Monday, September 30, 2019

Rezeki Hari Isnin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hari ini ada makan percuma di pejabat.. Kebetulan Bahagian Hal Ehwal Pelajar guna Perpustakaan untuk temuduga biasiswa, mereka belanja kami makan pagi dan juga tengahari.. Jimatlah duit belanja hari ini.. Hehehe.. Selalu je Jabatan dan HEP buat temuduga dekat Perpustakaan ini cuma kali ini je ada makan untuk kami sekali.. Orang bagi, kita makan jelah.. Rezeki jangan ditolak, ye tak..

Sarapan pagi dengan mee hoon goreng dan aneka kuih muih..

Makan tengahari pula nasi putih, sambal ikan cencaru dan masak lemak sayur kobis..

Korean Variety | Youth Over Flowers: Iceland (2016)

Assalamualaikum.
Hye semua..

Rancangan variety ini memaparkan percutian mengejut para aktor ke Iceland.. Mereka dihantar tanpa perkakasan yang sepatutnya untuk bercuti.. Beg duit mereka juga disimpan oleh pihak produksi dan mereka dibekalkan dengan sejumlah duit untuk berbelanja.. Segala urusan tempah bilik dan makanan bergantung pada duit yang diberikan oleh produksi.. Permulaan rancangan ini hanya 3 orang sahaja aktor yang dihantar dan Kang Ha Neul pula datang pada episod 2.. Seronok tengok diorang bercuti dalam keadaan tak berapa fasih bertutur bahasa Inggeris tapi masih boleh berseronok.. 

TV Show: Youth Over Flowers: Iceland
Country: South Korea
Episodes: 7
Aired: Jan 1, 2016 - Feb 12, 2016
Aired On: Friday
Network: tvN
Duration: 1 hr. 40 min.
Cast: Jung Woo, Kang Ha-neul, Jung Sang-hoon ,Jo Jung-suk

Drama Korea | Coma (2006)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini 5 episod je.. Boleh tonton di Youtube.. Guna kata carian Coma 2006.. Dekat Fastdrama pun boleh tengok juga..

Drama ini seram dan misteri lah juga.. Sebuah hospital yang akan ditutup tapi masih memiliki seorang pesakit yang koma.. Memang pelik.. Doktor yang merawat pesakit tu tak membenarkan pesakit dipindahkan ke hospital lain.. Pegawai insurans yang datang menilai keadaan pesakit juga ada hubungan dengan hospital tersebut.. Seram dan juga menakutkan.. Perangai doktor tu sendiri menakutkan.. Menjadikan pesakit nya sebagai bahan uji kaji hingga meragut nyawa pesakit tanpa rasa bersalah..

Drama: Coma
Country: South Korea
Episodes: 5
Aired: Jul 21, 2006 - Aug 18, 2006
Aired On: Friday
Network: OCN
Duration: 60 min.
Also Known As: Koma
Genres: Thriller, Horror

Sinopsis: Behind the doors of Namwon Hospital lies a chilling secret, one that the hospital's inhabitants have kept buried for the last 10 years, and all centered around one coma patient, Lee So Hee. With the hospital's reputation steadily declining from countless medical accidents over the years, it is forced to shut down. However, as the hospital closes its doors, another opens, and secrets that have long been hidden come out with a vengeance.
(Source: DramaWiki)

Sunday, September 29, 2019

Komik | Doraemon #16: Koleksi Robot Serba Boleh oleh Fujiko F Fujio

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Habis dah baca.. Nanti nak cari koleksi yang lain pulalah.. Komik Doraemon yang Sha baca ini adalah terbitan semula oleh Kadokawa Gempak Starz dalam bentuk Koleksi.. Macam buku kali ini temanya ialah robot serba boleh.. Maka kartun yang ada dalam ini semuanya bercerita mengenai robot serba boleh yang dikeluarkan oleh Doraemon untuk membantu Nobita.. Nobita yang selalu dibuli Giant, tak berapa pandai dan suka tidur.. Tak bagus dijadikan contoh.. Bacaan hiburan semata-mata ye..

Sha baca dan selesai pada 28.09.2019..

koleksi peribadi Sha..
Published January 4th 2019 by Kadokawa Gempak Starz

Resepi | Roti Telur

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sarapan apa pagi ini.. Sha sarapan roti telur ala Korea.. hehehe.. Cuma versi Sha ini tak ada sayur.. Kalau ada sayur lagi sedap tau.. Kat rumah tak ada sayur.. Maka telur dadarnya kosong jelah.. hehehe..

Bahan-bahannya
Sebiji telur (dipukul) - Kalau versi Korea, dalam telur ini dibubuh carrot, taugeh, daun bawang dan macam-macam lagilah.. Memang meriah..
2 keping roti yang disapu planta pada sebelah bahagian sahaja.. (Sha guna Adele)
Sos cili
Mayonnis
Lada hitam
Minyak sedikit untuk goreng telur..

Cara Membuatnya

Mula-mula sapukan marjerin Adele ke permukaan roti.. Seblah je tau.. Nak sapu dua belah pun okay je.. hehehe..

Pukul telur dalam mangkuk.. Masa ini kalau nak tambah sayur pun okay je..

Lepas panaskan kuali, bolehlah bubuh planta atau minyak dan tuang telur yang telah dipukul tadi.. Ratakan dekat atas kuali..

Letak roti yang telah disapu planta tadi.. Kalau sapu sebelah je planta, pastikan yang ada sapuan planta tu di bahagian atas.. Setelah telur masak, bolehlah terbalikkan dan masak pula bahagian roti yang ada sapuan planta tu sampai garing..

Maaflah.. Mals nak rotate gambar.. Hehehe.. Dah masak, bolehlah bubuh sos, mayonnis dan juga lada sulah..

Dah siap.. Bolehlah katup dan jadilah begini..

Jemput sarapan.. hehehe

Saturday, September 28, 2019

Drama Korea | Doctor John (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Baru habis menonton drama perubatan yang sangat menarik ini.. Watak yang Sha rasa paling pentingkan diri dalam drama ini ialah nurse Chae Eun Jung.. Bukan Sha tak faham dia marah bila pesalah yang sepatutnya dikenakan hukuman akhirnya mati sebab doctor Yo Han bagi Euthanasia pada pesalah itu.. Pesalah tu menderita sakit kanser yang teruk dan sentiasa berada dalam keadaan sakit.. Kalau tengok drama ini memang buat Sha jatuh cinta dengan 3 watak utama dan 1 watak sampingan.. Melihat mereka melalui kehidupan dalam soal hidup mati pesakit tak mudah sebenarnya.. Walaupun ini hanyalah drama berdasarkan novel bertajuk On Hand of God by Yo Kusakabe tapi tetap berjaya melekat di hati..

Ji Sung ini memang sesuai watak-watak yang tak ada perasaan.. Muka dia tu cukup untuk menyampaikan semua ekspresi yang diperlukan.. Dalam drama ini perkembangan perasaan antara Doktor Cha Yo Han dan Doktor Kang Shi Yeong sangat cantik.. Pendawakraya itu pun boleh nampak perubahan perasaan ingin menjatuhkan hukuman kepada memahami tindakan Cha Yo Han.. Sakit ini bukan sahaja memberi kesan kepada pesakit tapi juga kepada orang di sekeliling pesakit..

Doctor John @ 의사 요한
Kdrama | Aired: 19 July ~ 7 September 2019 | 16 Episodes | Genre: Medical, Romance, Drama |
Sinopsis | Cha Yo-Han (Ji Sung) is a doctor of anesthesiology. He is arrogant, but he is a genius at his work. Kang Shi-Young (Lee Se-Young) is a resident of anesthesiology who works with Cha Yo-Han. She is smart, warm and listens carefully to her patients. People, with mysterious acute or chronic pain come to the hospital. There, Cha Yo-Han and Kang Shi-Young try to find the causes of their pain

ebook | Katarak oleh Fitri Hussin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini pada mulanya Sha baca, Sha ingatkan hanyalah berkisar mengenai kehidupan pelajar Universiti yang biasa.. Persahabatan, percintaan dan politik kampus.. Tapi makin lama makin mengasyikkan.. Konspirasi, penggodam, blogger dan tindakan ekstrem hingga membahayakan nyawa pelajar berjaya memikat Sha untuk teruskan pembacaan.. Ceritanya penuh suspen, penyiasatan dan drama.. Memang mendebarkan.. Pembongkaran konspirasi yang besar melibatkan mahasiswa universiti dalam usaha menggulingkan kerajaan.. Memang tak disangkalah.. Seronok membacanya.. 

Sha baca pada 26.092019 dan selesai pada 27.09.2019

Baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet.
Published January 20th 2013 by Alaf 21 Sdn Bhd

Wonda Coffee | Sarawak Edition Coffee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya.. Berjaya juga beli Wonda Coffee Sarawak Edition ini.. Tin dia cantik betul.. Penuh corak.. Warna kuning yang memikat.. Rasa dia... Pergh!! Padu.. Pekat melekat dan berjaya buat Sha tersentak.. Hehehe.. Tak manis tau.. Memang power lah rasa kopi dia.. Bukan kegemaran Sha.. hehehe.. Sesekali minum okaylah.. Suami Sha suka sebab rasa kopi dia yang pekat dan pahit..


Friday, September 27, 2019

Komik | Doraemon #06: Koleksi Penuh Emosi oleh Fujiko F Fujio

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik kali ini menghimpunkan kartun-kartun yang berkisarkan emosi.. Ada satu tajuk dimana Nobita kena melepaskan doraemon kembali ke zaman akan datang dan berdikari sendiri.. Memang penuh emosilah.. Persahabatan yang lama akhirnya berpisah.. Santai-santai membaca dan bergembira walaupun isinya penuh emosi..

Owh ya.. Komik ini adalah hadiah Anies kepada Sha.. Boleh baca di SINI..

Sha baca dan selesai pada 26.09.2019..

Koleksi peribadi Sha..
Published December 2018 by Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd

Kursus Pemetaan & Navigasi: Google Maps Bagi Pentadbiran Tanah Dan Geomatik Bilangan 2

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kalau ikutkan, Sha dah cukup kursus dah tapi temankan encik suami tu yang Sha hadir kursus ini.. Kursus yang sangat menarik dan enjoyable.. hehehe.. Kursus ini menarik dan ada lawatan amali.. Kami ke Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Sungai Klah, Sungkai Perak.. Sambil tu sempat lah singgah di Nasi Bamboo Sungai Klah.. Boleh baca di SINI..

Melalui kursus ini Sha diterangkan kepentingan menggunakan Google Maps, kelebihan dan kekurangan.. Selain itu kami juga diajar bagaimana untuk berkongsi lokasi dengan rakan-rakan.. Cara menggunakan Google Maps dengan betul.. 3 hari yang menakjubkan.. hehehe

Antara isi yang dipelajari semasa Kursus ini ialah:
1. Pengenalan Google Maps.
2. Mencetak peta dan arah.
3. Ukur jarak.
4. Carian koordinat.
5. Shortest path.
6. Map contribution.
7. Google Earth.
8. Street View.


Menang Top Komentar Bulan Ogos 2019 di Blog Azlinda Alin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Sha dipilih menjadi top komentator di blog sis Azlinda Alin untuk bulan Ogos.. Sha memang tak perasan kalau tak Ain Athirah tinggalkan komen dekat entry Sha maklumkan pasal pengumuman sis Azlinda Alin ini.. Terima kasih Ain Athirah.. Pengumuman top komentator tu boleh tengok di SINI.. Hadiah cash sudah pun Sha terima semalam.. Sha ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada sis Azlinda Alin.. Sha doakan juga semoga sis Azlinda Alin dan keluarga sentiasa dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah.. Aamiin..


Terima kasih Ain..

Thursday, September 26, 2019

Tukar Kaca Mata

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Petang tadi encik suami bagi hadiah awal sempena Birthday Sha pada November ini.. Kaca mata baru.. Kebetulan power mata dah naik bila periksa di kedai.. Bukan naik sikit.. Naik banyak.. Patutlah dah makin kabur dan selalu berair mata Sha.. Encik Suami pula nak tukar kaca tu yang belanja Sha sekali.. Sha beli bingkai warna hitam+merah.. Jenis plastik.. Lebih tahan lasak.. Kalau sebelum ini power kaca mata Sha hanyalah 75 untuk kiri dan kanan, kali ini dah naik sampai 175 untuk kiri dan 125 untuk kanan.. Banyakkan bezanya.. Nak tak nak, kenalah buat juga yang baru.. Kaca mata Sha yang sedia ada ini dah setahun 10 bulan Sha pakai.. Sha buat pada November 2017 dan ganti baru pada hari ini 26 September 2019.. Entry kaca mata sebelum ini boleh baca di SINI.. 

Frame dan kaca RM200.. Percuma pencuci cermin..

Kedai ini memang best.. Pekerja nya sangat ramah dan kaca mata Sha siap dalam 1/2 jam sahaja.. Kebetulan ada stok, cepatlah mereka buat..

Novel | Meniti Maut oleh Eyman Hykal

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita yang menarik dari penulis.. Cerita mengenai seorang anggato BISIK yang menyamar sebagai pemandu demi menyekat seorang pembunuh ekonomi.. Fariz merupakan anggota baru untuk agensi BISIK.. Selepas tugasan sampingan yang agak kurang berjaya, Fariz ditugaskan menyamar sebagai seorang pemandu peribadi kepada Tan Sri Daud.. Tugas sebenar beliau adalah menyiasat mengenai Bruce McCallum yang datang ke Malaysia kononnya atas misi kemanusiaan.. Selain dari tugasan rasmi, Fariz juga terpaksa mengadap perangai Faryna yang sentiasa marah-marah.. Berjayakah misi Fariz dalam membantu menjaga ekonomi Malaysia dari dijajah..? 

Sha baca pada 23.09.2019 dan selesai pada 25.09.2019..

(ebook : PNM e-Reader)
Pinjam dari elib PNM..
Published March 4th 2009 by Alaf 21 Sendirian Berhad

Perak | Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam pagi Sha ada lawatan kursus ke Hot Spring Sungai Klah.. Yang ini nanti Sha cerita ye.. Sementara tunggu rakan-rakan kursus sudah mandi manda di Hot Spring, Sha dan beberapa rakan kursus yang lain ke Nasi Bamboo Sungai Klah.. Kedai makan ini dah makin cantik, kemas dan sistematik.. Seronok pula masuk ke sini.. Sha tak makan pun.. Kenyang lagi.. Kawan-kawan yang lain semua makan.. Sha ambil kesempatan ini untuk update suasana di Nasi Bamboo Sungai Klah.. Entry ini boleh membantu siapa-siapa yang baru pertama kali nak datang ke sini.. Seronoknya kalau anda pergi waktu ini adalah lauk pauk sudah siap dibubuh di dalam mangkuk kecil-kecil untuk anda pilih dan ambil.. Tak payah nak tunggu petugas bubuh.. Makanya proses memilih, mengambil dan membayar lebih cepat..

Waktu Operasi
Buka setiap hari kecuali Jumaat..
Masa : 10.30 pagi sehingga 6.00 petang

Pintu masuk..
sebelah kanan ada kambing bakar..

Ini sebelah kanan

Kambing bakar..


Sudut bakaran berada di sebelah kanan bila anda masuk dari pintu utama..

Sudut kudap-kudapan goreng seperti pisang, keropok lekor dan kuih muih..

Dari pintu masuk kalau anda pandang atas akan ada papan tanda ini..
Nasi berada di sudut hujung sekali lepas bahagian lauk-pauk habis..

Bahagian lauk pauk bermula dengan aneka sup..

Sebaris panjang aneka lauk pauk yang boleh dipilih..

Sayuran, ulam-ulaman dan sambal berada di hujung sekali selepas lauk pauk..

Aneka barang.. Sebelah kiri adalah Sudut nasi..

Ini pula adalah bahagian minuman yang menawarkan bubble..

Minuman lain selain bubble.. Dekat setiap balang sudah diletakkan harga berdasarkan pilihan seperti cup atau jug..

Sudut dessert yang sangat menarik berada di tengah-tengah antara dua pilihan air..

Wednesday, September 25, 2019

Zine | Tunjukkan Aku Arah Kiblat oleh Maria Kajiwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya setelah hampir beberapa bulan zine ini Sha beli dari penulis, berjaya juga memujuk hati untuk membaca.. Ada 9 cerpen dalam ini.. Semuanya bertemakan perasan dan hubungan kekeluargaan.. Bukan mudah melalui hidup andai kita jauh dari Allah dan juga ibu ayah.. Olahan penulis tak pernah menghampakan.. Tak kira genre apa pun pasti akan berjaya menyentuh hati dan memberi tauladan.. Kalau baru ingin mula berjinak-jinak dengan membaca, Sha cadangkan zine ini.. Nipis dan isinya tak juga berat.. Sesiapa sahaja boleh membacanya..

Sha baca dan selesai pada 24.09.2019..

Koleksi peribadi Sha.. 4 buah lagi Sha jadikan hadiah Giveaway..
Published April 2019 by Maria Kajiwa

Komik | Doraemon #03: Koleksi Dinosaur oleh Fujiko F Fujio

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mengimbau zaman sekolah bila membaca kompilasi Komik Doraemon ini.. Buku 3 ini mengumpulkan semua komik berkaitan Dinosaur.. Memang tersenyum-senyumlah bila membaca.. Pada Sha usaha Syarikat Penerbitan Kedokawa Gempak Starz ini sangat bagus.. Bacaan santai bersama anak-anak.. Amani dan Imani dah berulang kali membaca komik ini.. Sampai agak lunyai jugalah komik ini.. Hehehe..

Sha baca dan selesai pada 24.09.2019..

Koleksi peribadi Sha..
Published November 1st 2018 by GEMPAK STARZ

Wordless Wednesday #book


Tuesday, September 24, 2019

Novel | Somniphobia Sumpahan Syaitan oleh Iwan Reaz

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini Sha baca sikit-sikit.. Bukan sebab tebal tapi saja.. Mood membaca tu tak berapa ada, tu yang baca sikit-sikit.. Sebab tu ambil masa untuk habiskan.. Sambil baca novel ini, Sha baca komik, tonton filem dan juga drama Korea.. Hihihi..

Novel ini mengisahkan tentang Anas yang suka tengok filem seram tapi kemudiannya beralih ke novel seram pula.. MisiAnas mencari novel seram yang betul-betul seram, menemukan Anas dengan novel Somniphobia yang sangat seram.. Novel tu berjaya membuatkan Anas takut untuk tidur dan bermimpi perkara seram.. Anas terganggu sehingga prestasi kerjanya menurun.. Malah kawan-kawan yang cuba membantu beliau juga turut diganggu.. Ternyata syaitan itu sungguh pandai memperdaya.. Hanya kebergantungan pada Allah sahaja yang mampu membantu kita..

Sha baca pada 19.09.2019 dan tamat pada 23.09.2019..

Koleksi peribadi Sha..
Published March 2019 by Buku Puris

Filem Jepun | Kamen Rider Den-O & Kiva: Climax Deka (2008)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini kalau tak tengok drama bersiri dia pun okay je.. Dalam filem ini Satu pas Den-O telah dicuri dari De-Liner.. Kemunculan Organisasi Jahat memburukkan keadaan.. Seorang polis berkerjasama dengan pasukan polis Den-Liner untuk menyiasat dan bertembung dengan Kamen Rider Kiva yang menyamar dalam organisasi Jahat itu.. Maka bergabunglah dua kamen rider ini demi menentang Imagin yang jahat itu.. Hehehe.. Berjaya?? Mestilah.. Hero kan..

Movie: Kamen Rider Den-O & Kiva: Climax Deka
Country: Japan
Release Date: Apr 12, 2008
Duration: 1 hr. 9 min.
Also Known As: Gekijōban Kamen Raidā Den'ō ando Kiba Kuraimakkusu Deka , Masked Rider Den-O & Kiva The Movie: Climax Detectives
Directors: Osamu Kaneda
Screenwriters: Kobayashi Yasuko
Genres: Tokusatsu
Sinopsis: Set after the events of Kamen Rider Den-O, Ryoutaro and the DenLiner gang have set up a detective agency called the DenLiner Police (デンライナー署 Denrainā Sho?) who seek to keep the Imagin that survived the Junction Point in check after an Imagin stole a spare Den-O Pass from Owner while he was training.

Komik Seram | Aku Dengar Kat Lif Ada... oleh Zuan, Apoh

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik seram lagi.. hehehe.. Kali ini menggunakan tema lif pula.. Adoi.. Mujurlah kat sini tak ada lif.. Kalau tak, jenuhlah.. Hahaha.. Macam komik yang sebelum ini, selain komik ada juga cerpen dan lagenda mengenai lif.. Pantang larang semasa menaiki lif pun ada.. Pelbagai kisah.. Seram dan juga misteri.. Yang best ada game dalam komik ini.. Cari perbezaan gambar, cari gambar tersembunyi.. sambil membaca, sambil menguji minda..

Sha baca pada 21.09.2019 dan selesai pada 22.09.2019..

Koleksi peribadi Sha..
Published January 2019 by Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd

Monday, September 23, 2019

Filem China | Young Detective Dee: Rise Of the Sea Dragon (2013)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini dulu patutnya Sha tengok sebelum tengok filem Detective Dee: The Four Heavenly Kings.. Tapi okay je.. Tak ada yang mengganggu walau tengok yang mana dulu..

Filem ini mengisahkan Detektif Dee yang diarahkan ke Pejabat Da Lisi dan menjadi pekerja di situ.. Namun masa dalam perjalanan tu beliau terjumpa satu kumpulan penculik.. Dari situ beliau bertemu dengan Yu Ch dan Rui Ji.. Filem ini permulaan bagaimana Detektif Dee mula menyerlah sebagai penyiasat dan menjadi sahabat kepada Sha Tuo.. Mereka bergabung tenaga untuk menyiasat dan akhirnya membantu Yu Chi menyelesaikan masalah raksasa laut yang dibela oleh kumpulan yang ingin menghancurkan kerajaan sedia ada.. Memang menarik sebab pelakonnya.. hehehe..

Movie: Young Detective Dee: Rise Of the Sea Dragon
Country: China
Release Date: Sep 28, 2013
Duration: 2 hr. 13 min.
Also Known As: Di Ren Jie Qian Zhuan
Screenwriter & Directors: Chui Hak
Genres: Action, Suspense, Adventure, Thriller, Crime, Fantasy
Sinopsis: Will his first case be his last?
Detective Dee Ren Jie (Mark Chao) arrives in the capital city of Luoyang to work as an officer of the law, known as the Da Lisi. A sea monster has been terrorizing the town, and city officials have chosen the most beautiful courtesan, Yin Rui Ji (Angelababy), to be offered as a sacrifice to the sea monster. Empress Wu Ze Tian (Carina Lau) demands that Yu Chi Zhen Jin (Feng Shao Feng), the Chief Minister of Da Lisi, investigate the sea monster or he himself will be executed.
When Detective Dee saves Rui Ji from being sacrificed to the sea monster, he is imprisoned by Yu Chi. Sha Tuo Zhong (Lin Geng Xin), the prison doctor, helps Dee escape from prison and investigate the mysterious sea monster.
When the sea monster is somehow tied to Yuan Zhen (Kim Bum), Rui Ji’s lover, can the two lovers help Detective Dee uncover the sinister conspiracy that leads straight to the Imperial family?
(Source: Viki)

Sempena Sambutan Kemerdekaan di Sekolah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Minggu lepas sekolah Amani dan Imani buat sambutan sempena Kemerdekaan dan Hari Malaysia.. Macam-macam aktiviti yang dijalankan di samping pelajar tahun 6 menghadapi UPSR.. Setiap tahap bergilir cuti untuk memberi laluan kepada pelajar yang menghadapi UPSR.. Antara aktiviti yang dijalankan di sekolah ialah Nanyian Koir, lagu patriotik, pertandingan melukis poster, pertandingan deklamasi sajak, pakain beragam dan lain-laian lagi.. Bukan sahaja murid, para guru juga turut memeriahkan suasana.. Memang seronoklah tengok perkongsian oleh guru-guru sepanajng Sambutan Kemerdekaan..

Imani memakai tudung dengan corak bendera Malaysia..

Kakak menang dua hadiah.. Satu pertandingan nyanyian koir dan satu lagi kuiz Arab..

Zine | Sketsa Lawak Seram: Leman & The Geng oleh Del Osmera

Assalamualaikum..
Hye semua..

Zine ini nipis je.. 70 muka surat.. Menceritakan kisah si Leman yang penakut ya amat.. Leman ini selalu disakat oleh hantu Milah yang balik semula ke rumah akibat perbuatan khianat.. Seram kelakar zine ini.. Kalau dibuat dalam versi novel yang tebal mesti menarik.. Leman dan kawan-kawannya yang penakut tapi selalu terjumpa makhluk tak sepatutnya.. hehehe..

Sha baca dan selesai pada 22.09.2019..

Koleksi peribadi Sha

Filem Korea | Exit (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang sangat menarik.. Dua oran manusia yang terpaksa ditinggalkan sebab helikopter pasukan menyelamat tak boleh nak bawa kalau muatan lebih dari yang ditetapkan.. Maka berusahalah dua orang manusia ini menyelamatkan diri dati asap beracun ke tempat yang tinggi.. Mendebarkan, mencemaskan dan juga kelakar.. Cerita yang simple tapi usaha gigih untuk menyelamatkan diri tu sangat menarik.. Fokusnya pada dua watak utama ini.. Mujurlah kedua-duanya suka aktiviti memanjat dan itu merupakan kelebihan mereka.. Masa bencana ini memang boleh tengok perangai sebenar manusia di sekeliling kita.. Sifat pentingkan diri tu usah cakaplah..

Movie: Exit
Country: South Korea
Release Date: Jul 31, 2019
Duration: 1 hr. 43 min.
Also Known As: Eksiteu
Directors: Lee Sang Geun
Genres: Action, Thriller, Comedy
Sinopsis: Yong Nam was one of the best rock climbers in college but hasn’t had much luck elsewhere after graduation. He has failed to get a job for many years and has to rely on his parents just to get by. For his mother’s 70th birthday, he insisted on having the party at Dream Garden because his old crush, Eui Ju works there. When a disaster strikes, covering an entire district in Seoul with mysterious white gas, he has to use all of his rock climbing skills with the help of Eui Ju to get everyone to safety.
(Source: CJ Entertainment)

Sunday, September 22, 2019

Drama Korea | Class Of Lies (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama yang sangat menakutkan.. Bukan drama seram tapi cerita yang disampaikan sangat menyeramkan.. Perangai manusia lagi menakutkan dari hantu sebenarnya..

Semuanya bermula dengan kes cubaan membunuh oleh Kim Han Soo kepada Jung Soo Ah/Yoo Sun dan peguam yang membela Kim Han Soo di gantung kerja sebab anak guam menyerang beliau, mengaku bersalah dan terjun bangunan hingga menyebabkan koma.. Tak lama lepas tu Jung Soo Ah/Yoo Sun disahkan mati.. Pergh!! Dari sini cerita bergerak pantas.. Peguam tu menyamar jadi cikgu demi menyiasat kes sebenar..

Sepanjang Sha tengok drama ini, macam-macam perasaan ada..Memang tak sangkalah.. Sebuah sekolah dipenuhi dengan bermacam jenayah.. Paling mengejutkan bila jenayah dilakukan oleh seorang pelajar yang dianggap baik.. Jenayah dilakukan tanpa rasa bersalah pun.. Sangat menakutkan..

Class of Lies @ 미스터 기간제 @ Mr. Temporary @ Undercover Teacher @ Mr. Fixed Term
Kdrama | Aired: 17 July ~ 5 September 2019 | 16 Episodes | Genre: Drama, Crime, Mystery |
Sinopsis | The drama is about a highly successful lawyer who falls from grace because of one case. He becomes a fixed term teacher at a high school that is tied to that case in order to regain his honor. Though he goes into the classroom for selfish reasons, he begins to see the crimes that take place and he takes matters into his own hands to help protect victims from their peers. The drama will shine a spotlight on the reality of teenagers facing little to no repercussions after committing a crime because they are teenagers, providing no protection for those who become a victim to these crimes. (Source: Soompi)

Filem China | Detective Dee: The Four Heavenly Kings (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selain membaca dan melakukan kerja rumah, hujung minggu juga dihabiskan dengan menonton filem dan drama.. Anak-anak menonton filem animasi, manakala Sha pula menonton filem dari pelbagai negara.. Antaranya ialah filem ini.. Detective Dee: The Four Heavenly Kings ini dah lalu lalang banyak kali dah cuma baru ini tergerak nak tengok.. Filem yang menarik.. Sha suka watak utamanya iaitu Detective Dee yang dilakonkan oleh Mark Chao.. Sangat menarik.. 

Filem ini mengisahkan niat jahat Permaisuri Wu yang tak bersetuju dengan tindakan maharaja yang memberikan Tombak Penjinak Naga kepada Detektif Dee.. Dari situ bermulalah konspirasi permaisuri dalam mengenakan Detektif Dee.. Selain Permaisuri, ada satu puak yang berdendam dengan kerajaan dan ingin menjatuhkan kerajaan.. Bila dendam menguasai jiwa, sihir hanyalah loncatan.. Hati yang hitam sangat mudah terpedaya.. Dengan bantuan sahabat-sahabat beliau, Detektif Dee berjaya menyelesaikan krisis yang berlaku dengan jayanya..

Filem ini menarik sebab dari awal sehingga ke hujung cerita penuh aksi.. Satu lagi yang buat Sha teruja ialah Sha terjumpa filem ini yang mempunyai subtitle bahasa melayu dan menggunakan sedikit loghat Kedah.. Bayangkan tengok filem China tapi ayat kat bawah loghat Kedah.. Memnag menghiburkan.. Hahaha.. ending credit filem ini..

Movie: Detective Dee: The Four Heavenly Kings
Country: China
Release Date: Jul 27, 2018
Also Known As: Detective Dee and the Four Kings , Di Ren Jie Zhi Si Da Tian Wang
Directors: Chui Hak
Genres: Action, Suspense, Adventure, Mystery, Crime, Detective

Sinopsis: Detective Dee is forced to defend himself against the accusations of Empress Wu while investigating a crime spree.
This marks the return of Detective Dee after the success of the first release 7 years ago. Main character Di Renjie is a former detective from the Tang Dynasty that was ordered by Empress Wu Zetian to solve mysterious murder cases.

Komik Seram | Aku Dengar Kat Tangga Ada... oleh Aku Dengar Studio

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita mengenai tangga yang berhantu.. Selain komik, ada juga cerpen seram dan lagenda dari China.. Hanya tangga tapi mampu memberikan variasi cerita seram.. Memang menarik dan mengujakan.. Hehehe.. 128 muka surat je tapi berjaya menimbulkan rasa seram.. Hahaha.. Ini marathon komik seram namanya.. hehehe..

Sha baca dan selesai pada 21.09.2019..

Koleksi peribadi Sha..
Published December 2018 by Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd

Saturday, September 21, 2019

Komik | Aku Dengar Kat Lorong Belakang Ada... oleh Mr. Children

Assalamualaikum..
Hye semua..

Siri Aku Dengar.. ini memang seram.. Hahaha.. Baca masa siang pun boleh mengganggu jiwa.. Tambah ada illustrasi lagilah.. Hahaha.. Tapi dah beli, kenalah baca kan.. Sekejap je baca komik ini.. Saja ambil mood dengan baca komik.. Ada baca novel tapi tersekat.. Untuk mengembalikan mood membaca, Sha baca komik..

Untuk tema lorong ini, pelukis berjaya menyampaikan mesej yang bagus.. Ada cerita yang berasala dari lagenda semata-mata.. Ada yang terjadi akibat ingin membalas dendam kerana dianiaya.. Ada yang berpunca dari ketaksuban dan akhirnya terperangkap.. Begitulah manusia, sentiasa ada yang tersalah pilih dan ada juga yang menyesal dan kembali kepada kebaikan.. Silalah baca.. Selain komik, ada cerpen pendek dan juga permainan teka..

Sha baca dan selesai pada 21.09.2019..

Koleksi peribadi Sha..
Published July 2018 by Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com