Friday, August 31, 2018

Listen To Her Heart (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama Korea ini, pendek je.. 5 episod dan setiap episod lebih kurang 10 minit macam itu.. Drama ini mengenai peluang kedua dalam mengejar cinta hati.. Namun sebenarnya membantu watak untuk menentukan siapa sebenarnya di hati.. Sangat ringkas dan padat.. Ada juga penerangan mengenai bantuan kecemasan yang boleh dilakukan pada saat-saat kecemasan.. Cara yang betul melakukan CPR..

Listen To Her Heart
KWeb Drama | Romance | 5 Episodes | 20 Nov 2017 - 24 Nov 2017 |

Sayangi Malaysiaku 2018

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selamat bercuti..


Thursday, August 30, 2018

Air Green Tea

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang peminat green tea.. Tak kisah dalam bentuk apa pun mesti Sha nak cuba.. Selalu Sha beli jenama Goodday.. Sedap dan tak manis sangat.. Kelmarin masa termasuk dalam 7Eleven, terjumpa air Green Tea jenama Starbucks.. Dalam botol kaca.. Sebelum ini Sha pernah beli yang Black Tea (kurang kena dengan selera Sha).. Ada juga flavour Coffe dan Mocha.. Yang ini, nantilah cuba.. Kali ini kita cuba Green Tea dulu.. Harga RM11.90 tapi masa Sha beli ini ada diskaun RM1.. 
Matcha dari Starbucks dan Green Tea dari Goodday..

Review Sha: Sedap dan berbaloi bayar mahal.. Tak manis dan tak muak minum.. Seriuslly memang sedap dan Sha akan beli lagi..

 
Yang ini memang Sha rajin beli.. Murah dan sedap.. 

Spring Days of My Life by Kim Hee Chul & Kim Jungmo

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha terjumpa lagu ini sebenarnya.. Dinyanyikan oleh Kim Hee Chul (Super Junior) dekat program Immortal Songs bersama Kim Jung Mo.. Bila cari lirik dia, baru Sha tahu rupanya lagu ini asalnya dari Jepun dan dinyanyikan oleh TUBE bertajuk Garasu No Memorizu (versi ini ada lirik).. Kemudiannya dinyanyikan oleh kumpulan duo CAN (Lee Jong-won dan Bae Ki-sung).. Semua versi lagu ini pada Sha sedap.. Muzik dia walaupun dengar macam ganas tapi sebenarnya sangat sedih.. Tapi susah betul nak cari lirik dia.. Langsung tak ada.. Yang ada pun dalam bentuk video dekat youtube.. Yang Sha share kat bawah ini maksud lirik lagu ini dalam bahasa inggeris yang dinyanyikan oleh Kim Hee Chul..

https://www.youtube.com/watch?v=o1X-cnOi7yo
I roam the fishy-smelling docks as if it were my world
I live each day fearlessly with my two fists
I've no hope, dreams, fooled by love, crying over money
I cry in misery thinking about this ridiculous life

Don't call me a coward
Even if i wander the dirty back alleys
You embraced my pain
And i was happy because of you by my side

Love is short like a candle
I tried to give my life to it
But the moment the sky turned its back on me
The spring days of my life are gone

Everywhere i looked, i was alone
I walked a single path, shaking hands with solitude
I tried with all my strength to be a good man
But a dead end shattered it all

Don't call me a coward
Even if i wander the dirty back alleys
You embraced my pain
And i was happy because of you by my side

Love is short like a candle
I tried to give my life to it
But the moment the sky turned its back on me
The spring days of my life are gone

'Bae Giseong'
Don't call me a coward
Even if i wander the dirty back alleys
You embraced my pain
And i was happy because of you by my side

Love is short like a candle
I tried to give my life to it
But the moment the sky turned its back on me
The spring days of my life are gone

Nothing goes the way I planned
Nothing in this world was for me to have
I gave my life for love
All i want to do now is leave this place

Like the wind

https://www.youtube.com/watch?v=o1X-cnOi7yo
Kalau nak dengar boleh klik gambar diatas..

Wednesday, August 29, 2018

Variety Show - Knowing Bros (2015 - present)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Disebabkan kuota internet banyak.. Sha rajin gak layan youtube dengan anak-anak.. Lepas tengok variety show Super TV (boleh baca dekat SINI), suka pula tengok Heechul.. Lepas tu dekat youtube tu banyak klip pendek pendek dari rancangan Knowing Bros ini.. Konsep dia macam dalam kelas atau bilik darjah.. Ada tujuh orang pelajar lelaki yang kononnya serba tahu.. Lepas tu ada artis jemputan yang diorang jemput dan buat aktiviti.. Lebih terperinci mengenai Knowing Bros ini boleh tengok Wikipedia ye..

Yang paling menarik dah tentulah gelagat Heechul.. Heechul ini bawa watak pelajar Psiko dan main cakap lepas je.. Tu yang buat program ini lebih menarik tambahan pula dengan wajah dia yang ala ala innocent tapi sebenarnya nakal memang bestlah.. Ini untuk Sha lah.. Korang Sha tak pasti.. Sha pun tak adalah tengok dari episod 1 pun.. Tengok lompat-lompat juga.. Sebab tengok onlinekan.. 

Setakat ini Knowing Bros ini dah ada 143 episod.. Banyak tu kalau nak marathon.. kikiki.. Kalau korang nak tengok senarai episod dan senarai tetamu undangan boleh klik SINI.. Sha memang tengok episod yang ada tetamu undangannya sha suka ataupun berdasarkan klip klip yang Sha tengok dekat youtube..



Yang Sha dah tengok episod 1-13 (Ask Us Anything), 14-16 (Mental Victory Battle).. Bermula episod 17 sehingga yang terkini format rancangan ini terus jadi Brother School.. 17-42, 51 (Special EP: "Duet Project: Universe Cowards") 55, 100, 114, 115, 132, 136, 142, 143, 144 & 145

Wordless Wednesday #buku

#malaysiamembaca


Tuesday, August 28, 2018

Sambal Ikan Bilis Petai

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom Sha share tutorial buat Sambal bilis petai.. Ohsem okay.. Baru ini ada jiran bagi petai yang mata dia besar-besar.. Memang puaslah buat makan kan.. Bahan-bahannya pun mudah je.. Segenggam ikan bilis dibasuh dan ditoskan airnya, segenggam petai yang dah dikopek dan dibelah dua, bawang besar dihiris, cili kisar (cili kering segenggam, bawan merah dua ulas, bawang putih dua ulas dan seinchi halia) dan minyak untuk menggoreng..

 
Goreng petai dan ketepikan..
 
 
Goreng ikan bilis dan ketepikan..
 
 
Guna minyak yang sama, tumis bawang besar hingga naik bau..
 
 
Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak, masukkan sedikit air dan asam jawa..
 
 
Setelah cili garing masukkan petai dan ikan bilis.. Kacau sekejap..
 

Dah siap.. Jom makan.. :)

Goodday Susu Kurma

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama dah nampak iklan pasal susu kurma ini.. Tapi baru berjumpa.. Pada Sha kurang sikitlah sebab manis.. Tak macam susu kurma Farm Best.. Ini rasa ikut tekak Sha tau.. Tekak korang Sha tak tahulah.. Kenalah beli dan rasa.. Sekarang macam senang nak jumpa.. Dekat Petronas pun ada jual.. RM2.20 sekotak..
 

Monday, August 27, 2018

China | Guardian (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini sangat-sangat menarik dan ohsem.. Episod pertama je dah memikat.. Sha tengok dengan anak-anak, tapi tak semua episodlah.. Ada yang Sha tengok online je dekat youtube.. Ada subtitle tau dekat youtube tu.. Tapinya bahasa Inggerislah.. Drama diadaptasi daripada novel dengan tajuk yang sama cuma diubahsuai sedikit sebab ada babak sensor dan drama ini disiarkan di website www.youku.com..

Pada Sha drama ni sangat menarik walaupun agak panjang.. Ada 40 episod dan setiap episod lebih kurang 40 ke 45 minit.. Watak utama drama ini dilakonkan oleh Bai Yu dan Zhu Yi Long.. Dua pelakon ini pertama kali Sha tengok lakonannya.. Pada Sha mereka memang sangat serasi.. Persahabatan zaman dahulu kala yang membawa ke zaman sekarang..

Kisah makhluk Dixing yang ada kuasa tapi demi keamanan bersama telah disuruh duduk di dalam perut bumi.. Jauh dari matahari, manusia dan dunia luar.. Namun pemberontakkan mula berlaku, kuasa jahat yang terkurung lebih 10 ribu tahun yang lalu cuba melepaskan diri dan membuat onar.. Zhao Yunlan dan anggota SID bersama Shen Wei, berusaha menentang kuasa jahat dan memastikan keamanan terus berkekalan di dunia manusia..

https://www.youtube.com/watch?v=JdRj_d7_skE&list=PLJ8tSVdIuzBat-nls5abbxhudDhnbLHk6
Guardian Other Name: Zhen Hun
CH Drama | 40 Episodes | Aired: Jun 13, 2018 - Jul 24, 2018 | Crime, Fantasy, Drama, Supernatural,  Friendship |
Sinopsis: More than ten thousand years ago an alien race landed on the planet Haixing, some among them fused their cells with plants and animals, forming the Yashou tribe. Some stayed deep under the ground and were called the Dixing people. Their cells mutated as well and they became capable of some supernatural powers. There was however peace between the three tribes. Until a meteor hit Haixing and the Dixing's resources started to deplete and they escaped to the surface and started a war with the Haixing and the Yashou people. The Haixing in the end won the war after they created 4 Holy Tools out of the meteor. The three tribes then agreed on a peace.
Zhao Yun Lan (Bai Yu) is an unruly leader of the Special Investigation Department in charge of case done by Dixing. Shen Wei (Zhu Yilong), a gentle and calm university professor for biological engineering, his real identity is the black robed envoy, one of the three most powerful people of Dixing.(Sumber Wikipedia)

 
Pelakon 


 



 Dua watak yang ohsem.. Cerita ini best sebab mereka berdua ini.. Bromance antara mereka membuatkan cerita jadi menarik dan ohsem.. Sha suka tengok chemistry mereka, nampak sangat real.. (A bromance is a close but non-sexual relationship between two or more men. It is an exceptionally tight affectional, homosocial male bonding relationship exceeding that of usual friendship, and is distinguished by a particularly high level of emotional intimacy.)

Petua Simpan Cili

Assalamualaikum..
Hye semua..

Petua untuk simpan cili padi/cili merah/cili hijau supaya tetap kekal segar dan tahan lama.. Sha dapat petua ini dekat group WhatsApp kalau tak silap.. Caranya sangat mudah.. Cuma perlu basuh cili, toskan air dan simpan bersama bawang putih yang dah dikopek kulitnya di dalam bekas yang bertutup dan simpan dalam peti ais.. Insya Allah cili tahan lama.. Kadang sampai sebulan kalau Sha terlebih beli cili.. 

Sha buat ini pada 18.08.2018..
 
 Cili yang dah dibasuh dan ditiskan airnya..

 
 Bawang putih yang dah dikupas kulit..

 
Ini gambar terkini.. Sha ambil pada 27.08.2018.. Cili masih dalam keadaan segar lagi..

Sunday, August 26, 2018

Jurassic World: Fallen Kingdom (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dah tengok ke filem ini?? Sha baru berpeluang nak tengok.. Filem yang menarik..

Untuk yang melihat dan tak menacari apa-apa, filem ini memang menyeronokkan dan mendebarkan.. Pada Sha seronok tengok dengan keluarga sebab tak ada adegan 18 sx.. Lebih pada aksi dinasour yang ganas je.. 

Apa yang pasti, penamat dia memang buat kita berfikir.. Bila manusia cuba menjadi tuhan dan mencipta semula apa yang sudah tiada memang huru hara dunia dibuatnya..


Saturday, August 25, 2018

Drama Korea | Secret Queen Makers (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha ada share pasal drama 7 first Kisses yang mempromosikan Lotte Duty Free Shop (Boleh baca SINI dan SINI), kali ini diorang keluarkan drama yang kedua pula bertajuk Secret Queen Makers.. Kali ini ada 6 pelakon/penyanyi dalam drama pendek ini.. Menarik sebab mereka mempromosikan kedai barangan bebas cukai dengan cara yang ohsem.. Cubalah tengok.. Serius menarik.. Dia macam ada misteri misteri sikit..

Pelakon
  • Go Won-hee
  • Lee Joon-gi  (Ep. 6) Her Transformation Begins
  • Chansung (Ep. 1-2) Fateful Encounter
  • Leeteuk (Ep. 2-3) The Grim Reaper? The Messenger of Beauty!
  • Hwang Chi-yeul (Ep. 3-4) In Search of Lost Time
  • Chanyeol (Ep. 4-5) It's The First Time I Meet a Girl Like You
  • Sehun (Ep. 6-7) An Unexpected Gift
  • Jin Hye-won
Lotte Duty Free Season 2: Secret Queen Makers
Also Known As: Kwinka Meikeo
KWebDrama | Romance, Life | 7 Episodes | 4 Jun 2018 - 19 Jun 2018

Friday, August 24, 2018

Pengorbanan AidilAdha 2018

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tahun ini buat pertama kalinya Sha beraya di kuarters sahaja.. Tak balik kampung MIL mahupun keluarga Sha.. Sebabnya MIL Sha sekarang duduk dengan Sha.. MIL dah tak larat dan beliau dah berkerusi roda.. Makanya encik suami yang menguruskan MIL dan MIL lebih selesa duduk dengan kami berbanding dengan adik-adik encik suami walaupun rumah Sha di tingkat dua.. 

Perasaan tak balik ke kampung tu susah nak diungkapkan.. Sayunya tak dapat diungkapkan.. Namun air mata tak menitis dipagi raya sebaliknya menitis saat takbir raya pertama Sha dengar dalam kereta lepas pulang dari membeli ayam untuk masak di pagi raya.. Disebabkan tak balik beraya dan Sha masil lagi berkerja pada hari Rabu, maka kami merancang menu yang mudah dan ringkas sahaja.. Sha masak meehoon sup dengan menggunakan apa yang dapat je di Pasaraya TF Value Mart.. Ayam Sha beli seekor dan dipotong kecil, meehoon sebungkus, taugeh dan tauhu.. Kemudian encik suami cadangkan untuk beli ketulan peha ayam untuk diperap buat goreng dan bakar.. 

Tetamu yang datang pun hanya adik-adik encik suami dan keluarga pengasuh Amani dan Imani.. Selebihnya kami yang makan.. Kikiki..

Pengorbanan untuk tahun ini dan mungkin juga tahun akan datang.. Apapun setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Pagi raya sempat telefon abah bertanya khabar.. Kawan-kawan pula beraya di mana?


Thursday, August 23, 2018

Variety Show - Super Junior's Super TV (Variety Show - S1 & S2)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak layan Variety Show dari Korea.. Masa jenjalan dekat Youtube.. Kikiki.. Sha terjumpa klip klip rancangan Super Junior's Super TV.. Macam menarik pula yang Season 2.. Sebab diorang jemput artis dan main game.. Tu yang terus cari secara online rancangan penuh.. Seronok juga tengok diorang ini.. Sebab masing-masing ada perangai yang pelbagai.. Tambah bila masuk musim kedua.. Diorang jemput artis lain dalam rancangan itu.. Memang bestlah layan..

Sha baru habis tengok yang season 1.. Memang menarik sangat pada Sha untuk mereka yang minat Super Junior.. Dalam season 1 ini yang terlibat dengan rancangan Super TV ini hanya 6 orang iaitu Leeteuk, Heechul, Yesung, Shindong, Eunhyuk & Donghae.. Memang best tengok diorang ini terutama sekali bila diorang kena berpasangan dan duduk dalam satu rumah untuk 2 hari 1 malam.. Masa ini memang banyaklah perangai masing-masing yang terbongkar.. kikiki.. Season 1 ada 12 episod..

Untuk season 2, selain diorang berenam ada Siwon juga dan Ryeowook pula ada bermula episod 11.. Kali ini lebih seronok sebab ada artis jemputan.. Memang kelakar tengok gelagat Siwon dan Heechul.. season 2 ini masih ongoing.. Season 2 ini pun ada 12 episod.. Episod last akan bersiaran pada 23.08.2018 (hari ini).. Antara artis jemputan diorang ialah AOA, Lovelyz, shinee, Oh My Girl, Weki Meki, (G)I-DEL, KARD, YDPP, Momoland & Red Velvet..

Update: Korang tengoklah season 2 episod 3, yang ini serious kelakar.. Masa ini artis jemputan dia Shinee.. Memang seronok tengok diorang battle terutama sekali Game Rokkuko King.. Game ini soalan dia terbalik, kena teka jawapan dari soalan terbalik tu.. Memang kelakar habislah..

Info dibawah diperolehi dari Wekipedia.
Season 1: Super Junior Crazy Idol Variety
Super TV is a new concept variety show in which varied entertainment formats are re-created and twisted in Super Junior's own way. This concept is called Super Junior Crazy Idol Variety (슈퍼주니어 i돌아이어티). The show's format will include quiz show, talk show, game show, eating show, reality, documentary, sports, film and comedy.

Season 2: King's Game
Super TV returns with a new concept variety show titled Game of Thrones. Super Junior is famous for being King of Variety Show idols and will invite any idols who want to challenge them for the title. The show will still include the previous season's format, the difference being other idols will challenge them. If they can win 5 episodes in a row, they will go for a luxury holiday overseas. The term was changed from episode 8, to just 3 consecutive wins for a vacation within South Korea.

Each episode has two main segments. The first one is Liar King, a segment where Super Junior verifies if the guests' listed skills and specialties are true. This is done through games or showing of talents, where the guests are labeled as "liars" should they fail the verification.

The second segment consists of a maximum of two games that Super Junior has chosen to challenge the guests:
Rokkuko King – Questions are being read backwards by each team and the opposing team will have to answer them correctly.
Food Show King – The game played in this segment is related to eating.
Inference King – One team will be given a title of movie or song and they need to say one syllable each at the same time. The opposing team will have to answer the title correctly.
Chair King – The teams battle through chair-curling.
Acting King – The game played in this segment is related to acting.
Relay King - A battle of cohesiveness.
Mission King - A game to clear away all their mission cards.
Escape King - A game where each team must find clues and solve several difficult puzzles to escape.
Speed King - A battle of agility.
Description King
Dance King
Flexibility King
Ladder King

Wednesday, August 22, 2018

Ulas & Menang Novel Trofi oleh Aen Sa'ari

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom joint Ulas & Menang Novel Trofi oleh Aen Sa'ari oleh Roman Buku.. Kebetulan Sha memang ada buat pra tempahan buku ini.. (Baca SINI dan SINI).. Jadinya, jomlah kita melibatkan diri dengan aktiviti ini.. Mana tahu ada rezeki, boleh menang buku percuma.. Hadiah buku terbitan Roman tu.. 

Untuk menyertai Ulas & Menang ini sangatlah mudah.. Baca novel Trofi oleh Aen Sa'ari dan buat ulasan di Goodreads kemudian nyatakan di Twitter @realromanbuku.. Mudah je kan..

https://www.instagram.com/p/Bmhu_eLhSu1/?taken-by=bukuroman

Dibawah ini adalah screenshot ulasan Sha.. Doakan semoga Sha berjaya ye..

Ulasan Sha untuk buku ini ada tiga.. Di IG, Goodreads dan juga Blog.. Ulasan yang berbeza..

Salam Aidiladha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tuesday, August 21, 2018

Cover / Design Novel Penting @ Tak?

Assalamualaikum..
Hye semua..

Saja nak sembang dengan korang.. Adakah design/cover novel memainkan peranan penting dalam pembelian buku?

Pada Sha, cover/design kulit buku memang memainkan peranan penting untuk Sha membeli sesebuah buku atau novel.. Ada sesetengah penerbit, amik mudah dalam soal design kulit buku ini.. Bila design tak cantik, isi dalam pun orang tak pandang.. Sha ada beli beberapa novel yang designya memang menyampah nak tengok.. Tapi Sha beli jugalah sebab ada penulis yang Sha support dalam novel itu.. Itupun Sha balut dengan plastik berwarna supaya tak nampak sangat design kulit buku itu...

Ada buku yang isi dia biasa biasa saja tapi design kulit dia memang mengancam sampai Sha beli dan buat koleksi.. Serius ada tau.. Ada juga yang design dan isi dalam dia ohsem gila macam Buku Prima, Alaf 21, Prolog Media, Karya Seni dan Roman Buku.. Ini antara penerbit yang pada Sha sangat mementingkan design dan juga isi dalam buku..

Korang pula macam mana?
Pandang design/cover buku atau tak?





Trofi oleh Aen Sa'ari

Assalamualaikum..
Hye semua..

Trofi ini buat Sha baca perlahan-lahan.. Pembunuhnya dari awal sudah ditunjukkan sebagai Mr. K.. Walaupun Mr. K ini masih lagi menjadi misteri yang perlu dirungkaikan, namun pembacaan Sha tetapmengundang perasaan ingin tahu siapa sebenarnya Mr. K ini.. Cuma Sha kurang suka penamat novel ini.. Sha rasa macam penulis tergesa-gesa.. Kalau dibuat lebih dramatik mesti lagi ohsem.. Ewah.. banyak songeh pula Sha nie ye.. kikiki.. Tapi novel ini memang berbaloi Sha miliki..

Gaya pembunuhan dan kekejaman yang ditonjolkan dalam Trofi memang sangat menarik.. Bayangkan bila penulis menerangkan apa yang dilakulan oleh pembunuh kepada mangsa secara terperinci dan perbuatan itu dilakukan saat mangsa masih hidup.. Pembedahan, pengumpulan jantung dan darah.. Pergh!! Ohsem okay.. Terbayang-bayang dan terasa-rasa tajamnya pisau dan hangatnya aliran darah.. Buku thriller yang mengancam pada Sha.. Penyiasatan oleh polis dan juga pendawakraya pun menarik.. Pembunuh juga bukan pembunuh biasa.. Sha suka novel ini..

Sha baca pada 17.08.2018 dan selesai pada 20.08.2018.. Lama kan.. Biasalah weekand sibuk mengemas rumah, membuat proses pemilihan dan pembuangan barang.. Menyusun atur perabut.. Membaik pulih perabut..

Koleksi Sha

Terbitan Roman

Monday, August 20, 2018

Rak Buku Amani & Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cadangnya Sha nak buat rak buku DIY, tapi encik suami cakap perbelanjaannya besar sebab papan mahal.. Boleh baca SINI.. Jadinya terhentilah proses membuat rak buku DIY itu.. Kalau tak memang besarlah rak tu Sha buat.. 

Sampailah semalam masa beli barang rumah di Pasaraya TF Value Mart, Sha ternampak rak buku 9 ruang dijual dengan harga RM89.90 sahaja.. Terus tunjuk dekat encik suami untuk beli.. Dapatlah satu untuk letak buku-buku dan mainan Amani dan Imani..

Rak yang dah siap dipasang..

Gigih tolong ayah pasangkan rak.. Semangat nak susun buku dekat rak baru..

Setelah disusun barang-barang mereka termasuk satu ruang untuk ayah..

Sunday, August 19, 2018

Krisis Charlie oleh Khairul Nizam Khairani, Syauqie MK, Jeehan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Krisis Charlie ini ada tiga penulis iaitu Khairul Nizam Khairani, Syauqie MK dan Jeehan.. Merupakan buku ketiga untuk Krisis ini.. Alpha dan Bravo, Sha ada tapi kita simpan dulu.. Tiga cerita aksi yang memang mantaplah.. Memuaskan hati Sha walaupun pendek..

Identiti oleh Khairul Nizam Khairani
Permulaan cerita je dah mendebarkan.. Bila baca dari awal sampai akhir memang tak boleh nak teka siapa sebenanrnya penjahat.. Bila dah nak hujung, ingatkan dah jumpalah penjenayahnya.. Rupanya tetap tersalah teka.. Memang terbailah garapan dan penceritaan penulis.. Memang betul-betul kejam dan memberikan kejutan..

Jangan Cari Pasal! oleh Syauqie MK
Cerita ini penuh aksi dan juga adegan lucu.. Gabungan yang sangat bernas.. Memang menjadi formula yang dipakai penulis.. Keterujaan membaca adegan lawan dan penuh debaran diselang selikan dengan lawak yang memantapkan cerita..

Zippo oleh Jeehan
Cerita ketiga dalam buku ini.. Sila bawa bersabar ye lepas habis baca cerita ini.. Memang ko akan rasa bengan bila sampai perkataan last sekali.. Hahahaha.. Tapi cerita yang disampaikan memang best.. Berteka teki dan penuh persoalan.. Sangat menarik..

Sha baca pada 16.08.2018 dan selesai pada 17.08.2018..

 
Tak berapa jelas sebab guna plastik pembalut warna oren.. Yang jernih dah habis.. Huhuhu..

Terbitan Tebook Press

Saturday, August 18, 2018

Buku Dah Sampai

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Buku-buku yang Sha pre order (Boleh baca di SINI) dah selamat sampai ke tangan Sha pada hari yang berbeza.. Ada yang cepat dan ada juga yang lama gila.. Kikiki.. Pra pesanan kan.. Biasalah tu.. Kalau tak boleh sabar, jangan tempah yang pra pesanan.. Macam Sha, Sha suka tempah yang pra pesanan sebab harganya istimewa dan kadang-kadang ada hadiah misteri serta tandatangan penulis..

 
Buku ini sampai paling awal.. Pada 06.08.2018..
Dapat penanda buku handmade, ucapan dan tandatangan penulis.. 

Tandatangan dan ucapan dari penulis..

Buku dari Roman dah selamat sampai pada 15.08.2018.. Berbaloi tunggu walaupun lama..  

Buku sampai pada 16.08.2018.. Buku pra pesanan bertajuk Suluk oleh Abdul Rahim Awang.. Manakala yang Krisis itu buku tambahan..

Tandatangan penulis di buku Suluk..

Yang ini pula oleh penulis Jeehan di buku Krisis Charlie..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com