Sunday, March 31, 2019

Dutch Lady Edisi Ramadhan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ternampak iklan dan terbeli dekat Shell.. Sekotak RM2.. Edisi Ramadhan (walaupun Ramadhan sebulan lagi).. didatangkan dengan rasa Kurma dan Ros Bandung.. Sha beli dua-dua rasa.. Teringin nak cuba..

Dutch Lady Kurma - Rasa dia okay okay je.. Tak adalah wow sangat.. Kurang memikat untuk tekak Sha..

Dutch Lady Ros Bandung - Yang ini sedap.. Rasa Bandung yang memikat dengan bau ros yang wangi.. Memang best diminum sejuk-sejuk..

Dia... Bangladesh Mari? oleh Liz Haliza

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dah dua, tiga kali jugalah pinjam dan pulang dan pinjam balik buku ini.. Kali ini baru berjaya baca.. Hehehe..

Ismail menyamar sebagai pekerja dari Bangladesh.. Saja menyakat Ailis yang tak putus asa nak tahu adakah dia lelaki yang diselamatkan Ailis dulu.. Dalam pada seronok menyakat, cinta pun berputik.. Macam-macam cara yang Ailis lakukan demi membuktikan Ismail bukan dari Bangladesh.. Part nie memang kelakarlah.. Bila dah terbukti, mereka pun berkahwin.. Namun kekacauan datang melanda bila ada yang dengki melihat Ismail sihat dan bahagia.. Siapakah musuh dalam selimut??? 

Sha baca pada 28.03.2019 dan selesai pada 29.03.2019..

(ebook : PNM e-Reader)

Pinjam dari elib PNM.. 
Diterbitkan pada February 2016 oleh Penulisan2u..

Saturday, March 30, 2019

Menang Cabutan Bertuah Sempena PBAKL 2019

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha ada kongsikan mengenai Cabutan Bertuah sempena PBAKL 2019 di SINI kan.. Alhamdulillah.. Kelmarin keluar keputusan pemenang dan Sha menang hadiah gelang tangan emas korea.. Namun pihak penganjur memberi pilihan kepada Sha.. Sama ada nak gelang atau cash.. Beliau risau keselamatan gelang tu jika diposkan.. Makanya Sha memilih untuk terima hadiah cash sebab nak beli buku.. Hahaha.. Nampak tak kecintaan pada buku tu..

Pengumuman pemenang pada 26 March 2019..

Sha berkongsi hadiah kemenangan bersama anak-anak Sha..
Aktiviti Riang Ria Ana Muslim - buku Imani
Sweet Ana Solehah - buku Amani
Terperangkap di Anteseden - buku Sha..
Coklat tu kita makan sama-sama.. hehehe..

Friday, March 29, 2019

Korea | Trap (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua...

Drama ini 7 episod je.. Tapi memang suspenlah.. Dari episod satu dah ada adegan kejar mengejar.. Antara yang memburu dan diburu.. Polis siap kena bunuh lagi.. Masuk episod 2, makin menarik.. Muncul polis yang boleh profile penjahat.. Setiausaha nampak sangat meragukan dan pembongkaran kepada satu fakta.. Tapikan.. Makin kita tengok makin kita keliru siapa yang jahat.. setiap episod ada kejutan tersendiri.. Sampai ke episod 6 kan rasa macam nak nangis sebab salah teka.. Hahaha.. Memang tak terduga dan tak terjangka.. Pembunuh dia bukan psiko tapi memang kejam.. Sangat kejam.. Membunuh dan menjadikan Korea sebagai tempat pemburuan.. Pergh!!

7 episod yang suspen dan mendebarkan.. 

TRAP | 09 February 2019 | 7 episodes | Action, Thriller, Mystery, Investigation |
Sipnosis | Kang Woo Hyun is a respected anchor at a broadcasting station. He has a lovely family and he is asked to enter the political field. His life seems perfect. One day, he goes on a trip with his family and a tragic situation occurs. Meanwhile, Go Dong Kook is a veteran detective. He takes Kang Woo Hyun's case and investigates.

Koleksi Bulan Mac 2019 #3

Assalamualaikum..
Hye semua..

Belum menyusut lagi rak buku Sha (baca SINI).. Sudah bertambah lagi buku.. Hehehe.. Nak buat macam mana seorang pembaca dan pengumpul buku, beginilah rutinnya.. Tak ada ke yang nak bagi Sha buku untuk direview kan.. Mehlah.. Bagi Sha buku.. Boleh Sha tolong review kan.. Tak payah bayar pun takpe.. Janji bagi buku dekat Sha.. Nampak tak.. Betapa buku tu menjadi sahabat karib.. 

Antologi Cerpen: Ganjil diselenggara oleh Mitch
Sampai pada 15.03.2019.. Beli sebab nak masuk cabutan bertuah.. Boleh baca di SINI..

Buku ini Sha pra tempah pada 21 Disember 2018 dan diterima pada 27 Mac 2019.. Nampak tak kesabaran Sha emnanti buku.. Hahaha.. Kalau pra tempah memang lama.. Kalau jenis tak sabar, silalah jangan buat pra tempah buku.. Mahu strees yang menerima tempahan.. Ialah.. Kejap kejap tanya.. Kejap kejap tanya.. Kikiki..

Herbalis: Tujuh Remaja Sakti oleh Hasbullah Abu Bakar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku remaja yang sangat menarik dibaca.. Ini buku kedua dari siri Herbalis ini.. Buku pertama bertajuk Herbalis: Misi Purnama Biru.. Tak jumpa lah pula..

Kisah yang sangat menarik.. Remaja sakti cuba diselamatkan dari tangan penjahat yang ingin mempergunakan mereka.. Pengembaraan bermula buat Hasran, Syaid, Wei Hun dan juga Wani untuk mencari remaja berkebolehan.. Pengembaraan mereka menemukan mereka dengan puak naga, haiwan rimba dan juga haiwan mekanikal yang canggih.. Memang seronok dan menghiburkan..

Sha baca pada 27.03.2019 dan selesai pada 28.03.2019..

Pinjam dari Perpustakaan Negara Malaysia
Diterbitkan pada July 2011 oleh PTS Publications..

Thursday, March 28, 2019

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam bawa anak-anak tengok Upin & Ipin.. Dari tahun lepas dah janji dengan diorang nak belanja tengok wayang.. Kebetulan birhtday Imani bulan Mac, kita celebrate sekali degan kakak punya walaupun kakak punya birthday bulan 6.. hehehe..

Keseluruhan cerita pada Sha, kali ini lebih seronok dan dekat di hati sebab ada watak-watak dari cerita melayu lama yang dimasukkan.. Seperti Mat Jenin, Belalang, Pak Belalang, Mak si Tanggang, Bawang Putih, Bawang Merah dan juga Raja Bersiong.. Perjalananan cerita dari awal sehingga ke hujung berjaya memaku mata anak-anak dan juga Sha untuk terus menonton.. Babak sedih ketika mak si Tanggang dan Bawang Merah meluahkan rasa serta memaafkan memang berjaya buat Sha menangis.. Saling memaafkan itu penting dalam hubungan kekeluargaan..

Part yang tak seronok bila tengok ada ibu bapa yang langsung tak peduli kan kebajikan anak-anak.. Punya nak tengok wayang sampai sanggup bawa baby dan anak kecil ke dalam panggung yang gelap dan sound sistem yang kuat.. Menyampah pula Sha tengok.. Imani yang dah 6 tahun tu pun masih pegang kuat tangan Sha sebab gelap.. Apalah salahnya tunggu seminggu lepas tayangan, tengok dekat Family Friendly.. Lebih mesra kanak-kanak.. Macam-macamlah mereka ini..


Wonder Park (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tonton filem ini di Pawagam TGV Family Friendly.. Sebab adik Sha bawa anak dia joint kami.. Anak nya belum 2 tahun lagi.. Masuk panggung ini tak adalah risau sangat sebab sound sistem dia dan suasana mesra kanak-kanak.. Orang yang menonton pun tak boleh nak marah kalau kanak-kanak bising.. Harga tiket kanak-kanak RM5 dan dewasa RM10..

Wonder Park ini anak-anak Sha yang pilih nak tengok.. Mereka suka dna seronok menonton filem ini walaupun dalam bahasa inggeris.. Pada Sha ceritanya memang best.. Mesej yang disampaikan pun sebenarnya sangat kena untuk ibu bapa.. Bebaskan anak-anak berimaginasi dan bereksperiment tapi dalam masa yang sama kena pantau dan pesan kat anak-anak jangan sampai mengganggu jiran tetangga serta merosakkan harta benda awam..


Girl's Day Out

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cuti sekolah ini Sha menunaikan janji pada anak-anak untuk belanja mereka tengok wayang dan makan-makan.. Celebrate sekali birthday Imani (Mac) dan birthday Amani (Jun) tapi tanpa ayah.. Ayah kena kerja dan jaga MIL.. Makanya Sha ajak adik perempuan Sha yang duduk di Rasa, Selangor untuk sertai kami.. Patutnya tengok Upin Ipin je tapi nak bagi adil Sha tambah satu lagi cerita.. Seronoklah mereka marathon wayang sekali dua.. Cerita Wonder Park dan Upin & Ipin..



Kami gerak dari rumah awal.. jam 7.15 pagi.. Pergi isi minyak dulu, kemudian baru ambil adik Sha di Rasa, Selangor.. Sampai Aeon Rawang jam 9.00 pagi.. Sarapan dulu di McD.. Sha tak terkejar-kejar sebab dah beli tiket wayang online.. Sekali dengan kombo makanan.. Senang.. Scan je dah selesai.. Pukul 10 pagi kami tengok Wonder Park dulu sebab yang ini Sha ambil panggung Family Friedly, bolehlah bawa masuk anak adik yang belum 2 tahun tu.. Menariklah panggung dia cuma kemudahan yang disebut tak ada pun dalam tu.. Panggung biasa je cuma tak gelap dan sound sistem tak adalah kuat sangat.. Masih seronok juga melayan kartun tu..


Lepas habis Wonder Park kami jalan-jalan di Daiso sementara tunggu tayangan Upin & Ipin.. Sempatlah beli kiub batu, gunting dan plastik zipper.. Kalau ikut nafsu, banyak lagi nak beli.. Lepas pergi Daiso, masuk pula Popular lagi rasa macam nak nangis.. Mampu tengok je deretan buku-buku baru tanpa membeli.. Memang kuat semangatlah Sha.. Hehehe.. Tengok je.. Tak beli walau sebuah pun.. hahaha..

Anak-anak SHa tengah merayu suruh belikan buku.. Hahaha.. Mak mampu dengar je.. Kena sabarlah ye anak-anak.. Bulan ini perbelanjaan tight sedikit..


Hasil tangkapan di Daiso.. RM5.90 satu barang..


Pukul 12.50pm kami terus ke TGV untuk tayangan Upin & Ipin.. Adik Sha dan anak dia pula lepak main dekat Kidzoona.. Anak adik tu kecik lagi belum 2 tahun.. Sangat tak sesuai untuk menonton di pawagam biasa.. Upin & Ipin akan ditayangkan di pawagam Family Friendly hanya selepas seminggu tayangan.. Untuk minggu pertama ini memang pawagam biasa je..

Ini hidangan yang sampai.. setiap menu ini dua set.. Tak cukup tempat.. So ambil gambar yang ini je.. 

Muffin Vanila dan Coklat..

Lepas habis tayangan Upin & Ipin, kami singgah makan di Kenny Roger's.. Adik ada voucher beli 1 percuma 1.. Tapi Sha agak bengang jugalah dengat staf Kenny Rogers tu.. Pesanan yang kami terima untuk bawa balik tak sama dengan pesanan yang kami makan di Restoran.. Memang sakit hatilah.. Terlupa nak periksa sebab kami dah nak balik, baru dia buat pesanan kami.. Itupun 3 kali tanya baru siap.. Geram jugalah.. Sebab caj perkhidmatan yang dikenakan mahal tau..


Nampak tak perbezaan dia.. Gambar atas tu kami suruh tapau sebab dia hantar awal.. Gambar bawah tu pula dua, tiga kali minta dan ingatkan.. Dah nak balik pun tak buat lagi.. Lepas bayar baru siap, memang lupalah nak tengok isi dalam.. Dah bergegas nak balik kan.. Geram betul dengan staf Kenny Rogers ini..


Sebelum balik, belanja donut dulu kat budak berdua ini..

Nak gerak balik, hujan turun dengan lebat berserta angin kencang.. Risau jalan lama banjir, kami ikut highway.. Sepatutnya masuk tol Bukit Beruntung nak hantar adik kat Rasa tapi terlepas.. Terpaksa pusing dekat tol Bukit Tagar.. Memang kelakarlah.. Hahaha.. Sha sampai rumah lagi 5 minit pukul 7 malam.. 

Wednesday, March 27, 2019

Antologi Cerpen Setulus Kasih Buatmu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini Sha dapat dari Ct Roxalynna sebagai hadiah.. Boleh baca di SINI dan SINI.. Lama sangat tersimpan.. Maka jomlah kita baca.. Cerita dalam ini menarik sangat.. Setiap penulis menyampaikan rasa kasih dan cinta tu dengan cara tersendiri.. Mesej yang disampaikan dalam setiap cerita sangat memikat..

Ada 10 tajuk dari 10 penulis berbeza.. Dibawah ini Sha kongsikan tajuk-tajuk yang ada dalam buku ini..
Aku, Creme Brulee dan Sarah Amalina - Fathi
Bukan Dia Seorang - Nuriffa
Bukan Yang Sempurna - Hazlina Hussin
Kalau Dah Jodoh Kita - Asyu Asyura
Kekasih Abadi - Nureen Ahmad
Love You Till Jannah - Ct Roxalynna
Love You, Dr. Vampire - Naurah Hazwany
Seketika Di Sini - Farisha Imani
Suamiku Kasanova - Waisya Carissa
Tuan Azman Legacy - Jasmine

Cerita Bukan Dia Seorang dari Nuriffa memang sangat terkesan pada Sha.. Kisah mertua dan menantu.. Kisah kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.. 

Sha baca dan selesai pada 26.03.2019..


Asian Delight - Taro

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini yang terakhir.. Sedap.. Ada ketulan-ketulan kecil keladi dalam setiap gigitan.. Warna dia pun cantik, ungu dan putih.. Memang bestlah makan waktu panas-panas ini.. Melegakan tekak gitu.. Hehehe.. Jarang Sha suka perisa keladi ini tapi yang ini memang best.. Pada tekak sha lah..


Cantikkan.. Gabungan warna putih dan ungu..

Wordless Wednesday #79


Tuesday, March 26, 2019

Captain Marvel (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..


Kebetulan sangat dapat menonton wayang berdua dengan encik suami.. Boleh tahan jugalah filem ini.. Walaupun banyak kritikan yang diberikan untuk filem ini tapi hanya filem ini je yang available untuk ditonton.. Makanya jomlah nonton..

Pada Sha filem ini okay.. Not bad.. Asalnya dari kartunkan jadinya tak adalah nak expect tingi-tinggi.. Cerita superhero lagipun.. Mestilah hero kalah sikit lepas tu menang banyak.. Hehehe.. Tapi watak Captain Marvel ini encik suami cakap merangkumi perwatakkan dari Iron man, Captain America dan juga bebudak.. Hehehe.. Okay je.. Tapi memang tak sangkalah yang jahat tu sebenarnya dekat.. Babak lawan dia pun not bad.. Part kucing dan kenapa mata Fury buta pun kelakar.. Tapi scene post credit yang first tu memang buat tak sabar nak tengok Endgame..

Sumber Gambar Wikipedia..

Asian Delight - Black Bean

Assalamualakkum..
Hye semua..

Aiskrim ketiga dari rangkaian Asian Delight ini yang Sha rasa.. Menarik tapi tak cukup memikat.. Buat yang meminati kacang hitam, anda pasti akan suka aiskrim ini.. Kacangnya seketul-seketul.. Memang puaslah menggigit.. Kalau kacang merah, memang akan jadi kesukaan Sha.. Tapi kacang hitam, kurang minat.. Tapi sedap juga..

RM1.90 satu..

Ketulan-ketulan kacang hitam..

Shh... Aku Tau Rahsia Korang oleh Jekyll Gyzma

Assalamualaikum..
Hye semua..


Novel ringan Magic Bean yang comel.. 190 muka surat sahaja.. Memang menarik dan mengancam.. Kisah Selma yang boleh membaca isi hati orang lain.. Kerana kebolehannya, Selma asyik bertukar sekolah dan tidak mempunyai kawan.. Namun semuanya berubah bila Selma berkenalan dengan Adam dan terjumpa mayat Lina.. Penyiasatan mengenai kematian Lina berjaya menemukan selma dengan kawan-kawan baru dan juga kegunaan yang baik untuk kelebihan yang dia ada.. Kisah dalam novel ini menarik dan buku yang menarik emmang selalunya pendek dan ringkas.. Punca masalah berjaya diselesaikan.. 

Sha baca dan selesai pada 25.03.2019..

Koleksi Sha..
Diterbitkan oleh Gempakstarz..

Monday, March 25, 2019

Wall's Asian Delight - Coconut Corn

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari tu dah cuba Kelapa, kali ini kita cuba kelapa jagung pula.. Pergh!! Berbaloi bayar RM1.90 okay.. Rasa lemak kelapa yang dicampurkan dengan jagung memang sedap.. Siap ada jagung seketul seketul lagi.. Tambah musim panas ini, memang best makan aiskrim.. Korang dah cuba ke? Pada Sha emmang berbaloilah harga dan aiskrim ini.. Ini untuk tekak Sha lah.. Tekak korang, tak tahulah kan..



Abah Kena Tahan Wad

Assalamualaikum..
Hye semua..


Sabtu pagi, adik mesej cakap abah sesak nafas.. Disebabkan abah tak nak pergi hospital, adik terus telefon ambulans.. Bila ambulans datang, nak tak nak abah kenalah naik dan ke hospital.. Sampai hospital dekat bahagian kecemasan, doktor kata paru-paru abah bermasalah.. Kena tahan wad.. Sampai wad doktor pelatih kata injap abah bocor.. Malamnya bila doktor pakar datang, doktor pakar kata abah kena serangan jantung minor dan jantung abah dah ada berlubang lubang.. Dah tak cantik.. Paru-paru abah berair.. Doktor cucuk ubat cairkan darah dan ubat untuk keluarkan air dari paru-paru abah.. Masa doktor buat pemeriksaan dekat abah, doktor tanya abah kerja apa sebelum ini dan ada kad pencen ke.. Bila doktor tahu abah ada kad pencen, doktor cadangkan untuk abah ke IJN.. Buat pemeriksaan yang lebih teliti.. Tapi apa-apa pun, doktor suruh duduk sampai hari Isnin.. Bila usia dah meningkat, mulalah penyakit datang bertandang.. Doakan abah Sha lekas sembuh ye..


Sunday, March 24, 2019

The Dude In Me (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..


Filem yang sangat menarik.. Roh gangster tertukar dengan budak sekolah.. Hahaha.. Kelakar dan sweet je filem ini.. Suka Sha tengok lakonan Park Sung-woong.. Walaupun watak dia keluar kejap-kejap je tapi memang bestlah.. Filem ini fantasi komedi.. Walaupun komedi namun ada juga nilai baik yang diberi.. Kisah buli di sekolah sering berlaku sama juga dalam filem ini.. Namun dalam filem ini, yang dibuli diajar untuk mempertahankan diri dan tidak membiarkan diri terus dibuli.. Pembuli akhirnya ditukarkan ke sekolah lain.. Barulah betul.. Tindakan dari kawan-kawan dan orang dewasa sebenarnya boleh membantu.. Ada juga babak kelakar bila budak sekolah yang mempunyai roh gangster meluahkan perasaan pada kekasih lamany.. Part ini memang lawaklah.. hahaha..

Cerita yang ringkas dan sweet untuk hujung minggu..

The Dude In Me @ 내안의 그놈
@ Naeanui Neukom @ The Man Inside Me
K-Movie | Released: 9 Jan 2019 | Genre: Comedy, Fantasy |
Dong-Hyun (Jin Young) is a high school student. One day, he falls from the rooftop and bumps into Pan-Soo (Park Sung-Woong) who is a passerby. Pan-Soo is a member of a criminal organization. When the two men wake up in the hospital, they discover that they have switched bodies.

Puaka Tasik oleh Khairul Nizam Khairani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Disebabkan tak ada permintaan untuk Sha baca dan review buku-buku Sha yang tertunggak tu, maka Sha baca je mana-mana buku yang nipis.. Dapat kurangkan sedikit pun kira okaylah kan.. Hehehe..

Kali ini buku pasal puaka tasik.. Memang menarik.. Sebab sebelum ini Sha baca karya penulis ini bergenre thriller.. Memang menarik.. Manusia lebih memilih untuk mengikut cakap puaka dari berserah kepada Allah.. Selagi tidak ada yang berani berhenti melakukan pengorbanan, selagi itulah puaka itu akan terus berkuasa..

Sha baca dan selesai pada 22.03.3019..

Koleksi Sha..

Diterbitkan oleh Penerbit X..

Zine Pilihan Lain Selain Buku

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buat yang baru berjinak-jinak dengan dunia bacaan, anda mungkin boleh bermula dengan Zine.. Ini kerana cerita di dalam Zine tidak mengambil masa yang lama untuk dihabiskan. Tidak bermakna cerita di dalam Zine tidak mempunyai isi.. Cuma penyampaiannya lebih ringkas dan padat.. Zine juga sangat menarik untuk dijadikan koleksi kerana biasanya zine akan dicetak dalam kuantiti yang terhad, bergantung kepada penulis.. Malah layout atau designnya juga lebih cantik dan unik.. Zine juga merangkumi pelbagai bentuk penulisan seperti komik, puisi, prosa, anekdot, artikel dan juga cerpen..

Pembaca boleh dapatkan zine ini terus dengan penulis atau penerbit yang memang fokusnya menerbitkan zine.. Ada penulis terkenal yang menerbitkan zine sendiri seperti Maria Kajiwa, Illya Abdullah, Web Sutera dan ramai lagi.. Penerbit pula anda boleh cuba tengok di Terbitan Langit dan Legasi Oakheart.. Boleh juga beli di Kedai Saharil.. Setiap Zine biasanya dijual dalam harga RM10 hingga RM20 tidak termasuk pos/termasuk pos, bergantung kepada penerbit.. Kalau anda sebagai pembaca berminat untuk menghasilkan zine bolehlah berhubung dengan Tukang Cetak Zine untuk proses cetakan dan design kulit zine anda.. Kuantiti cetakan juga bergantung kepada penulis.. Ada yang buat dengan jumlah yang terhad dan ada juga secara banyak.. Zine juga boleh dicetak sendiri sebab menggunakan stapler sahaja..

#MalaysiaMembaca

Antara yang keluar bila anda search ZINE di Google..

Saturday, March 23, 2019

Variety: Dragon's Club - Immature Bromance (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bosan-bosan menunggu, Sha layan rancangan variety dari Korea dekat Youtube.. Tajuknya Dragon Club.. Rancangan ini mengumpulkan 5 pelakon dan penyanyi yang bersahabat baik untuk melalui trip 6 hari dan mengusahakan gerai.. Mereka ialah Kim Jong-kook, Jang Hyuk, Cha Tae-hyun, Hong Kyung-min & Hong Kyung-in.. Walaupun bersahabat baik tapi mereka ini susah nak berkumpul dalam satu rancangan bersama, maka rancangan ini pun tercetus.. Rancangan ini menarik sebab dari 5 lelaki tu, hanya Kim Jong-kook je yang belum berkahwin.. Bayangkan suami orang dan lelaki bujang berkumpul.. Sesi luahan hati, sesi mengenakan kawan-kawan.. Memang ohsem..

TV Show: Dragon Club - Immature Bromance
Country: South Korea
Episodes: 8
Aired: Oct 10, 2017 - Dec 19, 2017
Aired On: Tuesday
Network: KBS2
Duration: 1 hr. 15 min.

Bertarung Dengan Syaitan oleh Tajul Zulkarnain

Assalamualaikum..
Hye semua..

Makin menyusut rak buku Sha.. Kali ini permintaan dari Ika.. Sha baca bertarung dengan syaitan dan Sha menyesal.. Hahaha.. Sebab buku ini bersambung.. Misteri apek tua yang merenung tidak terjawab.. Dalam novel ini juga ada 3 certot bonus dari penulis..

Bertarung Dengan syaitan ini mengisahkan perkongsian Tajul tetang atuknya yang pandai mengubat dan kebolehan tajul melihat perkara-perkara yang ghaib.. Memang menarik semua pengalaman yang dikongsikan penulis kepada pembaca.. Harapnya penulis akan mengeluarkan buku yang seterusnya dengan segera.. Teringin nak tahu kenapa atuk marah sangat dengan apek yang lalu depan kawasan rumah atuk tu..

Sha baca dan selesai pada 22.03.2019..

Sebab ada permintaan dari Ika, maka Sha baca BDS ini dulu..

Sha baca dan selesai pada 22.03.2019..

Koleksi peribadi Sha..
Terbitan Twirlight Zone Publishing..

Mortal Engines (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tengok filem ini semalam dengan encik suami.. Lama tak santai berdua menonton filem.. Kebetulan anak-anak dah tidur awal.. Mak dengan ayah pun bersantailah menonton filem..

Agak menarik jugalah bila bandar boleh bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.. Barat cuba menakluk timur lagi.. hehehe.. Hero dan heroin bertemu tanpa sengaja dan cuba menghalang konspirasi jahat yang ingin menghancurkan bandar disebalik tembok.. Best sebab tengok engine dan tak ada aksi 18sx.. Cuma ada adegan tembak-tembak lah..

In a post-apocalyptic world where cities ride on wheels and consume each other to survive, two people meet in London and try to stop a conspiracy.

Friday, March 22, 2019

Neraka Bawah Rumah oleh Khairul Naim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kalau tengok gambar dan tajuk memang nampak mengerikan.. Bila baca, rasa macam naik roller coaster perasaan Sha.. Irina yang diganggu dan merasakan dirinya membunuh dan ditahan dibalai polis.. Tapi orang yang dikatakan dibunuh, masih hidup.. Novel ini tamat dengan plot twist yang tak dijangka.. Sangat mengejutkan.. Siapa Irina? Siapa Rina? Apa kaitan rumah tu dan pembunuhan yang berlaku?.. Memang ohsem..

Sha baca dan selesai pada 22.03.2019..

Koleksi buku Sha..
Terbitan Paluan Seni Production Sdn. Bhd..

Wall's Minions Banana

Assalamualaikum..
Hye semua..

Setelah dicadangkan oleh Mrs Pip, akhirnya Sha berjaya juga makan aiskrim Minions ini.. Nampak terus beli.. Tak tengok pun perasa apa.. Bila dah makan encik suami cakap.. Ini aiskrim pisanglah.. Hahaha.. Isteri tengah sibuk ambil gambar.. Lepas tu baru tengok.. Rasa pisang dan Vanilla.. Ingatkan peliklah.. Tapi bila makan.. Eh.. Okaylah gabungan pisang dan Vanilla tu.. Serasi.. Tak adalah pelik ke apa.. Mujurlah.. hehehe.. Aiskrim dia pun cantik..

Seketul ini RM2.50..

Inilah aiskrimnya.. Cantikkan.. Warna kuning dan biru..
Makan waktu malam pula tuh.. Hahaha..
Pergi isi minyak terus cari aiskrim sekali..

Random Photo #9

Assalamualaikum..
Hye semua..

Berjumpa lagi di entry koleksi gambar makanan dan entah apa-apa yang Sha tangkap menggunakan Telefon Redmi Notes Sha.. 

Boko Ubi dan Talam Pandan.. Manisan yang sedap.. Sebekas RM3 je..

Imani kena bawa pergi sekolah tapi mak lupa.. Hantar kemudian.. hahaha.. Bila mak dah berusia..

Sarapan pagi sebelum ke Perpustakaan Negara Malaysia untuk mengambil buku sumbangan.. Mee Rebus Sha memang plain macam ini sebab Sha tak suka taugeh, daun bawang dan bawang goreng.. Hahaha.. Kuah dia pekat melekat.. 

Ini pula adalah menu lewat petang Sha.. Dibungkus semasa perjalanan pulang ke Poli dari PNM.. Berger Crunchy Nacho Tendergrill Burger King yang ohsem..

 Black Mocha Frappe + Bubble (RM11.80) dari Each A Cup yang ohsem dan memuaskan tekak.. Hanya di Tesco Sri Manjung.. Tempat lain Sha tak pernah beli..

Susu Kurma & Yogurt Mixed Barries jenama Farm Fresh.. Beli dekat adik.. Dia jual 6 kotak comel ini RM15 je.. Sekejap je dah tinggal 2.. hahaha..

Melaksanakan tugas harian membalut buku.. Minggu ini dan minggu depan kena bertugas di kaunter sirkulasi..

Baru dapat buku sumbangan dari Perpustakaan Negara Malaysia untuk Perpustakaan tempat kerja Sha.. Bertambah koleksi buku..

Alhamdulillah.. Pokok Mulberry yang dicantas sudah mengeluarkan putik baru.. Pokok ini memang sentiasa perlu dicantas supaya bercambah baru dan berbuah..

Thursday, March 21, 2019

Dokumen 136 oleh Syafiq Ali'am

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik mengenai sejarah penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu.. Walaupun topik ceritanya adalah mengenai Dokumen 136, namun tidak diperincikan apakah Dokumen 136 itu.. Bila membaca cerita sejarah dalam bentuk bergambar terasa lebih seronok.. Namun mujurlah komik ini hitam putih.. Tak nampaklah sangat ngerinya babak ditusuk pedang samurai, ditembusi peluru pistol.. Kalau tak memang meremanglah.. Peperangan kan..

Sha baca dan selsesai pada 21.03.2019..

Hak Milik Perpustakaan Politeknik Sultan Azlan Shah
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com