Sunday, September 18, 2022

Coretan 18 September 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha berjaya memandu sejauh 352km dan encik suami jadi penunjuk arah je.. hehehe.. 

Tak ada perancangn pun nak berjalan.. Sembang-sembang dengan encik suami pasal nasi goreng udang lepas bawa dia berurut, terus dia ajak pergi Pantai Remis.. Balik rumah suruh anak-anak bersiap dan kemas beg sekolah semua.. Terus gerak.. Disebabkan Sha yang memandu dan risau jalan sesak, Sha bawa kereta MIL.. Auto, senang sikit.. Hehehe..

Kami terus gerak ke kedai makan Selekoh Pak Ngah di Pantai Remis (160km).. Nasi goreng udang dia, okaylah tapi char kue tiaw dia hangit.. Nampaknya kualiti makanan dia dah berkurangan.. Tak macam masa mula-mula Sha beli.. Sedih..

Singgah isi minyak dekat Sungkai je.. Sha tersilap jalan sebab ralit bersembang.. Sha lalu Teluk Intan dan naik jambatan dekat Lekir.. Pergh!! Jalan dah cantik.. 

Lepas makan, bawa anak-anak ke Segari Turtle Sanctuary (14km) untuk tengok kura-kura.. Syok anak-anak tengok kura-kura dan lepak tepi pantai.. Tak mandi sebab bahaya..

Kemudian gerak balik lalu jalan lain.. Ternampak tempat ini.. Perkampungan Warisan Budaya Pulau Misa Melayu (48km) di Kampung Teluk Kepayang.. Ada aktiviti menarik macam berkuda, naik sampan dan aktiviti ala-ala istiadat melayu tapi masa kami sampai tak ada apa.. hehehe.. Jadi tengok perkampungan dan kambing je.. kikiki.. 

Hentian terakhir sebelum balik.. Singgah makan di Pak Ya Bistro & Catering, Kuala Slim (113km).. Not bad lah menu masakan panas dia.. Dari Pak Ya ini nak balik rumah dalam 15km lagi Sha memandu.. Memang sampai rumah, flat terus.. hahaha..

5 comments:

  1. Jauh jalan. Kira ada juga jalan-jalan bawa anak.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...seronok jenjalan kan, but balik tu ..baru rasa letih. baru faham letih memandu tu .. he he he...

    ReplyDelete
  3. Bestnya, jalan-jalan dengan keluarga.

    ReplyDelete
  4. sesekali berjalan tanpa perancangan...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com