Wednesday, November 30, 2022

ebook | Hospital Berpuaka : Leman Naik Hantu (Leman & the Geng) oleh Del Osmera

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pulun membaca Sha.. Supaya fikiran tak merewang ke tempat lain.. Bila baca ini emosi pada bahan bacaan sahaja.. Selain baca, Sha akan tidur bagi mengelakkan emosi Sha menerawang ke tempat yang tak sepatutnya.. hehehe..

Baca novel dari siri Leman ini memang tak pernah tak gelaklah.. Ada je yang berjaya buat Sha tergelak.. Seram komedi yang sangat menarik.. Kali ini Leman dimasukkan ke hospital akibat kemalangan dan punca kemalangannya adalah si Christopher.. Hahaha.. Kalaulah korang tahu siapa Christopher tu, mesti berdekah korang gelak.. Tapi baguslah Tok Ketua, bila tahu Christopher tu semaki mengganas, Tok Ketua dah mula terfikir untuk melakukan sesuatu.. Dalam masa yang sama, penulis juga berjaya berikan teladan yang baik melalui Leman.. Walaupun Leman sakit namun suruhan Allah dalam mengerjakan solat, tak pernah Leman abaikan.. Ini antara sebab kenapa membaca jadi jambatan ilmu.. Ada je isi positif yang penulis selitkan dan kita sebagai pembaca kenalah bijak..

Sha baca dan selesai pada 30.11.2022..

Published August 14, 2022 by Del Osmera
Koleksi peribadi Sha.. Beli dengan penulis dan baca menggunakan aplikasi Google Play Books..

ebook | The Heartless Love oleh Fahizah Reena

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tak pastilah apa yang Sha baca.. Jalan cerita dia memang lain macam.. Terlalu kejam.. Heroinya terlalu bodoh dalam mengejar cinta sampai sanggup melakukan perkara yang tak senonoh.. Heronya pula gila mendera dan menyeksa heroin.. Memang sakit jiwalah baca novel ini.. Maaflah penulis, buku ini terlalu sadis..

Sha baca dan selesai pada 30/11/2022..

Published January 1, 2021
Sha pinjam di laman sesawang elib dan baca menggunakan aplikasi eSentral..

ebook | Two Of Us oleh Moon Leeya Zafrina

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dapat ebook ini percuma dari penulis.. Terima ksih Sha ucapkan kepada penulis untuk cerita pendek yang sangat sweet.. Kisah Wafa dan juga Raees.. Persahabatan yang bermula dengan pertolongan dan kemudiannya berbunga cinta.. Memang nicelah cerita dari penulis ini sebab lurus je tanpa halangan.. Satulah Sha suka sebab penulis tekankan hubungan yang direstui keluarga biasanya akan lebih bahagia berbanding yang tak direstui.. Memang menarik..

Sha baca dan selesai pada 30.11.2022..

Published January 1, 2022 by Moon Leeya Zafrina Publication
Koleksi peribadi Sha.. Dapat secara percuma dari penulis dan Sha baca menggunakan aplikasi Google Play Books

Kalau berminat, bolehla klik gambar diatas ini cumanya Sha tak pasti ebook percuma ini masih ditawarkan lagi atau tak..

Beli Kasut Baru

Assalamualaikum..
Hye semua..

Encik suami belanja kasut baru.. Sha minta nak beli kasut lelaki sebab berkenan dengan reka bentuknya.. Lagipun harganya tak adalah mahal sangat.. Lebih kurang harga kasut perempuan je.. hehehe.. Ini pun jenuh sebenarnya mencari design yang ada saiz kaki Sha.. kikiki.. Saiz kaki lelaki kan berbeza dengan kaki perempuan.. 

RM79.90

Kali ini kita beli warna lain.. Coklat Gelap..
Selalu memang cari warna hitam, disebabkan warna hitam tak ada saiz yang sesuai, kita cuba warna lain pula..

Yeah!! Hari ini terus pakai.. Memang selesa.. Lembut dan ngam je dekat kaki.. Bawa kereta pun okay je.. Yes!! serasi dengan kaki.. Warna dia pun nice je..

ebook | Khayla oleh Ieya Sya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awal novel ini, sha berasa terjerat dalam emosi yang dipaparkan penulis melalui Khayla dan juga Luth.. Sha menangis membaca kesakitan yang dialami Khayla.. Kesakitan yang tak ada siapa pun nampak terutama sekali Luth.. penulis berjaya benamkan perasaan sedih berganda-ganda melalui Khayla.. kemuncaknya bila Khayla mengamuk dan kemudian cuba membunuh diri dalam keadaan Khayla tak sedar apa yang dia buat.. Masa ini barulah terbongkar cerita sebenar, mengapa Khayla jadi begitu.. Bila kebenaran terbongkar, orang disekeliling mula faham dan tidak lagi membenci Khayla.. Luth dan Khayla.. Kedua-duanya bersalah sebab tak berterus terang.. Bila konflik cuba dileraikan, sekali lagi Khayla buat keputusan tanpa berterus terang.. Disini, sha mula marahkan Khayla.. Mujurlah ada Noh yang tak berputus asa.. 

Sebuah cerita yang sangat menjerat perasaan.. Sha tak galakkan sangat orang yang stress atau depress untuk baca.. Risau mengganggu emosi.. Sha baca sebab ianya seolah-olah membantu Sha meluahkan perasaan terpendam dengan menangis.. Tapi cerita Khayla tak ada kena mengena dengan Sha.. 

Sha baca dan selesai pada 29.11.2022..

Published October 1, 2019 by Kaseh Aries Publication
Sha pinjam di laman sesawang elib dan baca menggunakan aplikasi eSentral..

Wordless Wednesday 2022

Tuesday, November 29, 2022

Temujanji Pertama di Klinik Pakar Ortodontik, Teluk Intan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Amani ada temujanji di Klinik Ortodontik untuk rawatan susulan mengenai pemakaian pendakap gigi dan juga gigi yang tak boleh keluar.. Temujanji pertama ini, doktor buat pemeriksaan secara general untuk tengok masalah utama dahulu serta berkenalan dengan pesakit dan keluarga.. Klinik ini, Amani kena masuk bersendirian untuk pemeriksaan terlebih dahulu.. Mak masuk kemudian untuk penerangan.. Doktor bagi maklumat secara general je dahulu.. Nampaknya lepas ini Amani akan ke dua kliniklah untuk temujanji susulan.. Inilah cabaran membesarkan anak-anak.. hehehe..

Lepas pemeriksaan tadi, doktor bagi tahu rahang bawah Amani tidak membesar dengan baik.. Jadi kedudukan gigi atas dia agak kedepan dan gigi bawah berada pada lelangit bila Amani katup gigi.. Kalau tak dirawat, lelangit Amani akan ada ulser dan trauma.. Dua gigi Amani dah mula menunjukkan keadaan yang tidak baik.. Jenuhlah mak suruh berus gigi betul-betul.. Sudahnya tadi mak terpaksa takutkan Amani dengan pemakaian gigi palsu.. hehehe.. Harapnya lepas ni Amani akan berus gigi elok-elok..

ebook | Tuan Ben oleh Nuriffa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semuanya bermula bila Asmara menggantikan tempat kawan baik dia Dewi sebagai penjaga pesakit koma.. Tuan Ben yang dah lama koma, tiba-tiba terjaga setelah Asmara tanpa sengaja terhempap badan Tuan Ben.. Bermulalah episod cinta mereka yang berliku.. Kemunculan Dayyan merapatkan mereka hingga ke jinjang pelamin.. Namun Amran tak kan pernah senang selagi tak menghancurkan hidup Ben.. Bila semuanya terbongkar, Asmara pergi meninngalkan Ben namun cinta antara mereka ikhlas walau bermula dengan langkah yang salah..

Cuma penulis tak kisahkan pengakhiran Amran je.. Mungkin ada sesetengah cerita perlu dibiarkan..

Sha baca dan selesai pada 28.11.2022..

Published December 1, 2019 by Atap Publication
Sha pinjam di laman sesawang elib dan baca menggunakan aplikasi eSentral..

Variety | Youn's Stay (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tahu pasal rancangan ini dari Blog Ako Tetap Ako.. Sebelum ini Sha memang ada tengok yang Youn's Kitchen 2 (2018), yang ini lebih pada mereka menguruskan restoran.. Kali ini diorang uruskan penginapan berserta makan malam dan sarapan.. Memang lagi kelam kabutlah.. Ada tambahan staf iaitu Choi Woo Shik.. Teruk juga Woo Shik berkejaran ke sana sini.. Ambil pelanggan di train, hantar ke penginapan, mengemas, hantar pesanan, siapkan meja dan bantu masak.. Memang penatlah dia.. Youn's Stay ini tawarkan penginapan 2 hari 1 malam termasuk makan malam dan sarapan.. Ada 3 hanok iaitu rumah tradisi.. Kalaulah dekat, memang Sha pergi.. Penginapan dia best, kawasan dia cantik, makanan dia sedap.. Puas mata, tekak dan minda..

Paling seronok diorang tunjuk kesilapan dan juga kegagalan masakan.. Bukan yang indah indah je.. Yelah, mereka pelakon bukannya profesional pun dalam bidang masakan dan penginapan.. Mesti akan ada kekurangan.. Tapi memang bestlah.. Tambah bonding mereka nampak sangat cantik.. Terutama sekali perangai nakal Woo Shik tu.. Bila tengok rancangan ini, rasa macam nak ke Korea dan mengalaminya juga.. Hurm!!

TV Show: Youn's Stay
Also Known As: Yun Sikdang 3, Yoon's Kitchen 3, Yun Seutei, 윤식당3, Youn's Kitchen 3
Director: Na Young Seok
Genres: Food, Comedy, Life
Country: South Korea
Episodes: 12
Aired: Jan 8, 2021 - Apr 2, 2021
Aired On: Friday
Original Network: tvN
Duration: 1 hr. 40 min.
New season of Youn's Kitchen featuring a traditional Korean guesthouse in Jeollanam-do for foreigners visiting Korea.

Anis Coffee: Coffee Latte

Assalamualaikum..
Hye semua..

Botolnya lebih kecil.. Sha ingatkan kopi susu sahaja tapi rupanya ada rasa manis.. Agak manislah untuk Sha.. Kalau dia kurangkan sikit manis, kopi ini akan jadi lagi sedap.. Ini skala tekak Sha tau.. Owh ya, Sha beli di 7-Eleven..

RM4.70

Monday, November 28, 2022

Mesyuarat Jemaah Pengurusan Sekolah Kafai Ar-Rahman

Assalamualaikum..
Hye semua..

Balik kampung ke tu?? Hehehe.. Pagi tadi ada mesyuarat di Sekolah Agama anak-anak Sha.. Perbincangan mengenai yuran sekolah tahun 2023, pembentangan kewangan tahun 2022, perbelanjaan pembaikan sekolah yang baru diterima dan akan dilaksanakan pada cuti sekolah Disember ini serta beberapa hal lain.. Sha sampai ngam ngam jam 10.. Perbincangan berjalan hingga jam 11.30 pagi buat Sha, sebab Sha balik awal nak hantar anak pengasuh ke KTM.. Masa ni lah baru kita tahu betapa bersungguhnya guru besar dan guru-guru dalam mendidik serta menguruskan sekolah.. Tak salah pun kita luangkan masa dan ambil tahu apa yang berlaku di sekolah anak-anak kita..

Menu kudap-kudapan sambil bermesyuarat..

ebook | Seni Berfikir Yang Hilang oleh Hasrizal Abdul Jamil

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini mengupas enam cabang ilmu yang seharusnya kita kuasai.. Ilmu ini ialah agama, sejarah, sastera, kemanusiaan, sains dan hal ehwal semasa.. Tak salah untuk kita berfikir secara kritikal tentang sesuatu perkara bukan menerima ianya secara melulu.. Jadikan Al-Quran dan Sunah sebagai panduan dalam kita mendalami sesuatu isu..

 Ilmu yang membentuk cara kita berfikir sekali gus membantu kita menghadapi isu-isu sekitar kehidupan kita dengan lebih matang dan tenang..

Sha baca dan selesai pada 28.11.2022..

Published January 1, 2020 by Iman Publication Sdn Bhd
Sha pinjam di laman sesawang elib dan baca menggunakan aplikasi eSentral..

US | Wednesday (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang tunggu nak tengok drama ini lepas tertonton klip Wednesday lepaskan ikan pirana dekat sekumpulan pelajar yang buli adik dia.. memang berbaloilah.. suka sangat dengan dark theme yang dipaparkan melalui drama ini.. Pelakon yang bawa watak Wednesday tu memang menarik sangat..

Kisah Wednesday ini bukan sekadar bercerita mengenai sikap dan apa yang terjadi pada Wednesday sebaliknya banyak lagi perkara lain.. Bila Wednesday dihantar ke Akedemi Nevermore, dia berusaha untuk lari dari akedemi tu tapi tak jadi lepas nampak visi yang pelik.. Semuanya berpunca dari visi mengenai rakan sekolah dia yang akan dibunuh.. Malangnya rakan tu bila Wednesday nak selamatkan dia, dia nak bunuh Wednesday sebab dia cakap Wednesday ini akan menyebabkan malapetaka.. Maka perkara tu berlanjutan dan Wednesday kekal di Akademi untuk menyiasat.. Agak keliru juga untuk meneka siapa penjahatnya.. Ada dua suspek yang berlegar-legar di minda.. Apa pun drama ini memang best.. Paling syok ianya padat dan singkat.. Hehehe..

Wednesday
2022 ‧ Comedy, Horror, Crime, Family, Mystery ‧ 1 season
While attending Nevermore Academy, Wednesday Addams attempts to master her emerging psychic ability, thwart a killing spree and solve the mystery that embroiled her parents 25 years ago.

7-Eleven: Sandwich Tuna & Cheese

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selamat bercuti semua..

Pergh!! Yang ini memang sedap.. Kena sangat dengan selera Sha.. Dekat tuna tu dia ada bubuh lada hitam.. Terasa pedas lada tu.. Cuma satu je tak best.. Dia guna timun.. Pada Sha gabungan timun, tuna dan cheese tu macam tak kena.. Kalau bubuh salad atau tak bubuh sayur lagi sedap.. Mujurlah dia bubuh bahagian atas sahaja.. Sha makan timun dulu baru makan selebihnya.. Tapi masih lagi sedap pada Sha..

RM5.20

Inti dia memang penuh.. Sedap.. Timun tu dia susun dekat belah atas je..

Sunday, November 27, 2022

Kenangan 27 November 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Genap 39 tahun hari ini.. Pejam celik, pejam celik, tahun ini tahun terakhir berada dikalangan mereka yang 30'an.. Tahun depan dah nak masuk geng 40'an pula.. hehehe.. 

Hadiah dari Amani dan Imani..



2 potong kek dari Encik Suami..



Jepun | Kamen Rider × Super Sentai: Super Hero Taisen (2012)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Super sentai dan Kamen rider bertmebung.. Masing-masing ada kehebatannya.. perlawanan yang menentukan siapa akan terhapus terlebih dahulu.. Malanya mereka tertipu dan dipergunakan.. Penjenayah sebenar mempunyai niat yang lebih jahat dari apa yang diperjuangkan oleh rider dan sentai.. Tapi tulah, hero dah tersalah calculate.. Tanpa sengaja menyakitkan hati kawan dan kawan pun berpaling tadah.. Ish.. Ish..

Movie: Kamen Rider × Super Sentai: Super Hero Taisen
Also Known As: Kamen Raidā × Supā Sentai Supā Hīrō Taisen
Director: Osamu Kaneda
Screenwriter: Yonemura Shoji
Genres: Action, Tokusatsu, Martial Arts, Sci-Fi
Country: Japan
Release Date: Apr 21, 2012
Duration: 1 hr. 29 min.
Kamen Rider is teaming up with Super Sentai for the ultimate superhero collaboration in Super Hero Taisen, a crossover film that finally brings the two franchises together. In addition to characters from the Kamen Rider Decade and Kaizoku Sentai Gokaiger series, the epic superhero extravaganza also features characters from other Kamen Rider series and the Tokumei Sentai Go-Busters series.
This time, Captain Marvelous has betrayed the Gokaigers and taken the leader spot of the Zangyack. Renamed Dai-Zangyacks, the alien forces plan to take unite all former Gokaiger enemies to take the Great Powers of the Kamen Riders. Meanwhile, the ambitious Kadoya Tsukasa reclaims the leadership position of the Dai-Shockers and plans to take down the Super Sentai team. Now, both the Super Sentai and the Kamen Riders have to team up to take down all their enemies in one explosive battle.

Birthday Gift For Myself

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha dah pernah kongsikan mengenai Nissrina Mooncake Mini Mix kan.. Sha beli Julai tahun lepas.. Bulan ini Sha beli lagi tapi rasa yang lain pula.. Harga dah naik sikitlah.. Tapi pembungkusan tetap mantap dan terbaik.. Sha buat pesanan dan bayaran pada Ahad (20.11.2022) dan pesanan dihantar pada Rabu (23.11.2022).. Kalau ikut tracking dekat Pos Laju, Jumaat (25.11.2022) petang baru sampai tapi bahagianya bila Khamis (24.11.2022) tengahari Sha dah terima Mooncakes Sha.. Happy sangat-sangat.. Sampai pula dalam keadaan yang elok, tak ada kerosakan.. Lagilah bahagia..

Shaminta mereka tambah note tu.. Hehehe.. Hadiah untuk diri sendiri..

Mini Coffee RM40


Mini Shanghai RM48

Orange / オレンジ by 7!!

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hello November Girl

Assalamualaikum..
Hye semua..

Today is my day.. 

Saturday, November 26, 2022

Melayu | Abang Long Fadil 3 (2022)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang menarik.. Memang bolehlah nak layan dan bergelak ketawa.. Gandingan yang mantap pada Sha.. Sha suka lakonan Johan, Elizabeth Tan dan Ozlyn.. Lepas tu ada pula muncul si Hairul Azreen sekejap.. Kali ini Zizan bawa dua watak.. sebagai Jefri dan juga Fadil.. Bila ada Johan dan Zizan dalam satu filem, tak boleh nak serius jadinya.. hehehe.. Babak berlawan pun nampak nice je.. Okaylah nak gelak-gelak sebab ceritanya tak berapa nak serius pun.. hehehe.. 

Abang Long Fadil 3
2022 | Action/Thriller/Comedy | 1h 56m
Fadil is back with a new mission with higher stakes - he needs to shut down Chow Han's evil conspiracy while he is being hunted by King Cobra who is seeking revenge.

Anis Coffee: Hazelnut Coffee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli sebab perkataan kopi tu.. Hehehe.. Inilah padahnya bila dah lama tak masuk 7-Eleven.. Kikiki.. Sedap kopinya.. Tak terlalu manis, kopinya pun tak kuat.. Bau dan rasa kacang hazel yang mewah.. Memang puas hatilah dengan rasa dan harga..

RM5.50

Korea | Seoul Ghost Stories (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini sambungan drama Goedam (2020), memaparkan 10 cerita seram pendek yang digabungkan menjadi satu filem panjang.. Pergh!! Walaupun pendek-pendek je cerita dia tapi dia punya seram tu lain macam..

Tunnel -Bila terbunuh tanpa sengaja dan sembunyikan mayat, memang cari nahaslah..
The Woman in Red - Ada dendam yang tersimpan dan pembalasan yang pasti..
Tooth Worms - Pergh!! Hasil eksperimen yang menyebabkan manusia jadi zombie..
Necromancy - Ini memang tak patut.. Menghidupkan yang dah mati..
The Wall - Tak pasal-pasal jadi mangsa..
The Closet - Ini tak sure.. Mungkin hantu cari mangsa..
Ghost Marriage - Ini tak patut owh..
The Girl in the Mirror - seram dan juga ngeri.. huhuhu..
The MannequinShownu berlakon untuk cerita pendek ini.. Memang meremang bila tengok.. huhuhu..
Escape Games - Tawaran duit yang banyak selau berakhir dengan tak baik.. huhuhu..

Movie: Seoul Ghost Stories
Also Known As: Seoul Ghost Story, Seoul Horror Stories, Seoul Ghost Tale, A Ghost Story, Ghost Story 2, Seoul Goedam, Seoulgoedam, Doshi Goedam 2, Goedam 2, Urban Myths
Director: Hong Won Gi
Genres: Thriller, Horror
Country: South Korea
Release Date: Apr 27, 2022
Duration: 2 hr. 2 min.
Deals with the vivid everyday life horrors that can be easily encountered in familiar places around subjects like noise between floors, secondhand furniture, mannequins, and social media.

Friday, November 25, 2022

Novel | Trio oleh Hanani Natasya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini Sha beli dah lama..
Tapi macam biasalah kena cabut undi baru boleh baca.. Hehehe.. Awalnya Sha ingatkan buku ini cerita pasal 3 sahabat je iaitu Andy, Joe dan Sam tapi sebaliknya.. Ada satu lagi watak yang gila membunuh iaitu Adlan.. Awalnya membunuh sebab dendam tapi lepas tu makin menjadi-jadi pula.. Mulanya memang Shatak pasti apa yang cuba disampaikan penulis sebab cerita antara Trio dan Adlan ini berselang selang dan saling berkait.. Memang dasyatlah bila baca tentang pembunuhan yang dilakukan kepada mangsa culik.. Kemudian lepas kau tahu apa yang dibuat dengan daging-daging manusia tu, memang boleh muntah dibuatnya.. Paling tak sangka bila tahu siapa Adlan yang sebenarnya.. Belum cukup lagi kejutan, penamat diabuat kau rasa macam nak baling je buku ini.. Hahaha.. Memang twisted sangat cerita dia..

Sha baca dan selesai pada 24.11.2022..

Published August 2014 by Buku Fixi
Koleksi peribadi Sha..

7-Eleven: Salmon Teriyaki & Onigiri Unagi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak makan Onigiri ini.. Selau beli dekat MyNews ataupun Family Mart, kali ini kita beli di 7-Eleven pula.. Sha beli kesukaan Sha iaitu Unagi dan juga Salmon Teriyaki.. Harga agak mahal sedikitlah.. 

Salmon Teriyaki - RM4.40
Ala.. isi dia sikit sangat.. Pastu nasi dia agak keras.. Huhuhu..
Unagi - RM6.00
Yeah!! Yang ini sedap.. Nasi dia lembut.. Kepingan belut pun besar dan bersos.. Memang puas hati.. Boleh beli lagi.. Yeah!!

ebook | Melihat Dari Mata Keenam 2 oleh Del Osmera

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku pertama Melihat Dari Mata Keenam, tapi kedua-duanya membawakan cerita yang berbeza.. Kali ini Adam menerima gangguan dari Jin Ummu Sibyan.. Semuanya kerana sikap sambil lewa Zamarul yang terlalu sibuk dengan kerja.. Zamarul lupa yang isteri dan anaknya perlukan perhatian.. Selepas Laila meninggal barulah Zamarul tumpukan perhatian pada Adam.. Namun dah ada yang terlebih dahulu berdampingan dengan Adam..

Sha baca dan selesai pada 23.11.2022..

Published January 1, 2022 by Del Osmera
Koleksi peribadi Sha.. Beli dengan penulis dan baca menggunakan aplikasi Google Play Books..

Kirari by Fujii Kaze

Assalamualaikum..
Hye semua..

Thursday, November 24, 2022

Novel | Dia 'Si Katak Puru' oleh Farrah Izzlorna

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah Ariana a.k.a Ria yang terjatuh cinta pada Firdaus walaupun tak pernah bersua muka.. Semuanya kerana ingin menolong Nadia kawan baiknya yang sukakan Firdaus namun tak berani nak berbual.. Kerana Firdaus juga Ariana berubah namun semuanya tak berpanjangan bila sepupu Firdaus iaitu Nazrul marahkan Ariana dan Ariana juga telah menyebabkan Firdaus kemalangan.. Ariana menghilang dari kehidupan Firdaus namun takdir kembali menemukan mereka bila Ariana berkerja di syarikat bapa Nazrul.. pertemuan yang menimbulkan perasaan yang terpendam namun ariana tidak pernah membuka mulut tentang dirinya.. Takdir mereka berselirat dan kerana Firdaus, Ariana tahu hakikat sebenar mengenai ibunya.. 

Sebuah kisah yang dikarang dengan sangat menarik oleh penulis..

Sha baca dan selesai pada 22.11.2022..

Published January 1, 2014 by Buku Prima
Koleksi peribadi Sha..

Menang Hadiah ebook

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini ada Taklimat Pangkalan Data PNM Elib dari Perpustakan Negara Malaysia.. PNM memang rajin buat taklimat mengenai pangkalan data mereka dan selalunya Sha akan sertai kalau tak ada apa urusan atau kerja.. Muda nak sertai seba mereka buat secara atas talian.. Sebelum ini menggunakan aplikasi zoom tapi hari ini menggunakan aplikasi Google Meet.. Setiap kali taklimat, memang akan ada kuiz dihujungnya yang disertakan tawaran hadiah yang menarik.. Sha selau je jawab tapi tak ada rezeki.. Kali ini memang bertuahlah sebab laju beri jawapan.. hehehe.. Dapatlah 2 ebook percuma..


Soalan yang diberikan ialah "Saya di dalam shelf Pilihan Editor. Cover buku saya boleh bergerak-gerak. Nyatakan tajuk, penerbit dan penulis."

Hadiahnya ebook Love Elsa 1 dan Sweet Dreams oleh Booku En.

Inilah jawapan dia.. Kalau buka dekat page PNM elib, kapal terbang dengan perkataan STEM pada gambar buku tu bergerak-gerak.. Nak tengok?? Klik SINI..

Jam 12.55pm admin eLib dah hubungi untuk pemberian hadiah.. Memang pantas..

Jam 1.21pm Sha dah terima hadiah.. Buku ini duduk dalam library Sha.. Tapi akses melalui eSentral bukan PNM e-Reader.. Kalau korang ada akaun PNM e-Reader, boleh juga guna aplikasi eSentral ini dengan email yang sama korang akses PNM e-Reader tu.. Dekat eSentral ini boleh beli ebook, langgan ebook.. Yang percuma pun ada.. Malah buku yang korang pinjam melalui PNM e-Reader pun boleh baca guna eSentral ini.. Klik dekat perkataan Borrowed tu..

Boom Isotonic Vitamin C: White Peach

Assalamualaikum..
Hye semua..

Minuman yang unik dengan rasa buah pic.. Menariklah untuk dicuba.. Rasa dan bau buah pic dia meriah.. Memang puas hatilah bayar harga tu untuk rasa pic yang mewah macam ini.. Siap ada vitamin C lagi katanya.. 1 tin ini Sha berkongsi minum dengan anak-anak.. Hehehe..

RM3.20

Wednesday, November 23, 2022

US | Constantine: City of Demons (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha terjumpa animasi ini masa cari filem Constantine.. Tak tahu pula ada animasi juga.. Cumanya tak guna bahasa Inggeris tapi ada sarikata, kira okaylah boleh layan.. Kali ini John kena selamatkan anak Chas yang rohnya telah diperangkap syaitan Beroul.. Beroul ini jahat gila.. Dia nak kuasai Los Angeles dan suruh john hapuskan semua syaitan yang ada dekat kawasan tu.. Bila John dah hapuskan, dia tak juga lepaskan anak Chas tu.. Hampeh betul.. sudahnya John terpaksa buat satu ritual ini untuk bebaskan anak Chas dan itu menyebabkan Chas terpaksa mengorbankan memori dia..

Constantine: City of Demons
2018 ‧ Animation/Action/Fantasy ‧ 1h 30m
John Constantine uses his skills as a demon hunter and master of the dark arts to protect the world from the supernatural terrors that threaten it.

ebook | Kisah Seram : Ritual oleh Del Osmera

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisahnya pendek dan padat.. Sekumpulan lelaki menemukan aplikasi menarik di play store dan memuat turun di telefon.. Mereka mengikut arahan di dalam aplikasi tersebut.. Sepatutnya tiada apa yang membahayakan mereka namun ada diantara mereka yang berniat jahat.. Maka ritual berjaya dilaksanakan dan nyawa mereka hilang begit sahaja..

Sha baca dan selesai pada 22.11.2022..

Published 2022 by Del Osmera
Koleksi peribadi Sha.. Beli dengan penulis dan baca menggunakan aplikasi Google Play Books..

7 Eleven: Sandwich Cheese & Egg Mayo

Assalamualaikum..
Hye semua..

Terpengaruh dengan perkongsian Farhana di blognya pasal 7-Eleven Cafe | Sandwich.. Makanya Sha pun cubalah satu.. Hehehe.. Memang nampak menarik persembahan dan pembungkusannya.. Rasa dia pun sedap.. Memang mengenyangkan.. Roti yang tebal, inti yang penuh didalamnya.. Berbaloi sangat.. Memang boleh beli lagi..

Chees, telur dan roti..

Cheese & Egg Mayo - RM5.10

Wordless Wednesday 2022

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com