Tuesday, August 31, 2021

Menggamit Kenangan - Spoon

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini saja Sha mainkan video 40 Lagu Jiwang Malaysia 90an Mengamit Kenangan di Youtube.. Tak sangka la pula boleh terdengar lagu Spoon bertajuk Memori Sekuntum Rindu.. Sha tak pernah pula dengar lagu ini.. Bila dengar eh.. sedap dan mengingatkan Sha pada penyanyinya.. suara yang lunak dan disukai ramai.. Malah tragedi yang menimpa beliau turut memberi impak pada peminat beliau..

Jomlah layan syahdu jap.. 

Spoon - Rindu Serindu Rindunya [Lirik]

Spoon - Memori Sekuntum Rindu [Lirik]

Memori Sekuntum Rindu - Spoon
Di kala sepi ini
Hatiku terluka lagi
Engkau telah mendustai
Sebuah janji

oh...sayang

Oh tak pernah ku menduga
Engkau curang dalam cinta
Hatimu yang seindah dulu
Hiasan cuma

Mengapa aku
Dipersalahkan
Mengapa tidak oh dirimu
Kekasihku... oh... oh...

Dulu bercinta
berjanji sumpah setia
Mengapa kini kau dustai

Dulu rindu serindu-rindunya
Kini benci sebencinya
Mahu semahu-mahunya
Malu aku tak malu

Mengapa aku
Dipersalahkan
Mengapa tidak oh dirimu
Kekasihku... oh... oh...

Dulu rindu serindu-rindunya
Kini benci sebencinya
Mahu semahu-mahunya
Malu aku tak malu

Di kala sepi ini
Hatiku terluka lagi
Engkau telah mendustai
Sebuah janji

Nescafe Gold Blend: Cap Columbia

Assalamualaikum..
Hye semua..

Oleh kerana Sha masih belum berjumpa pengganti bagi Nescafe Kopi Kedah, makanya teruslah Sha mencari.. Kali ini Sha beli jenama Nescafe juga iaitu Nescafe Gold Blend: Cap Colombia.. Yeah!! Sha jatuh cinta dengan kopi ini.. Rasa dia agak lembut tak keras seperti Kopi Kedah dan sedap di tekak Sha.. Bau dia wangi betul.. Nampak gayanya memang sentiasa ada dalam shopee shopping cart la lepas ini.. kikiki..


Goodreads | Bacaan Ogos 2021

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selamat Hari Merdeka.. Buat ape je tu cuti-cuti ini.. Sha bersantai dengan anak-anak membaca dan menonton drama.. Cuti-cuti ini memang rehat dekat rumah jelah..

Jomlah tengok hasil bacaan Sha sepanjang Ogos ini.. Bulan ini Sha baca 22 buah buku sahaja.. Ini yang Sha catat di Blog dan Goodreads.. Ada juga bacaan yang Sha tak catat sebab infonya tak ada di Goodreads.. Lepas tu macam tak berapa rajin nak bubuh dekat blog.. kikiki.. Selebihnya sebab tak habis baca.. Macam sayang je nak catat bacaan yang tak habis baca.. Sha tak habis baca selalunya sebab tak kena dengan jiwa raga.. Berhenti suku atau separuh jalan gitu.. 

Selain dari Oakbee Buffet, PNM e-Reader.. Banyak je web atau aplikasi yang boleh anda guna untuk membaca.. Jomlah santai-santai dan membaca ye..


9. Harumnya, Kopi! oleh Saripah Bakar, Harihtaroon (Illustrator) - ebook



Monday, August 30, 2021

Filem China | Sea Monster 2: Black Forest (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

FIlem ini bermula dengan babak adik heroin sedang cuba mengambil gambar raksasa dalam sungai malangnya diserang dan hilang.. Heroin merupakan seorang doktor forensik telah ke kampung tersebut untuk menyiasat kehilangan adiknya.. Walaupun mereka bukan adik beradik kandung namun heroin sangat menyayangi adiknya.. Kemunculan heroin ke kampung tersebut telah membongkar rahsia sebenar raksasa sungai dan juga menyebabkan memori lama heorin muncul semula.. Tanpa disedari, masa silam heroin ada kaitan dengan kampung dan juga raksasa sungai tersebut..

Movie: Sea Monster 2: Black Forest
Also Known As: Water Monster , Water Monster 2, Sea Monster 2: Dark Wood, Sea Monster 2, Water Monster 2: Black Forest, Black Wood Forest
Director: Xiang Qiu Liang, Xiang He Sheng
Genres: Suspense, Thriller, Horror
Country: China
Release Date: Aug 20, 2021
Duration: 1 hr. 24 min.
It tells the story of a forensic doctor, Qing Ling who is not afraid of danger. She has to go to Sheung Shui Town to figure out the truth behind her brother's disappearance. In the remote village, the "curse" of the Water Monkey's revenge has been repeated one after another.
(Source: Dramallama at MyDramaList)

ebook | Miss Awesome oleh Osman Deen

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bacaan terakhir Sha untuk bulan Ogos.. Hehehe.. Ini yang dicatatlah..

Buku ini sangat Sha cadangkan untuk dibaca.. Kisah pelajar sekolah yang menjadikan pantun sebagai aktiviti yang menarik.. Tambahan pula bila sekolah yang mereka hadiri merupakan tanah berkat.. Sekolah ini akan menghasilkan bayangan bergantung pada kekuatan dan keaslian pantun yang dituturkan.. Memang awesome gilalah kalau dapat belajar dekat sekolah macam ini.. Shuhada merupakan adik kepada Ben, seorang pemantun yang terhebat.. Shuhada bercita-cita ingin menjadi seperti abangnya.. Namun Ben menyuruh Shuhada menjadi diri sendiri.. Masuk je ke Akademi Usman Awang, Shuhada telah dimalukan Rain.. Seorang budak yang sombong dan menjadikan Laga Pantun untuk membuktikan dirinya hebat.. Namun kenagkuhan Rain berjaya ditundukkan Hilal.. Berjayakah Shuhada mengalahkan Rain dan kenapa Rain begitu bersungguh ingin mengalahkan semua pemantun.. Buku yang sangat menarik..

Cumanya tak menarik bila buku ini bersambung.. Ada beberapa perkara yang belum dijelaskan penulis kepada pembaca..

Sha baca dan selesai pada 30.08.2021..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published July 2020 by Bookiut

Filem French | Sentinelle (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini mengenai seorang askar perempuan yang trauma dan kembali bertugas di kampung halaman.. Terpaksa bergantung dengan ubat dan kehidupannya sedikit berantakan.. Kemudian adiknya pula dirogol, memang bertambah stresslah dia.. Bila disiasat, penjenayahnya ada pelindungan imuniti lah pula.. Bukan senang nak buat pembalasan dendam tapi berjaya juga akhirnya dan askar ni jadi pelarian..

Sha maklumkan siap-siap ye, ada babak lesbian.. Jadinya boleh skip atau lajukan macam Sha buat.. hehehe.. Tapi jalan cerita dia memang ganaslah.. Yelah, perempuan sorang lawan lelaki.. Tak nampak terlalu heroic..

Sentinelle
2021 ‧ 1h 20m
Following a traumatic experience in Syria, Klara, a highly trained French soldier, is transferred home. The day after a nightclub party, her sister was found raped and almost dead, so Klara uses her lethal skills to hunt down the man responsible.

ebook | Piah Di Hati Mr. Beku oleh Mia Azwar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini sangat menarik sebab membawakan tema perkahwinan antara sepupu dan masalah keluarga..

Piah dan Farhan merupakan sepupu dengan jarak umur yang besar.. Piah dijaga oleh opahnya selepas mak dan ayah dia meninggal.. Dalam masa yang sama, MakNgah Piah sangat memusuhi Piah.. Setiap kali berjumpa pasti akan ada pergaduhan dan kejian yang diberikan pada Piah.. Opah Piah merahsiakan punca kebencian MakNgah dari pengetahuan Piah.. Selepas balik dari Jepun, Farhan berkahwin dengan Piah.. Opah dan keluarga Farhan merestui hubungan mereka.. Namun gangguan dari keluarga MakNgah dan Humaira menyulitkan lagi hubungan mereka yang berada dalam fasa mengenali..

Pada Sha masalah sebenar berpunca dari sikap panas baran, beku dan ego dari Farhan serta sikap Piah yang tak matang dan kerap buat tindakan melulu.. Komunikasi antara mereka sangat kurang.. Satu lagi masalah yang ditimbulkan penulis adalah sikap merahsiakan perkahwinan bila nak sambung belajar.. Sikap ini sebenarnya mengundang fitnah dan salah faham dari orang sekeliling.. Garapan yang menariklah dari penulis malah kesudahan untuk setiap watak pun baik..

Sha baca pada 27.08.2021 dan selesai pada 28.08.2021..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published January 2020 by Rinsya Chasiani

Pizza Hut: Cheesy Flatbread & Potato Fritters

Assalamualaikum..
Hye semua..

Haritu Sha beli Pizza Hut Kombo syiok (single+Sup RM8), lepas tu ternampaklah beberapa menu hidangan sampingan yang baru.. Sha beli yang dua ini.. Not badlah harga dan kuantiti dia.. Dari segi rasa pula, entah kenapa bukan roti tu je yang problem.. Roti pizza pun problem juga waktu Sha beli ini.. ROti dia liat dan jenuh juga nak mengunyah.. Mujurlah Cheesy Flatbread tu bila makan dengan sup cendawan jadi lembut, kalau tak memang jenuhlah buat senaman mulut.. hahaha..

Potato Fritters tu pula sedap.. Meriah isi dalam dia.. Bukan semata-mata kentang.. Sha rasa macam ada ketulan daging tapi tak pasti.. Yang pasti sedaplah.. Berbaloi sangat..

Potato Fritters - RM7.90
Cheesy Flatbread - RM5.50

Sunday, August 29, 2021

Filem Korea | Wretches (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang sangat sedih dan memberikan tekanan.. Kalau tengah murung ke stress ke, Sha tak galakkan anda untuk tengok filem ini.. Tak sesuai sangat..

