Showing posts with label Koleksi. Show all posts
Showing posts with label Koleksi. Show all posts

Thursday, March 6, 2025

Buku Baru untuk Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini antara hadia Sha untuk Imani.. Sha minat Yaya Okita ini dah lama.. Sebelum ini ada komik beliau yang Sha tak berpeluang nak beli.. Kali ini ada rezeki lebih, Sha belikan untuk Imani sempena ulang tahun dia.. Sebelum bagi dekat Imani, mak balut dulu.. kikiki.. Sha beli dengan tawaran harga dan penghantaran percuma.. Pada Sha okaylah sebab bukunya berwarna warni memang sukalah anak Sha bila dapat..

Balutan yang cantik dan kemas..

Sha beli kombo yang dalam sampul biru tu dan buku The Inspirizer tu Sha tambah sebab ada potongan harga..

Inilah kombo yang Sha belikan tu..
Diari Yaya Okita dan Sahabat Syurga..

Monday, December 9, 2024

Aktivitu Hujung Minggu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sambungan entry Rezeki Orang Berpindah.. Ini adalah buku-buku yang Sha ambil untuk bacaan anak-anak Sha.. Sebelum baca kita balut dulu.. Banyak senarai yang menarik ye kawan-kawan..

Jenuh nak balut.. kikiki..

Koleksi Ramlee Awang Murshid
Magis
Sunan Musafir
Sunan
Fiksyen 302
Raudhah
Aku Bercerita
Legasi Tombiruo
Mikhail
Imaginasi
Ungu Karmila
Mitos
Rayyan Fantasi
Banja Manggala
Haura
Anding Ayangan
Anding Ayangan II
Kasyaf Ain
Saifudin Jalis: Musafir Cinta Meraga Sukma

Buku Saifudin Jalis dan Haura ini masih berbalut, siap ada hadiah lagi.. Ada fridge magnet, penanda buku dan button batch..

Buku dalam gambar ini tak semua Sha ambil.. Kisah Laki Bini dengan Kisah Anak Bini tu Sha bawa ke Perpustakaan tempat kerja Sha.. Selebihnya macam senarai dibawah ini, Sha ambil dan balut..
Ahmad Ammar
Diari Diet Lola
Panggil Saya Bedah
Namaku Bedah
Dalam Bilik Darjah

Ini pula buku-buku berkaitan puzzle dan word search.. Anak-anak Sha ambil ini..

Koleksi Jangan Baca Novel ini, Forever Lat dan Medan Selera Odyssey..

Buku-buku ini Sha leta di Perpustakaan tempat kerja Sha.. Tak sesuai anak-anak Sha baca..

Ini pula buku selebihnya, Sha bawa ke Perpustakaan tempat kerja Sha.. Bertambahlah koleksi Perpustakaan..

Rezeki Orang Berpindah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tengah ralit buat kerja, encik suami hantar gambar seketul rak buku berisi buku-buku pada (04.12.2024).. Tanya Sha nak tak.. Mestilah Sha jawab nak.. Kawan pejabat dia pindah keluar dari kuarters, jadinya banyak barang yang dia tak nak bawa pergi rumah baru.. Antaranya rak berisi buku ini dan mesin jahit.. Encik suami tahu Sha dan anak-anak minat membaca tu yang dia ambil gambar tunjuk dekat Sha.. Sebenarnya banyak lagi barang yang rakan pejabat dia bagi dekat kawan-kawan lain.. Selebihnya dia buang.. 

Gambar rak berisi buku yang encik suami hantar dekat Sha.. Sha ingatkan sikit ja, rupanya banyak.. Paling mengujakan ada koleksi Ramlee Awang Murshid.. Turut diberinya rak tu sekali.. Owh ya, buku bahagian bawah tu ada dua lapis rupanya.. Bahagian belakang ada lagi buku..

Ini pun dapat juga.. Encik suami bagi dekat Imani.. Imani minat jahit-jahit ini jadinya encik suami bagi dekat dia..

Tuesday, June 11, 2024

Koleksi Terbaru Maria Kajiwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Penulis kesayangan Sha keluarkan buku baru sempena PBAKL 2024.. Satu novel penuh dan satu novel kompilasi.. Kedua-duanya bertemakan seram.. Tema kesukaan Sha.. Banyak juga cenderahati yang diberikan penulis.. Ada penanda buku, kad checklist senarai novel beliau, kad terima kasih, penanda magnetik, fridge magnet serta coklat..

Pengabdi Telaga Ungkar oleh Maria Kajiwa

Sebelum baca, kita balut dulu..

Ini yang paling mahal, tandatangan penulis dan ucapan pada buku..

Buku yang ini pun ada..

Friday, June 7, 2024

Koleksi Buku Baru

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku-buku ini Sha tak beli pun.. Diberi orang semuanya.. Kebetulan seminggu sebelum cuti sekolah abang Sha turun ziarah, Abanglah belanja anak-anak buku yang dalam gambar pertama tu.. Sha pun menyelit juga.. kikiki.. Gambar yang kedua tu pula dari sepupu Sha.. Kelmarin baru berkesempatan nak membalutnya.. Lama tak balut buku banyak-banyak macam ini.. Sha guna plastik pembalut warna oren dan hitam.. Bila dah balut ini, barulah syok nak membaca..

Lari-Lari GEMPAK! oleh King Kong
XOXO oleh Axie Oh
Seni Dalam Memberi oleh SisYoujae
Maboroshi oleh Mari Okada
Koleksi Terulung Keladi oleh Keladi

Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi oleh Musa Nuwayri
Terima Kasih Si Babi Hutan oleh Ismail Ariffin @ Lepat
Saring Sebelum Mereng oleh Mat Rodi
Dendam Anak Jagoan oleh Aisa Linglung, Nami Cob Nobbler
Bolot oleh Asmar Shah
KL Noir: Blue by Eeleen Lee(Editor), Mama Vies, Chua Kok Yee
KL Noir: White by Amir Hafizi(editor), Nadia Khan, Foong Li Mei

Jomlah membalut..

Monday, January 22, 2024

Koleksi Terbaru Penulis Maria Kajiwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli Tiga Jumaat oleh Maria Kajiwa sebab buku ini hanya dicetak sebanyak 200 naskah sahaja dan penulis jual 190 naskah.. Sha pemilik ke 23.. Alang-alang beli melalui Shopee, Sha beli sekali buku penulis yang sebelum ini bertajuk Luk Thep.. Penulis memang galakkan pembelian melalui Shopee.. Walaupun melalui Shopee, tetap ada tandatangan dan cenderahati dari penulis..

Luk Thep & Tiga Jumaat

Ada penanda buku, button badge, kad terima kasih dan sticker ngeri.. Owh ya, ada juga tandatangan beliau..

Pemilik ke 23..

Buku ini pun ada tandatangan dan sedikit kata-kata dari penulis beserta penanda buku..

Monday, January 1, 2024

Koleksi Sepanjang 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha kongsikan pembelian ebook, novel dan buku sepanjang 2023.. Hadiah juga ada Sha senaraikan.. Mana-mana tajuk yang ada link pautan tu bermakna Sha dah baca.. Bertambah dan dibaca.. Kiranya ada pergerakanlah kan.. kikiki..

ebook
5. The Undead oleh Del Osmera
11. Gadis Futuristik oleh Sharina Elisa
12. Jurugambar Hantu oleh Ilya Abdullah
13. Al-Ummu oleh Del Osmera
14. Ketukan Kum Kum oleh Ninie Othman
15. Pelesit oleh Ninie Othman
16. Dilangkah Hantu Galah oleh Ninie Othman
17. Sumpahan Hantu Bukit oleh Ninie Othman
18. Kum-kum oleh Ilya Abdullah
19. Teman Pengganti oleh Ilya Abdullah
22. Hikayat Elementalis Purba - Pewaris Phoenix oleh Novelis Dylas
23. Jelik oleh Ismi Fa Ismail
25. FANTASTIK oleh Hasrul Rizwan
26. Akan Ada Akhirnya oleh Ogy Yusof


Novel

Saturday, January 7, 2023

Koleksi Pertama Tahun 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kerana entry bertajuk Novel Preloved dari Blog Ika Shoid ini lah, Sha telah teracun untuk membeli.. kikiki.. Kalau da rezeki memang tak kemanalah kan.. Sha memang nak sangat-sangat buku bertajuk Terhempasnya Pesawat MH747 oleh Helmi Effendy.. Jadinya bila Sha nampak tajuk tu dalam gambar yang Ika bubuh di entry Novel Preloved, terus Sha DM beliau di IG.. hehehe.. Semangatlah sebab kebetulan baru dapat duit hadiah dari rakan blogger, tambah sikit duit Sha berjaya juga Sha miliki buku idaman Sha ini.. hehehe.. Tapi cam tak berbaloi je beli satu kan.. Hahaha.. Nafsu tu.. Nafsu.. Demi menjadikan kos pos berbaloi, Sha tambah lagi dua buah buku.. Kalau ikut hati, banyak lagi nak dibeli tapi poket tak mengizinkan.. hehehe..

Selamat da bungkusannya sampai pada 06.01.2023..

Berbalut cantik..

Terima kasih Ika.. siap bagi cenderahati lagi..

Tuesday, November 22, 2022

Koleksi Buku Pre Loved

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menambah koleksi buku.. Sha beli melalui IG ikashoid.. Kebetulan ternampak Ika share dekat IG Stories dan memang ada duit lebih.. Makanya membelilah kita.. hehehe.. Baru susut 3 buku, dah menambah balik 3 buku.. Sabar jelah Sha ini.. Tapikan bila dah minat, beli dulu.. Bacanya InsyaAllah akan menyusul.. kikiki..

Tuesday, November 8, 2022

Novel Baru dari Novelis Maria Kajiwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel terbaru dari Novelis kesukaan Sha iaitu Maria Kajiwa.. Novel ini merupakan kerjasama penulis dengan seorang lagi penulis.. Novel ini juga merupakan sambungan kepada cerita pendek penulis yang bertajuk Gumantong dalam Novel Anak Patung Nana.. Tak sabar nak balut dan baca.. Kelebihan bila beli dengan penulis, pembaca akan dapat cenderahati dan juga tandatangan penulis..

Cantik berbalut dengan bublewrap..

Isi dalam.. Sebuah novel Khumanthong, beg syiling dan kalender 2023..

Tandatangan penulis..

Tuesday, November 1, 2022

Projek Seram Kembali Lagi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Projek Seram keluaran Buku Prima kembali lagi dengan tema Flat dan Telaga.. Lama Buku Prima menyepi tanpa buku bertema sebegini.. Sha memang peminat setia siri Projek Seram ini.. Sha buat koleksi kesemuanya kecuali Projek Seram Gunung, Projek Seram Guard dan Projek Seram Bas je Sha beli ebook di Google Play Book, yang lain Sha beli buku fizikal.. 

Sha jatuh cinta dengan siri ini sejak membaca Projek Seram Hotel.. Sha rasakan buku yang mempunyai 3@4 orang penulis dalam satu buku dengan tema tertentu berjaya memberikan Sha pelbagai perasaan ketika membaca.. Setiap penulis membawakan gaya yang tersendiri dan mampu memikat pembaca.. Kalau korang berminat, boleh dapatkan di 

Atau boleh pergi terus ke Gudang/Pejabat Karangkraf Mall di Seksyen 15, Shah Alam..

Buku dah selamat sampai semalam (31.10.2022)
Tak sabar nak baca..

Malamnya kita balut dulu buku.. Baru syok nak baca..

Friday, August 5, 2022

Pra Tempah Janji Julia 1 & 2

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Hari ini Sha terima buku Janji Julia 1&2 oleh Maria Kajiwa.. Kalau ikutkan, Sha dah ada buku Janji Julia.. Kali ini Ka Maria keluarkan tetus sambungan dia dan cover cantik tu yang beli juga buku 1.. hehehe.. Koleksi.. 

Cantik kotak dia..

Dibungkus lawa..

Isi dalam dia..
Buku Janji Julia 1 & 2 (bahagian dalam kedua-dua buku ada ucapan dan tandatangan penulis)
Penanda buku Janji Julia 1 & 2
Poskad Janji Julia
Bendera Malaysia
Beg make up comel
Face mask corak askar..

Friday, March 25, 2022

Pra Tempah Novel Terbitan Prolog Media

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha buat pra tempah ini melalui shopee sebab ada penghantaran percuma dan coin cashback.. Memang berbaloi-baloilah.. Link diberikan oleh penulis melalui FB Prolog Media.. Lagipun Sha memang suka jadikan buku terbitan Prolog Media ini sebagai koleksi kerana jalan cerita dia yang unik dan cover dia yang super cantik.. Nanti kita review ye.. Sebelum tu jom jamu mata dengan cover kedua-dua buku ini..

Sha pra tempah pada 15 Mac dan buku selamat sampai pada 22 Mac..

Cover yang sangat menawan dan mempesonakan..

Istimewa dari penulis Anna Lee..

Thursday, March 17, 2022

Tambah Koleksi Buku

Assalamualaikum..
Hye semua..

Maria Kajiwa antara penulis yang sring Sha tunggu bukunya.. Tahun ini Kak Maria keluarkan buku dengan tajuk Sakti Bunian.. Sha dah terima buku ini pada hari Selasa namun semalam baru berkesempatan nak kutip di pejabat parcel.. Cover dia memang cunlah.. Terpesona melihatnya.. Jalan cerita dia nanti Sha review ye.. Bersama dengan buku ini Sha dapat mask extender dan penanda buku.. 

Cover dia memang cunlah..
Sakti Bunian oleh Maria Kajiwa

Tandatangan penulis dan sedikit nota yang memang kena sangat dengan situasi Sha sekarang..

Sunday, February 13, 2022

Hadiah Buku Dari Rakan Penulis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Khamis (10/02/2022) baru ini Sha terima bungkusan bahagia.. Bila pegang memang tahu dah isinya buku.. Bila buka rasa macam nak lompat bintang.. Kalau nak tahu, 2 buah buku yang Sha terima ini adalah terbitan baru dari Tebook Press untuk bulan Januari 2022.. Satu lagi adalah compliment extra dari penulis.. Memang bahagia sangat sebab Sha peminat buku kan.. Keterujaan yang tak dapat nak digambarkan.. hehehe..

Bungkusan bahagia..

1. Jane and The Black Kebaya 1 oleh Jeehan
2. Darah Dari Eunisia oleh J. Adams ( ini complimentary extra)
3. Peluru Patriot oleh Khairul Nizam Anarkis

Thursday, March 11, 2021

Pra Tempah Novel Kenzi X Embun oleh Anna Lee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha hadiahkan diri sendiri buku terbaru dari penulis Anna Lee.. Setakat ini belum miss lagilah buku Prolog Media.. Buku terbaru ini dah lama diwar-warkan di group FB oleh penulis.. Memang dinanti-nantikan.. Bila penulis tunjuk cover dia terus jatuh cinta.. Cantik kot warna dia.. Kebetulan ada lebih duit, Sha terus pra tempah melalui Shopee.. Sha buat bayaran pada 28 Feb 2021 dan buku selamat sampai ke tangan pada 10.03.2021.. Tak adalah lama menunggukan.. 

Kotak hadiah yang mendebarkan jiwa..

Isi dalam kotak.. Buku yang berbalut cantik, pen, candy, penanda buku dan beg kecil..

Cantikkan lcover dia.. Ada nota ringkas dan tandatangan penulis di bahagian dalam..

Friday, September 4, 2020

Koleksi ebook di Library Google Play Book

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bau buku tetap harum dicium.. Lepak di Perpustakaan dan kedai buku tetap menjadi kesukaan.. Namun masa dah berubah, dengan pendemiknya.. Maka Sha pun mengikut arus perubahan.. Kalau ikutkan masa dulu Sha memang minat sangat baca novel Inggeris.. Memang bestlah layan sebab ada thriller, crime, supernatural dan lebih menarik penceritaannya.. Namun beberapa tahun kebelakangan ini Sha jarang sangat baca novel Inggeris lebih kepada buku kanak-kanak dan komik Inggeris je.. Tapikan lepas Sha ditemukan dengan Google Play Book melalui ebok Sihir oleh Ismi Fa Ismail, Sha rasa lebih seronok nak baca ebook Inggeris di sini.. Makanya misi memenuhkan library Google Play Book dengan buku berbahasa Inggeris pun bermula..

Kebanyakkan buku bahasa Inggeris ini Sha dapat dari abang Sha yang juga minat membaca tapi beliau lebih kepada audio book.. Memang seronoklah tengok koleksi ebook dia.. Rambang mata dibuatnya.. Rasa macam nak semua.. hahaha.. Kelebihan Simpan buku digital di Google Play ini ialah dia ada je kat situ bila kita nak.. Cuma nak baca kena muat turun lah dan ini perlukan internet.. Lepas muat turun, tak ada internet pun takpe.. Boleh akses untuk dibaca.. Ini antara alternatif kalau berjalan Sha tak payah bawa buku.. hehehe.. Kadang bukan apa, terlupa.. hahaha.. 

Ini antara koleksi novel bahasa Inggeris yang Sha ada.. Masih mencari beberapa author lagi.. Novel Melayu pun ada.. 
Laurell K. Hamilton tu pernah jadi author kegemaran Sha.. Buku-buku beliau Sha tak pernah miss baca.. Hehehe.. Baca dekat kedai buku Borders di The Curve.. Tempat lepak wajib satu masa dahulu.. hehehe.. 

Wednesday, June 17, 2020

Program Pertukaran Buku #2

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Semua buku dari aktiviti pertukaran buku dah selamat Sha terima.. Ada yang bagi extra.. Ada yang bagi buku baru.. Ada yang bukunya dah rosak.. Takpelah.. Pengalaman kan.. Kalau ada rakan-rakan blog yang ingin bertukar buku dengan Sha boleh tengok entry SINI.. Ada Sha poskan gambar buku-buku yang ingin ditukar..

Buku ini Sha pilih sebab tajuknya..

Sha tukar buku bertajuk Ayah tapi kawan ini bagi extra buku iaitu Dajal Dalam Diri..

Alhamdulillah buku baru dari blogger Azian Khalil..

Sedih.. hurm..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com