sempatlah nak suspen.. Syoklah layan cuma tu lah, ceritanya akan ada sambungan sebab diorang masih terperangkap dalam dunia pelik.. 

My Instant Death Ability is Overpowered
Also known as :-
My Instant Death Ability is So Overpowered, No One in This Other World Stands A Chance Against Me!, Sokushi Cheat ga Saikyou sugite, Isekai no Yatsura ga Marude Aite ni Naranai n desu ga.
2024 ‧ Animation/Action/Adventure/Comedy/Fantasy ‧ TV Series ‧ 24m ‧ 12 Episodes
During a school trip, a bus full of students is suddenly transported to another world by a sage named Sion. She bestows most of the students with powers called Gifts, seeking to recruit them to become sages as well. However, a few are excluded from receiving a Gift, resulting in the others leaving them behind.

Yogiri Takatou, one of the students who did not receive a Gift, wakes up to find a dragon attacking the bus. Amidst the chaos, he executes the dragon using his innate ability to instantly put anything to death. Alongside fellow survivor Tomochika Dannoura, Takatou sets out to find a way back to Earth, all while eliminating anyone who dares to underestimate him—including his former classmates.

Thursday, February 27, 2025

Jepun | Zom 100: Bucket List of the Dead (2023) EP10-12

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha sebenarnya tengah baca komik dia sebab kecewa animasi dia tak habis.. Eh!! Tak sangka rupanya dah keluar 3 lagi episod dia.. Yeah!! Berjaya juga habis animasi ini.. Review sebelum ini boleh ke entry Zom 100: Bucket List of the Dead (2023).. Sambungan kali ini Akira berjaya balik ke kampung dia dan jumpa ayah dia.. Malangnya kampung yang awalnya aman tanpa gangguan zombie telah terganggu disebabkan sekumpulan manusia gila yang tak boleh terima akan kekurangan diri.. Mujurlah Akira dan kawan-kawan dia berjaya menyelamatkan kampung Akira..

Zom 100: Bucket List of the Dead
Original title: Zom 100: Zombie ni Naru made ni Shitai 100 no Koto
2023 ‧ Anime/Action/Comedy/Fantasy/HorrorSci-Fi ‧ 1 season
Surviving a zombie apocalypse beats being a wage slave any day! After spending years slaving away for a soul-crushing company, Akira's life has lost its luster. He lives in a trash-filled apartment, his pay is abysmal, and he can't even muster up the nerve to confess his love to his beautiful co-worker. But when a zombie apocalypse ravages his town, it gives him the push he needs to live for himself. Now Akira's on a mission to complete all 100 items on his bucket list before he...well, kicks the bucket.

E10 · Hometown of the Dead I
E11 · Hometown of the Dead II
E12 · Hometown of the Dead III

Friday, February 14, 2025

South Korea/US/Poland | The Witcher: Sirens of the Deep (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Geralt di upah untuk membunuh raksasa laut yang kononnya menyerang dan membunuh manusia.. Walhal ada konspirasi yang lebih besar berlaku antara manusia dan makhluk dalam air.. Selain perangai manusia yang kejam dalam mencari mutiara dan memusnahkan tiram tanpa belas kasihan.. Manusia juga gila, hanya kerana ingin menghalang hubungan cinta antara dua makhluk berbeza, pembunuhan dilakukan sesuka hati.. Memang gila..

Animasi ini agak ganas dan tak sesuai ditonton kanak-kanak..

The Witcher: Sirens of the Deep
2025 ‧ Adventure/Action/Dark Fantasi/Animation ‧ 1h 31m
Hired to investigate seaside village attacks, mutant monster hunter Geralt unravels an age-old conflict between humans and sea people that threatens war between kingdoms.

Thursday, January 16, 2025

Malaysia | BoBoiBoy Galaxy Gentar (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Setelah keluar semua episod, barulah syok nak layan.. Halah.. Halah.. Kali ini memang tak boleh blah kelakar perangai Boboiboy.. Hilang stress lah bila tengok..Hahaha.. Kelakar gila.. Boleh pula fusion kali ini lambat dia punya reaksi.. Episod 1 dengan 2, nampak macam BoboiBoy lemahlah bila dah gabung.. Dari Gentar jadi Hampa.. Gopallah ini bagi nama.. Masuk episod 3 baru nampaklah kuasa sebenar Gentar tu.. Memang padu dan mantaplah.. Comel dan kelakarlah kali ini.. Walaupun pendek ja, 4 episod tapi mantap.. Memang antara animasi Malaysia yang padu, menghiburkan dan memberi pengajaran..

EP01 - BoBoiBoy Galaxy Gentar | Berjuang Tanpa Gentar

EP02 - BoBoiBoy Galaxy Gentar | Wira Dalam Bahaya

EP03 - BoBoiBoy Galaxy Gentar | Puncak Gentaran Kuasa

FINALE EP04 - BoBoiBoy Galaxy Gentar | BuBaDiBaKo

Saturday, July 20, 2024

Malaysia | BoBoiBoy Galaxy Windara (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tengok animasi ini dekat Youtube Monsta.. Sha tunggu sampai semua episod keluar baru layan.. Satu benda yang paling Sha suka bila watak Boboiboy tu walaupun hero namun tetap dikekalkan perwatakkan seorang budak yang nakal dan suka bermain.. Memang comel..

Seronok betul layan Boboiboy kali ini.. Kisahnya bila Boboiboy diminta memberikan kuasa beliung kepada tuanku Puteri tapi belum sempat kuasa diberi mereka diserang dan tuanku puteri diculik.. Maka berkerjasamalah mereka semua dalam menyelamatkan tuanku puteri dan melawan penjahat serta membebaskan Windara.. Akhirnya Boboiboy menggunakan kuasa Beliung..


Episodes
Episode 1: Pelawat Misteri - June 1, 2024
Episode 2: Pergolakan Di Windara - June 8, 2024
Episode 3: Terkandas - June 15, 2024
Episode 4: Istana Kupuri - June 22, 2024
Episode 5: Kesatria Windara - June 29, 2024
Episode 6: Pertarungan demi Windara! - July 6, 2024

Saturday, April 6, 2024

South/KoreaJapan | Solo Leveling: ReAwakening (2024)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Lain macam vibe bila tengok animasi dia.. Sha tengok dekat iQiyi.. Paling syok bila tengok 2 episod terakhir.. Pergh!! Mantap betul bila dah diterjemahkan dalam bentuk animasi..

Kisah Jinwoo yang asalnya hanyalah pemburu kelas E berjaya naik tahap selepas menyertai satu pemburuan di tempat yang tak dijangka.. Tanpa sengaja juga Jinwoo seolah-olah diberikan peluang untuk naik tahap sedikit demi sedikit dengan menyelesaikan misi yang muncul melalui panel yang muncul dihadapan Jinwoo.. Panel itu hanya boleh dilihat Jinwoo.. Drama ini tamat disaat Jinwwo mendapat gelaran Raja Bayangan semasa menyelesaikan misi dasyat yang tak disangka.. Malah Jinwoo turut mendapat askar bayangan.. Pergh!! Mantap..

Solo Leveling
Also known as I Level Up Alone
2024 ‧ Anime/Action/Adventure/Fantasy ‧ 1 season
In a world of gifted hunters and monsters, a weak hunter Sung Jinwoo gains extraordinary powers through a mysterious program, leading him to become one of the strongest hunters and conquering even the strongest dungeons.

Tuesday, February 13, 2024

Malaysia | Mechamato S2 (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Mantap betul musim 2 ini.. Memang terbaiklah.. Boleh saja layan di Youtube Monsta.. Setiap episod dalam 25 minit macam tu.. Kelakar betul tengok gelagat Amato dan Mechabot ini.. Ada saja yang tak kena tapi mereka masih mampu berkerjasama menentang robot yang nakal.. Kikiki.. 13 episod dengan 13 masalah robot yang kelakar.. Syok betul layan walaupun cerita kanak-kanak.. kikiki..

Mechamato S2 (2023)
Amato & MechaBot KEMBALI! Sertai superhero kreatif dan inovatif, Mechamato, dalam menentang robot-robot jahat baru dan menyelamatkan Kota Hilir!

No. episod: 13
1. Asam Garam Kecam - Robot chef Garamsey bertindak menculik Deep kerana memberi ulasan buruk tentang masakannya. Amato perlu menyelamatkan Deep sebelum dia menjadi hidangan yang seterusnya.
2. Misteri Penunggu Sekolah - Amato dan rakan-rakan tinggal lewat di sekolah untuk menyiapkan sebuah projek, apabila mereka perasan ada kelibat yang sedang memerhati.
3. Rehabilitasi Robot - Amato dan Pian cuba memberi kaunseling kepada robot-robot jahat, namun satu kejadian yang tak diduga terjadi hingga menyebabkan robot jahat Scarescrew berjaya melepaskan diri.
4. Rampasan Takhta Blok - Apabila Mechanizer milik Amato diambil alih oleh King Boxell, Amato dan rakan-rakan perlu memasuki Dunia Mechanizer untuk menghentikan niat King Boxell itu.
5. Perangkap Arked - Amato dan rakan-rakan singgah di sebuah arked permainan yang baru saja dibuka, tetapi tanpa pengetahuan mereka ia merupakan perangkap sebuah robot jahat bergelar Arcada.
6. Pertembungan Kitar Semula - Semasa mencari botol-botol plastik untuk projek kelas mereka, Amato dan rakan-rakan terserempak dengan sebuah robot kitar semula yang diperbuat dari plastik terbuang.
7. Perlumbaan Destar Prix - Amato menceritakan semula bagaimana robot kembar CarBro dan JetSis cuba mensabotaj perlumbaan go-kart Destar Prix pada tahun sebelumnya.
8. Kon-nichi-wa! - Amato menerima khabar tentang robot-robot Konchozoku, sekumpulan robot jahat yang amat ditakuti oleh geng Kon Koncho, yang sedang membuat onar di kawasan bandar.
9. Diva di Awan - Robot jahat Cloudiva telah menyebabkan kejadian-kejadian cuaca pelik melanda di sekitar bandar. Amato perlu menghentikannya sebelum keadaan dan cuaca menjadi semakin buruk.
10. Empayar Papan Permainan - Amato dan rakan-rakan terjumpa sebuah papan permainan yang menyedut mereka masuk ke dalam dunianya, dan satu-satunya jalan keluar adalah dengan memenangi permainan tersebut.
11. Rancangan Tumpang Toopee - Amato menceritakan semula bagaimana robot kembar CarBro dan JetSis cuba mensabotaj perlumbaan go-kart Destar Prix pada tahun sebelumnya.
12. Masalah Kecil: Bahagian 1 - Usaha Amato untuk menangkap robot jahat Shleep digagalkan oleh makhluk asing bergelar Chachix.
13. Masalah Kecil: Bahagian 2 - Sekumpulan robot-robot jahat telah berjaya melepaskan diri, dan Chachix berniat untuk menangkap dan mengawal mereka semua. Amato perlu menghentikan Chachix serta merta.

Thursday, February 1, 2024

Malaysia | BoBoiBoy Galaxy SORI (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Animasi 6 episod ini memang kelakar.. Kikiki.. Boboiboy kembali beraksi bersama rakan-rakannya demi mengeluarkan kuasa elemental ketiga mereka.. Episod 5&6 memang kelakar bila Boboiboy berpecah 3 terlalu lama, mereka akan hilang ingatan.. Boleh pula dia hilang ingatan dan berkawad.. hahaha.. Sabar je lah perangai.. Elemental fusion dia memang ohsemlah.. Solar campur Duri jadilah SORI.. kikiki..

BoBoiBoy Galaxy SORI
Original Release: December 3, 2023 (YouTube, Netflix)
Genre: Action, Adventure
Ikuti pengembaraan BoBoiBoy dan rakan-rakannya dalam misi mencari Power Sphera PasuBot. Dengan bantuan PasuBot, benih Oakuat pemberian Tuan Guru Gaharum boleh membesar dengan lebih pantas! 

