Showing posts with label Penghargaan. Show all posts
Showing posts with label Penghargaan. Show all posts

Friday, December 19, 2025

Hadiah Perpisahan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Khamis (11/12/2025) ada jamuan perpisahan untuk 3 orang staf dari Unit Sumber dan Aset yang akan bertukar keluar dari HSR.. Sha tak dapat datang sebab bercuti rehat.. Pagi Jumaat (12/12/2025), Sha masuk kerja tengok ada bungkusan atas meja Sha.. Hadiah dari 2 staf yang akan bertukar keluar tu.. Semoga 2 adik manis yang akan bertukar keluar, dipermudahkan urusan di tempat baru.. Setahun 5,6 orang bertukar keluar dan masuklah orang baru.. Tak sempat nak membina hubungan mesra dan rapat sudah mengucapkan perpisahan.. Begitulah adat dunia.. Bersilih ganti berjumpa dan berpisah..

Bungkusan istimewa..

Sehelai tudung berwarna biru.. Bila ambil gambar jadi warna lain pula..

Hari ini melaram pakai tudung baru.. Cantik bila bawah cahaya pagi..

Ini dalam kereta, guna cahaya flash camera telefon.. Lain jadi warnanya..

Saturday, December 13, 2025

Hadiah Akhir Buat Guru

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tahun ini tahun akhir Imani di sekolah rendah.. Sha dah belikan siap-siap hadiah perpisahan untuk guru-guru dia.. Antara yang Sha beli ialah TYESO Vacuum Insulated Tumbler ini.. Ada pelbagai warna dan 2 saiz.. Sha beli yang 500ml dan 710ml.. Sha beli berdikit-dikit, bermula dari awal tahun hari tu.. Ini untuk cikgu sekolah pagi.. Kemudiannya untuk Ustaz dan Ustazah sekolah petang Sha belikan set cutlery.. Sama juga beli berdikit-dikit.. Kalau sekaligus memang terduduklah kan.. 

Hadiah untuk cikgu, Ustaz dan Ustazah Imani..

Ini untuk Ustaz dan Ustazah sekolah petang.. Sedikit hadiah tanda terima kasih atas tunjuk ajar selama 6 tahun Imani di sekolah agama.. Sha bagi pada 10 Disember 2025 masa jamuan akhir pelajar darjah 6..

Ini pula untuk cikgu-cikgu Sekolah Kebangsaan.. Sha dan Imani bagi masa Hari Anugerah (Khamis-11/12/2025).. Memang masa ini ja Sha rasa mudah untuk sampaikan.. Sha cari semuanya dan ambil gambar juga tanda kenangan.. Alhamdulillah.. Selesai sudah..

Thursday, November 27, 2025

Kasut Baru dari Suami

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Sha dapat 2 pasang kasut baru dari encik suami.. Satu buat pakai kerja dan satu lagi untuk jalan-jalan.. Memang cunlah.. Encik suami beli ikut saiz kasut Sha yang sebelum ini.. Beli di Shopee ja.. Ganti kasut kerja dan jalan yang sudah sampai hayatnya untuk dibakul sampahkan.. kikiki.. Kasut kerja lama dah patah dua tapaknya, tapi berbaloilah sebab Sha beli Julai 2023 kot.. Lama tu pakai, berbaloi dengan harga dia.. Kasut jalan pula dah pecah kulitnya, yang ini baru setahun lebih ja pakai.. 

Encik suami beli 12 November dan kasut sampai pada 17 November..

Merah hitam ini kasut jalan..

Kita rasmikan hari ini..

Ini pula ganti kasut kerja yang dah patah tapaknya..

Serba hitam dan ringan untuk dipakai..

Wednesday, November 19, 2025

Saguhati dari TNB

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam encik suami bawa pelajar ke Stesen Janakuasa TNB di Tapah, lepas tu pihak TNB bagi saguhati dekat encik suami.. Alhamdulillah rezeki buat kami juga.. Dapat teh dan jem strawberi.. Yeah!! Bertambah teh berpirasa di rumah kami..

Lawakan beg TNB ini..

1 jem strawberi dan 2 kotak teh jenama Cameron Valley perisa Lemon dan Strawberi.. 
Sedap teh dia.. Terasalah buah lemon dan strawberi tu bila kita bancuh walaupun tak terllau kuat..

Sedap betul jem strawberi dia.. Tak manis, tak terlalu masam dan ada ketulan buah strawberi.. Memang syoklah makan..

Friday, July 18, 2025

Buah Tangan dari Mekah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam petang rakan sepejabat menghantar buah tangan kiriman dari CC yang dah bersara.. CC ini baru balik dari Mekah.. Comel sangat buah tangannya.. Semua orang dapat hadiah yang sama.. Sha memang sukalah buah tangan comel ini.. Tamabhan pula baru aja tengok perkongsian video mengenai patung ini di media sosial.. Bila dapat di tangan, teruja betul rasa hati.. Sha doakan semoga CC diberikan kesihatan yang baik dan dilapangkan rezeki.. Aamiin..

Aduh!! Tertonggeng pula dia..

Mungkin gantungan besi tu membuatkan si comel ini tertumus begitu.. kikiki..

Akhirnya Coby dah mendapat teman.. Nak namakan si comel ini apa ye?

Monday, July 14, 2025

Menang GiveAway Sempena Birthday 2025 by Blogger Notie

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang tak perasan pengumuman Pemenang GiveAway Sempena birthday 2025 oleh Blogger Notie ini.. Kebetulan pagi Rabu tu tengah ralit tengok Threads, tu yang perasan email masuk dari Kak Notie.. Terus balas.. Terima kasih kak.. Lepas tu terus Sha terjah blog Kak Notie.. Yeah!! Memang ada dalam senarai pemenang.. Sha peserta terakhir rupanya yang berkesempatan komen "Saya Nak" di entry GiveAway Sempena birthday 2025..

No 10. guys.. Alhamdulillah rezeki..

Hadiah selamat sampai pada 12.07.2025 tapi Sha baru ambil semalam.. Sha dapat notifikasi whatsapp dari penghantar.. Tu yang tahu Sabtu dah sampai.. Memang tak sabarlah lepas nampak gambar kotak.. Terima kasih Kak Notie untuk hadiah yang ohsem dan comel ini..

Argh!!!! Comelnya..

Monday, August 19, 2024

Hadiah Buku & ebuku Dari Penulis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha menerima mesej dari penulis yang berbeza.. Kesemuanya ingin menghadiahkan buku kepada Sha.. Sha juga turut menerima ebook dari penulis bernama Syaz Eym bertajuk Sampai Nanti dan ebook dari Syazni Rahim bertajuk Aku, Kamu dan Kelab Ulat Buku.. 3 dari 5 tajuk ini telah selamat Sha baca dan review.. 2 lagi bakal menyusul..

Buku yang pertama Sha terima bertajuk Kembar Bayangan oleh Sufi Abqari..

Ini pula buku dari penulis Hannah Rishas iaitu Hingga Akhir Nafasku dan Hati Yang Memanggil Namamu..

Wednesday, January 10, 2024

Kejutan Istimewa di Tahun 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam petang Sha terima satu bungkusan besar dari pos laju.. Terkejut juga sebab rasanya memang tak ada beli apa-apa.. Bila tengok pengirim, lagilah Sha terkejut.. Terima kasih Anies untuk hadiah yang ohsem sangat-sangat.. Terus Sha pakai hari ini.. 

Rupanya hadiah ini sebab Sha antara yang tersenarai di Top 5 for December 2023 + Top 5 of the year 2023 Anies.. Nampak tak.. Punyalah lama dah tak selalu blogwalking, sampai tak perasan kawan blog umumkan top 5.. Alhamdulillah masih ada rezeki walaupun dah kurang jalan-jalan ke blog kawan-kawan..

Scrunchies (Imani dan cop dengan alasan rambut mak tak banyak tak sesuai pakai..), brooch dan nota comel dari Anies..

Blouse dan tudung.. Cantik sangat..

Pagi tadi sebelum ke pejabat, suruh encik suami snap dulu..

Friday, December 8, 2023

Hadiah Dari Doktor

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masuk je pejabat lepas jaga kaunter nombor, tengok ada bungkusan atas meja.. Tanya rakan sekerja, katanya dari Doktor.. Alhamdulillah.. Terima kasih doktor.. Hadiah istimewa dari beliau yang baru balik dari Umrah.. 

Bungkusan istimewa..

Sejadah dan coklat..

Cantik sejadahnya.. Warna pun lembut je..

Tuesday, October 17, 2023

Late Celebration

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha dan encik suami keluar dating.. Cadangnya nak ke Cameron Highlands, minum teh dan makan Scones.. Memang da naik da pun, tapi bukan rezeki kami.. Tempat yang nak dituju tutup pula.. Makanya gerak baliklah kami.. Pergi Sha naik ikut Tapah, balik tu kami turun arah Simpang Pulai.. Sempatlah berhujan semasa nak menuju ke bawah.. Pergh!! Barulah merasa sejuknya CH.. kikiki.. Naik motor kan, memang basah bermandi hujanlah kami.. kikiki.. Lepas tu sampai dekat Simpang Pulai, cerah secerah-cerahnya.. Kering semua baju yang basah.. Elok je nak sampai area Hentian Sebelah Gua Tempurung, hujan pun mula turun.. Bukan renyai-renyai lagi dah.. Lebat selebat-lebatnya.. Memang basah kuyup lah Sha dan encik suami.. kikiki.. Tapi encik suami teruskan pemanduan.. Kami layan hujan.. Masuk Daera Tapah baru hujan mula reda tapi tetaplah sampai rumah dalam keadaan basah.. Sampai je terus pergi mandi..

Petang lepas ambil anak-anak, barulah kami ke KFC untuk makan bersama.. Ini je masa terluang yang ada.. Encik suami agak sibuk dengan kerja dan urusan mak beliau.. Jadinya bila ada peluang, kenaa guna sebaiknya..

Masa ini masih terang lagi.. Elok je lepas ambil gambar, gerimis pun turun..

Makan bersama di KFC.. Tahun ini, baru inilah anak-anak makan KFC.. Anak-anak Sha da tak berapa suka nak ke KFC, lebih gemar ayam McD.. kikiki..

Saturday, October 7, 2023

Hadiah Teka Di Blog Anies

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha menang teka tempat percutian Anies yang seterusnya.. Sha tahu pun sebab baru singgah di Blog Anies petang semalam.. Eh!! Sha menang.. Tak sangka tekaan Sha betul.. Hadiah dari Anies sampai pada 06 Oktober 2023, petang semalam sampai.. Memang betul-betul kejutan.. Baru je baca blog Anies, hadiah pun sampai.. Terima kasih Anies.. Suka Sha bila terima kejutan begini.. Semoga Anies sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan serta dilapangkan rezeki oleh Allah.. Aamiin.. Aamiin..

Makluman ini ada di entry terbaru Anies bertajuk Merhaba Türkiye..

Sementara komen Sha ini pula boleh tengok di entry Kaherah, Mesir: Masjid Al-Azhar.. 

Hadiah dari Anies..

Baju, broch dan nota dari Anies..

Terus pakai dan suruh encik suami tolong snapkan.. Memang cantik cun di badan Sha.. Pandai Anies pilihkan saiz tu.. Warna tu memang kesukaan Sha..

Wednesday, September 27, 2023

Menang Birthday Giveaway FarhanaJafri.com

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Sha tersenarai sebagai salah seorang pemenang di Keputusan Pemenang Birthday Giveaway FarhanaJafri.com.. Lepas tu Farhana ada tinggalkan komen untuk minta details Sha.. Petang lepas Sha bagi details, Farhana maklumkan ada beli kan sesuatu untuk Sha.. Semalam petang hadiahnya selamat Sha terima.. Cantik gila..

Terima kasih Farhana.. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermuda semua urusan Farhana.. Aamiin..

Komen dari Farhana..

Sehelai tudung bawal yang comel dan cantik.. Lembut.. Suka Sha dengan warna dia..

Update: Lama tak pakai tudung bawal.. Yeah!! Skil masih mantap.. kikiki.. Tq Farhana, anak-anak Sha cakap, Sha muda bila pakai tudung ini.. kikiki..

Friday, September 8, 2023

Hadiah Dari Penulis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Shaterima dua hadia yang sangat ohsem.. Kedua-duanya buku cuma dalam bentuk yang berbeza.. Satu buku fizikal dan satu lagi ebook.. Kedua-duanya Sha hargai sebab memang kesukaan Sha.. Bertambah koleksi Sha.. Terima kasih kepada kedua-dua penulis.. Sha sangat hargai pemberian anda ini..

Bungkusan istimewa..

Sebua novel bertajuk Apartment oleh Siti Rozilah, beg comel dan keychain..

eboo2 bertajuk Menunggu Kamu oleh Ogy Yusof

Wednesday, July 12, 2023

Bungkusan Penghargaan dari Penulis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam terima parcel ini dari penulis.. Memang penulis ada maklumkan nak kirimkan sedikit penghargaan kepada Sha.. Rasa bahagia sangat bila terima parcel macam ini.. Penulis yang Sha maksudkan ialah encik Salleh Kausari.. Antara buku beliau yang Sha dah baca ialah Sumpahan Ling Chi, Ophelia, Rose of Orient, Projek Cinta: Pilot, Projek Seram: Toys, Projek Seram: Gunung, Projek Seram: Pulau, Projek Thriller: Vape, Projek Thriller: Ubat, Antologi Jiwa Kacau: Gaun Berdarah & #Seramshit 1.5..

Parcel misteri..

Penanda buku, button badge, keychain dan alas cawan..

Poster karya penulis..

Monday, April 3, 2023

Parcel Istimewa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini memang mengujakan bilamana Sha terima 1 parcel dari bekas rakan sekerja.. Parcel yang berisi 2 buah novel seram.. Kami memang peminat cerita seram.. Terharu Sha sebab kedua-dua buku ini memang dalam wishlist Sha.. Sempena Ramadan ini, Sha doakan kesejahteraan beliau dan keluarga.. Semoga Allah sentiasa merahmati beliau dan keluarga serta melapangkan dan memberi kebaikan buat beliau serta keluarga beliau.. Aamiin.. Aamiin..

Parcel istimewa..

Maxwell dan Ain oleh penulis Naim Tamdjis..

Saturday, March 4, 2023

Kejutan Istimewa Dari Blogger Anies

Assalamualaikum..
Hye semua..

Petang tadi Sha terima bungkusan comel dari Blogger Anies.. Istimewa sangat kejutan yang diberi.. Terima kasih Anies untuk ingatan ini.. Buku nota comel tu Sha dah bagi pada Imani dan pemadam pen tu untuk Amani.. Kedua-duanya ucapkan terima kasih pada Anies..

Comel je bungkusannya..

Ada buku nota comel, kalender 2023 yang comel, fridge magnet dan pemadam pen..

Tuesday, January 10, 2023

Hadiah Top Komentator Dari Blogger Suria Amanda

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Semalam hadiah dari Kak Suria Amanda telah selamat Sha terima.. Sebuah novel yang menjadi kesukaan Sha.. hehehe... Bertambah lagi koleksi buku Sha.. 

Cantik berbalut.. Terima kasih Kak SA..

Tolong Jagakan Dia oleh Ateen Khalid
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com