Showing posts with label Review Buku. Show all posts
Showing posts with label Review Buku. Show all posts

Monday, October 5, 2026

ebook | Mendewasa Dengan Luka: Bagaimana Masa Lalu Memberi Kesan Kepada Emosi Diri oleh Aiman Amri

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku yang buat Sha rasa macam sedang duduk berbual dengan diri sendiri.. 😌

Buku ini mengajak kita melihat semula bagaimana pengalaman masa lalu, terutamanya ketika kita membesar boleh mempengaruhi cara kita berfikir, merasa dan bertindak apabila sudah dewasa.. Penulis menyampaikannya dengan bahasa yang santai dan mudah difahami, jadi walaupun topiknya agak berat, bacaan masih terasa ringan..

Sha suka bagaimana buku ini tidak sekadar menyuruh kita “move on”.. Sebaliknya, kita diajak untuk mengenali luka itu, memahami emosi sendiri dan belajar berdamai dengan apa yang pernah berlaku suatu waktu dahulu..

Ada bahagian yang buat Sha berhenti sekejap dan fikir, “Oh… rupanya benda yang kita anggap kecil dulu pun boleh tinggal kesan yang panjang..”

Bagi Sha, buku ini sesuai untuk sesiapa yang sedang cuba memahami diri sendiri atau mahu mengenali dengan lebih baik bagaimana pengalaman masa lalu boleh mempengaruhi diri kita hari ini..

Sha baca dan selesai pada 30.09.2026

Published August 25, 2023 by IMAN Publication

"Buku ini bukanlah penyelesaian kepada kecederaan emosi, dan bukan juga ubat yang boleh memulihkan episod-episod kesakitan lampau anda.. Akan tetapi, buku ini bertujuan untuk kita bina satu persepsi baru terhadap kisah silam itu dan perhatikan bagaimana ia memberi kesan kepada kita sekarang.."

Tuesday, August 18, 2026

Buku | Acah-Acah #Deep oleh Shazreen Fazlynda

Assalamualaikum..
Hye semua..

Walaupun tajuknya Acah-Acah #Deep tapi jangan pula ingat isinya kena baca sambil kerut dahi dan termenung pandang jauh.. 😂 Buku ini sebenarnya santai, ringan dan sesekali buat Sha tersenyum.. Isinya comel tentang penulis sendiri.. Perkongsian yang menarik, kelakar dan memberi tauladan sebenarnya..

Penulis berkongsi pelbagai cerita tentang kehidupan, daripada perkara yang biasa kita lalui sehinggalah pengalaman dan pandangan yang membuatkan kita berhenti sekejap untuk berfikir.. Gaya penulisannya pula bersahaja, macam sedang duduk bersembang dengan kawan.. Ditambah pula dengan penggunaan loghat utara yang menjadikan pembacaan terasa lebih dekat dan tidak terlalu formal..

Ada bahagian yang menghiburkan, ada yang memberi inspirasi dan ada juga yang membuat Sha terfikir, “Eh, betul juga apa dia cakap ni.” 😆 Dalam santai-santai itu, terselit juga nasihat tentang bagaimana kita melihat kehidupan, menghadapi masalah dan cuba menjadi versi diri yang lebih baik..

Konsep buku ini yang tidak terlalu berat.. Tak perlu baca banyak-banyak dalam satu masa.. Boleh buka mana-mana halaman, baca sedikit, senyum sedikit dan sambung hidup macam biasa.. 🤭

Sha baca dan selesai pada 18.08.2026..

Published February 1, 2016 by Puteh Press

Tuesday, August 4, 2026

Buku | 365 oleh Anwar Fazal

Assalamualaikum..
Hye semua..

365 bukan sekadar sebuah buku motivasi biasa, tetapi himpunan kata-kata dan peringatan yang mengajak pembaca untuk melihat semula kehidupan dari sudut yang berbeza.. Setiap halaman membawa mesej tentang harapan, keinsafan, kasih sayang dan hubungan manusia dengan Allah.. Konsep buku ini diambil daripada 365 hari dalam setahun, seolah-olah mengingatkan bahawa setiap hari ialah peluang baharu untuk kita memperbaiki diri..

Sha suka kerana penyampaiannya ringkas dan mudah difahami.. Ada beberapa nukilan yang membuatkan Sha berhenti seketika untuk berfikir, manakala ada juga yang memberikan semangat ketika hati terasa penat.. Buku ini bukan jenis yang perlu dihabiskan dalam masa sehari, boleh ja dibaca perlahan-lahan dan dihayati sedikit demi sedikit.. Cumanya Sha suka baca sekaligus.. Ada masa terluang atau perlukan semangat, boleh baca balik..

Sha baca dan selesai pada 04.08.2026..

Published June 1, 2015 by WhiteCoat Enterprise

Monday, July 20, 2026

ebook | Wahai Diriku, Apa Sebenarnya yang Kau Mahu? oleh Abu Hamid al-Ghazali, Nor Alisa Abdullah (Penterjemah)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Naskhah ini mengajak pembaca bermuhasabah serta memperbaiki hubungan dengan Allah dan diri sendiri..

Sha suka cara penyampaiannya yang tenang dan tidak menghakimi.. Walaupun sarat dengan ilmu, bahasa terjemahannya mudah difahami dan membuatkan Sha ingin membaca perlahan-lahan supaya setiap nasihat benar-benar dapat dihayati.. Ini bukan buku yang sesuai dibaca dengan tergesa-gesa, tetapi lebih kepada teman untuk direnungi sedikit demi sedikit..

Sha baca dan selesai pada 20.07.2026..

Published May 17, 2025 by PTS Publications Sdn. Bhd.

Friday, June 26, 2026

ebook | Ayah, Ini Arahnya ke Mana, ya? oleh Khoirul Trian

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ada buku yang dibaca dengan mata. Ada buku yang dibaca dengan hati.. Buku ini... dibaca dengan air mata..

Buku ini bukan sekadar bercerita tentang seorang anak yang mencari arah, tetapi tentang ramai daripada kita yang sedang berpura-pura kuat ketika dewasa.. Setiap helaian terasa seperti sepucuk surat yang tak pernah sempat dihantar kepada seorang ayah..

Sebagai seseorang yang sudah kehilangan abah, ada banyak bahagian yang membuatkan Sha berhenti membaca seketika.. Bukan sebab jalan ceritanya berat, tetapi kerana rindu itu tiba-tiba datang tanpa diundang.. Ada ketika Sha terfikir... "Kalaulah abah masih ada, mungkin Sha pun akan bertanya... Abah, ini arahnya ke mana?"

Penulis menulis dengan bahasa yang mudah tetapi setiap ayatnya mempunyai emosi berat yang sukar dijelaskan.. Tidak perlu ayat yang berbunga-bunga untuk membuat hati terasa sesak.. Cukup dengan kata-kata yang jujur, buku ini sudah berjaya meninggalkan kesan..

Buku ini mengingatkan Sha bahawa semakin kita dewasa semakin banyak persoalan yang perlu dijawab sendiri.. Namun, dalam diam... kita tetap seorang anak yang kadang-kadang cuma mahu mendengar satu ayat daripada seorang ayah.. "Tak apa... semuanya akan baik-baik saja." 

Sha baca dan selesai pada 26.06.2026..

Published October 15, 2024 by Gradien Mediatama

Thursday, April 16, 2026

ebook | Nyam Nyam oleh Yeop Mie, Ida Sri Sulo

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini merupakan siri Cerdas Mengurus Emosi dimana penyampaian cerita bertujuan memberikan pengajaran kepada kanak-kanak.. Antaranya ialah
1. Mengajar kanak-kanak mengenal dan mengurus emosi melalui penceritaan. Ini amat penting untuk membina konsep kendiri yang positif.
2. Membentuk perkembangan literasi kanak-kanak melalui bacaan cerita berima.
3. Cerita yang bersesuaian dengan peringkat umur dengan ilustrasi yang menarik.
4. Teknik bacaan seperti bacaan bersama dan bacaan dengan bersuara boleh diaplikasikan supaya penceritaan lebih bermakna.

Selain itu di bahagian akhir buku ini juga ada aktiviti pengukuhan yang boleh dibuat..

Sha baca dan selesai pada 16 April 2026..

Published January 1, 2019 by Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

Friday, February 20, 2026

ebook | I'm A Backpacker: Germany oleh Khairul Abdullah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini mengajak pembaca menyusuri Jerman dari perspektif seorang backpacker yang ringkas, jujur dan sangat membumi.. Ia bukan sekadar catatan destinasi, tetapi kisah tentang keberanian keluar dari zon selesa, seni menyesuaikan diri dengan budaya asing dan keindahan pengalaman kecil yang sering terlepas pandang..

Gaya penulisannya santai dan mudah dihadam, seolah-olah mendengar cerita perjalanan daripada seorang rakan yang baru pulang merantau.. Tip praktikal diselitkan tanpa terasa mengajar, manakala naratifnya membuatkan Jerman terasa dekat walaupun dibaca dari jauh.. Sesuai untuk peminat travelog, bakal backpacker atau sesiapa sahaja yang gemar membaca kisah perjalanan yang jujur dan memberi inspirasi..

Ringkasnya, ini bacaan ringan yang mampu menyalakan rasa ingin mengembara, walaupun hanya dari balik halaman buku..

Sha baca dan selesai pada 19.02.2026..

Published February 27, 2017 by Puteh Press

Thursday, January 8, 2026

Buku | Noktah yang Memujuk oleh Iddin Ramli

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini memang dalam pembacaan Sha tahun lepas (Jun 2025) tapi setakat selak-selak ja.. Tahun ini baru Sha baca betul-betul.. 

Buku ini bukan kategori puisi, ia lebih kepada petikan kata-kata daripada penulis tentang hal-hal yang melingkungi dirinya.. Banyak kesalahan ejaan yang perlu diperbaiki dan ada beberapa ayat yang seolah-olah tergantung atau tak kena penggunaan perkataannya.. Walaupun ini bukan buku kegemaran saya, tetapi masih okay untuk di baca semua buku.. Bolehlah buat layan-layan..

Sha baca dan selesai pada 06.01.2025..

Published March 1, 2022 by NASEEHAT Holdings Sdn Bhd

Friday, November 7, 2025

ebook | Solo Leveling, Vol. 9 by Dubu (Artist), Chugong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku 9 ini Jinwoo berjaya dapat bayang dalam rak general dan buat pertama kalinya bayang tu boleh bercakap.. Bayang tu diberi nama Beru.. Pada masa yang sama, tiba-tiba muncul dua orang asing dekat Pulau Jeju.. US pula cuba nak rekrut Jinwoo menggunakan Lady Selner malangnya tak berjaya sebab Jinwoo bukan sebarangan hunter.. Lady Selner sendiri kecut perut dengan Jinwoo sebab kuasa Jinwoo bukan biasa-biasa..

Buku ini juga bagi tahu kita Jinwoo dan Jinho dah berjaya bina guild sendiri.. Kemunculan tiba-tiba hunter Hae-In untuk menyertai guild mereka, menimbulkan kemusykilan dekat Jinwoo.. Jadi Jinwoo suruh Hae-In untuk kalahkan pahlawan bayang dia dulu.. Mulanya Jinwoo suruh Igris tapi selepas Hae-In berjaya kalahkan Igris, Jinwoo panggil Beru.. Beru diminta berlawan dengan Hae-In tanpa mencederakan Hae-In tapi mesti kalahkan Hae-In.. Tapi bila Hae-In paksa diri dia guna seluruh tenaga, naluri membunuh Beru tiba-tiba muncul.. Mujur ada Jinwoo.. Kalau tak memang ke laut dalamlah Hae-In.. Jadinya Jinwoo tanyalah Hae-In kenapa dia beria-ia nak joint guild diorang.. Hae-In cakap dia suka Jinwoo.. Hahahaha.. Comel gila masa ini.. Owh ya, masa Hunter Hae-In nyawa-nyawa ikan, Jinwoo hidupkan bayang hunter Min Byeong-Gu untuk pulihkan hunter Hae-In.. Masa ni, hunter Min Byeong-Gu minta hunter Hae-In sampaikan dekat Jinwoo supaya berhati-hati dengan kuasa yang dia ada..

Hujung komik, sekolah Jin-Ah (adik Jinwoo) tiba-tiba muncul gate dan monster.. Naya.. Jinwoo pula dekat Busan tengah raid dungeon gred A.. huhuhuhu..

Sha baca dan selesai pada 04.11.2025..

Published August 20, 2024 by Ize Press

Thursday, June 5, 2025

ebook | Bite by Bite: Nourishments and Jamborees by Aimee Nezhukumatathil

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini mengandungi 40 esei pendek, setiap satunya berpusat pada satu jenis makanan atau minuman,  daripada lumpia, rambutan, mangga, hingga ais kisar, sirap maple, risotto dan vanila.. Setiap esei mengungkapkan bagaimana makanan tertentu membangkitkan kenangan, emosi, dan identiti budaya, serta menghubungkan pengalaman peribadi penulis dengan warisan keluarganya.. Beliau mengaitkan makanan dengan kenangan masa kecil, perayaan keluarga, dan pengalaman peribadi yang mendalam.. Penyampaian yang puitis dan penuh emosi menjadikan setiap esei terasa seperti hidangan yang menyentuh jiwa.. Beliau berjaya menggabungkan fakta sejarah, mitologi, dan trivia menarik tentang makanan dengan naratif peribadi, bagi mencipta pengalaman membaca yang mendalam dan reflektif..

Buku ini sesuai dibaca secara santai, satu esei pada satu masa, membolehkan pembaca menikmati dan merenung setiap "gigitan" cerita yang disajikan..

Sha baca dan selesai pada 03.06.2025..

Published April 30, 2024 by Ecco

Friday, May 23, 2025

Butterflies and Moths: Explore Nature with Fun Facts and Activities by D.K. Publishing

Assalamualaikum..
Hye semua..

Nampak banyakkan tiba-tiba bacaan Sha.. Kalau tak kerana mencarikan buku untuk Imani memang tak adalah nak membacanya.. Sebelum bagi Imani, mak kenalah tengok dulu isinya.. Sekurang-kurangnya tahu apa yang dibaca.. Buku kali ini tentang rama-rama dan juga kupu-kupu.. Kitaran hidup mereka.. Perbezaan dan juga apa yang menarik tentang mereka..

Kebanyakan rama-rama berwarna-warni, manakala kupu-kupu biasanya kusam ataupun tidak menarik. Kebanyakannya kupu-kupu mempunyai badan yang tebal berbulu dan antena berbulu (feelers), manakala rama-rama mempunyai antena yang panjang dan nipis.. Ini antara perbezaan yang ketara antara rama-rama dna kupu-kupu.. Memang mengasyikkanlah bila baca buku ini.. Memang nampak sangat ketara perbezaan mereka.. Ada juga aktiviti mudah yang boleh dilakukan bersama..

Sha baca dan selesai pada 23.05.2025..

Published March 1, 2018 by DK Children

ebook | Flowers by D.K. Publishing

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha carikan bacaan atas talian untuk Imani sebenarnya.. Terjumpa buku ini.. Sambil-sambil tu kita bacalah juga.. Menarik sebab buku ini tentang bunga.. Berwarna warni, teruja melihatnya.. Isi dia semuanya tentang bunga, kepelbagaian bunga.. Malah ada juga tentang pokok yang tak berbunga.. Owh ya, ada aktiviti juga walaupun tak banyak tapi menariklah untuk dicuba..

Published March 12, 2019 by DK Children

Saturday, May 17, 2025

Buku | Noktah Terjahit oleh Nik Nur Madihah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semangat membaca tiba-tiba meresap.. kikiki.. Semnetara tengah bersemangat ini, jomlah kita baca apa adanya.. Kali ini Sha pilih buku bertajuk Noktah Terjahit.. Buku ini ada 6 bab.. Setipa bab membawakan topik yang berbeza.. Apa pun pandangan manusia tentang kehidupan, pada akhirnya kita punya pandangan peribadi yang tersendiri.. Buku ini menyampaikan apa yang dirasai oleh penulis pada kehidupan dan berkongsi dengan pembaca.. Kita boleh sahaja bersetuju dan juga tidak bersetuju kerana setiap kita punya pandangan yang berbeza namun perkongsian penulis sedikit sebanyak pasti menimbulkan pelbagai rasa pada kita.. Buku yang menarik untuk buat kita berfikir tentang kehidupan secara keseluruhannya.. 

Published January 1, 2017 by Jejak Tarbiah

Friday, May 16, 2025

ebook | Thank You: (a book for teachers) by Sandy Gingras

Assalamualaikum..
Hye semua..

Satu lagi buku yang menarik mengenai guru.. Buku ini mengucapkan terima kasih kepada semua jasa guru dalam mengajar dan mendidik.. Buku yang comel dengan grafik dan juga surat dari pelajar.. Memang comel dan terasalah ucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat guru..

Sha baca dan selesai pada 16.05.2025..

Comelkan ilustrasi dan surat dari pelajar tu..

Published March 23, 2010 by Andrews McMeel Publishing, LLC

ebook | Thank You For Teaching: A Celebration of the Inspiring Teachers in Our Lives by Mary Zaia

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sempena hari guru hari ini, jomlah Sha kongsikan buku menarik mengenai guru.. Buku ini mengandungi quote yang menarik dan juga menghargai guru..

Antara quote yang menarik ialah 
"The Teacher Who Is Indeed Wise does not bid you To Enter The House Of His Wisdom but rather leads you To The Threshold Of Your Mind. - KHALIL GIBRAN"

"A great teacher Is Someone Who Can Learn From His Students, Who Can Learn With Them, And Learns For Them. - ROBERT JOHN MEEHAN"

"The Best Teachers Are Those Who Show You
Where to Look, But Don't Tell You What to See. - ALEXANDRA K. TRENFOR"

"Teaching Might Even Be The Greatest of The Arts Since The Medium Is The Human Mind And Spirit. - JOHN STEINBECK"

"Most Of Us End Up With No More Than Five OR Six People Who Remember Us. Teachers Have Thousands of People Who Remember Them For The Rest Of Their Lives. - ANDY ROONEY"

"Teachers Are Our Greatest Public Servants;
They Spend Their Lives Educating Our Young People And Shaping Our Nation For Tomorrow. - SOLOMON ORTIZ"

Sha baca dan selesai pada 16.05.2025..

Published April 6, 2021 by Castle Point Books

Sunday, May 11, 2025

ebook | I Feel Happy: Why do I feel happy today? by D.K. Publishing

Assalamualaikum..
Hye semua..

Satu lagi buku untuk Imani.. Bahasanya mudah difahami walaupun dalam Bahasa Inggeris.. Seronok pula baca sebab pendek ja.. Isinya pun menarik tentang perasaan gembira.. Bila baca buku ini dengan sendirinya kita akan mula menghargai perkara-perkara kecil yang berlaku dalam hidup kita.. Sesekali kita tak perlu melihat perkara yang besar cukuplah kita menghargai apa ada nya dalam hidup kita.. Banyak ja perkara yang boleh membuatkan kita gembira..

Sha baca dan selesai pada 11.05.2025..

Published August 11, 2020 by DK Children

Saturday, May 10, 2025

ebook | Adventures with Finn and Skip: Forest by Brendan Kearney

Assalamualaikum..
Hye semua..

Finn dan Skip melakukan pengembaraan ke dalam hutan.. Pada awalnya perjalanan mereka sungguh menggembirakan.. Namun kemudiannya mereka melihat pokok-pokok yang hijau sudah tiada.. Diganti dengan keadaan yang lapan dimana pokok-pokok telah ditebang.. Semasa melihat-lihat, mereka bertemu dengan seekor anak tapir.. Mereka memasang khemah dengan harapan ibu bapa tapir tersebut akan datang.. Sebaliknya pula yang berlaku bila haiwan lain datang menumpang teduh.. Keesokkan harinya, Finn dan Skip terpaksa berllau pergi.. Mereka membawa anak tapir tu bersama namun semasa dalam perjalanan tiba-tiba laluan mereka kelihatan gelap rupanya berlaku kebakaran..

Sha baca dan selesai pada 08.05.2025..

Perkara yang kita boleh buat dalam usaha melindungi hutan..

Published February 15, 2022 by DK Children


Friday, December 6, 2024

Buku | Pujuk oleh Arlina Banana

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini menarik sebab Sha baca saat Sha dah tak ada rasa untuk membaca.. Sha saja selak-selak sebab nak katalogkan.. Eh! Macam menarik.. Jadinya berhentilah sekejap dari melaksanakan kerja dan mula membaca.. Baca buku ini buat emosi Sha macam roller coaster.. Kejap mendatar, kejap menaik kejap menjunam.. Walaupun ada beberapa bahagian Sha agak kurang berkenan dengan apa yang disampaikan tapi okay lagilah buku ini, boleh ja nak baca santai-santai.. Dia macam menarik tapi lepas tu hambar kemudian macam... Eh!! Apa yang aku baca ini.. Tapi Sha masih berjaya baca sampai habis.. Kelakarkan.. Walhal dah berapa lama tak pegang buku atau selak ebook.. huhuhu..

Sha memang sensitif bila baca topik berkaitan figura seorang 'Abah', buku ini menyedarkan betapa kita selalu terlupa betapa pentingnya watak seorang abah.. huhuhu..

Sha baca pada 06.12.2024

Published January 1, 2016 by Buku Pojok

Tuesday, October 29, 2024

ebook | I Won't Give Up My Rubber Band by Shinsuke Yoshitake

Assalamualaikum..
Hye semua..

Adoilah.. Comel sangat watak buku ini.. Buku ini membawa kita berimaginasi sama seperti watak utamanya.. Bayangkan betapa kita juga pernah seperti budak itu pada satu masa dahulu.. Menghargai walaupun hanya 1 getah pengikat yang dijumpai.. Berimaginasi menggunakan getah tersebut sampailah kita berjumpa pula dengan mainan lain.. 

Sha baca dan selesai pada 24.10.2024..

Published May 3, 2022 by Chronicle Books LLC

Saturday, October 26, 2024

ebook | What Color Is Night? by Grant Snider

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini bercerita tentang warna malam.. Betulkah malam itu gelap.. Atau sebenarnya ada warna lain di waktu malam.. Buku ini membawa kita menghayati warna-warna yang muncul bila malam menjelma..

Sha baca dan selesai pada 22.10.2024

Published November 5, 2019 by Chronicle Books LLC
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com