Shoplinks.Asia

Thursday, May 26, 2016

Anak Patung Nana oleh Suzani Nadzir, Maria Kajiwa, Eqbal Mohaydeen dan Sufi Abqari

Assalamualaikum..
Novel Komplikasi yang ohsem..
Anak Patung Nana oleh Suzani Nadzir
"Seru nama saya dan saya akan datang."
Cerita yang pertama ini memang mampu membuatkan Sha teringat kawan imaginasi Sha.. Zaman kanak-kanak yang memang best.. Cerita mengenai anak patung yang telah dimanterakan.. Mengundang malapetaka pada yang tak berdosa.. Kecacatan manusia lain menjadi senda gurau yang keterlaluan hingga menyebabkan sakit pada jiwa..
Gumanthong oleh Maria Kajiwa
"Bumi, langit, air dan api tidak menerimanya!"
Realiti ilmu hitam di Negara jiran.. Kerana dendam, anak yang tidak berdosa menjadi mangsa.. Menyebabkan kematian yang tidak terhingga.. Tiada siapa yang mampu mendekat, sekali dia melekat habis semua keturunan dibunuhnya.. Ngeri, sadis dan menyedihkan..
Ngeri oleh Eqbal Mohaydeen
"Apa yang kau percaya tidak semestinya betul."
Memang ngeri.. Betul2 sadis apa yang terjadi.. Pengakhiran yang tidak tersisa berlaku pada Fahrin.. Garapan cerita yang menarik sangat..
Sorok-sorok oleh Sufi Abqari
"Bila salah berjanji, mata jadi galang ganti."
Remmy, nama yang memang mengundang perasaan menyampah yang sangat dasyat.. Serious.. Sufi berjaya menghidupkan watak Remmy.. Remmy yang sangat berlagak dan takbur.. Akhirnya mengalah.. Cerita yang sangat menggeramkan dan bergerak dengan pantas tanpa tersekat-sekat.. Akhirnya, dalang yang tidak disangka muncul.. Memang mengejutkan..
Memang best...

 Baca pada 18.05.2016
Selesai pada 20.05.2016

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI