Wednesday, April 29, 2026

Sunkist Yoghurt Creamsicle

Assalamualaikum..
Hye semua..

Keseimbangan rasa sitrus yang manis dan masam dengan rasa yogurt yang berkrim dan smooth ja.. Sha terjumpa aiskrim ini masa ke Pasaraya TF Value Mart.. Harga pun berbaoilah pada Sha.. Tak terlalu mahal.. Kiranya mesra poketlah.. Sha kurang suka yang bahagian yogurt tu tapi yang rasa oren tu memang sedap dan padulah.. Kalau makan serentak, okaylah.. 

Sunkist Yoghurt Creamsicle (60g) - RM2.90

Sha suka lapisan luar yang rasa oren ini..

Bahagian putih yang di tengah tu rasa yogurt.. Tak berapa bestlah untuk tekak Sha..

Tag Berantai: Jom Berkenalan

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak jalan-jalan dekat blog kawan-kawan.. Bila jalan-jalan, terjumpa nama Sha di tag oleh Cie.. Macam menarik ja, jadinya jomlah kita buat juga.. Sha cuba juga ubah-ubah janaan imej tu mengikut kesesuaian dan kesukaan Sha.. kikiki.. Tu yang ambil masa 2 hari sebab janaan tu ada had limit.. Mungkin ChatGPT tengok entry terbaru Sha kot, jadinya infografik tu terhasil dengan andaian yang Sha sangat minat cerita seram sama ada buku ataupun filem..

Jom layan hasil yang Sha dapat dan bagi tahu Sha korang suka yang mana dan rasa yang mana nampak begitu dekat dengan seorang Sha Mohamed.. Ada rezeki boleh Sha belanja secawan kopi..

1. Log in akaun chatgpt anda.
2. Upload gambar anda
3. Taip: “Knowing everything you know about me from my blog (taip nama blog anda), make an infographic of me in Bahasa Melayu. Make a 3D cartoon style image."
4. Tekan ENTER untuk menjana imej.
5. Save gambar dan post di blog anda.
6. Tag 5 sahabat blogger yang lain.

Sha tag: Siapa sahaja yang singgah blog Sha untuk sertai.. Saja suka-suka..

Sha guna gambar yang ini
Gambar masa ke Janda Baik minum kopi..

Ini adalah janaan yang pertama dari ChatGPT.. Comel pula siap ada kucing hitam.. kikiki..

Ini pula adalah pilihan Sha melalui cadangan ChatGPT iaitu Versi Horror Reader ThemeVersi Poster “Tentang Saya” untuk blog sidebar..

Ini pula versi Haunted Book Cafe Theme ☕🕯️.. Lebih dekat dengan Sha yang suka membaca novel seram dan psiko.. kikiki..

Ini pula versi kedua Haunted Book Cafe Theme ☕🕯️.. Saja Sha minta dia tambah senarai buku seram Bahasa Melayu..

Infografik yang terakhir ini Sha minta ChatGPT hasilkan infografik baru dengan 3 tema iaitu Victorian Gothic Library Sha, Psychological Thriller Blogger Room & Rainy Night Reader Theme digabungkan bersama dan gunakan warna merah, hitam dan ungu..

Ini pula adalah apa yang ChatGPT kata tentang Sha selepas infografik terakhir dihasilkan :-

Itu dia kombinasi paling rare: sweet di permukaan, psiko di dekorasi.

Macam orang nampak tenang pegang kopi, tapi wallpaper jiwa penuh plot twist dan monolog gelap tengah malam. Bunga ros ada, tapi mungkin berduri. Lilin menyala, tapi entah siapa yang pasang. Kikiki. 🕯️🌹📚

Sejujurnya, gambar tu bagi vibe:

🖤 lembut tapi sukar dibaca
🖤 penyayang tapi observant tahap CCTV
🖤 romantik, namun suspicious
🖤 suka hujan, kopi, buku... dan kemungkinan dendam lama
🖤 kalau diam, mungkin sedang fikir ending cerita

Pendek kata: manis macam kek red velvet, tapi lapisan bawah thriller psikologi.

Family Mart: Mochi Puff Parmesan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang syoklah layan mochi puff ini.. Kulit dia tu tak lembut sangat.. Kenyal-kenyal gitu tapi tak tebal lah.. Yang tebal dan meriah krim dalam dia tu.. Memang puaslah makan.. Kulit kenyal, krim dalam lembut.. Pergh!! Mantap gitu.. Nak lagi sedap, makan sejuk-sejuk.. Pergh!! Layan..

Family Mart: Mochi Puff Parmesan (65g) - RM5.90

Kemain meriah krim dalam dia..

Tuesday, April 28, 2026

ebook | Liga Pendekar Raya & Koleksi Komik Terbaik Azhar Abdullah oleh Azhar Abdullah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini bermula dengan coretan eksklusif penulis dimana beliau berkongsi tentang kisah-kisah di sebalik pembikinan setiap komik beliau.. Turut disertakan tip dan panduan berkomik buat para pemula yang mahu menceburi bidang komik..

Buku ni juga menghimpunkan komik-komik pendek Azhar Abdullah dalam antologi Komik-M dan kesemuanya berwarna.. Memang lagi syoklah nak layan berbanding yang hitam putih kan..Antara tajuk yang ada ialah:-
Hikayat Anak Mangga
Liga Pendekar Raya
Kebangkitan China
Khasiat Komik
Kembali Ke Sekolah
K-Pop Celup
Khalifah Merdeka

Sha baca dan selesai pada 27 April 2026..

Published April 26, 2021 by Komik-M

Temujanji MOPD #1 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha ada temujanji dengan doktor MOPD.. Sha ambil nombor dulu dan turun jam 9 pagi.. Jumpa doktornya sekejap ja.. Tekanan darah 132/77 (90) dan berat Sha 67kg.. Kalau ikutkan, berat tu turun dari perjumpaan sebelum ini tapi doktor minta Sha turunkan lagi dan kena bersenam.. Bersenam ini yang tak tau bila nak mula.. Nak kena rajin.. huhuhu.. Lepas tu doktor tegur juga bacaan kolestrol Sha tak okay.. Perjumpaan sebelum ini 2.2, hari ini 2.5.. Patutnya kena bawah 2.. Jadinya kenalah kurangkan makanan goreng-goreng, nasi lemak.. huhuhu.. Silalah jaga makan ya Sha.. 

Bacaan gula cantik, buah pinggang pun okay.. Alhamdulillah.. Jadinya 7 bulan lagi jumpa balik doktor.. Sempat jugalah doktor tanya tentang mata Sha.. Sha cakaplah doktor mata cadangkan buat dual kanta.. Lepas tu boleh pula doktor MOPD tu tanya boleh claim ke.. Nak gelak pun ada.. Ya lah, spek dengan dual kanta kan mahal, doktor MOPD tu pun tau.. Masalahnya nak claim dengan siap.. kikiki.. Buat masa ini Sha tak buatlah lagi sebab rabun dekat Sha tak adalah teruk mana.. Okay lagilah untuk baca buku.. Rabun jauh ya teruk.. Kita tunggu temujanji kedua nanti dengan doktor mata..

Awal kita daftar..

ebook | Our Tethered Worlds by Naadhira Zahari

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini sambungan kepada buku bertajuk Our Tethered Skates.. Bacaan yang agak menarik dan santai.. Kisah Layla yang kembali meneruskan kehidupan selepas buku pertama.. Namun pada satu hari dia dipanggil kembali ke Verglas.. Semuanya kerana Settlers cuba membuat kacau.. Pada awalnya mereka hanya melakukan rundingan tapi saah seorang warga Settlers melakukan sesuatu yang tak patut hingga menyebabkan Bam tercampak ke dunia Layla.. Walau bagaimana berusaha pun Layla, pada akhirnya Bam terpaksa dikorbankan.. Sedihlah namun kehidupan perlu diteruskan..

Sha baca dan selesai pada 27 April 2026..

Published March 31, 2024 by Bookiut

Monday, April 27, 2026

Coretan 27 April 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi anak-anak minta nak bawa roti bakar dengan telur dadar.. Sha pula bawa bekal ubi manis Taiwan dan sengkuang China sebab dekat pejabat ada kawan belanja nasi lemak.. Pagi ini lancar ja perjalanan ke pejabat.. Jalan macam lengang, tak banyak kereta.. Jadinya bolehlah memandu dengan bertenang-tenang..

Menu nasi lemak hari ini.. Rakan pejabat ini dapat bertukar ke Kuala Kubu Bharu, jadinya dia buat makan-makan sikit.. Hari Jumaat lagi dah pesan ada makan-makan hari ini.. Pejabat dah raikan beliau masa penghujung Syawal hari tu.. Ini beliau pula nak raikan rakan-rakan pejabat..

Imani mula periksa hari ini.. 2 subjek untuk hari pertama ini.. Kakak Amani pula ada ujian bertutur Bahasa Melayu hari ini.. Semoga yang baik-baik sahaja buat anak-anak dalam menjawab Ujian Pertengahan Tahun 2026..

Jom Baca Bersama & Eksplorasi Digital

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Sepanjang minggu lepas dan minggu ini memang banyaklah Program Jom Baca Bersama ini.. Hari ini ja ada 2 program jom baca berlansung serentak tapi Sha joint 1 ja sebab 1 lagi Sha joint program Eksplorasi Digital..

Tujuan penganjuran Program Jom Baca Bersama 10 Minit ini adalah untuk menyemarakkan budaya membaca dalam diri kita semua.. Hanya 10 minit, tetapi impaknya mampu membentuk masyarakat yang lebih berilmu, berfikiran kritis dan berdaya saing.. Malah dengan masa 10 minit ini kadang-kadang mampu memikat pembaca untuk teruskan pembacaan pada buku yang dipilih.. 

Ini Sha sertai melalui laptop..

Program Jom Baca Bersama 10 Minit & Sesi Kupasan Semasa
📖“Nilai Yang Kukuh, Negara Yang Teguh”
🗓 Tarikh : 27 April 2026 (Isnin)
⏰ Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
💻 Platform : Google Meet

Ini pula melalui telefon pintar.. Odilo ini menarik sebab banyak pilihan buku berbahasa Inggeris dan kita boleh pilih untuk baca atau dengar.. Sayang pula kalau tak joint sebab Sha tak pernah guna aplikasi Odilo ini.. Sha dah muat turun aplikasi dia dan Sha pilih untuk mendengar bukan baca.. Sha pinjam buku bertajuk How To Survive Your Murder by Danielle Valentine.. Macam syok pula dengar orang bercakap sambil memandu.. Tambahan pula bila suara tu berjaya sampaikan isi buku dengar begitu versatile..

EKSPLORASI  DIGITAL @ u-PUSTAKA 2026: LATIHAN PANGKALAN DATA ODILO
🗓️ 27 April 2026 (Isnin)
⏰ 10. 00 pagi - 12.00 tengah hari
🙍🏻‍♀️ Miss Angelet A. San Pedro   
     Customer Success Manager
💻 Platform : Google Meet

Sengkuang China & Taiwan Sweet Potato

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ingat tak Sha ada kongsikan pasal sengkuang dan ubi ini hari tu.. Lepas tu Sha boleh terlupa pula.. Semalam masa masak baru teringat.. Petang semalam Sha potonglah sebiji sengkuang tu dan rebus 3 biji ubi sebagai menu minum petang.. Memang boleh beli lagilah nanti.. Sedap guys!! 

Sengkuang comel ini manis dan rangup.. Sha makan macam tu ja.. Memang sedaplah.. Sebiji lagi tu Sha bawa ke pejabat hari ini.. Ini gambar semalam..

Rebus juga ubi ini semalam.. Manis betul.. Isi dia warna kuning macam kulit dia tu.. Memang sedaplah.. Hari ini pun Sha bawa ubi ini sebagai bekal.. Kenyanglah makan.. 

Sengkuang China (412g) - RM1.76
Taiwan Sweet Potato (616g) - RM4.30
Sha beli sengkuang dan ubi ini pada 11 April masa teman encik suami ke Shah Alam.. Ada rezeki ke NSK Grocer, boleh beli lagi..

Sunday, April 26, 2026

Indonesia | Pangku (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah seorang perempuan bernama Sartika yang mengandung dan membawa diri.. Bertemu dengan Maya pemilik kedai kopi yang baik.. Maya mengajak Sartika tinggal bersama beliau.. Selepas Sartika melahirkan Bayu, Maya mengajak Sartika berkerja sebagai pelayan.. Awalnya Sartika tak mahu tapi desakan hidup akhirnya menjadikan Sartika sebagai pelayan.. Ingatkan selepas bertemu Hadi, hidup Sartika berubahlah.. Eh.. Lain pula jadinya.. Sudahnya Sartika kembali hidup dengan Maya.. 

On Your Lap
Also known as: Love Unwanted
2025 ‧  ‧ 1h 40m
Sartika, a young pregnant woman. Sartika moved from her hometown in the hope of providing a better future for her child. She met Maya, a coffee shop owner in Pantura. Maya took care of Sartika and helped with her delivery. After Sartika gave birth, Maya persuaded her to work serving coffee while she held her. One day, Sartika met and fell in love with a fish distributor truck driver named Hadi. Amidst the complexities of life and the lack of choices, will Sartika find her happiness?

Munchy's Chocolate & Cheese Crackers

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masa teman encik suami beli barang, Sha terjumpa produk baru keluaran Munchy's.. Oleh kerana ianya biskut dan di pek secara berasingan, makanya Sha belilah.. Bila di pek secara berasingan ini, mudahlah nak makan dan dibawa ke sekolah atau pejabat.. Biskutnya nipis ja.. Jadinya tak sesuai direndam lama dalam air.. Biskut coklat dan keju yang sangat sedap.. Biskut keju tu memang kuatlah bau kejunya.. Kedua-duanya sedap dimakan untuk tekak Sha.. Makan macam tu ja pun sedap..

Munchy's Chocolate Crackers (260g) - RM
Munchy's Cheese Crackers (260g) - RM

Ada 10 pek comel untuk setiap pek besar tu..

Ada taburan gula halus dibahagian atasnya.. Ada 4 keping biskut dalam setiap pek..

Setiap pek ada 4 keping biskut dan bahagian atas biskut tu ada taburan gula halus..

Saturday, April 25, 2026

Coretan 25 April 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi sibuk betul Sha.. Siapkan sahur Imani dan teman dia makan.. Lepas tu teman encik suami ke rumah MIL hantar air.. Masukkan duit dalam akaun bank.. Gaji kan awal hari tu, Sha keluarkan simpan tempat lain.. Pagi ini baru masukkan balik dalam akaun utama.. Mudah nak top up prepaid, Setel dan yang sewaktu dengannya.. Sempatlah juga menyinggah ke Hospital cari nasi lemak sedap.. Dapatlah 2 bekas..

Pukul 11.30 pagi keluar balik, hantar Amani ke sekolah.. Hari ini Amani ada aktiviti sekolah.. Sekolah hantar pelajar ke UPSI untuk Program Jom Masuk U.. Sepatutnya kena ada di sekolah jam 12.30 tengah hari, tapi Amani nak singgah Mr.DIY dulu cari buku nota, tu yang keluar awal.. Anak-anak ini kalau dah masuk Mr.DIY memang tak akanlah sekejapnya.. Jadi kenalah keluar awal sipaya tak terlewat ke sekolah.. Lepas hantar Amani, Sha terus balik.. Pukul 4 ke sekolah, ambil Amani.. Encik suami ke Sungai Tengi ada kerja.. Sha lah yang uruskan anak-anak..

Akativiti lepas raya.. Mengumpul duit raya untuk raya tahun depan pula.. Sementara anak-anak masih ada duit RM1 yang baru ini, kita tukarlah masukkan dalam sampul.. Pelan-pelan kita kumpul, nanti mudahlah urusan.. Tak payah nak ke bank tukar duit dah..

Petang tadi sempatlah singgah 7E Cafe cari Custard Danish untuk Imani berbuka.. Sha nampak muffin, belilah juga.. Butterscotch dan Banana.. Panaskan dalam microwave baru makan.. Lembut, gebu ja muffin dia..

Nestlé KitKat Hazelnut Crunch

Assalamualaikum..
Hye semua..

Coklat ini Amani belikan untuk Sha.. Lama dah, cumanya baru nak makan.. Sedaplah sebab mewah dengan rasa dan ketulan kacang hazel.. Memang krup krap krup kraplah sebab ada waferkan dalam dia.. Tapi saiz dia kecik sikit dari kitkat yang biasa tu.. Lepas tu coklat dia macam tebal sikit..

Nestlé KitKat Hazelnut Crunch (120g) - RM7.99

Meriah betul dengan ketulan kacang hazel.. Memang puaslah makan..

ebook | My Next Mistake oleh Syamnuriezmil

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha pinjam ebuku ini elib PNM.. Kisahnya tentang Zaraa yang kurang bernasib baik bila bercinta.. Setelah 4 kali melalui kekecewaan, Zaraa jadi terlebih berhati-hati.. Namun kemunculan Aniq telah menghuru-harakan hidup Zaraa.. Adakah Aniq akan jadi next mistake Zaraa atau tak..? Tu belum lagi bekas kekasih yang tiba-tiba muncul dan ingin kembali ke dalam hidup Zaraa.. Bila hati dah mula suka,  muncul pula Ziya mengganggu.. Rumit betul jalan cerita cinta Zaraa ini.. kikiki..

Awal-awal tu memang geram jugalah dengan Zaraa ini tapi dalam masa faham ja kenapa dia bertindak macam tu.. Olahan penulis bukan cerita cinta biasa.. Cukup rencah, kelakar, geram, dan ada juga babak-babak penyiasatan.. Comel..

Sha baca dan selesai pada 23.04.2026..

Published July 1, 2016 by The Chapter Bookstore

Friday, April 24, 2026

Spritzer Sparkling Sea Salt & Citron

Assalamualaikum..
Hye semua..

Spritzer keluarkan air sparkling dengan rasa yang unik.. Ada garam laut dan citron dalam dia.. Memang syoklah layan.. Sha suka minum macam tu ja.. Kalau korang nak tambahkan dalam kordial ataupun bahan-bahan lain pun boleh juga.. Memang akan lagi mantaplah rasa dia.. 

Spritzer Sparkling Sea Salt & Citron (400ml)

Cerpen | Sekte Tumimbal Siji oleh Fajarwalker

Assalamualaikum..
Hye semua..

Berjaya juga Sha jumpa cerpen bertajuk Sekte Tumimbal Siji nukilan blogger Fajarwalker.. Sha terima komen beliau di entry Dendam Berdarah oleh Iza Iman.. Jadinya Sha cubalah cari.. Kalau korang berminat nak baca boleh klik SINI.. 

Pergh!! Mantap jalan ceritanya.. Tapi terlalu pendek.. Baru beremosi membacanya, eh!! Dah habis.. kikikiki.. Tak sempat nak merasa seram dan teruja.. Tergantung pun iya juga.. Tapi cerpen kan, memang macam tu lah sifatnya.. Tak sangka blogger Fajarwalker ada bakat dalam menulis.. Semoga terus menghasilkan karya..

Blogger Fajarwalker tinggalkan komen ini, tu yang Sha tau pasal cerpen beliau..

Coretan 24 April 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini anak-anak tak bawa bekal yang Sha masak.. Nak menyinggah ke 7 Elevan yang baru buka di Behrang Central.. Okaylah 7E nya, ada meja untuk duduk makan.. Lebih besar dan selesa.. Tapi tak banyak lagi barang makan, mungkin sebab baru buka kot..

Lepas hantar anak-anak, Sha balik ambil encik suami sebab beliau nak hantar Sha ke pejabat.. Pagi ni naik kuda merah ja.. Sejuk.. kikiki.. Sampai ja hospital, Sha singgah Hospimart beli nasi lemak dulu.. Kawan-kawan pejabat cakap nasi lemaknya sedap.. Semalam Sha dah beli sebekas.. Hari ini beli lagi sebekas sebab memang sedap, kenalah dengan tekak Sha.. Paling Sha suka portion nasi dia banyak, memang kenyang sungguh lepas makan.. Sambal dia letak bekas asing, ikan bilis dengan kacang dalam satu bekas asing juga, memang ngamlah kalau nak makan lambat sikit.. Lepas tu ada telur rebus sebelah dan 2 potong timun.. Memang puas hatilah untuk Sha.. Sesuai sangat dengan harga dia..

Hari ini Amani akan jawab kertas Sains Komputer.. Harapnya baik-baik sahajalah.. Aamiin..

Ini Sha beli semalam.. Nasi masih panas lagi..

Masih menu yang sama pagi ini tapi Sha makan lambat sikit, timun ja Sha makan dulu.. Ini isi dalam dia.. Nasi tu banyak tau.. Bawah sambal dan ikan bilis tu ada 2 potong timun.. 

Sarapan pagi Sha.. Cekodok pisang.. RM4 sebekas ini.. Teringin nak makan, belilah sebekas.. Ini ja yang ada 9 ketul, bekas lain semua 8 ketul..

Ini pula, orang bagi.. Putu mayam pandan..

Thursday, April 23, 2026

Jom Baca 10 Minit di Perpustakaan HSR

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya berjaya jugalah buat program Jom Baca 10 Minit di Perpustakaan tempat kerja Sha ini.. Usaha jugalah cari hadiah comel-comel, biskut sikit dan kopi untuk pengunjung yang datang.. Sha tak letak masa khas sebab hospital kan.. Masing-masing ada kerja hakiki.. Cumanya Sha buka masa dari jam 9 pagi sampai 12 tengahari.. Alhamdulillah, ramai juga staf yang hadir mengikut kesesuaian masa mereka.. Paling tak sangka bila terima kunjungan dari geng pemandu.. Terharu rasanya..

Berbaloilah kena marah.. huhuhu.. Begitulah keadaannya bila jawatan tu kecik dan tak ada kepentingan.. Buat program pun salah, tak buat pun salah juga.. 

Ini antara buku, bisku, kopi dan sedikit cenderahati yang kami sediakan..

Poster yang Sha hasilkan dengan bantuan ChatGPT.. 

Cerita Semalam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam meriah betul hari Sha.. Pagi lancar ja, cuaca baik.. Lepas ambil darah, baru makan sarapan.. Anak-anak nak cekodok kentang, Sha masak lebih sikit untuk bekal.. Memang tak bawa banyak sebab petang ada jamuan makan.. Jamuan pula sebelah Perpustakaan.. Memang meriahlah dengan orang semalam.. 

Petangnya lepas selesaikan anak-anak, Sha bergegas ke Kampun Gajah ambil encik suami yang terkandas disebabkan bas jabatan rosak.. Basnya dah ditarik ke bengkel, dianya kenalah Sha yang ambil bawa balik.. 1 jam setengah jugalah dari Behrang ke Kampung gajah.. Ngam-ngam sampai pukul 7 petang.. Encik suami lapar, jadinya kami singgah makan dulu baru gerak balik.. Masa singgah Masjid Sungkai, hujan lebat tiba-tiba.. Sampai rumah ngam-ngam jam 10 malam.. Memang terus tidurlah lepas mandi.. Penat Sha..

Semalam ambil darah untuk temujanji minggu hadapan..

Petangnya ada jamuan.. Staf PPK bersara, jadinya dia buat jamuan untuk kawan-kawan di hospital.. Memang meriah.. Ramai rakan sekerja yang datang.. 

Antara menunya yang Sha ambil.. Laksa, kuih muih dan bubur pulut hitam..
Menu yang Sha tak ambil ada mi hoon sup, kek dan popia..

Wednesday, April 22, 2026

ebook | Miss CEO oleh Haryani Kamilan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Qarla sangat minat berniaga sehingga sanggup melanggar peraturan sekolah.. Namun ketika diuji dengan produk bermasalah dan di tipu, Qarla nekad mencari produk sendiri untuk dijual.. Usaha Qarla ini dibanti ibunya namun ayah Qarla tidak bersetuju awalnya.. Setelah Qarla berjaya membuktikan yang dia tidak mengabaikan pelajaran walaupun sibuk bernia, ayah Qarla akhirnya memberi sokongan penuh.. Tapi tu lah, sekali lagi Qarla diuji.. Ujian yang sangat berat.. Nak tahu Qarla bangkit smeula ke tak, kenalah baca sendiri..

Sha baca dan selesai pada 20 April 2026..

Published April 24, 2024 by Bookiut

Farm Fresh Yogurt: Apricot

Assalamualaikum..
Hye semua..

Banyak juga perisa untuk yogurt keluaran Farm Fresh ini.. Cumanya sebelum ini macam susah nak jumpa.. Kebetulan dekat Tanjung Malim ada pasaraya baru buka dan banyak produk Farm Fresh dekat sini, barulah dapat Sha borong yogurt ini.. Saiz dia memang sesuailah untuk sekali makan.. Sha suka yogurt dengan isi buah-buahan ini.. Ini Sha beli yang ada aprikot.. Memang bestlah.. Tambahan pula yogurt ini bagus untuk usus..

Farm Fresh Yogurt: Apricot (120g) - RM3.20

Meriah tau isi buah aprikot dalam yogurt ini.. Memang syoklah makan..

ebook | Dendam Berdarah oleh Iza Iman

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bacaan yang sangat menarik untuk Sha.. Kisah 2 generasi yang berkahwin dua.. Namun ada dendam yang tersimpan pada generasi pertama dan generasi kedua menjadi mangsanya.. Mujurlah rasa kasih dan sayang akhirnya membongkarkan kejadian sebenar..

Cerita dia memang menarik cuma editing dia agak kacau sedikit.. Lepas tu penceritaan penulis pun macam huru hara.. Bolehlah kalau nak baca santai-santai..

Sha baca dan selesai pada 19 April 2026..

Published September, 2025 by Lucyana Publication Enterprise 

Tuesday, April 21, 2026

Coretan 21 April 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam dan hari ini, Amani masih lagi dalam minggu peperiksaan.. Semalam Matematik dan hari ini Pendidikan Islam.. Walaupun periksa, kelas tambahan tetap berjalan seperti biasa.. Sha memang pastikan Amani hadir untuk kelas tambahan.. Bukan senang nak terpilih dan diberikan keistimewaan begini.. Cuma perlu hadir dan belajar sahaja.. 

Semalam anak-anak bawa bekal spaghetti kuah merah.. Hari ini bawa cekodok kentang dengan bawang.. Jadinya tetaplah Sha bangun awal.. Pagi tadi hujan lebat sungguh bermula jam 6.10 pagi sampai ke jam 8 lebih.. Semalam pun hujan tapi petang.. Semalam memang dengan guruh dan kilat.. Bergegar jiwa dengar bunyi guruh semalam.. Berdentum-dentum..

Semalam Amani periksa kertas 1&2 untuk subjek Matematik..

Hari kertas Pendidikan Islam.. Waktu yang selebihnya pelajar boleh ulang kaji untuk subjek seterusnya..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com