Sunday, November 29, 2026

Cekodok Pisang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang selalu guna tepung cucur Adabi ja bila nak buat cucur.. Cumanya yang lemak manis ini baru pertama kali nak cuba.. Oleh kerana Sha tak pernah langsung buat cekodok pisang, jadinya jomlah kita cuba menggunakan tepung cucur lemak manis adabi ini.. Sha ni teringin betul nak makan cekodok pisang.. Selalu kalau beli tu susah betul nak jumpa cekodok yang meriah isi pisangnya.. Selalu tu rasa tepung ja lebih.. Memang tak puas hati dibuatnya.. Bila buat sendiri ini puas makan.. Guna pula tepung cucur manis adabi ini, rasa dia lebih meriah.. Memang ngamlah dengan tekak..

Cekodok pisang yang siap digoreng..

🍌 Bahan-bahan:
a) 1 pek Tepung Cucur Lemak Manis Adabi..
b) 3-4 biji pisang (sebaiknya pisang yang ranum/lembut seperti pisang emas, pisang berangan, atau pisang nangka)..
c) Air suam secukupnya..
d) Minyak masak untuk menggoreng..

πŸ₯£ Cara Membuat:
1. Lenyek Pisang: Kupas pisang dan lenyek di dalam mangkuk sehingga hancur (boleh tinggalkan sedikit ketulan kecil jika suka tekstur yang berbiji)..

2. Bancuh Adunan: Masukkan Tepung Cucur Adabi ke dalam mangkuk berisi pisang tadi.. Tambahkan air suam sedikit demi sedikit sambil mengacau sehingga mendapat kepekatan yang elok (tidak terlalu cair atau terlalu pejal)..

3. Rehatkan: Biarkan adunan sebentar kira-kira 10 minit supaya tepung lebih mesra dan sebati..

4. Goreng: Panaskan minyak yang banyak.. Sudukan adunan ke dalam minyak panas dan goreng menggunakan api sederhana sehingga warna keemasan.. Angkat dan toskan..

Tips Tambahan: Jika adunan terlalu lembik, anda boleh tambah sedikit tepung gandum biasa.. Jika suka, anda juga boleh tambah sedikit garam untuk menaikkan lagi rasa lemak manis..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com