Showing posts with label Review Komik. Show all posts
Showing posts with label Review Komik. Show all posts

Saturday, August 16, 2025

ebook | Dunia Conteng Jas #1: Polis Angkasa oleh Jas.

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini sebenarnya novel bergambar.. Walaupun tajuk dan isi ceritanya ada sedikit khayalan namun isinya bagus untuk bacaan semua orang.. Kisah seorang budak lelaki yang minat melukis komik dan sentiasa memasukkan dunia sebenar ke dalam dunia khayalan dia.. Bagus sebab buku ini mengajar yang kita sebagai seorang manusia tidak boleh terlalu cepat menjatuhkan hukum pada apa yang kita lihat.. Sebaiknya kita selidiki dulu kenapa sesuatu perkara itu terjadi.. Teguran dan nasihat dari seorang ayah kepada anaknya itu bagus dalam membentuk peribadi si anak.. 

Aktiviti sekolah yang dijalankan, perlu pantuan dari guru supaya pelajar yang tidak mengikuti peraturan boleh ditegur.. Pelajar yang bagus dipuji.. Kebersihan bukan sahaja tanggungjawab individu malah tanggungjawab semua.. Kebaikan harus datang tanpa mengharapkan balasan.. Ini antara isi yang bagus dari buku ini.. Jadinya memang sesuailah sesiapa sahaja yang baca.. Tambahan pula ceritanya disertakan gambar-gambar yang comel dalam bentuk contengan.. Bacaan jadi tak terlalu bosan..

Sha baca dan selesai pada 16.08.2025..

Published May 28, 2024 by Komik-M

Saturday, August 9, 2025

ebook | Dia Dhia Diva: Menjadi Terkenal oleh Kessa, Ann

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik yang sangat comel dan kelakar.. Kisah Dhia yang mengikut tips dari internet demi menjai terkenal.. Namun smeuanya berubah bila Dhia berjaya jumpa artis cilik bernama Maya Suri.. Melalui Maya Suri barulah Dhia tahu apa yang sebenarnya perlu dilakukan demi menjadi terkenal.. Bila Dhia tengok balik tips yang pernah dibacanya di internet, di ruangan komen ramai yang mengecam tips tersebut sebab merepek.. Dhia akhirnya menguburkan cita-citanya untuk menjadi terkenal..

Sha baca dan selesai pada 01.08.2025..

Published May 27, 2024 by Komik-M

Thursday, August 7, 2025

ebook | Sahabat Misi 3Q #3: Teguh Sepakat oleh Ben Wong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini buku ketiga untuk siri ini.. Buku pertama Sha dah baca, manakala buku kedua belum lagi..

Konflik dalam buku ini tidaklah terlalu berat, lebih pada hubungan emosi dan perasaan seorang anak remaja.. Semuanya bermula dengan robot ciptaan mereka terbakar.. Namun hasil kesepakatan, mereka membina semula robot baru dan terpilih untuk menyertai kem robotik.. Komik yang sempoi dan sesuai dibaca semua.. Cuma penamat dia tu, kenalah baca sambungannya.. kikiki..

Sha baca dan selesai pada 30.07.2025..

Published May 20, 2024 by Komik-M

Tuesday, July 29, 2025

ebook | Ultra Qalif #13: Amukan Listrik oleh Bophairy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini menunjukkan kekuatan Qalif yang semakin meningkat.. Walaupun awalnya Qalif dipukul namun bila kuasa baru mula bangkit, Qalig berjaya mengalahkan Latif dan menyelamatkan budak perempuan yang cuba diculik.. Kuasa listrik Qalif lebih dasyat namun Qalif berjaya mengawal sepenuhnya kuasa tersebut.. Pada penghujung komik muncul seorang lagi pengguna topen yang sama seperti Qalif.. Aduh!! Misteri baru..

Sha baca dan selesai pada 27.07.2025..

Published December 5, 2023 by Komik-M

Sunday, July 27, 2025

Komik | Aku Dengar Kat Belakang Pintu Ada... oleh San San

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ada 11 komik dan 2 cerpen pendek dalam ini.. Semuanya berkaitan pintu walau ada yang secara tak langsung.. Komiknya walaupun pendek tapi cukup jalan ceritanya.. Begitu juga cerpen pendek dalam ini, disampaikan dengan cukup isi untuk difahami.. Mudah nak layan secara santai sebab tak terlalu panjang dan setiap cerita ada keseraman yang tersendiri.. Ada beberapa komik yang berjaya meninggalkan kesan pada Sha.. Lama tak baca komik seram.. kikiki..

Sha baca dan selesai pada 25.07.2025..

Published May 1, 2021 by Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd

Saturday, July 26, 2025

ebook | Silat Boy #4: Cengkam Berantakan oleh Ben Wong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ke empat ini membawa kita melalui perasaan tak berdaya Boy lepas dicederakan biawak jadian.. Semasa cuba kembali ke alam sebelah sana, Boy terpaksa berlawan dengan Ghuner dan kawan-kawan dia.. Keadaan nyaris memburuk kalau tak kerana kedatangan datuk Alyaa.. Boy terpaksa membawa Alyaa dunia sebelah demi memulihkan diri manakala datuk Alyaa terpaksa bertarung dengan kucing jadian..

Sha baca dan selesai pada 25.07.2025..


Tuesday, June 3, 2025

ebook | Cun #9: Healer oleh Ain Lavendra, Harihtaroon, Ann., Nisrina, Atok, Napieychan, Syewe Yoss, Anis Hazirah, Esskazu

Assalamualaikum..
Hye semua

Komik dengan tema yang menarik iaitu healer atau bahasa Melayunya penyembuh.. Setiap cerita berjaya membawakan cerita dengan tema tersebut melalui cara penulis yang tersendiri.. Ada mesej dan juga teguran yang tersendiri.. Penyembuhan bukan semata-mata pada luka atau kesakitan yang namapak.. Boleh jadi juga pada keluakaan emosi yang sukar dipandang mata kasar.. Memang komik yang menarik dibaca..

Sha baca dan selesai pada 31.05.2025..

Published January 22, 2024 by Komik-M

Saturday, April 26, 2025

ebook | Devils' Line, Vol. 3 by Ryo Hanada, Jocelyne Allen (Translator)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ketiga.. Aduh!! Macam pening pula bila sampai tengah, tiba-tiba dia imbas kembali pula dan muncul watak baru pula.. Huhuhu.. Buku ketiga ini, saksi yang melihat kejadian sebenar dalam kes cubaan membangkitkan provokasi antara manusia dan vampire nyaris dibunuh.. Mujurlah Anzai dna Lee cepat sampai.. Lee bagi tahu identiti dia yang sebenar kepada Anzai.. Anzai masih lagi mengelak dari Tsukasa..

Sha baca dan selesai pada 24.04.2025

Published November 8, 2016 by Vertical

Wednesday, April 23, 2025

ebook | Devils' Line Vol. 2 by Ryo Hanada, Jocelyne Allen (Translator)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku kedua ini kita dapat tahu dengan lebih lanjut mengenai Lee, lelaki separuh devil yang menyelamatkan Anzai.. Melalui Lee juga, pembaca diberitahu yang separuh manusia boleh ja teruskan hidup dengan meminum darah manusia dalam kuantiti tertentu pada masa tertentu untuk mengawal diri dari darah dna juga membantu kekuatan badan mereka.. Buku kedua ini juga mendedahkan yang penjahat sebenar dalam nak menghancurkan hubungan antara manusia dan devil ada dikalangan mereka.. Pembunuh upahan yang nyaris membunuh Anzai akhirnya cuba dibunuh oleh geng dia sendiri dalam cubaan menghuru harakan hubungan antara manusia dan devil.. 

Sha baca dan selesai pada 22 April 2025..

Published November 8, 2016 by Vertical.

Sunday, April 20, 2025

Ebook | Devils' Line, Vol. 1 by Ryo Hanada, Jocelyne Anne (Translator)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tsukasa ini heroin cerita ini.. Seorang manusia.. Anzai ini pula manusia dan juga separuh vampire.. Kerja Anzai ini menangkap vampire yang jahat ataupun melakukan kesalahan.. Satu hari tu, Anzai selamatkan Tsukasa dan dari situ mereka mula rapat.. Dalam masa yang sama, ada manusia yang membunuh vampire tanpa gagal.. Manusia ini menyerang Anzai tapi hanya mencederakan Anzai dan ketika Anzai memburu manusia ini tiba-tiba muncul vampire lain yang berkeadaan seperti Anzai.. Habis.. Bersambung lah pula.. huhuhu..

Sha baca dan selesai pada 19.04.2025..

Published November 8, 2016 by Vertical

Monday, March 3, 2025

ebook | Semangat Perwira & Koleksi Komik Terbaik Hafiz Ismail Hafiz Ismail

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila komik kompilasi macam ini, biasanya penulis akan kongsikan sekali tip bagaimana untuk berkomik, tempat kerja beliau dan komik terbaik beliau.. Penulis ini ada komik bersiri juga bertajuk Wira Kera.. Komik pendak dalam kompilasi ini ada 7 dan setiap satunya berjaya memberikan kesan buat pembaca.. Sha paling suka dengan komik yang terakhir bertajuk Pendek.. Kisah seorang pelajar dengan kekurangan yang berjaya menemui kelebihan bila bertukar ke sekolah baru..

Sha baca dan selesai pada 02.03.2025

Published December 22, 2022 by PTS Publishing House

Tuesday, February 18, 2025

ebook | Cun #8: Cikgu Sekolah oleh Artis-Artis Komik-M

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku terakhir untuk hari terakhir cuti sekolah.. Yemanya sekolah, jadinya kebetulna jumpa komik-komik berkaitan sekolah.. Kita layan ja.. Semua komik ohsem dalam ini tapi ada dua yang mengikat jiwa.. Komik bertajuk  Surat Dari Hujan oleh Asfiyuki sangat-sangat menyentuh perasaan.. 

Published October 30, 2023 by Komik-M

Thursday, February 13, 2025

ebook | Cabaran Komik Online Malaysia (CKOM): Sekolah Pertama oleh Artis-Artis Komik-M

Assalamualaikum..
Hye semua..

Koleksi komik pendek bertemakan Sekolah Pertama.. Pelbagai cerita yang berjaya disampaikan oleh individu berbeza yang memberikan pengalaman pertama kepada kita.. Setiap komik ada kekuaran yang tersendiri.. Ada yang cemerlang dan ada yang biasa-biasa sahaja namun semuanya memberikan inpak pada pembaca.. Memang cunlah..

Sha baca dan selesai pada 12.02.2025..

Published October 30, 2023 by Komik-M

Tuesday, February 11, 2025

ebook | Cabaran Komik Online Malaysia (CKOM): Nostalgia Sekolah oleh Artis-Artis Komik-M

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ada 9 komik pendek dalam ini berkaitan kenangan zaman sekolah.. Memang mengimbau nostalgilah pada yang membaca.. Setiap komik berbeza jalan ceritanya.. Ada yang bagus dan patut dikembangkan menjadi komik yang lebih panjang dan ada yang biasa-biasa sahaja.. Setiap cerita membawa kita kembali ke nostalgia di waktu persekolahan.. Mungkin akan ada cerita yang dekat dihati dan ada cerita yang tak sampai ke hati..

Sha baca pada 10.02.2025 dan selesai pada 11.02.2025..

Published October 30, 2023 by Komik-M

Monday, February 10, 2025

Misi Solat Lima Waktu #4: Diari Umrah Imran oleh Nazry Salam, Nazrul Ali

Assalamualaikum..
Hye semua..

Koleksi dari Misi Solat Lima Waktu ini memang bagus untuk dibaca anak-anak kita dan juga orang dewasa.. Kali ini Imran bawakan kita kisah bagaimana keluarga Imran mengerjakan Umrah.. Ada urusan ziarah dan juga pelbagai info serta keperluan untuk melakukan Umrah.. Memang baguslah buku ini.. 

Komik yang comel..

Friday, February 7, 2025

ebook | Cinta Untukmu oleh Niku- Niku

Assalamualaikum..
Hye semua..

10 komik pendek tentang cinta yang pelbagai.. Ada satu mengenai kisah dua sahabat baik yang dah lama berkawan.. Menyangka kemunculan seorang gadis akan merosakkan hubungan mereka tapi sebaliknya pula berlaku.. Kelakar lah.. Ada tentang pasangan kekasih yang berlawan sifat namun itulah yang memakarkan cinta..

Owh ya, penulis selitkan juga bahawa dalam cinta perlu ada komunikasi demi mengelakkan salah faham.. Comel..

Sha baca pada 06.02.2025 dan selesai pada 07.02.2025..

Published January 1, 2015 by Gempak Starz

Thursday, December 19, 2024

ebook | Sahabat Misi 3Q #1: Suatu Permulaan oleh Ben Wong, A. Ubaidillah Alias (Penulis)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik yang menyentuh hati.. Dengan watak utama Akid Fitri, komik ini membawa kita memahami pentingnya kasih sayang keluarga, persahabatan yang ikhlas, dan kekuatan dalam menghadapi cabaran hidup.. Gabungan nilai qudwah, qanaah, dan quwwah menjadikan cerita ini bukan sekadar hiburan, tetapi juga panduan untuk memperbaiki diri. Gaya lukisan Ben Wong yang menarik dan cerita mendalam oleh Ubaidillah Alias menjadikan komik ini sesuai untuk pembaca pelbagai usia..

Komik ini komik bersiri.. Buku pertama ini bermula dengan perkenalan kita pembaca kepada 3 watak utamanya iaitu Akid, Ilham dan juga Izz.. Bagi siri satu ini, penulis membangkitkan permasalahan buli dan peras ugut dan sikap pelajar yang membawa barang terlarang.. Bagaimana usaha sekolah dalam mengatasi permasalahan ini..

Sha baca dan selesai pada 19.12.2024..

Published June 13, 2022 by Komik-M

Wednesday, December 18, 2024

ebook | Hanya... Cinta oleh Fakhrul Anour

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini mengandungi kompilasi komik mengenai cinta.. Ada pelbagai jenis cinta, cara luahan dan cara penerimaan manusia.. Memang komik ini bagi pelbagai rasa bila kita baca.. Menarik namun dalam masa yang sama boleh dijadikan tauladan.. Karya ini menampilkan ilustrasi unik yang menjadi ciri khas Fakhrul Anour, dengan jalan cerita yang mendalam dan penuh emosi.. Pada Sha gaya lukisan tu kenalah dengan jalan cerita yang disampaikan.. 

Sha baca dan selesai pada 18.12.2024..

Published January 1, 2018 by Kadokawa Gempak Starz

Monday, November 11, 2024

ebook | Can You Just Die, My Darling?, Vol. 2 by Majuro Kaname, Sousou Sakakibara (Artist)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awalnya, Taku ingatkan Mika yang mati tapi rupanya, Mika selamat.. Sebaliknya yang mati ialah Yamada.. Mr. Atsumi pula dibunuh lelaki pelik.. Huhuhu.. Misteri makin misteri.. Semasa Taku dan Mika ke Taman permainan, berlaku kejadian yang tak diingini.. Mereka yang ada niat membunuh mula menyerang dna menyebabkan kemalangan besar.. Masalahnya kali ini bukan lelaki tapi perempuan.. Sewaktu nyaris menyebabkan Mika cedera, Taku berjaya membunuh perempuan tersebut.. Tu belum lagi dengan kemunculan lelaki asing bernama Nave yang berkerja di kantin sekolah mereka.. Makin ke hujung komik, makin gila pula ceritanya.. Sabar jelah..

Sha baca dan selesai pada 08.11.2024

Published June 25, 2018 by Kodansha

Sunday, November 10, 2024

ebook | Can You Just Die, My Darling?, Vol. 1 by Majuro Kaname (Story), Sousou Sakakibara (Artist)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik yang agak gelap.. Semuanya bermula bila Taku cuba menyelamatkan seorang perempuan.. Kemudianya bila dia nak luahkan perasaan pada Mika, berlaku kejadian yang tak diingini bila kekuatan Taku meruntuhkan hampir separuh bangunan sekolah.. Taku cuba melarikan diri dari Mika sebab setiap kali dia nampak Mika dia nak bunuh Mika.. Sudahnya rakan-rakan sekolah turut menjauhkan diri dari Taku, sebab perangai Taku yang semakin pelik.. Satu hari Taku nampak Mika diculik jadinya dia kejar dan nampak Mr. Atsumi dan seorang lagi pelajar cuba bunuh Mika.. Malangnya Taku berjaya kalahkan pelajar tu tapi masa dia lawan Mr. Atsumi, Taku blank.. Bersambung..

Sha baca dan selesai pada 08.11.2024

Published May 15, 2018 by Kodansha Comics
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com