Sunday, April 30, 2023

Cadbury Cookies

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha nak beli barang lain tapi biasalah perempuan kan.. Mata tu melilau je cari produk baru dan tak pernah dicuba.. kikiki.. Tu yang ternampak biskut cadbury ini.. Sha da bubuh dalam Shopee Cart, tapi tak perna checkout.. Jadi bila dah nampak depan mata, kita belilah sebab ada diskaun RM1.. kikiki.. Alhamdulillah, sedap biskut dia tak manis.. Cumanya agak keraslah bak kata anak dara Sha yang sakit gigi.. kikiki.. Okay je.. Dia tak terlalu rapuh.. 

Cadbury Cookies (150g)
RM6.49 (Harga asal RM7.50)

Ada 6 pek dalam kotak tu..

1 pek ada 2 keping biskut..

Ada inti coklat di bahagian tengah dia..

Goodreads | April 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mula-mula tu macam hilang rentak, kemudiannya berjaya jumpa semula.. Berjaya baca 20 tajuk pelbagai genre.. Cumanya tak ada buku fizikallah kali ini.. Semuanya ebook dari aplikasi Cereka, Oakbee Buffet dan eSentral..




Pizza Hut Fun 5 Flavours #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kalau sebelum ini Sha dah kongsikan 2 dari 5 jenis pizza di Pizza Hut Fun 5 Flavours.. Kali ini Sha kongsikan lagi dua flavors.. Kali ini adalah rasapedas tapi yang tunalah.. Sosej tu biasa je.. Makan panas-panas memang ngam lah.. Topping dia pun puas hati sangat tengok.. Rasa berbaoi bayar.. Roti gebu, lembut.. Memang ngam terok dengan tekak Sha..

2 Regular Pizza dengan 5 pilihan topping yang menarik.. - RM20 sahaja..

Fun Spicy Sausage
Walaupun dia tulis situ spicy, tapi tak adalah pedas.. Okay je pada Sha.. Sedap dan boleh beli lagi..

Fun Spicy Tuna
Hat ini ada rasa pedas sikit.. Tak adalah pedas melampau.. Lebih pada pedas pedas manja.. Sedap kalau anda sukakan tuna.. Memang ngamlah..

ebook | Pertemuan Itu oleh Shima Rostam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Melalui novel pendek dan sempoi ini penulis menyampaikan tentang hubungan tanpa sengaja.. Pertemuan tak sengaja Kila dengan Daud semasa menemani sesi bergambar rakannya akhirnya menemukan jodoh yang sekian lama ditunggu.. Namun perangai Kila yang ego tak bertempat membuatkan mereka sering bertekak.. Bila Daud mula menyepi, ada rasa rindu namun ego tetap lebih besar.. Sampailah terbongkar rahsia yang disembunyikan keluarganya.. Mampukan Kila bersetuju atau terus membesarkan ego..

Sha baca dan selesai pada 28.04.2023..

Published June 1, 2022 by Shima Rostam Book & Sandwich
Sha baca menggunakan aplikasi eSentral..

China | To Be Immortal (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem pertama dari siri tentang perjalanan menjadi orang yang berkuasa.. Filem kedua bertajuk Dragon Sword: Outlander (2021) dan filem ketiga pula ialah Dragon Sword Ancient Battlefield (2023).. Sha tengok filem ketiga, kedua dan baru tengok yang ini..

Filem ini bermula dengan kemalangan dan kematian hero.. Roh hero telah membuka laluan untuk ke dunia lain.. Masa ini hero ditawarkan untuk jadi pertapa atau dihantar ke neraka.. Hero terima tawaran menjadi pertapa dan dihantar mengembara.. Semasapengembaraan ini tanpa sengaja hero ke alam bawah sedar dan kemudiannya badan hero dihuni oleh roh yang tengah bertapa.. Hero kemudiannya meneruskan pengembaraan  ke dunia lain untuk menjadi seorang pertapa bersama pedang yang boleh menjelma jadi manusia.. Memang layanlah.. Cerita fantasi kan.. 

Movie: To Be Immortal
Also Known As: The legend of Yulongxiu
Screenwriter & Director: Peng Yu Si
Genres: Action, Fantasy
Country: China
Release Date: Sep 5, 2018
Duration: 1 hr. 25 min.
The film tells the story of an ordinary person living in modern society, Fu Yan, who was killed in a car accident, but accidentally opened the door to a new world. Since then, he embarked on a bizarre road to immortality, and experienced various spirits along the way. Stone secrets, wild beasts, ancient treasures, and the story of growing up in this fantasy world of cultivation.

Saturday, April 29, 2023

Coretan 8 Syawal 1444H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila encik suami hadiahkan beg.. Sebenarnya yang nak beli beg, MIL Sha tapi masa pilih-pilih tu ternampak beg yang kita berkenan.. Teruslah encik suami suruh ambil.. Dia belanja.. Alhamdulillah.. MIL beli beg, Sha dapat juga dan Amani pun dapat sama..Amani beli beg duit comel je sebab beg duit sedia ada dah lusuh dan koyak.. Simpan sini sebagai kenangan..

Beg Pilihan hati Sha..

Beg duit Amani..

China | Dragon Sword: Outlander (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini filem kedua untuk siri ini.. Sha ini tengok terbalik sebenarnya.. dari yang terbaru iaitu Dragon Sword Ancient Battlefield (2023), baru tengok yang kedua ini.. Permulaan tak tengok lagi..

Filem kedua ini bermula dengan Fu Yan tercampak ke dunia dimana mereka perlu bertarung dengan makhluk misteri demi meningkatkan kuasa.. Masa ini Fu Yan dah mula berhubung dengan roh yang ada dalam rantai di leher dia.. Kuasa Fu Yan pun makin meningkat.. 

Movie: Dragon Sword: Outlander
Also Known As: The Legend of Yulongxiu 2 Boundary of Warcraft, To Be Immortal 2, Yu Long Xiu Xian Chuan 2
Director: Peng Yu Si
Genres: Adventure, Historical, Drama, Fantasy
Country: China
Release Date: Aug 22, 2021
Duration: 1 hr. 48 min.
A mortal called Fu Yan accidentally fell into a space rift and find himself in the demon realm. He embarks on a journey, cultivating, refining Dan, and fighting demons.

ebook | Kembalinya Cinta Ramadan oleh Shima Rostam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pertemuan tanpa sengaja antara Wardah dan Hariz semasa bulan Ramadan menerbitkan rasa cinta di hati Hariz namun selepas 7 hari, Wardah menghilang.. Tak siapa tahu ke mana perginya Wardah.. Puas dicari namun tak dijumpai.. Selepas 3 tahun, Hariz dipanggil pulang ke kampung untuk dijodohkan dengan Adah.. Hati masih terikat dengan Wardah namun ketika nama Adah kerap kali menjadi sebutan, Hariz teringin nak mengenali.. Tanpa Hariz tahu yang dicari sebenarnya tak jauh dari diri dan ada kesedihan yang perlu diubati..

Sha baca dan selesai pada 28.04.2023

Published June 1, 2022 by Shima Rostam Book & Sandwich
Sha baca menggunakan aplikasi eSentral..

Schweppes: Pineapple Mint

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam masa cari barang, encik suami beli air ini.. Saja dia nak cuba.. Sekali rasa dia pelik pada encik suami.. Sha pun cubalah rasa, eh.. Okay je.. Cuma gas dia banyak gila.. Lepas minum je terus Sha sedawa.. Kalau kembong atau masuk angin, memang sesuai sangat minum.. kikiki.. Rasa nenas dan pudina tapikan rasa nenas tu manja-manja je.. Lebih pada rasa pudina dan rasa pudina tu tertinggal di lidah..

Schweppes: Pineapple Mint (320ml)
RM2.30

ebook | X-Venture Kappa Chaos by Sherlock A.

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini pengembaraan mereka bermula secara tak sengaja.. Mereka bertiga pergi bercuti dan terserempak dengan makhluk lagenda Kappa.. Kappa yang mereka jumpa berada dalam keadaan sakit, makanya mereka bawa balik ke makmal.. Setelah pulih, mereka hantar semula ke tempat sepatutnya.. Malangnya mereka dijumpai oleh orang-orang yang mengejar keuntungan bila ternampakkan Kappa.. Mujurlah masih ada yang sudi membantu..

Sha baca fan selesai pada 27.04.2023..

Published September 10, 2020 by Kadokawa Gempak Starz SDN BHD
Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..

Friday, April 28, 2023

Minuman: Cocomax

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menarik airnya.. Adalah rasa payau kelapa tu cumanya tak ada isi kelapa.. Kalau ada isi kelapa, mesti lagi best dan mantap.. kikiki.. Minum sejuk-sejuk, memang mantaplah.. Lega tekak.. Inipun Sha tak beli, ada orang belanja.. Kalau Sha, memang fikir panjanglah nak beli.. kikiki.. Harga dia je dah seram tengok..

CocoMax
RM5.50

ebook | Aku Dengar Kat Flat Ada... oleh John Soo

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini mengenai rumah flat yang berhantu.. Kalau biasa duduk rumah bertingkat, mesti pernah dengar kes bunyi orang menumbuk tapi biasanya rumah yang adabunyi tu, tak ada orang duduk pun.. Ini antara yang selalulah terjadi.. Sha pun pernah dengar juga satu masa dahulu masa duduk rumah atas.. Sekarang ini tak ada dah lah.. Macam yang berlaku di flat, adagangguan sekadar ingin memberitahu yang mereka dah mati dan tolong sempurnakan mereka dan ada yang menyimpan dendam..

Sha baca dan selesai pada 27.04.2023..

Published September 1, 2018 by Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd
Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..

Korea | Duty After School: Part 2 (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bahagian pertama Duty After School: Part 1 (2023), memang mendebarkan bila pelajar sekolah terpaksa mengikut dengan melulu arahan orang dewasa demi menentang makhluk asing.. Bahagian 2 pula lebih pada emosi pelajar yang terpaksa menghadapi perang, pengkhianatan sesama mereka dan harapan yang dimusnahkan.. Pergh!! Memang tak sangka betul drama ini tamat dengan babak yang tak disangka.. Bukan makhluk asing yang memusnahkan mereka tapi emosi mereka yang sengsara.. huhuhu.. 

Drama: Duty After School: Part 2
Screenwriter: Lee Nam Gyu
Director: Sung Yong Il
Genres: Action, Thriller, Drama, Sci-Fi
Country: South Korea
Episodes: 4
Aired: Apr 21, 2023
Aired On: Friday
Original Network: TVING
Duration: 1 hr. 10 min.
Story of 3rd year students of Sungjin High School who started a 'real war' to fight against the attack of a mysterious creature that covered the sky. Will they be able to save the planet from doom?

~~ Adapted from the webtoon "Duty After School" (방과 후 전쟁활동) by Ha Il Kwon (하일권) ~~


ebook | Aku Dengar Kat Kantin Ada... oleh Jo

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selalunya kita akan baca cerita seram yang berlaku pada waktu malam kan tapi melalui komik ini, pembaca akan dihidangkan dengan keseraman yang berlaku pada waktu siang.. Semuanya berkaitan kantin sekolah.. Ada yang terkorban lama dahulu namun kerana rasa bersalah mereka masih dijamu setiap tahun.. 

Sha baca dan selesai pada 27.04.2023..

Published October 1, 2019 by Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd
Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..

Thursday, April 27, 2023

McD: White Chocolate & Strawberry Pie

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sajalah Sha cuba pie ini walaupun tak minat sangat coklat putih.. Aduh, rasa coklat putih tu lebih menyerlah dari Strawberi.. Bolehlah makan sampai habis tapi memang tak kenalah dengan lidah dan tekak Sha.. Kulit pie tu sedap, rangup dan rapuh.. Syok kunyah..

Realitinya.. kikiki.. Tak nampak pun ketulan strawberinya.. Halus..

Ini gambar iklan ye..

US | Mighty Morphin Power Rangers: Once & Always (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mengimbas zaman kanak-kanak betul bila tengok filem pendek ini.. Rancangan kegemaran Sha ini.. Super hero warna warni.. kikiki.. Power rangers kena berdepan dengan musuh lama dan rangers kuning terkorban semasa berlawan demi melindungi rangers biru.. Okaylah tengok santai-santai.. Hero kena kalah dulu, penghujung baru menang.. kikiki..

Mighty Morphin Power Rangers: Once & Always
2023 ‧ Actin/Adventure/Family ‧ 55m
The Rangers come face-to-face with a familiar threat from the past. In the midst of a global crisis, they are called on once again to be the heroes the world needs.

ebook | Nufah oleh Shima Rostam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku yang sangat menarik dari penulis.. Jalan cerita dia memang agak tak logiklah.. Tapi novel kan.. Kita layan je.. Ada je yang baik boleh dijadikan tauladan.. Cumanya watak Sean tu agak menakutkan jugalah pada Sha.. Terserlah sikap Alpha dan kejam dia.. kikiki.. Sekali hadap je Sha baca novel ini.. Lebih kurang 2 ke 3 jam macam tu..

Nufah ini dikhianati tunang dan juga kakak saudara dia.. Kemudiannya masa bercuti ke Johor bertemu Sean.. Rupanya kisa mereka ini da bermula sejak 3 tahun lalu namun masa tu masing-masing d berpunya.. Kalau da jodoh, bertemu jugakan.. Penulis ada selitkan juga kisah ilmu hitam, tapi sekadar selingan namun menariklah untuk mewarnai jalan cerita..

Sha baca dan selesai pada 26.04.2023..

Published December 1, 2020
Sha pinjam di laman web PNM elib dan baca menggunakan aplikasi eSentral..

Wonda Coffee: Premium Class

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dah lama sebenarnya nak cubakopi Wonda ini.. Ingatkan dapat yang Gold sekali.. hehehe.. Ada premium je dalam pek comel ini.. Jadilah buat rasa-rasa.. Kalau okay, nanti boleh beli yang dalam botol pula.. Bancuh sendiri ini, boleh kurangkan gula.. Sejak berusia ini, lebih sukakan kopi yang kurang manis.. kikiki..

Patutnya bukan untuk dijual tapi Sha beli 40 sen.. huhuhu.. Okay je..

Ada 2 sachet dalam dia..

Okaylah rasa dia untuk Sha.. Tak terlalu pahit dan lembut.. Paling best kopi dia halus tak berserdak.. Boleh beli botol besar ini..

Wednesday, April 26, 2023

ebook | Suami Pilihan Jiwa oleh Fatiah Zohar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ceritanya sempoi dan manis.. Kikiki.. Watak Aireen yang memberontak dan suka buat hal tanpa berfikir panjang memang kenala dengan Hadi yang lembut tetapi tegas.. Hadi yang da lama memendam rasapada Aireen.. Bila Aireen putus tunang, memang Hadi tak tunggu lamalah.. Bukan muda nak lembutkan Aireen yang ganas tapi dalam hati ada taman.. Suka penyampaiaan penulis.. Pendek, tepat ke hati dan manis gila.. Watak Aireen yang dari memberontak kemudian berubah kepada matang.. Memang ngamlah..

Sha baca dan selesai pada26.04.2023..

Published January 1, 2020 by Fatiah Zohar
Sha pinjam di laman web PNM elib dan baca menggunakan aplikasi eSentral..

China | Dragon Sword Ancient Battlefield (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hadoilah.. Lepas 15 minit tengok filem ini memang berdekah Sha ketawa.. Dewa kenamain dengan hero.. hahaha.. Kelakar pun ada.. Hero yang dipangil tuan muda, ada pedang yang boleh bertukar jadi manusia mengembara untuk mencari rakan yang hilang bersama Cik Lan.. Semasa dipadang pasir mereka bertemu dengan dewa yang bertapa dan mereka berlawan kerana berebutkan peta harta karun.. Hero ada separuh dan dewa ada separuh lagi.. Lepas berlawan, hero menang dan dewa bersetuju mengembara bersama mereka.. Syoklah tengok pengembaraan mereka..

Tapi tu lah.. Bersambung.. huhuhu

Dragon Sword Ancient Battlefield (2023)
Also Known As: Dragon Sword Outlander 3, Dragon Sword: Outlander 3, Yu Long Xiu Xian Chuan 3: Shang Gu Zhan Chang (2023)
Director: Peng Yu Si
Genres: Adventure, Fantasy

ebook | Pada Pahitnya Secawan Kopi oleh Aidil Ghazali

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awalnya Sha ingatkan buku ini tentang falsafah ataupun penyembuhan dan menjadikan kopi sebagai subjek.. Sha baca tanpa memcari tahu sinopsis mahupun ulasan mengenai buku ini.. Sha tertarik kerana perkataan 'kopi' itu.. Yup, sekarang ini apa sahaja buku yang ada perkataan kopi sangat mengujakan Sha..

Tahniah kepada penulis kerana membawa topik penyakit yang Sha tahu langsung kewujudannya.. Penyakit yang menyebabkan seorang perempuan menjadi rendah diri.. Sebuah cerita tentang perasaan seorang perempuan yang menderita dan rendah diri.. Perlu pula menerima paksaan dari ahli keluarga yang tak cuba memahami.. Memang sedih.. Namun Sha suka penamat cerita ini kerana untuk Sha ianya lebih realistik..

Sha baca dan selesai pada 24.04.2023..

Published February 23, 2023 by IMAN Publication
Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..

Wordless Wednesday 2023

Tuesday, April 25, 2023

US | The Adam Project (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aduh.. Tak pernah lah tak best bila tengok lakonan Ryan Reynolds ini.. Sha tak tahu pun filem ini beliau yang beralok.. Ada rakan sekerja yang cadangkan, tu yang Sha tengok.. Okaylah filemnya..

Pengembaraan Adam dari tahun 2050 yang kembali ke masa lalu demi mencari isterinya Laura namun tersalah tahun dan terjumpa Adam dari tahun 2022.. Pertemuan mereka membantu perasaan mereka yang kehilangan ayah.. Ketika mereka diserang Maya yang ingin menghalang Adam dari kembali ke tahun 2018, Laura muncul dan menyelamatkan mereka.. Adam 2050 dan Adam 2022 berjaya kembali ke 2018 untuk bertemu dengan ayah mereka dan memusnahkan projek Adam..

The Adam Project
2022 ‧ Sci-fi/Drama/Action/Adventure/Comedy ‧ 1h 46m
Time-travelling fighter pilot Adam Reed teams up with his 12-year-old self for a mission to save the future after unintentionally crash landing in 2022.

Untitled. Raya! Book Exchange

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha sertai Untitled. Raya! Book Exchange yang dianjurkan oleh Untitled.Book Club di Instagram.. Aktiviti dimana kita akan hantar buku kepada penerima rahsia, dan kita juga akan terima buku dari penghantar rahsia.. Buku yang dihantar itu berdasarkan tajuk wishlist penerima tapinya Sha tak dapat pun.. Agak sedihlah juga.. Sha anggap tak ada rezeki.. Sha terima novel bahasa inggeris dan sekeping nota meminta maaf sebab buku yang dikirim bukan apa yang Sha hajatkan.. 

Sehari sebelum Hari Raya, 21 April 2023 penerima akan unboxing buku yang diterima.. Sha terima bungkusan pada 17 April 2023 dan pada 21 April 2023 baru Sha buka dan pos di Instagram.. Sha tak adalah buat video, cuma pos gambar buk sahaja.. Tak berapa nak pandai.. hehehe..


Wishlist Sha
2. Terima Kasih, Luka oleh Hasif Rayyan
3. Yang Paling Patah Antara Kita oleh Ainul Farihah
4. Sehingga Yang Patah Tumbuh oleh Aishah Madadiy
5. Chef's Cuisine oleh Effalee

Buku yang Sha dapat bersama sekeping nota meminta maaf..

The Super Mario Bros. Movie (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Malam raya kedua, Sha bawa anak-anak menonton wayang.. Permintaan Imani untuk tengok filem ini.. Layankan aja sebab, tak ada ke mana pun cuti sekolah + cuti raya ini.. Selain ziarah saudara mara, anak-anak memang duduk rumah sahaja.. Jadinya bila ada peluang, memang Sha dan encik suami layankan saja permintaan anak-anak..

Okaylah jalan cerita dia.. Menarik dan syok.. Sha, encik suami dan anak-anak suka bahagian masa penjahat main piano dan bernyanyi.. kikiki.. comel.. Perjuangan Mario dalam menyelamatkan abang dia yang terperangkap di Dark Land.. Memang pengembaraan yang berwarna warni dan menarik.. Layanlah..

The Super Mario Bros. Movie
2023 ‧ Adventure/Fantasy ‧ 1h 30m

India | Waltair Veerayya (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ceritanya serius dan sedih tapi disampaikan dalam bentuk komedi.. Adoilah.. Hero dia biasa-biasa je, tak adalah handsome ke, sado ke.. Tapi syok tengok.. kikiki..

Bahagian pertama, abang buat kemunculan demi menangkap kartel dadah yang bersembunyi di Malaysia.. Rupanya hero hanya menggunakan Solomon Caesar sebagai umpan, sasaran dia yang sebenar ialah Michael Caesar.. Bila da berjaya perdayakan Solomon dan bunuh, filem beralih ke bahagian kedua.. Masa ini muncul adik hero yang berkerja sebagai polis.. Bahagian kedua ini diceritakan mengenai Michael Caesar yang berbaik dengan hero dan memperdayakan hero untuk menjalankan bisnes dadah dia.. Kelakar tengok pertembungan hero dan adik dia..

Waltair Veerayya
2023 ‧ Action/Drama/Comedy/Thriller ‧ 2h 35m
The story between a fisherman and his friend, egoistic ACP Vikram Sagar IPS, who stops Veerayya from smuggling goods.

Coretan 2 Syawal 1444H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tahun ini Sha bawa angah untuk ziarah kubur arwah mak.. Tahun lepas tak berkesempatan nak pergi, jadinya tahun ini kita pergi.. Alhamdulillah, ada angah dan encik suami.. Bolehlah bersihkan kubur.. Kalau sorang memang lambatlah selesainya.. 

Merimbun subur pokok ini..

Setelah dibersihkan..
36 tahun tanpa mak.. Mak tetap di hati.. Selamanya..

Monday, April 24, 2023

ebook | X-Venture Little Fairy Tale (Lost Legend Series Book 7) by Sherlock A., Bob A.

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini 3 sekawan iaitu Rain, Sean dan Stone telah mengembara melalui mesin tetapi ketika ingin bermula, berlaku gegeran.. Ini menyebakan mereka berubah menjadi kecil dan tercampak ke dalam hutan.. Memang keadaan jadi merbahaya buat mereka seba semua serangga menjadi besar dan berbahaya.. Namun ketika hilang arah mereka terjumpa dengan makhluk yang dikatakan lagenda iaitu pari-pari..  Selain itu ada juga info dan fakta mengenai serangga..

Sha baca dan selesai pada 20.04.2023..

Published September 10, 2020
Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..

India | Vedha (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aduh.. Ganas betul filemnya.. Walaupun macam tak berapa nak logik kekuatan Vedha tu tapikan, ini filem.. Jadinya jom je layan.. Sha tak bersetujulah dengan pembalasan sebegini sebab kita ada undang-undang tapi ini filem.. Apa pun boleh jadi logik..

Kisa Vedha dan Kanaka yang membalas kejahatan yang dilakukan terhadap mereka.. Satu persatu mangsa dicari untuk dihukum.. Semuanya kerana penjahat terlepas dari hukuman undang-undang.. Bila yang bersalah tak dihukum, keadilan dah tak dipandang..

Tapikan ada bahaian yang kelakar.. Masa Vedha baru kahwin.. Part nie memang syok layan.. kikikiki..

Vedha
2022 ‧ Action/DramaCrime/Revenge ‧ 2h 36m
A father and daughter embark on a killing spree in a bid to seek revenge against those who have wronged them. However, a police officer seeks to put an end to their murders.
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com