Tuesday, August 14, 2018

Hantu Kak Limah (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini filem kedua yang Sha tengok bersama anak-anak di wayang.. Sha beli tiket secara online menggunakan apps TGV (muat turun melalui Google Play).. Tiket dewasa RM32 dan kanak-kanak RM16.. Lepas tu kena bayar yuran tempahan RM2.. Sha tambah kombo makanan RM18.. Jadinya harga yang perlu dibayar ialah RM RM68.. Sha bayar guna Maybank2u je.. Senang.. Mulanya memang risaulah, sebab Amani bukannya berani sangat pun.. Tapi disebabkan ramai yang review kata filem ini kelakar dan seronok ditonton, kami gamble je bawa Amani dan Imani..
Imani memang tak berapa nak tengok sebab bunyi muzik seram tu agak mengganggu dia.. Jadinya Sha peluk Imani dan sandarkan dia dekat dada.. Bila babak Kak Limah keluar memang dia sembamkan muka kat dada Sha.. Amani pula seronok menonton.. Walaupun ada babak dia tengok ikut celah jari tapi dia seronok tonton filem Kak Limah.. 

Review Sha pula untuk filem Hantu Kak Limah ini, terbaik filem ini.. Penuh sindiran dalam lawak jenaka.. Watak Zul Arifin dalam ini boleh diterima.. Lawak jenaka yang diberikan menjadi dan tidak terlalu mencuba.. Lagu kedua yang dinyanyikan ketika di rumah En.Salihin memang terbaik.. Keseluruhannya filem ini memang best.. Tidak rugi ditonton..

 
Part paling kelakar bila Imani marah kenapa semua orang gelak, sedangkan tengah tengok cerita hantu.. Hahaha.. Sabar jelah dengar dia membebel..

11 comments:

  1. x sabar nak tengok cerita ni :)

    ReplyDelete
  2. http://ejulz.blogspot.com/2018/08/mood-blogwalking-negeri-asal-shahida.html

    ReplyDelete
  3. Itulah baca reviews ramai kata kelakar sangat tajuk jer.. hantu

    ReplyDelete
  4. belum tengok lagi..ramai dah pergi terjah wayang ni.

    ReplyDelete
  5. taktau nak ajak sapa gi tgok. semua geng taknak tgok cerita melayušŸ˜£

    ReplyDelete
  6. Haha comel je amani. Bestnya sha dah tengok.

    ReplyDelete
  7. tak tengok lagi ramai kata best..alahai bila dapat tengok

    ReplyDelete
  8. lom tgk lg... tp smlm sy sempat baca 'pendebatan' penonton antara filem pulang dgn HKL dr segi kutipan tiket (RM) mcm2 reaksi mcm2 pendapat... tp bg sy mereka yg dah menonton mana2 filem melayu kt wyg wajar dipuji krn TIDAK MENYOKONG CETAK ROMPAK... ;-)

    ReplyDelete
  9. yes. time diorang nyanyi kat rumah salihin tu sgt la kelakar ha ha ha ha...
    lawak btol. tak sangka ada idea sekreatif gitu dlm filem.
    maybe aida akan suh asben donlod kot citer ni nanti. nak jadik kan koleksi.
    time boring, boleh layan filem mamat khalid ni.
    ijat punyer la tergelak berdekah-dekah dlm panggung. sampai mcm nak semput! :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »