Monday, February 19, 2024

Malaysia | Syif Malam (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Boleh tahan seram juga filem ini.. Gangguan demi gangguan rupanya bukan setakat dari hantu perempuan, sebaliknya ada satu lagi yang diorang tak perasan.. Hantu tu memang diorang bertembung dua tiga kali.. Siap tolong diorang tapi sebenarnya tengah kenakan diorang.. 

Mesej dia baguslah.. Bila kita jauh dari pegangan agama kita iaitu Islam, memang senanglah benda tu mainkan kita.. Seronok dia berdamping dengan kita..

Syif Malam
Genre: Fiksyen Seram, Komedi gelap
Penulis Skrip: Fairus Anuar
Pengarah: Fairus Anuar
Tarikh Tayangan: 7 Disember 2023
Watak Pelakon: Taqim Zaki, Anas Ridzuan, Shah Kimin, Zera Hariz, Kamarul Eqifshah, Sobri Anuar, Riezman Khuzaimi, Ismeth Syah

Syif Malam mengisahkan tiga rakan sepejabat iaitu Ikmal, Botak dan Mok yang bekerja sebagai pereka grafik, secara tidak sengaja merungkai mitos seram di bangunan tempat mereka bekerja sehingga merubah kehidupan masing-masing.

Satu kisah urban legend yang dianggap mitos berlegar-legar di bangunan tersebut tentang tragedi seorang pekerja wanita yang mati bunuh diri. Mengikut cerita, bangunan itu memerlukan korban tertentu setiap tahun.

Kejadian seram bermula apabila mereka bertiga dipaksa bekerja waktu malam untuk menyiapkan tugasan grafik pada saat akhir.

Pada awalnya, gangguan terjadi semasa mereka sedang bekerja seorang diri. Setelah masing-masing menceritakan pengalaman seram yang dialami, Mok membuat keputusan untuk meminta bantuan khidmat nasihat rakannya bernama Brotai yang mendakwa arif dengan perkara mistik.

Namun setelah melakukan beberapa upacara ritual atas nasihat Brotai, gangguan seram menjadi semakin ganas dan agresif. Kisah mitos yang mereka dengar selama ini tentang korban bangunan tersebut semakin menjadi realiti dan ianya sedang berlaku.

Dalam pada itu, seorang wanita misteri yang bekerja di bangunan sama cuba membantu mereka kerana dia dapat rasakan yang nyawa Ikmal, Mok dan Botak dalam keadaan bahaya jika gangguan masih berterusan.

2 comments:

  1. kesian bro Tai kena sorok...penat ketawa jugak lah tgok cerita nie

    ReplyDelete
  2. macam menakutkan.. nantilah nak cube tengok..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com