Thursday, June 24, 2021

ebook | Dara Untuk Dia oleh Cik Bawang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel yang sempoi dan ringan.. Bacaan santai untuk menaikkan kembali mood membaca.. hehehe.. Sha baca guna aplikasi PNM e-Reader ini.. Kisah seorang Dara Dahlia yang dilukai lelaki.. Dara tak sangka lelaki yang disayangi rupanya suami orang.. Sudah beristeri namun masih mengejar Dara hinggakan bila Dara diserang isterinya pun lelaki tu tetap mengejar.. Kemunculan Farel menyelamatkan Dara.. Namun selepas kahwin, bonda Farel pula menjadi masalah.. Tapi penamatnya sweet je sebab novel pendek kan..

Paling memikat Sha untuk membaca adalah cover novel ini.. Sangat cantik dan sweet..

Sha baca dan selesai pada 23.06.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published July 2020 by Cik Bawang

Makanan | Hershey's Strawberry 'N' Cream

Assalamualaikum..
Hye semua..

Coklat putih dengan kepingan strawberry.. Sedap.. Sha tak berapa gemar coklat putih sebab manis tapi yang ini tak manis sangat.. Terasa kepingan strawberry tu dalam setiap gigitan.. hehehe.. Tak sempat nak ambil gambar coklatnya, dah selamat masuk ke perut.. hehehe.. Memang berbaloilah beli pada Sha.. 

RM4.99 - Sha beli di Shopee..

ebook | Fatimah Fatty oleh E-Man Dhani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku menarik mengenai hubungan kekeluargaan dan juga persahabatan.. Seawal novel bermula dengan kisah perkenalan dan perkahwinan ayah ibu kepada Fatimah.. Kemudian barulah diteruskan dengan kisah Fatimah yang obes disebabkan kasih sayang ayahnya selepas ibunya dikhabarkan meninggal dunia di Paris..Ayah Fatimah memanjakan beliau dengan makanan yang sedap-sedap tanpa sekatan sehinggakan Fatimah menjadi Obes.. Dari sekolah hinggalah masuk ke alam perkerjaan.. Bukan mudah untuk Fatimah mendapatkan pekerjaan bila kebanyakkan syarikat memandang rendah dengan fizikal Fatimah hinggalah pensyarah universitinya membantu.. Fatimah berkerja sebagai jurugambar disebuah majalah fesyen dan Fatimah berjaya membuktikan bahawa fizikalnya tidak menghalang beliau untuk memberikan hasil yang bombastik dalam pekerjaan..

Menariknya novel ini turut menerangkan mengenai cara diet dan senam yang betul dalam menjaga pemakanan dan kesihatan diri.. Bukan sahaja orang yang obes perlu menjaga diri tetapi orang yang kurus juga..

Sha baca pada 22.06.2021 dan selesai pada 23.06.2021..

Sha baca secara percuma di Google Play Books..
Published 2011 by PTS One

Wednesday, June 23, 2021

Cerita Hari Ini

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hari ini bebas dah dari PKPD.. Seawal pagi Sha dah keluar cari roti canai.. Hehehe.. Lama tak makan roti canai kan.. Puas hatilah.. Lepas tu teman encik suami ke balai polis untuk dapatkan kebenaran rentas daerah.. Dah dekat 3 minggu tak balik jenguk MIL.. Nak bersihkan rumah dan juga top up barang dapur.. Encik suami balik sorang je..

Sha pula di rumah, pantau PdPR anak-anak dan juga mendengar taklimat Program Technology Talk & Update: Transformation & Opportunities In The New Normal yang dianjurkan Perpustakaan Negara Malaysia secara atas talian di https://youtu.be/Fhs6DPt3MYg..

Sebelah petangnya pula Sha sertai Sembang Santai "Apa Itu U-Pustaka" di FB LIVE Pusat Internet Komuniti Kg Chabau.. Seronok juga walaupun ada beberapa info tu memang Sha dah tahu.. Refresh ilmu namanya ini.. hehehe..

Petangnya Sha keluar belikan Amani KFC kegemarannya.. Meraikan hari jadi yang dah berlalu.. Cari aiskrim juga buat kudap-kudap sambil membaca dan menonton drama/filem.. hehehe..

Makanan | Prego Mushroom Carbonara Mac

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masak dalam masa 3 minit, kalau ikut bungkusan dekat plastik tu.. Hehehe.. Tak juga sebenarnya tapi okaylah.. Penyelamat untuk Sha.. Dalam rumah Sha, Imani je paling suka makan Carbonara.. Amani dah makan bolognese.. Jadi bila Sha buat sphageti kuah bolognese, kena buat kuah carbonara untuk Imani.. Tu yang Sha beli paket macam ini.. Satu hidangan untuk Imani sahaja.. Senang.. hehehe..

Ada pasta kering dan serbuk carbonara.. Dalam serbuk tu ada cendawan kering juga..

Bubuh dalam mangkuk semua bahan tu..

Masukkan 250ml air..

Panaskan atas dapur sambil kacau.. Baru serbuk tu sekata..

Sampai kuah dia kering dah boleh makan.. Dah siap.. hehehe..

Wordless Wednesday 2021

Tuesday, June 22, 2021

Komik | Aku, Kau & Meow #2: Cinta Kucing oleh Sulaiman Shaari, Musashi, Danial Haikal, Nanzo, Jai Ruzaini, Oz Ishak, Ben Wong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Siri 2 bagi tajuk Meow.. hehehe.. Kali ini cover komik ini menggunakan watak lelaki dengan seekor kucing yang comel.. Rasanya macam watak untuk tajuk Cinta Meow: Oren oleh Ben Wong.. hehehe.. Sweet je..

Ada pelbagai komik dengan penyampaian yang berbeza malah setiap cerita ada mesej yang ingin disampaikan.. Memang seronoklah membacanya.. Owh ya, ada komik dalam siri ini yang bersambung dari siri sebelum ini.. Namun masih boleh dihadam walaupun tak baca siri yang sebelum ini..

Antara tajuk yang ada dalam komik ini ialah:-
Meowtopia - Sulaiman Shaari
Detektif Meow - Musashi
Koo & Cheng: Hadiah - Danial Haikal
Bayang - Nanzo
Kronik Buddy - Jai Ruzaini
Penjaga Kucing - Oz Ishak
Cinta Meow: Oren - Ben Wong

Sha baca dan selesai pada 22.06.2021

Koleksi komik Nur Imani.. Sha tumpang baca je.. hehehe..
Published January 21st 2020 by Komik-M, PTS Media Group

Komik | Aku, Kau & Meow oleh Artis-Artis Komik-M

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak membaca komik.. Hehehe.. Sesekali layan bacaan ringan macam ini memang seronok.. Cuma ada antara komik ini keluar dekat kompilasi yang lain.. hehehe.. Okay je.. Tema komik kali ini ialah mengenai kucing dan siri Meow ini ada 2.. Gambar muka depan dia menarik.. Untuk buku satu ini menggunakan seorang perempuan bersama seekor kucing berbulu oren.. hehehe.. Memang comel.. Komik ini pada Sha sangat berbaloi untuk dibeli dan dibaca kerana penggunaan Bahasa Melayu yang bagus serta mengandungi pengajaran yang boleh dijadikan tauladan. Selain itu, komik ini tidak bosan untuk dibaca kerana terdapat banyak babak yang mencuit hati dan boleh dibaca santai oleh sesiapa sahaja..

Antara tajuk yang ada dalam komik ini:-
Cinta Meow - Ben Wong
Adimiaw - Ash Kun
Koo Cheng - Furqan Ilahi & Danial Haikal
Jimi & Dua Kucing - Fadhli Hamdan
Balong: Kucing Zombie (Prolog) - Froggypapa
Robowaja: Kucing Tok Jimi - Ardone
Keke Kami - Ayoi
Pencinta Kucing - Reja

Komik ini koleksi Imani.. Sha pinjam baca je.. hehehe..
Published February 2019 by Komik-M

Makanan | Japanese Chicken Dumpling

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli dekat pasaraya.. Sedap rupanya.. hehehe.. Cuma tulah tak ada kuali nonstick.. hehehe.. Kalau ada lebih mudahlah nak masak dia.. Sebab rata je kan kuali tu.. Tapi serius memang sedap.. Cuma tulah lupa nak ambil gambar lepas masak.. Keluar je kuali, habis masuk mulut.. Hahaha.. Isi dia penuh tau.. Memang boleh beli lagi ni nanti..

Harga untuk satu peket ini RM5 lebih macam tu.. Bergantung dimana anda beli dumpling ini.. hehehe.. Sha tak ingat harga dia sebab dah lama beli..

Ada 10 ketul dumpling..

Panaskan minyak dalam kuali, kemudia goreng seketika dumpling ini.. Lepas tu masukan air sedikit dan tutup kuali.. Biarkan sampai air tu kering.. Siap untuk dimakan..

Monday, June 21, 2021

Day 13 PKPD PSAS

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hari ini PdPR berjalan lancar.. Lega rasanya bila tengok anak-anak berjaya mengikuti kelas Google meet dan juga live chat di Telegram.. Perkara menarik untuk PdPR kali ini adalah live chat di Telegram.. Walaupun tanpa muka, namun guru dan anak murid masih boleh berinteraksi secara dua hala.. Seronok pula.. Sha pun tak tahu Telegram boleh buat live chat.. Menarik kan..

Satu lagi yang menggembirakan Sha bila dapat mesej mengatakan PKPD kami conform tamat esok.. Yeah!!! Rabu bolehlah keluar melihat dunia.. Hahaha.. Dah tak tentu arah dah Sha ni.. Tak keluar-keluar.. Perasaan dia lain macam tau.. 

Petangnya pula giliran Sha bermesyuarat menggunakan Microsoft Teams.. Boleh guna telefon bimbit ataupun komputer.. Senanglah.. Sambil buat kerja lain sambil mesyuarat.. Hehehe..

Drama Jepun | Siren (2015)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini seawal episod 1 lagi kita dah tahu siapa dia punya penjahat cuma motifnya saja tak diketahui.. Tachibana Kara merupakan perempuan cantik yang penuh misteri.. Saat pertama kali bertentang dengan Inokuma Yuki, terkeluar ayat dari mulut beliau "dah jumpa".. Memang dia target Yuki sampaikan cari rumah yang mengadap rumah Satomi kekasih Yuki.. Macam-macam cara dia buat untuk dekati Yuki.. Yuki dan Satomi ini pasangan kekasih yang berkerja sebagai polis peronda.. Satomi ini bila dia tengok Kara, dia dah pesan awal-awal dekat Yuki supaya jauhi Kara ini.. Tapi perempuan kan.. Mana nak dengar cakap dan mudah simpati.. hehehe.. Kara ini dia bunuh orang selamba je.. Tak ada perasaan langsung.. Bila berjaya pengaruhi Yuki dan kenakan Satomi, akhirnya dia culik Yuki.. Masa inilah baru kita sebagai penonton dapat motif Kara ini.. Memang Kara ini jahat gilalah.. Tanpa disangka rupanya Kara ini ada kaitan dengan Yuki.. 

Drama ini intense gila.. Memang setiap episod tu mendebarkan.. Sha suka gerak hati Satomi ini bila dia tengok Kara..

Tachibana Kara yang cantik tapi psiko gila..

Drama: Siren
Also Known As: Sairen, Sairen Keiji × Kanojo × Kanzen Akujo
Director: Shiraki Keiichiro, Motohashi Keita
Screenwriter: Sato Shimako
Genres: Suspense, Thriller, Mystery, Psychological, Romance
Country: Japan
Episodes: 9
Aired: Oct 20, 2015 - Dec 15, 2015
Aired On: Tuesday
Original Network: Fuji TV
Duration: 45 min.
Satomi 
Shinobu works in the Mobile Investigation Unit of The Tokyo Metropolitan Police Department. The Mobile Investigation Unit conducts the initial investigation at all crime scenes. He works with Inokuma Yuki. They are a couple, but they keep their relationship a secret at work. They both hope to work at the #1 Investigation Station. One day, they meet beautiful Tachibana Kara at the site where a dead body was found. Kara appears at the other crime scenes involving grotesque murders. She shows an interest in Yuki. Satomi Shinobu thinks it's a bad sign for Yuki. To protect his girlfriend from danger, he struggles to find uncover the truth behind the serial murder cases and Kara’s identity. 


Ulang Tahun Kelahiran Amani #PKPD

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam ulang tahun kelahiran Amani yang ke 11 tahun.. Sekejap je dah 11 tahun berlalu.. Kehadirannya yang mengajar Sha mengenai banyak perkara.. Kerananya juga Sha lebih memahami ibu dan abah Sha.. Alhamdulillah, Amani membesar dengan baik dan sentiasa mendengar kata.. Semoga terus menjadi anak yang baik, solehah dan dirahmati Allah..

Disebabkan PKPD, tak adalah buat makan-makan ke apa.. Nak belanja Amani makanan kesukaan dia pun tak boleh.. Mujurlah dah beli siap hadiah dia sebelum PKPD.. Sukalah dia dapat hadiah tu.. Boleh berDIY lah dia lepas ini dengan adik dia.. hehehe.. Tak boleh beli satu, kena beli dua.. Adik pun nak juga ye..


Jiran atas bagi kek.. Kebetulan ulang tahun Amani.. Sedap keknya..

Jiran sebelah rumah bagi.. Nanti nak hantar buat blouse budak berdua ini..

Sunday, June 20, 2021

Filem Melayu | Arwah Pak Mat Lif & AJK (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini encik suami yang beli dekat Astro First.. Baca review dekat FB kata filem ini arahan Khir Rahman, terus dia beli.. Puan isteri pun apa lagi layan je sekali.. hehehehe..

Memang dicadangkan untuk tontonan.. Banyak mesej yang disampaikan walau dalam lawak jenaka.. Watak paling best dah tentulah Nordin yang dibawakan oleh Joey.. Namun masuk separuh cerita dah mula kurang menarik untuk Sha lah.. Korang kena tengok sendirilah best ke tak.. Filem ini cerita dia pasal bapa si Nordin ini meninggal dan nak bawa jenazah turun dari tingkat 25 ke surau bawah flat.. Malangnya lif rosak.. Boleh turun sampai Ground floor tapi pintu tak buka.. Sudahnya disebabkan ada yang memandai-mandai, lif meletop.. Dalam masa yang sama ada pemilihan pengerusi flat yang baru..

Asal jumpa Ayu je gagap..hehehe..
JUDUL : ARWAH PAK MAT, LIF & AJK
TARIKH TAYANGAN : 10 Jun 2021
CERITA ASAL : Cinemalaya Studios
PENULIS SKRIP : Aloy Paradoks, Haris M. Nor
PENGARAH : Khir Rahman
PRODUKSI : Excellent Pictures, Cinemalaya Studios
PELAKON : Joey Daud, Tauke Jambu, Jalil Hamid, Ropie, Wafariena Roslan, Wan Gegau, Anas Ridzuan, Souya, Man Raja Lawak, Tapai Raja Lawak, Che Mat Raja Lawak, Kimmy Low, Nizam Jentik-Jentik, Shendo Kiut, Sathia, Sheila Mambo, Douglas Lim
SINOPSIS ARWAH PAK MAT, LIF DAN AJK
Mengisahkan tentang Nordin, seorang pekerja kilang yang menjaga bapanya selepas kematian ibunya. Nordin tinggal di Flat Seri US, sebuah kawasan perumahan rumah pangsa yang terletak di Kuala Lumpur. Nordin dan bapanya tinggal di tingkat 25 di flat itu.
Keadaan di Flat Seri US juga meriah dan hangat kerana sedang berlangsung pemilihan presiden dan ahli ajk untuk musim terbaru. Berlaku perebutan kuasa antara Pak Mat Tahir dan Syamsul serta ahli ahli lain.
Namun berlaku kejadian yang tidak diingini, bapa Nordin telah meninggal dunia secara mengejut dirumah ketika majlis pemilihan sedang berlangsung. Keadaan bertambah kecoh selepas lif di rumah pangsa mereka turut rosak dan perlu mengambil masa yang lama untuk dibaiki.
Pelbagai halangan dan cabaran perlu ditempuh oleh Nordin dalam membawa turun jenazah bapanya dengan pelbagai masalah serta isu yang sedang terjadi di Flat Seri US.

Wall's Paddle Pop: Tornado Grape

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ye.. Inilah aiskrim yang Sha cari sebenarnya.. Harganya RM1 dan menjadi kesukaan Imani.. Namun bila Sha dah makan, Sha pun suka.. Gabungan rasa strawberi dan jeli anggur, memang mengancam dan ohsem sangat.. Sha ada mention pasal aiskrim ini di Entry Wall's Paddle Pop: Twister Mermaid.. Sha akan makan bahagian jeli anggur dia dulu sampai habis baru makan aiskrim strawberry.. hehehe.. Sebab jeli tu dia nipis je tak adalah tebal sangat.. Tapi bestlah bila kunya sebab kenyal kan..

RM1

Jeli anggur tu bahagian luar aiskrim.. Yang ini..

Aiskrim strawberinya akan dapat dirasa bila habis makan jeli anggur tu..

Filem China | Revival of the Monkey (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem mengenai monyet batu yang dikurubg selama 100 tahun terlepas dengan bantuan cekak emas.. Cekak emas dan monyet batu berjaya lari ke dunia manusia namun monyet batu menjelma sebagai manusia dan lupa akan dirinya.. Cekak emas pula bersembunyi di dalam gua.. Kedatangan dewi Ah Cuo turun ke dunia manusia mencari monyet batu demi menentang syaitan.. Namun Monyet batu yang berubah menjadi manusia lansung tak pandai berlawan.. Bagaimana agaknya Ah Cou nak menyakinkan monyet batu supaya memakai cekak dan berubah kepada dirinya yang asal..

Revival of the Monkey
Also Known As: Monkey King Returns, Wu Kong Gui Lai , Jin Gu Fu Mo Zhuan,
Genres: Action, Romance, Fantasy
Country: China
Type: Movie
Release Date:
Duration: 1 hr. 30 min.
The Victorious Fighting Buddha Sun Wukong defied the heavens once again! Due to his transgressions, the Stone Monkey fled the celestial court to the mortal realm, where he was reborn as Hua Xiao Tian. Fairy Ah Cuo was ordered to look for Hua Xiao Tian but was discovered by the evil demon, Ju Ling. Ju Ling plotted and schemed in order to obtain Hua Xiao Tian’s magical weapon. After a fierce battle, Ah Cuo was reduced to ashes. The Fighting Buddha within Hua Xiao Tian finally awoke to confront Ju Ling in a battle to the death…

Saturday, June 19, 2021

Drama Jepun | Coffee Ikaga Deshou (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Would you like some coffee? Ini adalah ayat yang akan keluar setiap kali episod bary bermula.. Buat penggemar dan peminat kopi macam Sha, setiap kali tengok Aoyama bancuh kopi buatkan Sha rasa macam nak masuk dalam tv.. Hahaha.. Pelbagai kopi dan baunya mesti wangi gila.. Kopikan.. Setiap kopi ada personaliti tersendiri..

Aoyama ini sangat misteri dan truck kopi dia tak kekal di satu tempat.. Berubah tempat seolah-olah dikejar orang.. Namun melalui kopi Aoyama membantu orang yang singgah di truck kopinya menyelesaikan masalah.. Setiap episod berbeza orang yang dibantu namun masuk episod ke 4 dah mula bercerita mengenai diri Aoyama dan kenapa dia dikejar.. Ada masa silam yang ingin dilupakan.. Drama yang sangat-sangat menarik bertemakan kopi dan kehidupan.. 

Macam satu episod ini, Aoyama singgah disebuah cafe yang membuka kelas untuk orang belajar cara membakar dan membuat kopi.. Namun tenaga pengajar ini tak suka dengan pelajar yang datang sebab mereka datang bukanlah nak belajar sungguh-sungguh pun lebih kepada nak menunjuk-nunjuk dan menaikkan taraf mereka.. Kecuali seorang perempuan ini, yang sanggup datang dari jauh semata-mata sebab dah jatuh vinta dengan kopi yang dibancuh Aoyama.. Sebab tu dia belajar buat kopi.. 

Also Known As: How About Some Coffee? , Coffee Ikagadesho , How About Coffee?
Director: Mori Yoshitaka
Screenwriter & Director: Ogigami Naoko
Genres: Life, Drama
Country: Japan
Type: Drama
Episodes: 8
Aired: Apr 5, 2021 - May 24, 2021
Aired On: Monday
Original Network: TV Tokyo Paravi
Duration: 50 min.
Hajime Aoyama runs the mobile coffee shop Tako Coffee. Riding in his coffee truck, he goes from street to street. Along the way, he comforts those with wounded hearts and minds. Hajime Aoyama appears carefree, but he has a secret.
(Source: AsianWiki)
~ Adapted from a manga of the same name by Konari Misato. ~


Drama China | Ancient Detective (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini Sha saja tengok episod satu.. Eh!! Best la pula, teruslah layan sampai habis.. Kisah seorang lelaki bernama Jian Bu Zhi yang cuba menyiasat kisah 8 tahun lepas berkaitan kematian ayahnya dan kehilangan mayat penjahat bernama Devil Wang Hua.. Jian ini tak boleh berlawan pun tapi sangat pandai menyiasat.. Sepanjang pencarian Jian, Jian berjaya menyelesaikan beberapa kes pembunuhan dengan bantuan Zhao Wo Han yang asalnya tak ada kemahiran kungfu pun tapi berjaya menguasai kunfu hanya dengan berpandukan sebuah buku kungfu yang diberikan Jian.. Namun dalam masa yang sama setiap kali Jian berjumpa dengan 4 orang ketua yang ada bersama dengan bapanya 8 tahun dulu, pasti akan ada yang bunuh ketua-ketua tersebut.. Ada yang cuba menghalang Jian dari mengetahui kisah sebenar.. 

Sha suka drama ini sebab ada penyiasatan dan misteri yang perlu diselesaikan watak utama.. Hero kedua pula ada perubahan, dari tak berapa mahir berubah kepada semakin mahir dengan bantuan buku dan orang disekeliling beliau.. Ada perkembangan.. Satu je yang tak best.. Walaupun Sha berjaya teka rahsia 8 tahun dulu tu, tapi penamat dia tak best.. Seolah-olah akan ada season 2.. Tu yang letih tu..

Suka tengok kerjasama antara Jian Bu Zhi dan Zhao Wo Han.. Saling melengkapi..

Drama: Ancient Detective
Also Known As: Xia Tan Jian Bu Zhi
Director: Ma Yi Heng
Screenwriter: Wu You, Pang San Jing
Genres: Historical, Mystery, Romance, Wuxia, Martial Arts
Country: China
Episodes: 24
Aired: Apr 8, 2020 - Apr 29, 2020
Aired On: Wednesday
Original Network: Youku
Duration: 45 min.
The story follows the amnesiac detective Jian Buzhi who starts on a quest to finding the truth and unmasking his father's killer. Along the way, he finds a love interest and a good friend who work hand in hand with him to solve mysterious cases.
(Source: chinesedrama.info)


Wall's Paddle Pop: Twister Mermaid

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebenarnya tersilap beli.. Hehehe.. Nak beli Tornado Grape yang harganya RM1 bukan yang ini.. Tapi berbaloilah pada Sha dengan harga dia.. Sedap rupanya.. Hahaha.. Boleh beli lagi lepas ini.. Bawah RM2 harga dia.. Sha suka sebab rasa yogurt, blueberi dan limau.. Gabungan rasa yang menyegarkan walaupun warna dia nampak kurang menarik.. hehehe.. Korang dah pernah rasa?

Harganya RM1.80 kalau tak silap..

Pencahayaan tak menarik.. hehehe..
Warna dia biru dan purple..

Kat tengah-tengah tu warna putih.. hehehe..

Friday, June 18, 2021

Filem US | Cruella (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem mengenai manusia yang terlalu obses dengan diri sendiri.. Ingatkan Baroness von Hellman ini memang dasyatlah bab fesyen tapi rupanya gunakan hasil kerja orang lain sebagai hak milik sendiri.. Memang tak patutlah.. Paling tak sangka bila sanggup bunuh anak sendiri.. Betul-betul gilalah pada Sha.. Serius.. Kemunculan Cruella setelah mengetahui yang emak jagaannya dibunuh Baroness von Hellman tu memang ohsemlah.. Menjatuhkan dengan cara yang tak disangka.. Awal-awal tu Cruella balas dendam cara jahat tapi bila dia tersedar sesuatu, dia balas dendam dengan cara paling tak disangka.. Suka tengok perubahan sikap Cruella.. Bermula sebagai anak yang nakal, kemudian bila mak dia mati dia jadi Estalla.. Tapi bila tahu punca kematian mak dia, dia berubah jadi Cruella.. Lepas keseluruhan cerita sebenar diketahui dan nyaris mati, Cruella bangkit dengan cara yang tersendiri.. Filem yang sangat-sangat menarik..

