Showing posts with label Imani. Show all posts
Showing posts with label Imani. Show all posts

Saturday, November 7, 2026

Jualan Buku Tulis Sesi 2027

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Selesai beli buku tulis untuk Amani dan Imani bagi sesi 2027.. Pemakluman mengenai Jualan Buku Tulis ini cikgu masukkan dalam group WhatsApp kelas pada hari Isnin (02/11/2026).. Kebetulan Sha ambil cuti pada hari Khamis (05/11/2026) dan berjaya selesaikan urusan awal.. Tu yang Sha terus beli buku tulis ini.. Bila dah selesai, lega sikit.. Mana boleh selesaikan awal, kita selesaikan awal..

Set buku tulis ini satu Amani punya dan satu lagi Imani punya.. Mereka dah tak pakai buku pendek.. Semua subjek pakai buku panjang..

Jualan bermula dari 03 November 2026 hingga 30 November 2026.. Bayaran boleh dibuat secara tunai ataupun atas talian menggunakan akaun koperasi sekolah.. 

Friday, November 6, 2026

๐Ÿ“ท Coretan Sehari | 06 November 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Perak cuti sempena Menyambut Hari Keputeraan Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.. Semoga Allah SWT lanjutkan usia dan pelihara Duli Yang Maha Mulia Tuanku..

๐ƒ๐š๐ฎ๐ฅ๐š๐ญ ๐“๐ฎ๐š๐ง๐ค๐ฎ..

Jadinya bersantailah Sha seharian ini bersama keluarga.. Sempatlah mengemas rumah.. Buang kotak-kotak hasil pembelian di Shopee.. Simpan basikal dekat stor depan rumah.. Bagi lapang sikit rumah.. kikiki.. Lepas tu masak tomyam untuk makan sekeluarga dan kawan-kawan Imani.. 

Keluar sarapan dengan encik suami lepas briskwalk di Sungai Behrang.. Makan roti canai dan nasi lemak.. Bungkus untuk anak-anak sekali..

Ambil anak-anak ini dari Behrang 2020 bawa ke rumah Sha untuk buat kerja sekolah.. Ini dah siap kerja sekolahnya, mereka tengah main game..

Selesai kerja sekolah, mereka minta bawakan ke FamilyMart pula.. Layan ja lah.. Bukan selalu.. Tapi tinggal 3 ja termasuk anak Sha.. Sorang lagi maknya dah datang ambil awal.. Jam 4.30 petang Sha hantar kawan-kawan Imani ni balik.. Langit dah gelap nak hujan.. Kenalah gerak, kalau tak memang lagi lama lah di sini..

Sempatlah beli aiskrim yang viral ini dan aiskrim baru dari Farm Fresh.. Matcha tu hanya ada di FamilyMart ja..

Farm FreshxZus Coffee ini tengah promosi.. Berbaloilah kalau nak beli.. Jimat RM1.30

Monday, November 2, 2026

Berakhirlah UASA 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Selesai dah Peperiksaan akhir tahun buat Amani dan Imani.. 

Amani mula peperiksaan seawal 5 Oktober lagi.. Sekolah suruh buat macam peperiksaan SPM sebenar.. Ada ujian lisan, kertas 1, kertas 2 dan ujian amali.. Bergantung kelas apa anak-anak ini ambil.. Jadinya kena mula awal lah dan hujung Oktober baru habis.. Setiap minggu ada ja subjek untuk peperiksaan dan petangnya pula tetap ada kelas tambahan juga.. Habis ja peperiksaan, Amani kena bawa laptop pula ke sekolah untuk siapkan kerja khusus subjek Sains Komputer.. 2 beg dia gendong ke sekolah.. Beg buku dan beg laptop..

Imani pula mula periksa pada 12 Oktober dan berakhir pada 16 Oktober.. Lepas tu pada 19 hingga 21 Oktober sekolah buat peperiksaan ulangan untuk pelajar yang tak dapat hadir masa minggu peperiksaan.. Tapi ini pun hanya untuk pelajar yang ada surat cuti sakit atau surat khas tak boleh hadir ja.. 

Sekarang ini tunggu keputusan peperiksaan ja.. huhuhu.. Harapnya yang baik-baik ja lah untuk anak-anak ini..

Jadual balik sekolah ini bermula sebaik sahaja tingkatan 4 mula menghadapi peperiksaan akhir tahun.. Aktiviti koko pun dah tak ada.. Jadinya memang balik awal lah sampai lah cuti sekolah nanti..

Tuesday, October 6, 2026

Bingkai Cermin Mata Imani Patah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini cerita baling belakang..

14 September 2026 - Sha baru nak balik kerja, encik suami telefon suruh ambil dia dan Imani dekat rumah.. Nak ke Tanjung Malim sebab bingkai cermin mata Imani patah.. 15 September 2026 Imani ada pertandingan Tower Challenge dekat Politeknik.. Memang kena ganti segeralah bingkai dia tu, kalau tak susah dia nak melihat.. Petang tu kami terus ke Kedai Cermin Mata Kwong Meng Optical & Co, di Tanjung Malim.. Kedai kesukaan kami sekeluarga.. Harga yang ditawarkan memang sesuai sangat dengan budget kami..

Oleh kerana nak tukar bingkai ja, memang tak banyaklah pilihan.. Ada 2 ja yang ngam-ngam dengan kaca mata lama Imani, dua-dua warna hitam dan plastik.. Ada satu yang cantik sikit tapi longgar dan tangkai dia besi.. Tak sesuai sangat pada Sha untuk Imani.. Jadinya Imani pilih warna hitam walaupun awalnya dia macam kurang berkenan.. Ayahnya nak belikan yang mahal, Sha tak bagi.. Pada Sha kena tunggu dia betul-betul dewasa dan boleh jaga dengan baik barulah berbaloi bayar mahal..

Patah tangkainya pada 14/09/2026..

Terus beli bingkai baru petang 14/09/2026.. Tak adalah gambar kaca matanya sebab Imani pakai.. 

Thursday, August 20, 2026

Manisnya Menjadi Gadis/Teruna Budiman Menjadi Idaman

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Amani dan Imani terlibat dengan program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah.. Rasanya program ini setiap tahun ada.. Biasanya isi program ini berkaitan dengan pembentukan sahsiah, akhlak dan jati diri remaja, khususnya bagaimana menjadi seorang gadis atau teruna yang mempunyai keperibadian baik dan dihormati.. 

Fokus program seperti ini lazimnya berkaitan dengan:
  • ๐ŸŒท Menjaga maruah dan harga diri
  • ๐Ÿค Adab dan batas pergaulan
  • ๐Ÿ’ฌ Komunikasi dan tingkah laku yang sopan
  • ❤️ Mengurus perasaan, emosi dan hubungan
  • ๐Ÿง  Membuat keputusan yang bijak sebagai remaja
  • ๐ŸŒฑ Membina jati diri dan keyakinan diri
  • ๐Ÿ‘จ‍๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿ‘ง Menghormati ibu bapa, guru dan orang lain
  • ⭐ Menjadi remaja yang berakhlak dan mempunyai masa depan yang baik
  • Monday, August 17, 2026

    ๐Ÿ“ท Coretan Sehari | 17 Ogos 2026

    Assalamualaikum..
    Hye semua..

    Hari ini patutnya Imani ada TCA untuk telinga dia, susulan TCA Julai hari tu.. Oleh kerana pagi ini ada perhimpunan Kokurikulum dan Imani terlibat dengan perbarisan serta pembentangan KMR, makanya terpaksalah Sha ke klinik dan tunda tarikh temujanji Imani.. Itupun awalnya semalam bergaduh-gaduh dengan Sha nak juga ke hospital.. Sha cakap tak payah, nanti mak tukar tarikh ja.. Dianya seboklah berjanji bagai dengan gurunya.. Pening mak nengokkan perangainya.. huhuhu..

