Sunday, November 6, 2022

Novel | Projek Seram: Telaga oleh Noorfadzillah, S. Kausari, Rizal Ramli

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang baca secara perlahan-lahan buku ini.. Boleh je nak habiskan dengan sekali hadap tapi nanti dah tak ada buku Projek Seram yang nak dibaca.. Hehehe.. Tapi tetaplah habis sebab dibaca.. Gitu..

Taman Bukit Telaga - Noorfadzillah
“Syaitan disembah, manusia terjerat. Sekali terjebak, selamanya terikat.”
Aduhai.. Mengembang tekak bila baca cerita ini selain perasaan seram dan ngeri.. Paling tabik bila dah nak hujung baru tahu siapa sebenarnya penjahat dia.. Memang tak sangka sangat-sangat.. Pandai gila penulis sembunyikan pesalah dia.. Semuanya bermula dengan kematian tunangnya yang penuh misteri.. Hazami cuba menyiasat malangnya orang yng benar-benar ingin membantu, Hazami ketepikan sebaliknya dia tersalah letak kepercayaan.. Namun kejahatan tak sentiasa menang..

7 Permintaan - S. Kausari
“Hajat kau akan ditunaikan... dengan harga yang perlu kau bayar!”
Penulis memang sentiasa memberikan twist yang tak dijangka pada penghujung cerita.. Awalnya penulis terangkan serba sedikit mengenai telaga dan apa yang diberikan pada manusia.. Kemudian penulis membawa kita menyelusuri kisah hidup Azhan yang awalnya bahagia tapi kemudian kehilangan keluarga atas tragedi yang tak diduga.. Azhan terus hanyut dalam kemurungan sehinggalah tanpa sengaja mengetahui tentang telaga dan 7 permintaannya.. Manusia yang ditmpa masalah dan kemudiannya terlupa bahawa masalah itu adalah ujian Alllah akhirnya hanyut demi kepuasan hati dan diri sendiri tanpa mengira halal dan haram.. Semuanya berjalan dengan lancar tapi saat telaga mula menagih bayaran baru Azhan tahu yang dia telah tersalah percaturan namun semuanya sudah terlambat.. 

Misteri Pekan Telaga Hitam - Rizal Ramli
“Kau akan hidup kekal abadi dengan aku...”
Pergh!! Lain macam kisahnya.. memang menyeramkan dan juga mengerikan.. Walaupun seawal cerita lagi sha dah boleh agak ada yang tak kena pada watak Sarah tu namun tak pasti apa dia.. Seiring cerita bergerak, pembaca boleh rasakan kengerian yang disjaikan.. penulis membawakan elemen yang menarik iaitu makhluk laut yang pelik serta kejadian sumpahan pada penduduk pekan itu sendiri.. Ini je cukup untuk membuatkan pembaca kembang tekak.. Bila terlalu taksub dengan pengisian video youtube hingag sanggup menjejak kawasan terpencil, pun bahaya juga.. Hehehe.. Tapi menariklah.. Lain sangat gaya penulis ini..

Sha mula baca pada 02.11.2022 dan selesai pada 06.11.2022..

Published 2022 by Buku Prima
Koleksi peribadi Sha..

1 comment:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »