Friday, September 30, 2022

Goodreads | Bacaan September 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang rezeki betul bila buka aplikasi Oakbee Buffet Sha dapat akses koleksi komik dan buku yang banyak.. Sha pun tak pasti kenapa.. Mungkin mereka tengah buat promosi kot.. Sebelum ini akses agak terhad.. Tak banyak buku atau komik menarik yang boleh dibaca.. Bila diberikan peluang ini, Sha pun manfaatkanlah.. Tapi biasalah, emosi tu turun naik kan.. Bila datak mood membaca memang banyaklah berjaya dibaca.. Bila tak ada keinginan, buku best pun jadi tak best.. hehehe..

Ini antara buku dan komik yang berjaya Sha baca.. Jom tengok tajuk-tajuknya.. Kalau nak baca ulasan boleh klik pada tajuk tu..

7. Punch! oleh Aliow - ebook

16. Sumpah oleh Shaz Johar - ebook
20. Kota oleh Kamalia - ebook


ebook | Dari Alam Angker: Dendam Berdarah Si Punti (Dari Alam Angker) oleh Nizam Bachok

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini penulis membawakan satu tema dalam penceritaan iaitu Pontianak.. Komik ini mengumpulkan 7 komik yang menceritakan kisah-kisah seram berkaitan dengan pontianak dari pelbagai zaman berdasarkan kepercayaan masyarakat Melayu.. Ada yang kelakar dan seram dan ada juga yang agak mengelirukan.. Keseluruhannya memang menarik..

Antara tajuk yang ada dalam komik ini:-
Punti Anak Paling Senja
Matahari Malam
Dendam Dahlia
Sahutan Tangkai Kelapa
Ikat
Mana Darah?
Aku Bella

Sha baca dan selesai pada 29.09.2022..

Published October 2018 by Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd
Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..

7-Eleven Double Chicolate Granola Mix

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Best.. Best.. Rasa coklat yang sangat mewah.. Mengenyagkan dan juga boleh dijadikan kudapan semasa membaca atau menonton drama.. kikiki.. Sha saja je cuba.. Tak sangka best.. Owh ya, Sha makan macam tu je.. Nak makan dengan susu pun okay juga..

RM4.90 (40g)

Dapatlah semangkuk comel.. Awalnya nak makan dengan susu tapi ralit mengunyah tak sedar da habis.. kikiki..

Thursday, September 29, 2022

ebook | When Fusion Met Pop oleh Nizam Bachok

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini ada dua cerita iaitu Fusion Pop dan When Sherly Met Donkey. Plot Fusion Pop agak perlahan pada awalnya tapi semakin baik bila dah sampai ke pertengahan cerita.. Memang tak disangkalah.. Kisah yang agak kelakar namun tetap menarik dibaca.. Cerita When Sherly Met Donkey ini pula memang best sebab kisah watak yang bertukar jantina.. Memang menarik dibaca tambah bila penulis buat sesuatu yang berbeza dengan kedua watak tu..

Sha baca dan selesai pada 28.09.2022..

Published January 2008 by Gala Unggul Resources Sdn Bhd
Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..

Coretan 29 September 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hidup ini hanyalah sementara namun bila melihat manusia lain berkata seolah-olah selamanya hidup, rasa seram sangat.. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.. Bukan sahaja Sha tapi rakan-rakan juga.. Buat dosa memang sedap.. Namun bila balanya datang, tak siapa pun akan membantu.. Allah.. Semoga sentiasa dikuatkan hati untuk berada dijalan yang lurus.. Ujian yang tak disangka namun semuanya terletak pada diri sendiri.. Berubah kearah yang lebih baik atau hanyut ke laut dalam.. Coretan ini sekadar peringatan buat diri sendiri.. Sha bukanlah baik namun sedang mencuba ke arah kebaikan.. Risau sangat kalau terhanyut ke arah yang tak disangka..

Hari ini ada jamuan perpisahan untuk staf MyStep di bahagian ICT.. Adalah makan-makan sikit.. Buat kutipan RM10 dan ada yang bawa makanan tambahan juga.. Sha bayar RM10 je, tak ada lah bawa apa-apa pun.. Kebetulan bulan ini kena hidupkan roadtax kereta kan.. Jadinya sekadar membayar sahajalah..

Triffle.. Menu pertama Sha makan..


Kue tiaw sup kosong je.. Sha bubuh ayam, fish cake dan fish ball je.. Sedikit cili kicap.. taugeh dan yang lain-lain, tak minat.. hehehe..

Ini pula lunch Sha.. Sandwich dan cheese cake.. Tak ada dalam gambar, pau kukus inti kacang merah dan kelapa.. Sedap dan lembut..

US/Japan | Blade (2011)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tu dia.. Memang ohsemlah anime ini.. Perjalanan Eric dalam menghapuskan Deacon Frost yang telah membunuh mak Eric dan menyebabkan Eric menjadi Daywalker iaitu separuh manusia dan separuh vampire..  Deacon ini dia jadikan diri dia vampire melaui eksperimen dengan tujuan nak bunuh semua vampire dan mereka yang berkerja untuk vampire tapi masalahnya dia tak peduli siapa yang jadi korban.. Memang jahatlah.. Askar ampire yang dihasilkan oleh Deacon ini pula memang pelik-pelik dan kejam.. Bukan macam vampire biasa.. 

Episod 6 & 7 Pula ada logan sebagai watak tambahan yang ohsem..

Sha suka tengok episod 8, masa Eric kena berlawan dengan Kikyo Mikage rakan sepeguruan dia.. Memang dasyatlah aksi lawan pedang diorang..

Blade 2011
Genres | Action, Drama, Horror, Supernatural
Episodes | 12
Episode Duration | 24 mins
Date | Jul 1, 2011 - Sep 16, 2011
The story revolves around Blade, a "Daywalker" vampire hunter who was born with vampire and human blood after a vampire attacked his mother. While visiting Japan on a mission, Blade tracks down Deacon Frost, the vampire who killed his mother. Blade confronts "Existence," a mysterious organization composed of vampires modified by Frost.

(Source: Anime News Network)

ebook | Dari Alam Angker: Saka (Dari Alam Angker) oleh Nizam Bachok

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang bacaan yang berkecamuk.. Hahaha.. Tak tahulah nak rasa seram ke, kelakar ke.. Adoilah.. Ada kalanya penceritaan tu dah seram tapi tiba-tiba, penulis buat plot twist pula.. Terus berdekah jadinya.. Memang bestlah baca komik ini.. Lukisan dia pun sesuai sangat dengan jalan cerita.. Walaupun bacaan ringan, tetap memberi pengajaran..

Sha baca dan selesai pada 27.09.2022..

Published October 2015 by Gala Unggul Resources Sdn Bhd
Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..

Wednesday, September 28, 2022

ebook | Dari Alam Angker: Peri Puaka (Dari Alam Angker) oleh Core, Puyuh (梁文国)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bacaan yang agak mengerikan.. Tambah mengerikan bila komik ini berwarna.. Pergh!! Lain macam perasaan dia bila baca.. Macam biasa, walaupun seram namun ada pengajaran di sebalik keseraman itu.. Ada yang okay dan ada juga yang meremang bila dibaca.. 

Sha baca dan selesai pada 26.09.2022

Published August 2013 by Gala Unggul Resources
Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..

ebook | Hope #10 (Hope #10 (END) oleh Zint, Kurino (Assistant), Siew (Cover)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Penamat yang sangat ohsem.. Jangan sangkakan kulit buku yang ceria memberikan pengakhiran yang bahagia ye kawan-kawan.. Sedih penamat dia.. Walaupun Eric berjaya bertemu dengan atuknya namun perjumpaan itu hanya sekejap.. Lianne pula kehilangan Ten.. Namun hidup perlu diteruskan..

Sha baca dan selesai pada 26.09.2022

Published August 2019 by Kadokawa Gempakstarz Sdn. Bhd.
Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..

Wordless Wednesday 2022

Tuesday, September 27, 2022

ebook | Hope #09 (Hope #09) oleh Zint, Kurino (Assistant), Siew (Cover)

Assalamualaikum..
Hye semua..

One Eye muncul kembali.. Kali inj peperangan antara zombie dan manusia.. Lianne dan Eric berjaya jumpa Ten dan Pakcik yang juga atuk Eric.. Pakcik telah menceritakan siapa dirinya yang sebenar kepada Ten.. Mereka diserang bukan sahaja dengan zombie tapi askar.. Memang gila..

Sha baca dan selesai pada 26.09.2022

Published March 2019 by Kadokawa Gempakstarz Sdn. Bhd.
Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..

Calpis Chewy Mango with Nata de Coco

Assalualaikum..
Hye semua..

Beli sebab ada perkataan chewy dan mangga.. kikiki.. Memang best sebab nata de coco dia saiz kecik.. Tak mengganggu sangat bila minum.. Sambil minum sambil mengunyah.. Paling Sha suka sebab rasa mangga pada air tu power.. Memang bestlah.. Cuma harganya sedikit mahal sebab beli dekat Shell.. hehehe..

RM3.40 kalau tak silaplah..

Giveaway Suka-Suki Mamapipie

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom sertai Giveaway anjuran Kak Adda ni guys.. Senang sangat syaratnya.. Klik Giveaway Suka-Suki Mamapipie.. 

Sha paling suka semua entry berkaitan tempat yang Kak Adda kongsikan.. Tapi paling Sha suka dah tentulah tajuk Review Marina View Villa Port Dickson dan Pergi Pusat Ikan Hiasan Port Dickson sebab Sha dalam perancangan nak ke Port Dickson.. Dua entry ini memang membantu perancangan perjalanan Sha..

Tarikh GA dari 14 September - 1 Oktober 2022

ebook | Hope #08 (Hope #08) oleh Zint, Kurino (Assistant)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sambungan yang semakin ohsem.. Lianne dan Ten bertempur dengan zombie yang semakin ganas dan pelik.. Kemudiannya mereka bertiga terpisah selepas letupan bom berlaku.. Lianne bertemu Eric semasa mencari pakcik dan Ten yang telah ditangkap..

Sha baca dan selesai pada 26.09.2022

Published November 2018 by Kadokawa Gempakstarz Sdn. Bhd.
Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..

Monday, September 26, 2022

ebook | Dari Alam Angker: Warisan Puaka (Dari Alam Angker) oleh Nizam Bachok

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ada 5 cerita je tapi penulis cerita dengan terperinci setiap kisah.. Memang menarik.. Paling terkesan cerita pasal toyol, memang tak sangkalah penamat dia menyedihkan.. Bila nafsu beraja di hati memang naya lah kehidupan.. Awesome..

Sha baca dan selesai pada 25.09.2022


Published July 2011 by Gala Unggul Resources
Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..

Mangga Asam Boi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rupanya entry ini dah lama terperam tak di published.. Makanya jomlah kita published kan.. Rasanya ramai je yang tahu cara nak buat mangga asam boi kan.. Tapi sajalah sha nak kongsikan disini buat rujukan sendiri dan juga kawan-kawan..

Potong mangga ikut suka hati anda.. Tak ada saiz wajib pun.. Mana yang anda mudah nak makan.. Seeloknya beli mangga lemak baru dia rangup tau.. Tapi mangga masak pun okay je..

Cili padi dan gula.. Ini pun ikut sukatan suka hati.. Kalau nak pedas, bubuh banyak cili padi.. sha bubuh setangkai dua je.. Sekadar ada rasa pedas-pedas manja gitu.. Hehehe.. Gula tu pun jangan bubuh banyak, bubuh sesudu dulu.. Kemudian kalau tak cukup boleh tambah..

Owh ya, asam boi jangan dilupakan.. Sha guna asam boi putih.. Boleh je kalau nak guna asam boi merah, cuma nanti mangganya jadi warna merah lah..

Selepas digaul masukkan ke dalam balang dan simpan dalam peti ais.. Esoknya dah boleh makan..

Ini versi asam boi merah.. Nampak tak mangga tu ada warna merah-merah.. Okay je.. Rasa lebih kurang je..

ebook | Dari Alam Angker: Seringai Malam (Dari Alam Angker) oleh Nizam Bachok

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Memang menariklah olahan penulis untuk semua cerita dalam ini.. Walaupun ada beberapa cerita yang kita sebagai pembaca kena fikir punca dan sebabnya namun masih seronok dibaca.. Ada beberapa cerita yang memberi pengajaran kepada pembaca supaya sentiasa mendengar kata orang tua.. Ada juga cerita yang berkaitan usikan orang tua namun berakhir dengan kesudahan yang menyedihkan.. Dah tahu anak tu penakut, disakatnya lagi.. Hai.. Sabar jelah..

Sha baca dan selesai pada 25.06.2022..

Published April 2013 by Gala Unggul Resources
Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..

Filem Jepun | Fullmetal Alchemist: Final Transmutation (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bahagian akhir untuk siri Fullmetal Alchemist.. Filem ini akan menerangkan apa sebenarnya yang berlaku dan peranan ayah Edward serta Alphonse atas semua kejadian.. memang kelakarlah pengakhiran buat penjahat tu.. Cuma sukalah tak banyak yang terkorban di pihak hero.. Edward juga berjaya dapatkan balik badan adik dia setelah Alphonse korbankan diri dia untuk tangan Edward.. Pengakhiran yang menarik.. Memang awesome lah filem ini.. Cuma tak sangka bila diorang boleh berkerjasam dengan homunculus Greed yang bertentangan dengan kehendak pencipta dia.. 

Memang satu perancangan yang besar bila Father cuba menakluk dunia namun digagalkan oleh Hohenheim dan juga Scar.. Ini pun sebab diorang dapat jumpa sesuatu dari nota abang Scar.. memang best..


Movie: Fullmetal Alchemist: Final Transmutation
Also Known As: Hagane no Renkinjutsushi: Kanketsuhen Saigo no Rensei, Fullmetal Alchemist: The Last Transmutation
Screenwriter & Director: Sori Fumihiko
Screenwriter: Miyamoto Takeshi
Genres: Action, Adventure, Thriller, Supernatural
Country: Japan
Release Date: Jun 24, 2022
The Elric brothers' long and winding journey comes to a close in this epic finale, where they must face off against an unworldly, nationwide threat.

(Source: Netflix) 
~ Adapted from the manga "Fullmetal Alchemist" (鋼の錬金術師) by Arakawa Hiromu (荒川弘). ~

Sunday, September 25, 2022

ebook | Sakeena Penjual Roti oleh Harleem Dayam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bacaan yang menarik untuk semua peringkat umur.. Sakeena sangat sukakan roti sehingga Sakeena ingin membuka sebuah kedai menjual roti.. Semasa menjaga adik saudaranya, sakeena menggunakan kesukaanya kepada roti untuk memujuk adik saudaranya..

Sha baca dan selesai pada 24.09.2022..

Publisher Buka Prima @ Gup buku Karangkraf, 2011
Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..

Anime Jepun | Angels of Death (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Animasi menarik yang bermain dengan psikologi.. Rachel terperangkap dalam bangunan dimana setiap tingkat ada pembunuh.. Masing-masing ingin bunuh Rachel.. Semasa Rachel tersedar, dia berjumpa dengan Zack dan mereka mengadakan perjanjian.. Rachel akan bantu Zack untuk lepasi setiap tingkat dan Zack perlu membunuh Rachel selepas berjaya keluar dari bangunan itu.. 

Bila sampai episod 12 sampai episod 14 berlaku konflik antara Zack dan Rachel sebab dalam episod ini terbongkarlah siapa sebenarnya Rachel.. 

Angels of Death
2018 ‧ 1 season
Genre: Adventure, Horror, Mystery, Psychological, Thriller
13-year old Rachel awakens to find herself trapped in the basement of an abandoned building. Without any memories or even a clue as to where she could be, she searches for a way out. In her search, she comes across a man covered from head-to-toe in bandages. He introduces himself as Zack and he wields a grim-reaper like sickle.

As the two unlikely partners try to escape from the deadly building, a strange bond is struck between them, strengthened by a strange, crazy promise. But waiting in the building are a cast of twisted characters who intend to prevent their escape, by any means necessary. Forced into a battle for survival and pushed to the edge, will Rachel's mysterious past catch up with her?

List of Episodes:-
1. Kill me... please.
2. Your grave is not here.
3. I swear to God.
4. A sinner has no right of choice.
5. Don't let me kill you just yet.
6. Zack is the only one who can kill me.
7. Who are you?
8. Yeah..., I'm a monster.
9. There is no God in this World.
10. The witch trial shall start.
11. 'cause you are my God, Zack.
12. Try to know everything about her.
13. I'm not Your God.
14. Swear you will be killed by me.
15. A vow cannot be stolen.
16. Stop crying and smile.

ebook | Zaki Masuk Tadika oleh Nazliza Amelia Juhary

Assalamualaikum..
Hye semua..

Zaki baru masuk tadika dan buku ini berkongsi mengenai pengalaman Zaki sepanjang di sekolah.. Penulis juga turut berkongsi nasihat tentang apa yang perlu dilakukan oleh kanak-kanak tentang perkara yang sepatutnya.. Seperti bila mana salah seorang dari rakan Zaki sakit perut dan ingin ke tandas sepatutnya beliau maklumkan kepada guru terlebih dahulu supaya guru tahu kemana rakan Zaki pergi.. Menarik kan..

Kisah-kisah yang terdapat dalam siri ini ialah:-
1. Zaki Masuk Tadika
2. Sedapnya Makan
3. Diari Merah Jambu Hilang
4. Aduh, Sakit Perut!
5. Jom, Kayuh Basikal!

Sha baca dan selesai pada 24.09.2022..

Publisher Grup Buku Karangkraf, 2011
Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..

Saturday, September 24, 2022

ebook | Dari Alam Angker: Tamu Senja(Dari Alam Angker) oleh Nizam Bachok

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hahaha.. Boleh pula dalam banyak-banyak cerita seram terselit satu cerita yang kelakar tapi seram.. Siap beri pengajaran lagi.. Tajuknya Inat.. Kisah seorang anak yang suka memakai telefon emaknya dan curi-curi keluar.. Kerana kenakalannya sampai nenek saudaranya dikatakan hantu.. Memang kelakar.. hehehe..

Okay je layan komik ini.. Ada 20 cerita dan tak semuanya seram melampau.. Ada juga yang kelakar dan memberi pengajaran serta teguran buat kita yang membaca..

Sha baca dan selesai pada 23.09.2022..

Published January 2015 by Gala Unggul Resources
Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..

Friday, September 23, 2022

Buku Buat Amani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini ada program dengan penulis buku.. Alang-alang penulis dah datang, Sha belilah buku beliau untuk dihadiahkan pada Amani.. 

Sesi tandatangan.. Sha minta dia tuliskan ucapan buat Amani..

Ini pula buku yang Sha beli..

Penulisnya.. En. Muhammad Suhail Ahmad dan En. Abdul Hakim Shahbuddin..

Coretan 23 September 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Perpustakaan buat aktiviti.. Sha jadi AJK Hadiah bersama seorang lagi staf dari Unit Pengurusan.. Tema kami hitam.. Selesai penyampaian hadiah tetus bergegas balik nak uruskan anak-anak pula.. hehehe..

Jaga pendaftaran dulu..

Pokka Premium Mocha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli Mocha ini dekat kedai ECO, nampak menarik untuk dicuba.. Rasanya tak terlalu keras, mewah dengan rasa coklat dan kopi.. Gabungan yang menarik.. Paling best bila minum sejuk..

RM2.40

Thursday, September 22, 2022

ebook | Lawak Kampus Jilid 30 oleh Keith

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sesekali kita perlu layan komik macam nie.. Buat bacaan santai-santai je.. Walaupun lawak tapi ada juga pengajaran bukan sekadar lawak kosong je.. Jadilah buat gelak-gelak.. hehehe..

Sha baca dan selesai pada 22.09.2022..

Published September 1, 2017 by Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd
Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..

Filem US | Ghoster (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Comel betul hantunya.. Terperangkap sebab hantu naga kurung Ghoster dalam cermin.. Ghoster terkurung selama 50 tahun dan bila Elizabeth dengan ayah dia muncul, Ghoster minta pertolongan diorang untuk selesaikan misteri.. Tapi semuanya jadi kacau bilau bila ada yang cuba nak beli Echoville Manor dari mereka.. Filem ini santai je, sesuai untuk tontonan seisi keluarga.. Memang sempoi habislah.. 

Cumanya awal-awal masa tengok filem ini rasa macam ada salah seorang tu jahat tapi tu lah, memang tak sangkalah betul pula tekaannya.. Hahaha.. Macam akan ada je sambungan dia.. Hehehe..

Ghoster |2022
1h 30m
Adventure, Family
An inquisitive girl and her father must unravel the secrets of Echoville Manor which has held the world's cutest spirit Ghoster captive for 50 years, before Yuto the ghost dragon wipes them all out in his quest for immortality.

ebook | X-Venture Titanoboa: Coils of Doom by Sherlock A., Oga A.

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik lagi.. Kali ini mengenai ular besar bernama titanoboa.. Rain dan kawan-kawannya kena mengembara ke Amazon untuk menyiasat sama ada berita mengenai penampakan ular besar tu sahih ke tak.. Pengembaraan yang mendebarkan.. Bermacam-macam haiwan merbahaya yang perlu mereka lawan sebelum berjaya menemukan ular yang dikatakan Naga pelindung hutan tersebut..

Antara info yang dikongsikan ialah mengenai batu arang, fosil yang dijumpa oleh arkeologi, lintah, vaksin, nyamuk, pirana, hutan hujan, kenapa ular bersalin kulit dan semut pemangsa..

Sha baca dan selesai pada 21.09.2022..

Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..
Published September 22, 2020

Wednesday, September 21, 2022

Hosen: Peach in Syrup

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha teringin sangat nak makan buah peach, tu yang beli peach in syrup ini.. hehehe.. 1 tin besar ini ada 8 potong buah peach yang dibelah dua.. Banyak jugalah pada Sha dengan harga yang ditawarkan tu.. Nak beli yang fresh macam tak jumpa je.. hehehe..

RM7.50 beli di 99 Speedmart

Ada 8 ketul
Sedaplah rasa dia.. Sha basuh air gula tu.. Makan buah peach je.. Air gulanya di buang.. hehehe..

ebook | Kota oleh Kamalia

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mula-mula nak bagi tahu, bengang gila kot dengan Kesuma tapi tak boleh jugalah nak salahkan dia seratus peratus.. Buat rancangan tapi tak ceritakan secara terperinci pada Kesuma.. Main rahsia-rahsia, memang kucar kacirlah rancangan diorang tapi tetaplah berjaya.. Cuma pergerakan cerita sedikit mendatar.. Kemuncak dia lambat nak sampai.. hehehe.. Tapi menariklah..

Sha baca pada 20.09.2022 dan 21.09.2022..

Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..
Published July 1st 2020 by Buku Fixi

Wordless Wednesday 2022

Tuesday, September 20, 2022

ebook | X-Venture In Bigfoot's Footsteps by Sherlock A. , Bear A.

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik kali ini mengenai lagenda tentang Bigfoots.. Seronok juga tengok pengembaraan Rain dan rakan-rakannya dalam mencari bigfoot.. Siap jatuh sungai dan menjadi primitif.. hehehe..

Ada juga dikongsi info mengenai Bigfoot, beruang, pencemaran, burger dan juga beberapa info menarik yang lain..

Sha baca dan selesai pada 20.09.2022..

Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet.
Published September 10, 2020

Tongmo Ulu Bernam, Selangor

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam lepas hantar anak-anak ke sekolah agam, sajalah Sha lajak ke Ulu Bernam.. Lama dah nak rasa tongmo area sini.. Singgahlah beli sebungkus.. Menariknya tongmo dekat sini sebab dia bagi jeruk betik.. Jujur Sha cakap tongmo dia memang sedap.. Perapan pada daging dia tu memang best.. Makan pula dengan sos dan jeruk betik tu, lagi terangkat jadinya.. Cuma satu je Sha nak komen, Tongmo dia liat.. Jenuhlah nak mengunyah.. Ini je satu sebab yang buat Sha tak rasa nak beli lagi.. Sayanglah..

RM12 - sebekas ini

ebook | Kiub oleh Syafiq Ghazali

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jenuh nak habiskan bacaan.. Bila manusia bertemu makhluk asing, semua logik kita kena letak tepi.. Memang gabungan yang kelakarlah.. Anas manusia yang suka berlagak dan suka makan kari.. Semasa membeli kiub kari jenama kegemaran beliau, beliau dikejar makhluk asing.. Tanpa Anas sedari kiub yang dimasaknya adalah kiub yang dicari makhluk asing.. Melor dan Hanson merupakan mahkluk asing yang mencari kiub tersebut dengan tujuan yang baik.. Bila diketahui Anas telah memakan kiub tersebut, Anas diangkut untuk dibawa ke planet mereka.. Semasa dalam perjalanan mereka terpaksa singgah disebuah planet kecil untuk mendapatkan bahan api..

Memang pengembaraan yang kelakar dan juga lawak.. Tu belum lagi baca peribahasa yang selalu dikeluarkan oleh Hanson.. Dalam lawak ada sindiran tau.. selamat membaca..

Sha baca pada 17.09.2022 dan selesai pada 20.09.2022

Published June 30, 2018 by Buku Fixi
Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com