Cruella
2021 ‧ Crime/Comedy ‧ 2h 14m
Estella is a young and clever grifter who's determined to make a name for herself in the fashion world. She soon meets a pair of thieves who appreciate her appetite for mischief, and together they build a life for themselves on the streets of London. However, when Estella befriends fashion legend Baroness von Hellman, she embraces her wicked side to become the raucous and revenge-bent Cruella.

Filem | The Mitchells vs. the Machines (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila anak-anak dah siap kerja sekolah, kita bagilah mereka layan animasi.. ImanI je yang tengok kartun ini dengan Sha.. Amani layan animasi Naruto.. 

Animasi yang sangat menarik pada Sha.. Menekankan hubungan kekeluargaan dan juga ketaksuban manusia dengan teknologi.. Kisah keluarga the Mitchell yang tak sefahaman.. Katie sangat suka buat video pendek yang lucu dan menarik namjn ayahnya tak berapa menyokong.. Bila Katie berjaya memasuki kolej perfileman, ayahnya bercadang untuk menghantar Katie demi membaiki hubungan mereka.. Malangnya berlaku rampasan kuasa oleh robot dan semua manusia ditangkap.. Hanya keluarga Mitchell saja terselamat tapi akhirnya dikejar kerana cuba memusnahkan ketua robot-robot tu.. Masa inilah mereka bersatu demi menyelamatkan manusia lain.. Kayie baru nampak pengorbanan yang dilakukan ayahnya dan kerisauan seorang bapa.. Bapa Katie pula baru melihat bakat anaknya yang luar biasa..

Memang menarik layan dengan Imani.. Ada sesi soal jawab gitu.. Perkataan yang dia tak faham, dia akan tanya Sha.. hehehe..

Watak paling comel.. hahaha.. Sebabkan beliaulah habis rosak tobot-robot tu.. Keliru robot-robot tu nak tentukan makhluk ini anjing atau bukan.. hahaha..

The best song ever.. Hahaha

The Mitchells vs. the Machines
2021 ‧ Comedy/Sci-fi ‧ 1h 54m
Young Katie Mitchell embarks on a road trip with her proud parents, younger brother and beloved dog to start her first year at film school. But their plans to bond as a family soon get interrupted when the world's electronic devices come to life to stage an uprising. With help from two friendly robots, the Mitchells must now come together to save one another -- and the planet -- from the new technological revolution.


Video | Al Kahfi 1-10 & 101-110 bacaan oleh Muzammil Hasbullah (on AmmarTV)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Random Photo #15 2021

Assalamualaikum..
Hye semua..

PKPD masih lagi dilaksanakan di tempat Sha ini.. Masih menhitung hari bilakah akhirnya.. Lemas terkurung dalam rumah tak dapat keluar.. Namun arahan perlu dipatuhi demi kesihatan bersama.. Setiap harilah check MySejahtera, namun belum berpeluang diberikan vaksin..

Menu berbuka hari terakhir puasa 6.. Sha buat spaghetti spiral sos keju.. Lama tak makan spaghetti kan.. hehehe..

Buah gajus, rasanya kelat manis..

Stok sambal kicap jenama Enaq dan kicap pedas Enaq.. Sambal kicap tu kesukaan Amani.. Sha beli di Shopee.. Pembungkusan dia memang kemas dan terbaik.. Kicap tu semua sampai dalam keadaan baik..

Siap dapat sample kicap lemak manis dan klasik percuma lagi.. hehehe..
Alhamdulillah.. Masih lagi menerima data free dari Shopee.. Tu yang rajin beli dari shopee walaupun kicap.. Hehehe.. Bolehlah anak-anak guna untuk PDPR sepanjang PKPD/PKP ini..

Jenuh pujuk budak ini mengaji.. Hehehe.. Banyak soal jawabnya.. Memang kena jiwa kental kalau mengajar yang kecik ini.. hehehe..

Rezeki malam Ahad, ada frontliner yang bertugas di kawasan kami ini yang datang menghantar.. 

Cubaan menanam jagung dalam pasu.. Nampak cantik besarnya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »