Thursday, August 22, 2019

Signature Jalanan oleh Teme Abdullah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku yang sesuai dibaca semua peringkat umur.. Kepayahan seorang pelajar yang begitu komited dengan sekolah tapi akhirnya diketepikan.. Kepayahan seorang pelajar dalam mencari cara bagaimana nak memastikan markah periksa lulus dan tak gagal.. Konflik seorang pelajar yang ingin menegur rakannya cara yang betul dalam mengajak ke arah kebaikan.. Semua konflik ini kita boleh relate dengan diri kita bila kita membaca Sinature Jalanan oleh Teme ini.. Walaupun Teme bercerita mengenai budak sekolah, namun apa yang mereka lalui itu, kita faham.. Oki, Ben, Joe, Alif dan Zack saling berkait antara satu.. setiap dari mereka ini ada konflik yang tersendiri.. Teme berjaya mengolah ceritanya dengan baik dalam menyampaikan isi buat pembaca.. Buku yang awesome pada Sha..

Sha baca dan selesai pada 21.08.2019..

Sha pinjam buku ini dari kawan pejabat Sha..
Published March 2019 by Iman Publication

Sample Free From Systema

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kelmarin dapat sample free dari Systema.. Bukan 1 tapi 3.. Hehehe.. Tak sangka pula dapat banyak macam ini.. Bolehlah standby untuk travel.. Saiz comel senang nak bawa.. sha first time nak cuba ubat gigi Systema ini.. Selalu guna berus gigi dia je.. Sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak. Ubat gigi dia baru ini nak cuba.. Tu yang request sample ini.. 2 atas nama Sha, 1 lagi atas nama encik suami.. Terima kasih Systema..




Wednesday, August 21, 2019

Korea | The King's Letters (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam tengok filem ini.. Simple dan menarik.. Suka sha tengok usaha seorang raja dalam nak bagi rakyat dia pandai emmbaca dan lepas dari cengkaman pemerintahan negara China.. Walaupun diugut oleh menteri beliau untuk tidak melaksanakan penciptaan huruf, namun raja tu tak patah semangat.. Tetap teruskan usaha beliau dalam mencipta huruf yang memudahkan semua rakyat untuk kenal dan gunakan.. Dibantu oleh permaisuri, sami dan dua orang kuat beliau.. Akhirnya raja tu berjaya tapi bukan mudah nak sebarkan setelah berjaya mencipta.. Tambahan pula mendapat tentangan dari menteri-menteri beliau..

The King's Letters.
Also Known As: Naratmalssami; Our Country's Language.
KMovie | Historical, Drama | 4 July 2019 |

Misteri Menggangguku

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama dah tak ada gangguan mistik dekat Perpustakaan ini.. Minggu lepas masa cuti sekolah sha kena.. Naik atas (Sha jaga buku dekat rak atas) untuk Shelving/susun buku dekat rak.. Sha naik berdua dengan budak praktikal.. Nak ajar dia macam mana kami shelving buku.. Sha tak buka semua lampu.. Buka dekat bahagian rak Sha je.. Masa dah nak dekat habis shelving, tiba-tiba ada rak dekat bahagian depan kena gegar dan buku jatuh.. Sha pun gigihlah jenguk.. Hati dah rasa tak sedap.. Tapi jenguk atas bawah nak tahu siapa yang buat.. Malangnya tak ada lah pula.. Terus jerit panggil nama budak praktikal tu.. Budak tu nyahut, dia ada dekat bahagian belakang.. Ah.. Sudah.. Sha kuatkan semangat.. Pergi dekat dia buat macam tak ada apa.. Lepas tu teruskan je shelving sampai habis.. Meremang rasanya.. Lama dah tak ada kejadian macam ini.. Mulanya rasa macam perasaan Sha je, tapi bunyi rak dan buku tu kuat..

Semalam petang pula ada staf Jabatan Eletrik buat kerja dalam Perpustakaan.. Mereka pun kena kacau juga.. Kejadian berlaku dekat aras atas juga.. Ada 2 orang budak dengar suara perempuan mengaji dekat dalam surau.. Bila diorang tegur, lagi kuat suara tu mengaji.. Terus diorang settle dan kemas, terus keluar.. Pastu pagi ini masa diorang pulangkan kunci dekat Sha, diorang tanya soalan dan cerita apa yang jadi petang semalam.. Nampak gayanya kena buat acara bersih-bersih balik ini.. Hurm.. Patutlah sejak akhir akhir ini bila masuk Perpustakaan rasa gelap dan suram je.. 


Tergolek Hatiku Kerana Kamu oleh Imanisa Riana

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ceritanya bermula dengan sangat menarik.. Hero menyelamatkan heroin.. Ada adegan tembak menembak.. Tapi makin lama Sha baca makin Sha confuse.. Watak Heronya terlalu misteri dan penerangannya tak berapa jelas.. Heroinnya pula agak huru hara.. Kalau ikutkan cerita ini boleh jadi lebih baik tapi bila konflik yang ditimbulkan berada dalam keadaan tergesa-gesa dan penyelesainnya pun mendadak, cerita jadi kurang menarik.. Pengakhiran cerita pun agak nak cepat.. Cerita ini akan lebih seronok kalau disusun dengan baik.. Apa pun Sha habis jugalah membaca..

Sha baca pada 19.08.2019 dan selesai pada 20.08.2019...

(ebook : PNM e-Reader)

Pinjam dari elib PNM..
Published 2014 by GedeBook

Tuesday, August 20, 2019

Tudung Bawal Edisi Bendera Malaysia

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam group Puspanita tempat Sha kerja dapat WhatsApp dari pemilik butik AzahFandi mengatakan ada sale 50% untuk semua produk di buti beliau.. Sha ternampak kan tudung bawal kanak-kanak edisi Bendera Malaysia, terus gi beli.. Harga asal RM25.00 lepas diskaun RM12.50 sahaja.. Sha beli dua tapi corak lain-lain.. Nanti akan ada sambutan di sekolah, bolehlah mereka pakai.. Sha cari yang jenis sarung, tak adalah pula.. Cantik bila tengok coraknya.. Kawan pejabat sha beli yang bidang 60.. Sha sebab dah lama tak pakai bawal kan.. Dah tak berapa confident..

Dua tudung bawal.. 1 untuk Amani dan 1 untuk Imani..

Door gift yang ohsem..

Shawl dan inner tangan..

Siap ada jamuan makan lagi untuk pelanggan yang ke butik beliau..


Hadiah Top Commentator dari Shikin Razali

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Petang semalam sha terima satu bungkusan pink yang sangat mengejutkan.. Dalam hati tertanya-tanya siapakah gerangan yang mengirimkan hadiah sebesar itu kepada Sha.. Bila tengok nama pengirim terus rasa terharu yang amat sangat.. Rupanya hadiah ini dari Blogger Shikin Razali pemilik blog Jurnal Shikin Razali.. Hadiah ini diberikan kepada semua top commentator blog Shikin sempena bulan kelahiran beliau.. Alhamdulillah semoga Shikin dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmat Allah.. Aamiin..



Board dan perfume..
Wangi tau perfume tu.. Ayat tu nak gantung dalam bilik bacaan Sha..

Nota comel dari Shikin..

Monday, August 19, 2019

Kampung Hilang oleh Rosli Mohd Sah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masih meneruskan pembacaan.. Kali ini Sha pilih buku paling baru yang ada dalam koleksi rak Sha.. Buku seram keluaran Love Novel..

Cerita yang satu ini betul-betul buat Sha hilang.. Ceritanya berselirat dengan persoalan.. Dari awal cerita hingga ke hujung cerita, persoalan demi persoalan keluar macam air.. Siapa yang jahat, siapa yang nak menolong semuanya mengelirukan.. Persoalan mengenai kampung hilang ini berjaya membuatkan Sha membaca tanpa henti.. Hingga berhentilah dari menonton drama kegemaran.. Semuanya sebab nak tahu apakah pun Kampung Hilang ini hilang.. Kedatangan 4 orang budak yang ingin meneroka buat ceritanya menjadi lebih banyak persoalan.. Siapa sebenarnya Sofia dan apa kaitannya dengan Kampung Hilang.. Akhirnya bila sampai di hujung cerita, jiwa rasa tersentak.. Begitu mudah syaitan mempermainkan manusia.. Sungguh tak disangka kesudahan ceritanya sebigitu.. Hilang terus Sha rasa..

Sha mula membaca dan selesai pada 18.08.2019..

Koleksi peribadi Sha..
Published June 2019 by Love Novel Publishing Sdn. Bhd.

Mengait Kelapa Muda

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama dah geram tengok gugusan buah kelapa yang bergayut di pokok depan rumah tu.. Semalam petang pujuk encik suami untuk tolong kaitkan yang muda buat minum petang.. Hehehe.. Kelapanya kecil-kecil je tapi banyak betul.. Memang geram Sha tengok.. Lebat betul buahnya.. Encik suami kait 7 biji tapi satu sebab muda sangat pecah tanpa sempat diselamatkan.. Tinggallah enam biji.. 3 biji memang muda betul, tak ada isi langsung.. Air je.. 3 lagi dah agak tua.. Tapi masih boleh dikorek isinya.. Alhamdulillah.. segar je bila dapat minum air kelapa.. Kalau beli, sebiji RM4 tau.. 

Meriah buah kelapa bergayutan di pokok..

Encik suami mengait kelapa..

Bertungkus lumus mengopek kelapa demi airnya.. hehehe

Dapatlah sejag air kelapa.. Memang puas minum..

United States | Appleseed Alpha (2014)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Weekands hari tu Sha ada tengok filem animasi sains komputer ketenteraan.. Agak menariklah cuma tak berapa sesuai ditonton dengan anak-anak.. ganas dan tentera tu biasa.. Yang luar biasa watak utamanya agak menjolok mata.. Hehehe.. Sha tengok sorang je.. Bebudka tengok Doraemon The Movie.. Hehehe..

Kalau tak salah Sha animasi ini asalnya manga Jepun.. Dibuatjuga dalam bentuk animasi di Jepun.. Yang Sha tengok ini versi english.. Cerita ini lepas perang dan watak utama ini merupakan tentera upahan Two Horns yang menguasai bandar yang dah musnah tu.. Masa dalam misi melawan askar robot, watak utama ini selamatkan dua manusia yang diculik.. Manusia dua orang ini tahu pasal senjata rahsia.. Maka bermulalah misi lari dan lawan.. Hehehe.. Ceritanya kejap je.. sejam setengah.. Dan kalau tak salah Sha filem ini ada banyak siri.. Tapi tak kuasa nak cari.. hehehe.. Ini  pun tertengok je sebenarnya..

Ini bukan poster dia.. Ini pelakon utama dalam animasi ini.. 

Sunday, August 18, 2019

Bloglist Wanted by Tiara Sapphire

Assalamualaikum..
Hye semua..

jom tinggalkan link blog anda di 
Tak payah susah-susah buat entry.. Cuma tinggalkan link blog je..
Sha saja je buat.. hehehe.. nak menyokong segmen Tiara..

Due Date : 31 Ogos 2019

Korea | Partners for Justice 2 (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sambungan drama Partners For Justice (2018).. Musim ke 2 ini lebih mendebarkan dan penuh teka teki.. Lebih mengujakan dan menyeronokkan.. Puas menonton drama ini.. Dengan lakonan penjahat yang sangat beku dan kejam.. Penjenayah dari musim 1 masih lepas bebas atau memang dah mati.. Persoalan ini akan terjawab dalam musim 2 ini.. Keselambaan dan ketelitian doktor beak tetap membongkar kejadian jenayah dengan terperinci.. Kemunculan watak Sally yang gila-gila dan unik menambah warna cerita ini.. Disebabkan drama ini sangat mengujakan dan watak penjahat dia handsome, buat Sha menonton dengan pantas.. Marathon habis sebab nak tahu kesudahannya apa.. hehehe.. 

Drama ini tetap mengekalkan logik bila tak semua penjahat berjaya diberkas dan tak semua orang baik akan menang.. Ini realiti dunia.. Cumanya drama ini meninggalkan persoalan sama ada akan ada musim 3 atau memang itu penghujungnya.. Drama pun ada post ending credit.. Sabar jelah..

Partner For Justice Season 2 @ 검법남녀 시즌 2 @ Gumbeobnamnyeo Season 2
K-Drama | Aired: 3 June ~ 29 July 2019 | 32 Episodes | Genre: Crime, Mystery, Medical
Sinopsis |  In crime and in life, all contact leaves a trace. There is no perfect crime and our hero and heroine have the ultimate cooperation. This drama continues the tale of a forensic scientist and a prosecutor who make the best of teams.
(Source: HanCinema)

Anak Teruna Makcik Rahimah oleh Sakeena

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tajuk dan cover buku je berjaya buat Sha tertanya-tanya tentang cerita di dalam.. Cerita yang sempoi dan unik.. Perkenalan antara Waseem dan Ain secara kebetulan sehinggalah kepada pertunangan dan perkahwinan disampaikan penulis dengan cara yang santai dan relax.. Cerita nya sweet tapi tak adalah melampau sangat.. Sha suka cara penulis menggambarkan hubungan akrab antara Ain dan keluarganya.. Kemudian bila Ain dan Waseem berkahwin, keluarga keduanya saling menyokong dan akrab.. Jarang jumpa keluarga mertua dan menantu akrab begini termasuk ipar duai.. Memang bestlah baca.. Cuma part perasaan Ain dekat suami tu pada Sha agak kurang sesuailah penulis gambarkan macam tu.. Yellah.. Dah sah suami isterikan.. Normallah bila suami terlebih manja dan romantik.. Kadang apa yang disampaikan dalam novel boleh menjadi ikutan pembaca yang tak matang dan tak mampu menilai baik buruk.. 

Sha baca dan selesai pada 17.08.2019..

Pinjam dengan Perpustakaan Negara Malaysia..
Published March 2013 by Jemari Seni

Saturday, August 17, 2019

United States | Mechanic: Resurrection (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tak dapat layan Hobs & Shaw, kita layanlah Mechanic Resurrection je.. Hehehe.. Nak membaca tengah kekurang mood.. Tu yang layan filem je.. The Mechanic best, yang ini menarik.. Sambungan kepada The Mechanic ni lebih awesome cuma filem ini tak sesuai tengok dengan anak-anak.. Ada adengan 18sx.. hehehe.. Sha tengok sorang je filem ini.. 

Dalam filem ini Jason Statham membawakan watak Arthur Bishop.. Kalau ikut filem sebelum ini, Arthur ini dah mati dalam letupan tapi sebenarnya dia terselamat dan hidup dalam persembunyian sampailah muncul satu perempuan ini minta dia bunuh 3 orang kepala penjahat.. Arthur tolak dan lari ke Thailand.. Malangnya berjaya dijejaki.. Nak tak nak dia kena juga buat kerja tu sampailah ke target yang ke tiga Arthur guna cara yang lain untuk balas balik.. Memang menarik dan mengujakan.. walaupun tak sepenuhnya aksi tapi masih lagi boleh layan..

Baba Amin | Biskut Susu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha terjumpa biskut ini dekat kedai makan di Slim River.. Tertarik dengan bungkusan biskut ini, Sha pun belilah sebungkus.. Sha cuba Biskut Susu dulu.. Memang sedap.. Sedap untuk tekak Sha lah.. Bila Sha buat pencarian pasal biskut ini, baru Sha tahu rupanya dah lama dah biskut ini dibuat dan dipasarkan cuma tak meluas agaknya.. Nak tahu lebih lanjut boleh ke Facebook Baba Amin..

Sha beli Biskut Susu dulu.. Satu sebab rasa susu, satu lagi sebab bungkusan dia warna merah.. hehehe..

Ada 4 pek individu.. 

Dalam 1 pek ada 8 keping biskut..

Road To 1000 Books #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dalam pada baca tak baca, tak sangka dah 902 buah buku.. Jauh lagi ni nak kejarkan 1000 buah buku tu.. Harapnya berjayalah untuk capai hasrat 1000 buah buku tu..

Pada Sha membaca ini macam mengembara.. Banyak tempat Sha boleh pergi hanya dengan membaca.. Terutama sekali luar negara.. Nak pergi secara realiti tu memang tak tahulah bila akan dapat.. Jadinya kita mengembara dulu dalam novel.. hehehe.. Ada rezeki baru kita pergi secara realiti.. Mengembara, berangan, beraksi, seram semuanya melalui novel..

Ada lagi 92 buah buku je nak jadi 1000.. Yeah!!

Friday, August 16, 2019

Melayu | Sweet Dreams

Assalamualaikum..
Hye semua..

Disebabkan ramai yang review dan kongsikan pasal drama ini, Sha telah terjebak menontonnya di Youtube Channel Astro Gempak.. Drama ini adaptasi daripada novel Sweet Dreams oleh Acik Lana.. Bila dah layan episod 1 terus tersuka.. Hahaha.. Tapi tulah.. Sha tengok dekat Channel Youtube Astro.. Sampai episod 4 je dia upload.. Sedih.. Rumah Sha memang tak ada Astro.. Sekarang ini tengah cari novel dia.. Kalau dapat bolehlah baca dan tahu kesudahan cerita Sweet Dreams ini..

Sha suka watak mak Puteri.. Ganas tapi kemelayuan.. Ada je peribahasa yang dia ungkapkan setiap kali watak dia keluar.. Hahaha.. Watak Puteri dan Qash tu okay dan serasi lah untuk drama ini.. Tapi penyeri dia mak puteri dan juga adik puteri tu.. hehehe..


Berjalan ke Kedai ECO

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam masa lunch, Sha dan rakan sekerja keluar melawat anak staf masuk hospital.. Baby kecik lagi.. Baru 2 bulan lebih naik merah-merah dekat badan.. Jenuh jugalah ibunya cerita doktor duk amik darah untuk test tapi masih tak dapat kesan punca.. Kesian juga tengok baby besar tu kejap-kejap kena cucuk.. Harapnya cepatlah sembuh baby tu..

Alang-alang dah keluar melawat ke Slim tu, menyinggahlah kami ke kedai ECO.. Rakan-rakan nak cari daun palsu untuk menghias Perpustakaan.. Sha pula nak cari kudap-kudapan.. Selalu kalau ke kedai ECO ini memang buat budget siap.. Nak belanja berapa banyak.. Kalau tak buat budget, memang nak borong semua.. Semalam budgetnya RM21 je.. 3 benda tak boleh makan, 7 lagi makanan.. Sha beli Gula-gula kopiko dan dynamite, Biskut Captain Munch 3 dan Coklat..

Coklat tu first time tengok dekat kedai ECO.. Bungkusan dia menyerlah sangat, warna kuning.. hehehe.. Kalau ikutkan sebelum ini warna hitam rasanya.. Lepas tu sebab packaging dia tu, Sha pun terbelilah dua.. Hahaha.. Warna pembungkusan satu-satu produk memang memainkan peranan penting.. Hehehe..

Dua bungkus biskut munchy tu ada kat rumah.. Buat makan pagi Amani sebelum ke sekolah.. Gula-gula tu memang Sha standby dalam handbeg.. Hehehe..

Inilah coklatnya.. Satu dalam bentuk bar dan satu lagi dalam bentuk nugget.. hehehe.. Kalau ikutkan jenama ini packaging dia warna hitam.. Mungkin ini packaging baru kot.. Hehehe..

Monolog Adventure Travel Race Malaysia Part 1 oleh J. Adams

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebenarnya.. Sha selalu nampak buku ini dekat timeline Facebook orang kongsikan.. Tapi tak pernah tergerak pun nak beli atau baca.. Sha skeptikal sikit bila tengok buku yang ada tajuk travel ini.. Mulanya Sha ingatkan buku ini sama macam buku-buku travelog yang ada di pasaran.. Lebih pada tips dan gambar..

Bila Sha gagahkan hati untuk baca buku ini tanpa melihat sinopsis di belakang, sha rasa pilihan Sha sangat tepat.. Baca je muka surat yang pertama, Sha terus jatuh cinta.. Buku ini bukan buku travel yang biasa-biasa.. Buku ini mengisahkan tentang Dira yang dipaksa menyertai acara Travel Race kerana menghilangkan duit syarikat.. Dira menyertai acara Travel Race ini dengan Vina yang sangat misteri.. Memang dari awal sampailah ke perkataan tamat misteri si Vina ini menghantui Sha.. Tertanya-tanya Sha dibuatnya.. Elok sampai hujung buku, boleh pula Vina ini hilang dan buku ini tamat.. Stress Sha tau.. Tapikan sha sukalah cara penulis ini sampaikan kisah Dira dan misteri si Vina ini.. Semangat Dira dalam menempuhi Travel Race ini dan melakukan tugasan yang diberi..

Sha baca dan selesai pada 15.08.2019..

Sha pinjam dengan Perpustakaan Negara Malaysia
Published May 2017 by SJ Amaxing Sdn Bhd

Thursday, August 15, 2019

American | Mission: Impossible - Fallout

Assalamualaikum..
Hye semua..


Best rupanya filem ini.. Sebelum ini Sha ada tengok sikit tapi lepas tu berhenti sebab macam tak best.. Sampailah tertengok dekat kedai makan.. Best pula.. Lepas tu encik suami pun cakap best.. Aksi Tom Cruise dengan kawan-kawan sekutu dia tak pernah menghampakan..
Walaupun ada bahagian yang kita dah boleh jangka apa tindakan Ethan Hunt dan kawan-kawan dia, namun tetap seronok menontonnya..

Kali ini Ethan dan kawan-kawan dia terpaksa melaksanakan misi mustahil untuk menyelamatkan bekas isteri dia yang berada di satu kawasan yang akan diletupkan.. Sha suka aksi di penghujung cerita masa kejar mengejar dengan helikopter dan babak helikopter terhempas.. Memang ohsem..


GIVEAWAY NAK MENANG.. ''SAFI FAIR BEAUTY BERRY COLLAGEN DRINK'' BONDEZAIDALIFAH.COM

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom sertai GA Bonda Zaidalifah ini.. Bukan susah pun.. Hadiah pun ohsem..

Tarikh mula GA pada 15 /08/ 2019 hingga 15 /09/ 2019

Temujanji Amani & Ragam Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Amani pergi temujanji gigi di Klinik Pakar Teluk Intan.. Ayah dia bawa sebab nak singgah sekali rumah MIL.. Sha kerja dan Imani pula letak rumah pengasuh.. 

Kalau ikut ayah dia, pemeriksaan gigi Amani dan besi tu semua okay cuma ada satu gigi graham yang bercasing besi tu dah mula goyang.. Doktor pesan kalau sakit boleh bawa ke klinik gigi berdekatan atau kalau nak datang Teluk Intan kena telefon dulu.. Harapnya luruh tanpa perlu ke kliniklah.. Temujanji berikutnya pada bulan 2 tahun depan..

Imani memang Sha tak bagi ikut sebab agak payah nanti ayah dia nak uruskan.. Maka petang tu sebab dia tidur masa Sha ambil, merengeklah sikit dia.. Pengasuh cerita dia tak nak tidur tengahari tu.. Nak tunggu ayah datang ambil Amni, dia nak ikut sama.. Mujurlah pengasuh pandai sembunyikan.. Berjayalah halang dia dari ikut ayah.. Untuk melegakan rengekkan dia, Sha belanja dia aiskrim Nestle.. Sukalah dia.. Petang tu balik rumah Sha buat nasi goreng kesukaan dia.. Nasi goreng seafood.. Bertambah dia makan.. Haihlah.. ragam anak.. Esok dha besar, lain pula ragamnya..


Cadbury Dairy Milk: Durian

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Akhirnya berjaya juga jumpa Cadbury Durian ini.. Mujurlah tak beli dekat 7Eleven.. Dekat 7Eleven harganya RM9, ini Sha beli dekat TF Value Mart dengan harga RM6.99.. Tengah promosi.. Memang berbaloi untuk dibeli.. Makan ramai-ramai memang best.. Untuk sha rasa durian dia tak kuat mana pun.. Blending rasa durian dan coklat tu memang ngamlah tak mengganggu dan sedap dimakan.. Sedang elok je untuk tekak Sha.. Tekak korang tak pastilah pula.. Hehehe.. Akan Sha beli lagi kalau harga dia tengah promosi.. Kalau harga RM9 tu, taklah.. Mahal sangat.. Hehehe..

Milk Chocolate with rice crispies and durian flavour

Kat belah bawah dia ada beras krispi.. sedap kunyah-kunyah..

Hadiah Top Commentators di Blog Mummy Ayu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hadiah dari Mummy Ayu dah selamat Sha terima petang semalam.. Hadiah yang sangat ohsem, cantik dan menawan.. Mummy Ayu ini memang kreatif.. Kalau korang tak percaya, boleh jengah blog Mummy Ayu.. Macam-macam produk Decoupage yang Mummy Ayu buat.. Sama ada untuk jual ataupun hadiah buat saudara dan kawan-kawan Mummy Ayu..

Cantikkan.. Ada dua hadiahnya..

Terima kasih Mummy Ayu..

Wednesday, August 14, 2019

Hutang oleh Floor 88

Assalamualaikum..
Hye semua..

Layan owh dengar lagu-lagu dari Floor 88 ini.. Yang terbaru bertajuk Hutang.. Memang ulang kali dengar.. selain muzik dia yang unik pada telinga Sha, lirik dia pun mantap dan berjaya membuat sha mengenang filem P Ramlee.. Scene-scene dalam video klip diaorang tak pernah tak best lah.. Siap ada makcik Wushu wushu lagi.. Hahaha... Kelakar tapi berjaya menyampaikan mesej.. Lepas tu kan korang boleh tengok IG CIk Manggis, ada dia buat video main sep sep guna lagu Hutang ini.. Comel je.. Teringat zaman budak-budak main sep sep.. 


Kau nak cepat kaya
Macam jual unta
Tapi kau sendiri
Malas nak usaha
Cerita sana sini
Gebang kau merata-rata

Pantang depan mata
Ada saja cerita
Tipu belit kawan
Dah macam ular sawa
Bila dah tahu kau lari berbatu
Macam kau nampak hantu

Cerita zaman dulu
Pak kaduk gadai tanah
Dia laga ayam bukan kepunyaannya
Cerita zaman sekarang
Kau yang guna duit orang
Pabila pecah tembelang
Lari lintang pukang
Kau tak mampu bayar sekupang-pang
(Alakazam)

Pok amai-amai belalang kupu-kupu
Bayar duit aku yang semua kau sapu
Kambing biri-biri ala sudah datang dari Jawa
Mana kau nak lari bawa duit tu ke mana

Buai laju-laju buai sampailah pokok sena
Duit tu beribu semua entah ke mana
Memanggil Fasola tikam di tapak kakinya
Dah memang kau salah ku taboh kau pon tak apa
Rampo ngiseng semar tilem

Solo…solo
Solo…solo
Solo…solo

La la la la la la la la
La la la la la la la la

Cerita zaman dulu
Pak kaduk gadai tanah
Dia laga ayam bukan kepunyaannya
Cerita zaman sekarang
Kau yang guna duit orang
Pabila pecah tembelang
Lari lintang pukang
Kau tak mampu bayar sekupang-pang
(Ram-pang-pang)

Pok amai-amai belalang kupu-kupu
Bayar duit aku yang semua kau sapu
Kambing biri-biri ala sudah datang dari Jawa
Mana kau nak lari bawa duit tu ke mana

Buai laju-laju buai sampai pokok sena
Bayar hutang itu takut nanti kau merana 
Memanggil Fasola tikam di tapak kakinya
Dah memang kau salah ku taboh kau pon tak apa
Rampo ngiseng semar tilem

Rampo ngiseng semar tilem!!!

Melayu | Suatukala - Timun Mas & Ijo

Assalamualaikum..
Hye semua..


Weekands kami di rumah sahaja.. Raya pun tak ke mana.. Teman MIL.. Beginilah bila dah tak ada mak ayah.. Alhamdulillah masih ada MIL..

Teman anak-anak tengok movie di laptop sementara tunggu orang datang ziarah.. Best juga cerita Suatukala: Timun Mas & Ijo ini.. Sambungan dari movie bertajuk Suatukala: Malin Kundang, Merah dan Puteh dan Badang.. Kali ini tengok Fasha Sandha bawa watak perempuan sihir bernama Mak Andeh.. Rakan sekutunya Mat Jenin dan raksasa bernama Ijo.. Bolehlah layan dengan anak-anak.. Cuma kena explain lah sikit part yang merapu dan kena main imaginasi mereka.. Nampak gayanya ada sambungan lagi ini.. Cerita sedikit tergantung part Mak Andeh tu lah.. Part Timun Mas dengan Ijo tu settle dah.. Hehehe..


Wordless Wednesday #sentap


Tuesday, August 13, 2019

Melayu | BoBoiBoy Movie 2

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha satu keluarga pergi tengok wayang.. Dari mula Amani dan Imani nampak trailer Boboiboy ini, mereka dah ajak pergi tengok.. Alhamdulillah tayangan awal untuk friendly Family dah ada, senanglah Sha nak bawa mereka..

Pada Sha filem Boboiboy ini memang terbaiklah.. Kalau pawagam dekat, memang Sha ulang tengok tanda sokongan untuk filem animasi Malaysia.. Jalan cerita, bunyi, lawak jenaka dia memang tiptoplah.. Berbaloi sangat-sangat.. sesuai untuk tontonan sekeluarga.. Watak baru, sedia ada dan juga penjahat dia memang terbaik.. Ending credit dia pun mengejutkan.. Buat tak sabar nak tonton filem seterusnya.. Perghh!! Dasyatlah.. Tahun ini memang tahun untuk filem animasi Malaysia menuju puncak.. Hehehe.. Lepas tonton filem ini baru Sha tahu kenapa Faizal Tahir buat lagu Fire & Water.. Memang lagu tu dan jalan cerita filem ini sangat masyuk.. Lirik dia memang menggambarkan jalan cerita filem ini dengan tepat.. Pada Sha lah.. Korang Sha tak tahulah kan.. Hehehe.. Mak pula yang lebih teruja dari anak-anak.. Hehehe..

Muka gembira dapat tengok wayang..

Rockers Cintan Sdn Bhd oleh Mitch

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kelakar juga baca novel ini.. Sha kesian pula dengan si Nawi ini.. Asyik tak berjaya je bila bercinta.. Memang sempoi bila penulis mulakan bab dengan petikan lagu-lagu rocks.. Ada yang Sha biasa dengar dan ada juga yang Sha baru pertama kali dengar..

Buku ini menceritakan pengalaman Nawi semasa bercinta secara imbas semula.. Memang kelakar dan ada juga pengajaran.. Tersalah pilih, dipermainkan, perkara biasa dalam percintaan zaman remaja.. Nawi jatuh cinta seawal di sekolah rendah hinggalah membawa ke alam perkerjaan.. Kerana sering dikecewakan atau sememangnya Nawi ego, korang kena bacalah novel ini..

Sha baca dan selesai pada 11.08.2019..


Published March 2018 by Tebuone Press Enterprise

Cuti Sekolah Cara Kami

Assalamualaikum..
Hye semua..

Oleh kerana budget pertengahan tahun ini tak berapa meriah, makanya tak adalah bawa anak-anak bercuti walaupun sekolah bercuti seminggu.. Mujurlah ada Filem Boboiboy.. Bolehlah menggembirakan anak-anak.. Lama dah mereka minta nak tengok.. Kebetulan jatuh masa cuti sekolah dan Isnin tu memang cuti umum, terus plan dengan encik suami nak bawa mereka tengok dekat TGV Seri Manjung.. Sha tempah menggunakan aplikasi TGV Cinema.. Mudah, cepat dan pantas.. Yang pentung dalam akaun bank ada duit untuk bayar.. Hehehe.. Beli siap kombo popcorn tapi kena tambah lagi.. Kalau tak nanti gaduh budak berdua ini.. hehehe..


Paling best bila TGV dah buat tayangan dekat panggung Family Friendly.. Memang seronoklah Sha sebab Imani agak takut gelap dan bunyi kuat.. Kalau tengok kat panggung ini tak adalah dia panik sangat dengan bunyi yang kuat.. Yang lagi best bila ada dua pilihan waktu tayangan dan ada couple seat dalam panggung tu.. Pergh!! Berbaloi okay.. Satu couple seat RM20 je.. Sha ambil 2 couple seat untuk keselesaan bersama.. Baru RM40 + RM2 (booking fee).. Banding dengan panggung biasa kalau couple seat RM76 okay.. hahaha.. Nampak tak dia punya mahal.. 

Ini kain batik yang Sha beli sebelum ini.. (boleh baca SINI).. Mujur tukang jahit dapat siapkan sebelum raya haji..

Puas bergambar dan tengok wayang..

Saturday, August 10, 2019

Buat Popcorn Sendiri

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita pagi tadi.. Encik suami tiba-tiba nak cuba buat popcorn sendiri.. Ikut cara dekat Youtube je.. Mujurlah memang ada beli jagung kering yang guna untuk buat popcorn..
Mudah je cuma agak kelam kabut sebab tak pandai nak agak berapa banyak nak bubuh jagung kering tu.. Bila dia dah pop, jadi banyak pula.. hehehe..

Melimpah ruah dia masa meletup dalam kuali.. Hahaha.. Yang ini kita bubuh mentega je nak bagi rasa masin.. Cairkan mentega dan bubuh jagung kering, lepas tu tutup dengan tudung periuk.. Nanti dengarlah letupan letupan di balik tudung periuk.. Kawal api jangan bagi terlalu besar untuk elakkan hangit..

Yang ini pula kita gaulkan dengan gula yang dah di cramelized kan.. Gaul bagi rata dan bolehlah dimakan.. 

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »