Saturday, March 25, 2023

ebook | Rumah oleh Johan Malek

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini kan.. Penat owh baca.. Sha dah mulakan, jadi Sha habiskan juga walaupun buku ini bermain dengan emosi tahap tak boleh nak fikirlah.. Sha bagi amaran siap-siap, kalau emosi tengah merudum, baiklah jangan baca.. Boleh tambah murung jadinya..

Cerita tentang Akmal yang langsung tak menangi bila ahli keluarga dia meninggal.. Sebaliknya dia tertawa dan kemudiannya mengurung diri dalam rumah.. Keluar sesekali untuk beli barang sahaja.. Tak pernah ambil peduli dengan hal di sekeliling dia.. Sampailah Akmal terjumpa Jasmin yang bersedih dengan kematian kura-kura dia yang namanya Daun.. Melalui Jasmin, Akmal kenal dengan Maya, Mira dan juga Syaz.. Akmal sangat terganggu dengan Jasmin dan kerana itu juga, Akmal terima semuanya tentang Jasmin.. Jasmin yang suka bercakap hal secara rawak.. Emosi Jasmin yang berubah-ubah.. Malah Akmal terima tawaran Jasmin untuk berkerja di kedai alat muzik Jasmin.. Tapi kemudiannya Jasmin mati bunuh diri.. Sekali lagi perasaan Akmal kebas..

Sha baca pada 22.03.2023 dan selesai pada 24.03.2023..

Published by June 3, 2022 by Buku Fixi 
Sha pinjam di laman web PNM elib dan baca menggunakan aplikasi eSentral..

Friday, March 24, 2023

Vietnam | Furies (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tolong jangan tengok dengan anak-anak ye.. Cerita yang ganas.. Lin mengumpulkan 3 gadis dan menjadikan mereka pahlawan untuk menentang kekejaman yang dilakukan oleh lelaki.. Menarik masa 3 gadis tu berlawan.. Bila dah separuh  cerita bergeral baru tahu kenapa Lin buat apa yang dia buat.. Ada dendam antara Lin dan mereka-mereka yang dibunuh.. Masa inilah perancangan Lin mula huru hara.. Perang yang nampak macam berat sebelah tapi ceritakan.. Walau apa pun diorang tetap kena lawan.. Sama ada membunuh atau mati dibunuh.. Tapi penamat dia memanglah tak disangka..

Furies
2022 ‧ Action/Tragedy/Crime/Thriller ‧ 1h 49m
Director: Veronica Ngo
Writers: Nha Uyen Ly Nguyen (screenwriter), Veronica Ngo (screenwriter), Nguyen Truong Nhan (screenwriter)
Cast: Veronica Ngo, Song Luan, Thuan Nguyen, Dong Anh Quynh, Thanh Nhien Phan, Toc Tien, Rima Thanh Vy
A mysterious woman trains a trio of girls to take revenge on a criminal gang that abuses females. The three lady warriors risk everything to challenge this corrupt empire.

China | Next Stop Your World (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini adaptasi dari drama Korea bertajuk W - Two Worlds.. Walapun episod dia banyak tapi 1 episod dalam 11 minit je.. Tak adalah lama mana pun.. Sekejap je dah habis.. Sweet lah.. Lebih kurang drama Korea cuma perjalanan cerita tu lebih pendek dan padat.. Hehehe.. Pelakon pun sweet je..

Drama: Next Stop Your World
Also Known As: W, W-liang ge shi jie, W - Two Worlds, Xia Yi Zhan Ni De Shi Jie
Genres: Thriller, Comedy, Romance, Fantasy
Country: China
Episodes: 24
Aired: Feb 16, 2023 - Mar 7, 2023
Aired On: Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday, Sunday
Original Network: Tencent Video
Duration: 11 min.
Wu Yan Zhu, a trainee doctor in the real world, who accidentally broke into the world of the comic "W", drawn by her father Wu Cheng Wu, met the comic actor Jiang Zhe, and a series of thrilling events and sweet love story begins.

ebook | Coffee Book by Radhia Shehaibi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Koleksi puisi berbahasa Inggeris yang menjadikan kopi sebagai tema.. Tak sangka kopi mampu dijadikan subjek yang pelbagai untuk menyampaikan emosi manusia.. Memang menarik.. Sambil minum secawan kopi, Sha membaca ebook ini waktu sahur pagi tadi.. Memang layan.. hehehe..

Sha baca dan selesai pada 24.03.2023..

Published by December 16, 2014 by Lulu.com
Koleksi peribadi Sha.. Sha dapat percuma dan baca di aplikasi Google Play Books..

Thursday, March 23, 2023

Kapal Api Signature: Strong Black Coffee dengan Gula Aren

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang kuat kopinya walaupun masih manis.. Tapi bila tambah ais, sedaplah.. Memang segar biji mata sebab kopi dia power.. hehehe.. Sha beli kopi-kopi ini dekat Segi.. Kalau dekat kedai lain, harganya mahal.. RM3 lebih.. Memang tak lah kan.. Kalau pembaca nak cuba, sekarang ini dekat Segi tengah promosi.. Harganya jadi RM2.49 sebotol..

Kapal Api Signature: Strong Black Coffee dengan Gula Aren
RM2.70

Sha tambah gula.. Minum dekat pejabat semalam pagi.. Belum puasa lagikan.. hehehe..

ebook | Rahsia-rahsia Puasa oleh Abu Hamid al-Ghazali

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sajalah imbas semula apa yang pernah dipelajari sebelum ini.. Lagipun bukunya nipis je.. Permulaan Ramadan yang indah.. Buku ini pula baru ada dalam aplikasi Cereka, jadi kita layanlah.. Kita refresh kembali apa yang kita tahu mengenai bulan Ramadan dengan menghayati buku ini..

Sha baca dan selesai pada 23.03.2023..

Published by April 1, 2021 by Biblio Press
Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..

Salam Ramadan 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Wednesday, March 22, 2023

ebook | Uncle Doktor, Nak Tak Jadi Papa Niny? oleh Shima Rostam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah Niny seorang anak yang genius dan kekurangan kasih sayang ayah.. Niny juga melihat segala kesengsaraan yang dilalui ibunya.. Hidup Niny berubah bila Uncle Doktor muncul.. Uncle Doktor ataupun Doktor Sam terus jatuh sayang dengan keletah Niny.. Dari situ bemulalah misi memikat mak Niny.. Memang kelakar dan sweet walaupun nampak seperti memaksa namun usaha yang ditunjukkan tu sweet..

Novel ini menarik sebab setiap konflik, penulis tunjukkan penyelesaiaannya dengan rasional.. Macam kes Lini yang diganggu secara seksual di tempat kerja, penulis tunjukkan bagaimana pentingnya untuk adabukti dan laporkan pada HR.. Perkara seperti tu tak patut berlaku dalam pejabat.. Status janda bukan penyebab untuk biarkan diri dibuli.. 

Sha baca dan selesai pada 21.03.2023..
Published November 1, 2019 by Shima rostam book & sanwich
Sha pinjam di laman web PNM elib dan baca menggunakan aplikasi eSentral..

Kapal Api: White Coffee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Trademark dia memang manis agaknya.. hehehe.. Kopi ini pun manis.. Ini kopi susu.. Terasa manisnya.. Sha cadangkan tambah ais.. Baru sedap nak minum.. Kurang sikit manis dia.. hehehe..

Kapal Api: White Coffee
RM2.70 (200ml)

ebook | Dia Cikgu Tadika oleh Izma Qahiera

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha suka novel ini.. Kelakar tapi berinformasi.. Kisah Suhaimi yang bertukar kerjaya dari akauntan kepada cikgu tadika.. Pandangan Bariah pada Suhaimi agak sinis tambahan lula bila nama panggilannya Cikgu Mimi.. Awal-awal kerja pun mereka dah bertekak tak sefahaman.. Pada Suhaimi, Bariah pembantu sahaja tak layak nak menegur dia yang berkelulusan.. Tapi bila ditegur dengan mak sendiri, barulah Suhaimi mula berlapang dada dan berbaik-baik dengan Bariah..

Sha suka cara penulis menggarap cerita ini.. Konflik emosi seorang guru praktikal, tingah laku yang sambil leawa namun berubah bila ditegur, semangat seorang pembantu murid.. Satu lagi sikap Bariah yang berusaha untuk belajar, sanggup mengambil anak angkat dan sudi menerima teguran tatkala melakukan kesilapan.. Memang bestlah.. Tahniah buat penulis..

Sha baca dan selesai pada 21.03.2023..

Published by January 1, 2019 by Anaasa Publication
Sha pinjam di laman web PNM elib dan baca menggunakan aplikasi eSentral..

Wordless Wednesday 2023

Tuesday, March 21, 2023

Golden Prawn Peanut Crisp

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak layan gula-gula udang ini.. Hehehe.. Dulu plastik dia boleh makan sekali.. hehehe.. Sekarang ini dah tak ada dah.. Tapi rasa tetap ohsem.. Bahagian dalam ada kacang hancur dan disaluti gula-gula nipis.. Memang layan..

Golden Prawn Peanut Crisp
RM3.90

Dapatlah sebekas buat kunyah-kunyah..

Kapal Api Signature: Original Black Coffee dengan Gula Aren

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Padu gila rasa kopi dia.. Cuma agak manis.. Sha tambah ais untuk kurangkan rasa manis dia tu.. Tapi memang bestlah kopi dia.. Pekat melekat.. 

Kapal Api Signature: Original Black Coffee dengan Gula Aren
RM2.70 (200ml)

Tambah ais.. Pekat kopinya.. Memang layan..

Monday, March 20, 2023

Coretan 20 Mac 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini bermula langkah baru buat Amani.. Melangkah ke tingkatan 1.. Walaupun tanpa kawan-kawan dari sekolah rendah, InsyaAllah Amani pasti okay.. Mak yang debarebih.. Mula-mula memang rasa kekok tambahan pula bila Amani diletakkan di kelas paling hadapan.. Mak yakin kakak boleh buat.. Mak dan ayah sentiasa menyokong kakak.. Terus melangkah, semoga yang baik-baik sahaja buat kakak..

Amani masih kekok pakai tudung dua lapis..

Imani dah melangkah ke sekolah tanpa kakak.. Tahun ini dah darjah 4.. Semoga adik baik-baik sahaja.. Kena berdikari tanpa kakak.. Boleh pula mak lupa bagi duit belanja.. huhuhu.. Mujurlah jumpa adik masa latihan merentas desa.. Boleh mak bagi duit.. hehehe..

McD: Caramel Cream Cheese Pie

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pie baru.. Tergoda dengan perkataan cheese tu tapi terjatuh cinta dekat sos karamel dia.. Memang tak kedekutlah inti dia.. Masa makan tu sos karamel dia meleleh okay.. Satu lagi, sedap je makan walaupun dah sejuk.. Kalau panas memang extra bestlah kan.. Boleh beli lagi.. Sedap di tekak Sha.. hehehe..

RM4.25

Caramel dia tak kedekutlah.. Ohsem..

ebook | Teman Sekalbu oleh Ayumi Syafiqah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita yang ringkas, manis namun menyedihkan.. Sha beli ebook ini dari penulis.. Memang syoklah baca.. Ceritanya ringan namun sedikit sedih.. Kisah Nadine yang tak berkawan dipertemukan dengan Fahri atau lebih tepat sengaja Fahri dekati.. Fahri nak pastikan Nadine berkawan dengan dia tapi tu lah.. Fahri tak panjang usia.. Sedihlah.. Tak baik tau penulis.. Huhuhu..

Sha baca dan selesai pada 17.03.2023..

Published by January 1, 2022 by Lawa Lingo Publication
Koleksi rak maya Sha..

Sunday, March 19, 2023

McD: Blueberry McFlurry

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aiskrim baru dari McD.. Saja cuba nak tengok persembahan dan rasa dia.. Pergh!! Berbaloi.. Bahagian atas tu ada serbuk biskut.. Aiskrim vanila yang digodak bersama sos blueberry.. Ada ketulan blueberry juga ya kawan-kawan.. Memang layan..

RM6.84

Banyak gila blueberry dia.. Puas hati..

Jepun | Revice Forward: Kamen Rider Live & Evil & Demons (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama betul tak layan cerita Kamen Rider ini.. Ini versi filem untuk Kamen Rider Demon dan Kamen Rider Live & Evil.. Kalau ikutkan filem ini ada kena mengena dengan Kamen Rider Revice..

Daiji berkerjasama dengan Bluebird untuk menangkap mereka yang menculik kanak-kanak dan membantu Hiromi.. Tapi berlaku sesuatu yang ganjil bila Hiromi yang sebenar terdampar di sungai.. Semua menyangkakan Hiromi mengeluarkan keinginan jahat dia.. Daiji pula bergaduh dengan Kagero.. Rupanya Dr. Ichimura mencipta klon manusia dan cuba mengambil alih dunia.. Ish.. Ish..

Movie: Revice Forward: Kamen Rider Live & Evil & Demons
Director: Sakamoto Koichi
Screenwriter: Mori Nobuhiro
Genres: Action, Tokusatsu
Country: Japan
Release Date: Feb 10, 2023
Since the dissolution of Fenix, Daiji Igarashi continues to maintain peace with its successor, Bluebird. Meanwhile Hiromi Kadota is showing signs recovery according to Dr, Ichimura, who is a scientist at Bluebird specializing in genetic engineering.

At the same time, a new organization known as Alicorn has surged, claiming to be the guardians of the new era without Giff. They began kidnapping and confining young boys and girls for a certain reason. Hiromi is one of the suspects who is claimed to have kidnapped one of the victims, Rumi, and is put on Bluebird's wanted list. However, he encounters a man with his face... Muramasa, who appears in front of Daiji and his friends who attempt to discover the truth.

Daiji wavers before a new enemy and new "devil." Furthermore, he is betrayed by Kagero, who is supposed to share his body. The secrets that the kidnapped girl, Rumi, holds... just what connection to they have with Muramasa?

The final tale that inherits the spirit of Kamen Rider Revice, which has for one long year told the tale of a buddy relationship... begins now!

Kimchi Homemade

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli ini dekat cafe Marhaen Cremade.. Tak ingat berapa harganya tapi beratnya 100g.. Sha bayar tak sama harga yang dipaparkan.. Agak tertipu jugalah disitu.. Rasanya agak manis.. Ada rasa masam dan tak ada rasa pedas.. Memang lain dari yang biasa Sha makan.. Sekadar mencuba..

100g

Dapatlah semangkuk kecik.. Dua kali makan..

Pasangan yang serasi dengan kimchi ialah maggi goreng.. hehehe..

Saturday, March 18, 2023

US | Selena Gomez: My Mind & Me (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha suka pada ayat kita akan merasa sunyi walaupun ramai orang disekeliling kita.. Perasaan sunyi tu boleh datang pada siapa sahaja dan bila-bila masa sahaja.. Perkongsian yang menarik dari Selena.. Apa pun kerja, kita masih lagi manusia.. Mungkin dia tak tunjukkan sepenuhnya dalam dokumentari ini tapi yang sikit tu pun dah bermakna buat peminat dia.. Sha tengok sebab terjumpa.. Tak adalah minat gila-gila.. Tapi tahulah serba sedikit mengenai beliau..

Selena Gomez: My Mind & Me
2022 ‧ Documentary/Biography ‧  1h 35m
After years in the limelight, Selena Gomez achieves unimaginable stardom. But just as she reaches a new peak, an unexpected turn pulls her into darkness. An intimate study which spans her six-year journey into a new light.

ebook | The Asylum Confessions: Till Death Do Us Part by Jack Steen

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini tema dia "Till Death Do Us Part".. Kisah pasangan yang menjadi pembunuh.. Ada 4 pengakuan semuanya.. Pengakuan pertama melibatkan jurugambar kahwin dan suaminya.. Ini terlebih kreatif.. Siap buat pameran.. Pengakuan kedua, melibatkan mangsa warga emas yang ditipu dan dibunuh tapi memusykilkan sebab pasangannya tak wujud.. Pengakuan ketiga pula tentang peladang yang terpaksa membunuh bila melibatkan kisah silam isterinya.. Pengakuan terakhir paling mengejutkan bila si suami rupanya memang tak ada masalah melakukan pembunuhan dan menanam mangsa semasa melakukan kerja lanskap.. Ngeri kesemuan pengakuan mereka..

Sha baca dan selesai pada 16.03.2023..

Published by July 13, 2021

Balut dan Bubuh Nama

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sesi bubuh nama dan membalut buku lah pula.. Lepas selesai urusan yuran semua, kita selesaikan bahagian ini pula.. Mujurlah buku teks Imani hanya ada 2 sahaja yang perlu dibalut.. Selebihnya, balutan masih cantik lagi.. Jadi tak payah usik.. Tunggu buku teks kakak pula.. Kakak punya tak dapat lagi.. Baru dapat buku aktiviti dengan buku tulis je..

Buku-buku Imani..

India | Meow (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini ada unsur mistik dan kelakar juga.. Kisah 4 lelaki yang telah melakukan kejahatan pada seorang perempuan di desa dan turut cuba membunuh kucing dia.. Kucing tu terselamat dan membawa roh si mati yang berdendam.. 4 lelaki ini pulang semula ke bandar dan masih meneruskan aktiviti jahat mereka.. Hinggalah pada satu hari, salah seorang dari mereka mati dibunuh namun tak ada kesan apa pun pada badan mayat dia.. Memang kematian misteri pada penduduk flat dan juga polis.. Kematian kedua berlaku dengan cara yang pelik juga, sebab tak ada kesan pelaku.. Salah seorang penghuni flat menyiasat dan berjaya menjumpai kucing yang dirasuk tu, pada setiap pembunuhan.. Pembunuhan tetap berlaku walaupun mereka bukan di flat.. Dendam yang memerlukan nyawa mereka.. Bila tinggal hanya seorang je lagi lelaki, mereka memanggil penangkap hantu tapi tak berjaya.. Kejahatan mereka akhirnya terbongkar.. Malah yang cuba membantu turut dihukum..

Meow
2016 ‧ Thriller/Comedy ‧ 1h 53m
When four jovial friends get murdered in a house, the police begin to suspect a model who stays in the same apartment. Later, after gathering evidence, she gets shocked to learn about the murderer.

Friday, March 17, 2023

Korean Variety | Hospital Playlist Goes Camping (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tengok secara atas talian je.. Dekat Youtube.. Memang menarik tengok gelagat diorang semasa berkhemah.. Bonding diorang tu.. Kenakalan masing-masing.. Memang layanlah.. Apa je yang tak best kalau diorang ini dah berkumpul.. Tambah bila tengok layanan diorang dekat Mi Do tu.. Sweet je.. Memang best..

TV Show: Hospital Playlist Goes Camping
Also Known As: Wise Camping Life, Camping Playlist, Seulgiloun Kaempingsaenghwal
Director: Shin Won Ho
Genres: Food, Comedy, Life
Country: South Korea
Episodes: 6
Aired: Mar 4, 2021 - Apr 1, 2021
Aired On: Thursday
Original Network: tvN
Duration: 40 min.
Features the cast of Hospital Playlist going on a two-days-and-one-night camping trip together.

Coretan 17 Mac 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini meria dengan makan je.. hehehe.. Pagi ada perhimpunan bulanan.. Mula jam 8.15 pagi dan selesai jam 9.25 pagi.. Ringkas je.. Sha suka nyanyi lagu masa perhimpunan bulanan ini.. Hehehe.. Hilang stress.. Lepas perhimpunan dapat nasi lemak dan air mineral.. Ahamdulillah.. Lepas tu jam 10 pagi ada jamuan perpisahan untuk Timbalan Pengarah Pengurusan yang akan mula bertugas di Ipoh, Isnin ini.. Alhamdulillah.. Akhirnya dapat juga beliau bertukar ke Ipoh.. Tak adalah nak kena memandu jauh-jauh da lepas ini..

Tanda hadir..

Rezeki pagi ini..

Bersama Timbalan Pengarah yang akan bertukar ke Ipoh..

menu jamuan yang sempat Sha ambil..

Shopee | Ikan Bilis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama dah tak tambah stok ikan bilis kat rumah ini.. Bila nak puasa ini, kenalah ada.. Kalau tak lalu nak makan, goreng ikan bilis dengan bawang dan cili.. Memang syoklah sahur.. Sha beli melalui Shopee je mudah.. Pilih, bayar dan tunggu ikan bilis sampai.. hehehe.. Sha beli ikan bilis siap kopek.. Mudah kerja.. hehehe..

Ikan Bilis Mata Biru Kopek (500G)

Kita tambah sambal garing ini.. Buat kunyah dengan bubur atau nasi goreng.. Layan..

Serbuk Perasa Makanan Bayi (Ikan Bilis) - Ini sample percuma.. Masuk dalam bubur nasi sedap ini.. 

Temujanji Terakhir Amani?

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha bawa Amani untuk temujanji yang ketiga di klinik Ortodontik.. Doktor panggil untuk sesi perbincangan dan penerangan sebelum mulakan rawatan memasang pendakap gigi.. Sebelum ini, doktor dah buat xray dan buat acuan gigi Amani.. Melalui tu, doktor terangkan langkah seterusnya kalau nak pakai pendakap gigi.. Disebabkan gigi Amani jenis rapuh, kalau dia pakai pendakap gigi memang kena extra extra jagalah.. Kalau tak bahaya pada gigi dia.. Tambahan pula doktor kata masalah gigi dia tak adalah terlalu serius.. Gigi bahagian atas memang ke depan sikit tapi masih okay lagi.. Gigi yang tak keluar tu pun dah elok je tumbuh di celah-celah kawasan yang kecil tu.. Doktor bagi masa untuk bincang dan fikir.. Kalau okay baru maju ke langkah yang seterusnya..

Kalau Amani okay, doktor akan bubuh getah di celah-celah gigi yang perlu dicabut.. 4 batang gigi ye.. Getah tu tujuan dia untuk bagi ruang.. Lepas ada ruang, doktor akan pasang sarung besi di bahagian bawah.. Bahagian atas bersarung dan ada besi tambahan untuk pegang gigi supaya tak berganjak ke hadapan.. Lepas pasang pendakap, akan ada rutin temujanji secara berkala dan pendakap tu akan dipasang paling kurang 2 tahun.. Doktor maklumkan juga, kalau semasa pendakap tu dipasang gigi Amani bermasalah diorang akan tanggalkan pendakap.. Bermasalah disini adalah dari segi kerapuhan gigi Amani tu..

Amani yang risau.. Mak okay je mana-mama pun..

Shopee | Inner & Keronsang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dua ini selalulah hilang atau tak cukup.. Bila nak buka sekolah je, mesti kena beli dan tambah.. Anak Sha tak suka pakai jenis serkup, tu yang Sha beli inner macam ini.. Sebelum ini dah beli dah, bila nak mula sekolah je tak tahu ke mana perginya.. Belilah lagi melalui shopee.. Kita tengoklah berapa lama bertahan.. hehehe..

5 anak tudung untuk Imani..

Beli 20 biji.. Harapnya lamalah tahan..

Thursday, March 16, 2023

ebook | The Asylum Confessions: Family Matters (The Asylum Confession Files) by Jack Steen

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila baca novel sambil dengar lagu, perasaan tu lain tau.. Kepuasaan dia jadi berganda.. Kalau tak percaya, cubalah.. Tambah bila lagu tu kena dengan jalan cerita yang kita tengah baca.. 

Memang layanlah baca.. Kali ini penulis menggunakan tema.. Kesalahan yang dilakukan pesakit atas nama keluarga.. Memang macam-macam perasaanlah yang timbul bila baca pengakuan yang dikongsikan penulis ini.. Paling terkesan pada Sha adalah pengakuan yang terakhir.. Bagaimana Mary yang kehilangan anak mengalami kemurungan dan tidakada yang membantu.. Mary tak membunuh sebaliknya dia melarikan bayi yang dirasakan perlu diselamatkan.. Bela dan kemudian pulangkan semula kepada keluarga mereka melalui cara dengan meninggalkan bayi tersebut di hospital bersama nota.. 

Ada satu cerita yang dikongsikan membuatkan Sha ngeri membayangkan.. Bagaimana seseorang tu tak sepatutnya ada anak.. Ngeri dengan tindakan yang diambil atas dasar sayang seorang bapa.. huhuhu..

Sha baca dan selesai pada 14.03.2024..

Published by April 6, 2021

Selesai Urusan Sekolah Kebangsaan & Sekolah Agama Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seawal 7.40 pagi Sha dah keluar ke Sekolah Kebangsaan Imani untuk urusan pengambilan buku.. Bayaran dah Sha selesaikan masa sesi pengambilan wang bantuan hari tu.. Kali ini sekolah tambah baik urusan dengan penyediaan kerusi dan nombor.. Paling Sha suka bila cikgu dah siap-siap bubuh buku dalam woven bag ikut darjah.. Tinggal ambil, periksa resit dan serahkan.. Memang terbaik!! Urusan selesai dengan cepat..

Sha ambil nombor 7.56 pagi..

8.17 pagi, urusan Sha selesai.. Terbaikkan..

Alhamdulillah.. Selesai bayar sebahagian yuran sekolah agama, sebahagian lagi sekolah suruh tunggu dulu dan beli buku tulis..

Thailand | Senior (2015)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Romantis tapi menyeramkan.. Senior ini hantu.. Terperangkap sebab cuba menyelesaikan kes pembunuhan yang berlaku lama dahulu.. Mon pula budak perempuan yang boleh menghidu hantu.. Senior minta tolong Mon untuk menyiasat.. Mulanya Mon tolak tapi lepas tu dia siasat juga.. Dalam masa yang sama, Mon berkawan dengan Ant.. Mon nasihatkan Ant supaya tak rapat dengan sorang guru ini tapi Ant degil.. Budak-budak kelas pula selalu buli Ant hinggalah satu hari tu pembulian mereka melampau dan Ant bunuh diri.. Memang sedihlah part ini.. Penyiasatan Mon mengenai kes pembunuhan yang lama dahulu berjaya diselesaikan begitu juga dengan kematian Senior.. Rupanya Senior dibunuh kerana cuba menyiasat kematian dan pembunuhan yang lama daulu berlaku dengan tak sengaja.. 

Movie: Senior
Also Known As: Runpee, Run Phee, The Convent
Screenwriter & Director: Sid Wisit Sasanatieng
Genres: Mystery, Horror, Romance, Supernatural
Country: Thailand
Release Date: Dec 3, 2015
Duration: 1 hr. 53 min.
A pair of detective buddies from two different dimensions team up to solve a murder that took place half a century ago. One of them is Adhiti, a grade-12 high school student of a convent boarding school. The other is a spirit of a senior student of the school. Adhiti and the Senior take up the investigation in order to find the real murderer. They dig up evidence and locate witnesses, and along the way, they encounter men, women, as well as vengeful spirits that try to stop them from finding out the truth. At the same time, Adhiti has to find out the true identity of her buddy: who’s the Senior? This is a film that will forever change your perception of ghosts.

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com