Monday, February 28, 2022

Komik | Rumah Impian Chi 11 oleh Konami Kanata, sayuriafrina (Translator)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini menjadi penutup bacaan Sha bagi bulan Februari.. Sha selang selikan bacaan Sha dengan komik supaya tidak terlalu fokus berfikir.. Komik ini lebih ringan walaupun kadang topiknya berat..

Macam cerita mengenai seekor kucing bernama Chi ini.. Kisahnya Chi merasa terpingir bila ibu dan Youhei berjalan, manakala Chi ditinggalkan bersama ayah.. ayah pula terlalu sibuk dengan kerja hingga terlupakan Chi.. Chi pun keluar bermain dan ketika inilah Chi terjumpa sekeluarga kucing yang memanggilnya dengan panggilan Sarah.. Adakah Chi terlupakan sesuatu.. Apa kaitan Chi dengan Sarah dan mereka.. Komik yang comel pada Sha..

Sha baca dan selesai pada 28.02.2022..
Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published September 2018 by Gempak Starz Sdn Bhd

Ali, Muthu & Ah Hock White Coffee: Original

Assalamualaikum..
Hye semua..

Berjaya juga mencuba air kopi ini.. Ada yang membeli dan letakkan di pantry pejabat, maka kita cubalah rasa.. Dah lama nampak kopi ini.. Tertarik sebab ada perkataan cholestrol free.. Hahaha.. Tapi memang kaw habislah kopi dia.. Terasa keras kopinya.. memang padu dan menghangatkandi kala cuaca sejuk.. Hahaha.. Cubalah kalau suka kopi yang kaw.. Berbaloi..


Secawan kopi di kala sejuk..

Komik | Little Lions (Warm Hearts Series, #10) by Dream Catcherz

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebuah komik berbahasa Inggeris yang ohsem.. Menggunakan Sekolah Rendah di Ayer Tawar sebagai latar.. Memang menarik.. Kisah pelajar sekolah yang bernama Jim.. Jim yang terpinga-pinga mencari kelab apa ingin disertai telah salah mengisi borang.. Namun kerana kesiakan kelab tarian singa, Jim kekal berada didalam kelab tersebut.. Tanpa Jim sangka, dia belajar banyak perkara melalui aktiviti kelab yang disertai.. Dari sini Jim belajar untuk berusaha dengan gigih, berkerjasama dan berkawan.. Memang sebuah kisah yang menarik untuk dibaca..

Sha baca dan selesai pada 28.02.2022..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published 2019 by Gempak Starz Sdn Bhd

Video Muzik | Pijak by Zizi Kirana

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dari seksi sampailah sekarang dah bertutup elok, Sha memang suka dengar lagu-lagu beliau.. Ada yang menarik, ada yang kureng.. Ingatkan beliau tak menyanyi dah.. Tiba-tiba keluar lagu ini.. Menarik sebab liriknya kena sangat dengan situasi Sha.. Memang ohsemlah lirik dia.. Jom layan..


Pijak by Zizi Kirana

Banyak monyet naik toncet
Bila duit masuk kocek
Banyak beruk makin teruk
Bila kepuk naik gemuk

Banyak bagi muka nanti kepala kena pijak 
Aku bukan mak turut kena pandai cakap tidak
Diam ku berisi itu bijak elak riak
Kau ingat kau boleh pijak ehh kau silap

Hold up kejap
Mentang mentang kau dah sedap 
Orang lain masih sesak 
Kau ayamkan bagi dedak 

Kejap … Tunggu
Orang dah makin berbulu 
Dengan kau punya sekutu
Kau punya sepapat sepupu setuju

Time out berhenti 
Aku dah lama naik geli 
Maruah aku kau nak beli 
Aku tak jual kau tak reti

Sebentar nanti
Berapa lama lagi
Simpan sabar berapa kali
Fikiran masak sebabkan panas hati

Banyak monyet naik toncet
Bila duit masuk kocek
Banyak beruk makin teruk
Bila kepuk naik gemuk

Banyak bagi muka nanti kepala kena pijak 
Aku bukan mak turut kena pandai cakap tidak
Diam ku berisi itu bijak elak riak
Kau ingat kau boleh pijak ehh ehh ehh

Banyak bagi muka nanti kepala kena pijak 
Aku bukan mak turut kena pandai cakap tidak
Diam ku berisi itu bijak elak riak
Kau ingat boleh pijak ehh kau silap

Yang dipijak nanti jadi yang memijak
Jadi hati hati takut nanti tersimpang niat
Aku jaga aku bukan jenis yang memihak
Episod akan datang kita tunggu kita lihat 

Dunia aku sempit walau negeri aku luas
Takde tanggung takde jawab cuma ada culas
Sakit pendam dendam dalam hati belum lunas
Kalau cakap lepas pasti buku bertemu ruas

Naik turun pasang dengan surut 
Jangan dipijak kepala berotak kusut
Tinggi rendah langit dengan bumi 
Hati-hati boss lupa diri tunggang kuli

Banyak monyet naik toncet
Bila duit masuk kocek
Banyak beruk makin teruk
Bila kepuk naik gemuk

Banyak bagi muka nanti kepala kena pijak 
Aku bukan mak turut kena pandai cakap tidak
Diam ku berisi itu bijak elak riak
Kau ingat kau boleh pijak ehh ehh ehh

Yang dipijak nanti jadi yang memijak
Jadi hati hati takut nanti tersimpang niat
Aku jaga aku bukan jenis yang memihak
Episod akan datang kita tunggu kita lihat

Sunday, February 27, 2022

Kuala Lumpur Alternative Bookfest (KLAB22)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha jelajah Kuala Lumpur Alternative Bookfest (KLAB22) di Pasar Seni, Kuala Lumpur.. Belanja anak-anak buku, mak pun beli juga sebuah.. Lama betul tak masuk Pasar Seni.. Dulu masa bujan, rajin juga Sha ke sini cari buku second hand.. Tapi kedai buku tu dah tutup.. Suram je tengok kawasan dekat luar Pasar Seni tu.. Mengimbau kenangan lama gitu.. hehehe..


Seronok mereka melihat hasil seni..

Tak tentu arah memilih buku apa nak dibeli..

Hasil tangkapan kami..
Baphomet tu Sha punya..
Bookiut tu Amani pinya..
Dua yang akhir, Imani punya..

Hadiah birthday Imani.. Asalnya dia request kereta kawalan jauh.. Sampai Pasar Seni, dia jumpa buku best terus tukar hadiah.. hehehe..

Alang-alang dah sampai Pasar Seni, terus cari mural ni.. Suka lagu mereka.. Tak jauh dari sini ada Muzium Telekom dan Patung animasi Lat.. Malangnya perut dah lapar, jadi singgah kejap je intuk snap gambar dekat mural nie..

Aiskrim Mokti's Gula Apong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha baru pertama kali cuba aiskrim ini.. Ini pun sebab kawan pejabat ajak.. Kalau tak memang tak berani, risau aiskrim ini manis.. Hahaha.. Rupanya tak adalah manis manapun.. Lebih kepada berlemak.. Aiskrim dia memang lemak habislah.. Puas hati.. Kalau nak pesan, boleh tanya aiskrim perisa apa hari ini kemudian pilihlah nak saiz apa, jenis apa.. Topping apa.. Hari yang Sha pergi ini, Mokti buat aiskrim pandan.. Memang sedap, wangi dan lemak.. Puas hati.. Cup kecik tu pun meriah..


Pilihan Sha.. 

Antara topping yang boleh dipilih..

Empat ini RM26..

Komik | Call of the Whale (Warm Hearts, #7) by Xeon, Dream Catcherz

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah Carl yang tak boleh berjalan akibat kemalangan dan penyakit.. Hidupnya menjadi sedih dan sunyi disebabkan mak ayah Carl yang sibuk berkerja.. Carl merasakan dirinya tak guna hinggalah kemunculan Belle.. Belle mengajar Carl erti perjuangan.. Jangan mengalah sebelum berjuang.. Hidup untuk diri sendir.. Bina semangat dan keyakinan bukannya menyerah dan menyalahkan orang lain.. Memang sebuah komik yang ohsem..

Sha baca dan selesai pada 27.02.2022..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published April 2019 by KADOWAKA GEMPAK STARZ SDN BHD

Telefilem Melayu | Penunggu Soldorm (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem seram kelakar yang menarik ditonton.. Ceritanya seram-seram manja je.. Tak ada hantu hodoh ke apa.. Lebih pada gurauan je.. Tapi tetap menarik ditonton.. Memang tekaan Sha tepat mengenai siapa sebenarnya hantu dia.. hahaha.. Kelakar gila bila diorang berempat buat keputusan nak tinggal je dekat dorm walaupun semua budak dikehendaki balik.. Budak berempat tu diganggu sebab solat dalam dorm.. Namun tanpa mereka sedari, gangguan sebenarnya bukanlah yang mereka sangka.. Memang kelakarlah tengok perangai masing-masing.. Paling best bila ada Ayie dan Eric.. Hahaha..

JUDUL : PENUNGGU SOLDORM
WAKTU SIARAN : Sabtu, 6 Mac 2021, 9:00 malam
SIARAN TV : Astro Citra & Citra HD
PENULIS SKRIP : Ainul Farihah
PENGARAH : Jamal Khan
PRODUKSI : Arie Zaharie Production, Knack Knack Studios
PELAKON : Ayie Elham, Eric Fuzi, Wafiy Ilhan, Daniah Daneal (Coki), Fizz Fairuz, Sara Ali

SINOPSIS PENUNGGU SOLDORM
Daniel dan kawan-kawan, menghadapi gangguan misteri oleh ‘Penunggu Sol-Dorm’ ketika bersolat secara berjemaah di Dorm Asrama dan keadaan bertambah kelam kabut, seram apabila mereka bertemu kelibat serupa Cikgu Azizi.

Saturday, February 26, 2022

Komik | Anis: Roket Mini Anis oleh Kak Amal, Kak Sofea, Kerel (Pelukis)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini memang fun sangat untuk dibaca selain berwarna warni, komik ini menyampaikan info menarik buat pembaca.. Boleh tengok gambar yang Sha kongsi dibawah.. Memang mengujakan sesiapa sahaja yang melihatnya..

Sha baca dan selesai pada 25.02.2022..

Antara tajuk dalam komik ini..

Permainan yang ada dalam komik ini..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published 2019 by Ana Muslim Sdn Bhd

Burger King Hershey's Sundae Pie

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha pertama kali cuba pie dari burger king ini.. Itupun sebab baru perasan.. Sedap rupanya.. Mewah dengan rasa coklat gitu.. Hershey's kan.. Dekat bahagian atas dia tu ada topping coklat keras dengan coklat crème di bahagian tengah.. Memang puas hatilah.. Tambah bila dimakan sejuk.. Pilihan lain selain burger.. 

RM6.90

Pandangan dari atas

Pandangan sisi.. Mengancamkan..

Komik | Komik Gaza MINI #2: Palestin Terancam Angkara Khianat (Komik Gaza MINI #2) oleh IF Moses

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah Sejarah Palestin diceritakan melalui komik secara fiksyen.. Buku ini bukan sahaja sesuai untuk bacaan kanak-kanak dan remaja malah orang dewasa juga untuk belajar sejarah Palestin secara santai.. Walaupun begitu buku ini tetap mampu mencuit perasaan semangat, gembira, sedih dan marah terhadap peristiwa yang berlaku di Palestin..

Sha baca dan selesai pada 25.02.2022..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published September 2019 by Iman Publication

Hainan Coffee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dapat kopi ini sebagai hadiah.. Okaylah kopinya.. Agak keras sedikit dari segi rasa dna terdapat serbuk di bahagian bawah.. Jadinya minum dengan hati-hati ya kengkawan.. Jangan minum serdak dia, tak elok untuk kesihatan.. 

Hadiah dari rakan sekerja..

Kopi dia agak pekat.. memang masyuklah..

Friday, February 25, 2022

Lepak Santai di Secret Recepi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha diraikan lagi.. Kali ini kawan di pejabat baru bawa ke Secret Recipe dan belanja makan.. Walaupun hanya bertiga, tetap meriah.. Mereka meraikan kedatangan Sha ke tempat baru.. Zaman Covid ini tak boleh nak beramai-ramai sangat namun tetap terasa kemeriahannya.. Terharu bila diterima baik di tempat baru.. Semoga yang baik-baik sahaja.. InsyaAllah..
Kejutan yang sangat ohsem..

Kek dengan kata-kata Salam Perkenalan buat Sha..

Menu kami hari ini.. Terima kasih.. Saya sangat menghargainya..

King's Aiskrim Potong: Kelapa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedap aiskrim ini.. Terasa lemak kelapa dan terdapat ketulan kecil kelapa juga.. Memang puaslah bila menggigitnya.. Sha kena beli sekotak untuk merasa.. Mujurlah sedap.. Sha tak pernah pula nampak aiskrim ini dijual sepotong je di kedai runcit.. Yang ada di pasaraya dijual sekotak.. Harga pun berbeza-beza ikut pasaraya yang jual.. Yang ini Sha beli di Pasaraya Segi..

RM8.70 (6 potong)

Sepotong aiskrim kelapa yang ohsem..

Novel | 40 Hari oleh Khairul Aswad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebuah kisah dalam kisah.. Kisah sumpahan Haji Sulaiman yang disampaikan dari mulut Zalee dan Anuar kepada Rahim dan Rodzy.. Mereka yang berkait dengan sumpahan Haji Sulaiman pula ialah Raizal, Dandalina, Syahira, Kasyah dan Ustaz Umar.. Walaupun penulis menyampaikan cerita dalam cerita namun garapannya cantik dan tidak berbelit.. Memang seronok membaca dan tekaan Sha mengenai dalang sebenar, tepat sekali.. Memang dengki dan iri hati tu sangat bahaya pada manusia.. Boleh memakan diri dan menyusahkan orang lain..

Sha baca pada 24.02.2022 dan selesai pada 25.02.2022..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published 2018 by Penerbitan Dear Novels

Thursday, February 24, 2022

Berbasikal di Petang Hari

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Akhirnya, berjaya juga mengayuh dengan basikal ini.. Memang terbaiklah dia punya performance.. Sesuai sangat untuk kawasan berbukit macam tempat tinggal Sha ni.. Basikal ini ada gear jadi mudahlah untuk Sha mengayuh di kawasan landai dan juga berbukit.. Berjayalah juga mendaki dengan basikal ini.. 

Beli pada 15 November 2021 dan hari ini 24.02.2022 basikal ini akhirnya bergerak di sekeliling tempat tinggal saya.. 3 bulan 9 hari..

Berjaya mengayuh sambil mendaki bukit..

Rehat jap petik buah Mulberry..

Hasil kutipan yang meriah..

Novel | Travelog Seram Washington oleh Iwan Reaz

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku seram berbentuk travelog yang menarik sangat untuk Sha.. Selain bercerita mengenai pengalaman seram watak, penulis juga turut menyampaikan info menarik negara Amerika.. Memang seronoklah.. Satu pengalaman menarik bila disampaikan dalam bentuk travelog macam ini.. Nipis tapi ohsem..

Sha baca dan selesai pada 24.02.2022..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published March 2020 by Blink

Random Photo #3 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jomlah layan entry bergambar yang meriah dengan gambar makanan ini.. Nak buat entry satu-satu macam tak berapa rajin, jadinya kita himpunkan je dalam entry ini.. hehehe..

Cendol kacang merah.. Puas hati.. Lemak dan meriah dengan kacang merah..

Ais kepal milo yang ohsem..

Ini sumbangan pihak sekolah pada pelajar yang positif Covid19.. Sangat-sangat berterima kasih sebab ada ubat-ubatan sekali selain makanan.. Memang lengkaplah.. Memang kenalah untuk budak-budak.. 

Beli Oxymeter ini di Shopee je.. Lepas dapat terus test, okay berfungsi dengan baik.. Persediaan sebab alat ini sangat penting semasa disahkan positif covid19..

Rezeki encik suami bawa balik.. Ada orang bagi katanya.. Sama juga dengan coklat dibawah ini.. Isteri dan anak-anak tumpang makan je.. hehehe...

Roti inti kacang merah dan ada sedikit gula di bahagian atasnya.. Roti ini pengasuh anak Sha buat dan Amani bantu menggentel intinya jadi terujalah sikit bebudak ini bawa balik roti ini.. Memang gembiran sangat dia bercerita mengenai bantuannya dalam membuat roti ini.. Mak je tak pandai buat roti, kalau tak memang syoklah dia membantu..
Sabun buatan tangan oleh rakan sekerja Sha.. Beliau buat sabun ini dari minyak masak terpakai.. Dia buat jual sabun ini tapi yang ini dia bagi je dekat Sha..

Dapat sayur kucai dari rakan sekerja, terus encik suami buat masak kicap campur taugeh dan tahu..

Kopi Viral Perlis dah ada Mocha latte.. Sedap wei.. RM5 je sebungkus.. Ada juga rasa yang lain tapi kita cuba satu-satu ye tak..

Cop jawatan.. Warna biru tu baru je buat sebenarnya untuk tempat kerja lama.. Baru pakai beberapa kali je dah kena buat yang baru.. Hehehe.. Kali ini kita pilih warna hitam.. Comel je..

Wednesday, February 23, 2022

Coretan Harian Pembantu Pustakawan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dalam pada cherry berry, kerja tetap berjaya dilaksanakan.. hehehe.. Sukses ke PNM hari ini untuk proses pulang dan pinjam 400 buah buku.. Semuanya dalam tempoh 1 jam sahaja.. hehehe.. Pergi bertiga, memang lajulah kerja.. 
Sempatlah menyinggah cari makan best-best.. Bukan senang nak ke KL.. hehehe.. Tapi tu lah, Sha tengok dan jamah sikit-sikit je.. 

Sedang mencari bahan bacaan yang best-best..

Hasil carian kami..

Asing dan semak buku yang dipinjam..

Esok kita sambung pula..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com