Tuesday, February 13, 2024

Tambah Baik Kediaman di Ipoh #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha pergi Ipoh lagi, menyelesaikan kerja akhir sebelum penyewa baru masuk.. Sampai-sampai tu memang bahagia sangat bila tengok table top cantik dah siap, sinki yang dia bubuh pun lawa.. Dinding kiri kanan dah naik.. Makanya jomlah mengecat.. Sha menolong encik suami sebenarnya.. kikiki.. Encik suami yang selesaikan kerja-kerja mengecat tu secara keseluruhannya.. Kalau Sha yang buat, pakat tak siap lagilah.. kikiki..

Selain dari mengecat, Sha bersihkan juga tandas dari bekas-bekas tampalan penggantung.. Memang bagi bersih seperti tak pernah diduduki.. Senang nak deal dengan penyewa baru nanti.. Paku-paku semua kasi buang bersih..

Setelah siap berdinding..

Selesai dicat.. Barulah cantik dan kemas..

Besi ini Sha bubuh dekat pintu untuk elakkan tempias air hujan.. Pintu ini di bahagian belakang.. Oleh kerana dah berkarat-karat, maka encik suami cat bagi cantik..

Hasilnya setelah dicat..

Ini pula plug tambahan yang encik suami tolong buatkan di bahagian dapur..

Gigih mengecat lapisan pertama sebelum encik sumai cat lagi untuk lapisan kedua.. 

6 comments:

  1. wah...seronok penyewa baru masuk mcm nie...Alhamdulillah, linda nk p tengok2 rumah dekat Tronoh pun tak sempat lagi...

    ReplyDelete
  2. seronoknya ada rumah sewa... teringin nak ada rumah sewa... kononnya lps tua dah xyah kerja lgi, kite kutip sewa shj bulan2..

    ReplyDelete
  3. bila rumah cantik kita tpun tak rasa bersalah nak serah pada tenant baru

    ReplyDelete
  4. harapnya dapat penyewa yang bagus dan boleh jaga rumah dengan baik

    ReplyDelete
  5. Ada pengalaman geram dengan penyewa rumah
    Time nak bayar sewa bukan main liat

    ReplyDelete
  6. yeayy rumah dah siap renovate sikit-sikit . semoga penyewa baru yang bakal duduk ni boleh jaga rumah ni seelok yang mungkin

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com