Showing posts with label Review Filem. Show all posts
Showing posts with label Review Filem. Show all posts

Thursday, October 22, 2026

Malaysia | Khadam (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kalau ingat filem seram Melayu cuma pasal hantu muncul tiba-tiba sambil dihiasi muzik bingit, Khadam ada sesuatu yang lebih menarik untuk ditawarkan.. 👀

Bayangkan bila gangguan yang datang bukan sekadar nak menakutkan, tetapi mula mengambil tempat dalam kehidupan kita sendiri.. Seram dia bukan setakat tentang makhluk ghaib, tapi juga tentang keluarga, pengorbanan dan warisan yang kita sendiri tak pernah minta..

Sha tertarik dengan konsep saka yang dibawa dalam filem ini.. Ditambah pula dengan latar kampung pada zaman dahulu, suasana yang penuh misteri dan konflik yang semakin menekan.. Semua ini memang boleh jadi sebab untuk kita tengok filem ini sampai habis..

Kadang-kadang, benda paling menakutkan bukanlah sesuatu yang kita tak kenal, tetapi sesuatu yang kelihatan seperti diri kita sendiri.. 😶‍🌫️

Filem ini berjaya buat Sha sakit hati sangat-sangat dengan Awang.. Ish.. Geram tau tak.. 

Khadam
Genre: Seram
Tarikh Tayangan: 11 Jun 2026
Pelakon: Aghniny Haque, Datuk Remy Ishak, Siti Khadijah Halim, Jun Lojong, Zarra Zhaf, Karl El

Sinopsis: Melor (Aghniny Haque) terpaksa mewarisi saka keluarga selepas pemergian ibunya - entiti mistik yang menjelma sebagai versi dirinya yang lebih sempurna. Perlahan-lahan, saka itu mula mengambil alih peranannya sebagai isteri kepada Awang (Datuk Remy Ishak) dan ibu kepada anak-anaknya.

Berlatar belakangkan era 1950-an, Melor berhadapan dengan ancaman yang bukan sahaja fizikal, tetapi menghakis jiwa, apabila orang tersayang mula memilih "Melor" yang lain. Dikelilingi oleh bayangan yang semakin menguat, Melor perlu berjuang keras untuk mendapatkan semula kehidupan, keluarga, dan dirinya sendiri sebelum dia hilang sepenuhnya.

Sunday, October 18, 2026

Korea | Hope (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini bermula dengan konflik yang huru hara.. 50 minit pertama tu jenuhlah tunggu siapakah punca huru hara yang berlaku.. Bila dah muncul tu memang mengejutkanlah sebab tak dijangka.. Tu belum lagi tengok perangai melulu Bum-Seok.. Sabar jelah.. Part ini kan memang geram ja tengok.. Tapi bila sepatutnya dia tembak, boleh pula dia kejung.. huhuhu.. Tapikan dekat 20 minit nak habis cerita, ada babak kelakar tau.. Walhal masa ni diorang tengah bertarung menyelamatkan diri.. Hahaha.. Nampak gayanya memang kena sabarlah tunggu bahagian kedua..

Filem ini bukan sekadar cerita tentang makhluk misteri yang menyerang manusia.. Ia berkembang menjadi sebuah kisah sci-fi yang melibatkan salah faham, tindakan manusia dan konflik yang membawa kesan yang jauh lebih besar daripada jangkaan.. Apa yang membuatkan filem ini agak berbeza ialah cara ia mencampurkan thriller, seram makhluk, aksi, unsur pelik dan persoalan tentang siapa sebenarnya yang patut dianggap sebagai ancaman..

Title: Hope
Also Known As: Hopeu
Screenwriter & Director: Na Hong Jin
Genres: Action, Thriller, Mystery, Sci-Fi
Type: Movie
Format: Feature Film
Country: South Korea
Release Date: May 17, 2026
Duration: 2 hr. 40 min.
Cast: Hwang Jung Min, Zo In Sung, Jung Ho Yeon, Jang Yoo, Eum Moon Suk, Im Hyun Shik

“Hope” follows the residents of Hopo Port, where a mysterious discovery is made on the outskirts of the remote harbor town. Before long, the residents find themselves in a desperate fight for survival against something they have never encountered before.

~~ Release dates: May 17, 2026 (Festival) || Jul 15, 2026 (Cinema) ~~

Tuesday, October 13, 2026

US | Supergirl (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tengok sebab tajuk dia Supergirl dan ada Jason Momoa.. 😂 Tak jangka pun filem ini macam mana dan bagaimana, memang nak enjoy ja..

Pada Sha, Milly Alcock memang membawa karakter Kara dengan cukup tersendiri.. Ada sisi nakal, kasar sikit, kelam dan tak terlalu cuba menjadi hero yang sempurna.. Digabungkan pula dengan Krypto  iaitu anjing milik Kara yang comel, cerita ini jadi pengembaraan merentas planet dengan aksi yang memang boleh layanlah..

Sha paling suka masa babak Kara dapat balik kuasa dia dan selamatkan Ruthye yang dikelilingi oleh Brigands.. Mantap betul babak ni..

Supergirl
Taglines: Look out.
2026 ‧ Sci-fi/Action/Adventure ‧ 1h 50m
Cast: Milly Alcock, Matthias Schoenaerts, Eve Ridley, David Krumholtz, Emily Beecham, David Corenswet, Jason Momoa
When a brutal and unyielding enemy hits dangerously close to home, Supergirl is forced into an uneasy alliance with an improbable ally as she embarks on a journey in pursuit of justice and revenge.

Sunday, October 11, 2026

Thailand | The Debt Collector (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jumpa filem Thailand ni secara random ja.. Tak tahu apa-apa pun pasal cerita dia.. Tekan butang play dan akhirnya terus tengok sampai habis.. 😂

The Debt Collector ini memang bukan filem yang datang dengan plot paling original.. Kisah penagih hutang, dunia jenayah, masa lalu dan usaha untuk menebus kesilapan mungkin formula yang biasa kita jumpa.. Tapi apa yang buat Sha teruskan menonton ialah aksi dalam filem ini.. Pergaduhan dia keras, kemas dan terasa cukup puas bila ditonton.. Nadech Kugimiya pun memang sesuai bawa watak yang pendiam tetapi boleh bertukar jadi ganas bila diperlukan.. 🤭

Walaupun ada beberapa bahagian yang agak perlahan, bagi Sha ia tetap berbaloi. Suasana filemnya yang gelap dan sarat dengan realiti berjaya menghidupkan plot cerita yang perlahan-lahan membongkar sisi berbeza watak utama..

Secara keseluruhan, filem ini bukanlah sekadar filem aksi kosong.. Ia sebuah naskhah yang berat dengan emosi dan pengajaran tentang peluang kedua.. Sesuai sangat untuk korang yang suka drama thriller yang dekat dengan realiti kehidupan..

Title: The Debt Collector
Also Known As: Khon Dueat Thuang Khaen
Screenwriter: Pun Homchuen, Daew Onusa Donsawai
Screenwriter & Director: Top Surapong Ploensang
Genres: Action, Thriller, Crime
Type: Movie
Format: Made-for-TV Movie
Country: Thailand
Release Date: Jul 23, 2026
Duration: 2 hr. 15 min.
Cast: Nadech Kugimiya, Daou Pittaya Saechua, Tob Chaiwat Thongsang, Nualprang Trichit, Jack Jonathan Holman, Japan Ploypaphas Fonkaewsiwaporn, Jim Kunkanit Khumkrong, Earth Nuttanan Khunwat, Paphon Jirahitaphat
Haunted by guilt after his time behind bars, a former underground debt collector races against a terminal illness, returning to his old world to avenge injustices against illegal loan victims and seek redemption from his past.

Saturday, October 10, 2026

UK/US | Mutiny (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tengok filem ni sebab Jason Statham ja.. Tak ada sebab lain.. 😂

Plotnya? Kalau dah biasa tengok filem Jason Statham, kita mungkin dah boleh agak ke mana hala tuju ceritanya.. Formula biasa filem beliau, heronya kena fitnah, ada orang jahat, ada konspirasi dan kemudiannya kita akan tengok Jason Statham buat kerja beliau.. 🤣

Tapi itulah sebabnya Sha tetap enjoy.. Aksi lawan tangan, kejar-mengejar dan pergaduhan atas kapal memang menjadi kalau heronya Jason Statham.. Tak perlu terlalu banyak berfikir dan teka siapa dalangnya.. Cuma perlu duduk dan tengok ja Jason Statham belasah penjahat tanpa belas kasihan..

Plot ceritannya mungkin berulang, tapi kalau Jason Statham masih boleh tumbuk, tendang dan selamatkan keadaan, Sha masih tetap akan tengok.. 😂💥

Mutiny
Taglines: There's blood in the water.
2026 ‧ Adventure/Action/Crime/Thriller ‧ 1h 35m
Cast: Jason Statham, Annabelle Wallis, Roland Møller, Adrian Lester
Framed for the murder of his billionaire boss, a vengeful man uncovers an international conspiracy as he battles a gang of thugs aboard a cargo ship.

Wednesday, October 7, 2026

India | Captain (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Banyak ulasan di media sosialyang kata filem ni tak berapa menjadi tapi bagi Sha, okay ja untuk ditonton santai-santai.. 😂

Konsepnya menarik, campuran aksi tentera + sci-fi + makhluk misteri dalam hutan.. Memang ada bahagian yang nampak agak terlebih rajin nak jadi Hollywood, VFX pun ada masa nampak kurang meyakinkan dan plotnya pula bukanlah sesuatu yang kita belum pernah tengok..

Tapi kalau masuk dengan expectation sederhana, Sha enjoy ja tonton filem ini.. Filem ini ada aksi, ada misteri dan ada juga beberapa babak yang buat Sha tertanya-tanya apa sebenarnya misteri atau rahsia yang ada dalam kawasan tu..

Kadang-kadang Sha tengok filem bukan sebab filem tu sempurna atau ceritanya logik, Sha tengok sebab nak tahu “apa bendalah yang mereka cuba buat kali ni?” 😂🍿 Lagi tak logik lagi seronok layan sebenarnya sebab kita tak melihat realiti kehidupan yang dah cukup serabut..

Captain
2022 ‧ Sci-fi/Action/Drama/Thriller ‧ 1h 56m
Cast: Arya, Aishwarya Lekshmi, Simran, Gokul Anand, Kavya Shetty, Harish Uthaman, Bharath Raj, Gokulnath, Adithya Menon
A group of soldiers head out on a dangerous mission into a forest to uncover a mystery. However, they soon discover that they are in over their heads.

Sunday, October 4, 2026

Malaysia | Libang Libu (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kalau nak cari filem yang serabut, kecoh dan entah ke mana hala tuju dia, inilah dia.. 😂

Libang Libu ini bagi Sha memang jenis filem yang lagi seronok kalau kita tengok tanpa terlalu banyak jangkaan yang tinggi.. Lawaknya bersahaja untuk Sha, watak-wataknya macam orang yang kita pernah jumpa dan suasana kampung tu memang terasa dekatlah..

Yang paling syok, di sebalik kekecohan dan gelak ketawa tu, ada juga diselitkan cerita tentang keluarga, ego, masalah hidup dan perangai manusia yang kadang-kadang memang boleh buat kita geleng kepalalah.. 🤭

Tak perlu fikir banyak.. Duduk, tengok dan biarkan kampung ini buat kecoh untuk kita.. 😂🍿

Kalau suka komedi tempatan yang santai, pelik-pelik sikit dan penuh dengan watak berwarna-warni, Libang Libu ini sesuai sangat untuk ditonton.. Kalau tengok dengan teliti, sebenarnya filem ini ada ja selitkan nasihat..

Owh ya libang libu ialah ungkapan dalam loghat Perak yang bermaksud tidak senang duduk, gelisah, serabut atau tidak tentu hala..

Libang Libu
2026 ‧ Comedy/ ‧ 1h 47m
Cast: Amerul Affendi, Beto Kusyairy, Nabila Huda, Ozlynn Waty, Sara Ali
A film production team is filming in a village in Perak. Trouble starts to show from day one, and even more challenges arise in the days that follow.

Saturday, October 3, 2026

US | The End of Oak Street (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ingatkan nak tengok cerita pasal kejiranan biasa-biasa, sekali satu jalan terus masuk dunia yang bukan-bukan.. Memang tak dijangkalah.. 😂

Filem ni memang berjaya buat Sha rasa berdebar dan tertanya-tanya dari awal sampai akhir.. Ada misteri, dinosaur, usaha untuk terus bertahan dan beberapa babak yang buat kita tertanya-tanya, “Okay… lepas ni apa pula yang akan jadi?”

Sha suka bagaimana cerita ini bukan sekadar tentang bagaimana mereka nak selamatkan diri daripada makhluk yang mengejar tapi turut menyelitkan hubungan keluarga serta masalah yang mereka bawa bersama..

Kalau anda sukakan cerita survival dengan konsep pelik yang buat otak bekerja sambil mata sibuk melihat dinosaur mengejar manusia, bolehlah cuba bagi peluang pada filem ni..

The End of Oak Street
2026 ‧ Sci-fi/Adventure/Action/Mystery/Thriller ‧ 1h 40m
Cast: Anne Hathaway, Ewan McGregor, Maisy Stella, Christian Convery
A mysterious cosmic event rips Oak Street from suburbia and transports a neighbourhood to someplace unknown. The Platt family soon discovers that their very survival depends on sticking together as they navigate their now unrecognisable surroundings.

Tuesday, August 11, 2026

Malaysia | Pewaris Susuk (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Satu benda yang Sha boleh cakap selepas habis tengok Pewaris Susuk... Maya memang boleh buat Sha geram! 😂 Adoilah.. Sabar ja lah dengan perangai Maya tu.. Tapi nak salahkan Maya 100% pun tak boleh juga..

Ceritanya tentang susuk, rahsia keluarga dan perjanjian yang diwarisi ini sebenarnya menarik.. Sha suka konsepnya dan rasa unsur mistik yang diketengahkan memang ada potensi untuk jadi lebih seram dan mengganggu.. Permulaan dia ja dah penuh misteri.. Mula tu macam keliru jugalah dengan gambar yang Maya duk pegang tu.. Bila Seroja tengok, barulah faham.. 

Babak seram dia okay-okaylah.. Taklah terlalu seram.. Bolehlah nak layan..

Pewaris Susuk
Genre: Seram
Tarikh Tayangan: 30 April 2026
Pelakon: Sarimah Ibrahim, Alya Iman, Rosyam Nor, Dayang Fajra, Trisha Ooi, Hairie Othman, Aleza Shadan, Abon, Sherie Merlis

Sinopsis Pewaris Susuk
Plot: Dalam dunia yang dipenuhi kuasa dan pengaruh, tersembunyi rahsia gelap yang diwarisi tanpa pilihan. Seroja menjalani kehidupan sempurna, namun terikat dengan perjanjian terlarang yang menuntut kesetiaan sehidup semati. Segala yang dimiliki hanyalah pinjaman, dan setiap pinjaman datang dengan harga. Kerakusan manusia semakin membara. Demi kekuatan, nyawa menjadi taruhan.

Di tengah kekalutan, Maya mula menyelongkar misteri, dia tanpa sedar terperangkap dalam permainan berbahaya. Kepercayaan menjadi kelemahan, dan rasa ingin tahu membuka pintu yang tidak boleh ditutup.

Dalam pertarungan antara darah dan pengorbanan, seseorang harus membuat pilihan terakhir.

Saturday, July 25, 2026

Korea | Colony (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Gigihlah Sha tengok juga sebab ada ji Chang Wook.. Geram betul tengok Yeong Cheol tu.. Jahat gila.. Dia inilah punca virus zombie bermula.. Zombie kali ini memang dasyat wei.. Berevolusi dengan sangat gila.. Zombienya boleh berkomunikasi antara satu sama lain.. Tak mudah di tipu sebab zombienya cerdik.. Bukan kaleng-kaleng.. Memang jenuhlah nak lepaskan diri.. Tu belum lagi dengan manusia yang pentingkan diri.. Paling sakit hati masa awal filem tu.. Perempuan baju merah tu memang gilalah.. Disebabkan dia watak Gyu Seong mati.. Lepas tu polis bernama Bong Seok tu.. Disebabkan polis tu kakak Ji Chang Wook mati.. Geram ja tengok.. Ish.. Bila dia kena serang dengan zombie tu, memang Sha tepuk tangan.. Serangan terancang okay.. Memang zombie-zombie tu diarahkan untuk serang polis tu.. Gilalah..

Lepas kakak Ji Chang Wook mati memang watak dia berubahlah.. Tujuan dia satu ja, nak bunuh Yeong Cheol.. Punca segala masalah.. Masa ini kan memang kesian gila dengan Ji Chang Wook sebab saat dia hampir berjaya dia diserang kakak dia yang dah jadi zombie.. huhuhuhuhu...

Dari segi keseluruhan filem, Colony ini menawarkan aksi yang mantap, visual makhluk yang sangat menggerunkan dan suasana yang penuh dengan ketegangan luar biasa..

Title: Colony
Also Known As: Gunche
Screenwriter & Director: Yeon Sang Ho
Screenwriter: Choi Gyu Seok
Genres: Action, Thriller, Horror, Sci-Fi
Type: Movie
Format: Feature Film
Country: South Korea
Release Date: May 15, 2026
Duration: 2 hr. 2 min.
Se Jeong, a biotechnology professor, attends a biotech conference—only to witness it spiral into catastrophe when a rapidly mutating virus is unleashed. As the outbreak spreads and the infected begin to transform, authorities seal off the entire facility, trapping the survivors with an ever-growing threat..

Saturday, July 11, 2026

China | The Furious (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah penculikkan kanak-kanak.. Walaupun filem tapi setiap kali menonton filem macam ini robek rasa hati.. huhuhu..

Kong Gu kehilangan anaknya depan mata dia.. Jenuhlah berlawan dan mengejar tapi tetap tak berjaya menyelamatkan.. Bila buat laporan polis, laporan dia tak dipandang pun sebab kes hilang terlalu banyak.. Masa mula mencari anak dia Kong Gu bertemu Navin yang juga tengah mencari sendiket tu.. Mereka berjaya jumpa dengan anak Kong Gu namun semasa mereka berusaha menyelamatkan juga kanak-kanak lain, samseng datang menghalang dan pihak polis hanya melihat.. Memang stress betul masa ini.. Tapi mujurlah lepas desakan orang ramai, polis-polis ini bantu juga tumpaskan samseng tu dan selamatkan kanak-kanak yang diculik..

Cumanya Navin dan kong Gu tetap kena duduk dalam lokap.. Malam tu ketua samseng datang nak balas dendam dekat Kong Gu dan Navin.. Memang ganaslah babak dekat balai ini.. Dua lawan dua tau.. Navin lawan dengan ketua samseng.. Kong Gu pula lawan dengan orang kanan dia..

Title: The Furious
Also Known As: Fo Tse Ngaan, Huo Zhe Yan
Screenwriter: Tin Shu Mak
Director: Tanigaki Kenji
Genres: Action, Mystery, Crime
Type: Movie
Format: Feature Film
Country: Hong Kong
Release Date: Sep 6, 2025
Duration: 1 hr. 53 min.
When his daughter is snatched off the street, simple tradesman Kong Gu fights his way through a complex web of criminals in a frantic attempt to win her back by any means necessary. His only ally is tireless journalist Navin. The two men from utterly different backgrounds must learn to trust, collaborate and draw on combat skills from their own hidden pasts.

Malaysia | Keramat Gunung Jerai (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

3 orang rakan naik ke Gunung Jerai untuk satu ritual salah.. Mereka berjaya namun selepas satu waktu, masalah mula muncul.. Wan hilang secara misteri dan maut akibat tuntutan perjanjian tersebut.. Anak Junaidi pun turut hilang kerana dimbil oleh Penunggu tersebut sebagai galang ganti kekayaan yang dimilikinya manakala anak Hakim mula diganggu.. Junaidi dan Hakim kembali ke Gunung Jerai kononnya ingin melakukan ritual pemulangan semula batu yang mereka ambil tapi tanpa Hakim sedar, musuh sebenar bukanlah penunggu tapi kawan baik dia sendiri..

Hakim cuba dibantu oleh Man namun Hakim terlambat sedar dan terpaksa menerima hakikat kehilangan anaknya.. Sedihlah ending dia..

Keramat Gunung Jerai
Tarikh Tayangan: 8 Julai 2026
Platform Penstriman: Tonton
Pengarah: Luqman Hafidz
Produksi: Lumatic Films
Pelakon: Niezam Zaidi, Christina Suzanne, Sara Ali, ledil Dzuhrie Alaudin, Akmal Asyraf, 
Kis Aisha

Sinopsis: Tiga sahabat karib, Hakim (Niezam Zaidi), Junaidi (Iedil Dzuhrie Alaudin) dan Wan (Akmal Asyraf), nekad mendaki Gunung Jerai untuk melakukan sebuah ritual terlarang. Mereka tertarik dengan kewujudan sebuah batu misteri yang dipercayai mampu memakbulkan apa sahaja keinginan manusia.

Sejak malam itu, kehidupan mereka berubah sepenuhnya. Kejayaan hadir tanpa diduga, seolah-olah ada kuasa ghaib yang sentiasa memenuhi setiap impian mereka. Namun, segala kemewahan dan kesenangan itu datang bersama harga yang amat mahal.

Sedikit demi sedikit, gangguan misteri mula menghantui kehidupan mereka dan keadaan menjadi semakin gelap dari hari ke hari. Dalam masa yang sama, Wan pula menghilangkan diri tanpa sebarang khabar berita. Bertahun-tahun kemudian, tragedi baharu pula menimpa apabila anak perempuan Hakim yang masih kecil, Laila (Kis Aisha), diserang penyakit aneh yang langsung tidak mampu dijelaskan oleh logik.

Dalam keadaan terdesak serta dihimpit rasa bersalah, Hakim mengambil keputusan untuk kembali ke Gunung Jerai bersama Junaidi dengan harapan dapat membetulkan kesilapan yang pernah mereka lakukan. Namun, semakin jauh mereka menyelami misteri tersebut, semakin banyak rahsia gelap mula terbongkar.

Pencarian mereka akhirnya membawa kepada pendedahan yang melibatkan orang-orang terdekat, termasuk Najiha (Cristina Suzanne) dan Mek La (Sara Ali). Pada masa yang sama, serpihan demi serpihan kisah silam yang selama ini terkubur mula muncul semula, membuatkan mereka sedar bahawa mereka kini sedang berdepan dengan satu kuasa mistik yang jauh lebih dahsyat daripada apa yang pernah dibayangkan.

Mampukah Hakim menyelamatkan nyawa anaknya serta merungkai sumpahan yang menghantui mereka selama ini? Atau adakah segala pilihan yang dibuat pada masa lalu sememangnya ditakdirkan tidak lagi mampu diubah?

Monday, July 6, 2026

Thailand | Pee Nak 5 (2026)

Assalmualaikum..
Hye semua..

Sha bermula dengan filem ketiga dari sini ini dan tak sangka masih setia menonton.. Filem kelima ini tak lah Sha tunggu dan Sha dah tak ingat pun siri ini akan keluar filem kelima.. Bila terjumpa, kita tengok je lah sebab Sha suka tengok keletah diorang tiap kali diganggu.. kikiki..

Kali ini giliran Nott pula diganggu.. Pee Nak/Nin yang mengganggu ini merupakan abang kepada Nott dan sangat berdendam dengan kebahagian orang lain.. Nin ini tak boleh terima yang Nott dapat menjadi sami tapi dia kena berkerja bersama bapa dia.. Bapa diorang layan Nin dengan keras.. Disebabkan itu Nin sangat-sangat berdendam dan mula membunuh.. Bila Nin dibunuh polis, dia mati di tempat yang tak sepatutnya dan mula berubah menjadi Pee Nak.. Nin mula mencari semua kesayangan Nott untuk dibunuh.. Nin berjaya bunuh Bonus dan seorang sami yang cuba membantu mereka namun pada akhirnya bila Nin lihat Nott berkorban untuk dia barulah Nin berubah..

Jomlah kita tunggu filem ke enam.. Pengarah masih nak teruskan siri ini ya.. 

Title: Pee Nak 5
Director: Mike Phontharis Chotkijsadarsopon
Genres: Action, Horror, Comedy, Supernatural
Type: Movie
Format: Feature Film
Country: Thailand
Release Date: Mar 3, 2026
Duration: 2 hr. 0 min.
A year after the deadly battle that finally subdued the vengeful ghost of Nak Tinn, the cycle of vengeance returns once again.

This time, Balloon, First, and Tho Min Jun come face-to-face with a new Nak ghost hunting them down. Luckily, Noht arrives in time to save them. But it soon becomes clear that the new Nak ghost has set its sights on killing everyone Nott loves.

The gang reunites for yet another painful trip, determined to trace the origins of this terrifying ghost. They’ve faced Nak ghosts in every form — fought them, fled from them — but this battle is unlike any before. The target is not Noht himself, but everyone around him.

Will they end up in the cloud… or under the ground — buried?

“Whoever Noht loves… dies!”

Thursday, July 2, 2026

India | Bhooth Bangla (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah sebuah kampung yang disumpah tak boleh ada majlis kahwin atau pengantin perempuannya akan diculik dan dibunuh oleh syaitan Vadhusur.. Arjun dan Meera yang tinggal di London didatangi seorang peguam yang memberitahu mereka mewarisi sebuah istana dan duit di India.. Arjun balik ke India untuk melihat istana tersebut dan merancang perkahwinan Meera di istana itu.. Awalnya tak ada apa yang berlaku namun seiring masa berjalan makin banyak perkara pelik berlaku yang mengesahkan kejadian lampau serta kaitannya dengan Arjun.. Perkahwinan Meera tetap berlansung dan Arjun berusaha sehabis baik melindungi Meera di hari perkahwinannya..

Bhooth Bangla
2026 ‧ Horror/Comedy horror ‧ 2h 53m
A man inherits a palace in rural Mangalpur and plans his sister's wedding there, but strange supernatural events and panicked locals force him to investigate the property's mysterious past.

Tuesday, June 23, 2026

Malaysia | Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang pertama dulu, Sha pernah tengok tapi tak ingat ada tulis ke tak ulasan dekat blog.. Blog ini kadang Sha rasa macam ada masalah.. Ada entry yang hilang tak tahu ke mana.. Tak apalah, kita cerita yang terkini ini ja.. Okaylah filem dia.. Mula-mula tu macam tak faham sangat jalan cerita dia.. Tapi lepas bersembang dengan kawan sekerja, barulah macam boleh tangkap sikit-sikit..

Kisahnya bermula bila Opah meninggal dan Darma masih hilang tak dapat dikesan.. Lynn dan mak lang mula diganggu saka.. Mak Lang diletakkan di rumah jagaan bagi mengelakkan berlaku perkara yang tak diingini namun kemudiannya Lynn ingin membawa Mak Lang tinggal bersama dia.. Malangnya mereka tak berjaya keluar pun dari kampung disebabkan gangguan yang teruk dari saka tu.. Mujurlah ada Hafiz dan Tok Imam yang membantu.. Ingatkan semua perkara dah selesai tapi Lynn tetap menjadi mangsa.. Bukan dari saka sebaliknya dari orang yang tak disangka.. Ketika Lynn berjaya dilepaskan dari gangguan, tiba-tiba Darma muncul.. Filem pun habis.. huhuhuhu..

Macam akan ada sekuel ja..

Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu
2024 ‧ Horror ‧ 1h 44m
Pelakon: Emma Maembong, Iedil Dzuhrie Alaudin, Khatijah Tan, Alif Hadi, Mawar Rashid, Ruminah Sidek, Melissa, Kel Narina

Plot: Kisah ini berterusan dengan keluarga Mak Lang, yang memiliki saka keluarga. Kematian Opah menyebabkan saka tersebut kehilangan tuan, dan ia mula mengikuti Mak Lang yang sudah tua. Lynn menjadi sasaran selepas mengalami pelbagai gangguan. Lynn perlu menghadapi banyak kejadian misteri yang mengganggu kehidupan sehariannya dan diselamatkan oleh Hafiz, seorang lelaki yang mempunyai perasaan terhadap Lynn.

Saturday, June 13, 2026

US | Mortal Kombat II (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pertarungan Mortal Kombat kembali lagi.. Kali ini melibatkan Outworld dan Earthrealm.. Pasukan Outworld terdiri dari Sindel, Shao Kahn, Kitana, Jade dan Kung Lao.. Kitana ini perisik untuk Raiden sebab dia tak suka kan Shao Kahn.. Manakala pasukan Earthrealm pula terdiri dari Johnny Cage, Sonya, Liu Kang, Jax Briggs dan Cole Young.. Johnny tak nak sertai sebab dia tak ada kuasa ke apa.. Cuma ada bakat lakonan dan boleh berlawan ja tapi tertarik masuk juga untuk berlawan dan kalah.. 

Bila diorang tahu yang diorang tak boleh nak kalahkan Shao Kahn, diorang kena cari jalan lain lah.. Mujurlah ada Kano yang dah sedia korup dan tak nak duduk dekat Outworld.. Kanolah tolong diorang untuk kalahkan Shao Kahn dengan bagi tahu pasal Bi-Han yang pegang amulet dan berada di  Netherrealm..

Menariklah filem ini sebab babak berlawan, lepas tu ada super power pula.. Setiap kali watak-wataknya bertembung di medan pertarungan, adrenalin Sha turut bertarung bersama.. Mata melekat pada skrin, jantung berdegup mengikut rentak tumbukan dan tendangan yang tidak pernah memberi ruang untuk rasa bosan..

Mortal Kombat II
2026 ‧ Action/Adventure/Fantasy/Sci-Fi ‧ 1h 56m
Johnny Cage joins other fighters in the ultimate, no-holds-barred battle to defeat the dark rule of Shao Kahn, a powerful tyrant who threatens the very existence of the Earthrealm and its defenders.

Indonesia | Sebelum Dijemput Nenek (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ceritanya bermula dengan agak seramlah juga.. Bila Hestu mula kena kacau dengan hantu nenek dia.. Tapikan, makin lama makin kelakar.. Hahaha.. Tambah bila Hestu dan Akbar buat upacara kononnya nak minta nenek mereka jangan mengganggu mereka.. Sebaliknya pula yang berlaku.. Bukannya nenek dia menghilang, malah bertambah pula hantu dekat kampung diorang.. Bertambah huru hara jadinya.. Hahaha.. Walhal nenek tu datang ada tujuan lain.. Halah.. Sabar je lah..

Before Granny Gets Us
Original title: Sebelum Dijemput Nenek
2026 ‧ Comedy/Horror ‧ 1h 43m
Hestu and Akbar suddenly changed after their grandmother passed away. Instead of finding peace, they were often visited by their grandmother's spirit with mysterious messages, including requests to be accompanied to the afterlife.

Tuesday, June 9, 2026

Malaysia | Mikael: Pemburu Dua Alam (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Adoilah.. Watak Winston inikan.. Mantaplah filem ini.. Gabungan pelakon pun memang tak dijangka namun nampaklah serasi.. Sha suka.. Harapnya adalah lagi genre macam ini.. 

Filem ini menggabungkan aksi, seram dan komedi dalam satu dunia yang penuh mitologi serta makhluk ghaib.. Watak Mikael yang dibawakan oleh Datuk Remy Ishak memberi aura pemburu yang karismatik walaupun sedikit berusia tapi masih gagah.. Manakala jalan ceritanya mengingatkan Sha kepada filem pemburu makhluk ghaib ala Barat tetapi dengan identiti Nusantara yang tersendiri.. Ada beberapa bahagian yang terasa macam keterlaluan dan berlebih-lebihan, namun secara keseluruhanya filem ini menghiburkan dan menawarkan sesuatu yang berbeza daripada kebiasaan filem tempatan..

Mikael: Pemburu Dua Alam
2026 ‧ Action/Comedy/Fantasy/Horror/Thriller ‧ 2h
Dibintangi: Datuk Remy Ishak, Norreen Iman, Fabian Loo, Alicia Amin, Ahirine Ahirudin, Megat Sharizal, Anas Ridzuan, Amir Nafis, Bront Palarae
Seorang pegawai polis elit yang juga seorang pemburu jin, menghadapi ancaman makhluk dari alam ghaib semasa menyiasat siri pembunuhan ngeri yang membawa kepada pertempuran epik menentang Raja Jin demi keseimbangan antara dua dunia.

Monday, June 8, 2026

Indonesia | Gundik (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dah pernah tengok sikit filem ini tapi lepas tu stop sekejap.. Ini baru nak sambung balik.. Kisah 4 orang lelaki yang cuba merompak sebuah rumah kepunyaan Nyai.. Kononnya sebab rumah tu banyak harta.. Malangnya mereka tersalah masuk rumah.. Nyai tu bukanlah sebarangan orang.. Rumah tu bukan rumah biasa sebaliknya rumah puaka yang tak akan melepaskan mereka.. Walaupun filem ini filem seram tapi saat-saat tak dijangka muncul elemen komedi.. Tak tahulah nak rasa seram ke kelakar.. huhuhu.. Lepas tu penamat dia memang di luar jangkaan.. Betul-betul tak disangka..

Gundik
Also known as: The Concubine
2025 ‧ Horror/Action/Crime/Thriller ‧ 1h 52m
It revolves around a robbery plan carried out by four thieves. The four men have a plan to rob the house of a mistress of a state official, known as Gundik.

Friday, June 5, 2026

Indonesia | Agak Laen: Menyala Pantiku! (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini bukanlah sambungan kepada filem Agak Laen (2024).. Kali ini mereka berempat terpaksa menyamar di sebuah rumah jagaan orang tua untuk mencari seorang pembunuh.. Ini ja kesempatan yang ada, kalau gagal juga mereka akan dibuang kerja sebagao polis.. Jadinya Boris dan Oki terpaksa menyamar menjadi pasangan tua yang kehilangan tempat tinggal manakala Jegel dan Bene menyamar menjadi pekerja.. Memang kelakarlah cara penyamaran dan penyiasatan diorang ini.. Sampailah akhirnya diorang jumpa juga pembunuh yang sebenar.. Tapi tu lah, diorang tetap kena buang kerja dan pembunuh tu pula meninggal.. huhuhu..

Kelakarlah cerita dia.. Bolehlah layan santai-santai..

Agak Laen: Menyala Pantiku!
2025 ‧ Comedy/Crime/Mystery ‧ 1h 59m
After repeatedly failing to carry out their missions, Detectives Bene, Boris, Jegel, and Oki are given one last chance: to go undercover and infiltrate a nursing home, to search for the fugitive in the murder case of the mayor's child.

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com