Tuesday, May 21, 2024

ebook | Apa Kata Kita Bercinta oleh Hannah Ezaty

Assalamualaikum..
Hye semua..

Nisrina dah teruskan kehidupan tapi perampas suaminya masih tak boleh nak move on.. Sibuk mengganggu hidup dia, seolah- olah dia pula yang tersakiti.. Pening juga Nisrina melihatkan perangai Shafika.. Mujurlah muncul Amsyar dalam kehidupan dia.. Akhirnya Nisrina buka hati dan mulakan kehidupan baru dengan Amsyar.. Sweet dan simple je kisahnya.. Memang syok layan..

Sha baca dan selesai pada 16.05.2024..

Published January 1, 2023 by RMA Studio

Terima Kasih Orang Baik

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masa kemas kini galeri terjumpa gambar ini.. Kejadian berlaku petang selasa (07.05.2024) dua minggu lepas.. Masa baru balik dari ambil Imani sekolah agama, hujan lebat dan ada pokok tumbang melintang di tengah jalan.. Nampaklah sekumpulan lelaki bertungkus lumus dalam hujan mengalihkan pokok yang tumbang.. Kerjasama yang mengagumkan dari rakyat Malaysia.. Memang terbaiklah.. Terima kasih orang-orang baik..

Melintang batang pokok tu menghalamg pergerakan dari kedua-dua arah..

Alhamdulillah ada yang bawa gergaji untuk memotong..

Panjang barisan kereta menanti giliran untuk bergerak..

ebook | A Polar Bear's Tale. by Ewa O'Neill

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ibu beruang Polar menjanjikan tempat untuk mendapatkan makanan pada anak-anaknya.. Namun setelah berjalan seharian tempat itu tidak ditemui.. Malah keadaan telah banyak berubah.. Tak ada yang berani membantu ibu beruang.. Ibu beruang dan anak-anaknya penat dan lapar.. Sehinggalah mereka berjumpa dengan paus.. Rupanya keadaan dah tak sama, ibu beruang perlu ke tempat lain untu mencari makan sebab disitu ais makin nipis dan bahaya..

Sha baca dan selesai pada 16.05.2024..

Published October 14, 2012 by Bright Pen

Monday, May 20, 2024

Mesyuarat PIBG SMK Sesi 2024/2025

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sabtu baru ini ada Mesyuarat PIBG untuk Sekolah Menengah, Sha pula AJK PIBG memang awallah ke sekolah.. 7.30 pagi dah sampai.. Alhamdulillah tahun ini penyertaan ibu bapa ramai, tajaan cabutan bertuah pun meriah.. Sekali lagi Sha dipertanggungjawabkan untuk menjadi AJK PIBG sesi 2024/2025.. Kita cuba ya..

Terima cenderahati untuk Sesi 2023/2024.. Ingatkan dah tak dilantik lagi dah..

Tolong isikan makanan untuk ibu bapa yang datang..

Ini pula PIBG sekolah rendah.. Sha datang sebagai ibu pelajar.. Perasmi untuk PIBG sekolah rendah sabtu minggu sebelumnya..

Dua minggu berturut-turut mesyuarat PIBG, memang sibuk lah Sha..

ebook | Can't FightThis Feeling oleh Farah Husain

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tajuk je mat salih, cerita melayu ini.. Cerita yang sweet, ada konflik sikit tapi masih syoklah layan.. 

Adiana trauma.. Bukan trauma sikit-sikit tapi trauma yang luar biasa hingga terpaksa berpisah dengan sumai tersayang.. Mereka berpisah dengan cara baik.. Adiana terpaksa buat keputusan tusebelum hatinya lebih hancur melihat bekas suami berbahagia dengan isteri kedua.. Tak akan ada yang adil andai bermadu.. Kemudiannya Adiana bertemu kembali dengan crush waktu remaja.. Saling mempunyai perasaan sebenarnya mereka berdua ini tapi disebabkan salah faham, semuanya jadi tak baik.. Adiana dan Adam akhirnya bersatu dan perlahan-lahan Adiana mula membina kehidupannya.. Trauma tu masih ada namun Adam sentiasa disisi membantu Adiana..

