Thursday, February 29, 2024

Goodreads | Februari 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha baca je.. Selagi Sha mampu membaca memang Sha baca je.. Kebanyakannya ebuku lah.. Tapi ada je buku fizikal yang Sha baca walaupun tak banyak.. Cuba jugalah kurangkan rak TBR.. Sikit-sikit, lama-lama habislah juga.. kikiki..






ebook | Encik Fayed My Man oleh Dilla Ahmad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Perlahan sedikit Sha baca ceritanya sebab bukan apa yang Sha minat.. Kisah Nur yang saling suka dengan Fayed tapi terhalang oleh Arie iaitu abang Fayed dan mommy Fayed yang nak satukan Fayed dengan Liyana.. Nur ini awalnya okay je dengan Fayed tapi bila mommy Fayed minta elok-elok untuk Nur tinggalkan Fayed, Nur pun blah lah.. Bukannya mommy Fayed cakap kasar atau berlagak.. Bila dah jauh, Fayed tetap mencari.. Sudahnya kahwin juga dan mommy Fayed terima Nur.. Cumanya Liyanalah tak habis-habis mengejar dan cuba nak bunuh Nur.. Tapi kira baguslah watak Nur ini.. Melawan.. Tak adalah lembik je nak tunggu Fayed selamatkan.. Bahagian ini Sha suka.. Heroin nya tegas.. Akhirnya bahagia.. Gitulah.. kikiki..

Sha baca pada 23.02.2024 dan selesai pada 25.04.2024..

Published June 1, 2015 by Anaasa Publication

Calpis Soda

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha nampak iklan ini di Facebook 7E dan tak sangka akan dapat percuma.. Setakat ini dijual di 7E je rasanya.. Sebab tak nampak pula dekat kedai atau pasaraya lain.. Pada satu hari Khamis yang lepas, Sha bawa Amani dan Imani ke TF sebab Imani nak beli buah.. Memang nasib baik betul sebab kami ke TF.. Asalnya nak pergi Segi je, sebab dekat tapi terajin pula memandu.. Masa jalan-jalan dekat bahagian air tin, Sha ternampak promosi sempena Tahun Baru Cina.. Promosi dia kena beli air tin 1 dozen dengan harga RM13.88 baru dapat percuma 4 tin Calpis Soda ini.. Sha pun belilah.. Cepat terpengaruhkan.. Ish.. Ish.. Tapi idoklah minum sekali gus.. Ada lagi dalam peti ais tu.. Baru minum setin je.. kikiki..

Pergh!! Rasa dia memang ngamlah.. Sedap wei.. Sha suka rasa dia.. Rasa susu kultur tu bila bergabung dengan karbonat, memang de boom.. Ini rasa kat lidah dan tekak Sha tau.. Korang, Sha tak tahulah..

Calpis Soda (320ml)

Nampak kan buih-buih dekat air tu.. Warna air dia putih.. Tin dia pun cantikkan..

Yup!! 4 tin ini diberikan percuma..

ebook | Magic Bean 17: KeCaMuk oleh Izzaty Razak

Aassalamualaikum..
Hye semua..

Lama jugalah Sha ambil masa untuk habiskna bacaan.. Kehidupan Damia dan Danish yang bahagia berubah bila mereka kemalangan.. Mak dan ayah mereka mati, Danish pula terlantar disebabkan hentakan pada kepala.. Damia sahaja yang mengalami cedera ringan.. Dami terpaksa membahagikan masa antara pelajaran dan juga urasan syarikat.. Mujurlah ada bantuan dari Wina dan Khai.. Bila doktor maklumkan yang Danish ada peluang melalui pembedahan transplant, Damia bersetuju dengan sokongan Tengku Razin.. Namun Damia tak menyangka bahawa pembedahan itu permulaan kepada kesengsaraan Danish dan juga Damia.. 

Semuanya kerana kegilaan dan ketamakkan pada harta.. Memang betul-betul kecamuk Damia.. Dan juga Sha yang membaca..

Sha baca pada 20.02.2024 dan selesai pada 25.02.2024..

Published April 1, 2019 by Kadokawa Gempak Starz

Wednesday, February 28, 2024

Taklimat Pengenalan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha cuti hari ini sebab bawa Amani ke klinik gigi.. Taklimat ini pun kebetulan je tertengok whatsapp.. Disebabkan ianya atas talian, Sha pun sertai saja.. Okaylah.. Ada beberapa info yang tak pernah kita tahu, kita belajar.. Ai ini banyak saja kebaikannya tapi kalau di salah guna, memang tak baiklah jadinya.. Bidang kerja pun banyak sebenarnya untuk bidang teknologi ini tambah dunia makin maju.. Kena pandai cari dan baca, apa yang kita nak tahu.. 

Sesi petang pula ada penerangan mengenai Chat GP.. Tapi nak kena godek-godek lagi..

Dianjurkan oleh : Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI), PNM
Taklimat : Taklimat Pengenalan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI)
Tarikh 28 Februari 2024 (Rabu)
Masa 9.00 pagi – 4.00 petang
Pautan Google Meet



Temujanji Klinik Pergigian Teluk Intan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Temujanji seterusnya untuk Amani.. Susulan dari perjumpaan minggu lepas, minggu ini Amani perlu melalui ujian getaran elektrik pada gusi/gigi untuk tengok gigi tu hidup lagi atau dah mati.. Alhamdulillah, masih okay.. Kali ini ujian tu lebih teliti dan menyeluruh.. Setelah melalui ujian, doktor bagi keputusan untuk buat tampalan dulu pada gigi graham kiri Amani dan pantau.. Gigi graham kanan Amani yang ditampal pada minggu lepas masih okay.. Amani kena mabil xray lagi untuk tengok keseluruhan bahagian dalam gigi kiri dia..

Semasa buat tampalan, lubang pada gigi tu agak dalam dan dah sampai dekat akar, jadinya doktor terus bubuh ubat dan tampal.. Harapnya okaylah.. Kalau tak memang kena buat rawatan akar juga.. Doktor suruh berhati-hati dengan tampalan.. Buat masa ini Amani memang kena makan makanan yang lembut-lembut sahaja..

Perjumpaan seterusnya baru pakai crown (sarung besi).. 


Buku | Desserts: A Collection of over 100 Essential Recipes by Parragon Books

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tertarik sebab warna buku tu merah.. hahaha.. Rupanya buku ini menghimpunkan resepi berkaitan manisan.. Ada 100 resepi yang dikongsikan.. Nak buat tak tahu bila.. Kita simpan gambar, kalau jumpa orang jual kita beli dan makan.. kikiki.. Tambah-tambah nak raya ni nanti, kotlah terajin nak cuba buat biskut kan.. kikiki.. Meleleh air liur tengok resepi yang dikongsikan.. hahaha.. Memang berpinar-pinar mata dengan kelpagaian resepi..

Buku ini dibahagikan kepada cookies & bars, pies & tarts, full of fruit, chilled & semi-frozen desserts dan yang terakhir ice creams & sherbets..

Steamed spiced exotic fruits

Published January 1, 2010 by Parragon Inc

Wordless Wednesday 2024


Tuesday, February 27, 2024

ebook | Kru Paranormal : Jamuan Berdarah oleh Khairul Nizam Khairani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang mantaplah penamat dia.. Cerita yang betul-betul tak dijangka.. Ingatkan cerita yang awal-awal tu betullah.. Rupanya direka supaya tumpuan polis tidak tertupu pada yang tak sepatutnya.. Sekali bila Imtiaz dah kahwin dengan Darina barulah terbongkar semua cerita.. Memang tak dijangka langsunglah pasal Ehsan dan apa yang Ehsan buat sebenarnya.. Sangat-sangat tak dijangka.. Psiko betul..

Sha baca dan selesai pada 21.02.2024..

Published July 17, 2023 by Penerbit-X

Regal Marie Duo: Chocolate

Assalamualaikum..
Hye semua..

Biskut ini ada dua jenis inti.. Ini inti coklat.. Memang ngamlah rasa dia.. Biskut pun tak tebal, tak besar.. Ngam-ngam je sekali ngap.. Mudahlah nak bawa ke mana-mana sebab dia buat mini pek.. Setiap pek comel tu ada 3 biskut.. Memang senang nak simpan atau grab makan..

Regal MarieDuo: Chocolate - RM4.95

12 mini pek

Ada 3 biskut dalam dia.. Saiz dia cute..

Shopee | Buku Rujukan Matematik

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memenuhi permintaan Amani.. Katanya ada subjek dia masih lemah jadi nak buku ini untuk buat latihan.. Amani minta belikan satu sahaja yang Vol 1 tapi bila Sha tengok semua tajuk dalam set tu bagus dan boleh digunalan sampai tingkatan 5, teruslah Sha belikan 1 set.. Tambah best bila beli dekat Shopee dapat diskaun RM35, memang bayar teruslah.. Pembungkusan cantik dan penghantaran pun cepat.. Sha bayar pada 23/02 dan terima buku pada 25/02.. Memang lajulah..

Master Your Algebra 2023 Buku Latihan Matematik Tingkatan 1, 2, 3, 4, 5

ebook | Kru Paranormal : Kolam Dewa oleh Khairul Nizam Khairani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Imtiaz sepatutnya bertemu dengan Rahman untuk satu cerita mengenai kepala kambing namun orangnya tak muncul seperti yang dijanjikan.. Sebaliknya Rahman menunggu Imtiaz di dalam rumahnya sendiri.. Rahman menceritakan asal kepala kambing kepada Imtiaz dan siapa kepala yang menjadi punca semua perkara berlaku.. Malah kejutan mengenai siapa Rahman kuga tak dijangka.. Memang gempaklah penceritaan bila semakin hampir ke penamat..

Sha baca dan selesai pada 21.02.2024..

Published June 2, 2023 by Penerbit-X

Meiji Coffee Milk

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Sedap kopi susunya.. Memang ohsem lah.. kikiki.. Rasa kopi dia tak adalah kuat sangat tapi bila minum tu memang terasalah kopinya.. Kopi dia lebih lembut.. Sha suka rasa dia.. Memang Sha minum sorang.. kikiki..

Ini buah tangan dari Thailand.. Sha tak gi pun Thailand.. kikiki..

Meiji Coffee Milk (450ml)

Monday, February 26, 2024

ebook | Kru Paranormal : Keranda Terbang oleh Khairul Nizam Khairani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Imtiaz telah bertemu dengan Puan Harissa dan sebuah cerita yang tak disangka diketahuinya.. Semuanya bermula di sebuah kampung.. Kematian Mak Wok yang tidak berkepala.. Kemunculan keranda terbang dan kematian demi kematian yang berkait rapat dengan Ehsan.. Hinggalah pada akhirnya kebenaran yang tak disangka muncul..

Sha baca dan selesai pada 20.02.2024..

Published May 17, 2023 by Penerbit-X

Yupi Big Fruit Cocktails

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kenyal jelinya.. Syok dikunyah.. kikiki.. Sekal hadap je sebab comel kan.. Kikiki.. Setiap bentuk berbeza rasa buahnya.. Memang layanlah sebab rasa buah dia mewah.. Tak terlalu manis.. Memang syok kunyah..

Yupi Big Fruit Cocktails (30g) - RM1.40

Ada 7 ketul gummy.. Comel betuk buah.. Sha suka yang bentuk buah oren slices tu.. Memang best..

Buku Aktiviti dan Buku Tulis Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selesai ambil buku tulis, buku aktiviti dan blok lukisan untuk Imani.. Cepat sebab pembayaran dah selesai dibuat masa penyerahan duit Bantuan Awal Persekolahan.. Hari ini memang datang untuk ambil sahaja.. Orang pun tak ramai.. Lagi cepatlah.. Cumanya cikgu maklumkan ada 3 buku aktiviti, baju PJ Baju Rumah sukan dan tanda nama belum ada lagi.. Ini buka sekolah nanti cikgu bagi.. Kelas Imani dulu namanya Intelek tapi sudah bertukar kepada Dahlia bermula sesi 2024 ini.. 

Cikgu bubuh dalam beg cantik.. Kali ini beg kosong je, tak ada logo atau nama sekolah..

Buku | The Asshole Survival Guide: How to Deal with People Who Treat You Like Dirt by Robert I. Sutton

Assalamualaikum..
Hye semua..

Baca sebab tertarik dengan tajuk dia.. Sajalah selak-selak.. Eh!! Menarik.. Makanya jomlah kita baca..

Walaupun buku ini sangat berguna, buku ini juga sangat SANGAT menyedihkan kerana pada dasarnya buku ini mengatakan inilah cara bagaimana kau boleh mengatasi jika kau tidak dapat melarikan diri dari persekitaran yang toksik tetapi jika kau boleh dan mampu, baik kau blah je dari persekitaran yang tak guna itu.. 

Sha baca dan selesai pada 20.02.2024..

Published January 1, 2018 by Portfolio Penguin

Sunday, February 25, 2024

Coretan Semalam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini cerita semalam..

Asalanya nak pergi kenduri bekas pelajar semasa Sha pernah berkerja dalam bidang pendidikan saja tapi bila dah terjumpa bekas rakan sekerja, mereka mengajak pula ke kenduri rakan sekerja yang lain di Besaout.. Rakan sekerja tu memang pelawa semua yang mengenali beliau.. Jadinya ke dua kendurilah kami.. Memang kenyang.. Kenduri pertama makan nasi minyak lauk ayam masak merah, sambal dendeng, ulam dan kuah dalca.. Keduri kedua Sha hanya makan laksa, cendol dan kuih walaupun menu utama dia nasi ayam penyet dan nasi ayam.. Kenyang lagi dengan makanan di kenduri pertama tadi.. Paling seronok bila dapat berkumpul dengan rakan-rakan sekerja lama sebenarnya.. Sempatlah merasa bawa Pesona kawan dan bergosip.. hahaha..

Menu di kenduri pertama..

Ini isi buah tangan dari 2 tempat kenduri.. Air kotak, air mineral, biskut, tepung goreng ayam, kopiko 3in1, pengupas buah, sambal tempe dan bilis, jeli serta kek pandan.. Memang meriah..

ebook | Batara Guru (Kronikel Dewata, #1) oleh Lokman Hakim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Lain macam perjalanan ceritanya.. Awalnya bermula dengan keadaan dunia yang dah hancur dilanda bah.. Kemudian ada pembunuhan beramai-ramai.. Ezani dan Chiara membantu Inspektor Hawa sebab mereka pakar dalam menentang ilmu hitam.. Tapi kemudiannya Ezani duserang entiti yang tak disangka, Chaira terbunuh dan dunia hancur.. Betul ke ataupun itu semua mainan entiti yang tak disangka.. Cerita bersmabung..

Sha baca dan selesai pada 18.02.2024

Published March 14, 2023 by Penerbit-X

Bright Cow Greek Yogurt: MixBerry

Assalamualaikum.
Hye semua..

Sha tak beli yogurt ini.. Ada saudara encik suami yang bagi.. Sedap wei yogurtnya.. Tak pernah pula nampak dekat pasaraya ke ada, Sha yang tak perasan.. Saiz dia pun memnag puaslah makan.. Sha dapat rasa beberapa sudu je.. Selebihnya Imani yang makan.. hehehe.. Tu yang tak ambil gambar rupa yogurtnya macam mana, tak sempat.. Tahu-tahu je dah habis.. hahaha.. Rasa buah beri campuran tu memang bestlah.. Syok pula kunyah sebab ada ketulan buah beri juga.. Warna yogurt tu ungu.. 

Bright Cow Greek Yogurt: MixBerry (400g)

Serah Kunyi Pada Penyewa Baru

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdlillah semalam berjaya serah kunci pada penyewa baru.. Mudah urusan Sha.. Patutnya jumpa hari ini, tapi disebabkan semalam kami memang ke Ipoh sebab encik suami nak tolong gantikan penutup jamban yang rosak dan mengecat grill pintu hadapan, kebetulan penyewa baru pun nak singgah petang tu.. Makanya teruslah berurusan.. Memang mudahlah..

Alhamdulillah.. Selamat dah beri kunci rumah dan terima duit dari penyewa baru pada 24.02.2024.. Semoga yng baik-baik sahaja antara Sha dan penyewa baru ini..

Warna asal gril depan..

Setelah di cat.. Sama warna dengan pintu cumanya kelabu dia pekat sikit.. Nak balik baru teringat nak ambil gambar.. huhuhu..

Penutup jamban baru dibilik air utama..

Ini penutup lama.. Nak balik lepas selesai kerja baru perasan penutup ini dah pecah dekat bahagian pemegang skru dia tu..

Saturday, February 24, 2024

China | Misty Creed (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

3 sekawan iaitu Wu Xie, Qi Ling dan Pang Zi telah pergi ke kampung yang di selubingi kabus tebal.. Mereka menyiasat dari mana datangnya kabus dan terserempak dengan sekumpulan manusia yang tersesat.. Semasa mencari hanya tinggal 5 orang termasuk mereka yang terjatuh ke dalam lubang.. Semasa cuba mencari jalan keluar Qi Ling dan Wu Xie diserang mayat yang dikawal.. Semuanya kerana ingin menghidupkan kembali orang yang dah mati dengan mengorbankan Qi Ling.. Memang gilalah..

Movie: Misty Creed
Also Known As: The Black and Gold Palace, Hei Jin Gu Dian
Genres: Action, Adventure, Thriller, Mystery
Country: China
Release Date: Dec 28, 2023
Duration: 1 hr. 34 min.
An old man comes to seek the help of Wu Xie, Wang Pang Zi, and Zhang Qi Ling with a mysterious incident that occurred in the southwestern mountainous area. Fog rises in the mountains and villagers disappear. Everyone pursues the mystery to the abandoned black gold mine in the mountainous area, discovering that all the strangeness comes from mysterious creatures deep in the mine. After experiencing multiple crises, the three not only unravel the old man's conspiracy, but also successfully solve the problem of heavy fog.

Flying Horse Cappucino White Coffee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli dekat Mr. DIY.. Sebungkus comel ini ada 3 pek dalam dia.. Rasa kopinya agak keras tapi tak manis.. Memang layanlah minum panas-panas.. Pekat melekat rasa kopi dia.. Memang segar biji mata lepas minum..

Flying Horse Cappucino White Coffee (40g x 3) - RM2.50

Pekat memikat

ebook | Miqdad Hariq oleh ErHad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini cerita pasal Aira dan Hariq.. Diorang ini ada pertembungan silam yang dasyat tapi bukan keinginan mereka pun perkara tu terjadi.. Selama 6 tahun mereka tak bertembung pun sedangkan berkerja dalam bangunan yang sama tapi bila dah takdir tertulis, akhirnya mereka berjumpa.. Bermulalah cerita mereka yang penuh drastik dan kesedihan.. Bertimpa-timpa masalah Aira.. Bukan senang menjadi seorang Aira namun kewujudan Hariq banyak membantu walaupun Hariq sendiri hidup dalam kegelapan.. Memang bestlah baca.. Cuma tu lah..

Pertama sekali jalan cerita dan isi buku ini memang best.. Mantap.. Babak sedih dia bukan biasa-biasa, dengan kau sekali sedih.. Babak sakitnya jiwa mereka pun terasa.. Cumanya penyampaian dan susun atur cerita dia agak serabut.. Pertukaran dari satu babak ke satu babak tu tak ada ruang langsung.. Tiba-tiba je kau dah ke watak Hariq walhal tadi kau tengah baca babak si Aira.. Lepas tu nama watak pun kejap-kejap misplace.. Tadi kau baca buku tengah cerita tentang Balqis, eh tiba-tiba dah jadi Tasha walhal masih babak Balqis.. Faham tak.. Sha pun pening nak terang.. Hahaha.. Tu belum lagi ada beberapa watak tu tak ada penamat, macma tergantung.. Wujud untuk apa entah.. Ha gitu.. Sha faham je tapi penatlah..

Sha baca dan selesai pada 18.02.2024..

Published January 1, 2022 by NUR AQILA BINTI MOHAMAD MATHURUDI

Friday, February 23, 2024

Variety | Nana Tour with Seventeen (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Syok layan percutian kumpulan ini.. Sha tengok sebab karekter setiap ahli tu berbeza dan menggeletek hati.. Cumanya 12 orang sahaja yang pergi.. Ketua mereka iaitu Scoup tak pergi sebab masih dalam proses pemulihan.. PD Na bawa mereka ke Itali untuk berehat dan bergembira..

Sampai episod 5 memang puaslah gelak sebab ahli Seventeen kena sediakan persembahan dan menang hadiah.. Masing-masing berkerja keras menunjukkan bakat.. Lepas tu kagum jugalah tengok Woozi compose on the spot lagu tema untuk Program ini dengan DK.. Last sekali dapat dengar suara Seungkwan nyanyi live.. Pergh!! Masa episod akhir, syok betul tengok Woozi makan, memang semangat betul.. Lepas tu kelakar bila tengok Mingyu cuba pesan Lobster.. hahaha.. Kelakar..

TV Show: Nana Tour with Seventeen
Also Known As: Youth Over Flowers: Seventeen, Let's Go Together: Nana Tour With Seventeen
Director: Na Young Seok, Shin Hyo Jung
Genres: Adventure, Comedy
Country: South Korea
Episodes: 6
Aired: Jan 5, 2024 - Feb 16, 2024
Aired On: Friday
Original Network: tvN
Duration: 1 hr. 17 min.
Here comes the 7-day vacation full of laughter! Come enjoy Italy to the fullest! Follow the lead of Guide Na with SEVENTEEN, NANA TOUR with SEVENTEEN!

PD Na, a 20-year veteran of travel entertainment shows, got a new job as a tour guide and became Guide Na! He's the tour guide for SEVENTEEN, who's going on a vacation into the summer in Italy!

ebook | Ku Dengar Suara -Siri 1 oleh Han Nisa Mash

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini bagus dibaca semua.. Perkongsian dari seorang pesakit skizofrenia.. Bukan mudah nak lalui kehidupan bila ada penyakit ini.. Tambahan pula penyakit ini masih belum diterima kewujudannya.. Sekurang-kurang perkongsian ini mampu membantu kita memahami keadaan mereka yang mengidap penyakit ini.. Cuma tu lah, pendek sangat..

Sha baca dan selesai pada 17.02.2024..

Published January 1, 2021 by Hanisah Mashkuri

Ah Huat Kopitiam White Coffee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedap juga yang kopitiam siri ini.. Sha beli dekta kedai ECO.. bila pek comel macam ini, tak adalah teruk nak habiskan kalau tak kena dengan selera.. Ah Huat kopitiam ini sedap, tak terlalu lembut dan tak terlalu keras rasa kopi dia.. Sha suka.. Sesekali kita layan kopi segera macam ini, syok juga..

Ah Huat Kopitiam White Coffee (3pcs x 28g) - RM2.40

Pekat dan keras kopi dia.. Memang syok minum waktu pagi..

Thursday, February 22, 2024

Malaysia | La Luna (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang ohsem.. Cumanya Sha bagi tahu siap-siap, tak sesuai ditonton kanak-kanak.. Filem ini mesej dia berat dengan beberapa babak yang tak sesuai ditonton kanak-kanak.. Tapi jujur, memang best.. Berbaloilah tengok.. Ada beberapa babak kelakar yang memang boleh buat kita berdekah.. Namun lawak tu hanyalah selingan isi dia tu yang penting.. Lakonan mantap dari semua pelakonlah.. Memang menarik.. Cumanya ada lah beberapa perkara yang Sha tak berkenan.. Kalau korang tengok, ambil yang baik-baik sahaja tau.. Kita dah dewasa tahu mana yang baik dan mana yang tak baik..

La Luna
2023 ‧ Comedy/Drama/Romance ‧ 1h 49m
Stars: Shaheizy Sam/Sharifah Amani/Wan Hanafi Su/Nadiya Nissa/Iedil Dzuhrie Alaudin
The story revolves around a small village, Kampong Bras Basah, and the unexpected opening of a women's lingerie store, La Luna.
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com