Saturday, January 31, 2026

Kow Kow Mixed Peanuts

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kacang dia sedap.. Memang syoklah sebab di pek comel-comel untuk sekali makan.. Ada 4 jenis.. Setiap rasa tu ada 2 pek.. Jadilah buat kunyah-kunyah sambil membaca atau menonton drama..

Kow Kow Mixed Peanuts (8 X 15g) - RM3.00

2 pek kacang bersalut (original) - pek kuning
2 pek kacang shandong - pek biru
2 pek kacang parang rangup (onion&garlic) - pek oren
2 pek kacang bersalut cili - pek merah

Berbekam Sebelum Puasa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha dan anak-anak ke Saujana Utama untuk sesi urut dan bekam.. Imani pun buat urut badan.. Bekam dia tak nak.. Takut darah.. Amani tak nak.. Sha memang buat urut dan bekam.. Lega rasa badan selepas urut dan bekam.. 

Lepas bekam, anak-anak ajak singgah ECO dulu sebelum balik.. Gerak dari Saujana Utama jam 10.40 pagi.. Banyak kerta dekat lebihraya.. Awal-awal tu memang perlahan ja lah tapi masih gerak.. Bila dah lancar tu memang pecutlah.. Tak singgah mana pun sebab nak sampai cepat.. Masuk tol Behrang, ambil nasi ayam yang ditempah terus balik rumah.. 

Awal kami sampai sebab gerak dari rumah jam 6.40 pagi..

Mak saudara Sha bagi buah tangan lagi..

2 helai tudung

Kerepek peria dan kurma Ajwa..

Hainan White Coffee: Hazelnut

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedap kopinya.. Tak manis dan tak terlalu kuat.. Bau kacang hazel tu ada, rasa dia pula manja-manja ja.. Kiranya bila minum, kita taulah kopi ini ada campuran kacang hazel cuma tak terlalu mengganggu.. Rasa kopi tu masih mendominasi.. Sha beli atas talian dekat Shopee ja.. Beli 1 sachet ja untuk rasa..

Friday, January 30, 2026

Keserabutan Tak Terduga

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seawal jam 5.51 pagi Sha dapat berita yang tak menyedapkan.. Memang stress jadinya.. Rabu lagi Sha dah stress dengan makluman penyewa Sha.. Pagi tadi dia bagi tahu lagi berita yang mengusutkan fikiran Sha.. Memang serabut dibuatnya.. Mujurlah encik suami berbesar hati menenangkan Sha dengan menghantar Sha ke tempat kerja.. Lepas tu sepanjang jalan, encik suami utarakan jalan penyelesaian.. Alhamdulillah.. Sejuk sikit hati.. Sha ambil ini sebagai pengalaman tuan rumah dan penyewa..

Pada masa yang sama hari ini Sha cuba mudahkan urusan pelajar-pelajar praktikal yang masuk ke perpustakaan sambil-sambil berdoa pada yang Esa.. Alhamdulillah urusan Sha dipermudahkan hari ini.. 

Dapat pula sebekas kek batik indulgence ini, bertambah tenang jiwa Sha.. Sha beli pada rakan pejabat..

Ini pula pemberian ikhlas beliau.. Kira hadiah hari Jumaat.. Sha dapat 2 bekas sebenarnya kek coklat tu.. Satu dah selamat masuk perut..

Zus | Frozan Grape Slushie & Velvet Grape Aloe

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha beli Zus Grape Series lagi.. Kali ini beli Slushie dengan Velvet pula.. Oleh kerana Sha nak kan pelekat dan angpao tu.. Sha buat 2 kali pembelian.. Mula-mula tu beli Frozen Grape Slushie.. Kemudian tu baru beli Velvet Grape Aloe.. Sha beli air ini semua guna tumbler sendiri.. Sha tebus sekali complimentary drink dari Zus.. Tu yang ada air Hot Creamy Coconut Latte..

Frozen Slushie tu memang bestlah.. Ais blended kan.. Menyegarkan sebab dia gabungkan anggur dengan white peach oolong tea.. Memang sedaplah bila sedut tu..

Velvet Grape Aloe tu pula rasa dia memang lain macam.. Ini air Fizzy Grape Aloe yang di tambah velvet creme.. Bayangkan air yang bersoda tu ditambah dengan velvet creme.. Rasa dia jadi lebih berkrim dan mengasyikkan.. Memang syoklah.. Sha suka kedua-dua versi.. Kedua-duanya sedap.. Gabungan yang mantap di lidah dan tekak Sha..

Dapat lagi 2 pelekat Zus ini..

Rupanya angpao tu ada 3 warna dalam 1 pek.. Sha dapat 2 pek lagi..

Mula-mula beli Frozen Grape Slushie, dapat 1 pelekat dan 1 pek angpoa..

Pesanan kedua Sha beli Velvet grape Aloe, tebus complimentary drink air Creamy Coconut Latte.. Dapat lagi 1 angpao dan 1 pelekat.. Yeah!!

Sambutan Januari Bulan Kesedaran Kansers Serviks Tahun 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha ke Bidor untuk Sambutan Januari Bulan Kesedaran Kansers Serviks anjuran LPPKN.. Memang meriahlah.. Gerak dari pejabat jam 8.30 pagi.. Kami sampai dalam jam 9 pagi.. Sampai ja terus daftar.. Masa daftar ini dia bagi goodies bag dan minta ke jawab soal selidik.. Selesai di sini, Sha ke kaunter sebelah untuk pendaftaran saringan HPV DNA pula.. Selesai buat saringan, barulah masuk ke dewan.. Oleh kerana acara belum bermula, kami keluar balik untuk sarapan pagi.. Makanan yang diberi bihun goreng bersama sebiji sambal telur rebus.. Mantap betul bihun dan sambal dia tu.. Selesai sarapan masuk balik dewan untu sesi Taklimat Kanser Serviks: Pengesanan Awal Menyelamatkan nyawa yang disampaikan oleh Dr. Aidasuria.. Kemudian ada Forum Kesihatan Serviks: Jalani Saringan Kansers Serviks, Cepat Tahu Cepat Tindak!..

Acara seterusnya ialah Majlis Perasmian Penutup dan akhir sekali cabutan bertuah.. Hadiah cabutan bertuah dia cantik.. Periuk nasi limited edition.. Bertuah betul mereka yang dapat..

Sambutan Januari Bulan Kesedaran Kanser Serviks Tahun 2026
Tarikh: 29 Januari 2026
Tempat: Dewan Rekreasi Pegawai Kanan, Pasukan Gerakan Am (PGA), Bidor, Perak.

Isi dalam goodies bag tu ada pamplet untuk HPV DNA dan Mamogram.. Atucara majlis, brooch dan mug..

Selain saringan HPV DNA, pihak LPPKN juga ada tawarkan pada Sha untuk buat ujian mamogram.. Tapi Sha tolak sebab Sha memang ada TCA mamogram di Hospital..

Thursday, January 29, 2026

Mister Potato Syok Wave: Perisa Ayam Wangi Daun Kari

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mantap rasa dia.. Gabungan ayam dan daun kari tu memang ngam.. Rasa dia sedaplah.. Seimbang dan tak masin melampau.. Memang meriah bau dan rasa dari daun kari tu.. Syok kunyah.. Sha beli di 7 Eleven..

Mister Potato Syok Wave: Perisa Ayam Wangi Daun Kari (85g) - RM3.90

Isi dalam dia.. Sha rasa keropok dengan potongan kedut ini lebih tebal dan seronok dikunya.. 

Malaysia | Hilang Kasyorga (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bermula dengan skandal seks, penemuan mayat budak yang dibunuh dan kehilangan Kasyorga.. Rodi ini berkawan baik dengan Kasyorga dan memang berusaha sehabis baik cuba mencari Kasyorga.. Semasa mencari Kasyorga, Rodi berjaya membantu pihak berkuasa menangkap penjahat bagi kes pemerdagangan manusia.. Lain yang Rodi cari lain pula yang dijumpai.. Rodi ini pun bukanlah baik sangat tapi masih ada sekelumit perikemanusiaanlah.. 

Awal tu kan, Sha memang ingat kisah kehilangan budak dan mayat budak yang dijumpai tu kisah yang sama.. Rupanya dua kes yang berbeza.. Satu kes pemerdagangan manusia dan satu lagi kes pedofilia..

Hilang Kasyorga
Episod: 6
Tarikh Tayangan: 23 Jun 2025
Waktu Siaran: Isnin, 11:00 malam
Rangkaian: DEGUP (Unifi TV Originals)
Penulis Skrip: Puovin & Tommy Loh​
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: Country & Universal Sdn Bhd

Pelakon: Kamal Adli, Wan Adra Mikayla, Nabila Huda, Luqman Hafidz, Abdul Khaliq, Azhar Sulaiman, Arfie Shah, Hariz Hamdan, Hafidzuddin, Fadilah Mansor, Ellie Suriaty, Kodi Rasheed, Dina Allysha, Zalfa Zin, Izuan Razali, Ahmad Izzulfaiq

Sinopsis: Mengisahkan seorang kanak-kanak jalanan bernama Kasyorga (Adra Mikayla) yang tiba-tiba hilang tanpa jejak ketika sedang bermain bersama rakan-rakannya.

Kehilangannya mencetuskan panik dalam kalangan komuniti setempat, terutamanya bapa angkatnya, Pak Bakar (Azhar Sulaiman), yang kemudian meminta bantuan jirannya, Rodi (Kamal Adli) iaitu seorang bekas pembunuh upahan untuk mencari anak tersebut.

Dalam masa yang sama, Rodi turut menerima arahan untuk membunuh seorang ahli perniagaan wanita ternama, Datuk Zaza (Nabila Huda), yang terpalit dengan skandal seks bersama pemandu dan pembantu peribadinya, Reza (Luqman Hafiz).

Siasatan membawa Rodi menyelami dunia gelap skandal, sindiket pemerdagangan manusia, dan penjenayah kejam yang berselindung di sebalik wajah penyayang. Dalam usahanya mencari Kasyorga, Rodi terpaksa berdepan dengan masa silamnya dan membuat pilihan sukar yang bakal menentukan hidup mati seorang kanak-kanak.

Frenché Roast Kopi Café Au Lait

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kopi yang menarik untuk dicuba.. Cukup seimbang rasa kopinya.. Menarik di minum panas mahupun sejuk.. Sha tak pernah jumpa, ini pun Sha beli di Shopee.. Beli 1 sachet ja untuk cuba..

Wednesday, January 28, 2026

Zus | Fizzy Grape Aloe & CEO Latte

Assalamualaikum..
Hye semua..

Asalnya Sha nak beli Fizzy Grape Aloe ja, sebab nak kan pelekat dan sampul duit dari Zus.. Tapi Sha tebus juga kupon dari CelcomDigi tu.. Rupanya voucher tu kena beli dengan harga RM2.99.. Nilai voucher tu pula RM9.90.. Kiranya untung RM7 lah.. kikiki.. Jadilahkan..

Macam biasa.. Sha guna tumbler sendiri.. Tumbler hitam tu air Fizzy Grape Aloe.. Memang ngamlah dengan tekak Sha.. Gabungan anggur, lemon dan soda tu memberi rasa yang sangat menyegarkan.. Syok betul minum airnya.. Tumbler oren tu pula air panas.. CEO Latte dia padu.. Sha tambah French vanila, memang ngamlah.. Pilih pula biji kopi BOSS, memang lagi mantaplah rasa dia..

Cantik gila angpao dia.. Sha dapat warna merah.. Memang warna kesukaan Shalah kan.. Pelekat tu pun warna merah.. Comel..

Bila pilih air dari siri Grape, automatik akan ada angpao dan sticker tu masa nak checkout.. 

Sample Biskut Raya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedaplah biskutnya.. Sha rasa yang swiss tu mewah rasa butter dia.. Double coklat tu pula memang ngamlah tak manis dan mewah dengan coklatnya.. Biskut coklat cip pula rangup dan meriah dengan cip coklat.. Coklat button tu pula syok kunya sebab ada kekacang dan coklat.. Memang syoklah makan.. 

Biskut-biskut macam ini biasanya masa raya memang tak nampak menarik sangat sebab rendang ketupat lagi syok dimakan.. Biskut-biskut macam ini masa puasa lagi menarik dimakan.. Tahun ini tak tahulah lagi nak beli ke tak.. 

1 bekas ini RM8.. Ada 4 jenis biskut.. Sha beli saja ja untuk rasa.. Dari kiri biskut Swiss, coklat button, double chocolate dan coklat cip.. 

 Coklat button (9pcs) & Double chocolate (12pcs)
Swiss (14pcs) & coklat cip (15pcs).. 

CelcomDigi 7-Day Challenge

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tak tau pula kata aplikasi ini ada bagi voucher.. Terbuka dan tertekan.. Lepas tu memang buka tiap-tiap harilah.. kikiki.. Bukan susah pun.. Cuma perlu buka aplikasi ja, tak perlu buat apa.. Cukup 7 hari, dapatlah vouchernya.. Tempoh untuk guna pun lama juga..

Ini kali kedua Sha dapat voucher Zus.. Kali pertama dulu Sha tukar point Tunetalk, dapatlah 10% diskaun bila beli air Zus.. 

Selepas 7 hari log masuk aplikasi CelcomDigi, dapatlah voucher ini..

Vouchernya dah dapat, belum guna lagi..

Tuesday, January 27, 2026

Keropok Laila

Assalamualaikum..
Hye semua..

Keropok ini viral dah lama.. Memang lama dah Sha teringin nak rasa.. Bila berpeluang ke Kelantan, encik suami bawakan Sha ke sini.. Masa Sha datang ini, gerai yang masak-masak keropok Laila ini dah tak buka.. Ingatkan kami salah tempat.. Rupanya ada jual yang beku saja.. Jadinya Sha belilah 6 bungkus.. Nak bagi kawan dan makan sendiri.. 

Kalau korang berminat nak cuba, bolehlah beli dekat Jeti Kuala Besar, Kota Bharu, Kelantan..

Setelah digoreng.. Rasa dia memang sedaplah.. Lain dari keropok yang biasa tu.. Ada rasa daun kesum.. Pada Sha memang sedaplah.. Rangup tapi lembut..

Sebungkus ini RM5 ada 10 keping dalam dia..
Bahan-bahan keropok Laila ini ialah ikan segar, daun kesum, bawang dan cili..

Hasil Tangkapan di Kelantan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini antara hasil membeli belah di Kelantan.. Memang meriahlah Sha berbelanja.. Bukan selalu dapat ke sini.. Alang-alang datang ini kita belilah apa yang boleh nak dibeli..

Keropok laila.. Sha beli 6 pek.. Ini antara tujuan utama Sha ke Kelantan selain kenduri..

Beli juga tongmo ini 3 bekas.. 1 bekas RM10.. Sha beli tiga-tiga jenis.. Ayam ja tak ada.. Kalau tak memang beli juga yang ayam..

Sempat beli 2 biji tembikai.. 2 biji ini RM11.30

Sha beli beras wangi Thai tu 3 beg (1pek tu 5kg dan harganya RM28) untuk MIL, adik ipar dan Sha.. Lepas tu beras cap serindit tu Sha punya.. 1 beg tu 9 kg dan harganya RM42..

Buah colek, mangga, kedondong, limau bali dan burger CP tu 5 pek..

Bekas ini ada air meiji kopi dua botol dengan yogurt buah 4 botol..

Durian Raja Kunyit (Sekilo RM37) dan Durian Kampung (sekilo RM13) sebekas ini RM100.. Sha campur sekali ja duriannya sebab yang banyak tu Raja Kunyit.. Durian kampung tu sikit ja isinya..

Tercalar Kuda Merah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aduh!! Tersagat hati Sha mendegar bunyi geseran antara motor dan kereta Sha.. Geramnyalah hati.. Motor tu dia nak mencelah juga.. Walhal lampu baru ja hijau, kereta baru nak gerak.. Punyalah tak sabar nak jalan, mencelah antara kereta Sha dan motor skuter.. Memang zrapppp lah bunyinya.. Sha hanya mampu menekan hon sajalah.. Geram betul.. Lepas tu agaknya dia takut, terus dia langgar lampu merah, kena snap dengan kamera dekat lampu trafik.. Hurm.. Sabar jelah..

Sampai parking Sha turun dan snap gambar hantar dekat encik suami.. Sebelm tu dah telefon dan mengadu..

Kejadian jam 6.58 pagi dekat lampu isyarat simpang empat Behrang..

Mula-mula Sha snap tak nampak apa yang teruk..

Bila dah cerah sikit, Sha ambil lagi sekali gambar.. Tersagat sikit dekat bumper bahagian kiri.. huhuhu..

Monday, January 26, 2026

Temujanji SOPD Pertama Tahun 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha kena jumpa doktor di SOPD.. Sekejap ja jumpanya sebab Sha ambil nombor terlebih dahulu.. Pukul 8.50 pagi baru Sha turun jumpa doktor.. Sampai klinik, Sha terus masuk bilik doktor sebab dia dah panggil nombor Sha.. Doktor buat pemeriksaan dan bagi temujanji untuk buat mammogram.. Mammogram ini boleh buat 2 tahun sekali.. Jadinya tahun lepas tak buat, kenalah buat tahun ini.. Sha tinggalkan nombor telefon dan nanti klinik akan telefon untuk bagi tarikh untuk buat mammogram.. Doktornya sangat baik.. Suka Sha..

Ambil nombor ja dulu sebab Sha nak kena masuk perpustakaan terlebih dahulu..

Temujanji Mata MIL di Teluk Intan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam pagi-pagi lagi Sha ikut encik suami bawa MIL ke Teluk intan untuk rawatan mata.. MIL nak buat laser mata.. Temujanjinya jam 10 pagi tapi kena ada dekat klinik jam 9.30 pagi.. Sampai ja jururawat minta turunkan tandatangan pada borang dan bayar.. Lepas tu jururawat tu bubuh ubat titik dekat mata MIL yang nak di laser.. 3 kali jugalah.. Doktor jumpa dulu untuk periksa mata.. Lepas tu jururawat tu cuci muka MIL.. Sebelum masuk bilik rawatan dia sapu iodin dekat separuh muka bahagian mata yang nak di laser.. Sejam juga dia buat laser tu.. Lepas selesai kena rehat dulu dalam 1 jam jugalah.. Lepas buka penutup mata, doktor periksa dan boleh balik.. Jururawat dia bagi ubat makan dan ubat titik ada dua jenis.. Mata kena pakai kaca mata hitam sepanjang masa.. Hari kedua baru boleh basuh muka.. Mata tak boleh kena habuk, cahaya.. Tak boleh gosok mata.. Lap mata dengan tisu ja.. Tisu pun sekali pakai ja.. Lap dan terus buang..

Kliniknya di Teluk Intan.. Ahad tu untuk dia buat rawatan mata.. Masa kami datang tu dah ada 2 orang 1 dalam bilik rawatan dan satu lagi tengah menunggu giliran.. Masa giliran MIL dalam bilik rawatan, ada lagi yang datang dalam 3 ke 4 orang..

Singgah kedai ECO beli kaca mata hitam yang lebih besar sebab MIL bawa yang jenis klip ja.. Dia tak selesa..

Jalan-jalan Makan Kenduri di Kelantan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kami gerak dari Behrang jam 2.30 petang hari Jumaat menuju ke Kelantan untuk kenduri kahwin sepupu encik suami yang akan berlangsung pada hari Sabtu.... Awal perjalanan ini Sha bawa kereta terlebih dahulu sampailah ke Petronas di Hentian Rehat Simpang Pulai.. Encik suami isi minyak dan Sha beli roti buat alas perut sebelum gerak semula.. Lepas isi minyak, encik suami bawa kereta pula sampailah ke Kelantan.. Perjalanan ke Kelantan agak perlahan sebab bertembung dengan banyak lori.. Perjalanan balik pula lancar dan sangkut sekejap masa nak turun sebelum sampai Belum Rainforest Resort.. Ada kemalangan.. 

Keluar tol Kuala Kangsar untuk lalu ke Lenggong, kemudian naik Gerik menuju ke Kelantan..

Kami singgah dua kali di Masjid ini.. Masa nak ke Kelantan singgah solat Asar di sini.. Masa balik singgah solat maghrib..

Cerah lagi masa lalu disini..

Singgah makan malam di Jeli sebelum gerak semula ke hotel.. boleh tahan makanannya.. Ada lagi lauk lain yang Sha pesan iaitu tomyam campur, dengan pad krao pao..

Makan nasi kerabu lauk lemak bakar dulu sebelum gerak ke tempat kenduri..

Berkumpul di Homestay dulu sebelum ke dewan untuk majlis akad nikah dan bersanding..

Majlis bermula dengan upacara akad nikah..

Singgah beli colek dulu dekat sini.. Sakan jugalah bershopping disini.. kikiki..

Singgah masa dalam perjalanan balik.. 

Kami singgah makan di Gerik dan bertolak semula jam 9 malam Selamat sampai ke Behrang jam 11.30 malam..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com