Showing posts with label Minuman. Show all posts
Showing posts with label Minuman. Show all posts

Sunday, September 14, 2025

Homesoy Honey Melon

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha suka minum air Homesoy ini sebab tak manis sangat.. Manis dia biasa-biasa ja.. Kali ini Sha cuba yang ada campuran timbikai susu.. Sedap.. Memang tak sangkalah soya dan tembikai susu ngam.. Tambahan pula bila minum sejuk-sejuk, lega ja tekak.. Mengenyangkan juga.. Soya kan..

Homesoy Honey Melon (1l) - RM3.29

Saturday, September 13, 2025

Promosi Kopi di 7E Cafe

Assalamualaikum..
Hye semua..

Promosi asal dia beli satu kopi panas dan percuma 1 latte ais.. Tapi bila Sha bayar adik tu kata sekarang promosi dah tukar.. Akak boleh beli apa-apa ja kopi dan pilih ja kopi mana-mana untuk yang percuma.. Pergh!! Memang bestlah kalau macam tu.. Kopi percuma tu nak tebus terus pun boleh, nak tebus kemudian pun boleh.. Tapi ada tempoh tau, karang lupa terus tak boleh tebus.. Sha terus tebus ja.. Sha beli satu panas dan satu sejuk..

Sha beli Hot Americano with Gula Aren Tulen (RM2.90) dan tebus Iced Latte with Gula Aren Tulen (RM5.90)..

Satu sejuk dan satu panas.. Satu ini Sha minum dan satu lagi tu Sha bagi dekat ustazah Imani.. Pagi tadi Imani ada tuisyen, jadinya kita bekalkan minuman dan makanan untuk ustazah juga..

Wednesday, September 10, 2025

Wonda Original

Assalamualaikum..
Hye semua..

Meriah entry Sha kali ini dengan review pasal kopi.. Kikiki.. Nak buat macam mana, asyik sangat membeli pelbagai jenis kopi.. Kali ini kita sembang pasal kopi dari jenama Wonda ini.. Okaylah.. Bolehlah tapi tak berapa kena dengan tekak Sha.. Kopi dia rasa lain.. Itu untungnya beli 1 sachet ja.. kikiki..

Monday, September 8, 2025

Oldtown White Coffee: Coconut & Roasted White Coffee O

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kopi dari jenama Oldtown ini memang menarik.. Sha beli 1 sachet ja setiap rasa tu.. Sekadar nak merasa.. Okaylah kopinya.. Menarik..

Oldtown White Coffee: Coconut (20g) - RM2.49
Mantap rasa dia.. Berbaloi beli.. Rasa kelapa dan kopi itu digabungkan dengan cantik dan tidak saling mengganggu.. Ngam-ngam ja rasa kelapa tu.. Kopi dia tak terlalu keras dan terlalu lembut.. Sesuailah untuk tekak Sha..

Oldtown White Coffee: Roasted White Coffee O Sugar Added (20g) - RM1.56
Pergh!! Pekat kopinya.. Awal tu Sha minum macam ini ja, okaylah.. Tapi lepas tu Sha tambah krimer.. Kikiki.. Tak bolehlah minum kosong macam ini.. Mesti nak tambah krimer.. Walaupun ada gula tapi kopinya tak manis dan pekat..

Friday, September 5, 2025

7E Slurpee Lemon Lime Lite

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedap pula slurpee baru ini.. Gabungan rasa lemon dan juga limau.. Memang ngamlah bila lalu kat tekak.. Cumanya tak bolehlah beli selalu, manis.. kikiki.. Satu tak best bila beli slurpee ini, ais dia tu cepat sangat cair.. Bila cair dah tak sedap nak minum.. huhuhu..

Slurpee Lemon Lime Lite (16oz) - RM2.50

Thursday, September 4, 2025

Ah Huat White Coffee: Extra Rich, Smooth & Hazelnut

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mengancam kopi dari jenama Ah Huat ini.. Pekat dan mewah dengan rasa kopi.. Memang berbaloi dicuba.. kikiki.. Ini antara kopi yang beli Sha beli dan kongsi dalam Entry sebelum ini..

