Showing posts with label Coretan. Show all posts
Showing posts with label Coretan. Show all posts

Tuesday, September 16, 2025

Belanja MySara Sha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awalnya Sha macam nak beli makanan dalam tin tapi bila fikir-fikir balik, baiklah Sha beli keperluan Sha dan dua anak dara ini.. Keperluan bulanan yang memang perlu.. Bila ada 3 perempuan dalam rumah, keperluan yang ini memang kena lebihlah.. Ada MySara ini, bolehlah Sha beli lebih keperluan yang ini.. Tambahan lain tu biskut dan nestum untuk sarapan sebelum ke sekolah..

Perbelanjaan kali pertama di 99 Speedmart RM63.55.. Beli sebab harga murah sikit dari tempat lain.. Tapi tu lah, tak banyak pula stoknya bila murah.. huhuhu..

Sha singgah TF Value Mart pula lepas tu.. Sementara tak ramai orang waktu pagi ini, eloklah terus ja beli barang.. Nanti dah ramai orang, Sha juga yang stress nak menunggu.. Sha suka lagi belanja dekat TF ini sebab kalau tak cukup baki tu boleh bayar tunai ja.. Biskut tu ada 2 pek.. Semuanya RM37.96, Sha guna MySara RM36.45, baki RM1.51 tu Sha bayar guna tunai..

Monday, September 15, 2025

Isnin Yang Sibuk

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi pun sibuk juga Sha.. Kali ini berseorangan sebab encik suami bertugas luar kawasan.. Lepas hantar Imani ke sekolah agama untuk kelas tambahan, Sha terus ke 99 Speedmart Behrang Resident untuk tebus MySara.. Tak ada pula barangnya.. Makanya jomlah ke 99 Speedmart Bandar Behrang 2020 pula.. Alhamdulillah dapat walaupun tak semua.. Lepas isi minyak kereta, sabarlah Sha menunggu depan TF Value Mart untuk menebus baki MySara tu.. Pagi-pagi ini tak ramai orang.. Alhamdulillah, selesai dengan jayanya.. Kemudian Sha ke 7E Cafe mencari makanan kegemaran sebelum ke Tealive membeli air.. Tengok jam dah hampir jam 11 pagi, makanya jomlah kita ambil Imani..

Sempat menyinggah beli Tealive.. Promosi 2 untuk RM10.. Sha beli Coffee Peng dengan Sparkling Plum Juice.. Okaylah dua-dua air ini.. Sesuai dengan harga dia tu.. Hadiah untuk Imani yang rajin pergi kelas tambahan dan kelas mengaji malam..

Suka dia dapat air Tealive.. 

Ini baru balik dari bawa Imani mengaji.. Padatkan aktiviti Sha hari ini.. Tak sempat nak rehat.. kikiki..

Tebus MySara

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam encik suami tebus MySara dia beli sabun basuh baju dengan minyak rambut.. Sabar menunggu kami nak membayarnya.. Awal tu dah datang belikan ikan untuk MIL, bila tengok tak ramai encik suami ajak masuk balik.. Eh!! Sekali masa kami nak bayar dah bersusun orang beratur.. Sha memang tak lalulah nak tunggu lagi.. Tu yang encik suami ja membeli.. Beli sabun basuh baju ja.. Lepas ini adalah lebih duit belanja untuk beli barang lain pula..

1 botol sabun Breeze, 4 pek isian semula dan 2 botol minyak rambut encik suami.. Ada baki RM3.50..

Ahad Yang Padat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi semalam kononnya keluar awal nak beli ayam, sekali kedainya tutup.. Makanya balik sajalah kita.. Pukul 8.30 pagi keluar balik, nak hantar Imani kelas tambahan PSRA.. Lepas hantar Imani tu, Sha merayap pula dengan encik suami.. Bawa kuda merah ke kedai cuci kereta, kita bagi cuci bersih siap wax.. Bayar RM20.. Masuk pekan Slim nampak pasar pagi.. Jomlah singgah, boleh beli telur sepapan dan sayur sikit untuk buat tomyam hari ini.. Kemudian kami terus ke sekolah Imani, ambil dia balik.. Kelas tambahan dia 2 jam ja.. 

Pukul 11.45 pagi keluar balik, ambil MIL nak bawa pergi kenduri dekat Kg. Gajah pula.. Kami gerak balik jam 3.00 petang.. Kereta banyak tapi tak adalah sampai jam.. Lancar ja..

Menu kenduri.. Sha ambil nasi minyak, sambal sotong, ikan masin, salad, sambal belacan, tembikai dan air sirap..

Buah tangan dari keluarga pengantin..

Malamnya lepas Maghrib keluar balik, hantar Imani mengaji pula.. 8.45 malam barulah boleh rehat.. Cuti pun tak macam cuti.. Padat dengan aktiviti ja..

Saturday, September 13, 2025

Wayar Elektrik Jatuh

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam petang masa ambil Imani balik sekolah agama, boleh pula jatuh wayar elektrik depan kereta Sha.. Elok ja masuk parking, wayar jatuh.. Syukur Alhamdulillah, dilindungi Allah dari kemudaratan.. Terkejut sikitlah Sha.. Ingatkan apa bendalah.. Terus tak boleh nak balik.. huhuhu.. Kalau lalu memang kena cermin kereta Sha.. Sudahnya Sha tunggu orang sebelah balik, baru lah Sha adjust kereta untuk keluar.. Jenuh juga..

Melintang elok dia depan Sha..

Jatuhnya dari tiang tu..

Ini kalau lalu juga, memang kena cermin kereta..

Tuesday, September 9, 2025

Sticker Wonderland Chicky Meal KFC

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dapat pelekat ini lama dah.. Saja kongsi kat sini sebelum buang gambar dalam telefon.. Pelekat ini dia bagi bila beli set Chicky Meal.. Okaylah boleh jadi koleksi.. Ataupun bosan-bosan boleh main lekat-lekat.. Pelekat ini datang sekali dengan tapak untuk kita cipta wonderland kita.. Kalau dapat dekat anak-anak, habis ditampalnya merata tempat.. kikiki

Ini adalah pelekatnya..

Bahagian belakang dia, ada lanskap untuk kita susunkan gambar-gambar tadi..

Monday, August 25, 2025

Redmi Note 14 Pro+ 5G

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamulillah, satu lagi pencapaian untuk Sha.. Naik taraf telefon bimbit.. Sha dah lama letak matlamat untuk naik taraf telefon, kali ini kita beli ja.. Tak fikir dah.. Kalau fikir-fikir, memang tak belilah.. Telefon Redmi Note 11S Sha pun dah mula meragam.. Kadang tu tiba-tiba ja dia mati sendiri.. Mungkin disebabkan memori dia dah makin kecil sebab terlalu banyak aplikasi yang nak disumbat.. kikiki.. Sha pakai Redmi Note 11S ini sejak Mac 2022.. Lamalah juga bertahannya, hampir 3 tahun 5 bulan.. Selalunya Sha naik taraf telefon Sha bila telefon dah mula kurang ruang memori.. Selagi boleh pakai, memang Sha pakai ja.. Sha pula memang setia, lama dah Sha pakai Note siri dari Redmi ini.. Ino model ke 5 dari siri Note ini yang Sha dah pakai..

Sha beli terus di DirectD, Petaling jaya.. Asalnya nak beli warna hitam tapi dah tak ada stok.. Makanya kita ambillah warna ungu.. Bukan nampak pun belakang tu, sebab pakai pelindung getah warna hitam.. Sha ambil terus yang memori dia ada 512.. Besar terus.. Beli pada 24 Ogos 2025, kebetulan ada jualan murah sempena merdeka.. Bolehlah ambil yang 14 Pro+ ini..

Yang diidam-idamkan..

Yang dibeli..

𝐏𝐫𝐨𝐝𝐮𝐜𝐭 𝐇𝐢𝐠𝐡𝐥𝐢𝐠𝐡𝐭𝐬 :
5G
Dual SIM
6.67" CrystalRes AMOLED display
Refresh rate: Up to 120Hz
Brightness: 3000nits peak brightnesst
Color depth: 12bit, DCI-P3 wide color gamut
Resolution: 2712 x 1220 (1.5K resolution)
12GB + 512GB
LPDDR4X + UFS2.2
*Available storage and RAM are less than the total memory due to storage of the operating system and software pre-installed on the device.
Snapdragon® 7s Gen 3
200MP main camera + 8MP ultra-wide camera + 2MP macro camera
20MP front camera
Xiaomi HyperOS
5110mAh battery
120W HyperCharge
USB Type-C
AI Features: Circle to Search with Google, Google Gemini, AI Interpreter, AI Notes, AI Recorder, AI Subtitles, AI Film, AI image editing
Cooling System : LiquidCool technology
In-screen fingerprint sensor
AI face unlock
IP68 Water & Dust Resistance
Wi-Fi: Wi-Fi 6/6E/Wi-Fi 5/Wi-Fi 4/802.11a/b/g Supports 2.4GHz Wi-Fi | 5GHz Wi-Fi Supports 2x2 MIMO,Wi-Fi Direct
Bluetooth 5.4 , NFC 
Dual speakers, Dolby Atmos®
Sensors: Proximity sensor | Ambient light sensor | Accelerometer | Electronic compass | IR blaster|Flicker sensor | Gyroscope | X-axis linear motor

Touch 'n Go Enhanced Card

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli kad ini pada Ogos 2023 dan 24 Ogos 2025 baru berjaya pakai.. Semuanya disebabkan kad touch n go yang lama tu tertinggal dalam kuda merah Sha.. Memang tak teringat langsung nak ambil kad touch n go tu.. Semalam nak keluar ke Cheras, barulah kalut cari dan teringat yang Sha tertinggal kad tu dalam kuda merah api Sha.. Nasib baik teringatkan touch n go enhanced kad ini.. Mujurlah masih ada dan boleh digunakan lagi.. Kalau tak memang kena beli barulah.. Mudah ja nak link kan dengan telefon dan tambah duit.. Lagi jimat masa, tak payah nak cari kiosk touch n go dah.. Sha beli kad ini melalui aplikasi Touch 'n Go ja.. Kadnya kosong tak ada isi.. Bila dah sampai pada tangan barulah tambah duit.. Tapi pastikan telefon kita ada NFC ya, baru boleh link kan dan guna kad ini..

Touch 'n Go Enhanced Card - RM10.00 (Postage RM4.90)

Cantik ja kad dia..

Tuesday, August 5, 2025

Beli Motor Yamaha Lagenda 115

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sabtu Sha ke Subang Perdana sebab encik suami beli motor angah Sha.. Jadinya nak ambil motorlah.. Sebelum tu kami teman Angah selesaikan urusan pembelian motor baru beliau.. Masa nak gerak tu tiba-tiba tayar motor lama Angah pecah pula.. Mujurlah kejadiannya dekat dengan kedai motor.. Kena RM60 jugalah.. Lepas tu terus gerak balik.. Sha dan encik suami singgah makan dekat Petronas NKVE.. Lepas tu terus gerak ke R&R Rawang.. Sha singgah beli roti dekat Harold's dan encik suami isi minyak motor.. Roti tu buah tangan untuk anak-anak.. Singgah dekat exit tol Sungai Buaya untuk solat lepas tu terus gerak balik..

Angah Sha beli motor Yamaha EZ115

Sha escort Encik suami bermula dari Sungai Buaya.. Sebelum tu memang gerak asing sebab macam susah ja nak escort beliau.. Bermula Sungai Buaya ini memang Sha bawa 80/90 ja..

Sunday, August 3, 2025

Potongan Rambut Tak Jadi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lain yang kita minta, lain pula kejadiannya.. Makin teruk pula perkhidmatan gunting rambut kat sini.. Selalu tu, okay ja.. Kemas.. Kali ini rosak terus tak seperti yang diharapkan.. Sha memang jaranglah gunting rambut.. Selalu tu encik suami tolong potongkan sikit ja.. Kali ini macam nak potong elok sikitlah.. Terus pendek jadinya.. Geram pula hati kita.. Lepas tu sebok suruh kita cuci rambut.. Kitanya nak potong rambut ja, dah memang budgetnya untuk potong rambut.. Perkhidmatan yang dibayar bukan murah tau.. Potonglah ikut kehendak pelanggan bukan ikut suka hati.. Memang tak lah nak datang sini lagi.. 

Sha sia tunjukkan gambar potongan rambut yang Sha mahu dari depan dan juga belakang.. Bukan main cakap mulut ja.. Memang lari jauhlah dengan gambar yang ditunjukkan tu..

Mahal bayarannya untuk potongan yang tak menepati kehendak pelnaggan..

Thursday, July 31, 2025

Bertemu dan Berpisah Jua

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bermula 1 Ogos 2025, Sha akan dapat rakan sekerja baru, sebenarnya tak adalah baru tapi barulah untuk tempat kerja sekarang ini.. Rakan sekerja Sha yang sekarang ini dapat bertukar ke Ipoh.. Tak perlulah beliau berulang dari Gopeng ke Slim River lagi dah lepas ini.. Rakan sekerja Sha ini sempat berkerja dengan Sha hanya untuk tempoh 1 tahun 8 bulan sahaja.. Bermula 1 Ogos 2025, Sha akan berkerja kembali dengan rakan sekerja yang sama-sama lapor diri dengan Sha di PSAS.. Beliau asalnya kena ke Ipoh tapi kemudiannya bertukar tempat dengan rakan sekerja Sha yang lelaki ini.. Setiap yang berlaku tu, ada hikmahnya.. Alhamdulillah..

Sha baru sahaja berkerja di Slim River ini 3 tahun 5 bulan dan sudah bertukar rakan sekerja sebanyak 3 kali.. Mula-mula perempuan, lepas tu lelaki dan yang terbaru ini perempuan.. Tempat kecil tapi rakan sekerjanya bertukar-tukar.. Rasanya ini yang terakhirlah kot.. Mereka yang menjawat jawatan yang sama dengan Sha ini baru saja melalui pertukaran secara besar-besaran dalam negei Perak dan semua yang dah lama di satu-satu tempat telah selamat ditukarkan.. Kalau ada pun yang tercicir mungkin yang dah nak bersara.. Sha terselamat sebab memilih bertukar keluar dari PSAS lebih awal.. Kalau tak Sha pun salah seorangnya..

Sedikit buah tangan dari Sha kepada beliau..

Menu jamuan minum petang.. Secawan nescafe, bihun goreng, rojak buah, sepotong kek dan kuih koci..

Ada 2 keknya.. Satu dari kami dan satu lagi dari beliau sendiri..

Wednesday, July 30, 2025

Jamuan Persaraan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini ada Sha kongsikan Jamuan Perpisahan dan Persaraan kan.. Kali ini tuan badan yang nak bersara pula yang menjamu kami.. Kecil tapak tangan, perut yang kosong kita tadahkan.. kikiki.. Maaflah ya, abaikan ja Sha merepek.. kikiki.. Majlis dimulakan dengan bacaan yassin, kemudian barulah ucapan dari yang bersara dan doa makan.. Meriah majlisnya.. 

Alhamdulillah semoga beliau dikurniakan kesihatan yang baik dan melalui hari bersara dengan gembira.. Aamiin..

Menu yang Sha ambil kuih karipap, keria, kek pisang, jagung, buah epal asam boi dan nasi berlauk.. Nasi berlauk tu Sha ambil masak lemak labu dengan pucuk ubi, timun dengan sambal tempoyak dan ikan masin goreng rangup..

Ada 2 jenis air.. Air sirap limau dan nescafe panas..

Ini pula buah tangan dari yang bersara kepada tetamu..

Suka betul Sha tengok kreativiti pasukan yang sediakan hiasan ini.. Ada saja idea mereka menghias.. Kalau Sha, memang blanklah..

Monday, July 28, 2025

Nestle Blind Box #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha pun tak sangka rezeki Sha dapat Plush yang Sha tak ada setiap kali pembelian.. Memang tak ada dapat double atau tersama pun.. Empat kali Sha beli, memang dapat plush yang berbeza dan yang Sha idam-idamkan.. Bermula dengan Coby, Gary, Mello dan akhir sekali Lina.. Betul-betul rezeki.. kikiki.. Sha pakai Coby ja setakat ini.. Bila geram memang Sha genggam-genggam dia dekat tangan.. Terutama sekali bila memandu.. Pada Sha Lina tu je yang comel, yang lain-lain tu memang puas hatilah bila genggam.. Penuh dalam genggaman..

Sha beli pada 18/07/2025 & 27/07/2025..

Gary dan Mellow..

Ini dapat pagi ini.. Kikiki.. Memang tak sangkalah, setiap pembelian Sha tu berjaya dapat apa yang Sha idamkan.. Lina ini comel betul sampai dalam box tu dia terpaksa letak extra kertas untuk elakkan orang goncang dan tau isi dalam kotak..

Kate ja tak ada lagi.. Tengoklah kalau ada rezeki dapat, Sha update sebab dekat tempat Sha dah tak ada dah Blind Box ini.. 

Friday, July 25, 2025

Jamuan Perpisahan dan Persaraan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi ada jamuan makan lagi.. Kikiki.. Kali ini ada pegawai yang bertukar dan ada yang bersara.. 2 jamuan dijalankan serentak.. Kebetulan jamuannya buat depan Perpustakaan.. Mudahlah untuk Sha sertai sambil awasi perpustakaan.. Musim orang bertukar sekarang ini.. Kita raikan saja.. Adalah hikmah diatas setiap pertukaran itu.. 

Meja makanan..
Ada nasi putih lauk masak lemak nanas+ikan masin, ulam-ulaman+sambal belacan.
Kuih tepung gomak, cheese tart, takoyaki, cream puff, puding coaktail, puding coklat, puding jagung, roti jala+kuah kari, panipuri dan laksa.. Minuman pula sirap selasih dan barli panas..

Menu hari ini nasi, masak lemak nanas dengan ikan masin, ulam-ulaman bersama sambal belacan dan air sirap selasih..

Laksa, cheese tart, cream puff dan kuih tepung gomak..

Kuning tu puding jagung dan puding coklat..

Wednesday, July 23, 2025

Kehadiran Penuh Fasa Pertama 2025

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Amani bawa balik kupon koperasi ini tunjuk dekat Sha.. Katanya kupon ini dia dapat sebab tak pernah lagi tak hadir ke sekolah sepanjang sesi sekolah untuk fasa pertama (Februari-Julai) tahun 2025 ini.. Minggu lepas lagi dia bagi tahu yang hari Selasa (22.07.2025) nama dia akan dipanggil semasa perhimpunan.. Memang Amani jaga baik kehadiran dia ke sekolah.. Tahun lepas tak boleh penuh sebab ada temujanji hospital.. Tahun ini Alhamdulillah dah tak ada temujanji yang perlu dihadiri.. Semoga Amani diberi kesihatan yang baik dan otak yang cerdas.. Aamiin..

Amani dapat 2 keping kupon koperasi RM2 ini.. 

Malang Tak Berbau

Assalamualaikum..
Hye semua..

Betullah malang tu tak berbau.. Memang betul-betul tak diduga, bila diuji dengan kesakitan.. Semalam nasib Sha kurang baik.. Boleh pula tergelincir dan jatuh di bahu jalan masa nak ke pasar malam.. Sha baru turun kereta, jalan belum jauh lagi dah jatuh terduduk.. Memang tak jadilah nak ke pasar malam, terus balik.. Mula tu Sha ingat luka dekat lutut je, bila selak tengok terkoyaklah kulit sampai nampak isi putih.. Tersagat dekat batu.. Mujur seluar tak koyak tapi tak melindung pun sebab kainnya nipis kan.. Sha terpeleot, tergelincir dan jatuh, jenuh tahan sakit sambil memandu pulang.. Sha ingatkan tak adalah luka di kaki sebab pakai kasut sukan dan stokin yang agak tebal jugalah, tapi balik tu tengok ada juga luka di buku lali kaki kiri.. Patutlah sakit semasa nak tekan clutch kereta..  Masa memandu tu juga baru perasan di jari kanan ada luka tertoreh, agak dalam dan di tangan kiri ada kulit terkoyak.. Jenuhlah menahan pedih kaki dan tangan semasa mandi.. Malamnya memang berdenyut-denyut lah luka-luka tu semua.. Sha telan 2 biji panadol untuk kurangkan sakit..

Nak tidur tu, boleh pula ibu jari kaki tertendang bucu pintu.. Adoilah, encik suami dah geleng kepala ja tengok Sha.. Belum kurang sakit akibat jatuh, udah bertambah sakit lagi.. Semoga ada hikmah yang baik-baik sahaja lepas ini.. Aamiin..

Jari tengah tangan kanan ada luka yang dalam.. Tertusuk batu rasanya..

Ini pula jari tengah tangan kiri.. Terkoyak bahagian sendi..

Friday, July 18, 2025

Buah Tangan dari Mekah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam petang rakan sepejabat menghantar buah tangan kiriman dari CC yang dah bersara.. CC ini baru balik dari Mekah.. Comel sangat buah tangannya.. Semua orang dapat hadiah yang sama.. Sha memang sukalah buah tangan comel ini.. Tamabhan pula baru aja tengok perkongsian video mengenai patung ini di media sosial.. Bila dapat di tangan, teruja betul rasa hati.. Sha doakan semoga CC diberikan kesihatan yang baik dan dilapangkan rezeki.. Aamiin..

Aduh!! Tertonggeng pula dia..

Mungkin gantungan besi tu membuatkan si comel ini tertumus begitu.. kikiki..

Akhirnya Coby dah mendapat teman.. Nak namakan si comel ini apa ye?

Monday, July 14, 2025

Blind Box Nestle

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha singgah Kedai Mesra Petronas beli stok aiskrim, eh dapat blind box.. Rupanya pembelian RM20 ke atas akan dapat 1 blind box ini.. Kalau tengok design yang ada pada kotak, semuanya menarik.. Isi dalam blind box ini rantai kunci dengan patung comel yang oleh digantung pada bag.. Sha tak pasti lah event ini dekat Kedai Mesra Petronas sahaja atau tempat lain pun ada.. Ini pun sebab menyinggah beli stok aiskrim, tu yang dapat sekotak..

Beli aiskrim untuk stok kudap-kudap.. Dapat 1 kotak blind box dari Nestle..

Sha dapat 'Plush' bentuk air tin Nescafe bernama Coby.. Besar juga saiz dia..

Ada 5 bentuk Nestle 'Plush'.. 

Monday, July 7, 2025

Rezeki Durian Lagi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sabtu malam, encik suami bawa balik 3 biji durian.. Alhamdulillah, rezeki lagi.. Baru berkira-kira nak beli sebiji, dua.. Durian kali ini mak saudara encik suami yang bagi.. Merasalah makan durian lagi, tanpa membeli.. Anak-anak jamah juga tapi seulas dua ja.. Selebihnya memang Shalah yang makan.. 2 minggu ini meriahlah rumah dengan bau durian.. Nak makan sekaligus memang tak bolehlah.. Jadinya buka dan isi dalam bekas, senang nak makan..

Memang musim durianlah kan sekarang.. Sepanjang jalan nak ke pejabat, balik rumah meriah orang berjual.. Harga paling murah dekat tempat Sha ini RM7 sekilo.. Selebihnya memang RM10, RM12, RM15 sekilo.. Mahal dari tu pun ada.. Kalau ada harga memang syoklah, yang tak syoknya bila pamer durian tapi tak bubuh harga.. Biasanya kalau tak ada harga ini, tengok ja lah..

3 biji durian.. Besar-besar juga buahnya..

Sebekas isi durian.. Ini baru kopek sebiji ja.. Memang besarlah, isinya warna putih, manis dan tebal.. Puas makan.. 

Ini pula sebekas lagi dari dua biji durian.. Kali ini isinya tak banyak tapi besar-besar.. Satu isinya putih dan yang satu lagi kuning.. Rasa yang kuning tu lagi berlemak dari yang putih.. 

Wednesday, July 2, 2025

Rezeki Sebekas Durian

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Amani bawa balik sebekas durian.. Katanya mak pengasuh bagi untuk Sha.. Selalu Sha beli dekat suami akak ini tapi tahun ini buah tak banyak tu yang suami akak ini tak buka order.. Jadinya dapatlah sebekas durian.. Alhamdulillah.. Rezeki.. Dekat rumah ini, Sha seorang ja yang beria makan.. Anak-anak ini makan tapi tak adalah beria.. Semalam offer tak ada pun yang nak.. Encik suami pula memang tak makan sejak durian di jual timbang kilo..

Sebekas durian yang mengancam
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com