A blog about personal life experiences, sharing story, travel, food, recepies and hobby
Wednesday, November 27, 2024
Tuesday, November 26, 2024
Cendol Atok, Sg. Besar
Assalamualaikum..
Hye semua..
Lepas ke Lumut, kami gerak ke Sungai Besar cari Cendol.. Pergh!! Memang berbaloilah singgah sini makan cendol.. Sha suka sebab cendol ini dia meriah dengan bahan.. Oleh kerana kami tak adalah lapar sangat jadinya beli satu cendol dan satu kudapan.. Owh ya, selain cendol ada je makanan berat..
Cendol Kacang Shantong - RM6
Boleh tengok meriah kan kacang shantong yang dia bubuh.. Rasa lemak santan tu ngam-ngam dan tak manis.. Memang sedaplah..
Soto @ Pecal Jawa - RM10
Meriah dengan bahan.. Ada ayam juga ye.. Berbaloi sangat dengan harga cumanya Sha tak makan banyak sebab agak pedas..
Cendol Atok
Lot 9495, batu 8 1/2, Jalan Besar, Sg limau, 45300 Sungai Besar, Selangor.
Antara pilihan cendol yang ditawarkan..
Antara pilihan cendol yang ditawarkan.
Monday, November 25, 2024
Eco-Bakery, Sungai Besar
Assalamualaikum..
Hye semua..
Selalu Sha tengok entry pasal Eco Bakery ini dekat Blog Norhidana.. Boleh baca entry Dana yang Ini dan Ini.. Bukan semua tempat ada Eco Bakery ini.. Memang lama dah simpan keinginan ke sini.. Rezeki masa ke Sungai Besar Sha ternampak Eco Bakery ini.. Singgahlah cuci mata dan beli sedikit roti.. Sha naik motor jadinya tak bolehlah nak memborong sangat.. kikiki..
Eco-Bakery @ Sungai Besar
PT 2338, No.2 (Ground & First Floor) & PT2339 No.4 (Ground Floor), Mutiara Naga Sungai Besar Jalan MNSB1, 45300 Sungai Besar, Selangor.
Aneka pilihan roti dan pastry..
Sedap roti almond mocha ini..
Roti kopi ini pun sedap walaupun tak terasa sangat kopi dia.. Sha bakar dan sapu butter.. Pergh!!
Ada aneka tart juga.. Ambil gambar saja.. Tak beli pun..
Aneka kek.. Tengok je lah.. huhuhu..
989 Kopi di Pekan Lumut, Perak
Assalamualaikum..
Hye semua..
Sabtu (23.11.2024) Sha keluar berdua dengan encik suami.. Kami ke Lumut menikmati kopi, kek dan lasagna di Kedai 989 Kopi.. Kedai yang comel dengan aneka pilihan kopi serta pastry.. Syok lepak sini sebab tepi laut.. Memang tenang dan relaks betul.. Cumanya sekarang musim hujan kan sempatlah merasa dibasahi hujan.. kikiki.. Puas hatilah Sha dengan tempat ini.. Santai betul..
Hazelnut Coffee - RM11
Butter Avacado Milkshake - RM14
Air avacado tu pergh!! Power.. Kopi tu memang balancelah bila gabungkan dengan kek..
Nutella Burnt Cheese - RM15
Sedap betul kek dia.. Memang sedang eloklah saiz dia tu untuk Sha makan..
Beef Lasagna - RM13
Pasta Bolognese - RM13
Makanan dia okaylah.. Sha suka lasagna dia.. Memang sedap.. Bolognese tu banyak daging cuma masam sikit..
989 Kopi
Bangunan Taman Bandaran, Jalan Titi Panjang, 32200 Lumut, Perak
Antara pastry yang ada masa Sha datang..
Ada scone juga tapi Sha tak beli walaupun minat scone sebab ada cranberry.. Sha lebih suka plain scone..
Ini menu air dan makanan yang ada..
Wednesday, November 20, 2024
Friday, November 15, 2024
Temujanji Pertama & Terakhir O&G
Assalamualaikum..
Hye semua..
Sha baru selesai temujanji di Klinik Pakar O&G untuk susulan dari SOPD.. Alhamdulillah.. Ini menjadi temujanji pertama dan terakhir Sha untuk klinik O&G ini.. Lega rasanya..
Sha menjadi pesakit pertama yang jumpa doktor.. Selepas beberapa soalan, doktor buat ultrasound untuk Sha.. Pertama di perut dan kedua di bahagian kemaluan.. Di bahagian kedua ini memang terus ke rahim.. Kita pesakit pun boleh tengok juga.. Ada monitor dekat bahagian kaki.. Memang doktor tunjukkan keadaan dalam rahim, dinding rahim, kilang telur.. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik.. Sha dirujuk sebab simptom sakit di bahagian buah dada setiap kali nak haid dan juga haid yang tak menentu.. Doktor bagi tahu, walaupun haid Sha tak menentu Sha masih lagi haid 5 ke 6 kali setahun jadinya tak ada masalah.. Lagipun rahim dan dinding rahim Sha berada dalam keadaan baik.. Simptom yang Sha alami sebelum haid tu adalah normal dan haid yang tak teratur juga tak memerlukan Sha untuk makan ubat.. Tambahan pula Sha pakai implant, memang akan menyebabkan haid untuk tak teratur tu tinggi..
Periksa berat dan tekanan darah dulu.. Sha dapat nombor 1.. Cepatlah urusannya.. Sha suka sebab doktor punya penjelasan tu terang dan jelas.. Terang dengan bahasa yang mudah untuk kita faham.. Berat Sha 71.3kg.. Macam turun sikit..
Thursday, November 14, 2024
Korean Variety | Fresh off the Sea (2024)
Assalamualaikum..
Hye semua..
Sha mulanya macam tak tertarik nak tengok sebab tak ada yang Sha minat dalam rancangan variety ini.. Tapikan, sajalah cuba tengok 1 episod.. Eh.. Menarik.. Konsep dia macam Three Meals a Day iaitu memasak.. Cumanya dalam rancangan ini mereka perlu berkerja mendapatkan makanan mingikut musim tempat yang mereka pergi.. Awal episod mereka perlu berkerja dengan nelayan untuk mengumpulkan ikan bilis dan dibayar dengan duit serta ikan bilis.. Kemudian mereka perlu menuai Kabocha.. Tetamu pertama mereka ialah Hwang Jung Min..
Episod 5-6 pula mereka perlu ke tengah laut untuk menangkap ikan Halibut dan ikan kod, malangnya tak berjaya sebab cuaca tidak mengizikan jadinya untuk mendapatkan duit dan ikan tersebut mereka mengadakan perlawanan dengan kru pengambaran.. Mereka menang dan mewah semula.. kikiki.. Owh ya, disini mereka menuai buah pic dan nektarin.. Tetamu untuk episod ini ialah Park Hae Jin..
Cha Tae Hyun muncul pada penghujung episod 6 sampai suku episod 8.. Pada episod ini mereka bermula dengan memetik jagung bersama.. Pada awal episod ini Dex tak ada tapi Cha Tae Hyun dah mula membantu mereka.. Memang pekerja terbaik kali ini ialah Eun Jin.. Laju gila dia petik jagung.. Pagi seterusnya mereka berlima menangkap belut tombak yang ganas dan perkerja cemerlang ialah Jung Ah dan Dex.. Memang seronoklah kali ini sebab kelima-lima mereka merasai pengalaman ke laut dengan 2 bot berbeza.. Selepas menangkap belut tombak, Cha Tae Hyun balik.. Mereka tinggal berempat..
Episod 9 mereka tak ada tetamu.. Episod ini mereka kena berkerja keras mencari kupang luncur di dalam lumpur.. Kerja yang tak mudah untuk mereka, namun mereka berjaya dapatkan 42kg kerang..
Episod 10 ada tetamu undangan iaitu Park Jeong Min dan mereka berkerja bersama petani lain menuai keledek di ladang yang sangat luas.. Tetamu kali ini nampak lebih pendiam..
Episod 11 diorang tak ada tetamu tapi kita boleh tengok kehebatan Dex dan Jung Ah menuai buah anggur.. Buat pertama kalinya mereka berjaya buat 35o dollar.. Memang dasyatlah.. kikiki..
Episod 12 ada Go Min Si dan mereka ke laut menangkap ketam biru.. Kali ini mereka kena naik bot secara berseorangan kecuali Jung Ah yang bersama Min Si..
Episod 13 tak ada tetamu dan mereka memasak buat kali terakhir.. Menu mereka ialah ketam biru yang ditangkap sebelum ini..
Paling seronok bila tengok mereka masak hasil dari usaha mereka.. Pelbagai menu yang buat kita terliur.. kikiki.. Sha paling geram episod belut tu lah.. Pergh!! Meleleh air liur.. kikiki..
TV Show: Fresh off the Sea
Also Known As: Sister's Direct Delivery , Eonnine Sanjijiksong
Genres: Life, Food, Adventure, Comedy
Country: South Korea
Episodes: 13
Aired: Jul 18, 2024 - Oct 10, 2024
Aired On: Thursday
Original Network: tvN
Duration: 1 hr. 30 min.
'Sister’s Direct Delivery' is a salty fishing village reality show about Yeom Jung Ah, Ahn Eun Jin, Park Joon Myun, and Dex, who start living in a seaside village for 3 days and 2 nights. It contains a variety of journeys, including various jobs by the sea and seasonal meals that can only be tasted there.
Wednesday, November 13, 2024
China | The Lost Mausoleum (2024)
Assalamualaikum..
Hye semua..
Kisah pengembaraan mencari ubat ajaib namun menemukan mereka dengan pelbagai halusinasi dan cabaran yang tak terduga.. Bukan senang nak menjelajah ke perkuburan lama bila bermacam perangkap terpaksa ditempuhi dan kesudahannya mereka terpaksa kehilangan 1 nyawa demi menyelamatkan yang lain-lain..
The Lost Mausoleum
2024 ‧ Action/Thriller/Adventure ‧ 1h34m
In folklore, it is said that possessing the "Record of Serpent Control," crafted by the Great Sorcerer of the Nanyue Kingdom, allows one to raise snakes into serpents and transform them into dragons. During the Republic of China era, a surge of tomb raiders infiltrates China, plundering national treasures and wreaking havoc on cultural relics. Amidst this chaos, a group stumbles upon an underground palace that conceals the coveted "Record of Serpent Control." Determined to secure its power, they set out to find the relic first and keep it hidden from those who would misuse it.
Tuesday, November 12, 2024
Thailand | My Boo (2024)
Assalamualaikum..
Hye semua..
Hahaha.. Memang kelakar.. Syok layan.. Serius kelakar..
Joe ini sebok dengan permainan video.. Satu hari ada pembacaan wasiat oleh datuk dia yang dah mati tapi kesian Joe, tak sempat datuk dia nak wariskan harta.. Sepupu Joe bagi dia sebuah rumah.. Masalahnya rumah tu jauh nun tak tahu dimana dan dah pun usang.. Dalam rumah tu pula ada 3 hantu yang terperangkap tak boleh kemana-mana.. Kelakar bila Joe panggil sami untuk pulihkan rumah dia dan buat bermacam-macam permintaan sampai sami tu bengang lah dengan dia.. Masalahnya hantu tu tetap tak keluar dari rumah tu.. Joe cuba siasat mengenai 3 hantu tu dan jumpa maklumat.. Rupanya mereka ialah anak tuan rumah tu bernama Anong dan dua pembantunya yang hilang tanpa dapat dikesan..
Masalah si Joe ini dia berhutang dengan lintah darat, jadinya dia nak juallah rumah tu kononnya tapi bila dah ada hantu, tak dapatlah.. Sudahnya Joe dengan 3 hantu tu berpakat untuk buat rumah hantu bagi mencari duit dan mencari mayat 3 hantu tu.. Tapikan bila imbas kembali saat kematian 3 hantu tu keluar, memang terkejutlah sebab ada kaitan dengan Joe rupanya.. Memang tak sangkalah..
Movie: My Boo
Also Known As: Anong
Director: S Khomkrit Treewimol
Screenwriter: Game Kirati Kumsat
Genres: Horror, Comedy, Romance
Country: Thailand
Release Date: May 1, 2024
Duration: 2 hr. 5 min.
Where ghosts and humans unite, homes come alive.
Temujanji Mammogram Kedua
Assalamualaikum..
Hye semua..
Klinik Pakar Pembedahan cadangkan untuk Sha buat sekali lagi mammogram dan ultrasound hari ini namun bila Sha sampai ke Jabatan Radiologi, mereka hanya buat ultrasound sahaja sebab tak berkeperluan untuk buat mammogram.. Saiz kantung air yang mereka jumpa di bahagian kiri dada Sha masih lagi sama saiznya.. Jadinya Jabatan Radiologi cadangkan untuk buat semula mammogram pada tahun 2026..
Borang Untuk buat mammogram dan ultrasound..
Korea | The Judge from Hell (2024)
Assalamualaikum..
Hye semua..
Pergh!! Drama yang Sha tengok setiap minggu.. Selalu tu tunggu dah habis bersiaran baru tengok.. Kali ini memang tengok setiap minggu.. Mantap betul lakonan Park Shin Hye ini.. Sha suka sangat bila dia bawa watak macam ini.. Memang sesuai sangat dengan dia.. Cantik tapi ganas.. Pergh!! Tambah bila tengok di sebalik tadbir, kebanyakkan aksi dia lakukan sendiri lagilah rasa mantap..
Kisahnya Syaitan Justitia ini tersalah hukum orang.. Jadinya Bael hukum dia ke dunia sebagai Kang Bit Na, seorang hakim.. Syarat untuk dia kembali ke neraka adalah dengan menghukum pendosa.. Tapi tu lah, boleh pula dia buat silap hanya dengan pengakuan inspektor Daon.. Halah.. Halah kan dah kena tambah hukuman.. Memang syoklah tengok hubungan benci baik antara BitNa ini dengan Daon.. BitNa juga dibantu demon Valak, Gremory dan pasukan pembersih setiap kali membunuh manusia jahat.. Selain tu BitNa dan DaOn juga dapat bantuan Gabriel yang berada dalam tubuh O Mi Ja..
Pada akhirnya nampak macam akan ada musim kedua sebab Lucifer bagi tawaran untuk Justitia kekal di dunia tapi dia kena bunuh 10 orang pendosa, kalau tak dia kena balik neraka.. Lepas tu drama habis.. kikiki..
Drama ini fantasi dan sekadar hiburan.. Janganlah terlalu taksub pula ye..
Drama: The Judge from Hell
Also Known As: Judge from Hell, Jiokeseo On Pansa
Director: Park Jin Pyo
Screenwriter: Cho I Su
Genres: Romance, Crime, Drama, Fantasy
Country: South Korea
Episodes: 14
Aired: Sep 21, 2024 - Nov 2, 2024
Aired On: Friday, Saturday
Original Network: SBS
Duration: 1 hr. 10 min.
Kang Bit Na is an elite judge with a beautiful appearance, but she is a demon. Her mission as a demon is to kill evil people who lead other people to their deaths and don't reflect on their actions. She sends these people to Hell afterwards. One day, Kang Bit Na meets Han Da On. He has a friendly and gentle personality. As a detective, his mind is sharp and he has a keen sense of observation. But he carries pain inside that nobody knows about. After Kang Bit Na and Han Da On met with each other, their lives changed greatly.
Bael yang handsome tapi munculnya kejap-kejap ja.. kikiki..
Monday, November 11, 2024
ebook | Can You Just Die, My Darling?, Vol. 2 by Majuro Kaname, Sousou Sakakibara (Artist)
Assalamualaikum..
Hye semua..
Awalnya, Taku ingatkan Mika yang mati tapi rupanya, Mika selamat.. Sebaliknya yang mati ialah Yamada.. Mr. Atsumi pula dibunuh lelaki pelik.. Huhuhu.. Misteri makin misteri.. Semasa Taku dan Mika ke Taman permainan, berlaku kejadian yang tak diingini.. Mereka yang ada niat membunuh mula menyerang dna menyebabkan kemalangan besar.. Masalahnya kali ini bukan lelaki tapi perempuan.. Sewaktu nyaris menyebabkan Mika cedera, Taku berjaya membunuh perempuan tersebut.. Tu belum lagi dengan kemunculan lelaki asing bernama Nave yang berkerja di kantin sekolah mereka.. Makin ke hujung komik, makin gila pula ceritanya.. Sabar jelah..
Sha baca dan selesai pada 08.11.2024
Published June 25, 2018 by Kodansha
US | A Quiet Place: Day One (2024)
Assalamualaikum..
Hye semua..
Halah.. halah.. Sabar jelah tengok filem ini.. Memang dengan kita-kita sekali berdebar.. Kali ini pendekatan filem ini agak berbeza.. Sam watak utamanya memang sakit.. Masa semua orang berusaha menyelamatkan diri, dia hanya ingin memenuhi impian dia untuk makan piza.. Semasa dalam usaha nak memenuhi impian dia, Sam terjumpa dengan Eric.. Mereka bergerak bersam termasuk Frodo kucing kepunyaan Eric.. Ada satu babak tu, Frodo ini boleh pula pergi merayap dekat dengan sarang makhluk asing.. Adoilah.. Jatuh jantung dibuatnya.. hahaha..
Tapi pada akhirnya Sam berkorban untuk Eric dan Frodo..
A Quiet Place: Day One
2024 ‧ Drama/Horror/Sci-fi/Thriller ‧ 1h 39m
When New York City comes under attack from an alien invasion, a woman and other survivors try to find a way to safety. They soon learn that they must remain absolutely silent as the mysterious creatures are drawn to the slightest sound.
Tukar Kaca Mata
Assalamualaikum..
Hye semua..
Sha baru lagi pakai kaca mata ini.. Bulan 5 tahun 2023 tapi bingkai dah teruk gila.. Selalu tu, cantik ja bingkai walaupun dah pakai 2,3 tahun tapi kali ini memang nampak macam dah berkurun pakai.. Oleh kerana bulan ini istimewa untuk Sha, Sha pun belikanlah diri sendiri kaca mata baru.. Encik suami tambah sikit duit, sebab lebih dari budget yang Sha ada.. kikiki.. Alang-alang tukar bingkai tu, pekerja kedai tu periksa sekali mata Sha.. Alhamdulillah power mata belah kiri turun 25% tapi tambah rabun dekat lah pula.. Baru nak bergumbira power rabun jauh turun tapi kena terima hakikat dah mula ada rabun dekat.. Cumanya pekerja tak galakkan buat lagi sebab masih tak terlalu serius.. Jadinya Sha cuma buat untuk rabun jauh sahaja..
Nampak gayanya nak kena mula menabung untuk kaca mata baru lah..Bila ada rabun jauh dan dekat, kaca mata akan jadi lebih mahal.. Harga pula makin lama makin mahal jadinya kenalah sediakan payung sebelum hujan.. Gitu!!
Spek mata lama.. Cat dia dah mula tertanggal.. Sopek-sopek jadinya.. Walhal bukan murah, dekat 300 lebih jugalah..
Beginilah keadaannya selepas 17 bulan digunakan..
Yeah!! Kaca mata baru dah siap.. Sha ambil di kedai hari Sabtu (09.11.2024)..
Luas mata memandang sebab Sha ambil bingkai besar sikit dari yang sebelum ini.. kikiki..
Sunday, November 10, 2024
Mesra Broad Bean
Assalamualaikum..
Hye semua..
Kacang parang keluaran kedai Mesra Petronas ini sedap.. Tak masin dan kacang dia tak terlalu keras.. Paling best sebab tak ada kulit, jadinya boleh terus kunyah.. Kuantiti dia pun okaylah untuk harga dia tu.. Tapi tu lah, tak semua kedai Mesra Petronas ada jual kekacang ini..
Mesra Broad Bean (40g) - RM2.50
ebook | Can You Just Die, My Darling?, Vol. 1 by Majuro Kaname (Story), Sousou Sakakibara (Artist)
Assalamualaikum..
Hye semua..
Komik yang agak gelap.. Semuanya bermula bila Taku cuba menyelamatkan seorang perempuan.. Kemudianya bila dia nak luahkan perasaan pada Mika, berlaku kejadian yang tak diingini bila kekuatan Taku meruntuhkan hampir separuh bangunan sekolah.. Taku cuba melarikan diri dari Mika sebab setiap kali dia nampak Mika dia nak bunuh Mika.. Sudahnya rakan-rakan sekolah turut menjauhkan diri dari Taku, sebab perangai Taku yang semakin pelik.. Satu hari Taku nampak Mika diculik jadinya dia kejar dan nampak Mr. Atsumi dan seorang lagi pelajar cuba bunuh Mika.. Malangnya Taku berjaya kalahkan pelajar tu tapi masa dia lawan Mr. Atsumi, Taku blank.. Bersambung..
Sha baca dan selesai pada 08.11.2024
Published May 15, 2018 by Kodansha Comics
Obalab Pure Triangle Cake: Chocolate
Assalamualaikum..
Hye semua..
Sha cuba lah kek dari Obalab ini, sebab hype kan.. Ada rakan sekerja jual.. Okaylah tapi tekak Sha memang tak boleh terima.. Jenuh nak habiskan.. Sha tak tahulah nak terangkan macam mana, tapi memang tak masyuklah kat tekak Sha.. Selalunya jaranglah makanan yang rasa coklat Sha tak suka.. Tapi yang ini memang tak boleh nak terima.. Okaylah ini untuk rasa dan cuba.. Tak beli dah walaupun rasa yang lain.. Dia ada satu rasa yang Sha tak boleh nak terangkan, yang tak kena dengan Sha..
Obalab Pure Triangle Cake: Chocolate
Saturday, November 9, 2024
ebook | Why My Cat Is More Impressive Than Your Baby by Matthew Inman, The Oatmeal
Assalamualaikum..
Hye semua..
Buku ini menyajikan ilustrasi lucu yang penuh warna, menggambarkan perbandingan di antara kucing dan bayi secara kelakar.. Penulis menggunakan jenaka sinis dan sarkastik untuk menyindir obsesi manusia terhadap kucing.. Setiap halaman memaparkan situasi yang menggelikan, seperti bagaimana kucing selalu menang dalam setiap perbandingan tersebut.. Memang lain macam penyampaian penulis ini..
Buku ini bukan hanya menghiburkan tetapi juga membawa perspektif santai terhadap hubungan manusia dengan kucing.. Sesuai sangat dijadikan bacaan ringan dan hadiah lucu untuk peminat komedi atau pemilik kucing..
Sha baca dan selesai pada 07.11.2024
Published June 4, 2019 by Andrews McMeel Publishing
7-Eleven: Penang Prawn
Assalamualaikum..
Hye semua..
Pergh!! Kuat betul bau udang dia.. Sha kurang suka rasa dia.. Tak kena dengan tekak Sha.. Beli ini sekadar nak rasa sahaja.. Ini satu lagi rasa mee segera dai 7-Eleven.. Saiz mangkuk yang besar.. Senanglah nak makan, tambah air panas dan biarkan sekejap.. Mee dah lembut, bolehlah makan.. Walaupun sha suka udang tapi mee ini bukanlah kesukaan Sha.. Bau udang dan rasa dia tu terlalu kuat, jadi tak best untuk sha.. Gitu.. Tapi kalau korang, Sha tak pastilah..
7-Eleven: Penang Prawn Instant Noodle (90g) - RM3.90
Isi dalam dia..
Warna dia.. Pergh!!
ebook | Why Grizzly Bears Should Wear Underpants by Matthew Inman, The Oatmeal
Assalamualaikum..
Hye semua..
Koleksi komik oleh The Oatmeal yang memaparkan gaya humor sarkastik dan kadangkala tak masuk akal.. Dari kisah haiwan yang berkelakuan pelik hingga komen sinis mengenai kehidupan moden, buku ini menawarkan ketawa tanpa henti.. Ilustrasinya berwarna-warni dan ringkas, tetapi berjaya menyampaikan mesej dengan cara yang sangat menggelikan hati.. Bagi peminat jenaka yang unik dan penuh sindiran, komik ini adalah pilihan terbaik untuk mengisi masa lapang dan menghilangkan kebosanan..
Sha baca dan selesai pada 06.11.2024
Published October 1, 2013 by Andrews McMeel Publishing, LLC
Friday, November 8, 2024
7-Eleven Mixed Fruits & Unsalted Nuts
Assalamualaikum..
Hye semua..
7-Eleven makin meluas nampaknya.. Kekacang dia pun makin banyak pilihan.. Kali ini Sha beli kacang campur dengan buah kering.. Unik sebab ada beri biru kering.. Selalu tu buah kranberi atau kismis ja yang ada.. Sedap sebab kekacang dia rasa segar tanpa garam.. Uniklah.. Memang puas hatilah makan.. Cuma tulah, jumlah kekacang dan buah campur tu tak sama banyak.. kikiki..
7-Eleven Mixed Fruits & Unsalted Nuts (40g) - RM5.90
Meriah isi dalam dia dengan Kacang Gajus, Badam, Kacang Hazel, Beri biru, Kranberi dan 1 biji walnut..
ebook | My Dog: The Paradox: A Lovable Discourse about Man's Best Friend by Matthew Inman, The Oatmeal
Assalamualaikum..
Hye semua..
Komik ini membawa pembaca ke dalam dunia anjing dengan gaya humor yang tersendiri.. Melalui ilustrasi dan dialog yang penuh jenaka, penulis memaparkan betapa berbezanya kita melihat anjing, tetapi pada masa yang sama, menyedari betapa dalamnya hubungan kasih sayang antara manusia dan anjing.. Ia adalah karya yang menghiburkan dan menyentuh hati bagi pemilik anjing..
Sha baca dan selesai pada 06.11.2024
Published May 7, 2013 by Andrews McMeel Publishing, LLC
Pokka Ice Strawberry Tea & Ice Lychee Tea
Assalamualaikum..
Hye semua..
Sha beli 2 ini dengan harga RM6.90.. Kalau tak satu tu RM4 lebih.. Kira berbaloilah kan.. kikiki.. Perisa strawberi tu baru lagi, yang laici tu dah lama ada.. Gabungan teh dengan strawberi memang best.. Tambahan pula dia guna jus strawberi, memang lagi asyiklah..
Teh dengan laici, gabungan yang menarik dan sedap.. Tambahan pula menggunakan jus laici, memang asyiklah melayannya.. Minum pula sejuk-sejuk, melegakan tekak dikepanasan hari.. Gitu..
Pokka Ice Strawberry Tea (500ml)
Pokka Ice Lychee Tea (500ml)
Thursday, November 7, 2024
Rawatan Gigi Amani
Assalamualaikum..
Hye semua..
Pagi tadi Sha bawa Amani ke Klinik Pakar Pergigian untuk rawatan susulan.. Alhamdulillah gigi dia berada dalam keadaan baik dan Amani dah di discharge dari Klinik Pakar Pergigian Teluk Intan.. Lepas ini buat normal checkup dekat Klinik gigi berdekatan sahaja.. Lega rasanya bila doktor kata gigi dia dah okay.. Terima kasih buat semua doktor dan jururawat di Klinik Pakar Pergigian, Hospital Teluk Intan untuk 9 tahun rawatan..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Book Quotes
Review & Rating
Sha's bookshelf: read
by Del Osmera
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
by Del Osmera
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..