Friday, March 25, 2022

Jamuan Perpisahan Dari PSAS

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kelmarin Sha terima whatsapp dari staf pentadbiran jabatan lama Sha.. Mereka menjemput Sha untuk Majlis Perpisahan staf yang berpindah.. Kebetulan ada 2 lagi staf yang akan bertukar pada minggu hadapan, mereka buat sekali untuk Sha.. Sha menerima dengan besar hati jemputan mereka.. Seronok bila dirai dan diingati walaupun dah 2 bulan Sha berkerja di tempat baru.. Lagipun tempat kerja baru dengan tempat kerja lama jaraknya hanya 15 minit pemanduan, tak kanlah nak tolak kan.. Jamuan tu dibuat bersekali dengan bacaan Yassin sempena menyambut ketibaan Ramadan.. Alhamdulillah.. 

Majlisnya pagi tadi jam 8.45 pagi.. Sempatlah menitipkan sedikit ucapan dan berterima kasih.. Bersua muka dengan rakan-rakan sekerja lama..

Bersama rakan sekerja.. Tinggalah mereka bersua sahaja yang masih di Perpustakaan PSAS..

Menerima cenderahagi dari Pengarah..

Bergambar kenangan bersama Pengarah, Timbalan Pengarah Akademik, Ketua Unit HEP, 2 staf yang akan bertukar, rakan sekerja dan staf pentadbiran..

Cenderahati dari PSAS buat Sha..

4 comments:

  1. Selamat bertugas di tempat baru sah..

    ReplyDelete
  2. tahniah...mesti staff yang disayangi dan disenangi ni... ramai yang merai

    ReplyDelete
  3. sedihnya saat perpisahan kan? tp begitulah kehidupan.. bertemu dan berpisah tu biasa

    ReplyDelete
  4. Masih ramai yang mengingati walaupun sudah tidak bekerja di sana. Mesti seronok dapat jumpa rakan sekerja lama.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com