Episod:-
1. Kembali Beraksi!
2. Rahsia King Balakung
3. Resipi Warisan Terulung!
4. Belantara Penuh Bahaya!
5. Puak Purba Kadruax!
6. Paduan Dua Kuasa (FINALE)

Monday, December 11, 2023

US | Blue Eye Samurai (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Walaupun ini animasi namun tak sesuai ditonton budak-budak.. Jangan bagi anak-anak tengok ye.. Ada babak yang tak sesuai untuk budak-budak.. Animasi ini untuk orang dewasa sahaja ye.. Kisah seorang samurai bermata biru yang mencari 4 lelaki barat untuk dibunuh.. Samurai bermata biru tu namanya Mizu.. Awalnya Sha ingatkan dia lelaki tapi penghujung episod 1 kita akan ketahui yang sebenarnya dia seorang perempuan dan hanya ada beberapa orang sahaja yang tahu jantina sebenar dia.. Musim 1 ini mengisahkan tentang usaha Mizu mencari Frowler untuk dibunuh.. Mizu juga belajar untuk bersikap kemanusian dan membantu orang lain sepanjang dia mencari Frowler.. Musim ini tamat dengan Frowler berjaya ditangkap dan Mizu belayar ke London mencari 2 lagi lelaki iaitu Routley dan Skeffington..

Blue Eye Samurai
2023 ‧ Action ‧ 1 season (8 eps.)
A master of the sword lives life in disguise while seeking revenge in Edo-period Japan.


Tuesday, October 24, 2023

Jepun | My Happy Marriage (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kalau sebelum ini Sha tengok versi live action As Long As We Both Shall Live (2023), kali ini kita layan anime dia pula.. Ini pun sebab ada rakan FB kongsikan review.. Kalau tak memang tak tahu ada anime.. Light novel dengan manga pun ada.. Yang ini nantilah kita cari..

Versi anime ini lagi terperincilah jalan cerita dia.. Memang lagi syoklah pada Sha sebab banyak yang boleh kita faham.. Bukanlah versi live action tak best.. Best je.. Cuma penyampaian cerita dalam anime ini lain sikitlah..

Masih berkisarkan tentang watak utama bernama Miyo yang diabaikan oleh keluarganya sendiri selepas dia kehilangan maknya semasa kecil.. Rupanya mak dia memang sengaja seal kebolehan dia dari pengatahuan bapa dia seba keluarga bela bapa dia nak mempergunakan Miyo untuk menjadi keluarga yang dihormati.. Bagus jugala bapa dia berikan Miyo dekat Kiyoka sebab Kiyoka sendiri bukan calang-calang orangnya.. Kebolehan dia sangat dasyat.. Gandingan keduanya rupanya ditakuti hinggakan cubaan membunuh mereka telah dilakukan.. Mujurlah Miyo cepat dalam usaha menyelamatkan Kiyoka..

My Happy Marriage | Watashi No Shiawase Na Kekkon 🏮
Episodes : 12
Duration per episode : 23 Minute
Genre : Drama, Romance, Supernatural
Synopsis : Born to a noble family, Miyo is married off to Kiyoka, a soldier so heartless his prior fiancées fled. With nowhere to go, Miyo slowly starts to open her heart to her cold husband-to-be... Could this be love?

Saturday, October 21, 2023

Jepun | Zom 100: Bucket List of the Dead (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha layan filem dia, kali ini kita layan anime dia pula.. Tapi tu lah sebab dia bersiri, memang kena tunggu habislah baru Sha review.. Lebih puas hati tonton anime berbanding filem sebab lebih panjang ceritanya.. kikiki.. Memang tontonan dewasa, tak sesuai bagi anak-anak tengok ye.. Sha tonton di iQiyi.. Ini pun sebenarnya belum habis lagi.. Patutnya 12 episod tapi tak pasti kenapa sampai episod 9 je lepas tu lagi 3 tak tahu ke mana.. hehehe..

Kisahnya Akira sangat tertekan dengan kerja dia.. Merasakan dibuli dan dipergunakan hinggalah pada satu hari dia bangun dan dunia diserang wabak zombie.. Buat pertama kalinya Akira merasa sangat bahagia dan gembira sebab tak perlu ke pejabat.. Masa ini barulah Akira terfikir akan perkara-perkara yang tak sempat dilakukannya.. Akira mula buat senarai perkara yang ingin dilakukannya sebelum dia bertukar menjadi zombie.. Antaranya meluahkan rasa cinta, menyelamatkan rakan baik dia, berkenalan dengan pramugari, menjadi hero dan pulang ke kampung menjenguk orang tua..

Zom 100: Bucket List of the Dead
Original title: Zom 100: Zombie ni Naru made ni Shitai 100 no Koto
2023 ‧ Anime/Action/Comedy/Fantasy/HorrorSci-Fi ‧ 1 season
Surviving a zombie apocalypse beats being a wage slave any day! After spending years slaving away for a soul-crushing company, Akira's life has lost its luster. He lives in a trash-filled apartment, his pay is abysmal, and he can't even muster up the nerve to confess his love to his beautiful co-worker. But when a zombie apocalypse ravages his town, it gives him the push he needs to live for himself. Now Akira's on a mission to complete all 100 items on his bucket list before he...well, kicks the bucket.

E09 · Treehouse of the Dead
E08 · Sushi & Hot Springs of the Dead
E07 · Truck Stop of the Dead
E06 · RV of the Dead
E05 · Hero of the Dead
E04 · Flight Attendant of the Dead
E03 · Best Friend of the Dead
E02 · Bucket List of the Dead
E01 · Akira of the Dead

Tuesday, August 15, 2023

Jepun | The Ancient Magus' Bride (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Halah.. halah.. Terlayan anime pula.. Awal tu nak tengok 1 episod je.. Eh.. Macam best tapi agak depress jugalah.. Ada je kelakar dan gembira.. 

Kisahnya mengenai Chise seorang Sleigh Beggy yang dibeli Elias untuk dijadikan pelatih dan juga pengantin dia.. Elias nak ajar Chise tentang magic.. Chise ini anak yang dibuang kerana keistimewaan dia, sebab tu dia biarkan diri dia dilelong dan dijual.. Kiranya macam Chise dan Elias ini saling menyembuh antara satu sama lainlah gitu.. Kalau ikutkan, Chise ini akan mati awal disebabkan magic tapi Elias tengah cuba nak pastikan yang Chise ini tak mati..

Sepanjang perjalanan mereka untuk saling mengenali tu, Chise berjumpa dengan Ruth yang akhirnya menjadi familiar Chise.. Perjalanan mencari cinta, kebahagiaan dan menyayangi diri sendiri..

The Ancient Magus' Bride
aka Mahoutsukai no Yome
2017 ‧ Slice of Life/Magic/Fantasy/Shounen ‧ Mythology
Chise Hatori, a 15-year-old Japanese girl, was sold for five million pounds at an auction to a tall masked gentleman. Abandoned at a young age and ridiculed by her peers for her unconventional behavior, she was ready to give herself to any buyer if it meant having a place to go home to. In chains and on her way to an unknown fate, she hears whispers from robed men along her path, gossiping and complaining that such a buyer got his hands on a rare Sleigh Beggy.

Ignoring the murmurs, the mysterious man leads the girl to a study, where he reveals himself to be Elias Ainsworth—a magus. After a brief confrontation and a bit of teleportation magic, the two open their eyes to Elias' picturesque cottage in rural England. Greeted by fairies and surrounded by weird and wonderful beings upon her arrival, these events mark the beginning of Chise's story as the apprentice and supposed bride of the ancient magus.

Friday, June 30, 2023

Jepun | Alice In Borderland: Imawa no kuni no Alice (2014)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Animasi ini tayangkan 3 episod awal dimana Arisu mula terperangkap dalam permainan minda dia dan kehilangan 2 kawan baik dia.. Memang bermain dengan perasaan betul.. 3 episod awal je.. 

Alice In Borderland: Imawa no kuni no Alice (2014)
Type: OVA
Episodes: 3
Genres: Action, Supernatural, Suspense
Themes: High Stakes Game, Psychological, Survival
Duration: 23 min. per ep.
Ryouhei Arisu is a high school student with no ambitions and just wants to escape from what he feels is a meaningless reality. One night when he is with his two friends Daikichi Karube and Chouta Segawa, they see an abnormally large firework shoot into the sky, an event which signals a permanent change in their lives.

Blinded by the incredibly bright explosion, the three find themselves transported to what is known as the Borderland. The only inhabitants of this world are participants of a deadly game where specific tasks must be accomplished if they wish to survive. As the three begin playing to determine how they can get back home, Ryouhei finds himself feeling alive for the very first time in his life.
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com