    Lepas tu boleh pula pukul 2.30 petang Imani telefon bagi tahu kenderaan yang selalu dia naik tu tak ada, Imani kata dia lewat keluar dari kelas.. Sha suruh dia tunggu ja dekat sekolah.. Nanti balik sekali dengan kakak dia.. Senang.. Pandai dia duduk buat kerja sekolah dalam surau.. Balik rumah dah boleh bertenang-tenang..

    Ambillah juga nombor pagi tadi sebab nak jumpa MA untuk tukar tarikh.. Alhamdulillah dapat tarikh baru dah bulan September nanti.. Lamalah sikit sebab pakar telinga ini bukan selalu ada..

    Puteri Islam yang kendalikan perhimpunan Kokurikulum ini dan Amani serta Imani terlibat dengan perbarisan.. Minggu lepas memang balik lewatlah anak-anak ini disebabkan latihan perbarisan..

    Hari ini ada pembentangan KMR ini juga.. Imani buat Terarium.. Amani pula buat AI & Strip komik.. Ini yang hari Sabtu duk mencari pokok kaktus merata-rata tu.. kikiki.. 

    Alhamdulillah.. Kedua-dua projek Imani dan Amani terpilih mewakili kelas masing-masing.. Usaha yang membuahkan hasil..

    Saturday, August 15, 2026

    ๐Ÿ“ท Coretan Sehari | 15 Ogos 2026

    Assalamualaikum..
    Hye semua..

    Pagi ini seharian Sha sibuk ke hulu, ke hilir.. Lepas briskwalk, bawa Imani ke nursery nak cari pokok kaktus.. Nursery depan politeknik tutup pula, mujurlah dekat Tanjung Malim buka.. Jumpalah kaktusnya dan satu pokok daun.. Ini nak buat kerja kumpulan.. Last minutes baru bagi tahu mak.. Memang membebel-bebellah mak.. Tapi tetaplah carikan juga..

    Masa tengah cari pokok, encik suami telefon minta tolong.. Beliau tersadai dekat tepi jalan, kereta habis minyak.. Bocor, encik suami tak perasan.. kikiki.. Jadinya lepas belikan barang-barang keperluan Imani dan hantar Imani ke rumah kawannya, Sha pun geraklah ke Slim Village ambil encik suami.. Lepas ambil encik suami, menyinggah pula ke MR.DIY cari gam untuk tampal bahagian yang bocor tu.. 

    Gerak balik rumah nak ambil Amani pula untuk hantar ke rumah kawan dia.. Amani pun nak siapkan kerja sekolah juga.. Amani ni memang terus sampai malam sebab petangnya nak ke rumah kawan lain sebab ada majlis BBQ.. Layan je lah, anak-anak dah makin sibuk dengan kerja kumpulan, kerja sekolah..

    Banyak kaktus nya tapi yang tak berduri terlalu sedikit.. huhuhu.. Adalah dari tak ada kan..

    Hantar kakak Amani pula.. Waktu Sha hantar Amani ini, encik suami pergi balik ke Slim Village naik motor nak gam dulu bahagian yang bocor tu.. Kalau tak nanti, tak kering pula gamnya..

    Sempatlah Sha singgah mencari lauk kerang rebus, sambal tempe dan udang tempoyak dekat Nasi Bamboo Sungai Klah, Behrang Residen.. Asalnya nak beli siput sedut tapi tak ada pula..

    Singgah juga ECO Shop mencari jajan menarik.. Sebelah ja dengan Nasi Bamboo tu, memang laju ja lah menyinggah.. kikiki.. Kemain banyak jajan baru dekat ECO Shop..

    Bateri kereta yang encik suami bawa balik juga untuk caj.. Ini nak gerak hantar beliau ke kereta balik.. Masa menyinggah beli minyak petrol, Imani mesej cakap kerja kumpulan dia dah siap.. Sha suruh tunggulah sekejap sebab nak menghantar encik suami dulu..

    Masa dalam perjalanan menjemput Imani, ada kereta dok bagi-bagi lampu.. Sha ingatkan ada sekatan polis.. Sekali tersadai bangkai babi yang dah hilang kepalanya dilanggar kereta dekat tengah-tengah jalan.. huhuhu.. Mengelaklah semua kereta ke kiri sikit..

    Inilah keretanya, comot sebab bawa masuk kebun.. Patutnya beliau ke Ulu Slim pagi ini untuk membaja, tapi tu lah dah rezekinya nak tersadai kan.. Jadinya petang ini encik suami pergi hantar ja baja tu dulu.. Esok pagilah baru encik suami sambung membaja..

    Selesai hantar encik suami, bergegaslah Sha mengambil Imani pula.. Siap dah kerja kumpulannya..

    Biru betul langit bila ambil bawah cahaya.. Lepas Maghrib keluar ambil Amani pula.. Kepenatan betul hari ini..

    Wednesday, August 5, 2026

    ๐Ÿ“ท Coretan Sehari | 05 Ogos 2026

    Assalamualaikum..
    Hye semua..

    Pagi tadi sebelum keluar ke Banting ambil motor encik suami, Sha hantar anak ke sekolah dulu.. Masing-masing minta belikan makanan dekat 7E.. Maka menyinggahlah Sha pagi tadi.. Tapau kan makanan extra untuk anak-anak sebab hari ini dah mula balik kokonya setelah 3 minggu direhatkan untuk beri laluan pada percubaan SPM.. Duit belanja pun bawa juga.. Begitulah anak-anak sekarang ini.. Bekal bawa, duit belanja pun bawa.. 

    Sha berjaya juga beli air mocha 7E yang semakin trending tu.. Akhirnya masuk juga air mocha ini dekat kawasan tempat tinggal Sha.. Sedaplah air dia.. Kopi dan coklat nya ngam-ngam ja dekat tekak Sha cuma tu lah, air di 3/4 ja dari cawan tu tak penuh macam dulu..

    Sandwich dan air Mocha - RM5.90..

    Belikan bekal untuk anak-anak dara dan sarapan Sha.. Popcorn chicken dan hashbrown..

    Saturday, August 1, 2026

    ๐Ÿ“ท Coretan Sehari | 01 Ogos 2026

    Assalamualaikum..
    Hye semua..

    Penat hari ini.. Selain briskwalk di pagi hari, kena jadi pemandu peribadi Imani.. kikiki.. Hari ini Imani dan kawan-kawan ada kerja kumpulan yang nak disiapkan.. Makanya lepas selesai briskwalk dan sarapan pagi, teruslah masak tomyam sekawah dan rendam bihun.. Mudah ja menunya.. Paling penting mengenyangkan.. kikiki..

    Apa-apa hal, kita briskwalk dulu, tenangkan jiwa..

    Sarapan wajib dengan Amani di pagi Sabtu.. Eloklah lepas buang lemak, kita tambah lemak.. kikiki..

    Ini perjalanan balik selepas ambil kawan-kawan Imani di Behrang 2020 dan Taman Malim.. Balik ikut Proton City, tak banyak lampu trafik dan juga kereta..

    Jumpa juga air ini.. bagus katanya untuk tambah darah.

    Ini pun bagus katanya.. Sha celur air panas dan cicah sambal tempoyak.. Pergh!! Mantap..

    Friday, July 24, 2026

    Baucar Buku MADANI 2026

    Assalamualaikum..
    Hye semua..

    Tahun ini pun anak-anak ini dapat baucar buku.. Bila dapat ja pengumuman untuk baucar ini, memang Sha suruh Amani & Imani beli cepat-cepat.. Sha pastikan diorang beli buku rujukan terlebih dahulu, barulah tambah bacaan ringan.. Kakak memang terus buatlah.. Cumanya tu lah, ada buku dia yang dibatalkan jadinya dia kena buat pembelian lagi sekali.. Kakak memang budget cukup-cukup RM100 tu termasuk kos penghantaran.. Jadinya tak payah tambah apa-apa duit..

    Adik pula, awal-awal tu kena tambah duit.. Memang dia hulur duit dekat Sha untuk tambah, bila Sha cakap kena bayar atas talian dia tak jadi beli.. Hujung minggu baru ini, dia ajar kawan dia macam mana nak beli.. Jadinya dia buat pencarian buku baru supaya tak payah tambah duit.. Berjayalah juga beli akhirnya ngam-ngam dengan nilai RM100 tu..

