Sunday, February 25, 2024

Coretan Semalam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini cerita semalam..

Asalanya nak pergi kenduri bekas pelajar semasa Sha pernah berkerja dalam bidang pendidikan saja tapi bila dah terjumpa bekas rakan sekerja, mereka mengajak pula ke kenduri rakan sekerja yang lain di Besaout.. Rakan sekerja tu memang pelawa semua yang mengenali beliau.. Jadinya ke dua kendurilah kami.. Memang kenyang.. Kenduri pertama makan nasi minyak lauk ayam masak merah, sambal dendeng, ulam dan kuah dalca.. Keduri kedua Sha hanya makan laksa, cendol dan kuih walaupun menu utama dia nasi ayam penyet dan nasi ayam.. Kenyang lagi dengan makanan di kenduri pertama tadi.. Paling seronok bila dapat berkumpul dengan rakan-rakan sekerja lama sebenarnya.. Sempatlah merasa bawa Pesona kawan dan bergosip.. hahaha..

Menu di kenduri pertama..

Ini isi buah tangan dari 2 tempat kenduri.. Air kotak, air mineral, biskut, tepung goreng ayam, kopiko 3in1, pengupas buah, sambal tempe dan bilis, jeli serta kek pandan.. Memang meriah..

ebook | Batara Guru oleh Lokman Hakim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Lain macam perjalanan ceritanya.. Awalnya bermula dengan keadaan dunia yang dah hancur dilanda bah.. Kemudian ada pembunuhan beramai-ramai.. Ezani dan Chiara membantu Inspektor Hawa sebab mereka pakar dalam menentang ilmu hitam.. Tapi kemudiannya Ezani duserang entiti yang tak disangka, Chaira terbunuh dan dunia hancur.. Betul ke ataupun itu semua mainan entiti yang tak disangka.. Cerita bersmabung..

Sha baca dan selesai pada 18.02.2024

Published March 14, 2023 by Penerbit-X

Bright Cow Greek Yogurt: MixBerry

Assalamualaikum.
Hye semua..

Sha tak beli yogurt ini.. Ada saudara encik suami yang bagi.. Sedap wei yogurtnya.. Tak pernah pula nampak dekat pasaraya ke ada, Sha yang tak perasan.. Saiz dia pun memnag puaslah makan.. Sha dapat rasa beberapa sudu je.. Selebihnya Imani yang makan.. hehehe.. Tu yang tak ambil gambar rupa yogurtnya macam mana, tak sempat.. Tahu-tahu je dah habis.. hahaha.. Rasa buah beri campuran tu memang bestlah.. Syok pula kunyah sebab ada ketulan buah beri juga.. Warna yogurt tu ungu.. 

Bright Cow Greek Yogurt: MixBerry (400g)

Serah Kunyi Pada Penyewa Baru

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdlillah semalam berjaya serah kunci pada penyewa baru.. Mudah urusan Sha.. Patutnya jumpa hari ini, tapi disebabkan semalam kami memang ke Ipoh sebab encik suami nak tolong gantikan penutup jamban yang rosak dan mengecat grill pintu hadapan, kebetulan penyewa baru pun nak singgah petang tu.. Makanya teruslah berurusan.. Memang mudahlah..

Alhamdulillah.. Selamat dah beri kunci rumah dan terima duit dari penyewa baru pada 24.02.2024.. Semoga yng baik-baik sahaja antara Sha dan penyewa baru ini..

Warna asal gril depan..

Setelah di cat.. Sama warna dengan pintu cumanya kelabu dia pekat sikit.. Nak balik baru teringat nak ambil gambar.. huhuhu..

Penutup jamban baru dibilik air utama..

Ini penutup lama.. Nak balik lepas selesai kerja baru perasan penutup ini dah pecah dekat bahagian pemegang skru dia tu..

Saturday, February 24, 2024

China | Misty Creed (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

3 sekawan iaitu Wu Xie, Qi Ling dan Pang Zi telah pergi ke kampung yang di selubingi kabus tebal.. Mereka menyiasat dari mana datangnya kabus dan terserempak dengan sekumpulan manusia yang tersesat.. Semasa mencari hanya tinggal 5 orang termasuk mereka yang terjatuh ke dalam lubang.. Semasa cuba mencari jalan keluar Qi Ling dan Wu Xie diserang mayat yang dikawal.. Semuanya kerana ingin menghidupkan kembali orang yang dah mati dengan mengorbankan Qi Ling.. Memang gilalah..

Movie: Misty Creed
Also Known As: The Black and Gold Palace, Hei Jin Gu Dian
Genres: Action, Adventure, Thriller, Mystery
Country: China
Release Date: Dec 28, 2023
Duration: 1 hr. 34 min.
An old man comes to seek the help of Wu Xie, Wang Pang Zi, and Zhang Qi Ling with a mysterious incident that occurred in the southwestern mountainous area. Fog rises in the mountains and villagers disappear. Everyone pursues the mystery to the abandoned black gold mine in the mountainous area, discovering that all the strangeness comes from mysterious creatures deep in the mine. After experiencing multiple crises, the three not only unravel the old man's conspiracy, but also successfully solve the problem of heavy fog.

Flying Horse Cappucino White Coffee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli dekat Mr. DIY.. Sebungkus comel ini ada 3 pek dalam dia.. Rasa kopinya agak keras tapi tak manis.. Memang layanlah minum panas-panas.. Pekat melekat rasa kopi dia.. Memang segar biji mata lepas minum..

Flying Horse Cappucino White Coffee (40g x 3) - RM2.50

Pekat memikat

ebook | Miqdad Hariq oleh ErHad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini cerita pasal Aira dan Hariq.. Diorang ini ada pertembungan silam yang dasyat tapi bukan keinginan mereka pun perkara tu terjadi.. Selama 6 tahun mereka tak bertembung pun sedangkan berkerja dalam bangunan yang sama tapi bila dah takdir tertulis, akhirnya mereka berjumpa.. Bermulalah cerita mereka yang penuh drastik dan kesedihan.. Bertimpa-timpa masalah Aira.. Bukan senang menjadi seorang Aira namun kewujudan Hariq banyak membantu walaupun Hariq sendiri hidup dalam kegelapan.. Memang bestlah baca.. Cuma tu lah..

Pertama sekali jalan cerita dan isi buku ini memang best.. Mantap.. Babak sedih dia bukan biasa-biasa, dengan kau sekali sedih.. Babak sakitnya jiwa mereka pun terasa.. Cumanya penyampaian dan susun atur cerita dia agak serabut.. Pertukaran dari satu babak ke satu babak tu tak ada ruang langsung.. Tiba-tiba je kau dah ke watak Hariq walhal tadi kau tengah baca babak si Aira.. Lepas tu nama watak pun kejap-kejap misplace.. Tadi kau baca buku tengah cerita tentang Balqis, eh tiba-tiba dah jadi Tasha walhal masih babak Balqis.. Faham tak.. Sha pun pening nak terang.. Hahaha.. Tu belum lagi ada beberapa watak tu tak ada penamat, macma tergantung.. Wujud untuk apa entah.. Ha gitu.. Sha faham je tapi penatlah..

Sha baca dan selesai pada 18.02.2024..

Published January 1, 2022 by NUR AQILA BINTI MOHAMAD MATHURUDI

Friday, February 23, 2024

Variety | Nana Tour with Seventeen (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Syok layan percutian kumpulan ini.. Sha tengok sebab karekter setiap ahli tu berbeza dan menggeletek hati.. Cumanya 12 orang sahaja yang pergi.. Ketua mereka iaitu Scoup tak pergi sebab masih dalam proses pemulihan.. PD Na bawa mereka ke Itali untuk berehat dan bergembira..

Sampai episod 5 memang puaslah gelak sebab ahli Seventeen kena sediakan persembahan dan menang hadiah.. Masing-masing berkerja keras menunjukkan bakat.. Lepas tu kagum jugalah tengok Woozi compose on the spot lagu tema untuk Program ini dengan DK.. Last sekali dapat dengar suara Seungkwan nyanyi live.. Pergh!! Masa episod akhir, syok betul tengok Woozi makan, memang semangat betul.. Lepas tu kelakar bila tengok Mingyu cuba pesan Lobster.. hahaha.. Kelakar..

TV Show: Nana Tour with Seventeen
Also Known As: Youth Over Flowers: Seventeen, Let's Go Together: Nana Tour With Seventeen
Director: Na Young Seok, Shin Hyo Jung
Genres: Adventure, Comedy
Country: South Korea
Episodes: 6
Aired: Jan 5, 2024 - Feb 16, 2024
Aired On: Friday
Original Network: tvN
Duration: 1 hr. 17 min.
Here comes the 7-day vacation full of laughter! Come enjoy Italy to the fullest! Follow the lead of Guide Na with SEVENTEEN, NANA TOUR with SEVENTEEN!

PD Na, a 20-year veteran of travel entertainment shows, got a new job as a tour guide and became Guide Na! He's the tour guide for SEVENTEEN, who's going on a vacation into the summer in Italy!

ebook | Ku Dengar Suara -Siri 1 oleh Han Nisa Mash

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini bagus dibaca semua.. Perkongsian dari seorang pesakit skizofrenia.. Bukan mudah nak lalui kehidupan bila ada penyakit ini.. Tambahan pula penyakit ini masih belum diterima kewujudannya.. Sekurang-kurang perkongsian ini mampu membantu kita memahami keadaan mereka yang mengidap penyakit ini.. Cuma tu lah, pendek sangat..

Sha baca dan selesai pada 17.02.2024..

Published January 1, 2021 by Hanisah Mashkuri

Ah Huat Kopitiam White Coffee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedap juga yang kopitiam siri ini.. Sha beli dekta kedai ECO.. bila pek comel macam ini, tak adalah teruk nak habiskan kalau tak kena dengan selera.. Ah Huat kopitiam ini sedap, tak terlalu lembut dan tak terlalu keras rasa kopi dia.. Sha suka.. Sesekali kita layan kopi segera macam ini, syok juga..

Ah Huat Kopitiam White Coffee (3pcs x 28g) - RM2.40

Pekat dan keras kopi dia.. Memang syok minum waktu pagi..

Thursday, February 22, 2024

Malaysia | La Luna (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang ohsem.. Cumanya Sha bagi tahu siap-siap, tak sesuai ditonton kanak-kanak.. Filem ini mesej dia berat dengan beberapa babak yang tak sesuai ditonton kanak-kanak.. Tapi jujur, memang best.. Berbaloilah tengok.. Ada beberapa babak kelakar yang memang boleh buat kita berdekah.. Namun lawak tu hanyalah selingan isi dia tu yang penting.. Lakonan mantap dari semua pelakonlah.. Memang menarik.. Cumanya ada lah beberapa perkara yang Sha tak berkenan.. Kalau korang tengok, ambil yang baik-baik sahaja tau.. Kita dah dewasa tahu mana yang baik dan mana yang tak baik..

La Luna
2023 ‧ Comedy/Drama/Romance ‧ 1h 49m
Stars: Shaheizy Sam/Sharifah Amani/Wan Hanafi Su/Nadiya Nissa/Iedil Dzuhrie Alaudin
The story revolves around a small village, Kampong Bras Basah, and the unexpected opening of a women's lingerie store, La Luna.

Mintz Chewy Soft Layered Candy: Barleymint

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha pernah kongsikan pasal gula-gula ini di entry Mintz Chewy Soft Layered Candy.. Ini satu lagi perasa yang baru ada Mr. DIY.. Rasa barli dan mint tu memang uniklah.. Tak pelik, berangin dan kenyal.. Seronok dikunyah.. Gitu..

Mintz Chewy Soft Layered Candy: Barleymint (115g) - RM2.70

Ada 54pcs dalam satu pek.. Banyak jugalah kan..

Coretan 22 Februari 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini tak tahulah kenapa.. Penat betul.. Walhal pesakit yang datang tak adalah ramai.. Mungkin sebab emosi ke ataupun sebab perut meragam.. Tapi memang lemau rasanya hari ini.. Lemau-lemau pun, sukses jugalah kerja dekat kaunter nombor.. kikiki.. Kerja kena jalan walau dalam apa keadaan sekalipun.. Gitu..

Manusia lemau yang menanti dengan sabar masa bergerak..

Alhamdulillah.. Rezeki pagi ini.. Ada pesakit bagi, kita doakan semoga urusan beliau dipermudah dan diberikan kesihatan yang baik.. Aamiin..

ebook | Rauf : Dia Tunang Misteri oleh Tya Khadeeja

Assalamualaikum..
Hye semua..

Okaylah jalan cerita dia.. Kisah Rauf yang dah bertunang dengan Syifa 12 tahun yang dulu namun baru memunculkan diri.. Berrunang tapi tidak pernah berkenalan.. Adalah gangguan langau tapi tak serius sebab orang di sekeliling Syifa baik-baik belaka.. Di bab yang terakhir, penulis berkongsi cerita bagaimana Rauf boleh menghantar rombongan meminang Syifa dan kemudiannya menyepi..

Sha baca dan selesai pada 16.02.2024..

Published November 1, 2022 by Ilham Santai Enterprise

Wednesday, February 21, 2024

Thailand | The Antique Shop (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini seram.. Cerita dalam cerita.. Bermula dengan Andy yang menyinggah ke sebuah kedai antik, kemudiannya pemilik kedai menyampaikan cerita disebalik barang antik yang dijualnya.. Kisah mengenai gelang yang menjerit meminta tolong kerana terperangkap disuatu tempat yang tak diduga.. Kisah seorang lelaki yang tanpa disangka ditolong oleh hantu yang pernah dibunuh.. Kisah terakhir mengenai lelaki yang tak merasa kesakitan dan membalas dendam ke atas pembuli-pembuli dia.. Kisah yang terakhir ini agak kejam dan mengerikan.. huhuhu..

Movie: The Antique Shop
Director: E Suphakorn Riansuwan
Genres: Horror, Supernatural
Country: Thailand
Release Date: Jun 2, 2022
Duration: 1 hr. 40 min.
In an antique shop owned by Madam, there are a number of unusual items awaiting their next owner and the day their story gets told. And so, when a young Singaporean man named Andy wanders into the store and inquires about a seemingly ordinary bracelet on one of the mannequins, Madam tells him of the doomed love story of the bracelet's previous owner: a Singaporean man who fell in love with a Thai woman but wound up in prison. But she persuades Andy to keep paying attention, as she weaves the tales of 3 thrillers associated with the various items in her shop. Thrillers that center around men from Thailand, Singapore, Indonesia, and South Korea.

In- Comix: Instant Coffeemix

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masuk je kedai EVO memang tangan tu laju je capai koppi segera yang Sha tak pernah cuba.. Kopi dia dalam pek comel, tak adalah stress sangat nak habiskan.. kikiki.. Kali ini Sha cuba jenama In-Comix.. Okaylah.. Kopi dia tak adalah keras sangat.. Layan juga minum waktu petang sambil makan cekodok.. kikiki..

In-Comix Instant Coffee (6x20g) - RM2.40

Ada 6 pek comel..

Bancuh secawan dulu..

Wordless Wednesday 2024

Tuesday, February 20, 2024

ebook | Nymphaea Putih (Mekar Jiwa) oleh Anne Rosie

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jalan cerita dia memnag mantap dan padu.. Kisah Usyair dan Kayla yang bertemu semula dalam keadaan yang tak disangka.. Dalam masa yang sama mereka kena menyiasat kartel dadah.. Jalan cerita yang bersulam dengan kisah sedih, percintaan dan juga penyiasatan oleh penulis memang menarik.. Cuma ada satu persolaan yang sampai sudah, penulis biarkan tergantung mengenia lelaki misteri yang cuba memyelamatkan Kayla dari Suhail.. Kemudian penamat buku ini juga dalam keadaan tergantung bila mana Najla dan Kayla hilang tanpa khabar..

Sha baca dan selesai pada 16.02.2024..

Published January 1, 2021 by Anne Rosie

2 Kursus Atas Talian

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Selesai 2 kursus hari ini.. Satu Sha mohon dari espek (INSTUN) dan yang satu lagi dapat dari kumpulan whatsapp pekerja kader.. Satu guna komputer, satu lagi guna telefon.. Dua kursus yang berbeza.. Satu tu lebih serius sebab aspek keselamatan dan satu lagi tu sekadar nak segarkan kembali ingatan..

Ini guna zoom.. Sha buka dekat komputer..
Ada kuiz dan juga penilaian.. Kuiz tu memang tricky betul sebab ada yang kena tanda dua jawapan baru dapat markah penuh.. Huhuhu.. Penilaian guna sistem espek oleh INSTUN..

Perkongsian bersama..

Ini kita guna google meet.. Buka je dekat telefon.. Mudah..
Ini lebih nak refresh ilmu.. kikiki..

Ovaltine Malted Drink

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedap.. Mewah betul rasa coklat dia.. Berbaloilah pada Sha.. Memang boleh beli lagi.. Imani pun suka.. Tu yang penting.. kikiki..

Ovaltine Malted Drink (500ml) - RM4.90

Temujanji Pertama MOPD Encik Suami

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini encik suami ada temujanji MOPD.. Sha daftarkan sahaja, sebab ada kursuskan.. Memang kena duduk depan komputerlah.. Lepas daftarkan encik suami, Sha masuk pejabat balik.. Sekejap je menunggu untuk jumpa doktor.. Alhamdulillah keputusan darah untuk kolestrol 4.2, gula 5.7, buah pinggang ok.. Yang lain-lain pun okay.. Berat bertambah 2kg.. Doktor kurangkan kuntiti ubat kepada sebiji sehari.. Lepas 6 bulan kalau okay, doktor nak berhentikan ubat.. Semoga yang baik-baik sahaja.. Aamiin..

Giliran ke tiga.. Awal, cepatlah jumpa doktor..

ebook | Sisi Mata Gelap oleh Yaya Abdul Rahman

Assalamualaikum..
Hye semua..

Comel gila nama watak utama dia, Boo.. Lelaki tau Boo ini.. Boo ini koma lepas kemalangan yang menyebabkan mak dia meninggal.. Sedar dari koma Boo diganggu makhluk yang pelik-pelik, minta tolong dengan Boo ini.. Perkenalan Boo dengan Ustaz Akil memudahkan Boo menyelesiakan permintaan makhluk pelik tu.. Memang kisah dalam ini pasal Boo dan keluarga dia.. Comel je perangai Boo dengan adik dia..

Sha baca dan selesai pada 16.02.2024..

Published June 1, 2021 by Yaya Abdul Rahman

Monday, February 19, 2024

Malaysia | Syif Malam (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Boleh tahan seram juga filem ini.. Gangguan demi gangguan rupanya bukan setakat dari hantu perempuan, sebaliknya ada satu lagi yang diorang tak perasan.. Hantu tu memang diorang bertembung dua tiga kali.. Siap tolong diorang tapi sebenarnya tengah kenakan diorang.. 

Mesej dia baguslah.. Bila kita jauh dari pegangan agama kita iaitu Islam, memang senanglah benda tu mainkan kita.. Seronok dia berdamping dengan kita..

Syif Malam
Genre: Fiksyen Seram, Komedi gelap
Penulis Skrip: Fairus Anuar
Pengarah: Fairus Anuar
Tarikh Tayangan: 7 Disember 2023
Watak Pelakon: Taqim Zaki, Anas Ridzuan, Shah Kimin, Zera Hariz, Kamarul Eqifshah, Sobri Anuar, Riezman Khuzaimi, Ismeth Syah

Syif Malam mengisahkan tiga rakan sepejabat iaitu Ikmal, Botak dan Mok yang bekerja sebagai pereka grafik, secara tidak sengaja merungkai mitos seram di bangunan tempat mereka bekerja sehingga merubah kehidupan masing-masing.

Satu kisah urban legend yang dianggap mitos berlegar-legar di bangunan tersebut tentang tragedi seorang pekerja wanita yang mati bunuh diri. Mengikut cerita, bangunan itu memerlukan korban tertentu setiap tahun.

Kejadian seram bermula apabila mereka bertiga dipaksa bekerja waktu malam untuk menyiapkan tugasan grafik pada saat akhir.

Pada awalnya, gangguan terjadi semasa mereka sedang bekerja seorang diri. Setelah masing-masing menceritakan pengalaman seram yang dialami, Mok membuat keputusan untuk meminta bantuan khidmat nasihat rakannya bernama Brotai yang mendakwa arif dengan perkara mistik.

Namun setelah melakukan beberapa upacara ritual atas nasihat Brotai, gangguan seram menjadi semakin ganas dan agresif. Kisah mitos yang mereka dengar selama ini tentang korban bangunan tersebut semakin menjadi realiti dan ianya sedang berlaku.

Dalam pada itu, seorang wanita misteri yang bekerja di bangunan sama cuba membantu mereka kerana dia dapat rasakan yang nyawa Ikmal, Mok dan Botak dalam keadaan bahaya jika gangguan masih berterusan.

Temujanji Pertama Amani di Teluk Intan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini temujanji rutin bagi memantau kesihatan gigi Amani.. Memang elok pun ada temujanji ini tambahan bila gigi dia rapuh..

Hari ini bila doktor periksa, gigi graham dia dekat belah bawah kiri dan kanan ada rosak sikit.. Memnag boleh tampal tapi akan tercabut balik.. Doktor cadangkan untuk pakai sarung besi.. Sha memnag terus setuju je.. Selamat sikit gigi dia.. Sebelum pakai sarung, Amani kena pergi ambil xray dulu.. Lepas xray, gigi graham tu rupanya dah berlubang bahaguan dalam.. Doktor buat ujian rasa, nak tengok gigi masih hidup ke tak.. Mujurlah masih ada rasa untuk gigi kiri tapi gigi kanan langsung tak ada.. Ujian rasa tu melibatkan rasa sejuk dan juga kejutan elektrik.. Tapi tu lah, gigi kiri tu tak respon pada ujian sejuk.. Sudahnya kena ambil xray lagi sekali untuk kedua-dua belah.. 

Buat masa ini Amani buat tampalan sementara dulu.. Minggu hadapan kena datang semula, nak buat ujian rasa lagi seklai untuk tentukan berkeperluan atau tidak rawatan akar.. huhuhu.. Semoga semuanya baik-baik sahaja.. Aamiin..

Hari ini kena bayar dua kali RM5 sebab tak boleh print GL.. kikiki.. 

ebook | Antologi Puisi Dan Haiku: Bulan, Bintang dan Cintaku oleh Intan Juliana Abd Hamid

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku puisi yang comel dan sweet.. Puisinya pendek namun menyentuh perasaan.. Memang sekali hadap je..

Sha baca dan selesai pada 16.02.2024..

Published January 1, 2021 by Intan Juliana Abd Hamid

Coretan Semalam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Coretan semalam.. Ke IJN melawat MIL yang kena buat Angiogram.. Alhamdulillah selamat semuanya hari ini.. Esok baru tahu keputusan sebab nak buat CT Scan pula.. 

Menu lunch Sha.. huhuhu.. Pedas juga tapi bukan pedas macam sambal kitam.. Pedas dia lain sikit..

Mighty White: Bun Kari Ayam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Mengancam warna pembungkusan dia.. Terus tergoda dan terbeli.. Alhamdulillah sedap dan memang terus jadi kesukaan.. Tak pedas yang paling penting.. Inti dia pun banyak walaupun dia buat stail hancur.. Sha suka.. Kena dengan selera Sha.. Harga pengenalan lagi ini.. Kalau jumpa, silalah beli.. Sha beli di kedai runcit je ini..

Mighty White: Bun Kari Ayam (70g) - RM2.00

Ada taburan daun pasli dan mayonis dekat bahagian atas bun roti..

Inti dia.. Rasa kari, ayam dan kentang.. Sedap..

Sunday, February 18, 2024

ebook | Cornflake Madu Untuk Sayang oleh Yaya Abdul Rahman

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah Nia yang menjadi isteri kedua kepada Aiman akibat percintaan mereka tidak direstui.. Bukan mudah bermadu tambahan pula bila isteri pertama terlalu mengokong dan inginkan perhatian suami.. Namun kerana satu peristiwa yang tak dijangka, Nia terpaksa mengajak madunya tinggal bersama.. Dari sini merek amula berbaik dan menerima kehadiran satu sama lain.. Malangnya mereka diduga dengan kehilangan yang tak dijangka.. Menariklah.. Cumanya Sha mengharapkan tajuk tu ada dalam penceritaan.. Mungkin penulis letak tajuk tu sebagai simbolik je kot..

Sha baca dan selesai pada 16.02.2024..

Published January 1, 2023 by Yaya Abdul Rahman

Indonesia | Tira (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menarik jalan cerita drama bersiri ini.. Cuma tu lah.. Perlahan sangat.. Penat tunggu.. Hahaha,.. Tu belum lagi perangai heroinnya agak.. hurm.. Tapi Sha suka kisah mengenai naga dan usaha menyelamatkan budak-budak yang nak dijadikan korban tu.. Ingatkan habis dah semua naganya, rupanya ada lagi 4 nak dicari dan salah seorang tu ada kena mengena dengan Krishna iaitu anak kepada Widya.. Awalnya Sha ingat Widya tu jahat.. Harapnya cepatlah keluar musim 2.. Syok pula layan..

Tira
2023 ‧ Action/Adventure/Drama/Fantasy/Sci-Fi ‧ 45m
Stars: Chelsea Islan/Bhisma Mulia/Karina Suwandhi/Agnes Naomi/Jeremie Juanito
TV Series - 8 episodes
1. Persahabatan Tingkat Tinggi
2. Belajar Percaya
3. Percaya Nggak Percaya
4. Mimpi Setinggi Langit
5. Bahaya Bermain Api
6. Kalah Bermain Cinta
7. Sepinya di Atas
8. Ikatan Darah
After rescuing nine kids from a human sacrifice ritual, Suci is struck with a curse, she'll die within 40 days. The mysterious Ben helps her to find a cure through an ancient power. Suci needs to balance her budding career as a movie stuntwoman, maintaining her grades and scholarship on campus, while saving her own life. She's getting dragged into a complicated situation when she finds out that the ancient powers belong to highly-acclaimed people who are caught in a secret war.

Catatan Random

Assalamualaikum..
Hye semua..

Encik suami dha selamat balik dari Thailand.. Sebelum balik, ada beliau telefon tanya kalau Sha nak apa-apa.. Sha pun tak pasti apa yang menarik.. Bila google dan searching di media sosial, dua ini lah yang nampak okay untuk diminta sebab encik suami naik motor je.. Jadinya, kita mintalah belikan..

Inilah buah tangan yang encik suami bawa balik.. Susu Meiji dan kacang Koh Kae rasa kopi.. kikiki.. Kopi dan Sha berpisah tiada..

Gambar yang encik suami kongsikan.. Susu ini ada dijual dalam 7E Thailand dan ada pemakluman mengenai halal.. Kira mudahlah nak beli..

Coka Sanwich Biscuit: Peanut & Chocolate Cream

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tak sangka jenama Bika ada keluarkan biskut.. Sha jumpa dua biskut ini dekat kedai runcit dalam taman perumahan.. Sedap juga biskut dia.. Bolehlah layan bersama secawan kopi..

Coka Sanwich Biscuit: Peanut & Chocolate Cream (70g) - RM1.50

6pcs setiap rasa.. Biskut coklat dengan inti krim kacang dan biskut 
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com