Thursday, March 31, 2022

ebook | Protector of Evil oleh Naurah Hazwany

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebuah kisah mengenai mereka yang menjadi slasher.. Pelindung kepada yang memerlukan.. Emily yang berjaya ke Akademi Slasher dengan misi tersendiri bertemu dengan Ethan Raja Slasher.. Walaupun hati kata suka namun sikap Ethan yang dingin dan beku membuatkan Emily resah sendiri.. Bila yang dicari muncul di depan mata Emily buat keputusan untuk tinggalkan Akademi tanpa pengetahuan Ethan.. Ethan mula mencari dan misi nya tak ada siapa yang boleh menghalang.. Kerana hilangnya Emily, akhirnya terbongkar peristiwa yang berlaku lama dahulu..

Sha baca dan selesai pada 31.03.2022

Sha beli dari penulis dan baca menggunakan Google Play Books..
Published September 27th 2021 by Studio Fictionist

Makan-makan Sebelum Ramadan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha dan rakan sekerja buat makan-makan sebelum 1 Ramadan.. Kami ber oden je.. Mulanya nak buat esok tapi esok ada makan-makan dengan Unit Pengurusan, sebab tu kami buat hari ini.. Beli bahan dan masak guna periuk nasi elektrik je.. Oden lah menu paling senang.. Sha bawa nasi goreng sekali.. Kalau tak nanti, ada yang lapar nasi..

Bahan untuk oden..

Sha makan nasi dengan steamboat..

Animasi Korea | Yeon-ae Halujeon (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama animasi yang pendek dan sweet sangat.. Hehehe.. Kisah 4 remaja yang saling menyimpan perasaan namun tak terungkap.. Kalau ikutkan ada 3 seasons, yang Sha tengok ini season 2.. Okay je.. Boleh faham sebab pendek gila drama dia.. Ada 10 episod dan setiap episod 2 minit je..

English: A Day Before Us
Episodes: 10
Status: Finished Airing
Aired: Jan 12, 2018 to Feb 23, 2018
Studios: LICO, Red Dog Culture House
Genres: Romance, Slice of Life
Duration: 2 min. per ep.
Synopsis: When Ha Eun takes shelter from a sudden downpour, she runs into someone she recognizes as her classmate. She greets him but is met by a cold shoulder, his curt replies shutting down her other attempts at conversing with him. When the awning above Ha Eun tears apart, she takes cover under the boy's umbrella and accidentally hugs him. Abashed and still annoyed, Ha Eun apologizes as the boy boards his bus.

As luck may have it, the two meet again when Ha Eun's university friend, Yeo Reum, invites both of them for dinner. The classmate is introduced as Yeon Woo and turns out to be Yeo Reum's childhood friend. After several drinks, another friend of Yeo Reum escorts him back home, leaving Ha Eun and Yeon Woo alone. The two share an intimate moment devoid of words. Will this be the first of many?

ENAQ Sambal Garing Ikan Bilis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tak lama lagi puasa kan.. Ini antara yang menarik untuk dimakan semasa bersahur.. Buat yang suka pedas, bolehlah cuba sambal garing ikan bilis jenama Enaq ini.. Pada Sha rasa dia agak pedaslah juga.. Tapi kalau makan dengan nasi, okay sikitlah.. Sha saja beli sebab pertama kali nampak semasa beli sambal kicap kesukaan Amani..

Ikan bilis dia rangup.. Cuma rasanya sedikit pedas.. Boleh cari dekat shopee ye, kalau berminat nak beli..

ENAQ Sambal Garing Ikan Bilis (160g)

Isi dalam dia tak adalah penuh sebalang tu.. hehehe..

Lot 100: Fizzi Sour Candy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha nampak sour candy, terus Sha beli.. Memang masam tapi tak adalah melampau.. serbuk masam tu dia bubuh dekat bahagian tengah gula-gula.. Kejap je masamnya.. Lepas tu dah manis balik.. hehehe.. Gula-gulanya perisa anggur hitam, lemon dan mangga.. Memang bestlah untuk segarkan mata yang mengantuk semasa memandu atau buat kerja.. hehehe

RM2.40 - beli di 99 Speedmart..

Yeah!! Suka packaging macam nie.. Selamat dari didatangi semut..

Wednesday, March 30, 2022

Kursus & Bengkel Bulan Mac

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini seharian berkursus dan berbengkel.. Yup, serentak keduanya.. Mujurlah secara atas talian.. Tak adalah gaduh nak belah badan.. Hahaha.. Lega dah.. Dapat 2 hari berkursus.. Seronok bila kursus dijalankan secara atas talian ini.. Lebih selesa tanpa perlu bersua muka dengan ramai orang dan peserta pun boleh ramai.. Norma baru kan..

Kursus Orientasi Bil 1/2022
Melibatkan 40 lebih peserta..

Bengkel Literasi Media & Maklumat Tahun 2022
Melibatkan peserta dari seluruh Malaysia dan boleh disertai seramai 100 orang melalui Google Meet dan lebih ramai di Youtube Live.. 

Oreo Dutch Wafer: Choco Vanilla

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli dekat 7 Eleven.. Kalau masuk sini memang akan terbeli makanan yang baru dan tak pernah jumpa.. Sha tak perasan harga dia mahal.. Dah scan baru tahu.. Hahaha.. Tapi berbaloilah bayar mahal, mewah dengan coklat.. Sedap dan tak sedar pun dah habis.. Buka je, kunyah dan habis.. Gitu..  Memang creamy habislah.. Cair di mulut, tak payah nak kunyah beria..

RM5.50

Comel je saiz dia.. hehehe

Dapatlah sebalang..

Wordless Wednesday 2022

Tuesday, March 29, 2022

Filem Jepun | Character (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebuah filem yang sangat mendebarkan.. Keigo merupakan seorang pelukis yang tak berapa nak berjaya namun lukisannya cantik dan hidup.. Pada satu malam Keigo ditugaskan untuk melukis sebuah rumah dan ketika ini dia bertemu dengan pembunuh yang membunuh keluarga dalam rumah tersebut.. Tapi Keigo langsung tak maklumkan kepada detektif yang menyiasat mengenai pembunuh tersebut.. 

Selepas tu Keigo mula berjaya sebagai seorang artis dan menghasilkan komik bersiri.. Kemudiannya berlaku pembunuhan yang serupa seperti yang dilukis Keigo.. Detektif Seida bertemu semula dengan Keigo dan bertanya mengenai kebetulan antara pembunuhan dan komik Keigo.. Keigo turut merasa bersalah dan kematian Detektif Seida memberi kesedaran kepada Keigo untuk melakukan perkara yang betul..

Movie: Character
Also Known As: Kyarakuta
Screenwriter & Director: Nagai Akira
Genres: Thriller, Mystery, Drama
Country: Japan
Release Date: Jun 11, 2021
Duration: 2 hr. 5 min.
Follows an aspiring manga artist named Keigo Yamashiro who dreams of making it big. Yamashiro is extremely talented, but what holds him back is his inability to create any villains due to his overtly cheerful personality. Due to this he is currently stuck in the position of being an assistant to a manga writer.
One day Yamashiro receives an assignment from his boss to visit a home and sketch the family living there. When Yamashiro arrives at the house he finds all four family members dead, and a mysterious man. Startled by the incident, the unknown man makes his escape and Yamashiro calls the cops.
When questioned by police Yamashiro lies and says that he did not see the murderer, he does however use the murderer as a villain for his own manga titled “34”. The manga series becomes a surprise hit and Yamashiro quickly becomes a top star in the manga world. However, murders extremely similar to incidents in the “34” manga begin to happen in real life, and Yamashiro is soon confronted by the mysterious murderer.

Calbuco Chocolates: Almond Dark Chocolate

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jumpa coklat ini dekat kedai ECO.. Sha beli sebab coklat gelap dan ada badam.. Okaylah untuk harga RM2.20.. Coklat dia sedikit keras tapi masih okay pada SHa.. Badam dia ada sebiji.. Puas hatilah kunyah.. Isi dalam dia ada 8 ke 10 ketul kalau tak silap Sha.. Memang best layan..

RM2.20

Filem China | Hero (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang kelakar dan okaylah.. Kisah 2 orang sahabat yang kembali ke masa lalu berulang-ulang kali.. Setiap kali kembali mereka hanya ingin mendapatkan peta namun setelah berkali-kali melaluinya misi mereka pun berubah.. Malah penyamun yang cuba merompak tempat mereka turut tersangkut kembali ke masa lalu.. Hahaha.. Memang layanlah tengok perangai masing-masing..

Bagusnya mereka boleh kalahkan penjahat masa lalu sebab salah seorang dari mereka bawa telefon bimbit dan mula membuat rakaman tentang apa yang berlaku.. Lagi mudahlah nak menang.. hehehe.. Tapi lepas tu ending dia.. Hurm..

Movie: Hero
Also Known As: Ji Xia Yi Shi, Chivalrous Man
Genres: Comedy, Drama, Fantasy
Country: China
Release Date: Feb 8, 2022
Duration: 1 hr. 15 min.
The memorial hall's interpreter Airplane (played by Wang Zirui) and security captain Haozi (played by Sun Hao), the night before the academy's curation, suddenly encountered a thief from Jiangyang who came to steal the treasure of the town courtyard "High Mountains and Flowing Water". In the battle between good and evil, he happened to encounter the "lunar eclipse" fantasy, which started a fantastic journey of constant time reset and crossing the Ming Dynasty. In the arduous journey to break the reset, Jiji and Haozi were involved in the life-and-death dispute between Xu Wuqiang (played by Zhang Ge) and Liu Jin's eunuch, and witnessed the turbulent history. There is also a deeper understanding of camaraderie.
(Source: Douban)

Monday, March 28, 2022

Mr DIY Scented Candle: White Tea

Assalamualaikum..
Hye semua..

Khamis lepas Sha bawa anak-anak ke Mr DIY cari hadiah untuk bagi pada ustazah mereka yang akan berpindah.. Ternampak lilin berbau ini, bila hidu cam wangi.. Sha pun apa lagi, amiklah 1.. Balik rumah, terus nyalakan.. Pergh!! Memang wangi.. Bau dia best sangat.. Tapi kalau terpegang, bau dia kuat gila.. hahaha.. Amanilah dia gi sentuh lilin tu dengan tangan, melekat bau dia.. Pening terus Sha..

RM5.30

Putih je warna lilinnya.. Saja pasang bagi rumah wangi..

Shopee | Product Enaq

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak beli Sambal kicap keluaran Enaq ini.. Sha beli online je dekat shopee.. Memang bestlah beli secara atas talian ini sebab dapat percuma penghantaran, dapat gift dan pembungkusan dia pun extra secure.. Harga pun okaylah.. Sambal kicap Enaq ini kesukaan Amani.. Kebetulan Enaq ada keluarkan sambal bilis dan tempe, Sha belilah sekali buat rasa.. hehehe..

ENAQ Kicap Lemak Manis Premium 60ml (Travel Pack) - RM1.81 X 2
ENAQ Sambal Garing Ikan Bilis 160g x ENAQ Sambal Garing Tempe 200g [Combo] - RM25.00
ENAQ Sambal Kicap 250ml [Twin Pack] - RM11.13 X 2

Pembungkusan dia memang best.. Sangat-sangat secure.. Suka Sha..

6 peket kecil kicap klasik dan 1 peket perencah enaq, yang ini percuma je seller bagi.. Memang bestlah..

Animasi Jepun | Black Butler: Book of Murder (2015)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Anime 2 episod ini menceritakan bagaimana Ciel diberikan tugasan untuk melayan Lord Siemens tapi malamnya, lord Siemens dibunuh dan Ciel dituduh melakukan pembunuhan tersebut..Sebastian memulakan penyiasatan beliau, malangnya Sebastian turut dibunuh.. Malah ada seorang lagi tetamu yang dijemput mati dengan cara yang pelik..

Seorang penulis bernama Arthu diberikan kebenaran untuk melakukan penyiasatan kerana hanya dia sahaja yang punya alibi paling kukuh.. Tanpa mereka sedari, target yang sebenarnya dalah orang lain dan mereka terperangkap dalam mansion Ciel akibat hujan lebat yang turun terus menerus tanpa henti.. Berjayakah mereka menangkap pembunuhnya..

Kuroshitsuji: Book of Murder
Type: OVA
Episodes: 2
Status: Finished Airing
Aired: Jan 28, 2015 to Feb 25, 2015
Genres: Action, Comedy, Mystery, Supernatural
Themes: Demons, Historical
Demographic: Shounen
Duration: 58 min. per ep.
At the behest of the Queen, Earl Ciel Phantomhive hosts a lavish dinner party attended by several of the finest members of polite society—as well as struggling author, Arthur. But as the party reaches its high, a terrible murder takes place and none other than the Earl himself is suspected of the crime.

As a violent storm rages on outside, the death count continues to climb. The Phantomhive household and their eminent guests find they must cooperate in order to solve this mystery before they too fall prey to the mysterious murderer. However, it seems that not even the perfect butler, Sebastian Michaelis, is safe from this horror.

Fox's Crystal Clear: Fruity Mints

Assalamualaikum..
Hye semua..

Banyak jenis rupanya gula ini.. Hahaha.. Lepas jumpa dekat ECO, jumpa pula yang jenis mints dekat 99 Speedmart tapi tu lah.. Bungkusan dia tak macam yang beli dekat ECO.. Kena simpan dalam bekas bertutup, kalau tak nanti bersemut.. Makan gula-gula ni lepas tu pakai mask, pergh!! berangin sampai ke mata.. hehehe..

RM3.20
Ada 3 rasa iaitu lemon mint, apple mint dan black cherry mint..

Apple mint, black cherry mint dan lemon mint.. Comel ke gula-gula dia.. Bila makan tu, berangin je.. hehehe..

Sunday, March 27, 2022

Drama Jepun | Mr. Hiiragi's Homeroom (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

 Drama yang sangat mendebarkan.. seorang guru menahan 29 orang muridnya dari meninggalkan kelas dengan meletupkan laluan untuk mereka keluar.. Semuanya berpunca dari kematian seorang pelajar beliau yang membunuh diri.. Rupanya berlaku pembulian di dalam kelas akibat tersebarnya video palsu mengatakan pelajar tersebut mengambil dadah.. sedangkan video tu adalah palsu.. Selain rakan sekelas, mereka yang berada dialam maya turut menghentam pelajar tu hingga emosinya terganggu..

Drama yang sangat bagus ditonton untuk kita menyedari betapa bahayanya media sosial dalam menyebabkan penyakit mental dan kemurungan..

Drama: 3 Nen A Gumi: Ima kara Mina-san wa, Hitojichi Desu
Also Known As: Class 3A - All of You Are Hostages From Now On, Sannen A-gumi - imakara minasan wa, hitojichi desu -, 3 Nen A Kumi: Ima kara Mina-san wa, Hitojichi Desu
Screenwriter: Muto Shogo
Director: Komuro Naoko, Suzuki Yuma
Genres: Action, Mystery, Psychological, School
Country: Japan
Episodes: 10
Aired: Jan 6, 2019 - Mar 10, 2019
Aired On: Sunday
Original Network: NTV
Duration: 54 min.
With graduation 10 days away, homeroom teacher Hiiragi gathers all 29 students of class 3-A and proclaims them as his hostages. His last lesson regards the death of a student that passed away a few months before. Nobody will be able to graduate until the truth is known.

Mokti's Special Blends: Machiapong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari tu Sha kongsikan Latte dari Mokti's kan.. Kali ini Sha cuba Machiapong pula.. Air kali ini lebih istimewa sebab ada kopi, karamel, susu, aiskrim dan air batu.. Memang bestlah.. Rasa dia pun pekat memikat.. hehehe..

RM10.90 untuk 1 botol..

Mighty White: Butterscotch Sugar Bun

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha ada kongsikan pasal roti Mighty White: Cheese Sugar Bun kan? Kemudian ada yang komen pasal Butterscotch ini untuk dicuba Sha.. Bukan senang nak cari roti ini.. Namun rezeki Sha, akhirnya muncul di depan mata.. Maka jomlah beli sebungkus untuk dicuba..

Memang berbaloi dengan harga dia.. Rasa dia lagi best dari yang gula keju tu.. Makan pula bersama secawan kopi.. Pergh!! kenyang wei.. Buat menu sarapan atau minum petang.. Takpun buat kudapan semasa membaca.. Asyik..

RM3.20

Mengancam kan guys roti dia.. hehehe..

Saturday, March 26, 2022

Reunion Bersama Pelajar Praktikal

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi dalam pukul 10 pagi Sha bertemu janji dengan adik-adik yang pernah praktikal dekat tempat kerja lama Sha.. Saja jumpa di McDonald yang baru buka di Tanjung Malim.. Makan-makan.. Sembang-sembang.. Bergelak ketawa tu dah mesti.. hehehe.. Bertanya khabar mereka sekarang.. Ada yang dah berkerja dan ada yang masih mencari..

Kami.. :)

Menu Sha dah tentulah GCB..
Tapi macam tak best pula sebab banyak menu yang dah out of stock.. Ini pun mujurlah ada kentang goreng.. Sebab sebelum ini katanya stok kentang goreng terputus sekejap..

Fox's Crystal Clear: Berries Oval Candy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jumpa gula-gula ini dekat kedai ECO.. Selalu Sha jumpa perisa Fruits, bila jumpa perisa Berries memang terujalah.. Tambah harganya RM2.20 je kan.. Lepastu pembalut dia jenis tutup keseluruhan yang tak kan tembus semut.. hehehe.. Bolehlah beli..

Bungkusan yang ceria dan menggoda..

Dua warna melambangkan dua perisa..

Biru tu perisa Black Cherry.. Okaylah rasa dia.. Layan.. Pink tu pula Rasberry dan rasa dia macam ubat.. Hahaha.. Tapi okaylah tak adalah kuat, ada sedikit rasa macam ubat.. Ke memang rasberry ini rasa dia cam tu.. Sebab sebelum ini pun bila Sha bancuh teh rasberry, memang ada rasa ubat sikit..

Majlis Penyampaian Hadiah Sekolah Agama

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam petang, sekolah agama buat penyampaian hadiah bagi tahun 2021.. Bersekali dengan Majlis Perpisahan Ustazah mereka yang akan bertukar.. Tapi majlis ini hanya untuk murid dan tenaga pengajar sahaja.. Mak ayah tak dijemput.. Norma baru kan.. Amani dan Imani masing-masing bawa balik hadiah.. Mak ambil gambar dalam kereta je buat kenangan mereka..

Amani juga terima surat lantikan menjadi pengawas dan jawatan tu tak boleh ditolak.. Mujurlah ustaz dan ustazah bagi tempoh untuk pembelian kain merah hati.. Sha pula dah buat kain hijau dia 3 helai.. Nampak gayanya memang kena simpanlah.. Nak mencari kain merah hati pula.. 

Imani dan hadiahnya..

