Monday, December 31, 2018

2018 Reading Challenge #12

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Disember berlalu sudah.. Berjaya juga Sha meneruskan pembacaan dan bulan ini banyak juga bahan bacaan Sha.. Masih meneruskan hobi membaca Sha untuk tahun 2019.. Kali ini kita baca buku dari penerbit lain pula.. Beli je.. Kenalah baca juga.. Malah Sha mencuba baca buku yang Sha beli berdasarkan tajuk dan cover je.. Sha tak tengok pun review atau sinopsis buku tersebut.. Kita cuba sahaja.. Tak cuba tak tahukan.. Dari buku yang sangat nipis sehinggalah buku yang tebal.. Dari buku fizikal hingga ke buku digital.. Semua Sha belasah je..

Berakhir sudah 2018 dengan Disember Sha berjaya 31 buah buku mewakili 31 hari dalam bulan Disember.. Sukses..

Menang Giveaway Akhir Tahun 2018 by Lady In Red Planner

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Sha menang Giveaway Akhir Tahun 2018 by Lady In Red Planner untuk hadiah misteri.. Rezeki hujung tahun 2018... Terima kasih buat LZ kerana memilih Sha sebagai pemenang.. Senarai pemenang boleh tengok di SINI..

Sengal Punya Mamat oleh Ummu Wafa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku terakhir untuk tahun 2018.. Yeah!! Bulan ini berjaya capai target.. Satu buku, satu hari..

Buku ini dah macam roller ciaster dah buat Sha.. Perangai Farhan yang bercakap lepas, sombong dan suka menghina fizikal Siti Ajira memang menyakitkan hati.. Siti Ajira pun sama, sombong dan kepala batu.. Perkahwinan dibuat main-main.. Berkontrak kontrak bagai sampai lupa tanggungjawab ister dan suami dalam melayari bahtera rumahtangga.. Masing-masing dengan keras hati.. Sampaikan orang luar mula mengambil kesempatan.. Sudahnya berpisah.. Merana kedua-duanya.. 

Pada Sha buku ini memberi pengajaran.. Perkahwinan bukanlah perkara yang boleh dibuat main.. Mempermainkan perkahwinan hanya mendatangkan keburukan sahaja..

Sha baca dan selesai pada 30.12.2018..

(ebook - PNM e-Reader)

Garis oleh Khairul Aswad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini sangat misteri dan penuh teka-teki.. Penyampaian cerita oleh penulis memang berjaya menarik minat Sha untuk tetus membaca.. Sha berjaya selesaikan bacaan hanya dalam tempoh 2 jam sahaja.. Walaupun bermula dengan teka teki namun bila separuh buku ini habis Sha baca dalang sebenar mula dinampakkan penulis.. Permainan jahat seorang perempuan yang berdendam dan tidak menerima takdir Allah hingga sanggup membunuh.. Semua manusia yang didendaminya habis dibunuh.. Namun kekuasaan Allah itu ada, doa orang yang teraniaya itu sangat kuat.. Tahniah buat penulis..

Sha baca dan selesai pada 30.12.2018..


Terbitan Dear Novels

Pink Smile oleh Luna Ardesia

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku yang sangat seronok dibaca.. Mampu membuatkanSha bergelak ketawa.. Watak Luna yang comel dan suka pengsan setiap kali terserempak dengan Kaz memang sweet.. Kaz yang beku tapi kemudiannya cair dengan Luna.. Konflik kecil dari Melati yang perasan dan juga Akif yang mengongkong.. Selebihnya novel ini sangat-sangat seronok dibaca.. Sha suka cara penulis menyampaikan cerita dan bermain dengan perasaan Sha..

Sha baca dan selesai pada 29.12.3018..

(ebook - PNM e-Reader)

Selamat Tinggal 2018

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tajuk tu cam sedih je kan.. Kikiki.. Hari ini hari terakhir untuk tahun 2018.. Esok dah masuk 2019.. Untuk meraikan hari terakhir 2018 ini, Sha nak kongsikan kegembiraan dengan 3 orang yang telah Sha pilih menggunakan random.org.. Tahniah Sha ucapkan pada mereka ini.. Hadiah masih lagi buku dan menggunakan pos Flexiprepaid.. Harap sabar menanti ketibaan hadiah ye.. 

Pemenang sebelum ini boleh tengok entry di bawah:
Pemenang Giveaway Berkongsi Rezeki

Senarai peserta pula boleh tengok di Entri SINI dan nama yang dah dipotong telah terpilih untuk menerima hadiah ye.. 8 orang telah pun dipilih dan kali ini 3 lagi.. Nama yang masih berbaki di entry SINI tinggal 11 orang.. semoga anda sabar menanti nama anda dipilih ye..

Mereka yang bertuah untuk kali ini ialah:

 Farrah MF

 Radhia Razali

Ika.S

Hadiahnya.. Novel thriller, Novel interaktif dan buku puisi..

Sunday, December 30, 2018

Terima Kasih

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Sha diberi penghargaan oleh rakan-rakan blogger yangohsem lagi gempak.. Sesungguhnya anda semua sangat baik hati.. Sha doakan semoga rakan-rakan blogger ini serta anda semua yang membaca entry ini dimurahkan rezeki serta dirahmati Allah selalu.. Aamiin..

 Ini di Blog Jari Manis yang Sha kenali melalui Scdha Sein (SS).. Tak sangka nama Sha antara yang bertua.. Boleh tengok gambar di bawah.. Sha berada di no 7.. Yeah.. Terima kasih JM.. Sila terjah blog beliau.. Banyak pengalaman menarik beliau kongsikan di blog beliau.. Rugi weh tak singgah.. Klik je SINI..


 Ini pula di Instagram Pokucu.. Alhamdulillah Sha dapat topup RM5 dari beliau.. Terjah blog beliau di SINI dan Instagram beliau di SINI..

Ini pula di blog Jannah.. Alhamdulillah.. Sha antara yang tersenarai di bloglist beliau.. Sha kenal beliau buat pertama kalinya bila beliau datang singgah dan tinggalkan komen di blog Sha.. Orangnya sangat menarik.. Tak percaya?? Terjah blog beliau di SINI..

Inilah bloglist Jannah untuk 2019.. Nampak tak nama blog Sha ada di situ..

Koleksi Buku Disember 2018

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini buku-buku terakhir yang Sha beli untuk tahun 2018.. Buku pre loved dan juga baru.. Walaupun mulanya tak nak membeli tapi macam biasalah.. Pasti terbabas juga.. kikiki.. Buku pre loved tu ada yang masih berbalut tak dibaca.. Dijual pada harga RM20 sebuah.. Beli 3 percuma kos pos.. Kebetulan ketiga-tiga buku ini nampak menarik, makanya Sha pun terbeli.. kikiki.. Walaupun preloved, kondisi buku memang tip top lah.. Macam buku baru.. Satu lagi Sha beli terus dengan Karya Seni.. Percuma kos pos dan diskaun RM3.. Berbaloilah pada Sha..


Alih oleh Hakim Ahmad
Kelibat oleh Nurul Omar
Garis oleh Khairul Aswad
Beli sebab nampak menarik.. Tak baca review di mana-mana pun.. 

Raid Arjuna oleh Rose Harissa
Beli sebab baca review di Goodreads dan Group Buku Facebook best.. Review pun memainkan peranan penting dalam pembelian buku tau.. Walhal buku ini dok lalu lalang dekat timeline FB lama dah tapi tak tertarik pun..

Hero oleh Hilal Asyraf

Assalamualaikum..
Hye semua..

Betullah bila pepatah memgatakan "Don't judge a book by its cover".. Sha memang tak mampu nak baca buku fizikal Hilal Asyraf ini walaupun ada je dekat Perpustakaan.. Tapi bila gunakan Aplikasi PNM e-Reader ini Sha berjaya habiskan Novel Hero ini dan terus cari sambungannya..

Bermula muka surat pertama hinggalah ke penamat, mata Sha tak mampu berhenti dari membaca.. Memang tersangkut terus hingga ke perkataan tamat.. Perjalanan hidup si Amir Faheem yang berubah setelah kematian ayah yang dibencinya.. Amir Faheem terpaksa melaksanakan tugas yang tak diduga, berkahwin dengan Husna dan meneruskan legasi ayahnya.. Semua ini akhirnya berjaya membentuk Amir Faheem menjadi manusia yang lebih baik.. Kebencian pada ayahnya bertukar menjadi rasa kagum.. Gaya hidup Amir Faheem yang bebas sebelum ini juga mula berubah kepada gaya hidup seorang Muslim..

Sha baca dan selesai pada 28.12.2018..

(ebook - PNM e-Reader)

Kuda Merah Masuk Bengkel

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dah lama sebenarnya Kuda Merah tu bergegar dan baru-baru ini keluar bunyi pula.. Jadinya Khamis (27.12.2018) encik suami hantar ke bengkel kawan.. Boleh tengok perkongsian mengenai kereta dari bengkel ini di Polimekanik.. Gegaran itu disebabkan mounting enjin problem.. Lepastu bunyi bunyian yang terhasil pula adalah disebabkan fan belt pecah dan tensioner tu dah tak berfungsi dengan baik.. 

Menukar plug baru untuk Kuda Merah..

Kadang-kadang bila kita nak cabut keluar coil plug dia batang dia lucut melekat tinggal dekat dalam tu.. Jangan risau.. Memang biasa jadi dan tak perlu tukar coil plug baru.. Membazir.. Apa yang anda perlu buat bila jadi macam ini?? Boleh tengok video diatas..

Yang rosak fan belt, tensioner dan mounting enjin.. 

Lepastu tukar minyak enjin, oil filter dan air filter.. Bayar bengkel RM400 lebih.. Beli barang sendiri dekat Shopee pula RM50 lebih kurang.. Terbang melayang duit-duitnya.. Kikiki..

Saturday, December 29, 2018

Hidup Yang Aku Pilih oleh Muharikah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku yang memberi motivasi untuk kehidupan.. Sesuai sangat dibaca oleh mereka-mereka yang masih tercari-cari apa yang nak dibuat dengan kehidupan.. Macam remaja.. Kalau letak buku ini Perpustakaan sekolah pun bagus.. membimbing dna memberi motivasi.. Untuk orang macam Sha yang dah pun ada jalan hidup, buku ini menjentik rasa syukur dalam diri.. Kadang-kadang kita lupa kenapa kita ada di bumi ini.. Kadang kita tertanya-tanya, betul ke apa yang kita buat ini.. Jadinya buku ini bagus dihadam..

"Jika anda benar-benar mahukan sesuatu, anda pasti akan mencari jalan. Jika tidak, anda akan mencari alasan" - quote yang sangat terkesan untuk Sha..

Sha baca dan selesai pada 28.12.2018

(ebook - PNM e-Reader)

Diterbitkan oleh Iman Publications

Aplikasi Pintar Letak Kereta Negeri Perak - Park@Perak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Negeri Perak sudah maju setapak ke hadapan.. Lepas ini tak payah dah nak beli-beli kupon parking.. Guna aplikasi sahaja.. Mudah dan cepat.. Bermula 1 Januari 2019 ye kawan-kawan.. sekarang kalau nak muat turun masih belum boleh lagi.. Aplikasi ini dikenali sebagai Park@Perak dan digunakan di seluruh Negeri Perak.. Tak payah dah nak tercari-cari kupon lepas ini.. Pada Sha senang dan memudahkan..

Park@Perak boleh dimuat turun di Play Store mulai 1 Januari 2019 dan di App Store pada 20 Januari 2019.

Kelebihan penggunaan Park@Perak adalah seperti :
1. Salah satu alternatif pembayaran caj letak kereta melalui telefon pintar
2. Mudah dan jimat masa
3. Aplikasi ini boleh digunakan seluruh negeri Perak
4. Masa operasi dan kadar caj letak kereta mengikut Majlis (PBT) masing-masing
5. Mesra pengguna kerana pembayaran caj letak kereta hanya menggunakan telefon pintar di tangan anda

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila berhubung di talian 05-2083142 / 45 atau hadir ke Unit Letak Kereta, Majlis Bandaraya Ipoh, Tingkat 1, Jalan Bandar, 30000 Ipoh.

Info dan muat turun di https://park.perak.my

Friday, December 28, 2018

Rahsia Diari Merah oleh Iman Fadia

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang menarik.. Diari Merah yang menyimpan rahsia mengenai kematian menjadi rebutan.. Walaupun hingga ke hujung cerita dendam masih tersemat kemas.. Sha suka baca sebab jalan ceritanya penuh misteri dan teka-teki.. Pengiasatan oleh Adam mengenai kematian kesemua ahli keluarga Hawa membongkar satu kisah hitam yang cukup tragis.. Bila manusia mula hilang akal dan berdamping dengan syaitan maka nyawa manusia lain jadi taruhan.. Walaupun membaca novel ini Sha sedikit geram sebab agak bercelaru gaya penceritaan penulis namun masih mampu menarik minat Sha..

Sha baca pada 26.12.2018 dan seleaai pada 27.12.2018..

(ebook - PNM e-Reader)

Good Life by G-Eazy feat Kehlani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lagu ini memang ada dalam playlist telefon Sha.. Beli-beli memang dah ada.. Tadi sambil buat kerja sajalah play semua lagu.. Terdengar lagu ini.. eh.. Macam best pula.. Pastu macam pernah dengar.. Bila tengok muzik video dia, rupanya lagu untuk filem The Fate of The Furious.. Lagu ini beri aura positif pada Sha.. Rasa semangat je.. Kalau nak dengar lagu atau tengok muzik video dia, klik je gambar atau tajuk lagu itu..



Raise up a cup up for all my day ones
Two middle fingers for the haters
Life's only getting greater
Straight up from nothing we go
Higher than the highest skyscraper
No Little League, we major
The proof is in the paper

We put the good in the good in the good life
We put the good in the good in the good life
We put the bad in the past, now we alright (Eazy)
Ayy, ayy, ayy, ayy (Kehlani, I got you)
Ayy, yeah

And it's a feelin' that I can't explain
How you make it and your team still stay the same
Stay down from the jump and they never change
Man, this a moment I could never trade, yeah
I told my moms not to stress no more
Go hit the Bentley store and no credit card debts no more (Love you mom)
I bought the crib and it's in escrow now
So you don't ever have to worry about how you gon' pay rent no more
I put my team in position, now they makin' a killin'
Stackin' blue faces straight to the ceilin'
Out in Vegas I'm with 'em
Orderin' bottles of that Ace when they send 'em
'Til there ain't enough space up on the table to fit 'em
Go ahead and

Raise up a cup up for all my day ones
Two middle fingers for the haters
Life's only getting greater
Straight up from nothing we go
Higher than the highest skyscraper
No Little League, we major
The proof is in the paper

We put the good in the good in the good life (The good life)
We put the good in the good in the good life (I said the good life)
We put the bad in the past, now we alright (We alright)
Ayy, ayy, ayy, ayy
Ayy, yeah

Pour some Clicquot in a glass, have a toast to success
No lookin' back from here, no more bein' broke and distressed
I put my heart into this game like I opened my chest
We only pray for more M's while you hope for the best
We make these plays, man I'm finessin' these checks
Time's up for everybody, I'm collectin' on debts
And I swear this champagne just tastes better on jets
I'm just out here bein' great, man, this as real as it gets
I put my team in position, now they makin' a killin'
Stackin' blue faces straight to the ceilin'
Out in Vegas I'm with 'em
Orderin' bottles of that Ace when they send 'em
'Til there ain't enough space up on the table to fit 'em
Go ahead and

Raise up a cup up for all my day ones
Two middle fingers for the haters
Life's only getting greater
Straight up from nothing we go
Higher than the highest skyscraper
No Little League, we major (Yeah)
The proof is in the paper (You know)

We put the good in the good in the good life (The good life)
We put the good in the good in the good life (I said the good life)
We put the bad in the past, now we alright (We alright)
Ayy, ayy, ayy, ayy
Ayy

Damn right, from the bottom we rise
So high, now we cover sky lights
We're building an empire
We owe it all to each other
Just look at us right now, destined
We're so good right now, legend
Here's to you and I
Raise 'em to the sky

We put the good in the good in the good life
We put the good in the good in the good life
We put the bad in the past, now we alright
Ayy, ayy, ayy, ayy

We put the good in the good in the good life (The good life)
We put the good in the good in the good life (I said the good life)
We put the bad in the past, now we alright (We alright)
Ayy, ayy, ayy, ayy
Ayy
The good life

Songwriters: Kehlani Parrish / Gerald Gillum / Benjamin Diehl / Jason Evigan / Holly Hafermann / Justin Franks / Danny Majic / Andrew Thomas
Good Life lyrics © Sony/ATV Music Publishing LLC, Warner/Chappell Music, Inc, Kobalt Music Publishing Ltd., BMG Rights Management

Pra Tempahan Buku Bulan Disember

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bulan ini cadangnya memang tak nak membeli tapi terbeli juga.. Kikiki..Ada satu buku ini Sha beli sebab sinopsis dan juga review di Goodreads.. Kalau ikutkan buku ini dah lama keluar.. Tajuk Raid Arjuna oleh Rose Harissa terbitan Penulisan2u.. Yang ini sha beli melalui aplikasi senang pay.. Cuma private massage di Facebook Makcik Karyaseni nak beli buku apa, nanti dia bagi link untuk pembayaran.. Masih menanti lagi ketibaan buku..

Buku-buku dibawah pula Sha buat pra tempahan.. Berbeza penulis tapi genre yang sama.. Seram.. kikiki..

Untuk tempahan boleh ke Facebook Khairul Naim Abdul Wahab ataupun klik je link dibawah..

RM 20.00 (termasuk postage)
Pm untuk booking dan pertanyaan 👌
Pre-order rasmi dibuka tengah bulan 1
Jangkaan siap bulan 2 👌
Untuk tempahan boleh ke Facebook Illya Abdullah atau klik link dibawah.

Pra Tempahan dibuka sehingga 31 Januari 2019.
Boleh ke Facebook Ninie Othman untuk tempahan atau klik link dibawah

Thursday, December 27, 2018

Anis Si Ratu Payung oleh Hayati Hanif

Assalamualaikum..
Hye semua..

Comel gila cerita dia.. Pasal Anis yang suka mengumpul payung.. Payung yang dikumpul pula boleh menjadi pelbagai guna.. Bukan payung biasa.. Memang menarik.. Kali ini kisah Anis yang tidak berapa suka dengan sepupunya Zuria yang suka merosakkan barang.. Datang pula ke rumah Anis bersama seekor kucing yang suka mengambil barang dan meletakkan barang-barang itu di atas bumbung rumah.. Namun akhirnya Anis dan Zuria berbaik selepas berlaku satu peristiwa di Hutan Larangan.. Silalah baca dan kongsikan bersama anak-anak anda..

Sha baca dan selesai pada 26.12.2018..

(ebook - PNM e-Reader)

Esc. oleh Budak Tomato

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini menarik perhatian Sha sebab cover berwana merah yang sangat memukau.. Alhamdulillah isinya juga padat.. Walaupun hanya 175 muka surat namun Sha ambil masa juga nak baca sebab apa yang disampaikan menusuk ke hati.. Teguran dan perkongsian penulis sampai kepada Sha.. Ada yang berjaya meredakan perasaan marah yang terkumpul dihati dan ada juga yang mengingatkan Sha tentang hakikat kehidupan.. Sha suka cara penulis memberi melalui penulisan.. Semoga beliau terus menulis.. Insya Allah andai ada rezeki akan Sha beli buku ini untuk dijadikan koleksi peribadi Sha..

"Kadang kita kena mula belajar hargai apa yang ada depan mata. Jangan dicari apa yang belum tentu jumpa" - p.112

Sha mula dan habis pada 26.12.2018..

(ebook - PNM e-Reader)

#sentap

Diterbitkan oleh Iman Publications

Komik Gaza: Detik Awal Palestin Dijajah oleh IF Moses

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik yang sangat menarik dibaca.. Penerangan yang ringkas dan bergrafik membuatkan hati mudah memahami dan tersentuh dengan apa yang disampaikan.. Sesuai dibaca semua peringkat umur dan bagus dijadikan bahan bacaan anak-anak.. Sha pasti komik ini akan ada sambungan.. Ada rezeki akan jadi koleksi Sha juga..

Sha baca dan selesai pada 25.12.2018..

(ebook - PNM e-Reader)

Diterbitkan oleh Iman Publications

Wednesday, December 26, 2018

Masih Setia oleh Aisya Sofea

Assalamualaikum..
Hye semua..

Entah kenapa Sha sangat sakit hati dengan watak Miera.. Terlalu pentingkan diri.. Tapikan disebabkan Miera dan juga topik mengenai warisan adat dan keturunan yang perlu dijaga.. Selain itu ada juga penulis selitkan mengenai bencana gempa bumi di Indonesia dan juga misi bantuan yang dilaksanakan.. Ini antara yang menarik..

Tajuk buku dan cerita dalam dia tak berjaya Sha cantumkan.. Sha tak faham kenapa guna tajuk Masih Setia itu.. Nak kata setia dengan adat, Miera tak terima jodoh yang dicadangkan.. Setia dengan cinta, Miera menolak semua cinta yang datang sebaliknya jatuh cinta dengan tunang orang.. Mungkin novel ini bukan genre kesukaan Sha sebab tu Sha tak nampak relevan tajuk dan isinya.. Tapi berjayalah juga habiskan walaupun geram dan membara je perasaan dekat si Miera tu..

Sha baca dan selesai pada 25.12.2018..

(ebook - PNM e-Reader)

Pembayaran Yuran Sekolah Agama 2019

Assalamualaikum..
Hye semua..


Berjaya selesaikan pembayaran yuran Sekolah Agama Amani dan juga pendaftaran Pra Kafa Imani.. Tahun depan bolehlah mereka berdua ke sekolah bersama-sama.. Tak adalah adik dengki dengan kakak lagi.. kikiki..

Alhamdulillah pembayaran yurannya tak membebankan dan juga dapat Sha selesaikan untuk setahun terus.. Walaupun Sha duduk di negeri Perak tapi bersempadan dengan Negeri Selangor, tu yang hantar anak-anak bersekolah agama di Selangor.. Yurannya memang sangat tidak membebankan.. Untuk Amani, Sha bayar RM139 sahaja termasuk 10 buah buku tulis.. Manakala untuk Imani pula RM90 sahaja.. Bayaran ini untuk setahun.. Selesai dah untuk yuran sekolah pagi dan petang.. Duit buku, perkakas sekolah dan pakaian sekolah..

Zombie Benar Benar Wujud oleh Muhd. Nur Iman Ramli

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini antara buku yang bukan novel pilihan Sha untuk dibaca.. Tajuknya sahaja sudah menimbulkan rasa ingin tahu.. Mengisahkan tentang Zombie.. Perkara dan asal usul Zombie itu sendiri.. Sebab buku ini lebih pada perbincangan mengenai kewujudan Zombie dan segalanya yang berkaitan dengan Zombie, maka lambatlah sikit pembacaan Sha.. Tapi berjaya jugalah habiskan walaupun lama gila.. Walhal sikit je mukasuratnya.. Hahaha..

Zombie ini wujud okay tapi bukan dekat Malaysialah.. Tarian Zumba tak ada kena mengena dengan Zombie.. Tu belum lagi mengenai zombi moden yang terlalu taksub dengan sosial media.. Memang banyak yang disentuh dalam ini.. 

Sha baca pada 21.12.2018 dan selesai pada 25.12.2018..

Tuesday, December 25, 2018

Koleksi Bacaan di PNM e-Reader

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Nak membeli, duit agak tak berapa nak banyak.. Stok bahan bacaan banyak je lagi tapi mood membaca buku fizikal agak ke laut dalam pula sekarang ini.. Jadinya Sha meminjam di PNM e-Reader.. Kebetulan banyak pula buku-buku menarik yang boleh dipinjam.. Maka jomlah kita meneruskan pembacaan.. Tak kira samada ebook ataupun buku fizikal, baca tetap baca.. Dibawah ini ialah 4 buat buku yang berjaya Sha pinjam dengan PNM secara atas talian.. Buku-buku yang menarik dan pelbagai genre..

Empat buah buku yang menjadi pilihan Sha
Rahsia Diari Merah oleh Iman Fadia
Komik Gaza: Detik Awal Palestin Dijajah oleh IF Moses
Sekali Lagi oleh Auni Zainal
Aku, Kau & Robot oleh Artis-artis Komik-M

Monday, December 24, 2018

Persiapan Sekolah Amani & 2019 #3

Assalamualaikum..
Hye semua..

Persiapan yang seterusnya ialah kasut dan stoking.. Untuk entry sebelum ini boleh tengok

Semalam keluar pergi cari kasut dan stoking hitam.. Mula tu nak beli untuk kakak je tapi memandangkan adik pun akan bersekolah agama juga terus belikan untuk adik juga.. Senang.. Kasut dan stoking dah selesai.. Baju-baju sekolah pun dah siap basuh.. Tinggal nak gosok dan jahit tanda nama dan lencana je..

RM27.99 sepasang..
Sha beli untuk Amani sepasang dan Imani sepasang.. RM56.00

Stoking ini Sha beli di Pasaraya Sakan.. Harga untuk dua pasang ialah RM4.60, 6 pasang baru RM13.80.. Masih lagi berbaloi berbanding di kedai-kedai lain.. 3 pasang je dah RM9.90.. Agak mahallah pada Sha..

Sunday, December 23, 2018

Suatu Malam Puaka oleh Jekyll Gyzma

Assalamualaikum..
Hye semua..

Asyik baca ebook je.. Jom baca novel balik.. Sha baru je beli novel Magic Bean ini.. Ini buku yang paling terbaru sekali untuk siri Magic Bean ini.. Buku ke 13.. Kalau ikutkan, Sha dah ada 7 buah dari 13 tajuk.. Yang lain boleh tengok di SINI..

Suatu Malam Puaka oleh Jekyll Gyzma ini memang berjaya memberikan keseraman pada Sha.. sepanjang pembacaan Sha juga seperti Qays.. Terkeliru untuk menentukan yang mana ilusi dan yang mana realiti.. Kerana tersesat, keluarga Qays berteduh disebuah hotel mewah.. Malangnya hotel itu bukanlah seperti yang mereka lihat dengan mata.. Ada sesuatu yang menakutkan di hotel itu.. Perasaan yang mengganggu Qays akhirnya menjadi kenyataan.. Tragedi terjadi kepada keluarga Qays.. Hanya Qays sahaja yang terselamat namun hidupnya tetap diganggu.. Apakah yang mengganggu Qays dan apakah tragedi yang menimpa di hotel mewah tersebut.. Kenalah baca..

Sha baca dan selesai pada 20.12.2018..

Buku ini koleksi peribadi Sha..

Diterbitkan oleh GempakStarz

Review lain buku Magic Bean yang Sha dah baca..

PNM e-Reader - elib ebook Portal

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha ada kongsikan mengenai PNM e-Reader kan.. Boleh baca artikel sebelum ini seperti dibawah.. 

Kali ini sha nak kongsikan mengenai laman sesawang PNM elib.. Ini cara yang lebih seronok untuk anda mencari buku yang ingin dipinjam atau pun anda nak reserved di https://pnm.elib.com.my/.. 

 Ini alamat laman sesawang elib ebook Portal https://pnm.elib.com.my/.. Bila klik je alamat tu nanti akan keluar paparan seperti dalam gambar diatas.. Klik pada perkataan login.. 

 Masukkan email dan password yang sama..

 Bila dah login anda boleh klik dekat nama anda tu dan akan ada paparan activations, Reading List, Reserved list, changed password dan logout..

 Bila klik perkataan Reading list, laman sesawang ini akan paparkan buku apa yang anda dah pinjam dan sedia untuk dibaca menggunakan aplikasi PNM e-Reader.. Dekat sini dia akan paparkan sekali tarikh buku tu dipulangkan.. Tempoh peminjaman 7 hari sahaja.. Kalau anda tak klik perkataan return, cukup 7 hari dia akan automatic return buku tu..

 Yang ini pula ialah paparan buku yang Sha dah reserved.. Kalau dah nak sampai giliran Sha pinjam dia akan tulis macam gambar kat atas nie.. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Reserved Book boleh klik PNM e-Reader - Reserve Book..
 Ini paparan utama laman sesawang elib ebook Portal.. Boleh juga nak pilih buku dekat sini.. Klik je dekat senarai category tu..

 Ini bila Sha klik terus buku dekat paparan utama.. Dia akan paparkan sinopsis, perkataan Borrow (kalau boleh pinjam) Reserved (kalau buku tak ada stok).. Bilangan buku..

 Ini bila Sha guna nama penulis untuk carian buku..

 Ini pula Sha guna keyword untuk carian buku..

Yang ini pula bila sha guna penerbit sebagai carian..

Harapnya perkongsian Sha ini membantu anda untuk membaca.. Kena sahut seruan Menteri Pelajaran.. Jom membaca.. https://pnm.elib.com.my/..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »