Assalamualaikum..
Hye semua..
Ahad (08.11.2026) malam, telefon encik suami jatuh dan terus blank skrin dia.. Memang tak ada apa dah.. Tapi masih ada bunyi call, alarm dan notification cumanya tak nampaklah.. Sampai dah masanya.. Sha suruh encik suami beli baru ja, sebab telefon tu pun dah agak teruk kondisi dia.. Lamalah juga beliau berfikir-fikir sampailah Selasa (10.11.2026) malam beliau minta tolong belikan telefon baru melalui akaun Shopee Sha.. Setelah menimbang baik buruk, kemudahan dan kelebihan, akhirnya encik suami pilih Infinix Note Edge untuk dibeli.. Harga dia memang murah banyaklah.. Telefon sampai semalam (Khamis-12.11.2026).. Malamnya terus set up untuk pakai..
Infinix Note Edge 5G/X6887 (8GB+256GB) - RM767.72
Harga asal RM1159.00 - Banyak diskaun dia bagi..
Lawa betul warna biru dia..
Infinix Note 12 - Gelap terus skrin dia lepas jatuh.. Bunyi tu masih ada cuma dah tak ada paparan.. Skrin dia tu dah tercabut separuh, tu agaknya terus hilang paparan dia..
Bateri pun dah mula kembung dan bahagian belakang telefon ini dah retak.. kikiki.. Uzur sangat dah dianya..

























No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..