Kisah mengenai pembulian akibat diri yang kekurangan kasih sayang.. Buli yang sangat ekstrem.. Kisah bermula dengan pembuli diberi minuman yang mengandungi racun perosak sehingga seorang dari pembuli tu dimasukkan ke hospital.. Seorang lagi meneruskan aktiviti pembulian di sekolah dengan cara yang lebih teruk.. Ada ke patut disuruhnya mangsa buli mengekori seorang perempuan, masuk dalam rumah perempuan tu dan buat benda yang tak sepatutnya sehingga akhirnya mangsa jadi pemangsa.. Aduh!!

Movie: Wretches
Also Known As: Goemooldeul, Monsters
Screenwriter & Director: Kim Baek Joon
Genres: School, Drama
Country: South Korea
Release Date: Mar 8, 2018
Duration: 1 hr. 42 min.
The most powerful student at a school is hospitalized after drinking pesticide from a drink container. Yang Hoon then takes over his #1 position at school. Yang Hoon harasses Jae Young and it gets worse. One day, Yang Hoon, who has a crush on Bo Young, gets Jae Young to follow her. 

Drama Jepun | Project Thouser (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini masih lagi berkait dengan Kamen Rider Zero One.. Kali ini drama pendek ini menceritakan bagaimana KR Thouser boleh buat kemunculan.. Malah diveritakan juga sedikit kejadian yang menyebabkan benerapa tindakan berlaku dalam drama KR Zero One.. Bila menonton drama Kamen Rider ini pasti akan ada cerita sampingan yang melengkapkan keseluruhan cerita..

Special: Project Thouser
Director: Nakazawa Shojiro
Screenwriter: Takano Minato
Genres: Action, Tokusatsu, Sci-Fi
Country: Japan
Episodes: 2
Aired: Apr 8, 2020 - Nov 11, 2020
Duration: 20 min.
Project Thouser is a 2-part special miniseries for Kamen Rider Zero-One. It focuses on the characters Naki and Gai Amatsu, as well as the origins of Kamen Rider Thouser. (Source: Fandom)

Farm Fresh Banana Milk

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Berjaya juga jumpa susu pisnag keluaran Farm Fresh ini.. Rasa yang diadun dengan sempurna untuk tekak Sha.. Tak terlalu manis, tak terlalu berbau pisang dan rasa pisangnya juga tidak terlalu kuat.. Sedang elok dan ngam je untuk tekak Sha.. Harganya pun tak terlalu mahal untuk dibeli..

Range harga mengikut tempat
RM3.00 ke RM3.50..

Saturday, August 28, 2021

Telefilem Melayu | Legenda Puteri Bulan (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tertengok sebenarnya telefilem ini.. Sha paling suka babak Ropie yang berpantun tapi asyik ke laut dalam je.. Memang mengekek la gelak.. Hahaha.. Tu belum lagi bila dengar nama negara Achewah.. Siap dengan gaya lagi bila sebut Achewah.. 

Drama dia menariklah sebab kisah persaudaraan dua beradik.. Zaleha istimewa kerana darahnya putih dan boleh mengubat pelbagai jenis penyakit.. Mariam pula sebenarnya ada keistimewaan namun dia tak sedar.. Mariam hanya sedar mengenai keistimewaan dia bila cuba menyelamatkan Zaleha dari berkahwin dengan putera dari Achewah yang kononnya hodoh dan menakutkan.. Akhirnya kebenaran terbongkar.. Kelakar dan juga berpengajaran.. Nice..

JUDUL : LEGENDA PUTERI BULAN
PENULIS SKRIP : Eenaz Mokhtar, Farah Alya As’ari, Syadhafiza Rosli
PENGARAH : Bob Husaini
PRODUKSI : Shutterspeak / Playwright Pictures
PELAKON : Uyaina Arshad, Putri Hanan, Nabil  Aqil, Zizan Razak, Johan As’ari, Rozita Che Wan

SINOPSIS LEGENDA PUTERI BULAN
Puteri Zaleha dilahirkan istimewa kerana mempunyai darah putih yang mampu menyembuhkan penyakit, lalu beliau menjadi kesayangan semua kerana usahanya untuk membantu rakyat. Manakala adiknya, Puteri Mariam, tidak mempunyai apa-apa keistimewaan dan inginkan perhatian dari kakaknya. Apabila Puteri Zaleha menerima pinangan yang tidak boleh ditolak daripada Raja Achewah, Puteri Mariam memulakan ekspedisi untuk menyelamatkan kakaknya dan juga negaranya, Sukalangka.

ebook | Dia... Tukang Kebun oleh Aein Dhiyauddin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini mengisahkan hubungan suami isteri yang bermasalah bila mereka ditangkap basah dan dipaksa berkahwin.. Tanpa mereka sedari, mereka hanyalah mangsa keadaan pada dendam seorang lelaki.. Namun bila hubungan yang baru terbina berantakan dan Hana kemalangan, Wazif cuba mendekati dan menjaga Hana.. Hana langsung tak mengetahui yang dirinya dalam bahaya.. Hana hilang ingatan dan mula menggatal dengan suami sendiri.. Bila hubungan mereka mula melangkah jauh, Hana mendapat serpihan ingatannya.. Cuba untuk bercerai kerana malu namun Wazif tak melepaskan.. Bila mereka mula berbaik, dugaan kembali datang.. Bukan bekas tunang malah pembunuh mula memunculkan diri.. Siapa sebenarnya yang berkali-kali cuba membunuh Hana??

Jalan cerita dia memang kelakar dan juga misteri.. Namun ada beberapa babak hubungan suami isteri yang tak sesuai untuk dibaca remaja sekolah.. Mungkin kena letak tanda bacaan dewasa.. Tak manis dibaca gelagat si Hana yang gatal dan gedik tu namun ada beberapa tips perkahwinan yang boleh diambil oleh mereka yang dah berkahwin..

Sha baca dan selesai pada 26.08.2021..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published 2019 by Love Novel Publishing Sdn. Bhd.

Kapal Api Grande: White Coffee with Choco Topping

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buat peminat kopi yang tak sukakan kepahitan, kopi ini sesuai dengan anda.. Rasanya yang tak pahit, sedikit manis memang sesuai sangat.. Harga pun sangat berbaloi.. RM6.99 (atas talian) untuk 20 sachet kopi.. Sha saja cuba beli dengan harapan akan sesuailah dengan selera.. Kalau tak nak rasa manis, boleh lebihkan sedikit air dia.. Kalau bancuh ikut sukatan yang diberikan memang rasa dia sedikit manis.. Bagi tekak Sha yang tak berapa minat manis, Sha lebihkan sedikit airnya.. Sedap untuk diminum diwaktu sarapan mahupun petang.. Malah boleh ngopi semasa sedang membaca juga..

Kapal Api Grande 3 in 1 White Coffee With Choco Topping 20's x 20g - RM6.99

Kopi dan choco topping..
Okay, pembungkusannya diasingkan.. Menarik..

Choco topping tu diletakkan dibahagian belakang pek kopi.. 

Sebelum bubuh Choco Topping.. Sedap juga rasa dia walaupun tak bubuh Choco Topping tu..

Lepas bubuh Choco Topping.. Rasa dia lebih enak dan menyelerakan.. Cumanya sedikit je serbuk koko tu.. Bukannya banyak macam dalam gambar tu.. kikiki..

Friday, August 27, 2021

Drama Jepun | Kamen Rider Genms - The Presidents (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini merupakan drama spin off dari Kamen Rider Zero One..

Bila ZAIA Enterprise Japan, Gai Amatsu menubuhkan syarikat baru dengan Humagear Rin sebagai setiausaha beliau. Tapi ada yang tidak kena pada tubuhnya dan Kuroto muncul serta terpisah dari badannya! Kuroto terhasil bila Virus Bugster yang mengembara di internet telah dihidupkan semula oleh Ark dan menjangkiti Gai.. Gai berubah menjadi Kamen Rider Thouser untuk cuba menyingkirkan virus tersebut.. Namun KR Thouser kelihatan hitam disebabkan jangkitan virus tersebut..

Special: Kamen Rider Genms - The Presidents
Also Known As: Kamen Rider Genms -The Presidents-
Genres: Action, Tokusatsu, Business
Country: Japan
Episodes: 2
Aired: Apr 11, 2021 - Apr 18, 2021
Aired On: Sunday
Duration: 11 min.
With the collapse of ZAIA Enterprise Japan, Gai Amatsu establishes a new company with a secretary-type Humagear Rin. But something went wrong with his body, and Kuroto Dan appeared and separated from his body! The Bugster Virus, which was wandering in the internet and was revived by Ark and infected Gai! Gai transforms into Kamen Rider Thouser to try and get rid of the virus, but Thouser looks black for some reason. (source: kamenrider.wikia.com)

ebook | Cincin Emas Darinya oleh Kaoru Shinozaki (Illustrator), Melissa McClone

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini sebenarnya dialih bahasa dari bahasa Inggeris yang bertajuk His Band Of Gold, cumanya alih bahasa dia bukanlah Bahasa Melayu sebaliknya macam Google translate pun ada.. kikiki.. Sedikit tunggang langgang tatabahasanya.. Namun masih boleh difahami.. Gitu..

Kelsey Waters merupakan pakar perunding majlis perkahwinan namun masih belum berkahwin lagi.. Setelah melihat perkahwinan dan penceraian yang dilalui oleh orang tua nya secara berulang-ulang, Kelsey merasakan yang dia tak mungkin berkahwin.. Namun perasaannya mula berubah saat berkenalan dengan Will.. Will merupakan pelanggan yang berusan dengan Kelsey bagi perkahwinan adiknya.. Perasaan yang datang tiba-tiba tidak memberi makna bila Will sudah berkahwin.. Namun benarkah tidak ada harapan lagi buat Kelsey.. Kesudahan yang menarik..

Sha baca dan selesai pada 25.08.2021..

Sha pinjam dan baca menggunakan PNM e-Reader..
Published March 15th 2017 by Harlequin / SB Creative Corp. (first published January 26th 2015)

Filem Jepun | Zero-One Others: Kamen Rider MetsubouJinrai (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini bersambung terus dari Filem Kamen Rider Zero-One: REAL×TIME (2020).. Kali ini penjahatnya sengaja nak mencetuskan peperangan diantara askar Ai dan MetsubouJinrai.. Tapi Jin, Harobi, Naki dan Raiden telah bersatu sehingga terhasilnya KR MetsubouJinrai.. KR MetsubouJinrai ini merupakan gabungan dari minda mereka yang dikawal AI Massbrain System.. Bila KR MetsubouJinrai ini berjaya mengalahkan KR Zaia serta menghancurkan bangunan dimana askar AI dicipta, KR Valkyrie diperintah untuk hapuskan KR MetsubouJinrai.. Filem bersambung ke Zero-One Others: Kamen Rider Vulcan & Valkyrie yang akan keluar hujung Ogos 2021 ini..

Movie: Zero-One Others: Kamen Rider MetsubouJinrai
Screenwriter: Takahashi Yuya
Director: Kakehi Masaya
Genres: Action, Tokusatsu
Country: Japan
Release Date: Mar 26, 2021
Duration: 50 min.
Depicting  the aftermath of " Kamen Rider Zero One REAL x TIME the Movie ",  the four members of Mestuboujinrai; Horibi, Jin, Raiden and Naki,  are on the path of coexisting with humankind.  Together, Jin and Horobi  continue to work so that malice cannot occur in the world, whilst Raiden works as an astronaut at the Space Business Center of Hiden Intelligence and Naki  works as a technical advisor to the artificial intelligence special agency "AIMS" to crack down on AI crimes. 
However,  a man appears before Jin, announcing, "I have come to collect you" which causes Jin to become uneasy. Whilst the four are all together, Horobi states "This is a holy war", whilst raising his sword.  Is Horobi turning his back on humankind after all? And who is the mysterious man  with an interest in Jin?


Thursday, August 26, 2021

Filem Jepun | Kamen Rider Zero-One: REAL×TIME (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ingatkan bila Ark dah dihapuskan selamatlah dunia.. Eh, sekali muncul pula si KR Eden ini yang ingin menghancurkan dunia dalam tempoh 60 minit.. Ada teknologi nano yang turut diserang Ark sehingga menghasilkan KR Eden ini.. Tujuan KR Eden ini adalah untuk mencipta syurga buat AI.. Namun selagi KR Zero One masih ada, bukan mudah unutk KR Eden ini menghancurkan dunia.. Bila Aruto tahu hal sebenar mengenai KR Eden ini dia berjaya untuk memujuk supaya KR Eden ini tak teruskan niat dia untuk hancurkan bumi.. Muncul pula KR Lucifer tapi kejap je lah.. Izu dengan Aruto berjaya kalahkan Lucifer dan kembalikan keadan kepada sedia ada..

Movie: Kamen Rider Zero-One: REAL×TIME
Screenwriter: Takahashi Yuya
Director: Sugihara Teruaki
Genres: Action, Tokusatsu, Sci-Fi
Country: Japan
Release Date: Dec 18, 2020
Duration: 1 hr. 20 min.
"If God created this world in 6 days, then I will destroy it in 60 minutes, and create a paradise." Suddenly, a mysterious man named S / Kamen Rider Eden, accompanied by thousands of believers, appears. Meanwhile, several large-scale terrorist attacks take place worldwide simultaneously. As people one after another fall and the world is in turmoil, Aruto Hiden stands up to stop S while Isamu Fuwa, Yua Yaiba, Gai Amatsu, Jin, and Horobi struggle to learn the truth. What does S, who shows incredible strength, plan for the paradise he is trying to create?
(Source: Wikipedia)

Farm Fresh: Chocolate Milk with Soy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Sedap dan harganya berbaloi.. Untuk tekak Sha memang coklat dan soya satu gabungan yang sedap diminum.. Tambah bila diminum sejuk.. Encik suami tak suka.. Nampak tak.. Kesedapan ini bergantung pada tekak yang minum.. Sedap pada Sha, tak semestinya sedap pada suami Sha.. Lalin orang lain seleranya..

RM1.80

ebook | Majnun oleh Zul Azlin Razali

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini punya jalan cerita yang sangat menarik.. Mengenai rawatan bagi kes mental dan persepsi manusia kepada pesakit menral.. Namun penyampaian penulis sedikit membosankan.. Perkara menarik dalam novel ini bila watak penjahatnya menggunakan slang negeri sembilan semasa melakukan monolog dalaman..

Al merupakan askar upahan dari Indonesia telah ditugaskan mencari Chinta yang berada di Malaysia.. Penyamaran dan penyiadatan Al membuahkan hasil bila mana status Chinta akhirnya diketahui.. Sepanjang pencarian Al ini kita akan ditemukan dengan manusia yang rakus mengejar duit sehingga sanggup memgorbankan manusia lain yang berusaha mencari sesuap nasi tanpa belas kasihan.. Semuanya kerana kemasyuran dan kemewahan.. Penyiasatan juga bukan mudah bila mana yang nak disiasat itu orang terkenal.. Pasti akan ada kerenah birokrasi.. Dalam masa yang sama Al juga manusia biasa, punya perasaan.. Kerana perasaannya itu Al menemukan cintanya tapi seperti kata Al, karma iru selalu seiring dengan hidup kita..

Sha baca dan selesai pada 24.08.2021..

Sha beli dan baca di aplikasi Google Play Books..
Published July 1st 2020 by Buku Fixi

Filem US | Sweet Girl (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang menarik dengan twist yang tak disangka.. Sesuai sangat dengan tajuk dia.. 

Kisahnya bila Cooper dan Rachel terpaksa melalui kehilangan Amanda kerana dinafikan ubat bila ada pihak yang menghalang bekalan ubat baru dari sampai ke pesakit kanser.. Cooper bersumpah akan membunuh Keeley sekiranya Amanda mati.. 6 bulan selepas kematian Amanda, seorang pemberita menghubungi Cooper dan memaklumkan Cooper mengenai rasuah yang diberikan syarikat Keeley untuk menghalang pengedaran ubat mencegah kanser.. Semasa sedang bercakap dengan pemberita tu secara bersemuka, mereka diserang pembunuh upahan.. Cooper berjaya membunuh Keeley dan Vinod Shah tapi penjenayah sebenar memang tak disangka.. 

Sweet Girl
2021 ‧ 1h 50m
Director: Brian Mendoza
Written by: Philip Eisner; Gregg Hurwitz
Production; companies: ASAP Entertainment; Pride of Gypsies
A man vows to bring justice to those responsible for his wife's death while protecting the only family he has left -- his daughter.

Wednesday, August 25, 2021

Drama Jepun | Kamen Rider Zero-One (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Baru habis layan drama ini.. Sha memang minat Kamen Rider ini dari zaman sekolah lagi.. Sekarang ini menonton bersama Amani..

Kali ini kisah Aruto Hiden yang tiba-tiba menjadi pewaris syarikat Hiden Intelligence dan dilantik sebagai pengerusi selpas kematian datuknya.. Aruto juga diberikan Hiden Zero-One Driver yang hanya boleh digunakan pengerusi Hiden Intelligence untuk bertukar menjadi Kamen Rider.. Aruto menerima tugas tu setelah melihat Human Gear yang dikeluarkan syarikatnya berubah menjadi jahat setelah dihacked oleh MetsubouJinrai.NET.. MetsubouJinrai.NET ini nak hapuskan manusia supaya AI boleh berkuasa di muka bumi.. Selain dari MetsubouJinrai.NET ini, Aruto juga kena melawan AIMS yang nak hapuskan Human Gear dan ambil alih syarikat Haruto..

Drama: Kamen Rider Zero-One
Also Known As:
Director: Morota Satoshi, Tasaki Ryuta, Nakazawa Shojiro, Shibasaki Takayuki, Yamaguchi Kyohei, Kamihoriuchi Kazuya, Sugihara Teruaki, Ishida Hidenori, Shibasaki Takayuki
Screenwriter: Takahashi Yuya, Sanjo Riku, Kakehi Masaya, Takano Minato
Genres: Action, Tokusatsu, Sci-Fi
Country: Japan
Episodes: 45
Aired: Sep 1, 2019 - Aug 30, 2020
Aired On: Sunday
Original Network: TV Asahi
Duration: 24 min.
Japan has entered a new era. Hiden Intelligence, the leading company in the field of artificial intelligence (AI) has developed and began to test the reality of Human Gear, AIs in human form. Human Gear is designed so that it is no different from humans and is included in many different workplaces.
Meanwhile, "MetsubouJinrai.NET", a terrorist organization hacked into Human Gear and turned them into weapons to destroy humanity. The Japanese government quickly discovered them and established AIMS (Artificial Intelligence Military Organization) directly under the direction of the Secretary of the Cabinet. AIMS's goal is to destroy the rebellious Human Gear.
On the other hand, man who took up a funny job named Hiden Aruto was suddenly appointed Hiden Intelligence chairman after his grandfather's death. Although he was not interested in being president, but when he saw firsthand the Human Gear hacked by "MetsubouJinrai.NET" to attack people, Aruto used "Hiden Zero-One Driver" only for the president of Hiden Intelligence. and the henshin into Kamen Rider Zero-One.
From here, Hiden will clash with not only "MetsubouJinrai.NET" but AIMS as well, when the AI ​​development competition goes into an explosive phase.
(Source: kamenrider.wikia.com)

Drama China | My Supernatural Power (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aduh!! Annoying betul watak heroinnya.. Merajuk lepas tu degil, dah cakap jauhkan diri dari lelaki yang tak berapa nak baik tu tetaplah dia buat tak tahu.. Sha tonton drama ini sebab tajuk dia tu ada perkataan supernatural power.. Tapi malangnya seorang je yang ada kuasa extra tu tapi tak membantu selesaikan kes pun.. Heroin yang ada kuasa extra tapi setakat mengganggu dan mengacau je.. Watak polis tu adalah sedikit kelebihan tapi sebab bijak je pun, bukannya kuasa luarbiasa pun..

Ceritanya bila bapa hero mati semasa tengah membuat kajian mengenai sejenih dadah yang diberi nama RBT.. Heroin pula merupakan bahan uji kaji yang diberi dadah RBT tu tapi berjaya melarikan diri bersama abangnya dan membesar di rumah anak yatim dan dijaga sekumpulan polis selepas abang dia mati dibunuh.. Hero kenal abang heroin tapi tak mampu nak ceritakan dengan heroin sebab dia rasa dia punca abang heroin mati.. Penjahatnya pula memang jahatlah tapi tak ada power ajaib ke apa cuma berjaya memanipulasi serta mengguna kawan hero je dan kejam.. Yang ini memang tak disangkalah sebab kawan hero tu memang nampak baik habis.. Terbongkar bila dah nak hujung cerita.. Tak pastilah dekat mana yang supernatural powernya.. hahaha

Drama: My Supernatural Power
Also Known As: Wo You Te Shu Gou Tong Ji Qiao
Genres: Suspense, Romance, Fantasy, Investigation
Country: China
Episodes: 26
Aired: Nov 18, 2020 - Dec 10, 2020
Aired On: Wednesday, Thursday
Original Network: Mango TV, Mango TV
Duration: 45 min.
A story that follows a detective in the major crimes division of Nan Xing City Police Department. Together with a woman who has super memory, he upholds the law one case at a time in solving murders, burglaries and bringing down a narcotics manufacturing facility.
Jing Chu is a young and capable detective. Due to his repeated merits from cracking big cases, he is promoted to the position of major crimes division vice-captain at Nan Xing city and starts to work alongside his new team. Because of a murder case, he meets Yang Mian Mian, a young woman who possesses a photographic memory. He soon realizes that Mian Mian seems to have a deep connection to his father's mysterious death many years ago.
Meanwhile, a famous blogger and a member of an idol girl group die consecutively. Their cause of death is identified to be due to a medical substance. As the major crimes division launch their investigation, they uncover a dangerous conspiracy that could threaten their own lives.
(Source: ChineseDrama.info)

ebook | Hello, My Twin! oleh Sharina Elisa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bacaan yang ohsem.. Sha suka cara penulis menyampaikan cerita.. Isi dalam novel ini pun sangat positif.. Mengenai hubungan dua beradik kembar yang disalah erti kerana mereka tak pernah memberitahu kepada umum yang mereka sebenarnya kembar.. Bila diumumkan barulah ramai yang tahu.. Perbezaan ketara mereka iala Hana tak pandai dan Risya pandai.. Mereka diletakkan di kelas yang berbeza namun Risya tak pernah putus asa untuk membantu Hana supaya pandai.. Usaha Risya membuahkan hasil bila Risya menemui cara untuk bagi Hana boleh faham pelajaran.. Atas usaha Risya, akhirnya Hana mula menunjukkan kejayaan dan Hana juga tidak lokek untuk berkongsi kejayaan beliau dengan rakan-rakannya..

Kadang bukan mereka tak nak belajar namun mereka tak diberikan peluang malah diabaikan hanya kerana kenakalan mereka..

Sha baca dan selesai pada 24.08.2021..

Bacaan melalui Google Books..
Published June 2021 by Open Bridge Publications Sdn. Bhd.

Wordless Wednesday 2021

 

Tuesday, August 24, 2021

Filem Jepun | Kamen Rider Reiwa: The First Generation (2019)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tonton filem ini lepas geram dengan Devil Judge.. Hahaha.. Filem ini kira penghubung antara Kamen Rider Zi-O dan Kamen Rider Zero One.. Macam past batonlah.. Sebab lepas Zi O, Zero One pula muncul.. 

Bila Aruto terjaga dia berada dalam dunia dimana manusia dah semakin pupus dan Humagear berkuasa.. Memang bukan mudah untuk Aruto terima kenyataan dan kemunculan Tokiwa bersama kawan-kawannya memberitahu ada seseornag yang telah mengacau perjalanan masa sehingga sejarah berubah.. Mereka berkerjasama untuk membetulkan semula sejarah dan menghapuskan gangguan.. Semasa berada di garis masa ini, Aruto berjaya jumpa bapa robot dia dan beradu tenaga sebelum kuasa dikembalikan kepada Aruto..

Bila manusia terlalu bergnatung pada AI pun bahaya juga..

Movie: Kamen Rider Reiwa: The First Generation
Screenwriter: Takahashi Yuya
Director: Sugihara Teruaki
Genres: Action, Tokusatsu
Country: Japan
Release Date: Dec 21, 2019
Duration: 1 hr. 39 min.
The Hiden Zero-One Driver can only be used by the company's president. Whose will was the one that led to the creation of the this device and it falling in the hands of Aruto Hiden? Zero-One's birth story will be revealed!
Kamen Rider Zi-O, who fought as the greatest Demon King of Heisei Kamen Riders chose to reset the world and live a new life. Why does Sougo Tokiwa transform into a Kamen Rider again and meet Zero One? Kamen Rider Zi-O's true ending chosen by Sougo will be revealed!
The world of Kamen Rider Zero-One and the world of Kamen Rider Zi-O. The two heroes live in different worlds, but what is waiting for them after crossing time and space into a single world? Union or conflict? This winter marks a new legend in the history of Kamen Rider.
(Source: kamenrider.wikia.com)

Drama Korea | The Devil Judge (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tengok drama ini sebab tajuk dia dan juga Ji Sung.. Ingatkan adalah mistik-mistik.. kikiki.. Rupanya lebih menarik sebab penuh emosi.. Kimia antara Kang Yo Han dan Kim Ga On tu pun sangat menarik.. Teruja betul bila tengok bukan mudah untuk Yo Han kalahkan Sung Ah dengan geng dia.. Setiap kali dia berjaya menapak setapak ke hadapan, Sung Ah pasti akan memotong dia dengan cara yang tak disangka.. Paling sedih bila dia mula percayakan Ga On namun Ga On masih ada rasa ragu-ragu pada dia.. Tu belum lagi halangan-halangan yang tak dijangka.. Betullah kata Yo Han, ini semua permainan.. Siapa yang bijak dan siapa yang kejam..

Semalam dapat tengok drama ini sampai habis.. Memang tak puas hatilah dengan ending dia.. Geram pula dengan si Ga On yang kononya percaya Yo Han tak bunuh abang dia tapi bila kena manipulasi dengan Profesor Min tu terus buat laporan polis yang Yo Han bunuh Soo Hyun.. Ish!! Geram je.. Patutpun kawan Yo Han tu tak percaya kat dia.. Bukan sekali Ga On buat perangai macam tu.. Ish!! Emosi betul tengok drama ini.. Hahaha..

Drama ini menarik sebab ending dia bagi tahu, walaupun dah macam-macam yang Yo Han buat, tetap akan ada manusia macam president dan kawan-kawan dia yang jahat tu.. Patah tumbuh hilang berganti.. Manusia yang jahat ini akan sentiasa ada cuma devil macam Yo Han tu patut ada atau tak je.. Namun niat tak menghalalkan cara ye.. Drama ini sekadar tontonan bukannya boleh kita ikut.. Pengajaran tu yang patut kita jadikan teladan..

Drama: The Devil Judge
Also Known As: The Demon Judge, Devilish Judge, The Devil Judgement, Agmapansa, Akmapansa, The Devil's Justice
Director: Choi Jung Gyu
Screenwriter: Moon Yoo Seok
Genres: Mystery, Law, Crime, Drama
Country: South Korea
Episodes: 16
Aired: Jul 3, 2021 - Aug 22, 2021
Aired On: Saturday, Sunday
Original Network: tvN
Duration: 1 hr. 10 min.
Set in a dystopian version of present-day Korea where daily life is chaos and society has collapsed to the point that people openly voice their distrust and hatred for their leaders. In this world bereft of law and order, Head Trial Judge Kang signals the need for change. His courtroom is the subject of a reality show where he mercilessly punishes the guilty, earning him the "Devil Judge" nickname. As a divisive figure with an aura of mystery that belies his true identity and ambitions, the public is unsure whether he is a true hero or someone, knowingly sowing the seeds of discontent in his courtroom. 
A bitter rivalry has taken shape between the "Devil Judge" and the highly ambitious Jung Sun Ah, who has risen from poverty to become a corporate social responsibility foundation director. Into this turbulent world enter two childhood friends on a quest for true justice: rookie Judge Kim Ga On and Police Officer Yoon Soo Hyun. Do they have what it takes to challenge both the scheming Jung Sun Ah and the notorious "Devil Judge"? 
(Source: Viki, Wikipedia, Soompi)

Marrybrown Eatalian! Box Meal

Assalamualaikum..
Hye semua..

Marrybrown keluarkan set Italian pula.. Nampak kat Sha memang teringin nak dicubalah.. Lepas tu encik suami pun meracun sama, maka berjalanlah kita ke Marrybrown Tanjung Malim.. Sha beli set box terus.. Ada semua dalam set tu.. Kongsi dengan encik suami.. Anak-anak pula Sha beli makanan kegemaran mereka iaitu bubur nasi dan nasi kari.. Sha tak bubuhlah gambar makanan yang lain sebab tajuk pasal Italian meal box kan.. Jadinya kita cerita pasal box ini jelah.. Kitak dia comel je dan bila dibuka lengkap semuanya kat dalam box tu.. Harga pada Sha agak mahallah namun berbaloi dari segi rasa.. Kenyang dan boleh dimakan berdua..

Cantik box dia.. Tapi agak mengejutkan jugalah bila tengok saiz dia.. Comel gitu.. Hehehe.. 

Italian Box Meal RM27.90
MB Spaghetti - Sedap dan comel.. Tak terlalu masam, banyak isi ayam dia..
Ayam 1 ketul - Sedap.. Boleh beli lagi
Burger - Okaylah.. Not bad 
Cheesy Rice Bites (4pcs) - Yang ini memang superb.. Diperbuat dari nasi dan rasa dia agak mengejutkan sebab sedap.. hehehe..
Air - Sha pilih Fanta anggur..

Mushroom soup - RM2.50
Ini Sha add on.. Sebab Imani suka makan mushroom soup kan.. Pertama kali cuba.. Sekali lagi agak mengejutkan dari segi rasa.. Sedap dan dia bubuh daun bawang.. Rasa yang memikat untuk dibeli lagi..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com