    Pembelian buku untuk pelajar sekolah menengah dibuat menggunakan laman sesawang Book Capital..

    Ini buku-buku pilihan Amani..
    1. BOT SPM Sejarah Tingkatan 4 dan 5
    2. BOT SPM Matematik Tingkatan 4 dan 5
    3. Experimental Hero (Kilat Fighters) - 2023
    4. 4 komik siri putera - yang ini dibatalkan penjual.. tak pasti kenapa..

    Ini pula pembelian kedua selepas 1 pesanan Amani dibatalkan..
    1. BOT SPM Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan 5
    2. BOT SPM English Form 4 and 5
    3. SIRI PUTERA 29: PERSAINGAN SIHAT

    Ini pula pesanan Imani..
    1. Teroka Sains 3: Uniknya Awak (Koleksi Terbaik Teroka Sains)
    2. Fuiyooo Senangnya Sains Tingkatan 1 2 3
    3. Tingkatan 1 2 3 Quick Revision Matematik

    Inisiatif Baucar Buku MADANI 2026 menawarkan kredit digital bernilai RM100 kepada pelajar sekolah menengah dan mahasiswa IPT yang layak.. Penebusan dibuka dari 1 Julai hingga 31 Oktober 2026 melalui portal khas untuk pembelian bahan bacaan dan rujukan akademik.. 

    Penerima wajib membeli sekurang-kurangnya satu (1) buku daripada kategori “Judul Khas Baucar Buku MADANI 2026”, yang merangkumi bidang Karya Sasterawan Negara, Karya Agung Dunia, Karya Pemenang Anugerah Sastera, Sejarah, Falsafah, Ekonomi, Geopolitik, Kecerdasan Buatan (AI), Teknologi, Teknologi Maklumat, serta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang diluluskan oleh Jawatankuasa Penilaian.

    Selepas itu, baki baucar boleh digunakan untuk membeli buku-buku lain yang tersedia di platform Book Capital, yang menawarkan lebih 950,000 judul buku merangkumi pelbagai kategori dan genre bacaan.

    Wednesday, July 8, 2026

    Temujanji ENT Imani

    Assalamualaikum..
    Hye semua..

    Pagi tadi Sha bawa Imani untuk temujanji ENT.. Temujanji ini setahun sekali ja.. Alhamdulillah.. Semuanya okay tapi doktor minta untuk datang balik bulan depan.. Nak tengok telinga Imani.. Kalau okay, InsyaAllah boleh discharge..

    Awal kami sampai dengan harapan, awal lah selesai..

    Jom beli sarapan dulu..

    Wednesday, July 1, 2026

    ๐Ÿ“ท Coretan Sehari | Cerita Semalam & Pagi Ini

    Assalamualaikum..
    Hye semua..

    Semalam petang Sha mintakan Imani ke rumah jiran untuk hantar pesanan coklat.. Bila Imani balik, kemain seronok dia.. Jiran tu kirimkan hadiah ulangtahun buat Imani.. Rupanya jiran tu memang mencari Imani tapi tak terjumpa pula di sekolah.. Anak-anak kami bersekolah di tempat yang sama.. Kalau dekat kuarters pula, Sha memang tak bagi anak-anak main di luar kecuali hujung minggu itupun jarang-jarang sangat..

    Ini Amani bawa balik.. Cikgu kelas merangkap cikgu Sains Komputer bagi.. Brooch dan keychain tu cikgunya bagi sempena ulang tahun kelahiran.. Brooch untuk pelajar perempuan dan keychain untuk pelajar lelaki.. Amani dapat dua sebab markah Sains Komputer dia paling tinggi untuk kelas tu.. Memang sukalah Amani..

    Ini pula hadiah ulang tahun Imani yang diberikan jiran Sha tu.. Ada tudung, brooch, buku nota, kad ucapan, duit raya, cup dengan straw, coklat dan tealive 3in1..