Sha baca dan selesai pada 16.05.2024..

Published January 1, 2023 by Farah Yohana Husain

Giveaway Kotak Dari Ayu!

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jomlah sertai Giveaway Kotak Dari Ayu!  dari Blog SR ini.. Syaratnya pun mudah sangat..

Klik SINI

Kenangan 19 Mei 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha teman encik suami ke Shah Alam untuk baiki kuda putih dia.. Meternya bermasalah.. Kena tinggalkan motor, jadinya kami ambil grab dan gerak ke AEON.. Sha nak cari kasut baru, gantikan kasut yang dah patah tapaknya.. Lama juga Sha pakai kasut ini dekat setahun 4 bulan, sebelum tapaknya patah dan koyak.. 

Sambil-sambil tu kami ber dating lah juga.. Lama juga nak tunggu siap motor encik suami tu.. Selesai dalam pukul 2 lebih juga.. Dari Shah Alam kami ke Subang pula pula jumpa Angah Sha kemudian baru gerak balik.. Sampai rumah dah pukul 6 petang.. kikiki.. Masa dalam perjalanan balik tu sempatlah encik suami cuba motor dia.. Kita dekat belakang ini dah seram sejuk.. hahaha.. Sabar je lah..

Beli untuk diri sendiri.. Pilihan encik suami dan Sha.. Sha pilih pattern lelaki sebab cantik.. Pattern wanita tak ada yang menarik.. Memang kali ini masuk kedai yang pertama, jumpa, ada saiz terus bayar.. Tak cari dah lepas tu.. kikiki..

Ini pula abang Sha bagi.. Beli tapilepas tu tak pakai.. Saiz dia kaki dia sama dengan Sha.. kikiki.. Bolehlah gantikan kasut sukan Sha yang sudah tercabut tapak bawahnya.. kikiki..

Ini pula tapak baru untuk kasut kerja Sha.. Tapak dalam tu dah hancur.. kikiki.. Kasutnya elok lagi, jadi kita ganti tapak dia sahaja.. Mula-mula tu pelik juga sebab lainkan, tapi nanti dah biasa okaylah..

Korea | Exhuma (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tengok sebab ada Lee Do Hyun dan cerita dia macam seram mistik gitu.. Permulaan cerita je dah penuh misteri.. Awal-awal lagi Sang Deok tolak sebab keadaan kubur yang nak dipindahkan tu kedudukan dia pelik.. Tu belum lagi waris yang seolah-olah menyembunyikan rahsia mengenai kubur tu.. Tapi Hwa Rim tetap nak teruskan.. Kalau ikutkan patutnya diorang boleh selesaikan semuanya dengan elok tapi ada pula yang tamak pergi buka keranda tu dan lepaskan roh jahat.. Ish.. Sudahnya diorang terpaksa bakar je keranda tu.. Ingatkan dah selesai, sekali ada pekerja yang korek kubur tu kena ganggu sebab dia bunuh seekor ular masa kerja-kerja mengorek.. Bila Sang Doek kembali ke kubur dia jumpa satu lagi keranda.. Hwa Rim suruh abaikan tapi Sang Doek nak keluarkan juga.. Sudahnya malapetaka berlaku lagi.. Kali ini rakan sekerja Hwa Rim yang jadi mangsa..

Movie: Exhuma
Also Known As: Pamyo, The Unearthed Grave
Screenwriter & Director: Jang Jae Hyun
Genres: Thriller, Mystery, Horror, Supernatural
Country: South Korea
Release Date: Feb 16, 2024
Duration: 2 hr. 13 min.
After suffering from serial paranormal events, a wealthy family living in LA summons a young rising shaman duo Hwa Rim and Bong Gil to save the newborn of the family. Once they arrive, Hwa Rim senses a dark shadow of their ancestor has latched on the family in a so-called 'Grave Calling'.

In order to exhume the grave and relieve the ancestor, Hwa Rim seeks help from top-notch geomancer Sang Deok and mortician Yeong Geun. To their dismay, the four find the grave at a shady location in a remote village in Korea. Unaware of the consequences, the exhumation is carried out, unleashing a malevolent force buried underneath.

Sunday, May 19, 2024

ebook | XV Unexplained File L17 - The Restless Dead by Chang Lip Wei, Liew Chek Kee, Sloow Studio

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awalnya mereka menyiasat kes diganggu mayat hidup.. Bila menjejak kronologi peristiwa mereka bertemu dengan perkampungan dimana mayat dari dalm kubur hilang.. Hilang pula ke kawasan perlombongan.. Bila dicari, tak jumpa.. Dalam masa yang sama mereka jumpa banyak kulat pelik di badan serengga dan burung.. Mulanya mereka ingat puncanya adalah kulat tapi makin disiasat, makin pelik pula kesnya.. Rupanya ada yang tamak ingin melombong batu permata dengan menganiaya manusia lain..

Sha baca dan selesai pada 15.05.2024..

Published August 1, 2019 by Kadokawa Gempak Starz Sdn. Bhd.

Dosfarm Sugar Free Candy: Strawberry & Orange

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha pernah kongsikan pasal gula-gula ini tapi perisa Watermelon, Grape & Peach.. Kali ini Sha kongsikan dua rasa baru yang ada dijual di Mr.DIY.. Strawberi dan oren pula.. Mengancam warna pembungkusan dia.. Dari segi rasa pula, rasa strawberi tak terlalu kuat dan berangin.. Oren pula rasa dia memang kuat orenya dan berangin.. Syoklah makan..

Dosfarm Sugar Free Candy: Strawberry (16g) - RM1.60
Dosfarm Sugar Free Candy: Orange (16g) - RM1.60

Strawberi dan Oren..

ebook | Hanya Untuk Dia…Ain Nuraina Sophilea

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menyampah pula dengan Zhafran.. Kau  suka Ain tapi asyiklah cari salah si Ain.. Lepas tu malukan orang tu.. Kalau Sha jadi Ain pun, Sha menyampah.. Ain pun salah juga sebab ego.. Paling tak sangka bila Zhafran gunakan cara halus untuk kahwin dengan Ain.. Kalau iyapun, elok-eloklah sikit.. Boleh je layan Ain elok-elok tapi tu lah.. Baru je berbaik dan bergaduh balik.. Kalau pun iya kena rahsiakan perkahwinan, boleh je Zhafran mengaku dekat langau-langau yang mengganggu tu dia dah kahwin.. Sama je tak matang dengan si Ain, walhal usia dah tua..

Entah buku apalah Sha baca.. Sakit hati betul baca.. Sama je perangai dua-dua.. Kalau Ain tu boleh fahamlah tak matang sebab muda.. Ini dha tu bangka pun tak matang lepas tu memalukan orang sesuka hati.. Ish.. Menyampah.. Tapi habislah juga baca.. huhuhu..

Sha baca pada 13.05.2024 dan selesai pada 14.05.2024..

Published October 1, 2015 by Intens Idea

Saturday, May 18, 2024

Lot 100 Yogurt Gummy with Fruit Juice & Grape

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha ada kongsikan yang rasa manggakan.. Kali ini Sha beli yang rasa buah-buahan dan juga rasa anggur.. Ini versi Lot 100.. Kalau beli dekat ECO, pembungkusan dia lain sikitlah.. Tapi rasanya sama je.. Kalau korang teringin nak cuba boleh beli yang versi ECO.. Pembungkusan dan hargalah yang membezakannya.. Rasa dia sama je.. Versi Lot 100 ini Sha jumpa di pasaraya.. Lama dah belinya sampai lupalah berapa harganya..

Lot 100 Yogurt Gummy with Fruit Juice (60g)
Lot 100 Yogurt Gummy with Grape (60g)

Fruit Juice - 16pcs
Anggur - 17 pcs

ebook | X-Venture The Golden Age of Adventures H06 - The Order Of The Monkey King by Tadatada/Solar Team

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini bersambung-sambung sebenarnya.. Cumanya boleh je faham sebab setiap buku bawa topik berbeza cuma watak dia jelah ada kesinambungan.. Macam buku kali ini Lulu terpaksa menyerah pada kakak Marie yang obses dengan Lulu, demi menyelamatkan pasukan ekspedisi.. Lepas tu habis.. 

Alex dan Lulu menyertai ekspedisi baru ke Everest mencari pasukan yang hilang dan juga gunung emas.. Masalahnya bila sampai, apa yang mereka jumpa ialah monyet putih yang ganas dan bila monyet tu saling makan, mereka akan jadi besar.. Gunung yang disangka emas pula bukanlah emas sebaliknya batang panjang milik Sun Wukong.. Bukan mudah nak tenangkan monyet yang mengamuk, mujurlah ada Lulu dan radio kepunyaan Ming Kong..

Sha baca dan selesai pada 13.05.2024..

Published January 1, 2016 by Kadokawa Gempak Starz Sdn. Bhd

Yeo's Immuno Chocolate Soy Milk

Assalamualaikum..
Hye semua..

Soya berperisa coklat dengan kandungan kurang gula ini Sha beli masa bulan puasa haritu.. Sha pun tak ingat berapa harganya sebab baru minggu lepas minum.. kikiki.. Beli je, lepas tu lupa.. Rasa dia emmang pekat tapi tak manis.. Sedap bila sejukkan dulu kemudian minum.. Memang legalah tekak dan mengenyangkan juga..

Yeo's Immuno Chocolate Soy Milk

Pekatkan warna dia..

Friday, May 17, 2024

ebook | The Inferno Chronicles by Jen Junn Lee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pengembaraan yang unik.. William bersama seekor burung phoenix, berjalan mencari punca kampungnya diserang Goblin.. Semasa perjalanannya, dia bertemu dengan Lina manusia kucing dan juga August.. Bertiga mereka berkerjasama mencari jawapan kepada serangan aneh yang mula merebak ke kampung lain.. Pengembaraan yang penuh cabaran dan penemuan pelik.. Namun kerjasama mereka membuahkan hasil.. Cuma tu lah, macam ada yang kurang.. Tapi okay je sebagai bacaan santai.. 

Sha baca dan selesai pada 13.05.2024..

Published May 22, 2023 by Bookiut

White Castle: Dark Angel Mint Chips Cookies

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini Sha cuba biskut perisa mint pula.. Rangup dan ohsem.. Memang tak ada lah rasa pelik tu.. Sedap je kunyah.. Owh ya.. Kalau korang nak tahu, Sha jadikan biskut ini sebagai biskut raya.. Sha keluarkan dia dari plastik tu dan masukkan dalam balang cantik.. Kejap je licin.. kikiki.. Owh ya, Sha beli biskut ini dekat kedai ECO..

White Castle: Dark Angel Mint Chips Cookies (100g) - RM2.40

Ada 6 pek comel

1 pek ada 2 keping biskut

Ketara warna hijau coklat cip tu..

ebook | TUALANG oleh Shaz Johar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Habis saja baca buku ini, perkara pertama yang terlintas dalam kepala Sha ialah perkara yang sudah berlaku tak akan boleh diubah.. Lagi kau ingin ubah lagi bercelaru kehidupan jadinya.. Itulah yang terjadi pada watak-watak dalam buku ini.. Berselirar dan bercampur aduk.. Pening bila baca walaupun dari POV yang berbeza namun saling berkait dan bertindih antara satu sama lain.. Tak ada satu kebaikan pun bila kau dapat merentas masa tak kiralah ke masa lalu atau depan.. Semuanya kucar kacir..

"Bahagia itu sebenarnya pilihan. Kau yang tentukan macamana kau nak rasa bahagia dalam hidup dan tak ada siapa pun yang boleh tentukan bahagia jenis apa untuk kau melainkan diri kau sendiri.
Bahagia itu juga sederhana. Kita tak payah nak keluar duit banyak-banyak pun nak rasa bahagia. Ada orang itu dia dapat bangun pagi dan bernafas pun dia dah rasa bahagia." - Ayu (Bab 14)

Sha baca pada 10.05.2024 dan selesai pada 11.05.2024..

Published May 26, 2023 by Buku Fixi

Thursday, May 16, 2024

7-Eleven Lemon Flavoured Candy

Assalamualaikum
Hye semua..

Gula-gula ini rasa lemon dan juga bernagin.. Saiz dia besar dari yang selalu tu.. Menariklah untuk peminat gula-gula berangin dan berperisa lemon.. Owh ya, rasa lemon dia tu tak adalah kuat sangat.. Sedang-sedang je..

7-Eleven Lemon Flavoured Candy (25g)

Besar saiz gula-gula dia..

ebook | X-Venture The Golden Age of Adventures H05 - Riders Of The Rough Sea by Tadatada/Solar Team

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini bukan setakat komik.. Ada penerangan atau info mengenai negara asia, tentang lautan, pusaran air, lanun laut, lombong letupan dan jerung.. Sambil berhibur, boleh baca info juga.. Malah ada kuiz juga..

Pengembaraan Alex dan juga imbauan masa silam macam mana Alex boleh terjebak dengan dunia pengembaraan serta mendapat pengalaman sedih yang pertama iaitu kehilangan figura kesayangannya..

Sha baca dan selesai pada 10.05.2024..

Published February 4, 2021 by Kadokawa Gempak Starz SDN BHD

Korea | A Violent Prosecutor (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menarik filem ini.. Terus je, tak ada pusing-pusing.. Kisah seorang pendakwaraya yang ganas dan dijadikan pesalah hanya kerana kedegilan dia.. Ditipu dan akhirnya dipenjara.. Bila dah masuk penjara, beliau dipukul sampailah pada suatu hari peluang muncul depan mata.. Makanya dia mula melebarkan sayap dan mengawal segala-galanya di dalam penjara sambil membantu mereka yang memerlukan pengetahuannya tentang undang-undang.. Kemunculan seorang penipu, telah mencetuskan semangatnya untuk membalas dendam dan mengenakan mereka yang memenjarakan beliau.. Memang sempoilah tengok kerjasama dia dengan penipu tu..

Movie: A Violent Prosecutor
Also Known As: Geomsawejeon
Screenwriter & Director: Lee Il Hyung
Genres: Thriller, Mystery, Law, Crime
Country: South Korea
Release Date: Feb 3, 2016
Duration: 2 hr. 6 min.
Prosecutor Jae Wook, who specialized in violent crimes, detests the criminals and doesn't give a damn about their human rights.

One day, while interrogating Jin Seok, a suspect looking insincere, Jae Wook loses his temper again and beats him. The next morning, when Jae Wook comes back to the interrogation room, he finds Jin Seok dead. Jae Wook is charged with murder and arrested. The Prosecutors' Office, including Jae Wook's boss and close colleagues, desperately tries to find a way out of this trouble, leaving him as a scapegoat. Jae Wook claims his innocence but gets sentenced 10 years in prison.

In prison, Jae Wook meets a handsome, even petty criminal, Chi Won and finds the clue of the scheme which put him in prison. Jae Wook asks Chi Won to join forces with him and begins training him to reveal the scheme and get his revenge.

Wednesday, May 15, 2024

ebook | Our Tethered Skates by Naadhira Zahari

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini pasal Layla yang bersedih setelah Maya menghilang tanpa berita.. Bukan sahaja Layla tapi mak dan ayahnya juga berubah.. Sehinggalah pada suatu malam, Layla buat keputusan untuk meluncur kembali di tasik yang sama kakaknya hilang.. Sesuatu yang magik terjadi bila Layla dibawa ke dunia yang tak disangka dan dianggap sebagai pahlawan yang akan membantu negara tersebut mendapat kemenang melawan Frost.. Layla bersetuju dengan harapan dia akan dapat berita mengenai kakaknya walaupun berita tu bukanlah berita baik.. Sekembalinya dari dunia tersebut, Layla buat keputusan untuk berterus terang pada mak dan ayah dia serta mencadangkan supa mereka sekeluarga mendapatkan khidmat kaunseling..

Sha baca dan selesai pada 09.05.2024..

Published April 18, 2023 by Bookiut

Jepun | Higanjima: Vampire Island (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Kalau tak suka babak banyak darah, baiklah jangan tengok.. Vampire dia ganas gila dalam ini.. Dari awal memang banyaklah babak bertarung.. Bukan setakat bertarung dengan vampire tapi makhluk pelik juga.. Ganas-ganas belaka.. Manusia bertarung menentang vampire demi merampas semula pulau mereka.. Semuanya kerana kesilapan seorang manusia yang terlalu ingin tahu dan telah melepaskan vampire yang dikurung..

Movie: Higanjima: Vampire Island
Also Known As: Higanjima Deluxe, Higanjima Derakkusu
Genres: Action, Supernatural
Country: Japan
Release Date: Oct 15, 2016
Duration: 1 hr. 58 min.
The movie depicts the confrontation between younger brother Akira and older brother Atsushi on Higanjima.

Wordless Wednesday 2024

Tuesday, May 14, 2024

Pio'kopi Lenggong, Perak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini kedai kopi yang sangat cantik.. Tepi jalan.. Kalau laju memang tak perasan.. Tempat ini ohsem sangat.. Suka Sha tengok suasana dia.. Kalau bertemu janji dengan encik suami pun ngam ini.. Vibe dia tu tenang sangat.. Singgah sini sekadar untuk alas perut, jadinya tak adalah beli banyak.. 2 air, 1 kek dan 1 brownies.. Harga okaylah..

Chocolate (RM10) - Air ini memang bestlah.. Rasa coklat dia mewah dan padu.. Pergh!! Puas hati..
Caramel Latte (RM10) - Rasa kopi yang ringan dan tak manis.. Latte kan.. Boleh layanlah..

Pio'kopi, A6, 33420 Lenggong, Perak

Tempat duduk kayu.. Klasik okay..

Bahagian dalam.. Belakang tu ada tapak khemah tau..

Menu yang Sha beli
Caramel Latte, Chocolate, Brownies dan Butter Cake - RM31
Kek butter dia lembut dan light.. Brownies dia sedap..

Harga untuk air..

ebook | Bittersweet oleh Farah Husain

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Sweet dan tak banyak sangat konfliknya.. Konflik yang simple-simple je penulis bubuh.. Memang tak adalah pening kepala sangat baca buku ini.. Cuma geram sekejaplah dekat Eizlan bekas tunang si Leila tu.. Kau yang nak putus sebab main kayu tiga, eh kau salahkan si Leila pula.. Mujurlah tak lama lepas tu terbongkar tapi tu lah.. Tak berapa selesai cerita si Eizlan tu, kalau selesaikan lebih cantiklah.. Perkenalan antara Gibran dan Leila pun menarik.. Konflik sikitlah tapi lepas tu sweet melenting..

Sha baca dan selesai pada 09.05.2024..

Published June 1, 2020 by Farah Yohana Husain

888 3-In-1 Instant Cereal With Soy Bean Drink

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli dekat kedai ECO.. Sedap wei.. Mengenyangkan.. Rasa dia memang tak pelik.. Gabungan susu soya dengan bijirin tu memang sedap.. Untuk tekak Shalah.. Harga pun berbaloi kalau korang nak cuba.. 

888 3-In-1 Instant Cereal With Soy Bean Drink (28gX4) - RM2.40

Sha bancuh waktu pagi, dekat pejabat.. Memang sedap..

Monday, May 13, 2024

ebook | Miss Rock Star oleh Shafina Sofea

Assalamualaikum.
Hye semua..

Eh!! Geram pula Sha dengan watak Ferra ini.. Macam yang bagus sangat.. Berlagak dan menyusahkan orang.. Eddy pun sama.. Ish.. Geram je.. Apalah salahnya berbaik je dengan Avira tak adalah nak kena hadap perangai Ferra yang sombong dan berlagak tu.. Geram.. Memang kena sabar je baca sebab nak tahu kesudahan.. kikiki..

Kisahnya band GothHazel akan dibubarkan kalau mereka masih lagi tak dapat cari vokalis.. Ujibakat dilakukan dan Ferra terpilih walaupun Mai tak menyukainya.. Kalau boleh Mai nak Avira yang jadi vokalis masalahnya Avira dan Eddy ada seteru lama yang tak selesai.. Ferra pula bila dah terpilih mula buat perangai sampailah berlaku insiden tak dijangka.. Ferra akhirnya terpaksa minta tolong Avira menggantikan dirinya.. Persoalan lama mula terungkai bila berlaku tragedi dimana lagu yang sepatutnya dinyanyikan oleh GothHazel telah dinyanyikan band lain.. Akhirnya mereka menang dan semua kekusutan terlerai..

Sha baca dan selesai pada 08.05.2024..

Published August 15, 2023 by Bookiut

Jelajah Lenggong, Perak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam kami sekeluarga ke Lenggong Perak untuk jelajah sejarah.. Rancangan mengejut ini sebab rumah tak ada elektrik satu hari semalam.. TNB buat kerja-kerja naik taraf.. Mujurlah dapat notis awal.. Sha dengan encik suami pun buatlah rancangan mengejut.. Sha yang pilih nak ke Lenggong sebab tak pernah sampai lagi sini walaupun dah lama duduk Perak.. Oleh kerana perancangan mengejut dan tak kejar masa, memang relaks je lah.. Awal pagi keluar pergi hantar pakaian salin ke rumah transit dulu.. Kemudian singgah sarapan.. Encik suami bawa ikut jalan lama, keluar tol Bidor terus sampai ke R&R Simpang Pulai.. Kemudian Sha pula memandu sampai ke Dataran Tasik Raban untuk makan tengahari.. Bergilir-gilir Sha dan encik suami memandu supaya tak terlalu letih..

Muka-muka ceria selepas sarapan pagi..

Sempatlah bergambar sekeping dua.. Lupa pula nak ambil gambar makanan.. Okaylah menunya lauk-lauk kampung..

Galeri Arkeologi Lembah Lenggong, Jabatan Warisan Negara Zon Tengah, Kota Tampan, 33400 Lenggong, Perak
Tiada bayaran dikenakan tapi baru sebahagian kecil sahaja yang dibuka untuk lawatan.. Menarik tau.. Anak-anak dapat info baru..

Ada rumah ini tapi belum dibuka untuk lawatan lagi.. Dekat bawah rumah tu ada pankin dan lesung kaki tu.. Berat owh..

Aki's Gallery, Unnamed Road, 33400 Lenggong, Perak
Kemudian kami terus ke Galeri Aki ini.. Tempat ini rumah kampung yang ada pelbagai bahan sejarah.. Menarik dan tiada bayaran dikenakan.. Agak tersorok sikitlah tempat dia.. 

Ini bendang yang dibuat sendiri oleh pemilik Galeri Aki.. Hasil dari bendang ini dah dituai.. Ini penanaman baru.. Pemilik Aki Gallery ini yang tanam sendiri dan beliau bereksperimen dengan padi ini.. Nak cuba kacuk dan hasilkan padi yang banyak kanjinya supaya makan sedikit sahaja dan kenyang.. Ini penerangan dari pemilik Aki Galeri ini..

Masjid Raja Kg Chepor, Unnamed Road, 33400 Lenggong, Perak
Korang akan jumpa masjid ini dulu baru Aki Galeri.. Sha singgah ambil gambar dari luar je sebab bertutup, tak beranilah nak pandai-pandai masuk.. Kami singgah solat disebelah masjid lama ini..

Telaga Biru Kampung Chepor.
Kemudian kami ke Telaga Biru ini pula.. Agak mencabar nak ke sini sebab tak ada papan tunjuk arah.. Berpusing-pusing jugalah mencari.. Kalau berjaya jumpa tugu ini terus ke kiri.. InsyaAllah akan jumpa Telaga Biru tu..

Kawasannya masih dalam pembinaan..

Airnya berwarna biru disebabkan kandungan mineral dia..
Komposisi air terdiri daripada asid bikarbonat, kalsium, kalium, natrium, sulfat, klorida, florida dan sedikit ferum dengan pH pada 7.6 dan suhu 26.7°C. Oleh kerana sumber air muncul jauh dari dalam tanah, ketiadaan sedimen terampai dan kejernihan menyebabkan air kelihatan berwarna biru.

Jeti Nelayan mykp Kg Chepor
Tak jauh dari Telaga Biru tu ada Jeti Nelayan.. Masih dalam pembangunan juga tapi cantiklah.. Ada buaian, rumah buluh ini.. Okaylah untuk bergambar..

Debu Volkanik Toba Bukit Sapi Lenggong Perak
Ini pula betul-betul tepi jalan.. 

Okaylah cuma tak berjaga je..

Pio'kopi, A6, 33420 Lenggong, Perak
Singgah beli kopi dulu dan kudap-kudapan sebelum patah balik ke destinasi terakhir..

Jambatan Bailey Air Karah.
Jambatan lama.. Agak tetsorok dan sedikit mencabar untuk dicari tapi berbaloi sangat datang sini.. Pemandangan cantik gila.. Kami ke sini dalam jam 3 lebih.. Masa ini cuaca cerah.. Sakan bergambar..

Akhirnya tamatlah sudah jelajah Lenggong menjejak sejarah..

Nasi Bani Melayu, Gerai Nombor 4, RnR, Jalan Kampung Dew, Simpang, 34700 Taiping, Perak.
Singgah makan di Tasik Taiping.. Jauh melencongkan tapi berbaloi sangat.. Sebenarnya kami nak makan di Kedai Nasi Bani Melayu, tapi kedainya tutup.. Di bahagian hadapan kedai ini ada truck mananan dan minuman.. Jadinya kami lepak juga disini.. Makanan banyak pilihan dan semuanya sedap ditekak Sha dan keluarga.. Sha beli Ayam Muiz, laksa sarawak, char kue tiow, cheezy wedges dan air soda.. Air soda dia mantap betul sampai Sha beli untuk tapaulah..

Sempatlah bergambar dengan miaw nie.. Ada orang dalam miaw ini.. Kecik je.. Patung ini punyalah besar.. Boleh QR je kalau nak bagi tips.. Zaman dah majukan.. 

Balik lalu WCE.. Cepatlah lalu sini.. Kereta tak banyak.. Encik suami pilih lalu WCE ini sebab lebuhraya PLUS ada kesesakan.. Lalu sini dari Taiping ke Lekir lebih kurang sejam macam tu.. Turun Lekir, kami ke Teluk Intan, Ladang Bikam, Sungkai, Slim River dan akhirnya Behrang..

Perjalanan kami semalam lebih kurang 474KM dengan pengisian minyak sebanyak dua kali, sebelum pergi RM55.35 dan masa nak balik di PETRONAS Jalan Tupai RM49.22.. Makan pula untuk sarapan RM21.20, tengahari RM45, kopi-kopi RM31 dan makan lewat petang RM67.50.. 
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com