Thursday, November 12, 2026

Crumby! Coffee Oat Cookies

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jumpa biskut ini dekat ECO Shop.. Seriously sedap wei.. Berbaloi sangat beli.. Sesuai sangat untuk mereka yang minat kopi dan juga oat.. Rasa kopi dia memang ngamlah untuk lidah Sha.. Sesuai sangat sebagai snek atau bekalan dalam beg.. Memang bestlah biskut ini.. 

Ia bermula dengan kerangupan yang sukar ditolak dan berakhir dengan cebisan lazat yang pasti memikat hati.. Satu kenikmatan kecil yang melenyapkan segala kerisauan, mengubah detik-detik harian menjadi pengalaman yang penuh dengan kelazatan 'Crumby'.. Memang ngam..

Crumby! Coffee Oat Cookies (84g) - RM2.60

7 pek comel dalam dia..

Ada 2 keping biskut dalam setiap pek tu.. Buka ja pek ini dah terbau haruman kopi tu.. Memang bestlah..

SGT Food White Coffee 3in1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kopi ini ada pengunjung Perpustakaan yang beri untuk diletakkan di Coffee Corner @ Perpustakaan.. Kami berbesar hatilah menerimanya.. Sempatlah Sha bancuh secawan.. Pekat dan padu rasa kopinya.. Memang segarlah mata lepas minum.. kikiki.. Sha pertama kali sebenarnya tengok kopi ini.. Bila cari di Shopee, adalah jual.. Boleh tahan juga harganya..

SGT Food White Coffee 3in1 (480g - 12x40g)

Wednesday, November 11, 2026

Perbaharui Lesen Memandu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha ke JPJ Kuala Kubu Bharu semalam dengan niat nak perbaharui lesen dan dan dapatkan yang fizikal.. Bila tahu kena bayar RM20, terus Sha buat untuk 5 tahun.. Kalau setakat setahun macam tak berbaloi pula bayar RM20 tu kan.. Sebelum bayar, Sha tanya dulu petugas tu ada ke kad nya.. Bila petugas tu kata ada baru Sha setuju perbaharui untuk 5 tahun dan nak kad.. Petugas tu tanya, okay ke kalau pakai gambar IC, Sha cakap okay ja.. Yup!! Inilah tujuannya.. Nak ada lesen memandu yang ada gambar muka.. kikiki.. 

Kalau tak nak kad, boleh ja perbaharui secara atas talian dekat aplikasi JPJ.. Sha memang jenis nak ada fizikal kad tu.. Tu yang rajin ke JPJ.. Walaupun sekadar slip, Sha memang akan ada..

Sampai lambat, kaunter JPJ penuh dengan manusia.. Sudahnya Sha muat turun aplikasi JPJeQ dan dapatkan nombor untuk sesi petang.. Alhamdulillah tak sampai 10 minit dah selesai.. Mujurlah ada encik suami dekat KKB sebab bertugas.. Bolehlah beliau teman sementara Sha nak pergi balik ke JPJ jam 2 petang..

Masa tahun 2024 dulu Sha buat bentuk slip ja.. Kali ini dapat kad cantik siap ada gambar.. Tahun 2031 nanti baru kita perbaharui balik..

Tealive Sparkling Crafted Tea: Passion Fruit Pineapple Oolong Tea

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini Sha cuba kombinasi markisa dengan nanas pula.. Masam manis buah-buahan dengan aroma oolong tea, memang minuman yang sangat menyegarkan! 🤭 Gandingan yang mantaplah untuk lidah Sha..

Gabungan dua rasa buah tu berjaya bagi sedikit rasa masam-masam manis, sementara oolong pula mengimbangkan rasa supaya tak terasa macam minum jus buah semata-mata.. Bila tambah rasa sparkling tu dia jadi air yang sangat wow..

Kesimpulannya air ini sangat menyegarkan dan sesuai untuk peminat teh berperisa buah.. Minum sejuk-sejuk memang lagi layanlah.. Cumanya kalau tanya nak beli lagi ke, kena tengok mood dan baki duit dalam dompet dulu.. HAHAHA! 😂🍍🥤 Mahal wei.. Tambah jual dekat 7E..

Tealive Sparkling Crafted Tea: Passion Fruit Pineapple Oolong Tea (250ml)

Saringan HPV DNA

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha cuti sebenarnya tapi ada jururawat mesej Sha maklumkan pasal ujian saringan ini.. Kebetulan memang ada dekat rumah, teruslah Sha ke hospital.. Rugilah kalau tak buat.. Ujian ini kalau buat dekat luar RM300 lebih tau.. Jadinya dalam 9 lebih tu Sha ke hospital untuk buat ujian ini.. Ujian ini mudah ja, nanti jururawat bagi alat tu dekat kita dan kita yang akan dapatkan sendiri sample tu.. Selesai, pulangkan ja balik alat tu dekat jururawat.. 

Isi form tanda hadir..

Dapatlah gift comel ini dari Jururawat sebab buat ujian HPV DNA ini..

Tuesday, November 10, 2026

7-Eleven Kacang Shantung

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang kerangupan kacang dia tu memuaskan hati.. Harga pun okaylah untuk sekali makan.. Kacang dia tu memang sedap, rangup, tak keras dan tak masin.. Sedaplah buat mengunyah sebagai snek.. Sha beli dekat 7E.. Kalau masa promosi harga akan lebih murah.. Bolehlah cuba usha nanti..

7-Eleven Kacang Shantung (40g) - RM2.50

FamilyMart: Iced Mocha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Baru-baru ini Sha beli Iced Mocha dari FamilyMart.. FamilyMart pun ada tawarkan pilihan kopi iaitu Sumiyaki Blend (ini bold & strong) dan Kinu Blend (ini smooth & balanced).. Sha pilih kopi dia Kinu Blend.. Jadinya air mocha Sha tak adalah terlalu kuat.. Sha minum dah petang, tak naklah pilih yang bold, karang tak tido pula Sha.. Kalau beli waktu pagi, mungkin Sha akan pilih Sumiyaki Blend..

Mocha dia tak manis.. Ini memang kesukaan Sha lah.. Rada dia lembut ja.. Gabungan kopi dan coklat tu seimbang.. Nanti ada rezeki, Sha nak beli yang panas pula..

Iced Mocha - RM10.20

Limited Time katanya.. Jadinya kita belilah buat rasa-rasa..

Monday, November 9, 2026

Tudor Gold Chocolate Crunchy Rice

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sikit pula isi dia mungkin sebab saiz dia besar sikit.. Tapi puas hatilah untuk lidah Sha.. Terasa mewah coklatnya.. Syok bila makan coklat lepas tu ada isi dalam dia.. krup krap bila dikunyah.. Kotak pun cantik untuk dijadikan buah tangan.. Ini antara pilihan yang adalah kalau dari jenama Tudor Gold ini.. Menarik untuk dicuba.. Berbaloilah rasa dan harga tu.. Sha beli di TF Value Mart..

Tudor Gold Chocolate Crunchy Rice (60g) - RM6.90

Ada 8 ketul ja dalam kotak ini..

Ini rupa bahagian atas coklat.. saiz dia besar sikitlah dari Tudor Gold Chocolate Creamy Butterscotch..

Meriah dengan bebola yang rangup di bahagian bawah coklat..

Sunday, November 8, 2026

Majlis Kesyukuran, Tahlil & Sambutan Hari Lahir

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha sekeluarga ke Teluk Intan, rumah sepupu encik suami.. Kami gerak awal jam 8 pagi.. Singgah makan roti canai dulu baru ke Teluk Intan.. Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik lancar ja.. Kereta tak banyak cuma ada jumpa banjir dekat Kampung Changkat Jong.. Teruk jugalah rumah yang kena..

Kami sampai dalam jam 10, tahlil baru nak mula.. Sempatlah sertai sekali.. Tak ramai lagi tetamu masa ni.. Jam 11.30 pagi baru tetamu mula ramai.. Encik suami dan anak-anak makan nasi, Sha pula makan kuih dan buah tembikai ja.. Kenyang lagi dengan sarapan pagi tadi..

Kuih kole kacang..

Kek hari lahir.. Paitee dan kuih nona manis..

Buah tangan

Isi dalam dia ada tuala tangan comel, potato crisp dan air kotak..

Norita Asam Pedas, Jeti Pantai Siring, Merlimau, Melaka

Assalamualaikum..
Hye semua..

Encik suami pernah datang sini dengan kawan-kawan beliau.. Kali ini bawa Sha pula.. Makanan laut dia segar-segar.. Sha suka telur ikan dia.. Tak hanyir.. Ikan sembilang pun okay.. Cumanya encik suami kurang suka ikan kurau asam pedas tu.. S lalu tu beliau makan ikan siakap, tak ada pula kali ini.. Asam pedas dia pun boleh tahan cumanya tak pedas sangatlah.. Sesuai untuk Sha.. Kedai dia tepi laut memang bestlah..

Norita Asam Pedas, Jeti Pantai Siring, Merlimau, Melaka.

Ikan Sembilang, telur ikan parang dan ikan kurau, nasi putih 2, ulam timun dan kerabu mangga.. Air limau ais dan teh o ais.. Semua sekali RM64.. Lepas tu kami tambah 2 potong tembikai (RM6)..

Air laut surut masa kami datang ini.. Sayup ja..

Sempatlah bergambar buat kenangan..

Pizza Love, Bukit Katil, Melaka

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha ke Melaka dengan encik suami.. Tujuannya nak beli pizza dan jumpa uncle yang minat kumpulan Seventeen (Korea) ini.. kikiki.. Hadir tanda sokongan.. Berbaloilah datang dari jauh.. Sha beli bawa balik.. Makan sejuk pun sedap.. Panaskan semula lagilah sedap.. Sha suka betul kedua-dua pizza tu.. Bukan Sha ja suka.. Encik suami dan anak-anak pun suka juga.. Ada rezeki, kita pergi lagi..

Berjaya juga sampai dekat Pizza Love, Melaka ini..

Shabu Shabu Beef - RM35

Margherita Love - RM20

Saturday, November 7, 2026

🏍️ Catatan Dua Roda | Melaka, Kami Datang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha dan encik suami ride ke Melaka.. Tujuan utama makan asam pedas.. Sampingannya meneruskan misi ke Pizza Love Uncle Carat di Bukit Katil.. 10 jam perjalanan kami hari ini.. Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat balik.. Sempatlah merasa hujan sewaktu lalu di Selangor.. kikiki..

Jomlah kita mulakan perjalanan.. 

Singgah rehat di R&R Seremban arah Selatan.. Masa ini memang sesak betul bila masuk Negeri Sembilan, jadinya kita berhentilah sekejap melegakan pinggang..

Berjaya juga Sha sampai di Pizza Love, Bukit Katil, Melaka ini.. Sha beli bawa balik ja sebab nak pergi makan asam pedas kan..

Singgah makan asam pedas dekat Merlimau.. Betul-betul tepi pantai.. Memang segarlah ikannya.. Berbaloi..

Singgah solat dekat R&R Ayer Keroh arah utara.. Sempatlah basahkan tekak dengan kopi ais dulu..

Berhenti simpan telefon dan beg duit sebelum basah ditimpa hujan.. kikiki..

Singgah sekejap di Hentian Sebelah Rawang arah Selatan untuk minum kopi dan makan roti.. Lepas tu isi minyak dan pecut balik.. Sempatlah tapau kan juga roti untuk anak-anak..

Kami sampai rumah jam 7.10 malam.. Alhamdulillah, dari hentian sebelah Rawang sampailah rumah tak hujan.. Gelap dan sejuk ja cuaca..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com