    Ini pula cerita pagi tadi.. Singgah 7E Cafe belikan hash brown dan chicken katsui untuk budak berdua tu.. Sha pula ternampak air ini dekat kaunter tengah promosi.. Teruslah Sha beli sebab harga murah, tin cantik.. kikiki.. Air ini satu RM1.. Harga asal dia RM2 lebih kalau tak silap Sha..

    Pagi tadi keluar average daily steps ini dekat BookDoc.. Kena usaha lagi ini bagi jadi 10K.. kikiki..

    Keseluruhan jumlah jejak Sha untuk Jun 2026..

    Kali kedua dapat medal perak dan emas..

    Sunday, June 28, 2026

    Aktiviti Hujung Minggu

    Assalamualaikum..
    Hye semua..

    Semalam lagi Amani minta bawakkan dia ke Mr. DIY tapi Sha cakap pagi ini baru boleh nak keluar.. Makanya dalam jam 9 lebih tadi, keluarlah kami bertiga.. Encik suami sibuk, maka jadilah gurl day out.. kikiki.. Tu yang bahaya sebenarnya.. Bila kami ja yang keluar.. Asalnya Amani nak beli buku nota dan biskut.. Sha pula nak beli plastik sampah yang ada tangkai dengan sayur sikit.. Imani pula nak cari bahan kraf untuk aktiviti sampingan dia..

    Jomlah tengok hasilnya selepas merayap hampir 2 jam lebih..

    Ini pula hasil berbelanja di Mr. DIY, ECO Shop dan TF Value Mart.. Aja naya.. Memang lebih pada jajan ja sudahnya.. kikiki.. Sabar jalah.. Sayur dan barang keperluan adalah sikit.. 

    Chipsmore yang tersenyum tu bag sebenarnya.. Ini free gift sebab beli produk Oreo, Chipsmore dan Cadbury Cookies.. Tuala sukan sempena Piala Dunia tu pula Sha beli dengan harga RM5.50 satu dekat Mr. DIY.. Harga sebenar dia RM16.90.. Jimat RM11.40..

    Ini depan TF Value Mart.. Asalnya nak beli limau kasturi tu ja sebab dia bubuh tanda harga 1kg - RM2.. Bila pilih-pilih, dia suruh tambah lagi bagi penuh 1 plastik.. Lepas tu nampak jambu lohan dengan buah Nona tu RM5 sepinggan, Sha belilah.. Nina tu selalu jumpa warna hijau ja, tu yang beli sebab perrama kali Sha jumpa warna ungu.. Durian tu pula sebekas RM6.. Beli sebab orang tu cakap bukan durian kampung.. Durian apa ntah..

    Manis betul buah Nona ini.. Ada 3 yang dah cukup masak dan 2 yang masih belum matang..

    Durian RM6 sebekas ini memang best.. Bijinya comel ja.. Isi dia tebal dan manis.. Tak ada rasa pahit.. Memang bestlah makan.. Sha tak adalah habiskan terus.. Makan 3, 4 ulas ja.. 

    Friday, June 26, 2026

    Program Hari Interaksi Ibu Bapa di SMK

    Assalamualaikum..
    Hye semua..

    Jam 10 pagi tadi sempatlah Sha dan encik suami ke sekolah Amani dan Imani untuk Hari Interaksi.. Ini pun tak boleh nak berlama-lama.. Kelas Imani sekejap ja.. Menunggu di kelas Amani lah lama sikit.. Tambahan pula tahun hadapan dah nak SPM.. Sha nak tengok jugalah hasil dari tuisyen yang Amani hadiri setiap petang tu.. 

    Ini keputusan Amani.. Alhamdulillah ada peningkatan dari tahun lepas.. Tahun ini memang kena fokus lebih sikitlah.. Supaya markah ini boleh bertambah baik.. Lagipun cikgunya maklumkan yang projek untuk Sains Komputer akan bermula tahun ini sampailah tahun hadapan dan markah tu dibawa ke peperiksaan SPM.. Lagilah Amani kena fokus lebih.. Tu belum lagi projek untuk Sains Sukan.. Tu pun akan ada juga.. 

    Ini pula markah Imani.. Nampak gayanya memang kena masukkan juga Imani ke tuisyen.. Imani bagi tahu dia tak faham langsusng soalan subjek Sains tu.. Tanya mak, mak pun bukannya pandai mana..

    Surat ini awal lagi cikgu dah bagi dalam group kelas..


    Ada kaunter Bimbingan Kaunseling ini juga.. Tapi Sha memang tak boleh nak menyinggah ke sini.. Nak berkejar masuk ke pejabat balik.. Kalau tak memang Sha duduk dekat meja ini..

    Saturday, June 20, 2026

    Hadiah Ulang Tahun Kelahiran Amani & Imani

    Assalamualaikum..
    Hye semua..

    Hari ini ulang tahun kelahiran Amani.. Sha belikan hadiah ini awal sedikit masa minggu PBAKL 2026 hari tu.. Sha beli atas talian ja.. Sha belikan sekali untuk Imani sebab Mac hari tu Sha belanja dia kek ja.. Alang-alang Imani bising dah tak ada bahan bacaan, Sha belikan lah sekali.. Kebetulan minggu PBAKL, banyak lah diskaun dekat shopee.. 

    Ini pilihan Sha untuk Imani.. Sha tambah sebab Imani pilih 4 ja buku awal tu.. Jadinya Sha carikan lah buku lain untuk dia..
    Cilgu Talhah Sebuah Kisah Sedih oleh Yaya Okita
    Cikgu Harith Sebuah Galau Perjuangan oleh Yaya Okita
    Ameer & Musa: Geng Jom Solat oleh Yaya Okita
    Ameer & Musa: Geng ke Masjid oleh Yaya Okita
    Jejak paranormal oleh Olvidado Shakur
    Pemburu DNA oleh Olvidado Shakur

    Ini pula pilihan Imani sendiri..
    1. Siri Candy 70: Dihujani Segenap Rasa [Cuaca] oleh Kaoru
    2. Kisah Zulaikha 28 oleh Xanseviera
    3. Kisah Zulaikha 21 oleh Xanseviera
    4. Kisah Zulaikha 19 oleh Xanseviera

    Ini pilihan Amani
    1. Titik Koma oleh Aramoon
    2. Missing Pages oleh Anna Lee, Ayumi Syafiqah, Ema Deesyiaqis, Farrah Izzlorna, Jun Sahaja, Pasha (buku ini Sha dah pernah beli sebelum ini tapi rosak dimakan anai-anai, jadinya Sha belikan jugalah yang baru untuk Amani..)

    Ini pun pilihan Amani sendiri..
    1. BF-Ku Idola K-Pop? 03 oleh Xanseviera
    2. BF-Ku Idola K-Pop? 04 oleh Xanseviera
    3. Novel Siri Putera 04: Kutukan Teater Opera oleh Natasha Mazya, Kaoru 

    Ini pun buku pilihan Amani.. Hargany RM25 tapi masa Sha belikan untuk Amani, ada diskaun yang banyaklah juga tinggal RM7 ja..
    Kaoru's First Draft【Artbook】
    Illustrations & Commentary by Kaoru
    Size: A4
    Page Count: 64 pages
    Daisypath Anniversary tickers

    Goodreads

    Sha's bookshelf: read

    Dia Trouble Maker
    Bara
    Pelukis Jalanan
    Kelibat Setan
    Mila’s Big Splash
    Dheo's
    Misi Budak Tahfiz
    Puaka Jambatan
    Saat Aku Berpaling
    Cikgu Kelas Sebelah
    Surihati Encik Pembunuh
    Aneh
    Kasyaf Ain
    Jadikan Aku Yang Terakhir
    Cik Isteri Dan Encik Suami
    Projek Seram: TOYS
    Lamaran Di Taman Nakajima
    Pemburu
    Misi Hero
    Pinjam Sayap


    Sha Mohamed's favorite books »

    Review & Rating

    Sha's bookshelf: read

    Disergah Penunggu Pokok Ara
    really liked it
    Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
    Dijenguk Hantu Penanggal
    really liked it
    Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

    goodreads.com