Showing posts with label Review Novel. Show all posts
Showing posts with label Review Novel. Show all posts

Monday, October 26, 2026

ebook | Detektif Vampire: Papan Ouija oleh Ilya Abdullah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini Kelab Detektif Vampire kena selesaikan masalah berkaitan papan Ouija yang bukan sekadar papan permainan biasa.. Ada tragedi lama, kematian, gangguan makhluk misteri dan satu banglo lama yang menyimpan rahsia gelap.. 👀

Sha suka kes kali ini sebab suasananya lebih gelap dan misterinya makin menarik.. Lagi-lagi apabila Anaqi sendiri susah untuk mendapatkan petunjuk kerana aura hitam yang menyelubungi papan tersebut sangat mengganggu usaha Anaqi..

Cerita bergerak agak laju dan mudah dibaca.. Cumanya kali ini terlalu banyak typo dan susunan ayat yang kurang cantik.. Bagi Sha ini agak mengganggu pembacaan..

Sha baca dan selesai pada 26.10.2026

Published May 23, 2025 by Penerbit-X

Friday, October 23, 2026

ebook | Detektif Vampire: Ilusi Maut oleh Ilya Abdullah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini Kelab Detektif Vampire berdepan kes yang agak lain daripada biasa.. Ada hipnosis, ilusi, kehilangan misteri dan kejadian yang buat kita mula tertanya-tanya.. Betulkah apa yang kita nampak ni atau ilusi semata-mata? 👀

Sha suka konsep cerita kali ini sebab unsur misteri terasa lebih kuat.. Lagi-lagi apabila watak mula susah membezakan antara realiti dengan ilusi.. Plotnya pula ada beberapa pusingan yang buat Sha cuba teka siapa sebenarnya dalang di sebalik semua kejadian.. Adakalanya macam betul tapi nampak macam mustahil..

Cuma ada beberapa bahagian yang buat Sha kena baca dengan lebih teliti supaya Sha tak tersesat dalam ilusi sendiri.. 😂 Tapi secara keseluruhan, Sha enjoy baca dan penamatnya berjaya buat Sha macam, “Eh, boleh pula jadi macam ni?” 🤭

Sha baca dan selesai pada 23.10.2026

Published March 7, 2025 by Penerbit-X

Thursday, October 22, 2026

ebook | Amer Si Eksorsis: Amukan Jin Hutan oleh Saidee Nor Azam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini Amer perlu berdepan dengan jin hutan yang dihantar demi memuaskan nafsu amarah.. Semuanya kerana pasukan bola sepak yang berubah jurulatihnya dan kedatangan ahli baru.. Walaupun tak ada siapa yang tahu punca sebenar namun si pelaku tetap terkena musibahnya.. Bila bersekutu dengan syaitan, keputusannya memang tak akan baik.. Amer dan Haikal berjaya memperoleh seorang lagi rakan dalam usaha mereka menghalang peristiwa-peristiwa mistik..

Sha baca dan selesai pada 22.10.2026..

Published April 27, 2025 by Penerbit-X

Friday, October 2, 2026

ebook | Amer Si Eksorsis: Nenek Tua & Serigala oleh Saidee Nor Azam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bermula dengan Amer yang berpindah sekolah selepas sering dibuli, cerita ini nampak macam kisah budak sekolah biasa ja.. Tapi bila Amer mula nampak, memang sah bukan cerita sekolah biasa.. 😂

Sha suka jalan ceritanya yang ringan tetapi tetap ada misteri dan unsur seram.. Ada beberapa kejadian yang buat Sha tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku, terutama apabila Amer mula mengalami gangguan dan mendapat bayangan tentang perkara buruk yang bakal terjadi..

Bagi Sha, buku ini menarik sebagai permulaan kepada watak Amer sebagai eksorsis.. Cuma Sha berharap nenek tua dan serigala tu muncul lebih banyak sesuai dengan tajuk dia tu..

Secara keseluruhannya, buku ini merupakan bacaan yang mudah.. Tidak terlalu berat dan sesuai kalau nak sesuatu yang sedikit seram dalam bacaan anda.. Pendek ja ceritanya.. Sekali hadap dah boleh selesai..

Sha baca dan selesai pada 29.09.2026..

Published September 10, 2024 by Penerbit-X

Thursday, October 1, 2026

ebook | Siri Puaka Sekolah: Eksperimen Sains oleh Hani Jamal, Arasis & Raja Ibrahim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha suka ketiga-tiga cerita kerana masing-masing ada konsep tersendiri.. Seramnya datang daripada eksperimen yang nampak macam sesuatu yang mungkin bermula dengan rasa ingin tahu, tetapi akhirnya… manusia sendiri yang cari pasal.. 😂

Bacaan ringan, pelik dan cukup untuk buat saya pandang katak, cermin dan eksperimen sains dengan sedikit rasa curiga selepas ini.. 👀

dibiarkan?” 😂

🐸 Sumpahan Makhluk Dua Alam oleh Hani Jamal membawa kita kepada kisah katak yang nampaknya bukan sekadar bahan eksperimen..

🪞 Kelas Eksperimen Terakhir oleh Arasis pula bermain dengan cahaya tanpa api dan cermin yang menakutkan.. Yang ini memang konsep dia lain macam.. Cermin pun dah tak boleh dipercayai.. 🤭

🧬 DNA Gelap oleh Raja Ibrahim pula membawa kita melalui eksperimen antara kesedaran manusia dengan sel biologi.. Yang ini pula lebih kepada idea sains yang mula masuk ke kawasan yang agak menyeramkan..

Sha baca dan selesai pada 26/05/2026..

Published February 10, 2026 by Penerbit-X

Novel | Tembok Yakjuj Makjuj oleh Helmi Effendy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak menaip dan buat entry dekat blog ini.. InsyaAllah Sha akan kembali menaip.. Sha mulakan dengan ulasan buku dulu lah ye.. Nanti perlahan-lahan Sha naikkan entry sepanjang sebulan yang lepas.. Sha okay ja cuma 'lost' sekejap dalam emosi encik suami.. Kehilangan dan rutin yang biasa kami lalui selama 13 tahun akhirnya mula berubah..

Sejujurnya, buku ini memang berada dalam senarai nak baca Sha.. Alhamdulillah minggu ketiga bulan September, ada doktor yang mendermakan buku ini ke Perpustakaan tempat kerja Sha.. Rezeki Sha dan juga pengunjung lain..

Buku ini bermula dengan misi tujuh individu ke sebuah tembok purba di Banjaran Caucasus.. Cerita ini perlahan-lahan berubah menjadi semakin pelik dan mendebarkan.. Ada unsur thriller, misteri, sejarah, survival dan sedikit horror yang buat Sha rasa nak teruskan membaca sebab nak tahu apa sebenarnya yang berlaku..

Pendapat Sha, konsep cerita ini memang menarik dan agak berani.. Sha suka idea penulis yang menggabungkan kisah Yakjuj Makjuj dengan dunia moden.. Ada beberapa bahagian yang buat Sha terfikir, “Okay, yang ni memang lain macam.” 🤭 Cuma bagi Sha, bahagian awal agak mengambil masa untuk cerita bergerak kerana pengenalan watak dan situasi watak yang agak panjang..

Tapi bila cerita dah mula masuk bahagian misteri dan kejadian pelik, Sha rasa lebih susah nak letak buku ni.. Ada beberapa bab yang berjaya buat Sha rasa seram sambil tertanya-tanya apa pula yang akan berlaku selepas ini..

Secara keseluruhannya, Sha suka konsep dan dunia yang dibina dalam buku ini.. Bukan bacaan yang santai-santai sangat, tapi kalau korang suka thriller, misteri dan cerita yang pelik serta penuh tanda tanya, boleh cuba baca buku ini.. 

Sha baca dan selesai pada 25.09.2026..

Published January 1, 2026 by Mahakarya

Thursday, July 23, 2026

ebook | Ritma Yang Tertulis Takdir oleh Dalia Maritza

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila baca novel ini kan memang terasa kesian pada mereka yang bergelar penyanyi ini tambahan pula yang memiliki kontrak kerahsiaan hal peribadi.. Hidup bertemankan kemasyuran namun kesunyian.. Bila jatuh cinta, belum tentu cinta tu kesampaian.. Tu belum lagi nak hadap perangai peminat yang terlebih fanatik, terlebih obses.. Seolah-olah penyanyi tu hak eksklusif mereka..

Zayne seorang penyanyi popular namun menyimpan rahsia tentang kehidupan sebenarnya.. Umira pula pengurus yang hampir menjadi isteri Zayne.. Awalnya semua baik-baik sahaja namun tiba-tiba kehidupan mereka mula berubah.. Sikap Zayne yang terlalu ketara pada Umira rupanya tidak disenangi.. Ada yang cuba nak menjatuhkan Zayne dan pada masa yang sama ingin merosakkan Umira.. Mereka mula tidak senang bila ancaman makin ganas.. Demi melindungi Umira, Zayne mengahwini Umira dan akhirnya dalang yang dicari tertangkap juga.. Peminat turut menerima baik berita perkahwinan Zayne dan Umira.. Dalang tu paling tak disangka.. huhuhu..

Sha baca dan selesai pada 23.07.2026..

Wednesday, July 15, 2026

ebook | Korus Untuk Ilia Syameen Khalili

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini merupakan sebuah naskhah yang lembut penyampaiannya, tetapi kuat meninggalkan kesan di hati.. Penulis sekali lagi berjaya menghidangkan sebuah cerita yang bukan sekadar tentang perjalanan watak-wataknya, malah turut menyentuh emosi pembaca.. Gaya penulisannya mengalir dengan tenang dan mudah diikuti.. 

Kisah 4 sahabat yang bertemu dan menjadi rapat kerana muzik.. Konflik dalam buku ini ialah tentang salah seorang dari mereka yang tragis namun itu bukan penghalang untuk dirinya terus bersinar.. Kisah cinta antara mereka juga comel dan manis untuk dibaca.. 

Secara keseluruhannya, buku ini merupakan bacaan yang sesuai untuk mereka yang gemarkan kisah yang sederhana dan menyentuh perasaan..

Sha baca dan selesai pada 15.07.2026..

Published January 1, 2025

Tuesday, July 14, 2026

ebook | Behind the Melody by Layung

Assalamualaikum..
Hye semua..

Walaupun naskhah ini tidak tebal, jalan ceritanya cukup kreatif dan mengujakan.. Bayangkan seorang remaja yang begitu meminati alat muzik tradisional tiba-tiba dibawa ke sebuah kerajaan bawah laut selepas memainkan gamelan yang disumpah.. Dari situ, bermulalah pengembaraan yang penuh warna, muzik dan juga kejutan..

Apa yang paling menarik perhatian Sha ialah dunia Chromatica yang dibina oleh penulis. Suasananya terasa unik dan imaginatif.. Penggunaan elemen muzik sebagai nadi utama cerita menjadikan novella ini mempunyai identiti yang tersendiri.. Ditambah pula dengan humor yang diselitkan di beberapa bahagian, pembacaan terasa ringan dan menghiburkan..

Di sebalik dunia fantasi itu, penulis turut menyampaikan beberapa mesej yang cukup bermakna.. Antaranya tentang keberanian menghadapi cabaran, pentingnya mendengar nasihat, serta bagaimana setiap perjalanan hidup sentiasa mempunyai hikmah yang tersembunyi.. Semua mesej ini disampaikan dengan gaya yang menarik tanpa dipaksa-paksa.. 

sha baca dan selesai pada 14.07.2026..

Published July 22, 2025 by Bookiut

Thursday, July 9, 2026

ebook | J-Pop Girl: Luné yang Sejati oleh Park Mellie

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini membawa Sha mengenali Yuri Izara, seorang gadis kacukan Melayu-Jepun yang sangat meminati kumpulan &Team.. Seorang gadis yang mempunyai impian, rasa ragu dan semangat untuk menjadi diri sendiri dan bangkit dari kekecewaan akibat di buli.. Di sebalik dunia persekolahan yang penuh warna warni dan cabaran, tersimpan kisah tentang persahabatan, keyakinan diri dan usaha untuk mengejar cita-cita..

Sha suka cara penulis menyampaikan jalan cerita.. Bahasanya ringan, mudah difahami dan membuatkan pembacaan terasa santai.. Ada bab yang membuatkan Sha tersenyum, ada juga bab yang mengingatkan Sha bahawa setiap impian pasti datang bersama cabarannya..

Sha baca dan selesai pada 08.07.2026

Published September 11, 2024 by Bookiut

Tuesday, June 30, 2026

ebook | Takdir Hati: Neyra Aisya 2 oleh Syaz Eym

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya tamat juga pembacaan Sha untuk buku ini..  Sebuah sambungan yang berjaya membuatkan Sha terus melekat dengan kisah Neyra dan insan-insan yang hadir dalam hidupnya.

Dalam kehidupan, kita selalu mengharapkan pengakhiran yang indah.. Namun, perjalanan menuju kebahagiaan itu selalunya tidak semudah yang disangka.. Begitulah yang cuba disampaikan menerusi novel ini.. Ada cinta, ada pengorbanan, ada air mata dan ada juga saat-saat yang membuatkan hati pembaca terasa sesak..

Konflik yang disusun penulis membuatkan Sha tertanya-tanya apakah kebahagiaan benar-benar akan berpihak kepada mereka..

Sha suka bagaimana penulis menampilkan watak-watak yang tidak sempurna.. Mereka melakukan kesilapan, membuat pilihan yang sukar dan terpaksa berdepan dengan akibat daripada keputusan tersebut.. Ia menjadikan jalan cerita terasa lebih dekat dengan realiti kehidupan..

Kadang-kadang apa yang kita mahukan bukanlah apa yang ditakdirkan untuk kita.. Namun jika sudah tertulis dalam aturan-Nya, sejauh mana pun kita melangkah, akhirnya takdir tetap akan menemukan jalannya..

Sha baca dan selesai pada 30 Jun 2026..

Published June 1, 2026

Sunday, June 21, 2026

ebook | Mata, Hati Eiman oleh Linda Ilias

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya berjaya juga habiskan koleksi ebuku pink Sha.. Buku terakhir ini berjaya buat Sha menangis.. Memang betul-betul di luar dugaan Sha penamat dia tu.. 

Kisah Eiman yang diduga dengan kehilangan kerja.. Pada saat dirinya sendiri kesusahan, Eiman tetap menghulurkan bantuan pada Farisha.. Pertemuan yang memberikan Eiman semangat dan juga kerja.. Tanpa Eiman dan Farisha jangka hati mereka saling bertaut.. Saat ingin melangkah ke fasa yang seterusnya ada satu kebenaran yang menyakitkan terpaksa mereka hadam.. Kebenaran yang menyebabkan Farisha kemalangan dan kritikal.. Eiman pula outus harap meneruskan kehidupan namun tetap ingin menyumbangkan sesuatu supaya Farisha tetap terus hidup..

Sha baca dan selesai pada 20.06.2026..

Saturday, June 20, 2026

ebook | Main Kahwin-kahwin oleh Arkeniz

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selesai juga baca buku ini.. Tajuk dia tu ja dah boleh bagi tahu isi dalam buku ini.. Ceritanya tentang dua orang manusia bernama Hanis dan Afiq yang sudah berusia 30an tapi masih belum berkahwin.. Bila keluarga mereka mendesak untuk mereka berjumpa dengan calon yang dah dicarikan, Afiq memberikan cadangan yang agak mengejutkan.. Afiq mencadangkan dari jiran kepada besan.. Afiq mahu berkahwin dengan Hanis.. Tapi tu lah.. Watak Afiq tu memang kaku betul sesuai dengan perkerjaan dia yang berkerja dengan koding semua tu..

Okaylah buku ini ada konflik kecil pasangan yang baru nak memulakan kehidupan dan penyelesaiaannya.. Kadang romantis tu bukanlah seperti apa yang kita harapkan.. Ada yang ambil berat diam-diam dan menjaga dari jauh sahaja..

Sha baca dan selesai pada 19.06.2026..

Tuesday, June 9, 2026

ebook | Isteri Tuan Nuhfae oleh Rose Aleyna

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah Nuhfae yang meninggalkan Miya selepas akad nikah.. Pergi tanpa sebarang penjelasan.. Miya terpaksa hadap semua tohmahan dan kemarahan.. Saat hati mula sembuh dari luka, Nuhfae muncul semula menagih cinta.. Bukan mudah untuk Miya maafkan namun usaha dari Nuhfae, mama dan ibu akhirnya membuahkan hasil.. Miya mula menerima Nuhfae.. 

Awal tu Sha macam tak boleh terima sangatlah dengan tindakan Nuhfae tu.. Meninggalkan isteri yang baru dinikahi tanpa alasan.. Walaupun dia ambil tahu perkembangan Miya dan bagi nafkah tapi entahlah.. Alasan Nuhfae tu.. Hurm..

Sha baca dan selesai pada 09.06.2026..

Wednesday, June 3, 2026

ebook | Pengantin Merah Jambu oleh Wannie Nordin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang mengharapkan bacaan yang manis dan romantis.. Seromantis tajuk pada kulit ebuku.. Malangnya penulis bagi jantung Sha bergegar dengan teruk.. Nayra yang berbaju pengantin merah jambu ditemui Ardham sewaktu cuba melarikan diri dari dikejar.. Ardham selamatkan Nayra dan bawa balik rumah.. Walaupun Ardham tahu dia bawa balik masalah tapi Ardham biarkan.. Sehinggalah masalah mula muncul dalam bentuk seorang lelaki bernama Rizqan.. Rupanya Nayra bukanlah gadis biasa.. Kisah yang dibawanya cukup untuk meruntun jiwa.. Namun Ardham tak membiarkan Nayra berjuang seorang diri.. Akhirnya Rizqan tewan dengan cara yang paling dia tak sangka..

Sha baca dan selesai pada 03.06.2026..


Saturday, May 30, 2026

ebook | Pengapit Tiga Kali oleh Syameen Khalili

Assalamualaikum..
Hye semua..

Penulis sentiasa berjaya memikat Sha dengan penulisan beliau.. Kali ini konflik pada watak utamanya iaitu Dhaniah seorang gadis bertubuh tembam yang berasal daripada keluarga bermasalah.. Oleh kerana itu Dhaniah menjadi seorang gadis yang sangat lurus dan berterus terang.. Ini merupakan mekanisma bagi melindungi dirinya.. Pada masa yang sama Dhaniah dikatakan terkena sumpahan pengapit kerana terlalu kerap menjadi pengapit.. Mitos yang kononnya "sentiasa menjadi pengapit, tidak akan menjadi pengantin".. Namun Dhaniah tidak memperdulikan kata-kata orang sebalik setia menjadi pengapit pada kawan baik dan juga adik tirinya..

Siapa sangka pertemuan dengan Hakimi menjadikan mereka kawan baik dan akhirnya membuahkan rasa..

Sha baca dan selesai pada 29.05.2025..


Sha baca dan selesai pada 29/05.2026


Friday, May 29, 2026

ebook | Babysitter Pak Cik Duda 2 oleh Ida Anuar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah rumah tangga yang filanda badai hanya kerana kurangnya komunikasi dan tolak ansur.. Akid merasa tertekan bila Dinas mengandung sebab Akid turut merasa alahan dan prestasi kerja dia terganggu.. Bila Akid hilang alah, Dinas pula diganggu alahan mengandung yang teruk dan ini turut memberi kesan pada emosi Akid.. Masa mereka rapuh, Alina muncul membuat kacau.. Rapuh kah cinta antara Akid dan Dinas atau berjayakah mereka melalui badai yang mengganggu rumah tangga mereka.. Kenalah baca.. Geram ja Sha dengan Akid ini tau.. Ish!! Memang sakit hatilah bila baca..

Sha baca dan selesai pada 29/05/2026..

Published 2026 by HD Ideal Publication

Thursday, May 28, 2026

ebook | Lelaki Yang Takut Untuk Bahagia oleh Shahariah Ismail

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah seorang lelaki bernama Ariz yang dikhianati isteri dan sahabat baik.. Bukan mudah nak hadap rasa kecewa akibat pengkhianatan namun Aroz kena bangun demi anak-anak.. Saat luka mula menyembuh muncul Lila membantu urusan anak-anak Ariz.. Perasan Ariz kembali kacau kerana rasa yang mula hadir.. Bukan mudah menyembuh luka namun kehadiran orang baru mampu merawat sakit dikhianati..

Buku ini menarik sebab Sha baca sisi seorang lelaki yang terluka.. Selalu tu kita baca perempuan dikhianati kan.. Sesekali baca dari POV lelaki, menarik juga..

Sha baca dan selesai pada 27/05/2026


Tuesday, May 26, 2026

ebook | Demi Neyra Aisya oleh Syaz Eym

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sakit pula hati baca buku ini.. Ya.. Sakit tau hati kita puan penulis.. Tak baik tau buat Art macam tu.. Kesian dia.. Baru nak marah, tiba-tiba berbunga pula hati.. Eh.. Penulis suruh kita berdebar pula.. Tiba-tiba habis.. Kenapa!! Kenapa!!

Suku bab buku ini Sha baca, Sha rasa geram dekat Armel sebab perangai gila, ego dan cemburu buta dia.. Masuk bab 11, eh menyampah pula rasanya dekat si Rezwan dengan Mika ini.. Kalau dapat memang nak ku hempok kan aja.. Tiba-tiba terjatuh cinta pula dengan Ajai yang muncul jadi penyelamat.. Belum sempat hilang debaran dah di hujung cerita.. Sekarang ini tak tahu lah nak rasa apa.. huhuhu..

Cover buku ini langsung tak menggambarkan isi cerita dia.. Ingatkan merah jambu tu mampu lah buat hati berbunga-bunga.. Kejap ja ye.. Kejap.. Tak sempat nak kembang pun kuntum bunga tu dah kena cantas.. huhuhu..

Sha baca dan selesai pada 25.05.2026..

Published May 1, 2026 by Nursyazni e-Book Pub

Monday, May 25, 2026

ebook | Projek PHANTOM: Gema oleh Riley Fizan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini merupakan sambungan kepada buku bertajuk Projek PHANTOM: Halimunan oleh penulis.. Akhirnya berpeluang juga baca sambungan dia.. 

Buku kedua ini akhirnya mengungkapkan siapa sebenarnya Yellow yang dicari Cempaka dan Agus.. Malah suara misteri yang muncul di pendengaran Sheila setiap kali dia menanggalkan fon kepala turut memunculkan diri.. Rahsia kenapa Sheila tidak bersuara juga akhirnya terbongkat ketika Sheila dan Yellow ditangkap..  Misteri makin mengujakan dengan kemunculan Izuan yang tidak merasa sakit dan boleh berlawan dengan Yellow.. Dihujung cerita, satu lagi manusia yang disumpah muncul.. Kali ini berkaitan dengan sinaran.. 

Sha baca dan selesai pada 24.05.2026..

Published October 31, 2025 by Penerbit-X
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com