Tuesday, August 10, 2021

Filem Melayu | Mat Bond Malaya (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Layan je filem ini sebagai hiburan waktu cuti.. Pada Sha okaylah filem ini.. Walaupun filem ini nampak tak tersusun namun okay je untuk ditonton.. Tambahan pula ada ramai pelakon ohsem yang buat cameo.. Cuma premis zombie dia tu tak berapa cantik disampaikan.. Kejadian zombienya pun agak kurang menarik.. Suka watak Ji yang buat penyamaran untuk ajen tu.. Walaupun ianya tak logik tapi sebagai penonton Sha suka.. Ada kejadian yang seolah-olah dipaksa dan ada yang menarik.. Memang akan dapat pelbagai emosi bila menonton filem ini.. Kikiki.. Logik atau tak tu belakang ceritalah ye..

Mat Bond yang terperangkap bersama sekumpulan zombie di dalam bangunan yang telah ditutup kena mencari penawar sebelum beliau turut bertukar menjadi zombie.. Mujurlah bangunan yang di serang zombie berjaya ditutup sebelum zombie terlepas keluar atau pencipta virus zombie dapat masuk.. kikiki.. Kesian tengok Dr. Ebel tak berjaya masuk dalam bangunan M6 untuk melihat kejayaan beliau menukarkan ejen M6 menjadi zombie.. kikiki..

JUDUL : MAT BOND MALAYA
TARIKH TAYANGAN : 20 Julai 2021
SKRIP : Nabil Ahmad
PENGARAH : Nabil Ahmad
PRODUKSI : KMN Production Sdn Bhd
PELAKON : Naqiu, Elizabeth Tan, Azri Iskandar, Riezman Khuzaimi, Farid Halus (Farid Azmeir), Amyza Aznan, Reza Hasbi, Datuk Ramli MS, Aziz M.Osman, Datuk Yusof Haslam, Ghaz Abu Bakar, Michael Ang, Aloy Paradoks, Syafiq Kyle, Ning Baizura, Didie Alias

SINOPSIS MAT BOND MALAYA
Mengisahkan Mat ingin menjadi ejen perisik di M6. Dengan bantuan ibunya, dia berjaya bekerja di M6 tetapi sebagai budak pejabat. Pada masa sama, dia mula menyukai salah seorang ejen jelita bernama Bondi. Mat telah dicabar oleh G untuk mengambil gambar bersama Bondi.

Namun, Mat tidak berjaya dan disebabkan kalah dalam pertaruhan, Mat terpaksa menjadi pembantu peribadi G dalam menguruskan bahagian penyamaran identiti. 

Satu hari, dunia digemparkan dengan serangan virus zombi yang disebarkan Dr Ebel. Ramai  terkena virus tersebut termasuk ejen-ejen di M6 dan Bondi. 

Mat tiada pilihan melainkan mencari penawar bagi menyelamatkan semua yang dijangkiti sebelum virus tersebut merebak ke seluruh dunia. 

4 comments:

  1. Tak tengok lagi filem ni. Ada yang kata best. Cerita zombie tu dah semestinya tak logik. hihi..layan santai santai je lah kan :)

    ReplyDelete
  2. ala mat bond yg dulu ke.. waa

    ReplyDelete
  3. Untuk snatai2 bolhe la kan. arahan Nabil Ahmad pula filem yang pertama ke? Pelakon pun yang tak expect pula tu hehee boleh la cuba2 tengok untuk santai2

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com