Wednesday, August 18, 2021

Filem Melayu | Ada Hantu (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Bederau darah dibuatnya.. Hahaha.. Walaupun cerita ini bermula macam cerita hantu yang lain dimana mereka berlima ini tak ada kerja dan pergi mencari hantu.. Tapi sebaik sahaja sampai ke rumah tinggal tu Alif mula diganggu deengan teruk dan akhirnya Alif mati.. Memang ngerilah sampai jadi kes polis kot.. Tapikan lepas tu korang akan gelak berdekah-dekah.. Percayalah.. Bukan dipaksa-paksa.. Serius memang kelakar.. Tapi plot twist dekat ending tu memang mengejutkanlah.. Filem yang sangat ohsem pada Sha.. Cuma.. Tulah, poster dia tak berapa cantik.. Bukan gambar yang bawah ini..

Ada Hantu
2021 | 1h 39min
Director: Hairul Azreen
Writers: Adrian Teh(screenplay) | Amar Amir(screenplay)
Stars: Zahiril Adzim | Shiqin Kamal | Hairul Azreen | Nafiez Zaidi | Elvina Chua
Sinopsis: Alif, seorang YouYuber yang tidak mempercayai hantu meraikan hari lahirnya bersama rakan-rakannya di sebuah banglo lama tinggalan tentera Jepun semasa Perang Dunia II.

6 comments:

  1. hari tu pun ada baca sorang blogger ni kata poster filem macam orang malas. haha. teringat zaman citer hantu VCD. mostly cover CD asal boleh je

    ReplyDelete
  2. Tak sangka cerita dia best. Padahal sebelum ni dorang mempersoalkan arahan Hairul Azreen ni. Kena pandai buat poster cantik baru buat orang tertarik nak tengok, kan.

    ReplyDelete
  3. penulis dia adrian teh pulak. Memang dia suka kerja dengan Hairul ea. Okay nanti nak tengok lah

    ReplyDelete
  4. Pernah tengok sipnosis filem nie tapi tak tengok lagi filemnya...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com