Wednesday, July 22, 2026

Twiggies Perisa Keju Beri Biru

Assalamualaikum..
Hye semua..

Satu lagi produk baru dari Gardenia.. Memang susah betul nak jumpa.. Ini pun kebetulan ada dekat 7E Cafe.. Baru sampai rasanya sebab ada dalam 10 bungkus.. Cantik betul pembungkusan dia.. Warna tu dari jauh dah memikat mata..

Buka ja pek tu, memang semerbak bau beri biru.. Sedaplah bau dan rasa dia.. Keknya lembut dan krim dekat tengah tu dia tu banyaklah juga.. Sha suka rasa dia tak terlalu kuat, ngam-ngam ja dekat tekak Sha.. Kalau jumpa lagi memang Sha beli.. Tambahan pula tarikh luput dia lama jugalah..

Twiggies Perisa Keju Beri Biru (38g) - RM2.50

Ada 2 ketul kek dalam 1 pek tu..

Warna kek span dia ungu pucat..

Tuesday, July 21, 2026

👣 Jejak Sihat | 20 & 21 Julai 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam masa Sha keluar briskwalk, Politeknik baru lepas hujan.. Sha ingat tak hujan dah lah walaupun langit gelap.. Suku perjalanan hujan rintik-rintik teruslah Sha potong separuh perjalanan.. Itupun Sha berlari-lari anak.. Elok nak sampai bawah kuarters, terus lebat.. Jadilah juga briskwalk nya walaupun dalam rintik hujan..

Hujan gerimis tapi lebat.. 

Hujan dah makin lebat masa ini..

Ini jejak langkah semalam.. Jadilah walapun tak banyak..

Langit makin gelap masa ini.. Separuh ja lagi perjalanan..

Tak dapat 3 ribu langkah tapi dapat briskwalk 30 minit.. Jadilah sebab mula lewat petang tadi.. 

Ritter Sport Lass Dich Feiern "Happy Birthday"

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ritter Sport Lass Dich Feiern "Happy Birthday" dalam kotak biru merupakan pilihan hadiah yang ringkas tetapi cukup istimewa.. Setiap kiub memberikan pengalaman rasa yang berbeza, menjadikan coklat ini lebih menyeronokkan untuk dinikmati atau dikongsi bersama keluarga dan juga rakan-rakan..

Apa yang paling menarik pada coklat ini ialah kepelbagaian teksturnya.. Ada yang lembut dan berkrim, serta masam dibahagian tengah dan memang cairlah bila dimasukkan ke mulut.. Ada yang rangup dengan biskut bila dikunyah, ada pula yang dipenuhi karamel cair dan kacang hazel.. Setiap kali mencapai kiub yang baharu, terasa seperti membuka hadiah kecil yang penuh dengan kejutan..

Ritter Sport Lass Dich Feiern "Happy Birthday"

5 Special Flavours: Yogurt, Choco Crisp, Stracciatella crisp, à la mousse au Chocolat and Whole Hazelnuts in Praliné Cream.

ebook | Aku, Kau & Takraw #1: Libasan Gulung oleh Faiez Izwan, Froggypapa, Jiwazuro, Kaher, Kimi., Zyll Fathe, Hikibee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini menghimpunkan enam cerita pendek yang masing-masing mempunyai identiti tersendiri.. Ada yang lucu, ada yang menyentuh hati dan ada juga yang menyuntik semangat untuk terus berusaha.. Walaupun jalan ceritanya ringkas, setiap kisah berjaya meninggalkan mesej yang positif tentang keberanian, persahabatan, kerja keras dan semangat untuk tidak mudah menyerah kalah..

Komik ini juga mengingatkan kita bahawa seorang juara bukan hanya diukur melalui mata kemenangan, tetapi melalui kesungguhan untuk terus bangkit setiap kali terjatuh.. Kadang-kadang, kemenangan yang paling besar ialah apabila kita berjaya mengalahkan rasa takut dalam diri sendiri..

Sha baca dan selesai pada 21.07.2026..

Published March 4, 2025 by Komik-M

Monday, July 20, 2026

Dutch Lady x Tealive Signature Milk Tea

Assalamualaikum..
Hye semua..

Setelah mencari di 7E dan 99 Speedmart tak jumpa-jumpa.. Sha cuba cari di Pasaraya TF Value Mart pula.. Yeah!! Ada.. Lepas tu anak-anak ajak ke Mr.DIY, eh dekat sini pun ada.. Harganya pun lagi murah.. Jadinya kalau korang masih mencari, bolehlah cuba di Mr.DIY.. 

Rasa dia tak adalah kuat.. Memang ngamlah untuk Sha yang tak minat sangat teh susu.. Versi yang ini Sha boleh minum sampai habis.. Sedaplah juga.. Rasa dia lebih pada susu sebenarnya.. Ada rasa teh tu cumanya dia tak terlalu kuat.. Pada lidah Sha rasa dia tu manja-manja ja.. Kiranya macam bila minum kita tahulah dia teh..

Dutch Lady x Tealive Signature Milk Tea (250g) - RM2.95
Kalau dekat Mr.DIY harga dia RM2.60

ebook | Wahai Diriku, Apa Sebenarnya yang Kau Mahu? oleh Abu Hamid al-Ghazali, Nor Alisa Abdullah (Penterjemah)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Naskhah ini mengajak pembaca bermuhasabah serta memperbaiki hubungan dengan Allah dan diri sendiri..

Sha suka cara penyampaiannya yang tenang dan tidak menghakimi.. Walaupun sarat dengan ilmu, bahasa terjemahannya mudah difahami dan membuatkan Sha ingin membaca perlahan-lahan supaya setiap nasihat benar-benar dapat dihayati.. Ini bukan buku yang sesuai dibaca dengan tergesa-gesa, tetapi lebih kepada teman untuk direnungi sedikit demi sedikit..

Sha baca dan selesai pada 20.07.2026..

Published May 17, 2025 by PTS Publications Sdn. Bhd.

Mighty White Flossy Bun: Sambal Spicy Chicken Floss Bun with Sambal Filling

Assalamualaikum..
Hye semua..

Roti dari Mighty White ini best tau.. Cumanya sedikit pedas.. Sesuailah dengan nama dia tu.. Bahagian atas roti ada serunding ayam yang pedas kemudian dekat bahagian tengah tu ada inti sambal.. Memang jadi bergandalah pedas dia.. Tapi masih okay lagilah untuk lidah dan tekak Sha.. Kiranya bolehlah makan sampai habis walaupun pedas.. Malah Sha rasa memang Sha akan beli lagi sebab roti ini pedas tapi sedap..

Nampak tak warna serunding ayam pedas pada bahagian atas roti tu merah.. kikiki.. Kat tengah ada inti sambal..

Mighty White Flossy Bun: Sambal Spicy Chicken Floss Bun with Sambal Filling (65g) - RM2.60

Sunday, July 19, 2026

📷 Coretan Sehari | Cerita Hujung Minggu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Catatan bergambar Sha.. Ini cerita semalam dan hari ini.. Tak tau nak kongsi apa, jomlah layan gambar makanan.. 🤣🤣

Semalam lepas briskwalk, Sha bawa anak-anak makan roti canai dekat Felda Sg. Behrang.. Ini antara waktu yang Sha sangat suka.. Lepas makan bawa anak-anak ke Mr.DIY dan kedai ECO.. Senpat jugalah Sha merayap ke Pasarnya TF Value Mart..

Alhamdulillah.. Malam Sabtu Sha dapat mesej untuk ambil durian.. Ada juga rezeki Sha nak rasa Durian Duri Hitam (Black Thorn) ini.. Sebiji yang Sha punya ini harganya RM25.. Sekilo orang tu jual RM15.. Besar juga buahnya.. Cukuplah untuk kami sekeluarga..

Ada 10 ulas isi dia.. Tebal pula tu isinya.. Sha makan 3 ulas ja.. Berbaloilah pada Sha.. Rasa dia lemak manis tapi bukan manis sangat-sangat.. Manis dia sederhana.. Ngamlah untuk tekak Sha manis dia tu.. Puaslah kami makan sekeluarga..

Ini pula pengasuh anak Sha bagi.. 2 biji durian kampung.. kikiki.. Rezeki.. Imani dah minta buatkan kuah durian..

Mighty White It's Donut Cake! Chocolate Mocha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Akhirnya masuk juga kek ini dekat kawasan tempat tinggal Sha.. Iklan pasal kek ini asyiklah lalu lalang dekat media sosial Sha.. Geram ja rasa.. Sha nak beli atas talian ja tapi bila fikir kuantiti dan harga, terus tangguh dulu.. Sekali bila pergi pasaraya TF Value Mart, dah ada jual.. Walaupun baru satu rasa tapi kira okaylah sebab rasa yang masuk ini kesukaan Sha..

Memang berbaloilah penantian Sha.. Keknya lembut dan lembap.. Memang padulah rasa mocha dan coklat tu.. Rasa coklat tu memang pure.. Bau kopi dari mocha tu pun mengancam.. Kek pun jenis tahan lama, memang ngamlah untuk anak-anak bawa bekal atau pun nak jadikan menu minum perang.. 

Harga pula dia bagi harga pengenalan.. Harga asal dia dalam RM4 lebih.. 

Mighty White It's Donut Cake! Chocolate Mocha (60g) - RM3.90

Ada 2 pek dalam dia..

Inilah rupa dia.. Sebelah coklat, sebelah lagi mocha.. Mantap..

📷 Coretan Sehari | 👣 Jejak Sihat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini gagal lagi keluar awal.. kikiki.. Kita hanyalah merancang.. Gitu!! Tapi tetaplah berjaya briskwalk.. Alhamdulillah pagi ini pun cuaca sejuk ja walaupun awal matahari menunjukkan dirinya.. Cantik betul langit bila dah ada cahaya matahari.. Memang rasa teruja sangat.. Pagi ini tak ramai pula Sha selisih dengan pelajar atau staf yang keluar bersenam.. Memang syoklah berhenti ambil gambar.. 

SubhanaAllah..


Lapisan kabus di bawah kaki gunung.. 


Punyalah asyik mengambil swafoto sampai tak perasan ada seekor anjing di hadapan.. huhuhu.. Mujurlah anjing tu duduk ja melihat.. Sha dah nak lari pecut dah.. kikiki..

Rumput dengan bunga putih yang comel..

Bunga ungu ini pun banyak betul dekat tepi-tepi jalan..

Pokok semalu ini banyak betul tepi-tepi jalan.. Geram ja.. Rasa nak usik bagi dia kuncup.. kikiki..

Semalam masa tu 56 minit 56 saat.. Hari ini jejak langkah Sha pula 5656 ribu.. kikiki.. Betul-betul tak disangka..

Saturday, July 18, 2026

Gardenia Squiggles: Matcha Midori

Assalamualaikum..
Hye semua..

Roti baru dari Gardenia guys.. Tapikan susah betul nak jumpa.. Jenuh Sha mencarinya.. Ini pun memang kebetulan ja masa masuk 7E Cafe dekat Behrang Resident.. Itupun tersorok disebalik timbunan roti coklat.. Mujurlah mata Sha cekap.. kikiki

Roti ini menggabungkan krim matcha yang berkrim dengan krim coklat yang lazat di dalam roti yang lembut.. Setiap gigitan menawarkan keseimbangan sempurna antara rasa matcha dan coklat yang berkrim.. Memang ngam untuk mereka yang sukakan matcha.. 

Tapi bukan untuk Sha.. kikiki.. Cukuplah sekali ja Sha beli untuk rasa.. Rasa krim matcha tu tak kena betul dengan lidah dan tekak Sha.. Rasa dia okay-okay ja..

Gardenia Squiggles: Matcha Midori (55g) -RM1.90

Mujurlah ada coklat dekat bahagian atas tu.. Kalau tak lagilah Sha tak boleh nak makan..

Tengah tu ada krim matcha..

Mighty White Flossy Bun: Salted Egg Chicken Floss Bun With Mayonnaise Custard

Assalamualaikum..
Hye semua..

Macam berlawan-lawan pula syarikat roti keluarkan roti-roti baru.. Ini Sha jumpa masa beli beras.. Kebetulan rak roti ini berhadapan dengan kawasan beras, memang mata tu laju ja lah mencari roti yang best untuk dibeli.. Perkataan Limited Edition tu antara faktor yang buat Sha capai roti ini.. 

Rasa telur masin tu tak adalah ketara sangat.. Dia dekat hujung-hujung ja dan bau pun manja ja.. Mayonis dekat bahagian tengah tu banyaklah juga dan menyeimbangkan rasa keseluruhan bila dikunyah dan telan.. Kalau ikut tekak Sha, okaylah untuk sekali rasa sebab rasa dia tidaklah terlalu wow.. Beli lagi tu, taklah.. 

Mighty White Flossy Bun: Salted Egg Chicken Floss Bun With Mayonnaise Custard (65g) - RM2.80

Chicken floss tu dekat bahagian atas dan mayonnaise Custard tu pula dekat bahagian tengah..

📷 Coretan Sehari | 👣 Jejak Sihat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini Sha mulakan kembali briskwalk setelah hampir seminggu tak buat.. Alhamdulillah cuaca cantik, udara sejuk ja.. Kaki Sha pun dah agak okay.. Sha tak adalah jalan laju.. Perlahan-lahan ja Sha berjalan sambil menikmati udara dan pemandangan.. Sambil mendengar lagu rancak, kita hirup udara segar.. Cuaca mendung, jadinya memang sejuk ja lah.. 

Cantikkan langit

Mendung ja cuaca pagi ini..

Ternampak pokok ini.. 

Rumput ini selalu menarik perhatian Sha.. Jomlah abadikan di blog..

Swafoto satu kali..

Rumput ini selalu jadi mainan Sha waktu zaman kanak-kanak..

Jauh juga perjalanan Sha hari ini.. 4.39km dengan 5238 ribu langkah.. Masa tu paling cantik.. 56 minit 56 saat.. kikiki.. Alhamdulillah.. Permulaan yang baik.. Cadangnya macam nak sambung lagi tapi kita mula perlahan-lahan dulu..

Friday, July 17, 2026

ebook | Aku, Kau & Syahadah #1: Dia Yang Satu oleh Artis-Artis Komik-M

Assalamualaikum..
Hye semua..


 Komik ini menghimpunkan tujuh cerita pendek daripada artis-artis Komik-M.. Walaupun setiap cerita membawa watak dan latar yang berbeza, semuanya berkongsi satu tema yang sama, iaitu tentang mengenal Allah, memahami makna syahadah dan bagaimana hidayah boleh hadir dalam pelbagai cara..

Penulis tidak menyampaikan mesej agama secara memaksa.. Sebaliknya, setiap kisah berkembang melalui situasi harian yang dekat dengan kehidupan, menjadikan mesej yang disampaikan terasa lebih lembut dan mudah meresap ke dalam hati.. 

Dari segi ilustrasi, setiap pelukis mempunyai gaya yang tersendiri.. Perbezaan itu menjadikan setiap komik mempunyai identiti tersendiri, tetapi masih terasa serasi apabila dihimpunkan dalam sebuah buku.. Ada cerita yang membuatkan Sha tersenyum, ada yang menyentuh emosi, dan ada juga yang membuatkan Sha termenung sejenak selepas selesai membacanya..

Sha baca dan selesai pada 17.07.2026

Published June 3, 2024 by PTS Publishing House

Nescafe Latté Tiramisu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Nescafé Latté Tiramisu menawarkan gabungan rasa kopi yang lembut dengan kemanisan berkrim ala pencuci mulut tiramisu.. Aroma kopinya tidak terlalu kuat, sebaliknya lebih menonjolkan rasa susu yang halus bersama sentuhan koko yang membuatkan setiap hirupan terasa memanjakan..

Apa yang Sha suka ialah keseimbangan rasanya.. Manisnya tidak keterlaluan, manakala pahit kopi masih ada sebagai pelengkap.. Diminum ketika sejuk memang lebih menyegarkan, terutama pada waktu tengah hari atau ketika perlukan sedikit "mood booster"..

Kalau anda mengharapkan rasa tiramisu yang sangat pekat seperti menikmati kek sebenar, mungkin anda akan sedikit kecewa kerana ia lebih kepada latte dengan bayangan rasa tiramisu, bukannya pencuci mulut dalam bentuk minuman.. Namun, sebagai kopi siap diminum, ia berjaya memberikan sedikit kelainan daripada latte biasa..

Sha beli di Pasaraya TF Value Mart, Behrang 2020..

Nescafe Latté Tiramisu (280ml) - RM4.70

Kursus Kecemerlangan Perkhidmatan Pelanggan di Era Digitalisasi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kursus ini dilaksanakan pada hari Rabu & Khamis (15&16 Julai 2026) melalui platform Google Meet oleh Perpustakaan Negara Malaysia.. Kursus yang sangat bermanfaat untuk Sha dan sesiapa sahaja yang terlibat dan perlu berhadapan dengan pelanggan.. Paling Sha suka dah tentulah penceramah dia.. Pada hari pertama beliau kelihatan sangat tegas dan mempunyai aura yang tersendiri.. Namun pada hari kedua beliau sangat kelakar dan ceria.. Walaupun ketegasan tu masih ada namun penyampaian beliau lebih mesra dan memikat hati.. Ketegasan beliau tu sebenarnya bertempat mengikut apa yang disampaikan.. Memang seronok sangat mengikuti kursus ini bersama beliau..

Bawah ini Sha kongsikan info grafik mengenai apa yang disampaikan sepanjang kursus dua hari ini..



Kursus Kecemerlangan Perkhidmatan Pelanggan di Era Digitalisasi
Penceramah: Puan Nurfarawahidah binti Badruesham
Tarikh: 15 - 16 Julai 2026 (Rabu - Khamis)
Masa: 9.00 pagi - 4.30 petang
Anjuran: Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI), Perpustakaan Negara Malaysia
Google Meet

Misi Tidak Berjaya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Misi Sha hari ini tidak berjaya.. HB Sha masih rendah.. Hari ini 12.1 ja bacaannya.. Jadinya tidaklah berjaya menderma darah.. Tak apa, minggu depan kita cuba lagi.. Kena cuba sampai berjaya.. kikiki.. Sha kena cari buah prune juga nampak gayanya ini.. Jambu ja tak jalan.. kikiki.. 

Korang sarapan apa tu?

Kononnya sarapan dulu sebab nak derma darah..

Thursday, July 16, 2026

CP Chicken Roll

Assalamualaikum..
Hye semua..

Asalnya Sha nak beli Chicken Popcorn yang memang hanya dijual di 99 Speedmart tapi habis pula.. Sudahnya belilah Chicken Roll ini selepas bertanya dengan anak dara Sha.. Imani yang minta beli sebab nak bawa bekal ke sekolah.. Penatlah juga asyik menyinggah 7E ja kan.. kikiki.. Penat menunggu sebenarnya, sebab lamakan diorang nak masak makanan yang goreng-goreng tu..

Jadinya kita beli ja 1 pek ini.. Lepas tu Sha asingkan dalam pek kecil lain untuk sekali masak.. Ayam gulung ini dalam dia ada sayur-sayuran tau.. Ada lobak merah, cendawan dan jagung.. Lepas tu di balut dengan fucuk dibahagian luar dia.. Memang sedaplah.. Anak-anak suka, Sha senang hati.. kikiki.. Cuma hargalah, keras sikit..

CP Chicken Roll (550g+100g) - RM13.90

Adoilah, tergelap pula.. kikiki..

ebook | Aku, Kau & Badminton #2: Aura Juara oleh Cpelukis, Faiez Izwan, Jiwazuro, Reja, Shahrul Huda, Sulaiman Shaari

Assalamualaikum..
Hye semua..

Walaupun komik ini dilukis oleh artis yang berbeza, semuanya berjaya disatukan melalui tema yang sama iaitu semangat kesukanan, usaha dan impian seorang pemain badminton..

Apa yang Sha suka ialah setiap komik mempunyai identiti tersendiri.. Ada yang membuatkan Sha tersenyum, ada yang memberi debaran ketika aksi di gelanggang, dan ada juga yang meninggalkan mesej tentang disiplin, persahabatan serta keyakinan terhadap diri sendiri.. Disebabkan ceritanya pendek, setiap karya terus masuk kepada inti tanpa meleret..

Komik ini bukan sekadar untuk peminat badminton, malah sesuai untuk sesiapa sahaja yang sukakan kisah tentang semangat juang, kerja keras dan keberanian untuk kembali bangkit selepas menghadapi kegagalan.. Ringan dibaca, tetapi tetap meninggalkan motivasi di penghujung setiap cerita..

Sha baca dan selesai pada 16.07.2026..

Published April 14, 2025 by Komik-M
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com