
Monday, March 2, 2026
Lima Panduan Membaca di Bulan Ramadan

Thursday, January 19, 2023
Lima Tips Untuk Pindah Rumah
Bagaimanakah anda dapat mengelakkan situasi yang tertekan dan sebaliknya berpindah rumah dengan mudah?

1) Dapatkan syarikat pemindahan yang profesional
Berbincang dengan syarikat pemindahan yang mempunyai kepakaran dalam pindah rumah adalah perkara pertama yang perlu anda lakukan. Langkah ini akan membolehkan anda membuat anggaran untuk jumlah barangan dan jenis lori pindah rumah yang diperlukan, bilangan tenaga kerja untuk pemindahan dan jumlah masa yang diperlukan. Ini adalah kerana pekerja syarikat pemindahan lebih berpengalaman dalam proses pindah rumah daripada anda kerana mereka menjalankan kerja ini setiap hari.
2) Pengemasan barang
Tips ini adalah sangat berguna dan penting: kemaskan barang anda. Sila buangkan semua barangan yang anda tidak lagi perlukan kerana barangan tersebut yang hanya akan membebankan jika anda ingin memindahkannya bersama anda. Kami pasti bahawa anda akan terjumpa beberapa barangan lama di bilik stor. Jadi, kami mengesyorkan anda jualkan barangan tersebut untuk mendapatkan wang tunai tambahan atau mendermakannya kepada mereka yang memerlukan.
3) Senaraikan barangan keperluan anda
Terdapat beberapa barangan keperluan yang anda perlukan setiap hari. Contohnya, peralatan mandian, telefon, jam tangan, dan barang kemas adalah antara barangan yang anda akan bawa sendiri bersama anda semasa pemindahan. Tuliskan senarai barangan keperluan ini untuk memastikan anda telah mengambil semua barangan dalam senarai sebelum pekerja pemindahan bermula dengan kerja mereka.
Terdapat banyak perkara kecil yang akan membantu anda menjadi lebih cekap dalam pindah rumah, jadi sila rancang dulu sebelum anda bertindak. Apabila mengemas pakaian anda, adalah lebih baik untuk memasukkannya ke dalam beg pakaian dan bukannya beg sampah. Anda juga boleh menggunakan periuk untuk membawa barangan yang lebih kecil seperti perkakas. Objektif kita adalah untuk mengurangkan jumlah barang yang perlu anda pindah.
5) Jangan lewat untuk membuat tempahan
Tips terakhir kami adalah membuat tempahan dengan syarikat pemindahan anda dengan awal. Anda mesti tidak mahu hanya menyedari bahawa anda telah lupa membuat tempahan dengan syarikat pemindahan tiga hari sebelum hari pindah. Ini juga bermakna anda tidak perlu membayar bayaran yang tinggi untuk 'pemindahan kecemasan'.
Dengan lima tips ini, diharapkan pengalaman pemindahan rumah anda akan menjadi secara keseluruhan lebih menyenangkan.

Langkah pertama ialah mencari perkhidmatan lori sewa di Shah Alam yang berkualiti, dan di situlah pasukan Mover2U dapat menolong anda. Mereka boleh membantu anda dengan lori sewa di KL untuk berpindah ke taman yang berdekatan, atau ke mana-mana di Lembah Klang.
Dengan harga sewa lori pindah rumah yang berpatutan bersama perkhidmatan yang cemerlang, hubungi pasukan di Mover2U dan dapatkan sebut harga hari ini.
Sunday, June 7, 2020
Novel | Siri Bijak Bicara: Perang Mulut oleh Ain Maisarah, Badrul Sani
Buku ini bukan sahaja novel biasa tapi dipenuhi tips mengenai bagaimana ingin berbicara dengan bijak.. Tips yang sangat membantu bukan sahaja dalam alam persekolahan malah juga pekerjaan.. Bukan mudah sebenarnya menyusun ayat tambahan pula bila mengalami fobia dan merasa sangat rendah diri.. Keluarga, rakan-rakan dan persekitaran sangat membantu membentuk peribadi seseorang itu.. Semoga buku ini memberi manfaat pada yang membacanya.. Tak rugi dimiliki..
Sha baca dan selesai pada 06.06.2020..

Friday, February 21, 2020
Tips Membaca Ketika Sibuk

Friday, November 16, 2018
Tips Penyimpanan Ikan dan Ayam
Sunday, September 9, 2018
Shopping Barang Dapur

Monday, August 27, 2018
Petua Simpan Cili
Hye semua..
Friday, December 29, 2017
Beli Alat Tulis di Kedai ECO
Hye semua..
Tuesday, September 26, 2017
Tips Telur Rebus
Hye semua..
Siapa rajin masak nasi lemak??
Angkat tangan..
Sha dapat tips ini dari mereka yang selalu memasak..
Katanya kalau nak cepat..
Masa masak nasi, bubuh sekali telur..
Nanti nasi masak, telur pun masak..
Pastikan telur itu dibasuh bersih ya..
Jangan pula tak basuh terus masuk dalam nasi..
Habislah nasi tercemar dengan bahan-bahan yang tak sepatutnya..

Wednesday, September 13, 2017
Bagaimana Memupuk Minat Membaca?
hye semua..
Hari ini saja nak sembang dengan semua pasal minat membaca..
Tak kiralah anak kecil atapun yang sudah dewasa..
Mulakan minat membaca dengan apa yang anda gemari..
Contohnya..
Kalau minat membaca komik, maka dapatkan komik dan baca..
Tak kisahlah bahasa Melayu ataupun Inggeris..
Bahan bacaan ini boleh didapatkan dengan cara membeli ataupun meminjam di perpustakaan..
Sekiranya tidak boleh dapat dalam bentuk hard copy, boleh juga dapatkan dalam bentuk sioft copy dengan cara menjadi ahli perpustakaan...
Antara perpustakaan online yang Sha tahu ialah Perpustakaan Negara Malaysia dan juga Serambi Ilmu Rakyat (Bank Rakyat)..
Selain itu, boleh juga cuba membaca bahan bacaan yang ringkas dan nipis..
Contoh seperti majalan, buku cerita yang nipis-nipis..
Dari sini secara automatk kita akan berkeinginan untuk membaca bahan bacaan yang lebih tebal..
Kena cari bahan bacaan yang kita minat..
Dari situ kita akan cuba meluaskan genre pembacaan kita..
Untuk anak-anak kecil pula, bolehlah cuba dengan memberikan hadiah buku..
Memabawa anak-anak kecil ini ke Perpustakaan..
Tunjukkan tauladan dengan cara kita juga suka membaca..
Bahan bacaan tidak semestinya dalam bentuk fizikal (buku, majalah, suratkhabar)
Boleh juga membaca secara online melalui aplikasi seperti Wattpad, PNM eReader, Portal Ilham, Penulisan2u dan macam-macam lagi..
Tak salah cuba membaca kerana banyak kebaikkannya..
Boleh menambah kosa kata, membuka minda dalam mengenali perkara lain..
Belajar berimaginasi melalui pembacaan (baca buku yang baik-bak sahaja ye..)
Meluaskan pengetahuan melalui pembacaan..
Ada yang nak tambah lagi?
Boleh share di ruangan komen..
Saturday, September 9, 2017
Bagaimana Anda Memilih Novel?
Wednesday, September 6, 2017
Lima Tips Mudah Pilih Kasut Untuk Melancong
Hye semua..
Tuesday, August 15, 2017
Reader's Block : Bila Mood Membaca Tersekat
Hye semua..
Reader's Block: Bila mood membaca tersekat..
Lain orang lain sebabnya. Antaranya seperti stres, kepenatan, bercuti sakan terlalu lama(tanpa buku), atau boleh jadi juga kerana telah membaca buku yang sangat bagus atau sangat teruk hingga sukar untuk move on ke buku seterusnya. Kadang-kadang boleh juga terjadi sebab terlalu banyak membaca.. Tidak berhenti dari satu buku ke satu buku yang lain.
- Adakalanya bukan buku itu yang tak menarik sebenarnya, tapi keadaan reader's block telah menyebabkan kita melihat semua buku pun tak menarik. Bila rasa sesuatu buku itu tak menarik atau pembacaan kita sangat perlahan, jangan buang masa dan segeralah bertukar kepada buku lain. Buku yang macam mana tu? Baca point nombor 2 dan 3.
- Buku yang nipis barangkali boleh meningkatkan keyakinan kita untuk menghabiskannya. Jika sukakan fiksyen, cubalah baca koleksi cerpen berbanding novel. Buku-buku terbitan indie dengan bahasa santai juga boleh dijadikan pilihan kerana lebih relaks dan mudah dihadam. Komik juga boleh dijadikan satu alternatif..
- Secara peribadi, Sha suka membaca buku-buku seram atau thriller dalam bentuk kompilasi. Ini membantu Sha membuka mood membaca. Terpulang kepada pilihan hati masing-masing, membaca sesuatu yang kita suka dan biasa dengannya boleh menaikkan semula mood membaca yang merudum.
- Berada di kedai buku dan dikelilingi oleh pencinta buku lain boleh membuatkan kita rasa teruja semula dengan buku. Beleklah buku yang kita suka satu persatu, dan jika kewangan mengizinkan belilah sebuah dua (atau lebih). Bagi yang tinggal jauh daripada kedai buku, buat secara online pun boleh juga tetapi mungkin kurang berkesan. Bau buku juga mampu membangkitkan mood membaca.. Kalau tak mampu ke kedai buku, bolehlah ke Perpustakaan..
- Book group ni macam study group juga, kami pencinta buku saling berkongsi dan mennyokong antara satu sama lain. Berbincang tentang buku dengan orang lain sama ada secara berdepan atau di group WhatsApp boleh membuatkan ulat buku yang setengah mati seperti hidup semula dan menjadi rama-rama buku.
- Boleh jadi reader's block yang kita alami adalah disebabkan beberapa urusan kehidupan yang belum selesai. Jika ini sebabnya, selesaikanlah dulu urusan-urusan tertangguh sehingga kita betul-betul tenang dan bersedia untuk membaca semula. Cara ini mungkin mengambil masa, tetapi siapa tahu apabila datang saja mood membaca, tiga buah buku pun boleh habis dalam masa seminggu.
Sha akan habiskan masa dengan menonton filem ataupun drama korea.. Ketika ini kita akan lapangkan fikiran dan juga minda daripada perkataan dan isi buku.. Biasanya cara ini yang paling berkesan..
Sekiranya kita selalu baca buku genre seram, kita cuba baca genre cinta atau thriller.. Kalau asyik membaca dari penerbitan buku prima, cuba baca daripada penerbitan FIXI ataupun Prolog Media.. Pelbagaikan pembacaan kita supaya mood kita juga akan berubah-ubah.. Cubalah..
#booklover
#bookstagram
#hobisaya
#bloggerbuku
Saturday, August 12, 2017
Tips Elak Perut Buncit/Boroi
Assalamualaikum..
Hye semua..
Jom amalkan..
Tips elak perut buncit/boroi..
1. Bangun sebelum azan Subuh. Minum segelas air. Kumur bersama air liur basi dan telan sedikit demi sedikit.
2. Jangan minum sambil bernafas dalam gelas. Minum seteguk demi seteguk.
3. Terbukti mengikut kajian sains, apabila kita menghembuskan nafas dalam gelas, ianya akan menjadi asid.
4. Minum ais antara pukul 12 tengahari - 4 petang. Sebelum dan selepas itu - HARAMKAN diri dari minum ais.
5. JANGAN minum air sewaktu makan. Ini punca perut menjadi buncit.
6. Minum air seteguk, 1/2 jam sebelum makan, dan 1/2 jam selepas makan.
7. Elakkan atau haramkan minum ais sewaktu makan tengahari.
8. Kurangkan minuman manis.
9. Satu yang baik apabila minum segelas air masak 1/2 jam sebelum tidur.
10.Jangan tiup air yang panas untuk segera minum. Tetapi biarkan air menjadi suam-suam kuku, barulah minum.
Tetapi, ada orang kata, lelaki yang mempunyai perut boroi itu seksi.
Lelakilah.. Kalau perempuan??
Semuanya terpulang pada diri.. Tak salah kita beringat dan menjaga kesihatan diri..
Saturday, June 24, 2017
Almond Crunchy
Hye semua..
Sempat lagi ini kalau nak buat kuih raya..
Meh Sha sharekan resepi yang ringkas dan mudah ini..
Resepi asal dari sini ye FB : Dari Dapur Seorang Amatur
Dibawah ini Sha sharekan resepi berserta kesilapan yang perlu dielakkan semasa membuat Almond Crunchy ini.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
250g Tepung Florenta
250g Almond Cincang / keping
100g Pumpkin Seed
1 sudu teh Black sesame (bijan hitam)
Baking paper/parchmnt paper/silicone paper
Tuesday, June 6, 2017
Tips Untuk Review Buku
Hye semua..
Ada kawan share dekat group WhatsApp..
Tapi terpulang juga pada setiap orang..
Setiap orang ada gaya dan cara tersendiri dalam membuat review..
Ini sekadar tips dan guideline..
Include title, author, place, publisher, publication date, edition, pages, special features (maps, etc.), price, ISBN.
Writing a Fiction Book Review
Your personal experiences
Your recommendation
Things to Bear in Mind:
Friday, April 21, 2017
Tips Membeli Buku Lebih Murah Dari Kebiasaan
Hye semua..
Meh Sha nak share tips menarik
Tips Membeli Buku Lebih Murah Dari Kebiasaan
1. Beli buku secara digital (e-book)
- anda boleh menjimatkan masa & wang untuk pergi kedai-kedai buku
- harga lebih murah daripada buku fizikal
2. Menggunakan kad keahlian
- Anda boleh mendapatkan kad keahlian di kedai-kedai buku seperti Popular, MPH Bookstore,
SMO Bookstore & Karangkraf Mall
- Dengan kad keahlian, anda boleh mendapat sekurang-kurangnya 10% diskaun.
3. Kunjungi kedai buku terpakai
- Anda boleh kunjungi kedai buku terpakai di Malaysia
- Harga yang ditawarkan lebih murah dari kedai buku yang lain
4. Pembelian melalui penerbit
- Anda boleh terus membeli melalui penerbit & penerbit juga kekadang memberikan diskaun
20%-30%.
Saturday, January 28, 2017
I'm A Backpacker : Europe oleh Khairul Abdullah
Thursday, December 22, 2016
Petua Jaga Badan
Wednesday, September 7, 2016
Bila Musim Hujan Datang
Hye semua..
Minggu ini dan minggu lepas memang musim hujan..
Book Quotes
Review & Rating
Sha's bookshelf: read
