Ah Huat White Coffee: Extra Rich (30g) - RM2.19
Memang mewah dan pekat betul rasa kopi dia.. Puas hati dan lidah Sha bila minum.. Berbaloilah kalau nak beli peket besar.. 

Ah Huat White Coffee: Smooth (28g) - RM2.19
Kalau suka rasa yang lebih ringan dan halus, boleh cuba yang ini.. Memang halus ja rasa kopi dia lalu dekat tekak.. Ngam..

Ah Huat White Coffee: Hazelnut with Sugar Cane (36g) - RM2.29
Okay.. Untuk yang ini Sha tak berapa suka.. Pada Sha gandingan kacang hazel dengan gula tebu tu macam tak berapa ngam.. Tak Kenalah.. Ada rasa agak pelik.. Rasa kopi tu memang pekatlah cuma gandingan tu ja tak berapa menjadi..

Tuesday, September 2, 2025

Harold's Iced Shaken Signature Coffee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selalunya bila singgah Harold's, Sha beli roti ja.. Tapi ada satu hari tu rasa macam nak kena kopi.. Bila tengok harga dia macam berbaloi ja, jadinya kita belilah satu.. Memang padulah kopi dia.. Segar mata lepas minum.. Terus semangat memandu.. kikiki.. Bolehlah beli lagi lepas ini kalau teringin nak minum kopi yang padu.. Ngam lah rasa kopi dia untuk tekak Sha..

Harold's Iced Shaken Signature Coffee - RM6.60
(Add on dapat diskaun RM1.88)

Saturday, August 30, 2025

Kopi, Teh dan Minuman Malt Pelbagai Jenis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bahaya mengadap shopee ini, tambah-tambah masa emosi tak stabil.. kikiki.. Sha nak cari sejenis kopi ja tapi bila dah jumpa nampak pula kopi dan teh yang pelbagai jenis.. Mata pun mulalah rambang, jadinya terbelilah juga kopi, teh dan minuman lainnya.. Itu yang bila sampai jadi sebundut..

Sebundut kopi, teh dan minuman malt pelbagai jenis..

Asalnya nak beli yang ini ja.. Lama dah teringin nak cuba.. Tapi tak nak beli sepeket besar, risau tak kena dengan selera..

Sudahnya turut di beli.. Adalah bahan cerita nak update di blog nanti..

Ini pula percuma dari penjual.. Memang syoklah bila dapat hadiah percuma, walaupun sekadar kopi buasa dan krimer..

Thursday, August 28, 2025

Ha'ritage Hola! Granola Cup Cocoa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masih lagi cerita tentang granola dari 7E Cafe ini.. Kali ini Sha makan perisa koko.. Granolanya yang disaluti koko ya kawan-kawan.. Sedikit pahit dari rasa koko tu, membuatkan rasanya jadi lebih enak.. Pada Sha lah.. Memang ngamlah makan waktu pagi atau malam sekiranya anda tidak mahu sarapan yang berat..

Ha'ritage Hola! Granola Cup Cocoa (35g) - RM4.90

Isi dalam dia, 1 sachet granola koko, sudu dan juga tisu..

Sebelum dibancuh..

Setelah ditambah susu oat.. Terus berubah warna susu tu jadi coklat..

Tuesday, August 26, 2025

Iced Brown Butter Oat Latte

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang suka ja cuba kopi.. Janji ada yang minum sama dengan Sha.. Kali ini Sha kongsi dengan Amani.. Rasa kopi dia memang uniklah sebab menggabungkan rasa dari mentega perang, susu oat, dan espresso ais.. Gabungan ini menghasilkan rasa karamel hangat dan tekstur yang lemak tetapi menyegarkan ketika dihidangkan sejuk.. Memang puaslah minum dan gabungan tu menghasilkan rasa unik tapi sedap.. Cumanya rasa kopi dia tak adalah kuat, ia lebih kepada rasa kopi yang lembut dan sedikit manis.. 

Sha beli dengan harga RM7.99

Harga kalau beli air sahaja dan add-on dengan makanan lain berbeza RM1.. Banyak juga bezanya tu..

Sunday, August 24, 2025

Ha'ritage Hola! Granola Cup Honey Almond

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini Sha tambah air panas separuh dan separuh lagi susu oat.. Sedap ja sebab isi dalam dia tu memang ada serbuk susu kan.. Cuma kali ini lebih asyik sebab ada biji kuaci.. Ngam betul bila dikunyah dan mengenyangkan.. Sha makan waktu sarapan.. Mantap untuk perut..

Ha'ritage Hola! Granola Cup Honey Almond (35g) - RM4.90

Sama ja isi dia.. 1 sachet honey almond, tisu dan sudu..

Sebelum dibancuh..

Setelah dibancuh bersama air panas dan sedikit susu oat..

Wednesday, August 20, 2025

Ha'ritage Hola! Granola Cup Yoghurt Mix Berries

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Awal tu Sha ingatkan adalah beri kering tapi bila buka, tak ada pun.. Cumanya bila dah tambah susu tu dan makan, baru rasa beri tu.. Sedap dan mengenyangkan.. Kalau tak nak tambah susu, tambah air panas atau sejuk pun boleh.. 

Ha'ritage Hola! Granola Cup Yoghurt Mix Berries (35g) - RM4.90

Isi dalam bekas.. Siap ada tisu dan sudu..

Sha makan dengan susu Oatside..

Bila dah buka inilah isinya.. Ada serbuk susu dan juga granola..

Setelah dicampur susu Oatside.. Ada juga biji chia, yang hitam-hitam tu..

Tuesday, August 19, 2025

Lactel Temptation: Passion Fruit

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedap betul air yogurt ini.. Tambahan pula bila lebih berkrim memang syoklah minum.. Suka betul Sha air yogurt yang pekat macam ini.. Tambahan pula rasa buah markisa, lagilah puas hati bila minum sebab gabungan yang sedap.. Minum sejuk-sejuk memang layanlah.. Lawas ja sistem pembuangan.. kikiki.. Airnya warna kuning, Sha tak ambillah gambar sebab bila kena cahaya kamera tu dia jadi warna putih.. Habis minum, Sha tambahkan sedikit air masak dalam botol ini dan goncang.. Air dia pekat jadi masih ada yang tersisa di botol, tu yang kena tambah sedikit air masak atau susu dan goncang untuk pastikan tidak ada yang tersisa di botol..

Lactel Temptation: Passion Fruit (500g) - RM6.50

Sunday, August 17, 2025

Vida Asam Jawa, Aiskrim Soda & Sirap Ros

Assalamuaalikum..
Hye semua..

Kedai ECO kembali menurunkan harga untuk makanan dan minuman sahaja menjadi RM2.40.. Makanya masa jalan-jalan di bahagian makanan dan minuman, Sha ternampak tin Vida yang cantik.. Bila belek-belek rupanya perisa baru.. Makanya jomlah kita ambil untuk cuba.. Teruja betul Sha tengok corak pada tin, cantik ya amat.. kikiki..

Vida Asam Jawa, Aiskrim Soda & Sirap Ros

Ini gambar bahagian tepi tin.. Pokok asam jawa, suasana kampung dan setaman bunga ros.. Betul-betul mencerminkan rasa air tu..

Vida Asam Jawa (325ml) - RM2.40
Air asam jawa tak terlalu masam.. Ada rasa asam jawa tu dan bila digabungkan dengan karbonat tu dia jadi unik tapi sedap.. Rasa dia best dan tidaklah terlalu masam.. Ngamlah dengan tekak Sha.. 

Vida Aiskrim Soda (325ml) - RM2.40
Air dia ini ada rasa kemudian yang pelik.. Bila kita minum tu dia macam tertinggal rasa yang tak boleh nak diterangkan.. Bolehlah..

Vida Sirap Ros (325ml) - RM2.40
Air dia warna putih tapi bau ros tu memang ada.. Sha membayangkan yang airnya warna merah sebab sirap kan, sekali hampa.. Rasa airnya taklah begitu ketara yang ianya sirap ros.. Ada tapi lembut ja.. Manis pun tak.. Kira okaylah.. Bau ros tu pada Sha lebih menyerlah dan tertinggal di lidah tapi tidaklah terlalu kuat..

Wednesday, August 13, 2025

Oyoshi Chakulza Sparkling Green Tea: Honey Lemon

Assalamualaikum..
Hye semua..

Minuman teh hijau berperisa madu dan lemon dengan sparkling tapi tak rasa pun teh hijau tu.. Rasa madu dan lemon tu lebih menyerlah dari teh hijaunya.. Okaylah untuk rasa.. Menarik.. Ada karbonat tu kira mengancamlah.. Cumanya jangan harap sangat untuk rasa teh hijau tu tau.. Jadinya kalau korang tak minat teh hijau, tapi teringin nak cuba, bolehlah cuba.. Sha beli dekat 7E..

Oyoshi Chakulza Sparkling Green Tea: Honey Lemon (240ml) - RM3.00

Tuesday, August 12, 2025

Pokka Natsbee Honey Lemon

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tak sangka, Pokka pun ada minuman lemon dan madu ini.. Okaylah rasa dia tak terlalu manis mahupun masam.. Sedang sedang sahaja.. Sedap di minum sejuk..

Pokka Natsbee Honey Lemon (250ml)

Saturday, August 9, 2025

Farm Fresh Grow Cultured Milk: Kyoho Grapes

Assalamualaikum..
Hye semua..

Perisa terakhir dari rangkaian ini, Sha jumpa di 7E Cafe.. Jadinya Sha beli sebotol je lah buat rasa.. Ada rasa anggur tu tapi taklah keterlaluan.. Rasa dia macam sipi sipi ja tapi okaylah pada Sha.. Sedap ja dekat tekak Sha sebab Sha memang suka ja minuman susu kultur ini.. Paling suka corak dekat botol dia tu, comel ya amat.. kikiki..

Farm Fresh Grow Cultured Milk: Kyoho Grapes (100ml) - RM1.40

Thursday, August 7, 2025

Farm Fresh Grow Cultured Milk: Apple & Tutti Frutti

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya jumpa juga perisa Tutti Frutti dan epal ini.. Suka betul Sha dengan corak pada botol tu.. Comel sangat.. Buat bekal anak-anak pun bagus ini.. Minuman yang bantu melawaskan.. Rasa epal tu tak adalah kuat mana tapi kita tahulah yang air tu rasa epal.. Tutti Frutti tu memang meriahlah rasanya, sedap.. Dua-dua pun best kalau diminum sejuk.. Sebotol di pagi hari emmang ngam untuk perut..

Farm Fresh Grow Cultured Milk: Apple (5pcs X 100ml) - RM4.50
Farm Fresh Grow Cultured Milk: Tutti Frutti (5pcs X 100ml) - RM4.50

Comelkan corak dia..

Wednesday, August 6, 2025

Farm Fresh Grow Cultured Milk: Original & Ichiba Melon

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli masa merayap dekat Lotus.. Ini pun ada 2 rasa ja.. Satu Original dan yang satu lagi Ichiba Melon.. Dua-dua sedap.. Air ini kalau minum memang melawaskan tapi saiz dia comel ja.. Anak nak bawa gi sekolah pun mudah.. Baguslah Farm Fresh ini, makin banyak produk dia.. Suka Sha..

Comel kan botol dia.. kikiki..

Farm Fresh Grow Cultured Milk: Original (5pcs X 100ml) - RM4.49
Farm Fresh Grow Cultured Milk: Ichiba Melon (5pcs X 100ml) - RM4.49

Thursday, July 31, 2025

Moccona Indulgence

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Keras betul rasa kopi dia.. Memang ngamlah di tekak Sha.. Berbaloi Sha beli dan cuba.. Mula tu risau juga.. kikiki.. Mulanya Sha risau juga rasa kopinya tak kena di tekak tapi alhamdulillah, sedap ja.. Rasa dia memang ngam dan padu.. Siap dapat cenderahati lagi.. Berganda bahagia rasanya.. kikiki.. Namanya penuh kenikmatan, rasanya pula tidak mengecewakan.. Kopi panggang gelap ini lembut menyapa, namun memberi hentakan rasa yang halus dan mewah pada lidah.. Rasanya bulat dan berisi, dengan warisan gelap yang terserlah dalam setiap tegukan, memberikan rasa penuh di mulut dan kepekatan rasa yang memikat.. Memang ngam..

Moccona Indulgence 8 (100g) - RM25.95

Comelkan cawan dia..

Secawan kopi di pagi hari..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com