Tuesday, January 13, 2026

Pocky: Durian & Ondeh Ondeh

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pocky datang dengan dua rasa baru yang unik dan begitu dekat dengan rakyat Malaysia iaitu durian dan ondeh ondeh.. 

Pocky: Durian (29g) - RM2.99
Pocky: Ondeh Ondeh (28g) - RM2.99

Kalau ada anugerah untuk snek paling berani, Pocky Durian ini memang patut menang! Dari jauh pun dah boleh bau “kehadiran” dia.. Wangi durian yang betul-betul original bukan wangi plastik tau.. Bila gigit, rasa lemak manis durian berpadu dengan batang biskut rangup tu.. Pergh!! Memang mantaplah..
Sesuai untuk si penggemar durian tegar.. Tapi kalau tak biasa, mungkin akan terkejut sikit.. Pendek kata, ini Pocky yang ada jiwa kampung namun mampu menggegarkan lidah korang..

Ada 14 batang biskut dalam 1 pek ini..
Lembut manisnya memang buat hati cair.. Bayangkan rasa kelapa parut, gula Melaka, dan sedikit aroma pandan, semuanya melekat pada batang Pocky yang rangup tu. Setiap gigitan rasa macam tengah makan kuih tradisi masa petang kat beranda rumah.. Tak terlalu manis, tak terlalu berat, sedang elok ja rasa dia.. Sesuai untuk pencinta cita rasa tempatan yang nak versi moden dari kuih kegemaran mereka..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com