Amani dapat duit juga sebab cemerlang UPKK.. 

Friday, March 25, 2022

Sim Pack YES Percuma dari Shopee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Siapa layan Shopee Farm? Sha rajinlah juga layan sebab nak dapatkan coins.. Cumanya hari tu sajalah pilih benih YES.. Tak sangka pula hasilnya sekeping sim pack YES.. selalu memang dapat coins je.. Tak pernah lagi berjaya dapat barang.. Kikiki.. Dah banyak kali dah Sha cuba tanam benih wet tissue, hand sanitiser, milo tapi tak dapat pun.. Tetiba YES ini dapat pula.. Claim teruslah walaupun tak tahu nak buat apa dengan Sim pack ini.. hahaha.. Ada yang nak ke?? Siapa cepat dia dapat.. 

Hasil tuaian selepas menyiram pokok di Shopee.. 

Tak payah bayar apa-apa pun.. Free sahaja.. Sha tebus pada 22.03.2022..

Selamat dah sampai pada 24.03.2022..

Jamuan Perpisahan Dari PSAS

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kelmarin Sha terima whatsapp dari staf pentadbiran jabatan lama Sha.. Mereka menjemput Sha untuk Majlis Perpisahan staf yang berpindah.. Kebetulan ada 2 lagi staf yang akan bertukar pada minggu hadapan, mereka buat sekali untuk Sha.. Sha menerima dengan besar hati jemputan mereka.. Seronok bila dirai dan diingati walaupun dah 2 bulan Sha berkerja di tempat baru.. Lagipun tempat kerja baru dengan tempat kerja lama jaraknya hanya 15 minit pemanduan, tak kanlah nak tolak kan.. Jamuan tu dibuat bersekali dengan bacaan Yassin sempena menyambut ketibaan Ramadan.. Alhamdulillah.. 

Majlisnya pagi tadi jam 8.45 pagi.. Sempatlah menitipkan sedikit ucapan dan berterima kasih.. Bersua muka dengan rakan-rakan sekerja lama..

Bersama rakan sekerja.. Tinggalah mereka bersua sahaja yang masih di Perpustakaan PSAS..

Menerima cenderahagi dari Pengarah..

Bergambar kenangan bersama Pengarah, Timbalan Pengarah Akademik, Ketua Unit HEP, 2 staf yang akan bertukar, rakan sekerja dan staf pentadbiran..

Cenderahati dari PSAS buat Sha..

Filem Korea | The Pirates (2014)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum tengok yang terbaru, kenalah tengok yang lama ini dulu.. Memang gandingan menarik dari hero dan heroin.. Satu lanun dan yang satu lagi penyamun.. Kelakar dan ada vibe Pirates of the carribean tapi tak lah ketara sangat.. Jalan cerita dia pun menarik juga.. Paling best tengok babak kejar mengejar antara si lanun dan si penyamun.. Lepas tu babak dengan ikan paus pun ohsem.. Memang layanlah filem ini.. Kelakar, semangat cintakan negara dan juga babak aksi.. Kim Nam Gil memang tak mengecewakan.. hahaha..

Movie: The Pirates
Also Known As: Haejuk: Badaro Gan Sanjuk, Pirates, Haejeok: Badaro Gan Sanjeok, Pirates: The Bandit Who Went to Sea
Screenwriter: Chun Sung Il
Director: Lee Seok Hoon
Genres: Action, Adventure, Historical, Comedy, Fantasy
Country: South Korea
Release Date: Aug 6, 2014
Duration: 2 hr. 10 min.
On the eve of the founding of the Joseon Dynasty, a delegation of Chinese envoys is transporting the Emperor’s State Seal only to have it swallowed by a whale mid-journey. The substantial reward announced for its return motivates Jang Sa Jung and his mountain men to hunt down the whale. Soon enough he clashes with Yeo Wol, the female pirate captain, putting them on course for an uncharted adventure.

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »